Jadi tetamu pertama diberi kebenaran masuk Kaabah. Detik bersejarah PM Muhyiddin jadi ketua negara pertama yang mengerjakan ibadah umrah

Berita

Untuk pengetahuan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman telah selamat tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang mengikut waktu tempatan untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi. Difahamkan ketibaan beliau dan isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz telah disambut oleh Gabenor Jeddah, Putera Mishaal Majid Abdulaziz Al Saud.

Tak lupa juga Duta Malaysia ke Arab Saudi iaitu Datuk Abd Razak Abdul Wahab dan isteri Datin Nor Asimah Petah serta Konsulat Besar Malaysia di Jeddah iaitu Alauddin Mohd Nor dan isteri iaitu Najwa Hasbullah. Sekadar pengetahuan, lawatan ke Arab Saudi ini merupakan sebahgian daripada rangka kerja lawatan rasmi enam hari ke Asia Barat. Ianya bagi memenuhi jemputan Raja Arab Saudi iaitu Raja Salman Abdulaziz Al Saud.

Kelihatan TS Muhyiddin Yassin dan isteri menunaikan umrah dan melakukan ziarah di Madinah terlebih dahulu sebelum memulakan program rasmi di Istana Al Yamamah di Riyadh pada 9 Mac ini. Kemudian TS Muhyiddin Yassin akan ke Emiriah Arab Bersatu untuk petremuan dengan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan dan Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum yang merupakan pemerintah Dubai

Dapat dilihat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi penghormatan untuk memasuki Kaabah ketika menunaikan ibadah umrah.Amat bermakna detik pembukaan pintu Kaabah, pada Sabtu malam waktu tempatan, dirakam beberapa jemaah yang berkongsi momen itu di media sosial.

Untuk pengetahuan, ini merupakan kali pertama tetamu memasuki Kaabah sejak lebih setahun lalu. Perdana Menteri dan isteri tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang Sabtu waktu tempatan (10.31 malam di Malaysia) untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi.Info baru,Muhyiddin merupakan ketua negara pertama yang mengerjakan ibadah umrah sejak penularan pandemlk C0VID 19.

Mohon bakal jemaah haji diberi keutamaan v4ksin C0vid-19

Kuala Lumpur: Mengambil kira pengumuman kerajaan Arab Saudi yang mewajibkan pengambilan v4ksin C0vid-19 terhadap seluruh bakal jemaah haji, Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh) berpendapat golongan berkenaan perlu diberi keutamaan dalam pemberian vaksin.

Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd Sham turut menyeru pembabitan hospital swasta dalam Program Imunisasi C0vid-19 Kebangsaan bagi membantu bakal jemaah haji menerima suntikan vaksin tersebut lebih cepat.

“Bagi mendapatkan vaksin, kita kena daftar dan ikut giliran, jadi ini sudah pasti mengambil masa yang lama. Tak boleh potong barisan tapi sekiranya pemberian vaksin boleh dilakukan di hospital swasta, maka golongan ini boleh diberi keutamaan untuk dapatkan suntikan vaksin.

“Hospital swasta boleh membeli vaksin daripada kerajaan dan menjalankan proses vaksinasi sendiri dan secara tidak langsung dapat mempercepatkan imuniti kelompok selain menjimatkan masa dan kos kerajaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pengumuman kerajaan Arab Saudi mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 bagi bakal jemaah haji tahun ini bertujuan memastikan kesihatan jemaah berada dalam keadaan yang terbaik serta kelancaran ibadah haji tahun ini.

Fasa 1 program imunisasi itu yang sedang berlangsung hanya membabitkan petugas barisan hadapan. Kerajaan menyatakan individu yang ‘memotong barisan’ untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Sementara itu, Razali turut merayu kerajaan membuka semula sempadan antarabangsa bagi mereka yang ingin mengerjakan umrah sekali gus membantu agensi umrah yang kehilangan pendapatan sejak penularan Covid-19.

Beliau berkata, pihaknya juga memohon kerajaan membenarkan pemain industri membuat kunjungan teknikal ke Arab Saudi bagi mendapatkan maklumat termasuk berkenaan garis panduan prosedur operasi standard sebelum jemaah dari negara ini dibenarkan ke Tanah Suci.

Pada November tahun lalu, kerajaan Arab Saudi memberikan kebenaran kepada umat Islam di negara ini menunaikan umrah selama 10 hari, bagaimanapun kerajaan Malaysia masih tidak membenarkannya selepas mendengar pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd Datuk Md Daud Che Ngah berpendapat pengumuman berkenaan adalah langkah yang amat wajar bagi mengekang penularan Covid-19.

