Isu kemaskini permohonan Bantuan Prihatin Rakyat dan 2021. Menteri Kewangan tampil beri keterangan lanjut berkenaan hal tersebut

Berita

Masih ramai rupanya yang keliru dengan isu kemaskini permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021. Terbaru,Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia ( LHDNM) memaklumkan bahawa pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)2.0 yang telah lulus tidak perlu kemaskini permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.

Untuk pengetahuan,pemohon tak perlu kemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan atau penambahan maklumat. Minggu lalu juga,Menteri Kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz maklumkan bahawa pelaksanaan Fasa Pertama Bantuan Prihatin ( BPR ) telah dipercepatkan dari bulan Mei kepada akhir Februari. Untuk mengetahui sebarang maklumat lanjut dan mempunyai sebarang kekeliruan mengenai BPR 2021 ini, anda boleh melayari pautan ini https://bpr.hasil.gov.my/

Ramai Yang Masih Belum Dapat Bayaran Kedua Bpn 2.0. Sekali Tengku Zafrul Tampil Bersuara Lantang Bagi Tahu Tarikh Sebenar Pengkreditan Penuh Bpn 2.0.

BAYARAN fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk pengkreditan penuh memandangkan ia membabitkan jumlah besar. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, ada pihak yang keliru mengenai bayaran BPN 2.0 yang mula disalurkan sejak 21 Januari lalu.

“Saya ingin memohon agar penerima bersabar, kerana ini adalah satu jumlah yang besar, dan memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk pengkreditan sepenuhnya kepada semua penerima. “Saya juga ingin berkongsi bahawa dari 21 hingga 24 Januari 2021, sebanyak 6.4 juta akaun telah dikreditkan manakala, dari 25 hingga 29 Januari 2021, 3.8 juta akaun sedang atau akan dikreditkan.

“Mulai 25 Januari 2021, 750,000 penerima yang tiada akaun bank sudah mula membuat tuntutan tunai di cawangan BSN di Semenanjung Malaysia bagi penerima B40 dan M40,” katanya dalam laporan Laksana ke-38 Pelaksanaan Inisiatif Belanjawan 2021, Permai, Kita Prihatin, Penjana dan Prihatin, hari ini.

Menurutnya, kerajaan berharap bantuan yang dipercepatkan ini sedikit sebanyak dapat membantu aliran tunai 11.06 juta penerima bujang dan isi rumah di saat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Selain isu BPN, ada pihak mengeluh bahawa Program Subsidi Upah (PSU 3.0) yang ditambahbaik melalui Pakej Bantuan Permai tidak mencukupi. “Saya ingin mengulangi bahawa langkah PSU 3.0 ini perlu dilihat bersama bantuan-bantuan lain, dan tidak patut dilihat secara bersendirian.

“Peruntukan terkini bagi PSU pada tahun 2021 ialah RM3 bilion dengan perluasan skop untuk semua syarikat terjejas PKP. “Malah, PSU 3.0 akan menerima penambahan peruntukan RM500 juta lagi, menjadikan jumlahnya RM1.5 bilion di bawah Permai. Ini adalah penambahan kepada RM1.5 bilion yang diumumkan pada Belanjawan 2021.

“Ini juga bermakna bahawa program PSU yang diperkenalkan bagi tahun 2020 dan 2021 secara keseluruhannya bernilai RM20.7 bilion,” katanya. Sementara itu, katanya, bagi Geran Khas Prihatin Permai (GKP Permai), pihaknya pasti ramai PKS mikro yang tertanya-tanya bagaimana manfaat ini boleh didapati.

“Berikutan pelaksanaan PKP di hampir seluruh negara kecuali Sarawak, GKP Permai akan menerima suntikan tambahan RM150 juta, menjadikan jumlah keseluruhan RM800 juta. “Bagi PKS mikro yang telah pun menerima GKP sebelum ini, mereka tidak perlu mendaftar semula dan bantuan RM1,000 akan terus dikreditkan ke dalam akaun mereka.

“Kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM2.55 bilion kepada PKS mikro melalui program GKP dan GKP 2.0. “Di bawah GKP Permai, jumlah keseluruhan yang telah atau akan disalurkan kepada rakyat adalah sebanyak RM3.35 bilion, hanya untuk langkah GKP saja,” katanya.

M40 terima bayaran BPN 2.0 Sudah Terima Bayaran Bermula Isnin 

BAYARAN Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) fasa kedua untuk kategori M40 akan dibuat pada 25 Januari ini. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bayaran berkenaan adalah meliputi mereka yang telah lulus rayuan.

