Jihan Muse dikatakan antara kontak rapat Alif Satar tapi Jihan tetap teruskan tugas. Akhirnya Jihan Muse tampil bersuara jelaskan kenapa dia tak kuarantin.

Artis

PENGACARA terkenal, Jihan Muse tampil membuat penjelasan menerusi Instagramnya selepas didakwa menjadi kontak rapat kepada bintang serba boleh, Alif Satar, Jumaat lalu. Bagaimanapun ujar Jihan, program Xtravaganza With Xpander yang disiarkan menerusi platform media sosial Jumaat lalu telah menjalani rakaman dua minggu lebih awal.

“Kepada yang bertanya, saya akan buat penjelasan mengenai Alif Satar. Dengan keadaan Alif sekarang dan kebetulan program Mitsubishi Xpander yang tayang Jumaat lalu, program itu merupakan rakaman yang telah dirakam dua minggu lepas.

“Sebaik mengetahui, saya sudah menghubungi pengurus Alif dan pihak berkenaan, saya difahamkan bukan dalam lingkungan waktu dikaitkan,” jelasnya. Tambah Jihan, dia akan tetap menjalankan ujian Covid-19 esok dan mendoakan rakannya itu cepat sembuh.

“Kita doakan Alif dan semua cepat sihat. Walau macam mana pun saya akan jalankan tanggungjawab dengan membuat ujian saringan. “Malam ini kerja (mengacarakan program Gegar Vaganza 7) diteruskan. Saya akan jaga SOP (prosedur operasi standard) semaksimum mungkin. “Orang disekeliling saya pun memakai penutup muka dan sarung tangan. Doa yang baik-baik, semoga semua berjalan lancar,” ujarnya.

Berikut reaksi dari warganet

“Malam ini kerja (mengacarakan program Gegar Vaganza 7) diteruskan. Saya akan jaga SOP (prosedur operasi standard) semaksimum mungkin.” Betul tu..kene teruskan juga..kami dahagakan hiburan dikala wabak seperti ini..lagi pon ismail sabri kata acaran hiburan ikut sop”

Dalam pada itu Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) mengumumkan seorang artis yang menyertai Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35, yang berlangsung sejak kelmarin, dijngkiti COVID-19 berdasarkan maklumat Kementerian Kesihatan.

STMB dalam kenyataan menyebut, artis terbabit sedang menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan. Menurut kenyataan itu, artis terbabit menjalani ujian saringan COVID-19 selepas mengetahui kontak rapat yang ditemuinya, Selasa lalu, didapati positif wabak itu, semalam.

Artis terbabit menjalani ujian mandatori C0VID-19 yang dikendalikan KKM semalam dan disahkan positif, hari ini. “STMB sedang bekerjasama rapat dengan KKM dan artis berkenaan untuk mendapatkan maklumat terperinci pergerakan beliau bagi mengurangkan risiko kebarangjangkitan kepada warga kerja dan semua yang terbabit dalam program SFMM35.

“Pada masa sama, kerja sanitasi di lokasi acara, Sri Pentas 2 juga dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) KKM,” kata kenyataan itu. Sehubungan itu, STMB memutuskan siaran langsung pentas akhir SFMM35 yang dijadualkan malam ini, ditunda kepada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“STMB sentiasa mengutamakan kesihatan kakitangan dan pelanggannya serta sentiasa akur dengan setiap SOP ditetapkan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). “Kakitangan yang terbabit dalam produksi sudah memulakan kuarantin dan bekerja secara virtual di rumah masing-masing bermula hari ini. “Kakitangan STMB yang juga kontak rapat dengan artis terbabit turut menjalani ujian calitan COVID-19,” katanya

Alif Satar kini kuarantin di Melaka

Kuala Lumpur: Pengurus kepada pelakon dan penyanyi Alif Satar, Adlina Abu Bakar memaklumkan penghibur popular itu kini menjalani rawatan dan proses kuarantin di sebuah pusat perubatan di Melaka bermula hari ini.

Adlina ketika dihubungi berkata, sebaik penyanyi itu dimaklumkan oleh bapanya yang mengenai salah seorang kontrak rapat yang ditemui Alif pada Selasa lalu positif pandemik itu, dia terus bergegas menjalani ujian saringan Covid-19.

