Jual produk berunsur tak senonoh Syatilla Melvin tampil bersuara lantang. Mengejutkan sampai macam ni sekali respon padu dari Syatilla.

Artis

Promosi produk berunsur lucah, Syatilla Melvin mengaku sengaja guna foto ‘double meaning’ untuk dapat perhatian

TINDAKAN pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shahiezy Sam mempromosikan produk di Instagram mengundang kritikan warganet apabila dianggap berunsur tak senonoh dan menggunakan cara pemasaran murahan.

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 29, berkata mereka sememangnya sengaja menggunakan foto yang membawa pelbagai maksud dan sudah menjangka perkongsian itu akan mendapat perhatian ramai.

“Kalau mereka nampak benda itu secara negatif memang automatik ia akan jadi negatif. Tapi kalau berbeza pula kalau mereka pandang secara positif. Ikut pada pandangan individu itu macam mana. Sebab bukan gambar straight foward. Saya dan Sam memang sengaja wujudkan double meaning dalam foto tersebut. Memang kami dah jangka benda ini (kritikan) dan ini bermaksud apa yang kami cuba sampaikan berjaya.

“Tiada niat untuk buat sesuatu yang nampak tak senonoh. Tapi kalau dah warganet pandang benda itu secara negatif, kami tak boleh nak kawal apa yang mereka rasa. Bagi saya, bad marketing is still marketing, ” kata Syatilla kepada mStar. Syatilla ditemui ketika majlis pelancaran produk kosmetik jenama Kekasih by The Melvins di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam pada Rabu.

Kalau orang tak kritik dan cakap buruk tentang saya, mungkin saya tak kuat macam sekarang. SYATILLA MELVIN, PELAKON. Pada majlis yang sama, The Melvins turut melancarkan 60 papan iklan di seluruh negara bagi produk kecantikan itu.

Dalam pada itu, pelakon drama popular Sha & Sha ini mengakui segala kritikan dan kritikan yang diterima sejak menceburi dunia seni menjadikan dirinya semakin kuat. “Saya ambil segala kecaman secara positif dan saya menjadi diri saya hari ini pun sebab orang kritik saya. Lagi orang bercakap fasal kita, Allah akan tolong sebab kita bukan buat sesuatu yang salah.

“Kalau orang tak kritik dan cakap buruk tentang saya, mungkin saya tak kuat macam sekarang. Lagipun, saya memang sejenis biarkan saja komen negatif tanpa membacanya. Tak pernah terlintas dalam fikiran atau hati saya nak terasa dengan komen negatif itu. Tak pernah memberi kesan kepada diri saya pun,” ujarnya. Syatilla mendirikan rumah tangga dengan Sam pada 8 Februari 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 3 dan Sarima Samheizy yang lahir pada 17 April tahun lalu.

SUMBER : Mstar

Bakal Melancarkan Produk Sendiri. Syatilla Melvin Ulas Lebih Lanjut Mengenai Produknya Yang Lain Daripada Yang Lain Dan Khas Untuk Wanita Di Luar Sana

Sementelah kejayaan produk kosmetik Kekasih by The Melvins, pelakon cantik yang juga isteri kepada pelakon Shaheizy Sam, Syatilla Melvin bakal melancarkan produk jamunya sendiri yang diberi nama Pengasih.Menurut Syatilla, dia tidak sabar untuk berkongsi kebaikan khasiat jamu yang dihasilkan bersama ramuan terbaik, hasil daripada pengalamannya sendiri serta turut mendapat nasihat daripada golongan bertauliah.

Dalam pada itu, dia juga mengakui pelancaran produk barunya itu turut mendapat sepenuh sokongan daripada suaminya, Shaheizy Sam.Telah mengambil jamu sejak usianya mencapai belasan tahun, bekas peserta Dewi Remaja sezaman Neelofa ini mendkwa dia mendapat kesan yang baik dan disebabkan itu, Syatilla ingin berkongsi kebaikan jamunya itu kepada wanita di luar sana.

“Benar, saya amal jamu sejak usia 15 tahun ketika bekerja di salun milik makcik yang menjual barang berkenaan. Saya cuba dan menyukainya sehingga sekarang. Boleh rasa sendiri impaknya ketika bujang dan sekarang. Rasa lebih bertenaga, malah dapat rasa perbezaan dari segi dalaman, apatah lagi selepas berkahwin dan melahirkan anak. Dapat juga jaga hubungan suami isteri. Jadi bagi saya ianya sangat membantu dari segi hubungan suami isteri..”

