Isu masalah pembayaran baki tertunggak. Ogy mengaku sememangnya masih belum bayar. Sekali Kak Ogy beritahu hal sebenar yang berlaku yang ramai tak tahu

Artis

Aloy Paradoks yang merupakan penulis skrip teater komedi K0rupsi Dewan Senandung akui sudah hilang rasa hormat terhadap pelakon terkenal,Fauziah Ahmad Daud atau Kak Ogy berhubung masalah pembayaran baki tertunggak untuk projek terbabit. Kata Aloy,keputusannya untuk bersuara mengenai perkara itu disebabkan sudah putus harapan mengenai baki 70 peratus bayaran yang belum diperolehi

Sejak beberapa hari lalu, heboh diperkatakan kembali apabila penulis skrip teater komedi Korpsi Dewan Senandung, Aloy Paradoks mendedahkan masih belum menerima baki bayaran daripada penerbit Fauziah Ahmad Daud.Sebelum ini, penerbit dan pelakon Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Kak Ogy pernah didesak untuk melunaskan baki bayaran pelakon teater K0rupsi Dewan Semandung.

Tambahan pula, pelakon itu akui masih mencari jalan bagi menyelesaikan isu ini.Terbaru, penulis skrip teater tersebut, Aloy Paradoks sekali lagi tampil memaklumkan bahawa sehingga sekarang bayaran tersebut masih belum diselesaikan oleh pihak produksi Ogy Ventures & Network.Menurut Aloy, bayaran bagi penulisan skrip olehnya masih belum diselesaikan walaupun negara kembali menjalani Perintah Kaw4lan Pergerakan.

Sekitar Mei tahun lalu, Ogy did3sak untuk melunaskan bayaran oleh beberapa kru dan artis terbabit dengan pementasan teater tersebut antaranya pengarah teater Khir Rahman dan Syura Badron.Di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimp4ti dengan nasib penulis ini. Malah, Adibah Noor turut tinggalkan komen dengan meletak emoji kec3wa.

Tampil membuka mulut mengenai isu itu, Fauziah atau mesra dengan panggilan Ogy berkata, dia tidak pernah lupa atau lari dari membayar hutang.Ujarnya, dia berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.“Malaslah nak cakap yang saya bayar hutang. Saya tak cerita pada orang pun. Takkan saya nak melayan sahaja apa dia nak menulis.

“Saya bayar kepada rakan kongsinya, Rayza Mukmin. Itu tak perlulah saya nak ceritakan kepada semua orang. Ya, saya mengaku belum habis bayar untuk dia, tapi yang lainnya ramai yang saya sudah habis bayar.“Yang penting saya bayar, bukannya saya lari atau tukar nombor telefon. Saya nak lari ke mana?” katanya kepada Harian Metro.Dalam pada itu, Ogy juga memaklumkan dia keluar dari kumpulan WhatsApp yang diwujudkan khas untuk teater berkenaan.Bagaimanapun, dia enggan melayan mesej yang keluarkan penulis teater terbabit.

“Perlu Ke Cakap Dengan Orang Tua Begini?”-Ogy.“Tapi, mungkin dia (Aloy) gemar cara begitu, biarkanlah. Saya pun tak kuasa melayan.“Tak baguslah dia berm-usuh sesama Melayu dan Islam kerana duit. Lagipun saya memang berurusan dengan rakan kongsinya. Saya dah cakap, apa-apa saya akan bayar kepada dia.

“Saya malas nak melayan lebih-lebih kerana dalam kumpulan WhatsApp pun Aloy ada keluarkan perkataan, tunggu saja nak jumpa nak tmpar. Saya buat tangkap layar, tunjuk kepada Rayza dan kata perlukah bercakap dengan orang tua begini?” ujarnya.Terdahulu, Aloy meluahkan rasa kesal walaupun negara kembali menjalani Perintah Kawalan Pergerakan, namun bayaran masih belum diselesaikan.Sumber: RotiKaya

Ingatkan Dah Selesai. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Penulis Skrip Teater Tampil Bersuara Lantang Desak Ogy Ahmad Daud Untuk Langsaikan Hutang.

