JDT terpaksa lepaskan Safawi Rasid. Ini kenyataan Tunku Ismail Sultan Ibrahim susulan berita terkini tentang pemain bola tersebut

Artis

Terkini, impian bakal menjadi kenyataan apabila penyer4ng prolifik Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid mendapat ‘lampu hijau’ daripada majikannya yang juga pemilik kelab terbabit Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk melebarkan sayap beraksi di pentas eropah.

Menerusi kenyataan di Instagram officialjohor, Tunku Ismail bersedia melepaskan ayam tambatan itu sebaik saingan liga berakhir.Pada masa sama, beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu apabila berpindah ke Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal.

” Kelab akan lepaskan Safawi selepas habis league (liga), All the best Safawi,” katanya, yang memuat naik komen di Instagram officaljohor sebentar tadi.” Terengganu develop (lahirkan) Safawi, JDT turn into a Superstar. Juara liga, juara Piala FA, Juara Piala Malaysia dan dua tahun bermain di peringkat Kelab Juara-Juara Asia,” katanya.

Terdahulu, kehebatan Safawi terus mendapat perhatian kelab luar negara apabila dikhabarkan menerima tawaran dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal. Hal ini bermakna jika hasil perbincangan pemain berasal dari Dungun, Terengganu bersama kelab berkenaan berjaya, dia akan menjadi pemain kedua tahun ini melebarkan sayap ke pentas antarabangsa beraksi bersama kelab di eropah selepas tonggak Bawah 19 Luqman Hakim Shamsuddin ke KV Kortrijk, Belgium baru-baru ini.

Menerusi kenyataan Pengarah Sukan Kelab Bolasepak JDT, Martin Prest di laman sosial Johor Southern Tiger (JST) memaklumkan bahawa pihaknya bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.” Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin mengesahkan bahawa kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal.

” Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dan dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.” Kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan,” tulis kenyataan tersebut.

Safawi yang turut tersenarai sebagai penjaring gol terbaik Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebelum ini pernah dikhabarkan dirisik oleh beberapa kelab berpangkalan di luar negara berdasarkan prestasinya ketika bersama dengan skuad Harimau Malaya.

Ketika ini, Portimonense SC beraksi di liga utama Portugal dengan berada di kedudukan 17 liga pada musim lalu menerusi 33 mata selepas mengharungi 34 perlawanan dan pengurusnya adalah António Folha.Sekiranya Portimonense SC dapat bertahan dalam Primeira Liga, bermakna mereka akan bersaing dengan kelab handalan seperti FC Porto dan Benfica.Jika ia menjadi kenyataan, kita berpeluang untuk melihat Safawi bersaing dengan pemain terkemuka seperti Pepe (bekas bintang Real Madrid) dan Ruben Dias (Benfica).

Terdahulu Syifa Melvin ‘Sound’ Warganet Bila Safawi Digelar ‘Playboy’

Pelakon dan usahawan Syifa Melvin, 26, mengingatkan kepada segelintir pengikut agar tidak menggelarkan bintang muda skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, 23, sebagai seorang playboy.Menurut Syifa, dia kenal sifat keperibadian Safawi yang sebenar memandangkan dia antara individu paling rapat.

“Kenapa dengan Safawi saja kena fikir masak-masak? Dengan sesiapa pun kena fikir.“Tak payah la cakap dia playb0y. Awak jaga dulu teman lelaki awak. Tu pun mana tahu dia baik di depan tapi keluar dengan perempuan lain. Mesej dengan perempuan lain.“Kita jaga teman lelaki masing-masing okey. Saya dengan Safawi jadi saya tahu dia macam mana,” katanya menerusi secara langsung (live) di Instagram (IG). 