“Bagi mereka yang tiada akaun bank atau yang gagal kredit, penunaian boleh dilakukan di Bank Simpanan Nasional (BSN) seawal 25 Januari ini,” katanya dalam Laporan Laksana ke-37 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Prihatin (Kita Prihatin), hari ini.

Menurutnya, bayaran untuk penerima B40 sudah mula dibuat mulai hari ini. “Secara keseluruhannya, fasa kedua BPN 2.0 akan meletakkan RM2.38 bilion ke dalam tangan lebih 11.06 juta penerima, merangkumi 5.82 juta penerima individu bujang serta 5.24 juta penerima isi rumah,” katanya. Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Ramai Yang Kecewa Bila Dah Tahu Pasal Keputusan Isinar. Mengejutkan Ini Yang Terjadi Pada Laman Kwsp Lepas Muat Naik Statu Terbaru.

Seperti yang telah diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), semakan status permohonan boleh mula dibuat pada 4 Januari 2021. Semakan tersebut akan membolehkan para pemohon mengetahui sama ada permoh0nan diluluskan oleh pihak KWSP atau tidak.

Jika anda tidak berjaya, sama-sama kita tunggu jika pihak kwsp menyediakan kemudahan untuk membuat rayuan. Rata-rata pemohon iSinar mula berkongsi debaran di laman sosial Facebook masing-masing susulan ketibaan tarikh semakan permohonan skim berkenaan yang jatuh pada hari ini.

Difahamkan, pemohon kategori pertama boleh memeriksa kelulusan permohonan mereka bermula hari ini (4 Januari) menerusi pautan isinar manakala pemohon kategori kedua pula boleh berbuat demikian bermula 11 Januari depan.

Seorang pengguna Facebook dengan nama Erol memuat naik status berharap semoga hari ini akan membawa berita gembira buatnya sekaligus memberikan gambaran mengharapkan kelulusan skim i-Sinar yang telah dipohon.

“Harap 4 haribulan ini ada berita gembira buat saya,” katanya berseloroh. Kemaskini status tersebut turut mendapat hampir 400 komen daripada pengguna media sosial Facebook yang rata-ratanya bersetuju serta berharap semoga permohonan mereka diluluskan.

Seorang lagi pengguna dengan nama Muniman Unie turut mendoakan semoga urusan mereka yang memohon skim berkenaan dipermudahkan serta diluluskan. “Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh kita semua. Semoga kita semua akan bersinar-sinar dan Insya-Allah dipermudahkan urusan kita semua..Amin,” katanya.

Kemas kini status berkenaan turut mendapat respon positif daripada pengguna Facebook yang bersama-sama mengaminkan doa tersebut serta menyatakan harapan yang sama. Terdahulu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 2 Disember tahun lalu telah mengumumkan dua kategori ahli KWSP yang layak mengeluarkan wang simpanan Akaun 1 menerusi skim i-Sinar.

Kategori pertama yang layak adalah ahli KWSP yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri dan bekerja dalam sekt0r ekonomi gig serta ahli KWSP yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi n0tis cuti tanpa gaji.

Kategori kedua pula adalah untuk ahli KWSP yang masih bekerja, tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas. Difahamkan, pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM 10,000.

Hantaran Terbaru Dari KWS

Menerusi laman facebook KWSP, dilihat mereka memuat naik hantaran terbaru dengan menukar cover photo tapi apa yang menarik perhatian ialah menerusi komen komen yang diberikan dari warganet. Ramai tanya ni i-lestari utk bulan januari 2021 kenapa tak masuk lagi ye? Terima kasih. Janjitemu apa kalau tarikh semua full sampai hujung bulan elok la pasal i sinar nie dah tamat

Accnt 1 x lepas so accnt 2 terus kan je la lpas march nk mkn ap da la accnt 1 bersyaratt..nk minta duit sndri pon susahhh. Mcm saya br brenti keja bulan Dis dsbbkan sarat mgndung xdapat apa2 pendapatan mcmna nak mohon i sinar.. Saya dah buat kategori saya tp, gagal.. Perlukan d0kumen apa untuk terus apply. Saya nk tnya utk apply i sinar kategori 2..sya dbrhntikan kerja tnpa sebarang n0tis..sya perlu bagi dokunen apa ya utk apply kategori 2 i sinar.

