Terima 17 aduan daripada pelanggan serta dimaklumkan kesemua bayaran dia dibatalkan. Ini tindakan yang diambil JnT

Berita Viral

Semua sedia maklum sejak datangnya virus Covid19, banyak sektor pekerjaan telah terjejas dan ada yang sampai hilang kerja. Oleh itu, dapat dilihat ramai orang bekerja keras dalam usaha untuk peroleh pendapatan untu menyara diri mahupun keluarga. Ramai juga yang sanggup menggunkan perkhidmatan kurier sekaligus menjadi peluang buat individu lain berkhidmat sebagai rider.

Pada masa yang sama , usaha baik individu ini dalam mencari rezeki, timbul pula isu pegawai Syarikat Kurier J&T cawangan Cheras Jaya yang memilih untuk tidak memberikan sebarang bayaran gara gara terima aduan daripada pelanggan. Berdasarkan perkongsian yang dikongsi oleh Nur Azirah daripada Group Gabungan Despatch/ Driver Courier Malaya, memaklumkan memulakan perkerjaannya dengan menghantar 100 parcel sehari pada hari pertama pekerjaan.

Pada hari kedua, kerja beliau diteruskan lagi dengan menghantar 100 parcel lagi kepada pelanggan. Tugasan yang banyak diterima beliau dan dijalankan dari pagi sehingga ke malam. Dia juga turut berkongsi pernah memaklumkan kepada pelanggan untuk menghantar barangan esok harinya kerana hari sudah malam serta mahu menguruskan anaknya yang masih kecil.

Lebih menyedihkan buat Nor Azirah apabila beliau dimaklumkan oleh pegawainya kerana terdapat pelanggan yang membuat aduan. Jawapan yang diterima membuatkan beliau tertanya-tanya mengenai prosedur J&T yang akan membatalkan komisen rider sekiranya meskipun terdapat satu aduan daripada pelanggan.Pegawai tersebut turut memaklumkan keputusan terpaksa dibuat daripada pihak atasan atas alasan beliau dikatakan men!pu.

Bertambah sedih buat ibu kepada lima anak ini apabila beliau dikatakan telah menerima 17 aduan daripada pelanggan serta dimaklumkan kesemua bayaran beliau dibatalkan. Menerusi perk0ngsian beliau dalam group berkenaan, para warganet nampaknya turut berang dengan layanan yang diberikan kepada beliau oleh pegawai J&T Cheras Jaya. Perk0ngsian yang tular ini turut mendapat perhatian ramai sehingga beliau mendapat pengadilan oleh pengurus J&T Cheras Jaya sendiri. Menurutnya, beliau akhirnya telah menerima bayaran RM500 oleh pihak J&T.Meskipun tidak tinggi nilainya, namun sedikit sebanyak dapat membantu beliau sebagai ibu untuk menyara anak-anaknya.

Warganet Luah Rasa Tidak Puas Hati Lepas Tular Pekerja JnT Buat Barang Macam Tu. Ini Rupanay Kisah Di Sebalik Semua Ini Berlaku

Tular satu perkongsian di aplikasi Tiktok yang memaparkan sebilangan pekerja syarikat kurier, J&T Express mog0k di sebuah gudang barangan yang tidak diketahui lokasi berlakunya kejadian itu. Dan difahamkan mereka berbuat sedemikian akibat masalah gaji.

Perkongsian tersebut menunjukkan seorang pekerja memblong barang barangan pelanggan. Dan turut kedengaran beberpa pekerja yang bertriak menunjukkan rasa tdak puas hati terhdap pengurusan syarikat.namun begitu, sehingga kini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak J&T Express

Rata-rata warganet menyatakan mereka tldak mempunyai masaIah sekiranya pekerja ingin m0gok namun tldak bersetuju dengan tindakan membaIing barangan kerana ia membawa masaIah kepada penjual serta mengan1aya pelanggan yang tldak bersaIah.

