Jangan gelap mata I sinar bukan untuk rakyat habiskan tanpa hala tuju. Individu ini nasihatkan orang ramai supaya berbelanja dengan berhemah.

Berita

Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia Datuk Dr Mohd Daud Bakar menasihatkan orang ramai supaya berberlanja dengan berhemah apabila pengeluaran i-Sinar dibuat. Mohd Daud berkata, ia penting bagi mengelakkan wang tersebut digunakan secara tidak terkawal.

Had pengeluaran i-Sinar perlu mengambil kira keperluan semasa kerana ia hanya bersifat penyelesaian sementara dalam jangka masa pendek. Ia termasuk menyelesaikan perkara yang mendesak dan tertangguh akibat penularan Covid-19 dan bukannya peluang untuk ‘raya sakan’.

Katanya, dalam konteks semasa, pengeluaran wang berkenaan seharusnya digunakan untuk pembiayaan pendidikan anak-anak selari dengan konsep perbelanjaan kepenggunaan.”(Digunakan) untuk makan, pakaian dan elemen asas kehidupan itu tidak salah,

tetapi harus kepada perkara produktif kerana perlu diingat, ia adalah wang kita sendiri dan bukannya pemberian hadiah atau sumbangan.”Mungkin ada yang ingin mengeluarkannya dalam jumlah yang banyak sekali gus, tetapi wang itu perlu disimpan di tempat yang lebih selamat.

“Penyakit gelap mata akibat duit ini, bukan hanya berlaku kepada golongan biasa dan pertengahan, tetapi orang yang biasa hidup mewah juga berdepan masalah ini,” katanya kepada Harian Metro. Beliau juga mencadangkan agar kerajaan tampil dengan kempen dan promosi menyeluruh bagi mengingatkan orang ramai supaya berbelanja dengan berhemah apabila pengeluaran i-Sinar dibuat.

Katanya, walaupun nasihat itu biasa didengar, namun ia perlu untuk memastikan orang ramai tidak berbelanja sesuka hati kerana wang itu adalah simpanan untuk masa depan. “Pengeluaran simpanan yang dibenarkan ini juga satu pemberian yang besar ertinya.

Jadi ia perlu digunakan dengan bermakna, pastikan perkara yang perlu diselesaikan dulu berbanding yang lain.”Ini bukan kejayaan, bukan juga kemenangan, ini penyelesaian sementara. Ini duit kita untuk masa depan, tetapi dikeluarkan lebih awal.

Jadi kita kena uruskannya sebaik mungkin,” katanya. Khamis lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan pengeluaran i-Sinar. Ia berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif itu selepas mengambil kira maklum balas orang awam yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Berita Baik Lepas Je Tengku Zafrul Umukan Syarat Permohonan I Sinar Dimansukan Kali Ni Gilrankws Pula Tampil Dengan Kenyataan Ni.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pemansuhan adalah berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif itu selepas mengambil kira maklum balas rakyat.

Tengku Zafrul berkata, berikutan perubahan kepada sistem dan proses dalaman i-Sinar Online, KWSP memerlukan masa yang mencukupi untuk melaksanakan pembaharuan ini. “Perincian mendalam mengenai perkara itu akan diumumkan KWSP dalam masa terdekat. Kerajaan amat menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sementara perubahan sistem ini dilaksanakan.

Pemansuhan kriteria i-Sinar akan membabitkan perubahan kepada sistem, proses dan tadbir urus i-Sinar Online. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam kenyataan ringkasnya berkata, ini bagi memastikan permohonan boleh dibuat secara mudah dan selamat bagi membantu ahli bertahan ketika tempoh menc.abar ini.

“Oleh itu, KWSP amat menghargai kes.abaran dan pertimbangan ahli sementara perubahan ini dilaksanakan,” katanya. KWSP berkata, ia mengambil maklum pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini berkenaan pemansuhan kriteria kemudahan i-Sinar bagi memberi lebih ramai ahli b.antuan kewangan melalui simpanan Akaun 1.

“Maklumat lanjut berkenaan perkara ini akan diumumkan oleh KWSP di saluran-saluran komunikasi rasmi. Ahli juga dinasihatkan agar merujuk maklumat sahih daripada KWSP dan sentiasa berwaspada dengan m.aklumat yang meng.elirukan serta tidak sahih,” katanya.

