Kecoh pasal Izreen Azminda dan bekas madu. Kali ni Janna Nick pula dikritik teruk gara gara tanya soalan sensitif pada Intan Liyana.

Artis

Pelakon dan pengacara Janna Nick sekali lagi dikritik oleh warganet gara-gara bertanyakan soalan sensitif kepada personaliti media sosial, Intan Liana Saleh mengenai calon pengganti selepas dilepaskan oleh suaminya, Ude Wahid. Soalan itu ditanya oleh Janna ketika segmen ‘Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih’ dalam siaran program Melodi Raya yang disiarkan semalam (Ahad).

“sudah jumpa pengganti atau belum?” tanya Janna kepada Intan yang ketika itu turut disaksikan oleh bekas madunya, Izreen Azminda. Dalam segmen tersebut, produksi Melodi telah menemukan buat pertama kalinya  Intan dan Izreen dalam program televisyen bagi melupakan persengketaan diantara mereka berikutan pelakon itu didakwa merampas suami Intan ketika itu sekitar tiga tahun lalu.

Warganet Tertanya Mengapa Tidak Jemput Sheila Rusly

Di media sosial, rata-rata warganet tidak berpuas hati dengan soalan-soalan yang diajukan Janna kerana disifatkan tidak sensitif dengan situasi Intan sekaligus mencetuskan amarah dan persoalan daripada mereka. Malah tidak kurang juga, ada yang mempertikaikan segmen tersebut seharusnya turut menemukan Janna bersama penerbit dan pelakon popular, Sheila Rusly selepas kedua-duanya dikatakan mempunyai perselisihan faham sehingga ke hari ini.

Sebagai info, Intan dan Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid bercerai pada 22 Mac 2018 selepas 5 tahun mendirikan rumah tangga bersama. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4. Terdahulu, Intan dan Izreen ‘sempat bermadu’ selepas pemuzik bebas itu bernikah dengan Izreen pada 8 Ogos 2017 dalam sebuah majlis tertutup.

Hasil perkongsian hidup Izreen dan Ude,mereka mempunyai seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim,2 dan pelakon itu juga sedang menghamilkan anak kedua mereka yang kini berusia 5 bulan. Menerusi perkahwinan Izreen terdahulu, dia juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Adrian Umar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Izreen Dan Intan Dikatakan Dipaksa Daripada Melodi. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Penerbit Tampil Bersuara Bongkarkan Perkara Sebenar Buat Ramai Yang Terkejut.

Kuala Lumpur: “Saya sendiri menghubungi Izreen dan juga Intan untuk mendapatkan persetujuan mereka bagi dipertemukan dalam rakaman Melodi Raya kami. Tak ada paksaan langsung,” kata Penerbit Melodi, Noradillah Abdullah atau Adeed.

Adeed dihubungi menjelaskan pihaknya sebagai media bertanggungjawab sudah melakukan urusan secara beretika yang betul dan sedikit pun tidak memaksa mana-mana pihak untuk bersetuju. Katanya, jika tak mahu atau belum bersedia boleh sahaja menolak terus.

“Ketika hubungi Intan, saya terlebih dahulu sudah jelaskan mengenai satu segmen yang kami nak buat dinamakan Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih. Segmen ini, kami (Melodi) nak pertemukan Intan dan Izreen untuk program Melodi Raya. Kalau setuju, kita nak jemput dia (Intan).

“Begitu juga, yang saya cakap pada Izreen ketika hubungi dia dan bertanya. Malah, dia (Izreen) kata boleh, tapi minta saya dapatkan persetujuan daripada Intan. Jadi, mereka dipertemukan selepas kedua-duanya bersetuju tanpa sebarang paksaan pun,” katanya kepada Harian Metro.