Dalam pada itu, adik kepada aktres Syatilla Melvin mengingatkan agar tidak sewenangnya menilai Safawi berdasarkan gosip teruk yang pernah tersebar sebelum ini.“Disebabkan gosip-gosip bburuk dua tiga tahun lepas tanpa mengetahui apa-apa, awak semua boleh nilai orang.“Itu menunjukkan bagaimana diri awak. Macam mana perangai awak. Bila kita bercakap mengenai orang lain sebenarnya kita bercakap pasal diri sendiri – GEMPAK. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Satu Komen Warganet Ini Terus Meraih Perhatian Warganet. Tapi Selamba Sahaja Jawapan Daripada Syifa Melvin

Pelakon Syifa Melvin merupakan salah seorang selebriti yang semakin mendapat perhatian ramai, adik kepada pelakon terkenal, Syatilla Melvin ini juga merupakan usahawan dan mereka iaitu empat beradik kini menceburi bidang perniagaan. Semakin berjaya dalam bidang diceburi, Syifa Melvin yang sudah lama aktif menerusi laman sosial Instagram turut membuatkan peminat dan pengikut bangga melihat pencapaiannya.

Selain Syifa dan Syatilla, adik-beradiknya ini yang turut dikenali dalam dunia hiburan tanah air iaitu Syida Melvin dan kakak sulung mereka, Syafiqa Melvin bersama-sama berkerjasama mengeluarkan produk kecantikan yang diberi nama, Kekasih By The Melvins. Walau bagaimanapun, Syifa Melvin juga tidak terkecuali daripada menerima komen kritikan dari sesetengah pihak kepada dirinya. Terbaru, gara-gara berkongsikan sekeping foto ini kepada umum, Syifa Melvin sekali lagi dikritik melibatkan makeup.

Syifa menerusi ruangan kapsyen dilihat berkongsikan jenis solekan wajahnya dan berkongsi beberapa produk yang digunakan ini membuatkan perkongsiannya meraih perhatian ramai. “Love the look? Finishing makeup look yang soft mate sebab pakai…” Biarpun begitu, komen kritikan seorang pengguna Instagram ini dib1das balik oleh warganet dan menganggap komennya di perkongsian foto Syifa Melvin itu sebagai tidak baik. “Cuba xpakai makeup… mesti macam hantu kak limah kan…”“Atleast dia wanita yang ada kerjaya, ada kereta sendiri…”Tapi selamba sahaja Syifa respon “Haaaa betul tu,macam mana tahu?Amazing sangattt”

Pawi disisihkan gara gara isu kemaruk nak kahwin. Tak sangka ini yang berlaku pada kariernya selepas kes Syifa desak nak kahwin dgn pawi

BENARKAH bintang bola sepak negara dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid mengalami dengan masalah kelukaan atau dia disis1hkan ekoran isu kontr0versi bersama kekasihnya yang juga pelakon, Syifa Melvin baru-baru ini? Itu persoalan yang timbul dalam kalangan peminat bola sepak tanah air selepas kelibat Safawi langsung tidak kelihatan dalam dua aksi terakhir Liga Super termasuk di bangku simpanan JDT.

Ketiadaan pemain sayap itu jelas menjejaskan permainan skuad Harimau Selatan yang dilihat gaggal meraih kemenangan selesa ke atas dua pasukan bertaraf ‘semi pro’ iaitu UiTM FC 2-1 dan PDRM FC 1-0 yang majoritinya dibarisi pelajar dan anggota polis.Kehilangan pemain Harimau Malaya itu nyata menimbulkan tanda tanya sedangkan dia beraksi baik ketika bertemu Suwon Bluewings dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada 3 Mac lalu. Malah, dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim itu, JDT membenam wakil Korea Selatan itu dengan 2-1 untuk menghadiahkan tiga mata pertama kepada tuan rumah.

Bagaimanapun, sehari selepas kemenangan itu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengkritik Safawi yang dikatakan mengalami kemeros0tan prestasi ekoran tekanan daripada buah hatinya yang mend3sak untuk berkahwin dengan pemain itu.Adakah ia kebetulan atau sekadar alasan, Safawi dikatakan mengalami kelukaan seperti mana yang ditegaskan pengendali JDT, Benjamin Mora hingga memaksa beliau mengenepikan kelibat pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu itu.

“Safawi tak tahu lagi keadaannya, mungkin lagi dua minggu atau seminggu lebih lagi dan kita memantau tahap kelukaannya. “Tapi dia adalah pemain yang sangat dahagakan kejayaan dan mahu segera kembali membantu pasukan. Dia perlu mendapatkan rawatn dengan baik dan apabila dia kembali, kita mahu dia fokus untuk pasukan,” katanya ketika ditemui sejurus tamat aksi JDT menentang PDRM di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam kelmarin.