Kredit : BHOnline

Terkini Rakyat Sekali Lagi Kecewa Bila Terpaksa Semak Semula Status I Sinar. Pihak Kwsp Tampil Jelaskan Punca Sebenar. Rupanya Ini Yang Terjadi.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meminta kepada pemohon i-Sinar untuk menyemak semula status permohonan selepas terdapat masalah teknikal. Kenyataan yang dibuat tengah malam tadi hadir beberapa jam selepas kebanyakan permohonan i-Sinar kategori 2 dilaporkan telah lulus selepas pemohon membuat semakan pada Ahad malam.

“KWSP ingin memohon maaf atas kesulitan kerana terdapat masalah teknikal pada paparan status I-Sinar online. Anda disarankan untuk menyemak semula status anda bermula 8 pagi pada 8 Februari 2021,” kata kenyataan tersebut.

Pemohonan Kategori 2 adalah melibatkan ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020. Laporan ini semestinya mendapat pelbagai reaksi warganet, kebanyakan daripada pemohon menyatakan sudah gembira apabila status i-Sinar mereka sudah diluluskan.

Namun apabila mereka menyemak semula pagi ini, ada ahli yang permohonannya masih dalam proses. Tidak pasti bagaimana masalah ini boleh terjadi, namun diharapkan KWSP memudahkan para ahlinya yang ingin mengeluarkan wang simpanan mereka sendiri

Kempunan Nak Merasa Duit Kwsp Sendiri. Wanita Ni Sebak Bila Cerita Tentang Suami Yang Dah Pergi Menghadap Illahi Teringin Nak Keluarkan Duit Kwsp. Tak Sangka Ini Yang Yang Terjadi.

MALAYSIA: Isu mengeluarkan duit dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukanlah satu isu baru kerana ia sering diperdebatkan di media sosial. Terbaru tular beberapa hari lepas kisah mengenai sebuah keluarga yang mana suaminya tidak sempat untuk merasa wang KWSP apabila telah pergi menghadap illahi terlebih dahulu.

Kisah ini diceritakan oleh Ariahni Eny pada 28 Januari yang lalu. Menurutnya sebelum suaminya pergi menghadap illahi dia sibuk menyuruh Ariahni untuk memohon KWSP dia (suaminya). Nak buat repair rumah dan bayar hutang. Sanggup suaminya telefon kawan-kawan dia ambikkan gambar dan slip gaji dia. Nak cuba untuk mohon kali ke-2. sebab kali pertama dalam proses jadi mereka mahu mohon untuk kali ke-2.

Hantar dokumen, tepat jam 12 malam. suami suruh dia buat tapi tak boleh sebab sistem ketika itu tergendala. Pada jam 1 lebih suami kejut suruh buat sekali lagi. Tapi ketika itu masih lagi tergendala. Katanya susah betul untuk dapatkan duit sendiri. Bermacam-macam syarat. Pada pukul 6 lebih kata Ariahni dia terbangun tengok suami dah terbaring. Sebab selama ini, suaminya memang tidak pernah tidur baring.

Dia akan tidur duduk, Allahuakbar, perasaan terus jadi tak sedap ambik henfon dan bukan “touchlight” Tengok sudah tidak bergerak. Buka lampu, kejut suami memang dah tak bangun katanya. suami dan pergi tinggalka aku dan 4 orang anak kami untuk selamanya.Patutlah malam itu dia suruh aku bersungguh-sungguh untuk mohon KWSP dia. Al fatihah (dibaca) semoga suami aku Mohd Afizinorisham Bin Md Fauzi tenang di sana. AMinn. Tulis Ariahni Eny.

KENAPA RAKYAT MASIH MARaAH DALAM ISU PENGELUARAN WANG AKAUN 1 KWSP?

1. Hakikatnya apa yang rakyat faham ialah wang yang dicarum melalui potongan gaji dan disimpan di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah tetap milik penyimpan ataupun pencarum tersebut sendiri

2. Kerajaan melalui KWSP hanyalah bertindak selaku pemegang amanah, di mana sepatutnya jika pemiliknya ingin mengeluarkan wang tersebut atas sebab yang mustahak dan tidak dapat dielakkan kerana kehidupan terjejas akibat pandemik Covid-19, kerajaan tidak ada alasan menghalang dan wajar menyegerakan pengeluaran tersebut