Dalam pada itu, Syatilla tidak menyangkal ramai pasangan di luar sana berpisah akibat daripada faktor dalaman seperti hubungan suami isteri yang tidak memuaskan dan juga hal-hal yang lain. Disebabkan oleh perkara itu, dia terdorong untuk melancarkan jamu Pengasih ini agar dapat membantu pasangan di luar sana mencapai keharmonian rumah tangga.

Ibu kepada dua orang anak ini turut beranggapan bahawa penjagaan bahagian intim perlu dititikberatkan oleh kaum wanita.“Ramai je muka lawa tapi ‘bawah’ bersawang dan berbau. Jadi saya kalau boleh nak didik golongan hawa untuk seimbangkan di antara kecantikan dalaman dan luaran.

Jangan hanya banyak melabur pada kecantikan luaran tapi dalaman terbiar,”Sekadar info, Syatilla dan Shaheizy Sam telah selamat diijabkabul pada Februari 2016 dan kini bahagia dengan kehadiran dua orang anak iaitu Sheriv Samheizy,3, dan Sarima Samheizy yang kini berusia 2 tahun.Sumber: Media Hiburan

Muat Naik Gambar Katil Dan Kapsyen Yang Menarik. Warganet Syak Shaheizy Sam Dan Syatilla Bakal Menimang Cahaya Mata

Sudah menjadi satu kebiasaan pada hari ini, selebriti selalunya akan memberi petunjuk di laman sosial mereka untuk memberitahu berita besar kepada para peminat mereka. Baru-baru ini, pasangan selebriti Saheizy Sam dan Syatilla Melvin ada memuat naik satu gambar di laman Instagram yang membuatkan para peminat mereka tertanya-tanya apa maksud disebalik gambar tersebut.

“Aduhhhh pasaipa pulak dah katil path sampai laguni, sayang tak baik buat saya mcm ni” Gambar katil path yang dimuat naik oleh pasangan ini membuatkan para peminat membanjiri ruangan komen dan menjangkakan bahawa mereka bakal menambah cahaya mata pada masa akan datang.

“Awak, saya sedia menerima bila2 masa awak memberi” Tidak cukup dengan itu, akaun Instagram ini kemudiannya memuat naik lagi satu gambar dengan kapsyen yang berbunyi sedikit naaakal, membuatkan ruangan komen mereka dibanjiri peminat sekali lagi. “Dapat adik barulah…” “Belum cukup…” “Sian kat kami yang single ni”“Dah memberi laluan dah tu”

Sebenarnya, jika dilihat daripada ayat kapsyen keseluruhan beserta hashtag di setiap gambar, mungkin ini adalah promosi untuk produk terbaru bisnes pasangan ini. Amboi, promosi produk kali ini lain macam betul!

Dalam pada masa itu, pasangan Sam dan Syatilla baru sahaja menimang cahaya mata kedua pada tahun lalu. Kini mereka mempunyai dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MstarkiniSumber:lobak merah

Bersuamikan Bintang Popular. Syatilla Melvin Dedahkan Rumah Tangganya Bersama Shaheizy Sam Dan Isu Menduakan Pasangan Yang Menjadi Bualan Orang Ramai

KUALA LUMPUR: Lambakan kes keruntuuhan rumah tangga akibat suami menduakan si isteri menjadi ketakutaan bagi golongan wanita. Tidak terkecuali, pelakon, Syatilla Melvin, 29, mendirikan bahtera rumah tangga bersama aktor popular, Shaheizy Sam, 38, yang memiliki ribuan peminat setia.

Hakikatnya, tiada siapa mampu meneka suratan takdir dan perjalanan hidup biarpun dilihat bahagia. Soal jodoh menjadi ketentuan Allah SWT. Bagaimanapun, Syatilla percaya selagi mampu memberikan yang terbaik, tiada sebab untuk suaminya mencari wanita lain. Bagi Syatilla, penjagaan dalaman adalah paling utama, selain menitik berat penjagaan fizikal. Lebih lagi, apabila melihat kebanyakan kes menduakan berikutan skndal lebih cantik, jauh daripada isteri.

“Sebagai isteri, saya tidak menolak adanya perasaan cemburu apabila bersuamikan bintang popular. Bagaimanapun, saya sering memberi amaran pada suami supaya tidak melakukan perkara yang boleh menghncurkan kepercayaan saya terhadapnya.

“Saya yakin Sam bijak menilai mana baik dan buruk. Dia bukan sahaja ada saya untuk menilai tindak tanduk. Malah, dua anak dan kedua-dua keluarga yang harus dijaga hati serta nama baik mereka. “Saya mengenali Sam lebih 10 tahun. Ada kala, saya rasa lebih mengenalinya daripada diri sendiri,” katanya kepada BH Online.

