JKR buat permohonan maaf pada Khairy Jamaluddin. Sekali KJ tampil bersuara lantang bidas balik. Mengejutkan memang win habis respon dari KJ.

Berita

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin menjelaskan tujuan beliau memuat naik kejadian terjatuh ketika berbasikal menerusi Twitternya hanya untuk memberi peringatan kepada pengguna jalan lain.

Bagaimanapun beliau tidak menyangka perkongsian itu mendapat perhatian Jabatan Kerja Raya (JKR). “Niat saya semalam memuat naik kejadian ini di Twitter ialah untuk beri peringatan kepada pengguna jalan lain, namun ia nampaknya mendapat perhatian JKR.

“Saya berterima kasih kepada JKR kerana peka dengan isu ini, tetapi janganlah hanya disebabkan saya menteri, baru nak ambil berat. “Tetapi yang penting, kalau sudah berlubang, janganlah berhari-hari atau kena tunggu terlalu lama untuk turap semula,” katanya menerusi hantaran Transformasi Bersama KJ di Facebook pada Isnin.

Jelas Ahli Parlimen Rembau itu, beliau tidak nampak lubang pada jalan berkenaan. “Kalau kita nampak, boleh elak. Tetapi saya yang berbasikal dengan kelajuan maksimum 40 kilometer sejam pun tak nampak. Apatah lagi penunggang motosikal?

“Jadi, saya ambil pandangan positif maklum balas pelbagai pihak yang ingin saya kejadian tak diingini ketika melalui kawasan mereka supaya tindakan segera dapat diambil. “Isu pokoknya, masalah jalan berlubang ini memerlukan penyelesaian segera kerana ia dekat di hati rakyat,” katanya. Sementara itu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata isu permohonan maaf ini tidak lagi disensasikan.

“Tidak ada isu permohonan maaf kepada Khairy (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin) kerana kita juga ada buat permohonan maaf dalam kes lain sebelum ini. Saya harap ia tidak disensasikan lagi.” “Kalau ikutkan, jalan berlubang ini ada di mana-mana dan saya perlu meminta maaf setiap hari kerana perkara ini. Tetapi kita tumpu untuk pembaikan demi kebaikan bersama,” katanya.

Katanya, isu berkenaan tidak perlu disensasikan kerana tumpuan Jabatan Kerja Raya (JKR) ialah bagaimana menyelesaikan aduan diterima untuk keselesaan rakyat. Beliau berkata, kementeriannya memerlukan lebih daripada RM1 bilion untuk membaiki jalan berlubang di seluruh negara setiap tahun dan peruntukan sedia ada tidak mencukupi.

Menurutnya, JKR sudah membuat kajian bagi memastikan jalan berlubang dibaiki dengan kadar segera demi keselamatan pengguna jalan raya. “Kita ada aplikasi terima aduan dan memastikan tiada lagi jalan berlubang, tetapi untuk memastikannya ia selesai dalam kadar segera, tak bolehlah. Ia mengambil masa.

“Saya secara peribadi berpendapat permohonan maaf itu tidak perlu dibuat secara terbuka sebaliknya hanya ditujukan secara peribadi kepada Khairy sendiri, itu lebih baik. “Dalam kes di Tebrau sebelum ini, kita ada memohon maaf juga. Saya sendiri turun melihat keadaan di situ. Soalnya bukan kepada menteri saja, kepada orang lain juga kita minta maaf,” katanya.

Ahad lalu, Khairy dilaporkan luka selepas terjatuh daripada basikal akibat kena lubang jalan. Kejadian berlaku di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting, Selangor ketika Ahli Parlimen Rembau itu sedang menunggang basikal di kawasan itu. Susulan itu, JKR Hulu Langat mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada Khairy yang mendapat kritikan warganet yang menyifatkan ia sebagai layanan berat sebelah.