3. Sekiranya wujud isu KWSP atau kerajaan tidak mempunyai aliran tunai yang cukup untuk diberikan, ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk berdolak-dalik dengan pelbagai syarat – di mana jika benar masalah aliran tunai tersebut berlaku, kerajaan perlu selesaikan dengan penuh saksama tanpa melibatkan rakyat

4. Rakyat melihat keadaan ini semakin susah dan rumit sedangkan ia boleh diselesaikan dengan mudah, malah tidak akan menambah bebanan kerja kakitangan KWSP untuk mengesahkan “bukti rakyat terjejas” serta urusan semakan dan pemprosesan dokumen akan menjadi lebih mudah

5. Rakyat juga meluat apabila melihat kerajaan tidak mampu memberi cadangan yang lebih baik berbanding pengeluaran RM10,000 secara ‘one off‘ yang diminta rakyat, kerana itu asyik memberi pelbagai alasan termasuk perbandingan yang tidak masuk akal dan tersilap kiraan

6. Apatah lagi cadangan ini bukanlah permohonan geran atau bantuan lain seperti BR1M, BSH ataupun BPR yang memerlukan semakan kelayakan pemohon – malah cadangan ini jauh lebih baik kerana semua pencarum layak secara automatik kerana simpanan tersebut adalah wang mereka sendiri

7. Ini yang rakyat tidak faham kenapa kerajaan tidak boleh memahami perkara yang semudah ini sebaliknya rakyat terpinga-pinga melihat kerajaan asyik ‘menyusahkan’ rakyat dengan ‘syarat tersembunyi’ – antaranya di awal pengumuman rakyat dibenarkan keluar sehingga RM10,000 tetapi rupa-rupanya perlu menunjukkan bukti

8. Kemudiannya ditambah syarat lain iaitu hanya akan diberi separuh iaitu bayaran pertama (jika diluluskan) adalah sebanyak RM5,000 dan bakinya akan dibayar dalam tempoh enam bulan, kemudian terdedah pula pembayaran paling cepat akan diterima adalah pada penghujung bulan Februari tahun hadapan.

9. Sedangkan ketika inilah rakyat sangat memerlukan, terutamanya di penghujung tahun di mana rakyat akan berdepan masalah untuk pembayaran yuran pengajian, sekolah dan taska, termasuk melangsaikan hutang, menyediakan keperluan anak-anak serta keluarga

10. Cukup-cukuplah kerajaan ‘meremehkan’ kesusahan rakyat ketika ini apatah lagi memerlukan bukti kononnya “hanya untuk yang terjejas” – kerana adakah rakyat perlu menunjukkan sebarang bukti jika ingin mengeluarkan wangnya sendiri?

11. Terpulanglah kepada rakyat sendiri untuk mendefinisikan maksud ‘pendapatan terjejas’ masing-masing dan menimbangkan sama ada perlu mengeluarkan RM10,000 tersebut ataupun tidak

12. Jangan hadkan atau wujudkan sebarang tempoh pengeluaran sebaliknya hanya hadkan kepada jumlah yang dibenarkan keluar iaitu sebanyak RM10,000 sahaja, malah tidak perlupun sehingga RM60,000 seperti yang dicadangkan kerajaan

13. Kerajaan boleh menjadi ‘hero’ jika bertindak sebagai pemudah cara di mana “siapa hendak keluar, boleh keluar, siapa tidak mahu, tidak perlu keluar” – janganlah pula menjadi punca masalah sehingga merumitkan keadaan

14. Namun jika kerajaan tetap mahu ‘berpolitik’ sehingga sanggup menyukarkan pengeluaran KWSP ini kerana khuatir ia akan memberi ‘mileage‘ kepada ahli politik lain, maka adakah kerajaan sedar rakyat juga boleh membalas dengan cara yang sama?

15. Bagaimana jika rakyat pula meletakkan syarat agar tidak mahu mengundi sebarang parti dalam kerajaan Perikatan Nasional jika tuntutan pengeluaran wang sendiri sebanyak RM10,000 secara ‘one off‘ ini tidak dimudahkan? – bukan rakyat sebaliknya kerajaanlah yang akan rugi atas ‘kesalahan’ meremehkan kesusahan rakyat.

Wallahualam. – Editor Malaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : http://transformasi.pw/2021/02/04/xdan-nk-merasa/

Terkini Pihak Kwsp Dedahkan Sebanyak 4.8 Juta Pemohon I Sinar Bawah Kategori 1. Sekali Tengku Zafrul Tampil Buka Mulut Umumkan Berita Gembira Untuk Pemohon Lain.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menerima 4.8 juta permohonan di bawah Kategori 1 bagi program i-Sinar setakat Selasa lalu. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 3.18 juta permohonan bernilai RM25.3 bilion telah diluluskan.

