Tak sabar untuk bangun beri penghormatan. Pemandu Grab ini kongsi pengalaman mengerjakan solat Jumaat dan tak sangka ini yang berlaku

Berita

Sebelum ini,ada seorang pengguna FB telah berkongsi satu kisah menarik semasa dia mengerjakan solat jumaat. Lelaki ini yang juga merupakan seorang pemandu grab buka cerita satu kisah yang mungkin agak rare untuk berlaku. Siapa sangka orang yang duduk di hadapannya ketika solat jumaat merupakan orang paling penting di Malaysia.

Tak lain dan tak bukan, Perdana Mneteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jelasnya “Dalam masjid saya jarang hirau orang sɛkeliling. Saya akan duduk dan tunduk sahaja sambil iktikaf. Saya pɛrasan depan saya seorang lelaki berbaju biru datang dan duduk di hadapan saya sɛbelum solat. Seperti biasa saya nampak oh orang ini maybɛ pɛnjawat awam. Biasalah Putrajaya.Sɛlepas dia solat sunat sɛmasa bɛri salam baru saya pɛrasan ini Perdana Menteri Malaysia. Ini jarak terdekat saya dengan PM. Seperti orang biasa. Tiada bodyguard. Dan saya sɛperti tidak pɛrcaya.

Usai sahaja solat Jumaat saya tidak sabar untuk bangun dan mɛmberi pɛngh0rmatan. Paling kurang bangun senyum dan tegur. Tɛruja saya. Bukan senang dapat peluang begini. Namun sɛbaliknya yang bɛrlaku. Dengan selamba PM tegur saya dahulu.

Ujar Tan Sri ” Tak apa awak tak bangun pun saya tak kisah” saya hanya malu tersengih sambil meletakkan tangan di dada dan sɛdikit tunduk. Saya kɛcewa tidak dapat bɛrsalam. Covid mɛmisahkan sɛntuhan kami.Tanya Tan Sri lagi. “Awak dari mana? ” Saya jawab. Saya dari Bandar Tun Razak Tan Sri. Saya pɛmandu Grab sɛkitar putrajaya dan Kuala Lumpur. Hari ini rɛzeki saya s0lat di sini dan bɛrjumpa Tan Sri.

Dia hanya sɛnyum.” Oh jauh awak solat hari ini. Hari ini rezeki saya jumpa awak juga. Grab ok? Tanya Tan Sri.Saya jawab “ok Tan Sri. Rajin kɛluar adalah rezeki. Cuma sl0w sikitlah MCO ni. Biasalah”.“Ya saya faham. Kita sɛmua pɛrlu sabar sikit lagi. Jaga diri dan keluarga. Nanti kerajaan akan bantu pɛmandu-pɛmandu” kata Tan Sri.

Saya hanya jawab baik Tan Sri. Tɛrima kasih. Dia bɛrlalu pergi. Saya hanya tersɛnyum. Bangga kɛrana dapat peluang bɛgini. Ini gambar minggu lɛpas di Masjid Putra solat Jumaat.Itulah sedikit sɛbanyak perkongsian dari saudara Abdul Rahman Mohamed Arif. Beruntungnya dia dapat bertemu orang penting negara iaitu Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pendahuluan Sehingga RM1000 Bagi Permohonan I Sinar Kategori Kedua. PM Tan Sri Muhyiddin Yassin Tampil Dedahkan Bantuan Yang Akan Disalurkan

Terkini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan i-Sinar kategori 2.Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara tersebut dalam perutusan khas sebentar tadi.

“Kerajaan dimaklumkan bahawa KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan i-Sinar kategori 2,” katanya.Terdahulu, pembayaran untuk permohonan bagi kategori 1 yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

Kriteria permohonan bagi kategori 1 melibatkan ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Sementara itu, Muhyiddin turut menjelaskan pelaksanaan moratorium dan pengurangan ansuran pinjaman yang ditawarkan bank diteruskan seperti diumumkan kerajaan sebelum ini.”Setakat ini sebanyak 1.3 juta peminjam telah memohon dan menerima bantuan bayaran dengan kadar kelulusan sebanyak 95 peratus bagi peminjam individu dan 99 peratus bagi PKS,” katanya

TERKINI: Rebat Elektrik Kepada Semua Pengguna TNB, Pada Kadar 2 Sen Setiap kWh, Bagi Tempoh 6 Bulan – PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassi memaklumkan rebat elektrik kepada semua pengguna TNB bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari hingga 30 Januari 2021.Menurut ciapan bernama, rebat elektrik tersebut pada kadar 2 sen setiap kWh.