JKR Boleh Disaman Jika Anda kejadian tak diingini berlaku Trlnggar Jalan Berlubang. Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

”rakyat yang terlibat dengan kejadian tu boleh membuat tuntutan ganti rugi jika jalan raya itu di bawah pentadbiran JKR” Itu penjelasan Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmad Marthada yang berkata, tuntutan boleh dibuat kepada pihak terlibat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) ekoran kecuaian tersebut sehingga mendatangkan kelukaan kepada pengguna.

Dr. Ahmad berkata, mana-mana individu yang terlibat dengan kejadian tu berikutan kecuaian pihak tertentu dalam menyelenggara dan membaiki kerosakan jalan raya boleh mengemukakan tuntutan ganti rugi serta memfailkan saman di mhkamah.

Menurutnya, pengguna jalan raya yang terlibat dalam kejadian akibat jalan rosak atau berlubang mempunyai asas kukuh untuk membuat tuntutan ganti rugi terhadap pihak yang menyelenggara laluan ber­kenaan. ”Jika jalan raya yang tidak di­selenggara dengan baik itu di bawah pentadbiran JKR, sasaran yang terlibat kejadian tu boleh membuat tuntutan ganti rugi dan keputusan sama ada perlu membayar ganti rugi akan ditentukan oleh jabatan tersebut.

”Tuntutan ganti rugi itu meliputi pelbagai kos seperti perubatan, pembayaran wad dan pembaikan kenderaan,” katanya kepada Kosmo! semalam. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan JKR Kuala Langat meminta maaf kepada Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang ced3ra pada kening dan hidung akibat terjatuh basikal selepas terlnggar lubang.

Kejadian berlaku Ahad lalu ketika Khairy Jamaluddin sedang berbasikal berhampiran Kampung Sri Cheeding, Banting, Se­langor. Mengulas lanjut, Ahmad mem­beritahu, sekiranya JKR ti­dak mahu melayan tuntutan ganti rugi tersebut, mereka boleh membawa kes itu ke mhkamah sivil dengan memfailkan tuntutan saman.

” Pada peringkat ini, ia akan melibatkan perbicaraan antara kedua-dua pihak dan sebarang keputusan akan ditentukan oleh pihak mhkamah,” jelasnya.Mengulas mengenai saman terhadap JKR, Ahmad berkata, difahamkan setakat ini ada tuntutan yang difailkan orang awam terhadap agensi itu di mhkamah berkaitan kejadian di jalan Persekutuan dan negeri.

” Dalam kes berkaitan, bagi pengendali lebuh raya, ada kes tuntutan saman dikenakan terha­dap mereka akibat kejadan tu. ” Saman itu memandangkan ada perjanjian yang memerlukan mereka bertanggungjawab atas apa jua yang terjadi berikutan pengguna membayar tol,” kata­nya.

Sementara itu, peguam bela dan peguam cara, Muhammad Amin Abdullah berkata, tuntutan saman ganti rugi difailkan seseorang individu di mhkamah mempunyai keberangkalian untuk menang. ”Pun begitu, ia perlu mempunyai fakta kes yang kukuh se­perti bukti kelukaan serius atau melibatkan pemergian yang didakwa berpunca daripada ke­cuaian pihak terlibat termasuk­lah JKR atau syarikat konsesi le­buh raya.

” Jadi, saya nasihatkan indivi­du yang mahu membuat tuntutan atau failkan saman agar merujuk dengan pihak peguam terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:k0smo

Dijangka Dapat Bekalan Awal Vaksin Pada Suku Pertama 2021. Menteri Sains Dan Teknologi Akhirnya Dedahkan Harga Siling Untuk Vaksin COVID19 Dan Harap Maklum

Harga siling untuk vaksin Covid-19 ditawarkan oleh Vaccine Global Acces (Covax) kepada Malaysia ialah AS$21 (RM87).Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin memaklumkan perkara itu pada sesi Dewan Rakyat pagi tadi.“Dari segi harga indikatif maksimumnya ialah AS$21 (RM87) untuk satu vaksin dan kita masih lagi melihat beberapa klausa dengan Covax itu yang masih diperhalusi , dan kita harap dapat menandatangani penyertaan Covax dalam masa terdekat.