Menurut Tengku Zafrul, ahli-ahli yang lulus telah mula me­nerima jumlah keseluruhan RM13 bilion bermula bulan ini dengan baki permohonan sedang diproses KWSP. Katanya, bagi menambah baik kemudahan i-Sinar terutama bagi mereka yang menghadapi cbaran akibat Perintah KawaIan Pergerakan (PKP) dan bencna bnjir,

KWSP akan membuat bayaran interim sehingga RM1,000 bagi pemohon i-Sinar Kategori 2 seperti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Proses pengeluaran i-Sinar Kategori 2 juga dipermudahkan di mana ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri bahawa mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan dan dokumen sokongan boleh dihantar secara dalam talian dengan semakan akan dibuat kemudian.

“Kerajaan juga telah meminta KWSP memudahkan proses ba­yaran interim ini yang akan di­buat mulai 26 Januari,” katanya. Beliau berkata demikian dalam Laporan Laksana Ke-37 Pelaksanaan Pakej Rangsa­ngan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Prihatin (Kita Prihatin), semalam.

MenguIas mengenai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai), Tengku Zafrul menjelaskan, pakej tersebut merapatkan jurang rakyat kerana bncana bnjir tervk dan pelaksanaan PKP hampir seluruh negara.

“Permai membuktikan ko­mitmen kerajaan yang sentiasa mendengar dan tidak berkompromi dalam menyelamatkan nyawa dan memastikan punca rezeki rakyat serta perniagaan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sentiasa ter­beIa.

“Melindungi nyawa rakyat adalah menjadi keutamaan kerajaan ekoran kadar jngkitan harian yang masih tinggi. Justeru, strategi penambahbaikan di bawah Permai digubal daripada pelbagai segi. “Ia termasuk pelaksanaan Program lmunisasi Kebangsaan bernilai RM3 bilion, pengukuhan sistem kesihatan negara, program pencegahan jngkitan yang diperkukuhkan dan skop pelepasan cukai,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Dbongkar via Utusan

Ini Yang Rakyat Tunggu Tunggu. Setakat Ni Hanya 1 Peratus Je Permohonan I Sinar Yang Tidak Lulus. Sekali Pihak Kwsp Dedahkan Puncanya Buat Warganet Tergamam.

KUALA LUMPUR: Hanya satu peratus permohonan i-Sinar di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak diluluskan setakat ini. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata sehingga kini 65 peratus permohonan i-Sinar sudah diluluskan, manakala 35 peratus pula sedang diproses.

“Kerajaan juga bersetuju memudah cara i-Sinar dengan pendahuluan kategori dua sebanyak RM1,000. Isytihar sendiri dan akan dapat,” katanya pada sesi taklimat media, di sini hari ini. Pada masa sama, Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan meneruskan amalan bntuan bersasar melalui moratorium dengan membantu golongan yang paling terkesan.

“Kalau dibuka kepada semua, sumber kita akan ‘terbeban’ (stretched). Lebih baik menyokong mereka yang memerIukan daripada menyediakan bantuan yang tldak diperIukan oleh golongan yang tidak memerlukannya. “Kadar kelulusan moratorium adalah lebih 95 peratus dan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ialah 99 peratus. “Manakala 85 peratus peminjam PKS meneruskan bayaran pinjaman masing-masing,” katanya.

Sumber: bh

Ada Sebabnya Kenapa Ada Yang Tak Lulus. Akhirnya Pihak Kwsp Tampil Bersuara Lantang Bongkarkan Sebab Sebenar Buat Warganet Terkedu. Rupa Rupanya Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Sangka.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat ini sudah meluluskan 2.5 juta permohonan i-Sinar daripada jumlah keseluruhan sebanyak 3.88 juta, sejak permohonan di bawah Kategori 1 dibuka bermula 21 Disember lalu.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, jumlah pengeluaran yang diluluskan adalah sebanyak RM 19.62 bilion, dengan pembayaran bulan pertama berjumlah RM 10.07 bilion yang dibuat secara berperingkat bermula 5 Januari lalu.