Ujar Adeed, Melodi juga bukanlah pihak yang cuba nak mempermainkan sesiapa. Katanya, persetujuan memang diminta terlebih dahulu dan dia tidak sesekali bertindak melulu atau bersikap memandai-mandai. “Saya ingat jawapan yang diberikan Intan dan dia sangat profesional. Sejujurnya, saya kagum dengannya. Dia kata okay, boleh dan saya tanyakan dua kali padanya untuk ‘confirm’. Saya ulang cakap, segmen ini nak pertemukannya dengan Izreen dan dia kata, boleh.

“Di pihak kami (Melodi), memang takkan paksa. Malah, itu adalah cara kerja saya. Pada saya, kalau orang nak datang, datang. Kalau belum bersedia, mereka boleh cakap terus dan kami pun bukan jenis memaksa,” ujarnya. Jelas Adeed lagi, pihak Melodi sebenarnya ada meminta persetujuan daripada beberapa artis lain yang didapati terkait masalah dan ingin dipertemukan untuk segmen berkenaan.

Tapi, apabila mereka menolak atau salah satu pihak belum bersedia, kami akur dan menerima sahaja keputusan itu. Terdahulu, di media sosial heboh diperkatakan oleh warganet mengenai sesi pertemuan Izreen dan Intan dalam program Melodi Raya kerana kedua-duanya saling bermaaf-maafan.

Malah, Adeed turut menepis dakwaan seorang warganet yang mempersoalkan tindakan pihak Melodi dengan menyifatkan cuba membli Intan apabila mempertemukannya dengan Izreen pada program itu. “Kami ada etika. Bukan bli seperti apa yang awak cakap tu. Pertemuan atas persetujuan Intan dan Izreen juga. Sebelum jemput pun, kami sudah fikir,” katanya.

Menurut Adeed, kebanyakan warganet lebih memilih membuat andaian terlalu awal sebelum menonton program itu. Katanya, Intan sendiri ketika ditanya oleh pengacara Melodi, apa yang membuatkannya terbuka hati untuk bertemu menjawab, dia bersikap profesional.

Sehubungan itu, program Melodi Raya yang mempertemukan Intan dan Izreen itu disiarkan di TV3, hari ini. Ia dihoskan gandingan pengacara Awal Ashari dan Janna Nick. Intan adalah bekas isteri kepada pemuzik bebas, Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid yang kini suami, Izreen.

Intan dan Ude bernikah pada 1 Mac 2013, sebelum berpisah talak satu pada 22 Mac 2018. Pasangan ini berpisah selepas Ude mengahwini Izreen pada 8 Ogos 2017 pada sebuah majlis tertutup. Hasil perkongsian hidup Intan dan Ude, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4.

Dalam pada itu, Izreen kini hamil lima bulan untuk kali ketiga dan anak keduanya bersama Ude. Sebelum ini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim, berusia dua tahun, selain Izreen juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Adrian Umar daripada perkahwinan lalunya.

Pelakon drama Hadiah Dari Tuhan itu berkata, dia mengakui jujur memohon maaf yang lahir dari hati sebanyak tiga kali sepanjang pertemuan tersebut. “Sewaktu dia sampai, saya tegur dulu. Ketika naik pentas untuk memulakan rakaman, saya minta maaf padanya.

Kali kedua ketika rakaman berlangsung dan ketiga sebelum pulang. Malah kami sempat bergambar bersama.“Harapnya selepas ini baik-baik saja. Sebab saya sudah minta maaf. Walaupun ungkapan maaf itu ringkas, tapi ia ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam. Selebihnya terserah pada dia, samada nak maafkan atau tidak,” ujarnya.

KOMEN WARGANET

Terdahulu, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid berkahwin dengan Izreen secara rahsia pada Ogos 2017 sebelum melepaskan Intan pada Mac 2018. Pernah bermadu, akhirnya dapat minta maaf pada Intan. Ude dan Intan mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri.