“Semalam Alif dihubungi oleh bapanya yang memaklumkan salah seorang individu yang ditemui di Kuala Lumpur atas urusan kerja disahkan positif Covid-19. “Alif yang kebetulan berada di Melaka bagi menjalani penggambaran sebuah drama terus ke hospital untuk membuat ujian saringan dan hari ini dia dimaklumkan positif Covid-19.

“Saya mohon kepada semua pihak untuk mendoakan kesihatan Alif yang sedang menjalani proses kuarantin,” katanya. Menurut Adlina, dia yang turut menemani Alif pada mesyuarat itu masih menunggu laporan daripada pihak hospital sama ada turut dijangkiti Covid-19 atau tidak.

“Saya kini berada di rumah dan sedang menunggu jawapan daripada pihak hospital sama ada saya disahkan positif Covid-19 atau sebaliknya,” katanya. Terdahulu Alif memaklumkan dirinya disahkan positif jangkitan Covid-19 di akaun Instagram miliknya.

Zulin Aziz antara ‘kontak rapat’ Alif Satar

Kuala Lumpur: Pelakom Zulin Aziz kini harus menjalani kuarantin selana 14 hari berikutan salah seorang kontak rapat kepada pelakon, penyanyi dan pengacara, Alif Satar. Terdahulu, Alif menerusi perkongsian di Instagram memaklumkan dia sah positif pandemik Covid-19 selepas membuat ujian saringan.

Zulin berkata dia menjadi kontak rapat dengan Alif kerana mereka sama-sama terbabit dalam satu penggambaran drama. “Saya kena jalani kuarantin 14 hari dan ujian swab, yang mana saya adalah salah seorang kontak rapat Alif di set penggambaran.

“Dengan ini, saya minta maaf pada penerbit dan pihak-pihak lain yang mana saya perlu bekerjasama dalam telefilem dan talk show (program bual bicara), Saya kena batalkan kerana tempoh itu saya perlu menjalani kuarantin di rumah,” tulisnya di Instagram.

Selain itu,Zuln turut meminta orang ramai terutama pengikutnya supaya mendoakan keselamatan penggiat seni supaya dilindungi daripada Covid-19. Zulin yang juga aktif mengacara turut mendoakan Alif semoga diberikan kesembuhan segera oleh Allah SWT daripada jangkitan wabak berkenaan.

Tidak ketinggalan, Zulin juga mengingatkan orang ramai supaya mengikut prosedur operasi standard (SOP), ditetapkan, jangan keluar rumah jika tiada keperluan, pakai pelitup muka dan sentiasa sanitasi tangan. Difahamkan, Zulin dan Alif terbabit membintangi drama Pnjra Janji teebitan JS Pictures Sdn Bhd yang diarahkan Jinggo di lakosi di Melaka. Kini, penggambaran drama itu juga sudah dihentikan.

Dah 3 Minggu Tidak Ada Solat Jumaat. Alif Satar Membuat Satu Perkara Yang Membuatkan Warganet Terkejut Dan Tidak Disangka Sangka.

Berkongsi sebuah video memaparkan dirinya membaca surah Al-Kahfi di laman Instagram sebelum berkunjung ke masjid untuk solat Jumaat, pelakon versatil Alif Satar raih pujian warganet. Posting yang menonjolkan bakatnya mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran itu mengundang perhatian pengikut di laman berkenaan selepas bacaan 10 ayat terawal tersebut kedengaran merdu.

Malah, entri itu juga meraih komen positif kerana bacaan tajwid serta makrajnya yang disampaikan olehnya dilihat hampir sempurna sehingga ada yang mendakwa ia menimbulkan rasa tenang di jiwa setelah mendengar alunan tersebut.

Sekadar informasi, Surah al-Kahfi amat digalakkan untuk dibaca oleh umat Islam pada hari Jumaat. Hal ini demikian kerana, tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya, surah berkenaan difahamkan mampu menjadi benteng keimanan kukuh daripada fitnah dajjal.

Seperti sedia maklum, pihak kerajaan tidak membenarkan aktiviti keagamaan dijalankan di masjid selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Meski sudah tiga minggu tidak dapat menunaikan solat Jumaat, penyanyi dan pelakon Alif Satar memberitahu ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mendapat ganjaran pahala di hari Jumaat.