Sebelum ini penerbit yang juga pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud, atau lebih dikenali sebagai Ogy Daud pernah didesak untuk melunaskan baki bayaran pelakon teater Korupsi Dewan SemandungWalau bagaimanapun, pelakon itu akui masih mencari jalan bagi menyelesaikan isu ini. Terbaru, seorang penulis skrip teater tersebut tampil memaklumkan bahawa sehingga sekarang bayaran tersebut masih belum diselesaikan oleh pihak produksi Ogy Ventures & Network.

Masih belum selesai bayaran

Menurut penulis tersebut, bayaran bagi penulisan skrip yang dilakukan olehnya masih belum diselesaikan walaupun negara kembali menjalani Perintah Kawalan Pergerakan. Sekitar Mei tahun lalu, Ogy didesak untuk melunaskan bayaran oleh beberapa krew dan artis terlibat dengan pementasan teater tersebut antaranya Khir Rahman dan Syura Badron. Di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dengan nasib penulis ini. Malah, pelakon Adibah Noor sendiri komen di tweet tersebut dengan icon kecewa.

Tak kurang juga yang meminta agar pihak seniman tampil membantu artis-artis teraniaya ini. Terdahulu, bekas peserta Raja Lawak musim pertama, Che Mat yang juga pelakon teater itu pernah membuat laporan di Balai Polis Bandar Tun Hussein Onn Cheras berhubung isu ini. Menurutnya, pihaknya berasa tertipu dengan janji manis Ogy untuk melunaskan baki bayaran.

Pementasan teater Korupsi Dewan Semandung arahan Khir Rahman itu dibintangi Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan, Tapai dan Sharif Zero telah dipentaskan di Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac tahun lalu.

Sumber : Aloy

‘Kalau ada jodoh tak ke mana…’ – Ogy

SENIWATI, Fauziah Ahmad Daud berbesar hati apabila pengarah terkenal, Mamat Khalid menyatakan hasrat bekerjasama dalam filem Classmate Hantu Kak Limah, Hantu Kak Roziah. Mamat menerusi Harian Metro berkata, dia kini dalam usaha untuk merisik Fauziah atau mesra disapa Ogy agar bersetuju melakonkan watak Kak Roziah.

Ogy ketika dihubungi berkata, dia sangat menghormati Mamat dan terbuka berlakon di bawah arahan pengarah terbaik itu. “Siapa tak nak kerjasama dengan Abang Mamat. Dia seorang pengarah tersohor dan amat menghormatinya.

“Jika tawaran datang, seperti biasa saya akan baca skrip dahulu. Orang kata, pucuk dicita ulam mendatang. Insya-Allah, jika ada jodoh takkan ke mana,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Ogy, dia tabik dengan kreativiti Mamat apabila membayangkan dirinya ketika menulis skrip bagi watak itu.

“Saya tahu setiap karyanya macam mana. Saya tidak dapat membayangkan tahap jenaka macam mana dalam skrip ini. Apa yang pasti mesti kelakar. “Saya juga perlu tukar dan bawa diri ke tahap berbeza. Dari situ baru boleh tahu kemampuan kita macam mana.

“Sebelum ini dia tak pernah tawarkan saya berlakon. Mungkin kali ini dia mahu memberikan sesuatu menerusi watak ini selain ingin menghargai bakat saya. Sudah tentu dia juga tidak mahu persiakan watak itu begitu saja,” katanya. Difahamkan skrip Classmate Hantu Kak Limah, Hantu Kak Roziah sudah siap sepenuhnya.

‘Hilang hormat pada Kak Ogy’ – Aloy Paradoks

PENULIS skrip teater komedi Korupsi Dewan Semandung, Aloy Paradoks mengakui sudah hilang rasa hormat terhadap pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud atau Kak Ogy berhubung kemelut pembayaran baki tertunggak untuk projek terbabit.

Menurut Aloy, keputusannya untuk bersuara mengenai perkara itu disebabkan sudah putus harapan mengenai baki 70 peratus bayaran yang belum diperolehi. “Perbuatan Kak Ogy benar-benar melukakan hati saya. Hilang rasa hormat saya kepada beliau sekaligus membuatkan saya terfikir, Oh Demi Tuhan Sandiwara, dia rupanya memang benar seorang pelakon yang sangat-sangat luar biasa hebat.

“Pernahkah saya lambat dibayar untuk kerja-kerja saya sebelum ini? Pernah. Namun mengapa saya diam? Jawapannya ialah kerana saya masih boleh nampak wujudnya sinar. Namun yang ini, semakin hari sinar itu makin kelam, lama-lama menghilang.