Nak tanya, bila permohonan kategori 2 dibuka nanti, pemohon kena pergi ke kwsp ke untuk serahkan document. Mintak admln jelaskan.. Sebab bngang ni, xlulus kategori 1 walaupun gaji kena potong 30 prcent..senak kepala nk pikir beli brg2 ank sekolah ni. Sy nk tnya klu i sinar. Maksud permohonan dlm proses tu x lulus ke atau kena tggu smpi lulus. Bgi pencerahan.

ArticleByOM/KreditKosmo

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Permohonan I Sinar Kini Dah Dibuka. Wanifa Ni Kongsikan Cara Cara Untuk Aktifkan I Akaun Kwsp Yang Ramai Tak Tahu. Rupanya Mudah Je Cara Nak Aktifkan

Pastinya ramai rakyat Malaysia sedang ternanti-nanti peluang mengeluarkan wang simpanan sendiri dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kan? Kerajaan sudah memberi peluang untuk sesiapa yang layak bagi mengeluarkan wang simpanan mereka melalui i-Sinar KWSP.

Tapi adakah anda tahu bagaimana caranya? Anda ada i-akaun KWSP? Dan nanti nak kena buat macam mana? Seorang warga Facebook bernama Ellashah ini sudah memberi tunjuk ajar tentangnya dari A sampai Z. Nak tahu? Jom baca perkongsian ini.

Sudah aktifkan i-akaun KWSP?

Untuk sesiapa yang layak untuk memohon i-Sinar bermula 21 Disember 2020 nanti, pastikan kalian sudah aktifkan i-akaun KWSP. Untuk aktifkan i-akaun, perlu kemaskini nombor telefon untuk proses penghantaran TAC (kata laluan).

Dekat mana boleh kemaskini nombor telefon ni?

Boleh di mana-mana kiosk mesin sama ada di pejabat KWSP atau agen KWSP seperti bank komersial, antaranya RHB, CIMB, Maybank dan Bank Rakyat. Boleh juga rujuk di laman web KWSP.

Bagaimana caranya?

Ikuti langkah-langkah mengemaskini nombor telefon di kiosk mesin seperti di bawah. Ianya mudah sahaja. Pergi ke mesin kiosk itu dan:-1. Masukkan kad pengenalanPergi kiosk mesin yang ada logo ‘Encik’ KWSP ini. Boleh rujuk pegawai bertugas, mesti ada yang akan tolong. Mula-mula masukkan kad pengenalan (ada ruangannya, jangan risau).

2. Baca arahan ikut sahaja.Baca penerangan yang dijelaskan seperti yang dipaparkan pada skrin mesin tersebut.3. Imbas ibu jari.Contoh imbas ibu jari untuk disahkan dengan kad pengenalan kita. Ikut sahaja ar4han untuk masukkan nombor telefon.4. Masukkan nombor telefon.Masukkan nombor telefon anda di skrin yang tertera.5. Tunggu print out akaun BERJAYA didaftar

Keluarkan kad pengenalan, tunggu print out. Dah berjaya daftar, baliklah! Buat dekat rumah pun boleh. ID pengguna dan kata laluan sementara akan diberi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) ke nombor telefon yang kita sudah kemas kini tadi. Balik rumah, ‘login’ laman web KWSP untuk pengaktifkan kali pertama (bukan melalui aplikasi i-akaun).

Selepas masuk ke laman web KWSP tadi, nampak tak garis biru tiga di atas belah kanan tu? Tekan garis tu nanti akan keluar arahan LOG MASUK. Tekan i-AKAUN (ahli). Ikut sahaja ar4han untuk penukaran ID pengguna dan kata laluan yang kekal, buatlah sehingga selesai.

Anda juga boleh memuat turun aplikasi i-akaun KWSP untuk ‘tengok-tengok’ berapa baki simpanan kalian yang ada. Dah boleh tekan kalkulator agaknya berapa dapat keluarkan. Gunakan secara berhemah dan bermanfaat. i-Sinar, semoga ada sinarnya!Sumber via yoynetwork

Terkini Pihak Kwsp Umumkan Sesuatu Pasal I Sinar Kategori 1. Tiba Tiba Najib Boleh Pulak Cakap Ceo Kwsp Macam Ni.

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan tiada sebarang perubahan terhadap kriteria kemudahan pengeluaran i-Sinar , termasuk keperluan pencarum kategori 2 mengemukakan dokumen untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1.