Bungkusan Kuih Yang Diterimanya Telah Dibuka Dan Dimakan Oleh Staf Poslaju. Wanita Ini Buat Perkongsian Tentang Barang Yang Dia Terima

Sudah menjadi kebiasaan apabila tiba sahaja musim perayaan seperti Tahun baru Cina, Deepavali dan Hari Raya, servis penghantaran barang selalunya akan sibuk dengan bungkusan bungkusan daripada pelanggan. Tambahan pula dengan PKP yang mengehadkan kita untuk merentas negeri,rata rata rakyat Malaysia gemar menggunakan servis penghantaran barang untuk menghantar bungkusan kepada yang tersayang.

Terbaru, timbul pula isu kurang senag di kalangan warganet berkenaan sebuah syarikat penghantaran barang yang terkenal di Malaysia. Menerusi perkongsian di FB,seorang warganet mengatakan bungkusan kuih yang diterimanya telah dibuka dan dimakan oleh staf Poslaju Malaysia.

Menurut Jessica Sammy, kuih tersebut telah dibakr dan dibungkus oleh ibunya sendiri untuk sambutan Tahun Baru Cina. Sambung wanita ini, bungkusan ini dihantar dari Kuching, Sarawak ke alamatnya di Kuala Lumpur.“Satu daripada bungkusan saya telah dimakan sehingga tinggal separuh”

Jessica terkejut apabila bungkusan yang diterimanya tinggal hanya separuh. Selepas diperiksa, pita pelekat pada bungkusan tersebut sudah tertanggal seolah-olah telah dibuka oleh seseorang. Lagi menyedihkan, bungkusan kuih tersebut adalah untuk sambutan Tahun Baru Cina yang akan tiba beberapa hari lagi.

Terkilan dengan servis daripada Poslaju Malaysia, wanita ini mempersoalkan etika pekerja yang tidak menjaga bungkusan pelanggan dengan baik.Dia meminta Poslaju Malaysia agar mengambil tindakan berkenaan isu ini. Isu seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia melibatkan etika dan tanggungjawab pekerja terhadap keselamatan barang pelanggan.

Ada Yang Sanggup Menyamar Jadi Ejen Sambal Nyet Khairul Aming. Khairul Aming Buat Perkongsian Tentang Individu Yang Tak Bertanggungjawab Tersebut

Siapa je yang tak kenal dengan Khairul Aming kan? Baru-baru ini, sambal jualan Khairul Aming iaitu Sambal Nyet telah habis terjual dalam masa lebih kurang sejam je. Korang bayangkan 10 ribu botol sambal tu sold out, memang hebat lah penangan Khairul Aming ni kan. Admin pun tak sempat nak beli. 

Namun, ada pula yang cuba mengambil kesempatan dengan menyamar menjadi ejen dan dropship Sambal Nyet Khairul Aming ni. Perkara ini telah dikongsikan sendiri oleh Khairul Aming menerusi Twitter.Untuk pengetahuan korang, sambal tersebut hanya dijual di platform jualan Shopee sahaja buat masa sekarang ni. Jadi, kalau ada yang menyamar cakap dorang ejen Sambal Nyet, jangan mudah percaya sebab sah-sah dorang tu scmmer.

Menurut Khairul Aming, ejen yang menyamr terbabit dikenali sebagai Nur Fatihah di Facebook. Katanya, dia sendiri pun tak kenal orang yang bernama Fatihah ni.Difahamkan, wanita terbabit juga menu pelanggan dengan mengatakan sesiapa yang berminat boleh menjadi ejen sambal tersebut. Namun, mereka yang berminat menjadi ejen harus membayar duit pendaftaran. Suka hati dia je scam duit orang macam ni. 

Khairul Aming juga menasihati sesiapa yang dah tertipv agar berusaha mendapatkan duit mereka semula. Ye lah, dah lah ada yang dah transfer beratus-ratus ringgit dekat scammer ni untuk beli sambal tu. Kalau tak dapat duit tu balik, memang kecewa lah kan. 

