Isu Shuib dan Siti Sarah hadir ke ibu pejabar SPRM. Peguam yang mewakili pasangan selebriti itu akhirnya menjelaskan punca mereka hadirkan diri dan harap semua mohon maklum

Artis

Putrajaya: Peguam yang mewakili pasangan selebriti, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah iaitu, Muhammad Fadhli M. Sutris menafikan khabar angin anak guamnya itu ditahan rman Suruhanjaya Pencegahan Rsuah Malaysia (SPRM). Dalam satu kenyataan rasmi, Muhammad Fadhli berkata sebarang komen mengenai kes itu memang tidak dapat dikongsikan buat masa sekarang kerana boleh mengganggu proses siasatan.”Ingin kami tekankan sekali lagi bahawa kehadiran anak guam kami hanyalah untuk membantu proses siasatan pihak SPRM sahaja. Anak guam kami sudah memberi kerjasama penuh dalam membantu siasatan terbabit.  

“Tiada sebarang tngkapan mahupun permohonan remn dibuat terhadap kedua-dua anak guam seperti dilaporkan beberapa media sebelum ini. Kesemua kenyataan yang bertentangan dan tular adalah tidak benar sama sekali.”Tujuan kenyataan kami ini adalah bagi menjawab sebarang khabar angin mahupun berita tidak sahih dan spekulasi yang tular di media sosial mahupun berita-berita yang diterbitkan di media cetak sejak kehadiran anak guam kami di pejabat SPRM pada hari Khamis lepas,” katanya.

Tambah Muhammad Fadhli, sebarang komen berkenaan kehadiran dan sebab mengapa mereka hadir di pejabat SPRM tidak dapat didedahkan buat masa ini memandangkan ia masih berada di dalam peringkat siasatan SPRM.”Seperti yang sudah kami nasihatkan dan untuk menghormati proses perundangan negara, anak guam mahupun pihak pengurusan mereka tidak digalakkan untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara terbabit.  

“Perkara ini amatlah penting bagi mengelakkan sebarang gngguan terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak SPRM,” katanya.Terdahulu, Harian Metro melaporkan pasangan selebriti itu dipanggil SPRM bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang hram, pada Rabu lalu.

Difahamkan, pasangan berkenaan masing-masing berusia 36 tahun hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.Selain pasangan itu, difahamakan terdapat beberapa individu termasuk seorang usahawan terkenal turut dipanggil memberi keterangan.-metro

Mengejutkan Shuib Nk Jual Motor Ysuku Dia. Sekali Zizan Masuk Komen Nk Beli Dgn Harga Yg Tk Masok Akal. Rupa Rupanya Ini Punca Shuib Nk Jual Motor Dia.

Kali pertama Shuib post pasal Ysuku di Instagram untuk pujuk Siti Sarah beli motor Ysuku ialah pada 23 Mei 2019. Punca Kenapa Shuib Beli Ysuku. Kali pertama Shuib terdetik untuk beli motor Ysuku berpunca daripada plate number sebenarnya. Sebelum ni Shuib ada sebuah motor yang jarang sekali digunakan.

Motor tersebut dibeli sebab nak beli plate number yang digunakan untuk kereta Shuib sekarang ni. Semuanya bermula apabila ada seorang follower di Instagram yang DM Shuib, hantar gambar kat Shuib bersama dengan sebuah motor Ysuku parking sebelah kereta Shuib.

Yang menariknya, plate number motor tersebut berjaya menambat hati Shuib. Kesudahannya, motor Ysuku tersebut dibeli oleh Shuib daripada follower yang DM di Instagram. SHUIB NAK JUAL MOTOR YSUKU. Hari ini Shuib telah memuat naik satu video di instagram beliau dengan kapsyen ‘Tak di bawak,jarang di start,, NAK JUAL LAH,ade yg nak beli tak? Bukak harga tgk brp yg berani???’.