“Namun ingin saya jelaskan bahawa Covax ini hanya sebahagian sahaja keperluan kita untuk mendapatkan vaksin Covid-19. Sebahagian besar akan kita perolehi menerusi rundingan dua hala dengan negara dan syarikat-syarikat lain.”Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Zakaria Mohd. Edris (BERSATU-Libaran) pada sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen hari ini.

Menurut beliau, Malaysia dijangka akan mendapat bekalan awal vaksin pada suku pertama 2021 untuk wajaran pertama tiga peratus populasi negara meliputi petugas barisan hadapan sektor kesihatan dan keselamatan.“Saya telah beritahu Kementerian Kewangan, sekurang-kurangnya kita perlu mengimunisasi 70 peratus rakyat Malaysia dan saya telah minta RM3 bilion untuk disediakan bagi tahun depan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) yang meminta penjelasan dan harapan agar jumlah vaksin Covid-19 ditambah. -K! ONLINE

Pandemik Covid 19 Kini Memasuki Fasa Yang Membimbangkan. Mengejutkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia Bongkarkan Sesuatu Mengenai Vaksin Covid 19.

GENEVA: Sebanyak 184 negara dan ekonomi bergabung di bawah COVAX, sebuah inisiatif antarabangsa dipimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan-rakannya untuk memastikan akses vaksin COVID-19 yang adil dan berkesan di seluruh dunia, lapor agensi berita Xinhua.

“COVAX mewakili portfolio terbesar vaksin COVID-19 dan kaedah paling berkesan untuk memastikan vaksin dapat dikongsi dengan selamat dan berkesan di seluruh dunia,” kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang media maya di sini. “Berkongsi vaksin secara adil adalah cara terpantas untuk melindungi masyarakat yang berisiko tinggi, menstabilkan sistem kesihatan dan mendorong pemulihan ekonomi global yang berkesan,” tambahnya.

Sebagai antara negara utama dalam pembangunan vaksin, China secara rasmi bergabung di bawah COVAX, langkah yang disifatkan jurucakap Kementerian Luar China sebagai penting untuk menegakkan konsep komuniti kesihatan bersama bagi semua dan komitmen menjadikan vaksin COVID- 19 membawa kebaikan kepada masyarakat awam global.

Pada sidang media sama Tedros berkata pandemik COVID-19 kini memasuki “fasa yang membimbangkan.” Kedatangan musim sejuk di hemisfera utara dan lonjakan dalam jumlah kes baharu, Tedros memberi amaran beberapa bulan akan datang bakal menjadi lebih sukar, terutama di Eropah dan Amerika Utara.

“Oleh itu, penting kepada semua kerajaan untuk menumpukan seluruh perhatian kepada asas utama yang membantu memutuskan rantaian penularan demi untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan,” kata Tedros.

Ketika dunia sedang berjuang membendung pandemik COVID-19, negara di seluruh dunia berlumba-lumba mencari vaksin. Menurut laman web WHO, pada 19 Oktober, terdapat 198 vaksin percubaan yang dibangunkan di seluruh dunia dan 44 daripadanya kini di peringkat ujian klinikal. – BERNAMA

Terkini ubat antivirus ini yang digunakan untuk merawat pesakit Covid 19 disahkan tidak lagi berkesan dan ia turut beri kesan yang lain.

Ubat antivirus remdesivir didapati tidak berkesan dalam merawat pesakit Covid-19 malah tidak membantu mengurangkan kes pemergian akibat wabak itu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kajian klinikal oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu ‘Solidarity trial’ turut membuktikan ubat anti malaria hydroxychloroquine, serta ‘lopinavir’ dan ‘ritonavir’, tidak berkesan dalam merawat pandemik itu.