“KWSP maklum bahawa sebahagian besar daripada 1.4 juta permohonan yang masih belum diluluskan, berada di dalam krlteria Kategori 2, yang akan dibuka untuk permohonan mulai 11 Januari ini. “Bagi ahli yang termasuk dalam Kategori 2, mereka disarankan untuk menyediakan dokumen yang berkaitan seperti slip gaji rasmi yang tertera jumlah keseluruhan gaji atau penyata bank untuk dimuat naik di i-Sinar Online.

“Untuk memastikan proses permohonan berjalan dengan lancar dan pantas, ahli hendaklah memastikan semua dokumen yang dihantar adalah jelas, sah dan dapat menyokong permohonan mereka,” menurut kenyataan itu, di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, daripada jumlah keseluruhan 3.88 jvta permohonan diterima, 701 permohonan tidak dapat diluluskan atas beberapa sebab seperti perbezaan nombor akaun bank, permohonan dibuat untuk ahli yang sudah pergi menghadap illahi atau ahli sudah pun berumur 55 tahun berikutan layak untuk mengeluarkan kesemua simpanan KWSP mereka.

“KWSP memberi jaminan kepada ahli bahawa setiap aspek keselamatan diambil kira bagi mengelakkan pihak ketiga atau penipu yang tidak bertanggungjawab daripada membuat permohonan palsv dan menj.ejaskan slmpanan persaraan ahli.

“KWSP juga ingin menasihatkan ahli untuk tidak berkongsi gambar atau dokumen berkaitan permohonan i-Sinar mereka di platform media sosial, kerana ia boleh mend3dahkan mereka kepada penlpuan dan aktiviti penlpuan,” menurut kenyataan itu.

Dalam masa yang sama, mengambil kira situasi semasa C0VID-19, ahli adalah digalakkan untuk memohon secara dalam talian melalui isinar dan tidak perlu hadir di cawangan KWSP. Permohonan i-Sinar akan terus dibuka sehingga 30 Jun ini.

Sumber : BHOnline

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://mediabawang.net/awat-tu/

Pegawai Eksekutif KWSP Mejangkakan Rakyat Akan Miskin Tahap Papa Kedana Jika Mengeluarkan Wang Dalam Akaun 1. Ini Anggarannya Buat Orang Yang Sudah Keluarkannya.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan sebanyak 43 peratus atau 5.38 juta ahli di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun satu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Alias berkata, ini bermakna mereka akan menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan kurang daripada RM41 sebulan sepanjang tempoh 20 tahun sekiranya simpanan mereka tidak bertambah.

“Umum mengetahui purata jangka hayat rakyat Malaysia kini menjangkau usia 75 tahun, namun KWSP terus mengekalkan pengeluaran bagi akaun satu pada usia 55 tahun. Jadi ada tempoh selama 20 tahun lagi selepas persaraan. Selain itu, sebanyak 54 peratus atau 137,000 daripada 245,000 ahli berumur 54 tahun pada 2020 mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dan bakal menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan hanya RM200 sebulan bagi tempoh 20 tahun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat KWSP di sini semalam.

Menurutnya, daripada data KWSP itu, jumlah berkenaan sangat jauh daripada paras kemiskinan negara iaitu RM2,208 untuk isi rumah dan RM2,450 untuk perbelanjaan asas seorang warga emas seperti dinyatakan dalam kaji selidik oleh Social Wellbeing Research Centre.

“Katanya, pada masa ini pihaknya sedang memperhalusi dan memperincikan kemudahan bagi tujuan pengeluaran daripada akaun satu seperti diumumkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Belanjawan 2021 Jumaat lalu dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun satu secara bersasar sebanyak RM500 setiap bulan dengan jumlah sehingga RM6,000 bagi tempoh 12 bulan untuk meringankan beban seramai kira-kira 600,000 ahli yang dibuang kerja. Tunku Alizakri meminta pencarum menjadikan pengeluaran caruman KWSP akaun satu sebagai langkah terakhir sekiranya terdapat kaedah lain bagi membantu kekangan kewangan yang dihadapi ketika ini.

“Pertama buat anggaran perbelanjaan ketika ini dengan tidak meletakkan keperluan semasa terlebih dahulu berbanding kehendak. Lihat juga kepada bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan sekiranya ia tidak mencukupi barulah melihat kepada

simpanan hari persaraan sebagai pilihan terakhir. Selain itu ahli juga boleh mendapatkan nasihat kewangan daripada Bank Negara Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” ujarnya. Katanya, KWSP memikul beban yang berat untuk melihat situasi semasa dan memainkan peranan bagi memastikan semua ahli mempunyai wang pada masa depan iaitu selepas hari persaraan.