Ada warganet yang mencadangkan agar Khairul Aming patenkan sambal jualannya supaya takde lagi orang yang suka mengambil kesempatan dalam kesempitan macam scmmer ni.Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa Khairul Aming patut membuat laporan polis terhadap terhadap scmmer tersebut. Betul jugak tu, barulah scmmer lain tak berani nak tipv orang. 

Sehingga kini, Tweet tersebut telah mendapat sebanyak 20 ribu Retweet dan 15 ribu likes daripada warganet(ketika artikel ini ditulis). So, korang jangan mudah terpedaya dengan modus operandi scmmer ni tau.Apa-apa pun, sebagai pelanggan dan pembeli, lebih baik kita check dulu sebelum membeli sesuatu barangan secara online. Sekarang ni ramai sangat yang sanggup men1pu untuk kaut untung lebih. 

Nekad Nak Tolong Poslaju. Syahmi Sazli Bengang Bila Dah Guna Kan Perkhidmatan Poslaju Sekali Benda Ni Yang Jadi. Patutlah Poslaju Kurang Dapat Sambutan.

Sejak akhir2 ini, servis kurier dilihat bermasalah berdasarkan pengalaman yang dikongsikan di pelbagai platform dan banyak pelanggan setia juga turut merasai perubahan ini. Pos Laju juga tidak terlepas menerima aduan daripada pelanggan yang tidak puas hati kerana barang yang dihantar tidak dihantar dalam keadaan baik dan malahan ada barang yang tidak sampai dah tertukar dengan barang lain.. Tidak dapat dipastikan ianya salah kurier pos laju atau pengirim.

Pengalaman tersebut dikongsi oleh seorang Pengarah Muda yang mencipta nama daripada sebuah filem sulung terbitannya dan juga sepenuhnya arahannya iaitu Saudara Syahmi Sazli, Beliau memuatnaik satu status tentang ketidakpuasan hatinya terhadap perkhidmatan Pos Laju apabila barang yang telah dihantar kepadanya telah ditukar.

Barang yang telah dibeli dan dihantar kepada beliau adalah perfume kereta tetapi yang sampai kepadanya adalah Serum, beliau meluahkan kekecewanya kerana niat beliau untuk membantu Syarikat Kurier tersebut tetapi ianya telah menimbulkan masalah kepada dirinya.

Diharapkan Syarikat Pos Laju lebih menitik beratkan tentang perkhidmatan yang diberikan kerana Pada waktu PKP, semestinya ramai yang akan memilih untuk membeli secara online. Syarikat seharusnya lebih bersedia dengan perkara ini dan seterusnya dapat mewujudkan lebih peluang pekerjaan kepada lebih ramai org di luar sana supaya masalah sebegini tidak terjadi lagi. Kita berharap supaya pihak Syazmi Sazali dan Pos laju akan menemui jalan penyelesaian untuk masalah ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Ig Syahmi Sazli

Syahmi Sazli Dan Asif Lakukan Ini Dan Berkongsi Di Laman Media Sosial. Sehinggakan Ada Yang Nampak Orang Ketiga Pula.

Rasanya dua nama besar ini bukanlah asing lagi buat pengguna media sosial apabila kejayaan Mael Totey The Movie melonjakkan lagi pelakon Asif dan Youtuber tersohor iaitu Syahmi Sazli dalam dunia hiburan tanah air. Seperti diketahui ramai juga, Asif atau Mohd Asyiff yang mula popular selepas membintangi Drama Spontan di saluran Youtube merupakan sepupu kepada Syahmi Sazli atau Muhammad Syahmi. Hubungan erat mereka juga disenangi peminat apabila Syahmi Sazli dilihat sering menjaga Asif dengan baik sehingga mengundang orang ramai semakin meminati mereka.