Penyanyi berusia 30 tahun itu telah berkongsi perkara tersebut menerusi laman media sosial Instagram miliknya. “Assalamualaikum.. dah 3 minggu tak pergi solat jumaat. Tapi walaupun tak dapat pi, boleh buat benda sunat untuk score ‘point’ pahala jumaat. “Potong kuku, baca surah al-kahfi, banyakkan selawat dari hari-hari biasa, bersedekah etc.. kita buat sama-sama, semoga diterima segala amalan kita guys okay! AL-KAHFI MODE ON! – @iktikafalif,” tulisnya. Sekadar informasi, perlaksanaan PKPB tersebut yang mula berkuatkuasa pada 14 Oktober lalu telah dilanjutkan sehingga 9 November depan.

Foto: Instagram Alif Satar

Mana wira wirawati negara sekarang. Menakjubkan Alif Satar kongsikan memori lamanya sewaktu menjalani PLKN sehingga meraih perhatian warganet yang tinggalkan banyak komen di postingnya.

Penyanyi dan pengacara Alif Satar meraih perhatian wargamaya apabila terkenang memori ketika menjalani latihan di Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)  sekitar 12 tahun lalu. Menerusi laman sosial Instagram, Alif berkongsi sekeping foto bersama seorang jurulatih kecergasannya ketika berada di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang, Selangor. 

“12 tahun lepas waktu khidmat negara. Dan masih lagi berkhidmat demi negara dengan cara sendiri. Mana wira wirawati negara sekarang, korang dekat mana?. “Kem PLKN Princess Haliza, ni bersama seorang jurulatih kitorang panggil dia, cikgu Pet. Besar dan tinggi macam The Rock,” tulis Alif di ruangan kapsyen. 

Menerusi perkongsian tersebut, Alif kelihatan segak mengenakan pakaian seragam dan berkepala botak semasa menjalani program latihan selama tiga bulan itu. Di ruangan komen, ramai wargamaya yang berkongsi kem dan pengalaman mereka ketika turut sama menjalani program latihan tersebut. 

“Saya dulu PLKN Sinaran Suria, Sungkai. Waktu 2017, kumpulan 1 siri 14/2017, team Bravo” kata seorang wargamaya. “Alip, aku kem PLKN Nasuha, Pagoh, kumpulan 1, siri 1, 2004,” komen seorang wargamaya. “Kem PLKN Desa Rimba, Kuala Kangsar, Perak (2011),” tulis seorang wargamaya.

“Omg saya teringat pergi kem PLKN Princess Haliza lawat kakak pastu nampak Alif botak lepak depan koperasi. Muka gangster gila nak mintak ambil gambar pun takut,” kongsi seorang wargamaya. “Alif, kita sama batch. Banyak sangat kenangan dekat kem PLKN Princess Haliza, cikgu Pet memang happy go lucky,” luah seorang wargamaya lagi. 

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 45,000 tanda suka dan 500 komen daripada warga Instagram. Sekadar info, PLKN merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia apabila tamat pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas. Program latihan bagi pembinaan sahsiah diri dan mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda ini bermula pada tahun 2004 dan diberhentikan pada tahun 2018. -GEMPAK

Allah ganti dengan lebih baik. Mengejutkan ada bahagian pada motosikal berjenama Alif Satar telah diambil orang yang tidak bertanggungjawab. Ini reaksi Alif Satar lepas perkara itu terjadi.

Penyanyi dan pengacara Alif Satar kesal apabila alatan dan komponen pada motosikal miliknya diambil pihak tidak bertanggungjawab pada Jumaat. Menurut Alif, 30, beberapa komponen antaranya sistem brek pada motosikal berkuasa tinggi jenama BMW 1000 RR yang diparkir di kawasan kondominiumnya didapati lesap. “Salam Jumaat! Nak pesan, cvri barang orang berdosa… jangan main-main dengan doa orang yang teraniay.

“Parking dekat kondominium sendiri, motor ada tapi brek tak ada. (Pencvri) potong brake harness dan brake calipers,” katanya. Pengacara program Big Stage ini berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram pada Jumaat.

Perkongsian Alif mengenai kecvrian pada komponen motosikal miliknya. Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik dua keping foto komponen pada bahagian motosikal yang hilang dicvri penjenyh. Sementara itu, Alif berharap pelaku berkenaan segera bertaubat dan tidak lagi mengulangi perbuatannya itu. “Kalau sesiapa kenal ada orang buat kerja macam ni, nasihatkan dia dan suruh dia bertaubat dan minta maaf dengan orang yang dia aniya.