Mengulas mengenai persembahan pasukannya, beliau akui JDT perlu meningkatkan prestasi menjelang aksi berikutnya. “Banyak situasi yang dihadapi JDT. Salah satunya ialah pihak lawan cuba mengkaji cara permainan pemain JDT. Mereka sentiasa mencuba untuk memberikan sesuatu yang lebih baik berbanding kebiasaan. “Ia perkara normal kerana JDT pasukan juara dan mahu ditewskan,” katanya yang menyaksikan skuad kendaliannya terpaksa menunggu hingga minit ke-84 untuk meraih gol kemenangan hasil ledakn Diogo. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:HM

Akhirnya Terbongkar Harga Sebenar Kereta Baru Safawi Rasid. Tiba Tiba Bintang Dunia Masuk Komen. Apa Yang Dikomen Sangat Mengejutkan Warganet.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid menarik tumpuan ramai apabila memuat naik gambar rayanya bersama kereta baru jenama Porsche. Gambar berkenaan dimuat naik di Instagramnya semalam. Lukas Podolski turut komen.Menerusi gambar tersebut Safawi kelihatan segak berbaju kurta sambil bersandar di kereta baru berwarna merah. 

“Selamat hari raya maaf zahir batin, #kitajagakita #semogaistiqomah,” katanya ringkas sebagai kapsyen. Gambar berkenaan kemudian menarik tumpuan pengikut Instagramnya yang teruja melihat kereta baru bintang bola sepak itu.Malah, ada juga yang membuat tekaan mengenai harga kereta tersebut. Menerusi Berita Harian, meskipun tidak begitu jelas mengenai model kereta terbabit, dipercayai kereta raya Safawi itu adalah Porsche Cayman 987.

Malah, menerusi semakan di Internet, harga baharu model tersebut sekitar RM515,000 sehingga RM612,000 ketika mula memasuki pasaran Malaysia pada 2009. Bagaimanapun, disebabkan sudah dianggap ‘lama’, nilai jentera terbabit ketika ini hanyalah sekitar RM103,000 sehingga RM320,000.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : Gempak / applehijau.bbn.my

Muat Naik Foto Di Ig Dengan Porche Merah Baru. Sekali Tiba Tiba TMJ Komen Buat Warganet Terkedu. Tak Sangka Sampai Macam Tu Sekali TMJ Komen.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid menimbulkan tanda tanya kepada peminatnya apabila memuatnaik gambar di Instagram berdiri di depan kereta mewah. Safawi mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua peminat dan pengikutnya di Instagram, namun lebih jadi tumpuan adalah kereta Porsche bewarna merah yang dipercayai koleksi terbaru miliknya.

Selain ucapan sambutan Aidilfitri Safawi juga memberi pesanan kepada semua peminat agar sentiasa menjaga diri masing-masing dan keluarga ketika pandemik Covid-19 masih lagi menular di dalam negara. “SHRMZB (Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin) #kitajagakita #semogaistiqomah,” kata pemain kelahiran Terengganu berusia 23 tahun itu.

Berdasarkan semakan, kereta berwarna merah itu adalah jentera mewah dari Jerman iaitu Porsche. Gambar berkenaan mendapat tanda suka sebanyak 91,604 kali sejak pukul 8 pagi tadi. Turut jadi tumpuan ialah komen daripada pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di status berkenaan.

“Hebat Anak Terengganu. Sentiasa bersyukur dan kerja keras,” kata Tunku Ismail, diikuti dengan beberapa tanda suka serta komen balas dari beberapa peminat pemain berkenaan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : HM online via Kisahbena

‘Berhenti panggil Safawi kurang pintar’ – Syifa Melvin

“BERHENTI panggil Safawi bod0h. Anda semua tak tahu seluruh cerita sebenar! Dia bukan saja-saja cakap macam itu! Salah dia cakap begitu, tapi dia ada sebab cakap macam itu dan tambah pula itu adalah perbualan lama,” kata pelakon Syifa Melvin, 26, mempertahankan kekasihnya, Safawi Rasid, 23.

Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, mengeluarkan kenyataan ini di Instastorynya susulan kritikan peminat terhadap bintang bola sepak negara dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sejak kebelakangan ini mengalami kemerosotan prestasi.