“Keegoan Kak Ogy tiada batasnya, lihatlah betapa bangganya dia dengan 30 peratus yang sudah dibayar kepada saya sebagai deposit dulu. Jumlah itu dibahagi dua dengan penulis bersama, saya bayar sewa rumah, beli barang dapur sudah habis. Selepas itu kami berhibernasi tolak projek lain, tulis teater ini sampai siap,” katanya.

Aloy berkata, dia ada sebab untuk mendesak dan menjadi orang pertama bersuara mengenai kemelut berkenaan baru-baru ini. “Saudara, kenapa saya bertindak menghebahkan hal ini malah menjadi orang yang pertama? Ini kerana ketika itu keadaan saya begitu mendesak dari segi kewangan.

“Kerja sudah lama selesai, tawaran sudah beberapa ditolak. Isteri saya suri rumah sepenuh masa, kerana sewaktu anak kami lahir, ditakdirkan anak kami mengalami sawan tangis. “Isteri berhenti kerja dan jaga anak adalah solusi terbaik. Dalam masa sama saya perlu mengirim wang kepada ibu saya yang sudah uzur di kampung dan ibu mentua,” katanya.

Jauh di sudut hati, Aloy juga sebenarnya berharap dia menjadi orang pertama yang didahulukan untuk dilunaskan bayarannya apatah lagi kerjanya paling awal disiapkan.

“Tambah-tambah mengenangkan sayalah orang pertama yang selesai kerja dahulu. Jadi pasti saya akan mendapat bayaran paling ke hadapan. Itu jangkaan saya namun saya terlalu bercita-cita tinggi nampaknya. “Saya terlupa, sayalah juga orang pertama yang bersuara secara umum. Mungkin boleh jadi, inilah hkman untuk saya dan keluarga. Namun syukur, ada enam orang sudah dibayar, iaitu selepas isu ini kecoh.

“Persoalannya, jika tak kecoh tempoh hari, akan adakah orang yang akan dibayar? Sebab sudah kecoh pun baru hanya enam orang dibayar kan? Selepas ini, bagaimana pulalah nasib kami yang lain?” katanya. Aloy menambah tujuan dia bersuara bukan sekadar untuk kepentingan peribadi sebaliknya dia tidak mahu penggiat seni lain menjadi sasaran isu sebegini lagi.

“Sekarang saya tidak lagi melihat isu ini sebagai isu peribadi saya sahaja. Ini adalah isu industri, isu kawan-kawan penggiat seni yang lain. Jika benar (saya tak pasti) ini bukan kali pertama Kak Ogy berbuat begini, berapa ramai lagi akan menjadi sasaran?

“Berapa ramai lagi kawan-kawan saya akan kecewa dalam bidang ini? Jujur dari sudut hati saya paling dalam, saya tak mahu kawan-kawan penggiat seni yang lain menerima nasib yang sama. “Saya akan terus bersuara walaupun mungkin suara saya, pada suatu tahap tidak akan ada siapa yang peduli lagi nanti. Siapa lagi saya nak harapkan? Bukan semua orang berani nak lawan Kak Ogy,” katanya.

Terdahulu, Kak Ogy memaklumkan dia sudah membuat pembayaran kepada enam individu terbabit dalam teater terbabit. Ia dibuat hasil daripada pendapatan kempen jualan pes karinya. Pelakon dan penerbit itu juga mengakui masih belum melunaskan bayaran kepada ramai yang lain. Dia berjanji untuk berusaha mendapatkan dana bagi pembayaran itu memandangkan Aidilfitri kian menjelang.

Pelakon teater Korupsi Dewan Semandung lapor polis

SELEPAS tidak mampu lagi bertolak ansur dengan penerbit yang juga pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud, bekas peserta Raja Lawak musim pertama, Che Mat membuat laporan di Balai Polis Bandar Tun Hussein Onn Cheras, hari ini.

Ia berikutan kegagalan pihak produksi Ogy Ventures & Network untuk melunaskan baki bayaran barisan pelakon teater komedi seram, Korupsi Dewan Semandung yang dipentaskan di Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Menurut Che Mat yang juga pelakon teater itu, pihaknya berasa tertipu dengan janji manis Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy untuk melunaskan baki bayaran. “Sebelum teater ini dipentaskan saya sudah menerima 30 peratus bayaran dijanjikan manakala 30 peratus akan diberikan sehari sebelum hari pementasan dan selebihnya pada 16 Mac.

