Dah lama selesai isu ini. Sekali Carl Samsuddin minta influencer dan artis datang mohon maaf.

Terkini Viral

Nama usahawan dan influencer, Carl Samsudin baru-baru ini telah tular susulan satu video yang mendkwa dirinya berkata dengan nada yang kasar dengan seorang warga emas. Selepas teruk dikritik warganet berkaitan hal tersebut, usahawan tersebut telah tampil membuat permohonan maaf dan berjumpa langsung dengan pakcik tersebut.

Masalah 3 tahun dah settle

Selesai isu itu, Carl Samsudin kembali menjadi perbualan semula apabila salah seorang stafnya didakwa telah membuat provokasi terhadap pasangan influencer yang dikatakan pernah ‘berseteru’ dengannya sehingga naik turun mahkamah.

Namun, atas bantuan Pengerusi Persatuan Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi, permasalahan mereka yang telah lama berlangsung dilihat sudah menemui jalan penyelesaian apabila masing-masing telah saling ‘mention’ di Instagram. Dalam pada itu, Carl Samsudin turut telah memuat naik perkongsian di Instagramnya memaklumkan isu 3 tahun lepas sudah ‘settle’.

Berhentilah buat ftnah

Jadi, dia berharap agar mana-mana pihak yang menftnahnya supaya berhenti untuk melakukan perkara tak berfaedah itu. Dia juga meminta agar mereka yang menftnahnya berfikir dari sekarang bagaimana untuk bertemu dengannya bagi meminta maaf.

Minta maaf dengannya team

Carl Samsudin juga meminta agar mana-mana artis atau influencer yang pernah berkata buruk terhadapnya untuk merancang bertemu dengannya serta team selepas didkwa pernah mengeluarkan kenyataan yang tidak benar sebelum ini. Hal ini pastinya membuatkan warganet tinggalkan pelbagai komen di ruangan Instagram usahawan berkenaan. Ada yang menegur tindakan Carl yang dilihat seakan sombong kerana mengharapkan orang lain memohon maaf dan ada juga yang menyokong tindakan usahawan agar menjadi pengajaran kepada orang lain.

Riaknya bercakap…

Maafkanlah saja orang2 berkenaan

Lawak apa yang kau buat ni?

Sumber: Oh My Media

Lepas teruk dikritik oleh warganet akhirnya Carl Samsudin dikenakakan kompaun gara gara tak pakai pelitup muka.

Hari ini, kecoh di media sosial di mana seorang lelaki didakwa berlaku biadap terhadap seorang warga emas. Menerusi video tersebut lelaki itu dipercayai seorang ahli perniagaan terkenal, dilihat sama sekali tidak memakai pelitup muka ketika menyampaikan ceramah kepada 20 orang gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Terbaru, menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur, menjelaskan lelaki itu sudah pun dikompaun sebanyak RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka.

Dikompaun pihak polis

Ujar Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah pihaknya mengesan video berdurasi 49 saat yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki yang tidak memakai pelitup muka.

Berdasarkan siasatan, kejadian berlaku 11.30 pagi semalam ketika individu itu menyampaikan ceramah motivasi bertajuk ‘ubah hidup’ kepada 20 gelandangan di pusat transit berkenaan. Polis kemudian memanggil lelaki berusia 34 tahun itu untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 5.20 petang tadi.

Susulan daripada itu, lelaki berkenaan telah dik0mpaun sebanyak RM1,500 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Tindakan diambil mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021. Pada masa yang sama, Zainal turut memberi nasihat kepada orang ramai untuk terus patuh terhadap SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sumber: Oh Bulan

Tular video di media sosial tentang usahawan ini

Hari ini, viral sebuah video di media sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai ahli perniagaan terkenal yang didakwa berlaku biadap terhadap seorang warga emas. Ahli perniagaan itu dipercayai bertanyakan beberapa soalan berhubung kehidupan masa lampau warga emas ini.

Video tersebut bagaimanapun, meraih pelbagai respon daripada warganet dan turut mendapat perhatian pelakon terkenal Sherry Ibrahim. ‘God send me to help you?’ Menerusi video pendek itu, ucapan yang disampaikan lelaki ini didakwa kurang sesuai kerana mempertikai masa lalu lelaki warga emas yang berada di hadapannya. Bukan sahaja menjatuhkan air muka warga emas tersebut, cara dia bercakap dengan nada tinggi juga dipertikai warganet.

Umur berapa? Saya tanya betul-betul masa muda dulu menyesal tak tak buat betul-betul. Masa muda dulu menyesal tak banyak main banyak tak buat betul-betul malas. Menyesal tak? Lelaki itu juga menjelaskan kepada orang ramai bahawa dia merupakan insan terpilih yang telah dihantar oleh Tuhan untuk membantu mereka semua.

Saya nak tanya korang, korang nak masa tua nanti baru menyesal ke? Pernah tak uols dream one day tak kisahlah you agama apa you pray to God show me the way how I’m going to change my life. Pernah tak?

What if today God send me to you guys. You wish your doa tu Tuhan how to change my life. Today God send me to help you. Video itu bagaimanapun telah dipadam di akaun Instagram ahli perniagaan tersebut namun sempat disimpan oleh pengikutnya sebelum viral di media sosial.

‘Sangat tak baik’. Ujar pelakon Syurga Yang Kedua, tindakan ahli perniagaan itu disifatkan sebagai ‘tidak wajar’ dan dia tidak sepatutnya berbuat demikian kepada sesiapa pun termasuk warga emas. Sherry memang pantang dengan orang yang tak pandai nak hormat orang-orang tua mcm ni. Tak perlu kot nak merendahkan orang mcm tu. Sangat tak baik.

Pada masa yang sama, Sherry sempat memberikan nasihat kepada ahli perniagaan itu supaya belajar untuk menghormati orang yang lebih tua dan mengubah sikapnya. Awak kena ubah sikap awak dan belajar untuk menghormati orang yang lebih tua daripada awak #KurangAjar. Terdahulu, viral sebuah video seorang lelaki yang menjelaskan kepada orang ramai bahawa dia merupakan insan terpilih yang telah dihantar oleh Tuhan untuk membantu mereka semua.

Sumber: Sherry Ibrahim Via OhBulan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.