“Jadi kita dapat simpulkan, remdesivir tak berkesan untuk kita merawat pesakit Covid-19 dari tiga sudut iaitu pemergian, kemasukan ke hospital atau keperluan bantuan pernafasan. “Dulu kita tiada bukti yang kukuh, tetapi hari ini kita sudah ada kajian. Bukan hanya di Malaysia tapi ia juga membabitkan negara yang di bawah payung WHO,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian mengenai perkembangan terkini Covid-19 di Putrajaya, hari ini. Sebelum ini, remdesivir, hydroxychloroquine, lopinavir dan ritonavir digunakan bagi rawatan pesakit Covid-19.

Namun berdasarkan kajian, kata Noor Hisham, pihaknya mendapati ubat dexamethasone berkesan untuk menghalang radang paru-paru dan memberikan hasil positif terhadap pesakit. Katanya, kajian klinikal berkenaan membabitkan pesakit Covid-19 dari 30 negara termasuk Malaysia.- HMETRO

Dah baca? Jangan lupa like & Share Page Kami Kucing Media Online untuk lebih banyak info dan kisah menarik.

Amalan norma baharu. Pakar Epidemilogi terus buat kenyataan berkenaan vaksin COVID19 dan harap semua maklum dengan perkara ini

Semasa kita diambang gelombang kedua Covid-19, pelbagai pendapat yang dilntarkan oleh pakar dan orang awam bagi memastikan wabak ini tidak terus menular. Memandangkan vaksin juga masih belum dipasarkan secara rasmi dan tiada khabar angin bila ia akan mula digunakan. Pihak kerajaan sehingga kini berterusan mencari jalan terbaik untuk merawat para pesakit.

Pada masa yang sama, seorang Pakar Epidemiologi Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud berpendapat bahawa hidup dalam norma baharu adalah ‘vaksin’ terbaik untuk melawvn Covid-19 ini.

Tambah beliau, vaksin yang yang bakal dihasilkan bukan satu kepastian dapat melindungi masyarakat daripada dijangkiti virus terbabit. “Kita tidak mahu apabila mendapat vaksin dan terus diberi (kepada pesakit) akan menimbulkan masalah lain pula, sebab itu vaksin ini bukan satu kepastian yang dapat melindungi kita. Itu sebabnya norma baharu penting, malah inilah vaksin kita sebenarnya.”

Bimbang dengan peningkatan kes, pastikan rakyat patuh SOP. Dr Awang Bulgiba turut menyatakan kebimbangan kerana jumlah kes berkemungkinan tidak menunjukkan penurunan berterusan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.“Saya melihat kes tiga angka akan berterusan untuk beberapa minggu lagi, justeru pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri diharap dapat membendung penularan virus itu.” 

Selain itu, beliau mengesyorkan supaya kerajaan membuat kajian tingkah laku masyarakat terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) supaya masyarakat dapat biasakan diri dengan norma baharu. “Kerajaan wajar membuat kajian supaya pematuhan SOP menjadi sebahagian daripada norma baharu masyarakat.”Kita tak tahu bila wabak ini akan hilang. Tapi hidup perlu diteruskan. Tak susah pun nak ikut SOP betul tak? Semoga kita terus kuat hadapi dugaan ini.

Full lockdown akan dilaksanakan di Selangor gara gara kes makin meningkat. Akhirnya ini kenyataan dari Dato Ismail Sabri.

Terkini, Menteri Kanan (Klvster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob telah menyatakan bahawan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang menilai dan mengkaji cadangan untuk mengvatkuasakan PKP atau PKPD di Selangor

Ini susulan peningkatan mendadak kes penularan C0ViD-19 di Selangor baru-baru ini. Pada hari ini sahaja, Selangor telah merekodkan 107 kes positif C0VlD-19. Pada sidang media hari ini, beliau telah membuat kenyataan bahawa tempoh penguatkuasaan PKPB di Selangor masih berjalan

sehingga kajian menyeluruh dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk MKN dan juga KKM. Beliau juga memberitahu bahawa dengan penguatkuasaan PKPD di Selangor, individu-individu tidak dibenarkan keluar dan makanan serta keperluan asas akan dihantar pada mereka.