Beliau berpandangan bahawa jemaah haji perlu diberi keutamaan untuk mendapatkan suntikan vaksin, selewat-lewatnya menjelang Aidilfitri ini bagi memudahkan urusan perjalanan.

“Kita berharap sangat keutamaan diberikan kepada jemaah haji. Sebab kalau dilewatkan pemberian vaksin ini, sampai masa nak berlepas ke Tanah Suci, vaksin tak dapat lagi. Sudahlah kuota kita mungkin kecil saja, jadi ini peluang yang tak boleh disia-siakan,” katanya.

Md Daud bagaimanapun berkata, suntikan vaksin sebolehnya perlu dibuat di hospital kerajaan sekali gus pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan untuk menentukan tahap kesihatan bakal jemaah haji secara lebih terperinci.

Kredit : AstroAwani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ingatkan Isi Kwsp Dah Habis. Lepas Je Belanjawan Diluluskan Hari Ni Warganet Terus Komen Macam Ni Pada Laman Muhyiddin Yassin. Tak Sangka Ini Yang Warganet Harapkan.

KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 bagi bacaan kali ketiga berjaya diluluskan di Dewan Rakyat hari ini melalui undian belah bahagi. Belanjawan 2021 yang pertama dibentang di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu mendapat undi menykong daripada 111 ahli Parlimen manakala 108 ahli Parlimen men0lak dan seorang tidak hadir.

Hantaran Terbaru Dari Tan Sri Muhyiddin Yassin

Alhamdulillah, saya sekali lagi melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT apabila Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Parlimen Perikatan Nasipnal (PN), Barisan Nasi0nal (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang telah meny0kong Belanjawan 2021 dari peringkat dasar, peringkat jawatankuasa sehingga kepada bacaan kali ketiga.

Saya juga ingin merakamkan rasa terima kasih kepada semua Ahli Parlimen kerajaan yang turut menyokong rang undang-undang ini ketika dibahaskan pada peringkat 27 kementerian sehingga diluluskan sama ada menerusi undlan suara atau belah bahagi.

Sok0ngan padu ini membuktikan Kerajaan PN sentiasa mengambil kira kebajlkan, keselamatan nyawa, kesejahteraan hidup rakyat serta pemulihan ek0nomi negara dalam apa sahaja tlndakan yang diambil. Ini juga membuktlkan ahli-ahli Parlimen yang meny0kong menyedari dan menglnsafi

bahawa belanjawan ini sangat penting kepada kerajaan bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan yang sudah dirancang dengan keutamaan sudah tentunya untuk melawan pandemlk C0VID 19 serta meningkatkan taraf hidup rakyat seluruh lapisan masyarakat terutama g0longan B40, M40, gol0ngan rentan serta golongan kurang bernasib baik.

Saya sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada YB Menteri Kewangan dan Kementerian Kewangan yang bekerja keras menyediakan Belanjawan 2021 ini dari peringkat awal sehingga diluluskan hari ini. Terima kasih juga kepada seluruh rakyat yang dengan ikhlas mendoakan agar Belanjawan 2021 ini diluluskan demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup mereka.

Menerusi di ruangan komen pula, rata rata warganet bertanyakan tentang apa yang akan jadi pada pengeluaran kwsp isinar tanpa syarat. Sehingga artikel ini dibuat lebih dari 1 rlbu komen serta hampir 10 ribu tanda sukaan.

Reaksi Warganet Di Ruangan Komen

Tan Sri sampai kena merayv utk mdapat sok0ngan supaya bajet 2021 dpt diluluskan,, tapi Tan Sri langsung xambil perduli rayvan rakyat utk mengeluarkan duit simpanan mereka sendiri drp acc satu kwsp sebyk rm 10k dgn bermcm2 syarat.

Rakyat masih menunggu kelulusan one off akaun 1 KWSP untuk semua ahli tanpa syaratt. Kami mahu i sinar tanpa syaratt untuk ketegori ke 2….tung.gakan hvtang makin banyak….kami amat memerlukan kan…dapat settle hvtang dah bersyukur dah.

Sekarang nie rakyat memang nak tunggu keputvsan syarat kwsp tu dimansuhkan, harap yb paham yerr. Ada saya tengok jiran saya anak ramai, suami dah takde, kwsp tulah harapan dia.

Kredit : FBMuhyiddinYassin/OM

Terkini Pihak Kwsp Umumkan Sesuatu Pasal I Sinar Kategori 1. Tiba Tiba Najib Boleh Pulak Cakap Ceo Kwsp Macam Ni.