“Malangnya, pada hari pertama pementasan Ogy memohon maaf kerana tidak dapat membayar mengikut perjanjian kontrak. Mengenangkan reputasi dan namanya yang dikenali ramai dalam industri seni masing-masing berdiam diri dan meneruskan teater itu.

“Bagaimanapun, ketika menunggu tarikh yang dijanjikan iaitu pada 16 Mac untuk menerima baki bayaran penuh, Ogy masih memberi alasan dan seakan menipu saya dan pelakon lain. Malah dia pula terasa dimalukan apabila dikatakan diperli oleh segelintir pelakon dan kru dalam kumpulan WhatsApp itu sedangkan mereka hanya tidak sabar menunggu baki bayaran penuh,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Che Mat, Ogy ada membuat pembayaran RM1,000 kepada beberapa pelakon dan berjanji melunaskan baki bayaran semalam. “Disebabkan kegagalan itu dan kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, ia menyukarkan kami untuk berjumpa dan berbincang.

“Pun begitu, saya dan beberapa pelakon lain dihubungi Ogy yang sudah memasukkan duit RM1,000 dan maklumkan baki akan dibayar pada 30 April iaitu semalam. “Sekali lagi apa yang dijanjikan hanya cakap kosong dan saya sudah tidak dapat bertahan lagi. Laporan ini dibuat sebab rasa tertipu selain mahu menuntut baki bayaran,” katanya.

Che Mat berkata, sepanjang 18 tahun terbabit dalam dunia teater ini adalah pengalaman terburuk pernah dilaluinya apabila terpaksa meminta hak yang sepatutnya dibayar mengikut perjanjian. “Ketika menyertai teater ini saya terpaksa menolak beberapa tawaran teater yang datang kerana ingin memberikan sepenuh komitmen.

“Akibat daripada situasi yang berlaku ini sumber kewangan saya terjejas hingga menyukarkan diri untuk membayar beberapa komitmen dan perbelanjaan untuk keluarga. “Saya bukan nak raih simpati orang tapi saya sekadar menuntut hak saya saja. Dalam keadaan PKP ini saya akui mengalami kesukaran untuk bekerja dan mencari sumber pendapatan.

“Saya tak suka nak meminta sumbangan orang. Biarlah saya bekerja keras untuk membahagiakan keluarga,” katanya. Sementara itu, Ogy ketika dihubungi berkata, sehingga kini dia tidak putus usaha untuk melunaskan baki bayaran kepada barisan pelakon dan kru produksi teater itu.

“Laporan yang dibuat mereka adalah kes sivil dan bukannya jnyh. Saya tidak bnh sesiapa. “Apa yang boleh saya cakap sehingga sekarang saya tidak putus berusaha untuk membayar baki bayaran kepada mereka yang terjejas. “Hutang wajib dibayar dan saya memang nak bayar duit mereka cuma duit yang ada tidak mencukupi.

“50 peratus hasil penjualan tiket saya bayar untuk pembinaan set dan audio serta pencahayaan. Duit hasil jualan tiket saya tak ambil langsung,” katanya. Tambah Ogy, dia cuba untuk mendapatkan pinjaman bank namun usaha terbabit gagal.

“Saya cuba buat pinjaman bank tapi tidak diluluskan. Malah, saya juga cuba pinjam daripada beberapa pihak, tapi semua orang takut beri pinjaman dalam keadaan sekarang. “Meskipun dikatakan pndsta, saya telan. Saya tak dididik untuk buat semua itu. Saya terima ini sebagai ujian dan akan terus berusaha sebab nak sambut Aidilfitri.

“Ada yang tuduh kata duit tiket sudah dapat tapi tak nak langsaikan hutang. Individu itu tidak tahu cerita sebenar dan main tulis saja. Itu satu ftnh. “Saya tidak melarikan diri atau menukar nombot telefon. Malah saya tak keluar daripada kumpulan Whatsapp itu pun. Adakah itu tanda orang menipu atau nak lari?

“Saya tahu selepas pementasan saya patut bayar bayaran kedua dan 16 Mac sudah selesai semua bayaran. Setiap hari saya akan maklumkan kepada mereka fasal terpaksa tangguh bayaran ini,” katanya. Selain Che Mat, teater arahan Khir Rahman itu dibintangi Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan, Tapai dan Sharif Zero.