“Buat masa ini, tiada sebarang perubahan terhadap krlteria semasa i-Sinar. “Dijangkakan sebahagian besar daripada 8 jvta ahli yang layak memohon di bawah Kategori 1 akan diberikan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan,” kata KWSP dalam kenyataan.

Permohonan dalam talian akan bermula 21 Disember 2020 dan pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2021 menerusi Akaun 1, kata kenyataan itu. Dalam pada itu, Najib Razak juga tampil mengulas perkara tersebut di laman Facebook beliau. Menurut Najb, ramai yang tak ada side income jual kuih sudah tunggu sejak bulan Oktober. Dan pencarum perlu tunggu sedikit masa lagi.

“Pendapat saya ialah CEO KWSP sudah give-up dan telah tndang bola kepada Lembaga Pengarah serta Menteri Kewangan. Mesej yang CEO nak sampaikan dalam kenyataan terbaru ini ialah jika Lembaga Pengarah dan Menteri Kewangan tak luluskan, jangan salahkan dia lagi” tulis Najib lagi

Sebelum itu, Pemuda UMNO memaklumkan bahawa pihaknya sudah menghubungi Ketua Pegawai (CEO) Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tunku Alizikri Alias berhubung syaratt pengeluaran akaun satu KWSP menerusi program i-Sinar.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau telah meminta Alizikri supaya memansuhkan semua kriteria yang ditetapkan bagi permohonan i-Sinar agar pencarum mudah untuk mengeluarkan wang simpanan mereka.

“Insya-ALLAH, beliau resppons, jawab dengan baik dan positif untuk bawa lsu ini serta akan berbincang lanjut dengan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenainya. “Doakan agar ada natijah yang positif untuk rakyat,” katanya dalam satu komen di hantaran Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, rata-rata warganet turut memberikan komen positif terhadap usaha Asyraf Wajdi dalam mempertahankan suara rakyat. Terdahulu, KWSP mengumumkan dua kategori ahli yang layak mengeluarkan wang simpanan akaun satu menerusi program i-Sinar itu. Bagi kategori pertama, ia melibatkan ahli KWSP yang sudah lama tidak mencarum, yang hilangg pekerjaan, suri rumah atau diberi notis cuti tanpa gaji.

i-Sinar: Sebahagian besar daripada 8 juta pemohon Kategori 1 diberi kelulusan automatik – KWSP

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjangkakan sebahagian besar daripada lapan juta ahli yang layak memohon di bawah Kategori 1 kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan.

Dalam satu kenyataan, KWSP memaklumkan permohonan dalam talian akan bermula 21 Disember 2020 dan pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2021. “KWSP mengalu-alukan sebarang maklum balas mengenai i-Sinar, namun buat masa ini, tiada sebarang perubahan terhadap kriteria semasa i-Sinar.

“Dijangkakan sebahagian besar daripada lapan juta ahli yang layak memohon di bawah Kategori 1 akan diberikan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan. “Permohonan dalam talian akan bermula 21 Disember 2020 dan pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2021,” kata kenyataan itu.

Penjelasan itu merujuk pelbagai laporan media mengenai permohonan untuk memansuhkan semua kriteria dan syarat yang ditetapkan di bawah kemudahan i-Sinar. “KWSP ingin menyatakan bahawa ia sentiasa mengambil berat terhadap setiap permintaan dan cadangan daripada pihak-pihak berkepentingan,” katanya.

Menurut KWSP, setiap proses, perubahan dasar atau penambahbaikan akan menjalani proses pertimbangan sewajarnya dan dibentangkan kepada Ahli Lembaga KWSP untuk kelulusan. Berikutan itu, katanya setiap perkara yang melibatkan isu dasar akan dibawa kepada perhatian Kementerian Kewangan.Sumber : FMT/KWSP, Najib Razak

Kwsp Bukan Macam Bank. Lepas Ramai Yang Pertikaikan Akhirnya Ketua Pegawai Kwsp Tampil Bersuara Lantang Bongkarkan Kenapa I Sinar Tak Boleh Lulus Automatik Untuk Semua Pencarum.

KUALA LUMPUR: Meskipun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikhususkan untuk simpanan masa depan, namun institusi itu komited untuk membantu ahlinya dalam apa juga situasi khususnya ketika negara berdepan pandemik C0VID 19.

Menurut Ketua Pegawainya, Alizakri Alias, sehubungan itu, kemudahan i-Sinar diperkenalkan bagi memperluaskan bantuan kepada pencarum selepas kemudahan i-Lestari dilaksanakan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

“Kami faham situasi sekarang adalah waktu genting untuk kita menolong ahli-ahli untuk bertahan dan kita sebulat suara bersetuju mahu menolong ahli kita buat masa ini, usah cakap untuk masa hadapan.