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan tiada sebarang perubahan terhadap kriteria kemudahan pengeluaran i-Sinar , termasuk keperluan pencarum kategori 2 mengemukakan dokumen untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1.

“Buat masa ini, tiada sebarang perubahan terhadap krlteria semasa i-Sinar. “Dijangkakan sebahagian besar daripada 8 jvta ahli yang layak memohon di bawah Kategori 1 akan diberikan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan,” kata KWSP dalam kenyataan.

Permohonan dalam talian akan bermula 21 Disember 2020 dan pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2021 menerusi Akaun 1, kata kenyataan itu. Dalam pada itu, Najib Razak juga tampil mengulas perkara tersebut di laman Facebook beliau. Menurut Najb, ramai yang tak ada side income jual kuih sudah tunggu sejak bulan Oktober. Dan pencarum perlu tunggu sedikit masa lagi.

“Pendapat saya ialah CEO KWSP sudah give-up dan telah tndang bola kepada Lembaga Pengarah serta Menteri Kewangan. Mesej yang CEO nak sampaikan dalam kenyataan terbaru ini ialah jika Lembaga Pengarah dan Menteri Kewangan tak luluskan, jangan salahkan dia lagi” tulis Najib lagi

Sebelum itu, Pemuda UMNO memaklumkan bahawa pihaknya sudah menghubungi Ketua Pegawai (CEO) Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tunku Alizikri Alias berhubung syaratt pengeluaran akaun satu KWSP menerusi program i-Sinar.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau telah meminta Alizikri supaya memansuhkan semua kriteria yang ditetapkan bagi permohonan i-Sinar agar pencarum mudah untuk mengeluarkan wang simpanan mereka.

“Insya-ALLAH, beliau resppons, jawab dengan baik dan positif untuk bawa lsu ini serta akan berbincang lanjut dengan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenainya. “Doakan agar ada natijah yang positif untuk rakyat,” katanya dalam satu komen di hantaran Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, rata-rata warganet turut memberikan komen positif terhadap usaha Asyraf Wajdi dalam mempertahankan suara rakyat. Terdahulu, KWSP mengumumkan dua kategori ahli yang layak mengeluarkan wang simpanan akaun satu menerusi program i-Sinar itu. Bagi kategori pertama, ia melibatkan ahli KWSP yang sudah lama tidak mencarum, yang hilangg pekerjaan, suri rumah atau diberi notis cuti tanpa gaji.

i-Sinar: Sebahagian besar daripada 8 juta pemohon Kategori 1 diberi kelulusan automatik – KWSP

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjangkakan sebahagian besar daripada lapan juta ahli yang layak memohon di bawah Kategori 1 kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan.

Dalam satu kenyataan, KWSP memaklumkan permohonan dalam talian akan bermula 21 Disember 2020 dan pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2021. “KWSP mengalu-alukan sebarang maklum balas mengenai i-Sinar, namun buat masa ini, tiada sebarang perubahan terhadap kriteria semasa i-Sinar.

“Dijangkakan sebahagian besar daripada lapan juta ahli yang layak memohon di bawah Kategori 1 akan diberikan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan. “Permohonan dalam talian akan bermula 21 Disember 2020 dan pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2021,” kata kenyataan itu.

Penjelasan itu merujuk pelbagai laporan media mengenai permohonan untuk memansuhkan semua kriteria dan syarat yang ditetapkan di bawah kemudahan i-Sinar. “KWSP ingin menyatakan bahawa ia sentiasa mengambil berat terhadap setiap permintaan dan cadangan daripada pihak-pihak berkepentingan,” katanya.

Menurut KWSP, setiap proses, perubahan dasar atau penambahbaikan akan menjalani proses pertimbangan sewajarnya dan dibentangkan kepada Ahli Lembaga KWSP untuk kelulusan. Berikutan itu, katanya setiap perkara yang melibatkan isu dasar akan dibawa kepada perhatian Kementerian Kewangan.

Sumber : FMT/KWSP, Najib Razak

Kwsp Bukan Macam Bank. Lepas Ramai Yang Pertikaikan Akhirnya Ketua Pegawai Kwsp Tampil Bersuara Lantang Bongkarkan Kenapa I Sinar Tak Boleh Lulus Automatik Untuk Semua Pencarum.

KUALA LUMPUR: Meskipun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikhususkan untuk simpanan masa depan, namun institusi itu komited untuk membantu ahlinya dalam apa juga situasi khususnya ketika negara berdepan pandemik C0VID 19.