Adakah Shuib betul betul nak lepaskan motor kesayangan beliau? Zizan Razak antara yang terawal menawarkan harga kepada Shuib. ‘RM45K’ – Zizan Razak. Semua sedia maklum bahawa Zizan sudah mempunyai motor Y15zr sendiri tetapi dia telah menawarkan RM45k kepada Shuib Sepahtu sekiranya dia sanggup melepaskan motor Ysuku bunga bunga. Rasanya sangat okay harga yang ditawarkan kepada Shuib bagi pendapat admin. Patut atau tidak Shuib jual motor kesayangan dia? Apa pendapat anda?Sumber : AwatttSyeikhh Network

Isu Video Siti Sarah Yang Menerima Banyak Kritikan Warganet. Siti Sarah Nekad Buat Permohonan Maaf Atas Silap Dia Semasa Membuat Promosi Produk Syampu

PENYANYI Siti Sarah Raisudin tampil membuat permohonan secara terbuka berhubung isu mengkritik rambut rambut orang asli yang dilakukannya tanpa sengaja menerusi sebuah video promosi shampoo yang tular beberapa hari lalu.Sarah, 36, mengharapkan permohonan maaf tersebut diterima baik dan tidak diperbesarkan lagi selepas ini. “Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya kepada masyarakat Orang Asli.

“Saya amat berharap permohonan maaf saya ini diterima kerana ianya bukanlah sesuatu yang disengajakan.“Saya mohon isu ini tidak akan diperbesarkan lagi dan kenyataan ini akan menjadi yang pertama dan terakhir daripada saya,” ujar Sarah menerusi sebuah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusannya, Indigital Music.

Tambah Sarah yang juga isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu, selama lebih dua dekad dalam industri seni, dia sedar kedudukannya sebagai selebriti yang sering menjadi perhatian masyarakat. “Saya sangat mementingkan etika dalam setiap perkara yang saya lakukan termasuklah setiap posting yang ingin dimuat naik di media sosial. Saya percaya segala perbuatan akan menjadi perhatian masyarakat.

“Namun susulan kejadian yang tercetus, ia sedikit sebanyak menjejaskan reputasi saya sebagai selebriti dan usahawan.“Di sini, saya ingin jelaskan bahawa saya Siti Sarah Raissuddin tidak pernah terlintas untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, malah menghormati seluruh masyarakat di Malaysia.

“Bagaimanapun sebagai manusia kita semua tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.“Justeru saya menerima permohonan maaf yang dibuat Pengarah Syarikat House of Ridz Okumura Sdn Bhd, Ridzo Okumura yang memuat naik video perbualan kami tanpa mendapat keizinan saya terlebih dahulu sehingga menjadi tular,” jelasnya.Terdahulu Sarah menerima kritikan hebat selepas kenyataan yang dibuat menerusi video terbabit dikatakan menghiina rambut Orang Asli.(FOTO: Instagram Siti Sarah)

Dikatakan Sentuh Hal Sensitif. Siti Sarah Terus Dikritik Oleh Warganet Bila Dia Menyentuh Isu Fizikal Seseorang Ini

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin menjadi perhatian wargamaya selepas dirinya menjadi sasaran kritikan di media sosial gara-gara sepot0ng video yang mendkwa dirinya ada menyentuh mengenai rambut masyarakat Orang Asli mencetuskan tular.Menerusi video yang diperkatakan itu, Sarah awalnya dipuji kerana mahir berbisnes dan kemudiannya dilihat cuba mempromosikan produk rambut di sebuah salon yang dikunjunginya. Bagaimanapun, Sarah antara lain membayangkan andai buka tudung, seolah-olah seperti rambut Orang Asli.

Lalu, ia sekali gus membuatkan sebahagian warganet tidak berpuas hati sebagaimana yang dikongsi pada ruangan komen entri tersebut. Namun begitu, ada juga yang memberikan pandangan bahawa kenyataan itu bukanlah dikatakan dalam suatu bentuk yang idan isu tersebut tidak patut diperbesarkan.