“Itu sebab kita perkenalkan i-Sinar dan i-Lestari untuk kita bantu mereka yang betul-betul terjejas aklbat C0VID-19,” katanya menerusi temu bual eksklusif dalam program Agenda AWANI pada Khamis. Dalam pada itu, Alizakri menegaskan, KWSP bukan seperti institusi perbankan yang boleh mengeluarkan wang masing-masing pada bila-bila masa.

Sebaliknya, beliau berkata, tujuan penubuhan institusi itu bagi memastikan setiap pencarum mempunyai simpanan pada usia tua kelak. “Memang saya tidak menafikan ini adalah duit ahli kita, tetapi KWSP bukan macam bank. Kalau macam bank, duit ahli boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

“Sebaliknya, KWSP ditubuhkan hampir 70 tahun lalu atas kebijaksanaan kerajaan terdahulu bagi memastikan rakyat Malaysia yang bekerja mempunyai wang yang cukup pada usia tua,” katanya. Selain itu, beliau menambah, KWSP juga memperkenalkan kadar penurunan caruman daripada 11 peratus kepada 7 peratus untuk membantu meringankan beban ahli dalam situasi sukar ini.

“Langkah itu bagi memastikan setiap ahli mempunyai lebihan wang untuk perbelanjaan harian. “Justeru, i-Sinar bukanlah suatu perkara yang perlu dilihat secara persendlrian, tetapi perlu dilihat secara menyeluruh daripada program i-Lestari, penurunan kadar caruman dan sekarang i-Sinar,” jelasnya.

Keputusan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) untuk tidak meluluskan secara automatik penerima i-Lestari kepada skim i-Sinar adalah berikutan perbezaan situasl yang dihadapi negara ketika ini. Ketua Pegawainya, Alizakri Alias menjelaskan i-Lestari diperkenalkan ketika negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac yang menyebabkan kebanyakan ekonomi dan aktiviti sosial tidak dibenarkan beroperasi.

Justeru, beliau berkata, keadaan tersebut menimbulkan kebimbangan KWSP terhadap nasib ahli-ahli mereka.“Tetapi masa sekarang ini situasi telah pun berubah, kalau kita fikir PKP yang secara ketat dulu pun tidak ada lagi. Jadi, kita (rakyat) telah bekerja semula dan ekonomi sudah mula dijana. Kita juga jangan lupa, bukan semua orang hendak membuat perm0honan i-Lestari pada masa itu.

“Walaupun kriteria dan ia terbuka untuk ramai orang, bukan semua orang mahu memohon i-Lestari, sama juga dengan i-Sinar. “Mungkin keadaan sekarang dah berlainan berbanding pada Mac dan April,” katanya menerusi temu bual eksklusif dalam program Agenda AWANI di sini pada Khamis malam.

Sumber : AstroAwani

Ramai Yang Persoalkan Pasal Akaun 1 Kwsp. Sekali Ceo Kwsp Tampil Buat Ramalan Yang Mengejutkan Tentang Apa Yang Akan Terjadi Pada Rakyat Lepas Bersara Nanti.

(KWSP) menjelaskan sebanyak 43 peratus atau 5.38 juta ahli di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun satu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Alias berkata, ini bermakna mereka akan menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan kurang daripada RM41 sebulan sepanjang tempoh 20 tahun sekiranya simpanan mereka tidak bertambah.

“Umum mengetahui purata jangka hayat rakyat Malaysia kini menjangkau usia 75 tahun, namun KWSP terus mengekalkan pengeluaran bagi akaun satu pada usia 55 tahun. Jadi ada tempoh selama 20 tahun lagi selepas persaraan.

“Selain itu, sebanyak 54 peratus atau 137,000 daripada 245,000 ahli berumur 54 tahun pada 2020 mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dan bakal menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan hanya RM200 sebulan bagi tempoh 20 tahun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat KWSP di sini semalam.

Menurutnya, daripada data KWSP itu, jumlah berkenaan sangat jauh daripada paras kemiskinan negara iaitu RM2,208 untuk isi rumah dan RM2,450 untuk perbelanjaan asas seorang warga emas seperti dinyatakan dalam kaji selidik oleh Social Wellbeing Research Centre.

