Ketahuilah mood seorang isteri mampu mempengaruhi suasana dalam rumah. Kalau mood dia gembira rumahtangga pun mesti bahagia.

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Mungkin ada yang ingat suami adalah orang yang paling penting dalam sebuah rumahtangga, manakala isteri pula hanya membantu untuk menyempurnakan rumahtangga tersebut. Rupanya, anda silap. Di mana, isteri lebih penting dalam rumahtangga berbanding suami.

Ini kerana, emosi, kesihatan serta kegembiraan ini akan memainkan peranan dalam rumahtangga. Di mana, ia akan mengganggu pengurusan di rumah, anak-anak malah suaminya sendiri. Sebab itulah, sering kali diingatkan bahawa menjaga emosi dan kesihatan isteri itu adalah yang penting sekali.

Walaupun isteri anda itu hanya sekadar suri rumah, sekadar tulang belakang anda, tapi dia punya kesan terhadap rumahtangga anda begitu sangat ketara kalau ketiadaannya. Seperti yang dikatakan Firdaus Shakirin ini, isteri gembira, rumahtangga bahagia.

Isteri merupakan jantung rumahtangga. Uniknya seorang isteri ini ialah, moodnya mampu mempengaruhi suasana dalam sesebuah rumahtangga. Jika moodnya baik, maka tenang dan amanlah rumahtangga tersebut. Jika moodnya kurang baik, maka porak peranda dan panaslah rumahtangga tersebut.

Yang menguruskan dan mengendalikan rumahtangga tu adalah isteri. Dari terbitnya matahari sehingga terbenamnya matahari, segala apa yang isteri buat selepas dia bangun dari tidur adalah untuk suaminya dan anak-anaknya dan dia melakukannya seorang diri.

Perasan atau tidak… Jika isteri sakit atau tiada dirumah, suasana rumah tu rasanya berbeza, seolah-olah tak lengkap, sunyi, hilang seseorang yang selalu melakukan sesuatu, seseorang yang kebiasaannya mundar mandir depan tv, menjerit-jerit dari dapur, menghidangkan makanan, membersihkan mainan, membuang kekotoran dan sebagainya.

Kuat pengaruh dan aura isteri dalam rumahtangga. Oleh itu, jika hari ini rumahtangga kita suram, tak meriah, kurang bermaya, maka tengok balik keadaan isteri kita. Adakah dia gembira atau tidak. Jika dia tidak gembira, tertekan dengan apa yang perlu dilakukannya setiap hari, maka ubahlah isteri.

Gembirakan semula isteri untuk menjadikan rumahtangga kita bahagia. dan cara-cara untuk menggembirakan dia, terserahlah kepada anda. Rumahtangga itu perlu dikongsi bersama, bukan hanya sebelah pihak sahaja yang menanggungnya.

About ApamPink 103 Articles
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah-ertikan, kami tidak akan bertanggungjawab. JIKA ANDA SUKAKAN SALAH SATU ARTIKEL, JANGAN LUPA SHARE...