Walau bagaimanapun satu perkongsian Syahmi Sazli diruangan Instagram peribadinya ini pula mengundang gelak ramai apabila dia dan Asif sempat merakam video pendek yang mana memaparkan gelagat sweet mereka yang seakan seperti dalam filem Bollywood. Dalam pada masa yang sama, gelagat Syahmi dan pelakon Drama Spontan itu mendapat perhatian ramai sehingga video yang dimuat naik kepada umum itu ditonton hampir 300,000 kali oleh peminat mereka.

Posting Syahmi Sazli bersama Asif itu ternyata mengundang orang ramai juga memberi pelbagai reaksi di video berjudul Cinta Terunggul dimana penampakan kaki seseorang pula membuatkan orang ramai gelak besar yang dianggap seperti orang ketiga kepada mereka.

Sber: HCL

Isteri Syahmi Sazli Kekal Tenang Membersihkan Muntah Asif Di Dalam Kereta. Rata Rata Warganet Memuji Tindakan Isterinya.

Baru-baru ini, YouTuber dan pengarah filem, Syahmi Sazli telah mengambil peluang pergi bercuti di resort Dato’ Seri Aliff Syukri di Sugeh Hill Resort yang bertempat di Janda Baik, Pahang. Selain daripada membawa isteri dan anaknya, Syahmi turut membawa beberapa orang rakan dan juga pelakon dalam drama serta filem yang diarahkan olehnya sebelum ini.

Tak geli pun basuh muntah Asif

Namun begitu, satu video yang dimuat naik oleh YouTuber kelahiran Kelantan itu telah berjaya memperoleh lebih daripada 600,000 tontonan apabila isterinya dengan ‘selamba’ membasuh muntah Asif di dalam kereta. Gelagat Asif yang menghiburkan membuatkan Syahmi tak jadi untuk marah kerana reaksi wajah anak istimewa itu begitu kelakar.

Walau bagaimanapun, isteri Syahmi yang dikenali sebagai Anissa Faizul tetap tenang membersihkan muntah di kerusi penumpang sebelum masing-masing kembali masuk ke dalam kereta dan meneruskan perjalanan.

Bagusnya wife Syahmi!

Sehubungan dengan itu rata-rata warganet telah tinggalkan komen dengan memuji tindakan Anissa yang langsung tidak geli dalam menguruskan muntah Asif yang ada di dalam kereta.

Sumber: Shami Sazli

Anak Syahmi Sazli Mendapat Perhatian Warganet Setelah Dia Cuba Buat Kejutan Buat Bapanya. Lagi Mengejutkan Apabila Ada Seseorang Tetamu Istimewa Yang Akan Hadir.

Pelakon dan pengarah, Syahmi Sazli berkongsi satu video memaparkan gelagat anak perempuannya yang memberi ‘kejutan’ kepadanya. Dalam video itu, pengarah filem Mael Totey The Movie itu terkejut apabila perabot di pejabatnya dipenuhi dengan contengan yang dilakukan anaknya, Ainul Mardhiah.Beberapa perabot termasuk sofa dan meja sudah dipenuhi hasil ‘seni’ anaknya dengan marker berwarna merah.Lebih memeningkan, apabila menurut Syahmi dia bakal menerima kehadiran tetamu penting dalam masa terdekat.

“Allah anak aku…abih nyo koghaa (conteng) sofa meja office.. tak hilang, marker permanent. Dahlah pengerusi Finas nak mari office minggu ni,” katanya.Bukan setakat perabot, bahkan wajah anaknya bakal menginjak usia dua tahun itu juga turut dipenuhi dengan contengan marker.”Siapa tahu macam mana nak tanggalkan. Dekat muka pun tak tanggal ni,” tanya Syahmi kepada pengikutnya di Instagram.Tidak lama kemudian, Syahmi dilihat bertindak cuba menghilangkan kesan contengan tersebut menggunakan pelbagai bahan semburan.