“Katanya, pada masa ini pihaknya sedang memperhalusi dan memperincikan kemudahan bagi tujuan pengeluaran daripada akaun satu seperti diumumkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Belanjawan 2021 Jumaat lalu dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun satu secara bersasar sebanyak RM500 setiap bulan dengan jumlah sehingga RM6,000 bagi tempoh 12 bulan untuk meringankan beban seramai kira-kira 600,000 ahli yang dibuang kerja.

Tunku Alizakri meminta pencarum menjadikan pengeluaran caruman KWSP akaun satu sebagai langkah terakhir sekiranya terdapat kaedah lain bagi membantu kekangan kewangan yang dihadapi ketika ini. “Pertama buat anggaran perbelanjaan ketika ini dengan tidak meletakkan keperluan semasa terlebih dahulu berbanding kehendak.

Lihat juga kepada bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan sekiranya ia tidak mencukupi barulah melihat kepada simpanan hari persaraan sebagai pilihan terakhir. “Selain itu ahli juga boleh mendapatkan nasihat kewangan daripada Bank Negara Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dan Pertubuhan k3selamatan Sosial (Perk3so),” ujarnya. Katanya, KWSP memikul beban yang berat untuk melihat situasi semasa dan memainkan peranan bagi memastikan semua ahli mempunyai wang pada masa depan iaitu selepas hari persaraan.

Kredit : Sinar Harian

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/

Ramai Yang Tak Puas Hati Pasal I Sinar Kwsp. Perkongsian Terkini Dari Najib Razak Buat Ramai Yang Setuju Bila Najib Dedahkan Tentangvapa Yang Rakyat Nak Sebenarnya.

Semalam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umumkan pencarum yang layak untuk kemudahan i-Sinar terbahagi kepada dua kategori. KWSP dalam kenyataan berkata, bagi Kategori 1, mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

“Kriteria bagi Kategori 1 meliputi ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut ketika permohonan; atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020,” katanya.

Katanya, bagi kategori ini, tiada dokumen sokongan diperlukan dan kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP. Malah, ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar mulai 21 Disember 2020.

Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021. KWSP berkata, bagi Kategori 2, ia meliputi ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan itu hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi. Rata rata di media sosial ramai yang masih tidak berpuas hati disebabkan masih bersyarat dan ini menarik perhatian NajibRazak melalui perkongsian beliau yang terkini.

Duit KWSP duit rakyat. Kita mesti percaya kepada rakyat membuat keputusan terbaik untuk diri mereka. Hidup rakyat amat tertekan dan ada yang perlukan duit untuk kecemasan kini. Faham?

Reaksi Dari Warganet Di Ruangan Komen

Terbaik bossku..sy layak kategori 1 tapi sy tetap tak puass hati sebab tetap ada yg tak layak biarpun mereka bukan kenalan sy namun kita tetap manusia dan faham keadaan skg jadi sy tetap akan bersama yg lain agar sama2 semua layak..biar adil.

Dato bagus klu kwsp faham . Tdk adil macam ne kan bagus semua dapat mcm I lestari. Kami ne bekerja besar tanggngan gaji hanya basic 1200. Istri tdk kerja tda kwsp anak tanggung 3 orang . Macam mana dato ne kwsp. Keputusan tdk adil.

Kami fikir kwsp boleh tolong keadaan kami rupanya salah angapan Saja. Suri rumah untung lah yg layak dapat sbp dapat seprt pendapatan suami dia. Kami siapa seprt dato sendiri Cari mengmis Minta kesihan tdk dpt syarat yg d tetapkan kwsp.

Ye betul tu DSNR..rakyat memang tertekan sekarang ni biar la kami putuskan nak keluarkan ke tak sebab itu hak kami..memang ada yang masih berkerje tapi bagaimana pulak jika dulu suami isteri dua-dua berkerje dan sekarang ni tinggal isteri sahaje. amat2 mengecwakan jika orang yang berkeje tidak dapat keluarkan kwsp duit sendiri.

Nak adill kpd semua pihak utk Kategori 2 tak perlulah bersyarat2, sbb mereka masih lagi bekerja, masih lagi mencarum, sy tak nampak ada masalah disitu yg perlu disyaratkan oleh kwsp dan tiada masalah sebenarnya jika mereka mahu keluarkan…10%@10k > 200… 2@3 thn selepas tu mereka dah boleh cover semula jumlah yg diambil sbb mereka masih mencarum dan bekerja.

Sumber : FBNajibRazak/OM