Menurut Ketua Pegawainya, Alizakri Alias, sehubungan itu, kemudahan i-Sinar diperkenalkan bagi memperluaskan bantuan kepada pencarum selepas kemudahan i-Lestari dilaksanakan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

“Kami faham situasi sekarang adalah waktu genting untuk kita menolong ahli-ahli untuk bertahan dan kita sebulat suara bersetuju mahu menolong ahli kita buat masa ini, usah cakap untuk masa hadapan.

“Itu sebab kita perkenalkan i-Sinar dan i-Lestari untuk kita bantu mereka yang betul-betul terjejas aklbat C0VID-19,” katanya menerusi temu bual eksklusif dalam program Agenda AWANI pada Khamis. Dalam pada itu, Alizakri menegaskan, KWSP bukan seperti institusi perbankan yang boleh mengeluarkan wang masing-masing pada bila-bila masa.

Sebaliknya, beliau berkata, tujuan penubuhan institusi itu bagi memastikan setiap pencarum mempunyai simpanan pada usia tua kelak. “Memang saya tidak menafikan ini adalah duit ahli kita, tetapi KWSP bukan macam bank. Kalau macam bank, duit ahli boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

“Sebaliknya, KWSP ditubuhkan hampir 70 tahun lalu atas kebijaksanaan kerajaan terdahulu bagi memastikan rakyat Malaysia yang bekerja mempunyai wang yang cukup pada usia tua,” katanya. Selain itu, beliau menambah, KWSP juga memperkenalkan kadar penurunan caruman daripada 11 peratus kepada 7 peratus untuk membantu meringankan beban ahli dalam situasi sukar ini.

“Langkah itu bagi memastikan setiap ahli mempunyai lebihan wang untuk perbelanjaan harian. “Justeru, i-Sinar bukanlah suatu perkara yang perlu dilihat secara persendlrian, tetapi perlu dilihat secara menyeluruh daripada program i-Lestari, penurunan kadar caruman dan sekarang i-Sinar,” jelasnya.

Keputusan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) untuk tidak meluluskan secara automatik penerima i-Lestari kepada skim i-Sinar adalah berikutan perbezaan situasl yang dihadapi negara ketika ini. Ketua Pegawainya, Alizakri Alias menjelaskan i-Lestari diperkenalkan ketika negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac yang menyebabkan kebanyakan ekonomi dan aktiviti sosial tidak dibenarkan beroperasi.

Justeru, beliau berkata, keadaan tersebut menimbulkan kebimbangan KWSP terhadap nasib ahli-ahli mereka.“Tetapi masa sekarang ini situasi telah pun berubah, kalau kita fikir PKP yang secara ketat dulu pun tidak ada lagi. Jadi, kita (rakyat) telah bekerja semula dan ekonomi sudah mula dijana. Kita juga jangan lupa, bukan semua orang hendak membuat perm0honan i-Lestari pada masa itu.

“Walaupun kriteria dan ia terbuka untuk ramai orang, bukan semua orang mahu memohon i-Lestari, sama juga dengan i-Sinar. “Mungkin keadaan sekarang dah berlainan berbanding pada Mac dan April,” katanya menerusi temu bual eksklusif dalam program Agenda AWANI di sini pada Khamis malam.

Sumber : AstroAwani

Ramai Yang Persoalkan Pasal Akaun 1 Kwsp. Sekali Ceo Kwsp Tampil Buat Ramalan Yang Mengejutkan Tentang Apa Yang Akan Terjadi Pada Rakyat Lepas Bersara Nanti.

(KWSP) menjelaskan sebanyak 43 peratus atau 5.38 juta ahli di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun satu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Alias berkata, ini bermakna mereka akan menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan kurang daripada RM41 sebulan sepanjang tempoh 20 tahun sekiranya simpanan mereka tidak bertambah.

“Umum mengetahui purata jangka hayat rakyat Malaysia kini menjangkau usia 75 tahun, namun KWSP terus mengekalkan pengeluaran bagi akaun satu pada usia 55 tahun. Jadi ada tempoh selama 20 tahun lagi selepas persaraan.

“Selain itu, sebanyak 54 peratus atau 137,000 daripada 245,000 ahli berumur 54 tahun pada 2020 mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dan bakal menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan hanya RM200 sebulan bagi tempoh 20 tahun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat KWSP di sini semalam.

Menurutnya, daripada data KWSP itu, jumlah berkenaan sangat jauh daripada paras kemiskinan negara iaitu RM2,208 untuk isi rumah dan RM2,450 untuk perbelanjaan asas seorang warga emas seperti dinyatakan dalam kaji selidik oleh Social Wellbeing Research Centre.