Ada Masalah Penglihatan Mata Kanan. Alina Hassan Dedahkan Siti Sarah Bantu Dia Untuk Terima Rawatan Mata Dan Ini Reaksi Alina Selepas Terima Mesej Dari Pihak Pengurusan Sarah

Penyanyi Alina Hassan, 52, tidak dapat menahan sebak selepas bertemu dengan penyanyi, Siti Sarah yang bermurah hati cuba memulihkan masalah penglihatan mata kanannya yang tidak dapat digunakan kerana selaput mata atau katarak di Prof Muhaya Eye & LASIK Centre, pada Khamis.

Alina ketika ditemui menzahirkan rasa syukur atas rahmat dan rezeki yang diterimanya memandangkan dia sebelum ini turut berikhtiar mengumpul wang demi menyelesaikan mata mata yang dihadapi sejak sembilan tahun lalu.“Saya tidak percaya dan tidak terkata-kata. Bila dapat mesej daripada pihak pengurusan Sarah, saya tanya betul ke? Sehinggakan saya turut tanya pada rakan, betulkah ini? Sarah memang suka tolong orang, tengoklah rezekinya.

“Ya Allah… Saya rasa bernasib baik dapat kenali Sarah meski hanya menerusi program Mentor Otai tidak lama dulu. “Rasa bersyukur sangat, gembira tak terkira sebab… Memang saya ada perancangan  untuk ubati masalah katarak mata,” jelasnya.

Juara program Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 dan pemenang tempat ketiga Mentor Otai 2018 ini menambah, dia mengalami masalah tersebut pada kedua-dua belah bahagian mata dan sudah pun melakukan rawatan pembuangan katarak pada mata kirinya tiga tahun lalu.

“Kedua-dua belah mata saya alami katarak sekitar tahun 2011 lalu ketika bertugas sebagai pengawal keselamatan di KLCC.“Ketika itu baru perasan mata saya macam ada selaaput. Makin lama makin teruk sehinggalah sertai program Kilauan Emas.“Bila ada rezeki lebih, saya lakukan proses membuang katarak di sebelah mata kiri pada tahun 2017,” katanya kepada MH.

Sementara itu, Sarah yang turut setia menemani Alina pada sesi awal rawatan turut mendoakan agar proses tersebut dipermudahkan.Dalam sebak, isteri kepada Shuib Sepahtu itu turut menyatakan akan kepentingan menjaga pancaindera.

“Semoga urusannya dipermudahkan. InsyaAllah jika penglihatannya lebih baik, banyak perkara lain yang dia boleh lakukan selepas ini. Saya doakan moga dia berjaya dunia akhirat.“Saya sebak sebab bila melakukan sesi ini dan bertemu dengan Prof Muhaya, kita semua yang berada di sini mungkin akan lebih sedar, betapa pentingnya sepasang mata.

“Dengan matalah kita nak membaca ayat suci al-quran bersama segala kebaikan yang lain.“Saya doakan prosedur pembedahannya minggu depan dipermudahkan dan moga kesihatannya juga bertambah baik, insyaAllah,” harap Sarah.Proses rawatan untuk membuang katarak pada mata penyanyi berkenaan akan dilakukan minggu hadapan.

Siti Sarah Kena Marah Dengan Usahawan Wanita Dan Dikatakan Sengaja Tutup Periuk Nasi Orang. Ini Penjelasan Dari Siti Sarah Sendiri Supaya Ramai Tak Salah Faham

Sarah hanya menyuarakan pendapatnya mengenai trend pemasaran.GARA-GARA meluahkan rasa kesal terhadap trend pemasaran mengaibkan diri demi melariskan produk, penyanyi Siti Sarah Raisuddin menerima mesej berbaur mak1an daripada seorang usahawan wanita.

Menurut Sarah, 36, biarpun dia tidak menyebut sebarang nama namun wanita tersebut menganggap kenyataan itu seakan-akan ingin menutup pintu rezekinya.Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu memberitahu dia hanya menyuarakan pandangannya dan bercakap benar mengenai isu trend pemasaran tersebut.