Bagaimanapun, usaha tersebut gagal apabila contengan tersebut masih meninggalkan kesan.Begitupun, apa yang mencuri tumpuan, Syahmi kemudian menggunakan sabun pencuci pinggan untuk menanggalkan kesan kotoran tersebut.”Pakai sabun pinggan juga yang berkesan. Guna wax untuk kereta ni pun tak boleh hilangkan.”Terima kasihlah, lakulah (sabun pinggan) lepas ni,” ngomelnya dalam Insta Story.

Di ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gelagat anak kecilnya itu.”Ainul tengah explore tu. Dia jadi kreatif. Nanti beli baru dan bagi dia kertas banyak-banyak.”Muka Ainul senyum tak puas lagi buat corak di kerusi.”Bila sel-sel otak dah berhubung, bijak-bijak,” komen sebahagian pengikutnya.

Rumah Rumah Di Pantai Timur Sudah Naik Air. Tular Apabila Syahmi Sazli Melakukan Sesuatu Ini Di Rumahnya.

Selebriti media sosial yang cukup terkenal dengan drama-drama pendeknya di YouTube, Syahmi Sazli, 25 merupakan anak jati kelahiran Kelantan. Walaupun sudah bergelar pengarah filem dengan kejayaan besar apabila filem pertama arahannya bertajuk Mael Totey ‘meledak’ di Astro First, Syahmi tetap memilih untuk tinggal di Kelantan dan membina rumah disana. Namun begitu, menerusi muat naik terkini YouTuber tersebut di Instagramnya, dia telah berkongsi satu gambar keadaan rumah yang digenangi air apabila berlaku banjir disana.

Steady minum teh o

Apa yang lucunya, gambar tersebut memperlihatkan Syahmi hanya tenang di beranda rumah sambil menikmati kopi o. Ramai yang meninggalkan komen diruangan Instagramnya dengan serba salah untuk berasa simpati ataupun ketawa melihat kondisi pengarah filem itu.

Siap ada ketam sesat

Apa yang lebih kelakar, terdapat anak ketam yang sesat berjaya ditangkap berkemungkinan dihanyut air banjir dari pantai berhampiran rumah.

Ainul nak dapat adik la tu

Ada juga yang sempat berseloroh dengan mengatakan anaknya, Ainul Mardhiah yang berusia setahun lebih ingin mempunyai adik selepas membaca kapsyen guraun yang ditinggalkan oleh Syahmi.

Banjir dah lepas buku lali

Menerusi IG story Syahmi dan isterinya, dapat dilihat air banjir sudah berada di atas buku lali kaki dan mereka sedang berusaha memindahkan barangan penting ke tempat yang lebih tinggi.

Semoga urusan dipermudahkan

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mendoakan agar urusan Syahmi dipermudahkan memandangan hujan semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Musim tekujuh yang berlaku setiap hujung tahun nampaknya sudah menjengah ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan banjir di beberapa kawasan juga sudah dilaporkan.

Syahmi Sazli Akhirnya Tampil Bersuara Selepas Filemnya Dikatakan Tidak Mencapai Standard Sebenar. Syahmi Memberi Komen Soal Kata-Kata Pelakon Ellie Suriaty Omar Itu.

Dilabel sebagai filem yang tidak mencapai standard sebenar, pengarah filem Mael Totey The Movie (MTTM), Syahmi Sazli akhirnya tampil bersuara. Syahmi ketika dihubungi Gempak berkata, dia tidak terasa hati atau terguris dengan kata-kata pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar yang seakan mengkr1tik karyanya.

Menurut Syahmi, dia akui filem MTTM menggunakan modal yang sedikit dan jenis kamera juga tidak seperti yang dipakai oleh kebanyakan pengarah atau produksi filem besar di luar sana.

“Ada betulnya juga apa diperkatakan. Saya tidak menggunakan kamera yang mahal dan canggih seperti filem lain, sebaliknya itulah yang saya selalu guna untuk kandungan YouTube saya. Tak mengapa, ini permulaan, saya akan buktikan dalam karya-karya saya akan datang.  Saya ambil kata-kata itu secara positif,” katanya.