Semalam, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi hantaran di Instagram mendkwa kemerosotan mendadak pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu itu disebabkan tekann daripada Syifa untuk berkahwin dengan Safawi.

Syifa dengan tegas meminta warganet berhenti melmparkan kata-kata cacian terhadap kekasihnya tanpa usul periksa dan mengenali Safawi sedalamnya.“Dia muda lagi dan semua orang buat salah! Mengenali hatinya, dia sangat lurus dan baik. Atas tuntutan lain dia terpaksa! Stop this bullsh** la.

“Anda semua bebas untuk marah saya tapi bukan Safawi. Yang cari fasal tu cari fasal dengan aku, jadi aku hadap saja sebab dah lama sangat tak puas hati nampak gayanya. Aku pertahankan dia sebab aku tahu hati budi dia macam mana,” katanya.

Menerusi paparan sama, Syifa turut meminta warganet berhenti daripada berkongsi hantaran berkenaan dirinya menerima hadiah telefon bimbit jenama Iphone Pro Max dan beg tangan jenama Louis Vuitton (LV) daripada pemain terbabit.“Berhenti la kongsi Iphone Pro Max, LV dan sebagainya, itu pemberian dan hadiah hari jadi.

“Dia beri dengan minta, boleh beza kan? Kalau tak boleh beza, nampak sangat kurang pintar. Tanya pula Safawi apa dia dapat?“Tapi dia lelaki, jenis tak tunjuk. Jadi, jangan buat dosa percuma! Tak takut kena koronavirus ke?,” katanya lagi.Menurut Syifa, daripada menjadi juri, ada baiknya semua pihak memberikan sokongan moral kepada Safawi yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-23 hari ini.

“Nak dia beraksi terbaik setiap masa, bukan cara ini untuk paksa dia. Anda semua nak dia bersinar kenalah sokong bukan menjatuhkan dia terutama pada hari lahirnya hari ini. What a gift!.“Kami sentiasa memotivasi antara satu sama lain walaupun berdepan ujian besar bulan lepas tapi kami berjaya uruskan dengan baik. Sebab Allah bersama dengan orang yang terkena dan sabar,” katanya.

Dalam masa sama, Syifa turut merayu semua pihak supaya menghentikan salah faham ini dan membawa semula Safawi ke landasan asal kerana dia juga kini menanggung kehidupan keluarga di kampung.“Tanggungan dia besar di kampung, jangan buat begini kepada dia. Ingat, dia budak kampung yang ada tanggungjawab besar untuk keluarga.

“Jangan jatuhkan dia dengan benda buruk dan benda peribadi macam ini. Tiada guna!,” katanya.Terdahulu Syifa dalam kenyataannya kepada Harian Metro semalam berkata, dia juga percaya apa yang dikatakan Safawi kepada Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor menerusi perbualan WhatsApp adalah ketika mereka mempunyai masalah tahun lalu.-mh

‘Bukan mak tak restu, tapi Awi masih muda’ [METROTV]

“SEBOLEH-bolehnya mak cik nak dia lupakan dulu soal kahwin, kami nak Awi (Safawi) utamakan kerjayanya dulu.“Awi perlu melaksanakan tugas dan tanggung jawab kepada majikannya termasuk negaranya lebih dahulu,” kata Salemeh Abu Bakar, 56.

Itu kata ibu kepada penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid mengulas mengenai dkwaan anaknya mengalami masalah prestasi kerana dikatakan berdepan tekanan daripada kekasihnya, Syifa Melvin yang mendesaknya untuk berkahwin.

Dia yang ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Chatak, Dungun berkata, dia mengetahui Safawi mempunyai hubungan dengan Syifa Melvin sejak lapan bulan lalu.“Tahun lalu, Syifa ada dua kali datang ke rumah, pada mak cik, Syifa baik orangnya, tetapi mak cik tak tahu dia pelakon kerana tak pernah tengok drama lakonannya sebelum ini.

“Tiga minggu lalu, Awi ada hubungi mak cik untuk bertanya khabar, pada masa sama dia memaklumkan ingin berkahwin.“Namun, mak cik cakap, ‘bukan mak tak restu, cuma mahu Awi tumpu kerjaya dulu, simpan duit dan selesaikan beberapa cita-cita yang diimpikan selama ini,” katanya.