Beberapa komponen pada bahagian sistem brek dicvri pihak tidak bertanggungjawab. “Allah nak ganti dengan lebih baik, InsyaAllah doakan!,” ujarnya. Perkongsian penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku ini menerima pelbagai reaksi daripada pengikut. “Saya pernah kena tahun lalu… samalah potong tali minyak dan ambil brake caliper, melayang RM3,000! 1000 RR ni silap-silap dua kali ganda (harga) bro!. “Ada hikmah tu bro, mungkin asbab nak tukar model baharu tu! Park lama sangat tu… manusia memang tak boleh tengok benda-benda mahal depan mata,” komen warganet.-Mstar

Pernah anggap Alif Satar ‘poyo’, Shahrol (Shiro) tak sangka kini jadi kawan baik – “Sikit-sikit cakap orang putih… siap buat rolling eyes dekat aku”

Shahrol Shiro imbau kenangan bersama Alif Satar. ENAM tahun menjalinkan persahabatan, pelawak Shahrol (Shiro) mendedahkan tidak menggemari sikap dan karakter pengacara Alif Satar ketika awal perkenalan mereka. Digandingkan bersama menerusi program Sukalattew terbitan Astro sekitar tahun 2014, Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 35, berkata, sukar untuk dia menerima cara Alif yang dianggap ‘poyo’ atau menjengkelkan.

“Tahun 2014 kali pertama aku berkenalan dengan seorang mamat bernama Alif Satar. Kami digandingkan dalam sebuah program Sukalattew.”Minggu pertama sebelum mula program tu aku cuba la berbual dengan dia. Masa berbual sikit-sikit cakap orang putih… siap dengan kening terangkat sambil buat rolling eyes dekat aku. Foto yang diambil pada rakaman terakhir program Sukalattew pada 2014. “Dalam hati aku fikir poyo g1la mamat ni. Ni mesti jenis-jenis minum laga gelas dulu, nak buang air pun dekat KLCC ni,” tulisnya.

Kata Shahrol, dia hampir menarik diri pada minggu pertama rakaman program tersebut kerana menganggap gandingan mereka tiada keserasian.Lebih menyedihkan, kata Shahrol dia mendapat tahu Alif juga berasa kurang senang dengan sikapnya yang agak kekampungan.”Minggu tu aku minta nak tarik diri sebab tak nak berpasangan dengan mamat ni. Rupa-rupanya dia pun sama, tak nak berpasangan dengan aku juga. Katanya aku macam budak kampung, sikit-sikit sebut nama Kluang… macam la ada Pavillion kat Kluang tu.

“Bos dah pening kepala minta cuba sampai sebulan dulu. Aku pun setuju, hadap saja la dia berbual dan cuba kenal dia lebih rapat,” jelasnya.Bagaimanapun, Shahrol mengakui tanggapannya mula berubah selepas mengenali lebih rapat penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku itu.Malah, Shahrol berkata, Alif merupakan seorang sahabat dan pendengar yang baik terutama ketika dia sedang menghadapi masalah.

“Rupa-rupanya apa tanggapan aku selama ni jauh meleset. Bila ada masalah aku luahkan, dia pendengar yang baik dan dia cuba bantu semampu yang boleh. Kepala sama saja g1la-g1la dengan aku. Shahrol dan Alif masih berkawan rapat sehingga kini. “Rehat masa rehearsal akan solat Asar sama-sama. Jauh dari budak moden yang ke arah barat yang aku sangka sebelum ini. Lama kelamaan hubungan itu sangat rapat, masa aku kahwin dia la pengapit aku,” katanya.

Mengimbau kenangan itu, Shahrol berpesan kepada pengikutnya supaya tidak terlalu cepat menilai seseorang sebelum mengenali mereka dengan lebih rapat.”Gambar 2014 itu adalah hari terakhir program Sukalattew. Terus terang air mata jantan masing-masing jatuh sebab itu adalah kali terakhir berada di pentas yang penuh kenangan bersama.”Moral of the story, hidup kita ini jangan cepat menilai seseorang. Jangan nilai dan dengar tentang seseorang melalui mulut orang lain. Kita kenal dan nilai sendiri.