Sarah berkongsi perkara itu di Instagram.”Ada usahawan wanita ini DM (mesej langsung) Sarah… makii hamun Sarah. Dia kata Sarah ini nak tutup pintu rezeki dia… nak tutup periuk nasi dia. Tapi Sarah tak sebut nama dia.”Sekarang ini ceritanya… siapa makan cili dia terasa pedas. Sarah bukan manusia yang sempurna. Sarah masih buat dosa, hari-hari buat dosa.”Kalau ada yang terasa, Sarah minta maaf. Dalam keadaan macam ini saya harus berkata benar. Kalau satu hari nanti saya disoal, sekurung-kuranya saya dah lakukan sesuatu,” kata Sarah menerusi Instagram.

Sanggup ya seorang perempuan mengaibkan perempuan lain untuk mencari rezeki.

Menerusi laporan mStar pada 14 Ogos lalu, Sarah meluahkan rasa kesal dengan trend pemasaran tersebut dan membuat teguran secara terbuka.Kata Sarah, biarpun bukan seorang Muslim sempurna namun dia tidak pernah terfikir untuk melakukan perkara tidak senonoh sehingga menjatuhkan maruah seorang wanita.

Dalam pada itu, Sarah mendedahkan dia pernah ditawarkan untuk mempromosikan satu produk namun menolak tawaran tersebut kerana ia mengaibkan kaum hawa.”Ini ada satu cerita, ada brand ni nak minta tolong saya promosikan barang dia. Bila dia DM, saya beri salam dan dia cakap ‘hi’ kepada saya. Dalam hati saya tertanya dia Islam ke?

Sarah tolak tawaran untuk promosikan produk yang menjatuhkan maruah wanita.”Saya tanya la dia Islam ke dan dia jawab ya. Dekat situ dah nampak macam adab sebagai Iam tak ada. Lepas itu minta promote barang dan saya tak kisah tapi… produk itu agak mengaibkan wanita.

“Bagi gambar yang memalukan dan mengaibnkan wanita. Tak boleh macam ni. Dia bagi lagi gambar, jenis tak faham bahasa. Awak kena faham yang saya beri makan anak-anak.”Dia perempuan dan akan ada anak. Sanggup ya seorang perempuan mengaibkan perempuan lain untuk mencari rezeki. Saya doakan satu hari awak berubah dan buka pintu hati dapat idea lain untuk cari rezeki,” ujarnya.-mstar

Kecoh Dengan Isu Shuib Dan Siti Sarah Disiasat Dengan SPRM Baru Baru Ini. Kini Shuib Luahkan Sesuatu Selepas Mendapat Banyak Reaksi Dari Warganet.

PELAWAK dan penyampai radio Hot FM, Shuib menzahirkan rasa terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan dia dan isteri yang juga penyanyi Siti Sarah selepas dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rsuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, semalam. Shuib berkata, dia dipanggil SPRM bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes pengubahan wang harm mengikut Akta Pengubahan Wang Harm (AMLA) SPRM 2001.

“Alhamdulillah, syukur. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri. “Saya dipanggil untuk membantu siasatan SPRM berkenaan AMLA dan terima kasih kepada pihak SPRM kerana memberi layanan yang sangat baik terhadap saya sepanjang 23 jam siasatan,” tulisnya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram, hari ini.

Menurut Shuib, dia menganggap apa yang berlaku sebagai satu cabaran dalam menjalankan perniagaan. “Saya anggap ini satu cabaran dan dugaan dalam perniagaan. Doakan perniagaan Bubblebee kami terus maju dan memberi manfaat kepada semua orang,” katanya. Sementara itu, Sarah yang menemani suaminya semalam menjelaskan, dia dan suami sudah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan sebaiknya dan bersyukur proses siasatan berjalan lancar.

“Alhamdulillah syukur. Kami dipanggil hanya untuk memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia,” katanya. Terdahulu Harian Metro melaporkan pasangan selebriti itu dipanggil SPRM bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram. Difahamkan, pasangan berkenaan masing-masing berusia 36 tahun hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya sejak 4 pagi, semalam. Difahamkan, terdapat beberapa individu termasuk seorang usahawan terkenal turut dipanggil memberi keterangan.