Hasil perkahwinan dengan Ude yang juga pemuzik, Izreen kini sedang hamil anak kedua selepas dikurniakan cahaya mata pertama, Aaron Ibrahim. Pernah bermadu, akhirnya dapat minta maaf pada Intan. Menerusi perkahwinan pertama bersama bekas suami Muhamad Riza Baharudin, Izreen dikurniakan cahaya mata sulung Muhammad Adrian Umar.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Akhirnya Termakbul Doa Dia Selama Ni. Izreen Azminda Tampil Bersuara Bongkarkan Apa Yang Terjadi Sebelum Dia Berjumpa Dengan Bekas Isteri Suaminya.

Kuala Lumpur: “Saya minta maaf tiga kali pada dia (Intan).” Itu kata pelakon terkenal Izreen Azminda apabila dipertemukan dengan bekas isteri suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude iaitu Intan Liana Saleh pada rakaman program Melodi Raya baru-baru ini.

Izreen, 36, atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam berkata, dia bersyukur apabila Melodi menjadi orang tengah untuk mempertemukan mereka selain menganggap doanya selama ini dimakbulkan Allah SWT. “Alhamdulillah, syukur pada Allah. Apabila pihak Melodi bertanyakan perkara ini, saya okay dan tidak ada apa-apa halangan. Bukan sebab ia untuk program, tapi saya memang sudah lama menantikan peluang ini.

“Apabila dia pun sudi dan bersetuju datang, bagi saya ia satu rahmat. Saya cakap pada diri, doa saya dimakbulkan Allah. Kiranya ini adalah pertemuan pertama kami selepas empat tahun. “Bagi saya, apa saya nak buat selama ini, Melodi sudah realisasikan untuk saya. Ibaratnya Melodi menjadi orang tengah,” katanya kepada Harian Metro.

Izreen yang kini hamil anak ketiga berkata dia tidak melepaskan peluang itu dengan meminta maaf terhadap Intan.

“Sewaktu dia sampai, saya tegur dulu. Ketika naik pentas untuk memulakan rakaman, saya minta maaf padanya. Kali kedua ketika rakaman berlangsung dan ketiga sebelum pulang. Malah kami sempat bergambar bersama. “Harapnya selepas ini baik-baik saja. Sebab saya sudah minta maaf. Walaupun ungkapan maaf itu ringkas, tapi ia ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam. Selebihnya terserah pada dia, samada nak maafkan atau tidak,” katanya.

Kisah membabitkan pertemuan Izreen dan Intan itu bakal ditayangkan pada program Melodi Raya di TV3, esok. Berkongsi mengenai kehamilannya yang kini mencecah usia lima bulan, Izreen berkata pada awalnya dia mengalami alahan teruk.

“Alhamdulillah, sekarang ini semuanya okay. Cuma pada awal kehamilan saja yang mana alahan dirasai berbeza dengan dua anak sebelum ini. “Kali ini sampai bau minyak masak pun tak boleh hidu. Jadi, saya tak masak. Masuk bulan keempat, semuanya kembali okay,” katanya.

Mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, Izreen meraikan bersama suami dan anak mereka, Aaron Ibrahim serta ibunya. Sementara anak sulungnya, Adrian Umar beraya bersama bekas suami juga pengarah, Muhammad Riza.

Sumber: HMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lama Berdiam Diri Akhirnya Izreen Azminda Sahkan Dia Sedang Hamil Anak Ketiga. Dalam Diam Rupanya Ini Usia Kandungannya.

PETALING JAYA – Selepas berdiam diri mengenai desas-desus kehamilannya, pelakon Izreen Azminda akhirnya mengesahkan dia kini sedang hamil empat bulan anak ketiganya. Pengesahan tersebut dibuat menerusi satu perkongsian entri dalam Instagramnya sebentar tadi.

“Ya, memang saya hamil empat bulan. Alhamdulillah saya dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat. “Saya tidak pernah sembunyikan kehamilan. Cuma ini adalah kehamilan ketiga, jadi tidak ada apa yang perlu dihebohkan. Memadai keluarga dan teman rapat sahaja yang tahu.