Salemeh berkata, anak baru berusia 23 tahun dan belum sesuai untuk berkahwin dan menjadi ketua keluarga.Katanya, dia juga mahu Safawi lebih matang sebelum menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.“Kalau boleh mak cik nak pasangan Awi lebih muda daripadanya.

“Mak cik tak memilih calon menantu, kalau boleh nak menantu yang ramah, kecoh-kecoh sikit atau miskin tak apa janji kaya budi bahasa dan boleh diterima ahli keluarga kami, “katanya.Pada masa sama, dia mahu Safawi melunaskan impiannya termasuk menyara dua lagi adiknya yang masih sekolah.

“Awi janji nak besarkan pusat mengaji al-Quran yang didirikan di Rantau Abang dan membina rumah orang tua.“Sebaiknya dia laksanakan impiannya dulu baru fikir soal kahwin. Bagaimanapun, saya tidak mampu menolak dan berserah kerana soal jodoh, ajal, maut itu semua terletak di tangan Allah,” katanya.

Sementara itu, bapa Safawi, Rasid Sulong, 66, berkata, dia sedar prestasi anaknya sedikit merosot kebelakangan ini, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia berpunca daripada Syifa atau sebaliknya.Katanya, jika benar, dia berharap Syifa tidak memberi sebarang tekann kepada anaknya itu.Pada masa sama, dia meminta Safawi fokus dalam kerjaya dengan menaikkan nama majikan iaitu JDT dan negara.

“Lupa dulu soal jodoh, Awi masih muda kumpul duit main bola, kita tak tahu kerjaya akan bertahan sampai bila.“Saya tak mahu dia jadi seperti saya, kehidupan saya dan isteri sangat susah membesarkan 13 anak dengan gaji RM350 sebagai penjawat awam.“Saya terpaksa buat kerja sambilan, Awi tahu kerana saya selalu mengajaknya membantu, sebab itu saya selalu berpesan padanya ‘kita susah tak akan ada orang yang sudi bantu,” katanya.-mymetro

‘Saya tak kawal hidup Safawi’

“SAYA tidak pernah mengongk0ngnya. Selama ini saya menjaganya dengan baik kerana tidak mahu kerjayanya terjejas,” kata pelakon Syifa Melvin, 26, mengenai dkwaan dia dikatakan menjadi punca kepada kemerosotan prestasi bintang bola sepak negara dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga kekasihnya, Safawi Rasid, 23.

Syifa ketika dihubungi Harian Metro berkata, selama ini dia menjaga Safawi dengan baik kerana tidak mahu kerjaya pemain berstatus bintang itu terjejas seperti dulu apabila sering dikaitkan dengan isu skandal bersama selebriti.Menurut Syifa atau sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, sekiranya dia memberi tekanan kepada Safawi sudah pasti pemain itu ‘angkat kaki’ dan memilih untuk tidak bersamanya.

“Kalau dia rasa saya mengawal hidupnya, pasti sudah lama dia angkat kaki. Tapi, kenapa dia masih mempertahankan hubungan ini? Dia sudah dewasa dan matang untuk membezakan hubungan yang baik dan buruk,” katanya.Semalam, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi hantaran di Instagram mendkwa kemerosotan mendadak pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu itu disebabkan tekann daripada Syifa untuk berkahwin dengan Safawi.

Susulan desakan itu, pemain Harimau Malaya itu dikatakan hilang fokus hingga gagal memberi aksi terbaik dalam padang.Syifa berkata, dia sedih apabila dikatakan menjadi penyebab kepada aksi longlai Safawi dalam tiga aksi skuad Harimau Selatan setakat ini selain mendesk Safawi berkahwin hingga dia hilang fokus.

Dia juga dikatakan hanya mahu menumpang di atas kekayaan dan populariti Safawi sebagai pemain bola sepak.“Berapa banyak gaji dia pun saya tak tahu. Saya bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki dan duit sendiri. Tak pernah sekali pun saya minta duit dia untuk sara hidup. Dia pun kenal saya macam mana.