Sumber: Harian Metro

Sekian lama bergiat aktif dalam dunia perniagaan. Terkini Siti Sarah dan Shuib dipanggil SPRM gara gara sesuatu ini. Lebih mengejutkan bila mereka disyaki terlibat dalam kegiatan ini.

KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib dipercayai dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasu4h Malaysia (SPRM) hari ini setelah disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang harm membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.Difahamkan, pasangan selebriti itu hadir tengah hari ini ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya untuk diambil keterangan membabitkan kes tersebut. Menurut sumber, setakat ini, siasatan masih dijalankan namun penglibatan pasangan selebriti tersebut tidak dapat dipastikan.

Jelasnya, selain mereka, beberapa individu termasuk selebriti lain yang mempunyai kaitan dengan kes terbabit mungkin akan dipanggil. “Masih tidak dapat pastikan sama ada mereka akan ditahan atau pun tidak memandangkan proses merakam keterangan masih berjalan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Utusan Malaysia cuba mendapatkan pasangan selebriti ini untuk pengesahan namun gagal dihubungi. Terdahulu,Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan terdapat pasangan selebriti dipanggil pihaknya namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. – UTUSAN ONLINE

Syarikat hampir gulung tikar tahun lepas. Shuib nekad beri sesuatu yang agak istimewa buat Siti Sarah yang bernilai puluhan ribu ringgit sempena ulang tahun isteri tercinta

PETALING JAYA: Shuib Sepahtu menghadiahkan isteri tersayang, Siti Sarah Raissuddin seutas jam tangan jenama mewah bernilai puluhan ribu ringgit sempena hari jadi ke-36 penyanyi itu. Sarah yang menyambut ulang tahun kelahiran, hari ini, diberi kejutan pada majlis sambutan hari jadi di sebuah hotel di Subang Jaya, malam tadi.

Mengaku jam tangan mewah itu menjadi antara hadiah paling mahal pernah diberi suami, Sarah yang tidak suka memakai aksesori perlu belajar menyarung jam tangan, mulai sekarang.”Saya hargai pemberian suami. Jika hendak diikutkan, saya bukan jenis materialistik. Kalau orang tak suruh beli atau belikan untuk saya, memang tidaklah saya berbuat demikian.

“Setakat ini, tas tangan berjenama antara yang saya beli untuk ganjaran selepas bekerja keras.”Saya bukan suka pakai aksesori termasuk jam tangan sejak zaman sekolah. Tetapi sekarang, kenalah mula pakai jam tangan,” katanya ditemui pada majlis sambutan hari jadinya di sini, malam tadi.

Sarah yang baru-baru ini membuat permohonan maaf kepada masyarakat Orang Asli atas berita video promosi syampu, percaya angka 36 pada usia melambangkan kematangan diri.”Semoga saya terus dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Harapnya segala urusan dunia akhirat saya dipermudahkan.

“Moga saya terus mendapat memberi manfaat dan mempengaruhi orang lain dalam segala segi termasuk perniagaan,” katanya.Sementara itu, Shuib mempunyai alasan kukuh menghadiahkan jam tangan mewah kepada isterinya.”Sebelum ini, saya paksa isteri pakai gelang emas biarpun tahu dia tidak suka aksesori. Sekarang saya hadiahkan jam tangan supaya dia boleh aturkan masa dengan baik.

“Apatah lagi, isteri cemerlang dalam perniagaan kecantikannya. Jika diikutkan, tahun lalu, syarikatnya hampir gulung tikar,” katanya.Shuib yang genap 36 tahun, Sabtu lalu, turut dihadiahkan beg sandang berjenama oleh Sarah.Pasangan ini mempunyai tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.Pada sambutan hari jadi itu, Sarah menyumbangkan suara mendendangkan beberapa lagu termasuk berduet dengan bapanya, Raissuddin Hamzah dan Mark Adam.-bh