“Bagi mereka yang sudah menghidu berita gembira ini lebih awal terima kasih atas ucapan dan doa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online. Tambah pelakon yang popular dengan drama Kerana Terpaksa Aku Relakan itu, selepas memiliki dua anak lelaki, dia mengimpikan untuk menimang cahaya mata perempuan pula kali ini.

“Memang saya berharap untuk mendapat anak perempuan pula, tetapi rezeki semua di tangan Allah. “Andai dapat anak lelaki juga saya terima dan tetap gembira. Saya hanya mohon doa agar anak dilahirkan dalam keadaan sihat,” kata Izreen.

Kongsi Izreen, 36, kehamilan kali ini dia mempunyai alahan terhadap bau minyak masak selain berasa pening jika menaiki kereta. “Pada awal kehamilan saya mengalami alahan yang agak teruk  dan tidak boleh bau minyak masak, jadi saya jarang memasak.

“Selain itu saya akan mbuk teruk jika duduk di tempat penumpang ketika menaiki kereta. Oleh itu, lebih baik saya yang memandu untuk mengelak berasa loya. “Alhamdulillah masuk empat bulan kehamilan semua alahan semakin berkurangan, namun saya memilih untuk keluar rumah jika ada keperluan sahaja memandang pandemik Covid-19 yang masih belum reda,” ujarnya.

Biarpun kehamilan tersebut adalah yang ketiga buat Izreen, tetapi merupakan kandungan kedua hasil perkongsian hidup bersama pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau dikenali sebagai Ude yang dikahwini pada 8 Ogos 2017.

Menerusi perkahwinan keduanya itu, Izreen dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun. Terdahulu, pelakon kelahiran Perlis itu turut memiliki seorang anak lelaki sulung, Muhammad Adrian Umar, 8, menerusi perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharudin. Ude menerusi perkahwinan pertamanya bersama Intan Liana Saleh dikurniakan dua orang anak lelaki, Arish Muqri, 6, dan Ariq Muqri, 5.

Sumber : kosmo

Tiada Siapa Sangka Ada Yang Masih Terbuku Di Hati. Perkongsian Dan Luahan Dari Bekas Madu Izreen Azminda Pula Raih Perhatian Warganet

Sekitar Mac 2018 yang lalu, nama Intan Liana Saleh dan pemuzik Ude telah menjadi sebutan ramai warganet sehingga masalah rumah tangga mereka mendapat perhatian banyak media tempatan.Namun selepas semua isu selesai, masing-masing membuat haluan sendiri dan bina kehidupan yang lebih sempurna berbanding sebelumnya tetapi siapa sangka sebenarnya ada yang masih terbuku di dalam hati.

Pada 18 November lalu, Intan atau mesra disapa dengan panggilan Bonda ada memuat naik satu video pendek menunjukkan dia sedang menangis tetapi tidak diberi tahu sebab mengapa ia berlaku.Berserta caption ringkas, ia telah membuatkan ramai berasa bimbang serta ada juga yang turut memberi kata-kata semangat terhadap ibu kepada dua orang cahaya mat ini. I am tired of hiding everything inside me.

Ada yang tinggalkan komen supaya Intan menjauhkan diri sebentar daripada social media dan kurangkan untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi.Tetapi menurut Intan, social media merupakan medium untuk dia kongsikan tentang anak dan keluarga serta ia juga merupakan tempat dia mencari rezeki.

Selepas masalah rumah tangganya mendapat perhatian, Intan telah menerima banyak tawaran untuk menjadi model beberapa produk kecantikan dan juga pakaian.Pada 18 November lalu, Ude dan Izreen Azminda terlebih dahulu menyambut hari lahir Arish Muqri iaitu anak hasil perkahwinan Intan dan bekas suaminya itu, kemungkinan itu yang membuatkan dia berasa sebak.

Beberapa warganet menganggap apa yang dihadapinya ada kena mengena dengan hal peribadi bersama dengan pihak di sebelah sana dan mereka berharap Intan akan terus kuat untuk anak-anak.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral.Sumber : HOT.FM