KUALA LUMPUR: Kebimbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai cadangan pengeluaran wang daripada Akaun 1 bukan hanya kerana kemerosotan dana organisasi pengurusan tabung persaraan itu, tetapi juga atas pertimbangan kepada masa depan pencarum. Ini kerana, mandat dan sasaran utama KWSP adalah menyediakan dana persaraan yang mencukupi buat setiap pencarum selepas persaraan.

Pakar kewangan, Dr Zaharuddin Abdul Rahman, berkata kebimbangan KWSP adalah mengenai literasi pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat. Ini kerana, katanya, hasil kajian mendapati hanya 35 peratus rakyat Malaysia termasuk pencarum KWSP mempunyai literasi pengurusan kewangan yang baik iaitu kadar masih rendah.

Kerajaan wajar utamakan KWSP terbabit projek pembangunan, pelaburan
“Di Singapura kadar literasi pengurusan kewangan ini tinggi hingga 75 peratus yang mana tidak timbul kebimbangan mengenai pengurusan kewangan rakyat.

Dalam hal ini, saya berpandangan kebimbangan bukan kepada dana yang ada dalam KWSP itu saja yang kini bernilai RM900 bilion. Tetapi mungkin perlu diambil kira adalah kecukupan wang persaraan pencarum kelak, kecukupan wang caruman dalam bentuk tunai juga perlu pertimbangan kerana

ada yang digunakan dalam pelaburan ekuiti, dalam aset dan hartanah. Pelaburan sebegini memerlukan masa untuk dicairkan. Begitu juga sistem serta polisi sedia ada, sama ada ia boleh dipinda dengan cepat dan pantas tanpa mengakibatkan masalah lain,” katanya.

Beliau mengulas cadangan pelbagai pihak supaya kerajaan membenarkan rakyat yang kini terkesan akibat penularan COVID-19, mengeluarkan antara RM5,000 hingga RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP mereka. Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,

sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran itu walaupun menyedari cadangan itu dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan wabak berkenaan. Zaharuddin yang juga Profesor Adjung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan

Universiti Selangor (UNISEL) berkata, beliau setuju pada masa ini ada keperluan mendesak dalam kalangan pencarum yang perlukan wang untuk berhadapan kehidupan yang mencabar pada masa pandemik. Namun katanya, jika hendak dibenarkan, lebih baik diberi secara bersasar kerana tidak semua yang sangat memerlukan wang berkenaan bagi meneruskan kehidupan kerana ada yang masih boleh bertahan.

“Dibimbangi ada yang melaburkan wang terbabit ke dalam skim cepat kaya atau lain-lain yang tidak benar-benar mendesak. Turut dibimbangi jika kebenaran pengeluaran secara terbuka diberikan walaupun pada kadar rendah mungkin antara satu hingga 10 peratus sekali pun, ada kebarangkalian ada pihak menyalahgunakannya. Jika dibenarkan (secara terbuka) perlu ada pengendalian dan syarat yang sesuai dan tidak dibuka kepada semua. Jika dibuka kepada semua tanpa dihadkan jumlah pengeluaran dibimbangi berlaku pengeluaran besar-besar yang akan mengganggu dana KWSP. Pada saya lebih baik tumpu pada skim pengeluaran sedia ada daripada kita mengambil daripada Akaun 1. Skim sedia ada diperluaskan saja dan pengeluaran dihalakan terus kepada jenis-jenis tambahan penerima yang diiktiraf seperti bayaran hospital, makanan asasi dan pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Prof Madya Dr Yusof Saari, berkata jika pengeluaran Akaun 1 dibenarkan akan memberi sedikit kelegaan kepada pekerja terutamanya bagi mereka yang masih belum mendapat pekerjaan atau

pekerja dibayar gaji harian dan upah yang lebih rendah. Namun, katanya ada risiko kepada pekerja dan negara termasuk menjejaskan simpanan pekerja untuk umur persaraan dan negara akan kehilangan dana pelaburan ekonomi.

Dana pelaburan domestik akan terjejas yang seterusnya akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang. Selain itu, dana KWSP juga digunakan oleh pihak kerajaan sebagai salah satu sumber pinjaman dalam negara,” katanya. Sumber: FUH Sumber: Media Online News