Jelas Syahmi lagi, biarpun begitu, terdapat beberapa pendirian yang perlu dia pertahan dan teruskan. Dari segi teknikal ya saya akui, tapi bila dakwa bentuk karya itu sendiri tak capai standard filem, itu saya tak setuju. Bagi saya semua pengarah ada karya kreatif masing-masing. Jadi saya takkan ubah cara saya berkarya.

“Selain itu dakwaan mengatakan jumlah tontonan MTTM dipengaruhi populariti juga perlu dilihat dari sudut yang positif. Saya rasa popular itu perlu untuk pembikin filem. Kita nak jual filem mestilah kena ada followers, kena tahu siapa audience kita, apa yang mereka minat. Business is business,” katanya.

Terdahulu, Ellie Suriaty Omar meluahkan pandangannya terhadap filem MTTM menerusi sebuah video di YouTube. Jelas Ellie, industri tidak boleh meletakkan MTTM sebagai benchmark karya kreatif yang sempurna terutama dari segi teknikaliti.

“Kalau kita sebut teknikal kerja sebagai penghasil fiem, ia tidak mencapai, namun kerana ia popular dan ada fanclub sendiri, mestilah dia berjaya,” katanya. Sekadar info, sehingga kini, MTTM telah  memecahkan rekod apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 juta dalam tempoh 12 hari tayangan.

Bukan saja itu, kutipan MTTM juga telah memecah rekod Astro First yang sebelum ini dipegang oleh filem Hantu Kak Limah. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Terima Banyak Sangat Kritikan Daripada Warganet. Akhirnya Sampai Satu Tahap Tu Syahmi Syazli Lakukan Sesuatu Ini Sehingga Mengaitkan Dengan Tindakan Syamsul Yusof Mengenai Isu Yang Tular Baru Baru Ini.

Pengarah filem Mael Totey The Movie (MTTM), Syahmi Syazli mengakui sering berdepan kritikan dan penilaian negatif segelintir warganet. Namun, bagi Syahmi, dia mengambil pendekatan untuk tidak membalas atau melayan komen negatif bagi sebaliknya mengaibaikannya. “Komen negatif itu banyak, terutamanya sekarang apabila filem saya mula ditayangkan. Semakin luar kerjaya, semakin besarlah kritikan.

“Saya takut saya down, jadi saya ambil sikap buat tak tahu. Skip saja! Sebab lagi ramai lagi yang menulis komen-komen positif. “Dunia sekarang tanpa sempadan kita tak boleh buat apa pun, mesti akan ada juga yang tidak senang dengan kita. Buat itu salah, buat ini salah. Jadi tak payah hiraukan,” katanya kepada Gempak sebentar tadi.

Tambah Syahmi, komen negatif muncul daripada sikap iri hati dan tidak senang melihat kejayaan individu lain. “Saya tak faham kenapa perlu menulis komen negatif. Mungkin mereka tak boleh tengok kejayaan orang lain dan memang asal daripada sifat iri hati. Tak boleh tengok orang lebih sikit.

“Apapun, saya suka dengan tindakan balas Syamsul Yusof apabila berdepan dengan warganet yang melampau. Terus ambil tindakan undang-undang! “Bagi saya, tak perlu balas. Nanti kita pula yang jadi sama level dengan mereka. Buat saja tak tahu. “Kita sukar nak bendung sebab media sosial itu percuma, keluarkan modal air liur je untuk menghukum dan menghna orang,” nasihat Syahmi lagi.

Sementara itu, Syahmi memanjatkan rasa syukur atas kejayaan filem pertamanya MTTM yang berjaya meraih kutipan mencecah RM700,000 selepas hari pertama tayangan. MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. 

Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul. Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 22 Oktober ini. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Mari kita semua sokong usaha pengkarya seni dalam menghiburkan.- Gempak