“Katanya, pada masa ini pihaknya sedang memperhalusi dan memperincikan kemudahan bagi tujuan pengeluaran daripada akaun satu seperti diumumkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Belanjawan 2021 Jumaat lalu dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun satu secara bersasar sebanyak RM500 setiap bulan dengan jumlah sehingga RM6,000 bagi tempoh 12 bulan untuk meringankan beban seramai kira-kira 600,000 ahli yang dibuang kerja.

Tunku Alizakri meminta pencarum menjadikan pengeluaran caruman KWSP akaun satu sebagai langkah terakhir sekiranya terdapat kaedah lain bagi membantu kekangan kewangan yang dihadapi ketika ini. “Pertama buat anggaran perbelanjaan ketika ini dengan tidak meletakkan keperluan semasa terlebih dahulu berbanding kehendak.

Lihat juga kepada bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan sekiranya ia tidak mencukupi barulah melihat kepada simpanan hari persaraan sebagai pilihan terakhir. “Selain itu ahli juga boleh mendapatkan nasihat kewangan daripada Bank Negara Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dan Pertubuhan k3selamatan Sosial (Perk3so),” ujarnya. Katanya, KWSP memikul beban yang berat untuk melihat situasi semasa dan memainkan peranan bagi memastikan semua ahli mempunyai wang pada masa depan iaitu selepas hari persaraan.

Kredit : Sinar Harian

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/

Ramai Yang Tak Puas Hati Pasal I Sinar Kwsp. Perkongsian Terkini Dari Najib Razak Buat Ramai Yang Setuju Bila Najib Dedahkan Tentangvapa Yang Rakyat Nak Sebenarnya.

Semalam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umumkan pencarum yang layak untuk kemudahan i-Sinar terbahagi kepada dua kategori. KWSP dalam kenyataan berkata, bagi Kategori 1, mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

“Kriteria bagi Kategori 1 meliputi ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut ketika permohonan; atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020,” katanya.

Katanya, bagi kategori ini, tiada dokumen sokongan diperlukan dan kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP. Malah, ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar mulai 21 Disember 2020.

Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021. KWSP berkata, bagi Kategori 2, ia meliputi ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan itu hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi. Rata rata di media sosial ramai yang masih tidak berpuas hati disebabkan masih bersyarat dan ini menarik perhatian NajibRazak melalui perkongsian beliau yang terkini.

Duit KWSP duit rakyat. Kita mesti percaya kepada rakyat membuat keputusan terbaik untuk diri mereka. Hidup rakyat amat tertekan dan ada yang perlukan duit untuk kecemasan kini. Faham?

Reaksi Dari Warganet Di Ruangan Komen

Terbaik bossku..sy layak kategori 1 tapi sy tetap tak puass hati sebab tetap ada yg tak layak biarpun mereka bukan kenalan sy namun kita tetap manusia dan faham keadaan skg jadi sy tetap akan bersama yg lain agar sama2 semua layak..biar adil.

Dato bagus klu kwsp faham . Tdk adil macam ne kan bagus semua dapat mcm I lestari. Kami ne bekerja besar tanggngan gaji hanya basic 1200. Istri tdk kerja tda kwsp anak tanggung 3 orang . Macam mana dato ne kwsp. Keputusan tdk adil.

Kami fikir kwsp boleh tolong keadaan kami rupanya salah angapan Saja. Suri rumah untung lah yg layak dapat sbp dapat seprt pendapatan suami dia. Kami siapa seprt dato sendiri Cari mengmis Minta kesihan tdk dpt syarat yg d tetapkan kwsp.

Ye betul tu DSNR..rakyat memang tertekan sekarang ni biar la kami putuskan nak keluarkan ke tak sebab itu hak kami..memang ada yang masih berkerje tapi bagaimana pulak jika dulu suami isteri dua-dua berkerje dan sekarang ni tinggal isteri sahaje. amat2 mengecwakan jika orang yang berkeje tidak dapat keluarkan kwsp duit sendiri.

Nak adill kpd semua pihak utk Kategori 2 tak perlulah bersyarat2, sbb mereka masih lagi bekerja, masih lagi mencarum, sy tak nampak ada masalah disitu yg perlu disyaratkan oleh kwsp dan tiada masalah sebenarnya jika mereka mahu keluarkan…10%@10k > 200… 2@3 thn selepas tu mereka dah boleh cover semula jumlah yg diambil sbb mereka masih mencarum dan bekerja.

Sumber : FBNajibRazak/OM

Tagged