Menyentuh kerjaya lakonan yang dilihat bergerak perlahan, Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin berkata, dia bukanlah mahu meletakkan titik noktah apabila dikurniakan dua cahaya mata, Sheriv Samheizy, 3, dan Sarima Samheizy, 2, sebaliknya mengambil tempoh rehat bagi memberi perhatian kepada dunia perniagaan.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak menafikan perasaan rindu mahu kembali bekerja di lokasi penggambaran, apatah lagi kali terakhir menjayakan drama Selafaz Cinta ketika hamil anak kedua. “Saya sudah tidak berlakon hampir dua tahun, tetapi menjayakan drama pendek Gerakan Serunding bersama Sam sempena Aidiladha pada Mei lalu. Itupun hanya sekejap sahaja.

“Tetapi, jujurnya, saya belum berhasrat mahu berhenti berlakon, cuma berehat seketika bagi memberi ruang saya fokus pada dunia perniagaan. “Tawaran sentiasa ada, tetapi terpaksa ditolak. Saya tak mampu buat kerja dalam satu masa,” katanya.

Pelakon kelahiran Parit Buntar, Perak itu berkata, keputusannya menceburi dunia perniagaan sejak setahun lalu selepas melihat nasib pelakon tempatan pada penghujung usia.”Ketika berlakon, saya tahu ramai pelakon veteran yang sakit pada penghujung usia. Nampak popular di kaca televisyen (TV), tetapi mereka sebenarnya tiada simpanan tetap.

“Bagi pelakon yang pandai menyimpan, baguslah. Tetapi, saya tidak dapat menyimpan duit dan membeli aset ketika aktif berlakon dahulu.”Peminat nampak gah di kaca TV, tetapi hakikatnya kita sendiri tahu. Saya tak mahu masa tua nanti perlu minta bantuan. Minta jauhkan nasib seperti ini,” katanya.

Disebabkan itu Syatilla berkata, dia tekad mengambil langkah menceburi bidang perniagaan kerana tahu tidak boleh terus berlakon dan mengharapkan pendapatan lakonan semata-mata.”Ini langkah yang perlu diambil kerana jangka hayat dalam industri seni bukanlah panjang. Jika mengusahakan perniagaan dengan konsisten, ia boleh bertahan lama,” katanya yang kini bergelar tauke jamu.-bharian

Nampak Kekal Lawa Walaupun Lepas Bersalin. Syatilla Melvin Dedahkan Rahsia Dia Yang Satu Ini Untuk Kekal Anggun Dan Lawa Di Hadapan Suami Tercinta

PELAKON Syatilla Melvin, 29, yakin jika suaminya yang juga pelakon terkenal, Shaheizy Sam tidak akan mempersiakan kepercayaan yang diberikan sejak berkahwin empat tahun lalu. Syatilla atau mesra disapa Tila berkata, dia tidak takut suaminya dig0da wanita lain kerana mengetahui pelakon itu tahu menjaga batasan.

“Saya percaya Sam tidak akan berbuat demikian tetapi sebagai wanita saya tetap berfikir. Disebabkan itu, saya menceburi bidang perniagaan untuk mempunyai sumber kewangan yang stabil. “Saya tidak mahu hanya bergantung pada dunia lakonan kerana kita sedia tahu jangka masa seorang pelakon itu tidak lama. Jadi saya perlu ada simpanan sendiri demi kebaikan pada masa hadapan,” katanya.

Disebabkan itu, Tila kini sedang rancak mengembangkan perniagaan yang mula dibina sejak lebih setahun lalu. Selepas kejayaan produk Kekasih by The Melvins, Tila bakal muncul dengan produk jamu pula yang dijangka dikeluarkan bulan depan.

“Saya mengembangkan perniagaan dengan tampil dengan produk baharu, jamu. Kenapa saya pilih jamu? Ini kerana saya mengamalkan pengambilan jamu iaitu sejak berusia 15 tahun lagi. “Diakui saya suka memakan jamu kerana apabila mengamalkan, saya rasa bertenaga, malah saya dapat merasakan perbezaan dari segi dalaman, apatah lagi selepas berkahwin dan melahirkan anak.

“Selain itu, ia juga boleh menjaga hubungan suami isteri. Apatah lagi zaman sekarang ini kita boleh lihat pelbagai permasalahan di antara suami dan isteri, jadi apabila saya mencuba jamu ini ia sangat membantu hubungan saya dan suami,” katanya. Tila dan Sam yang berkahwin pada 8 Februari 2016 mempunyai dua cahaya mata iaitu Sheriv Samheizy, 3; dan Sarima Samheizy, 2.-metro