Ini tidak termasuk lagi impak yang sangat ketara pada ekonomi negara. Kedai-kedai tidak dapat lagi beroperasi seperti biasa dan pastinya ramai yang akan kekal tutup. Individu-individu juga akan hilang punca pendapatan.

Justeru itu, beliau menyatakan bahawa perlunya ada keseimbangan dalam membendung penularan wbak C0VID-19 dan juga mengekalkan sumber pendapatan rkyat Malaysia. Jika dilihat dari segi kwalan pergerakan, pastinya PKPD adalah jalan yang terbaik, tetapi ramai warga Selangor akan hilang pvnca pendapatan.

Sumber : FMT

Selepas keluar kenyataan tentang penularan virus D614G tadi. Terkini pakar telah umumkan virus tersebut akan merebak dengan cepat di kawasan ini.

KUALA LUMPUR: Pengudaraan baik dalam sesuatu kawasan termasuk ruang sempit penting bagi mengurangkan risiko terhadap jangkitan COVID-19 yang turut merangkumi mutasi virus jenis D614G. Pakar virologi dari Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar, berkata sebarang jenis mutasi virus termasuk D614G boleh merebak dengan pantas di kawasan tanpa sistem pengaliran udara yang baik.

Beliau berkata, kawasan tertutup yang dipasang penyaman udara tanpa sistem keluar masuk udara yang baik juga berupaya menjadi lokasi mutasi virus COVID-19 merebak. “Selain penjarakkan fizikal dan pemakaian pelitup muka, aspek penting yang harus ditekankan ialah pengaliran udara dalam mengawal penularan COVID-19. “Walaupun tempat itu mempunyai kepadatan penduduk tinggi atau sempit, namun pengudaraan mencukupi boleh mengawal penularan. “Contohnya dalam pesawat. Setakat ini kita tidak melihat kluster dari kapal terbang kerana sentiasa berlaku pertukaran udara di dalamnya walaupun ruang terhad.

“Kita lihat kes di Afrika juga rendah yang mungkin disumbangkan oleh faktor pengaliran udara baik kerana kebanyakan rumah mereka terbuka dan tidak menggunakan penyaman udara,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini. Pada masa sama, beliau berkata, individu duduk di rumah termasuk yang dikuarantin perlu memastikan pengaliran udara sentiasa mencukupi dengan membuka tingkap.

Sazaly berkata, sama juga di pejabat yang bergantung sepenuhnya kepada penyaman udara, iaitu harus memastikan sistem pengaliran udara keluar dan masuk dengan mencukupi. “Mereka yang berada dalam suasana berhawa dingin lebih berisiko terkena jangkitan COVID-19 jika tiada pengaliran udara, selain turut dipengaruhi faktor suhu dan kelembapan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kewujudan beberapa kluster sebelum ini termasuk di Sabah. Kedah dan Johor yang berpunca daripada penularan dalam kalangan tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pesalah serta mutasi virus COVID-19 jenis D614G.

Berdasarkan data, Sazaly berkata, mutasi virus jenis D614G sudah berada di negara ini pada Mac lalu namun tidak berkembang pantas kerana tidak memasuki kluster besar. Katanya, penularan pantas itu berlaku apabila mutasi D614G berada dalam kalangan penghuni penj4ra dan pusat tahanan hingga mencipta kluster besar.

“Dari Mac lagi mutasi jenis D614G ini bertapak dalam komuniti kerana secara prinsipnya, virus yang sampai dahulu akan berkembang. “Namun ia tidak memasuki kluster besar, maka mutasi jenis ini tidak ‘meletvp’ sehinggalah D614G ‘memasuki’ sel besi dan pusat tahanan yang sempit serta tidak mempunyai pengaliran udara baik.

“Ia menyebabkan mutasi jenis ini mudah ‘meletvp’,” katanya. Beliau berkata, mutasi D614G dilihat mempunyai kadar kebolehjangkitan tinggi kerana berada pada tempat betul dan masa yang tepat untuk berkembang dengan menular dalam kawasan seperti penjra.

Sumber: BHONLINE