“Demi Allah, saya tak pernah paksa dia berkahwin kerana saya tahu tanggungjawab dia besar. Dia mempunyai 13 adik-beradik dan saya faham apa yang dia hadapi. Namun, dalam setiap perhubungan pasti ingin berakhir dengan perkara yang baik dan halal. Sebenarnya perancangan untuk berkahwin dia yang suarakan dulu selepas hubungan kami mula serius,” katanya.

Dalam pada itu, Syifa juga percaya apa yang dikatakan Safawi kepada Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor menerusi perbualan WhatsApp adalah ketika mereka mempunyai masalah tahun lalu.“Dia masih muda dan mungkin tidak cukup kuat untuk lalui perkara ini. Namun, saya percaya apa yang berlaku ini akan menjadi pengajaran terbaik untuk dirinya,” katanya.

Terdahulu adik kepada Syatilla Melvin itu turut menafikan meng0ngkong Safawi di laman story Instagramnya.“Tak pernah paksa kahwin, tak pernah mintak satu sen duit Safawi!! Demi Allah, Allah Maha Adil,” katanya yang kemudian memadamkan ‘posting’ itu.Malam kelmarin, Safawi membantu JDT melakar kejutan ke atas kelab terkenal Korea Selatan, Suwon Bluewings dengan kemenangan 2-1 pada aksi Kumpulan G, Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim.-mymetro

‘Saya tak pernah kongk0ng, minta duit dia’ – Syifa Melvin

PELAKON Syifa Melvin menafikan dia menjadi punca kepada kemerosotan prestasi bintang bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga kekasihnya, Safawi Rasid.Syifa ketika dihubungi berkata, selama ini dia menjaga Safawi dengan baik kerana tidak mahu kerjaya pemain berstatus bintang itu terjejas seperti dulu apabila sering dikaitkan dengan isu skndal bersama selebriti.

Saya tidak pernah mengongk0ngnya. Selama ini saya menjaganya dengan baik kerana tidak mahu kariernya terjejas,” katanya kepada Harian Metro.Syifa berkata, sekiranya dia memberi tekanan kepada Safawi sudah pasti pemain itu ‘angkat kaki’ dan memilih untuk tidak bersamanya.

“Kalau dia rasa saya mengawal hidupnya, pasti sudah lama dia angkat kaki. Tapi kenapa dia masih mempertahankan hubungan ini? Dia sudah dewasa dan matang untuk membezakan hubungan yang baik dan buruk,” katanya.Terdahulu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi hantaran di Instagram mendakwa kemerosotan mendadak pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu itu disebabkan oleh tekanan daripada Syifa untuk berkahwin dengan Safawi.

Susulan desakan itu, pemain Harimau Malaya itu dikatakan hilang fokus hingga gagal memberi aksi terbaik dalam padang.Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin berkata, dia sedih apabila dikatakan menjadi penyebab kepada aksi longlai Safawi dalam tiga aksi kompetatif skuad Harimau Selatan setakat ini selain mendesk Safawi berkahwin hingga dia hilang fokus.

Dia juga dikatakan hanya mahu menumpang di atas kekayaan dan populariti Safawi sebagai pemain bola sepak.“Berapa banyak gaji dia pun saya tak tahu. Saya bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki dan duit sendiri. Tak pernah sekali pun saya minta duit dia untuk sara hidup. Dia pun kenal saya macam mana.

“Demi Allah, saya tak pernah paksa dia berkahwin kerana saya tahu tanggungjawab dia besar. Dia mempunyai 13 orang adik-beradik dan saya faham apa yang dia hadapi. Namun, dalam setiap perhubungan pasti ingin berakhir dengan perkara yang baik dan halal. Sebenarnya perancangan untuk berkahwin dia yang suarakan dulu selepas hubungan kami mula serius,” katanya.Dalam pada itu, Syifa juga percaya apa yang dikatakan Safawi kepada Tunku Ismail menerusi perbualan WhatsApp adalah ketika mereka sedang mempunyai masalah tahun lalu.“Dia masih muda dan mungkin tidak cukup kuat untuk lalui perkara ini. Namun, saya percaya apa yang berlaku ini akan menjadi pengajaran terbaik untuk dirinya,” katanya.-mymetro