Dalam pada itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media sebentar tadi mengumumkan bahawa diskaun bil elektrik sebanyak 10% akan diberikan kepada 6 sektor terpilih daripada Januari sehingga Mac 2021 ini.Antara sektor yang terpilih adalah pengendali hotel, taman tema, pusat konvesyen, pusat beli belah, syarikat penerbangan tempatan dan agensi pelancongan.

Bantuan One Off RM500 Kepada Pemandu Teksi, Bas Sekolah, Kereta Sewa & E Hailing – P

Sebentar tadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassing mengumumkan bantuan One Off kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.Dalam perutusan khas itu beliau berkata ia akan memanfaatkan 132 ribu penerima dengan peruntukan tambahan sebanyak RM66 juta.

Malah turut diberikan ialah pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat kenderaan dimiliki selama tujuh tahun, turut dipendekkan tempoh berkenaan kepada hanya lima tahun.Kerajaan kini memberi layanan pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat kenderaan dimiliki selama tujuh tahun.”Perkara diumumkan perdana menteri dalam pengumuman Pakej Bantuan Khas hari ini.

PM umum Permai bantu kelangsungan hidup rakyat, ekonomi

SHAH ALAM – Kerjaaan mempekenalkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) bernilai RM15 bilion.Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada perutusan khas sebentar tadi.Beliau berkata, pakej rangsangan itu sebagai tambahan kepada bantuan sedia ada susulam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ketika ini.

Bayaran one-off kepada ‘frontliners’ diberi suku pertama tahun ini


PUTRAJAYA – Pemberian sekali gus atau one-off sebanyak RM500 akan diberikan kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, manakala sebanyak RM300 kepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman berhubung Pakej Bantuan Khas sebentar tadi.Muhyiddin pada Selasa mengumumkan pakej Permai melibatkan peruntukkan bernilai RM15 bilion.

Pelepasan Cukai Khas Pembelian Telefon Bimbit, Komputer Diteruskan Hingga 31 Disember Ini -PM

Putrajaya, 18 Jan – Kerajaan akan meneruskan pelepasan cukai khas pembelian telefon bimbit dan peralatan digital sehingga 31 Disember 2021 ini.Pelepasan itu dilanjutkan setahun lagi selepas ia tamat pada 31 Disember 2020 yang lalu, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media sebentar tadi.

Pemberian data percuma 1GB kepada orang ramai sejak 1 Januari 2021 ini akan diteruskan sehingga 30 April akan datang.“Selain itu, pakej langganan khas untuk pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan diperluaskan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi,”Pakej itu akan diteruskan ksehingga 30 April 2021 akan datang, katanya.

TERKINI: Moratorium Dan Pengurangan Ansuran Pinjaman Diteruskan

Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media sebentar tadi memaklumkan bahawa bantuan moratorium dan pengurangan bayaran balik pinjaman akan terus disediakan.Menurutnya, moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank-bank, seperti yang diumumkan sebelum ini.

Bagi negeri-negeri yang dilanda banjir, 15 buah bank dilaporkan telah menawarkan moratorium bayaran balik pinjaman.Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini – PM 

TERKINI: Bayaran Fasa Terakhir BPN 2.0 Akan Dipercepatkan Iaitu Mulai 21 Jan – PM

Putrajaya, 18 Jan – Bayaran fasa akhir Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 akan dipercepatkan, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media hari ini.Katanya, pembayaran kepada sejumlah 11.1 juta penerima itu akan dipercepatkan mulai 21 Januari ini melibatkan bayaran sebanyak RM2.38 bilion, katanya.

“Bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), bayaran fasa pertama akan melibatkan lebih daripada 8 juta penerima. Golongan isi rumah berpendapatan sehingga RM5,00 sebulan akan menerima RM300 dan bagi kategori bujang berpendapatan sehingga RM2,000 sebulan pula akan menerima RM150,” katanya.

Bos Bayar RM127 Sahaja Walaupun Gaji Sebenar Dia RM1200. DIkatakan Lupa Tolak KWSP Dan Terduduk Lelaki Ini

Beberapa bulan lepas, seorang kawan saya nak beli handphone baru. Setelah 7 tahun guna handphone lama, memang kena beli yang baru juga untuk memudahkan urusan harian.Speaker rosak, bateri tahan hanya 30 minit. Kamera blur habis. Cuma dia minta bayar dua kali. Saya ok saja sebab dia ni memang pemurah.

Ketika guna kereta waja dulu, kalau rosak je dialah orang pertama akan bank in atau transfer walaupun saya tahu dia bukan ada duit sangat.Tiba-tiba satu hari dia WhatsApp.” Abu, aku bayar duit baki handphone nanti boleh?”” Oh takpe. Take time bro. Ada masalah ke?”” “Takde. Cuma tu lah. Gaji lewat sikit”” Bereh”

Saya pun ok saja. Moga dimudahkan urusannya. Cuma hati macam tak sedap. Ingat nak ziarah dia. Selang beberapa hari, saya pun pergilah ke kedai dia sebab kebetulan ada servis laptop berhampiran kedai dia kerja.” Azri takde. Berhenti”” Bila bos?”” Saya tak tahu”

Bos dia pun macam layan tak layan. Saya telefon azri terus. Lima minit bercakap, saya terus letak dan pecut ke kawasan rumahnya. Saya nak dengar sendiri dari mulutnya.Ya. Rupanya, dia dah berhenti kerja. Tapi dia tak bagitahu saya. Hari yang dia tak dapat nak bayar duit handphone yang dibeli, rupanya hari tu dia berhenti.

” Macam ni Bu. Hari tu aku nekad berhenti sebab aku nak berniaga. Aku nak cuba kerja lain pula. Sebab kalau berniaga ni, aku ada masa dengan famili. Nak niaga depan rumah je”Saya angguk dengar.” Aku dah bagitahu bos sebulan awal lagi. Hari nak berhenti, bos bagi gaji.

” Aku pun pegang sampul macam nipis je. Biasa tebal. Sekali aku buka RM127 je ada. Gaji aku RM1,200. Aku terus patah balik tanya dia. Dia kata, dia lupa nak tolak KWSP aku. Jadi, kali ni gaji dia tolak bulan-bulan yang dia tak carum”Allahu. Terdiam saya.” Pastu, kau minta tak? Kau tak cakap dengan bos balik?”

” Aku tak tahu nak cakap apa. Aku tahan je. Aku minta ihsan dia. Kesianlah dekat aku. Sewa rumah lagi. Bil, anak bini. Aku memang down sangat masa tu”Azri terus pulang. Masa dia menunggang motor, tiba-tiba ada kereta hon dan minta dia berhenti sebab pemandu tu kata dia bawa motor macam orang blur. Lampu merah pun langgar je.

” Aku memang blur bu. Aku tak tahu nak cakap apa. Dengan kos hidup yang tinggi ni, aku ada hanya RM127″Berbulan berlalu, dia tak tahu nak buat apa. Setiap kali lepas subuh, dia akan ke surau. Lepas solat, menangis sampai tertidur. Tiada apa yang tinggal.Satu hari, tuan rumah datang ketuk pintu. Dia terus ajak anak isteri menyorok dalam bilik. Tutup semua laptop. Dah dekat dua bulan tak bayar sewa. Dia rasa tuan rumah macam nak halau dia. Tiba-tiba tuan rumah bersuara dari luar.

” Azri, saya bukan nak minta sewa. Bukan nak halau awak. Saya nak bagitahu, kalau awak susah takpe. Sewa bulan lepas dan bulan ni saya halalkan”Azri bagitahu, “Masa tu aku malu sangat. Aku keluar dan minta maaf berdiam diri pada tuan rumah”. Tuan rumah kata takpe. Ada duit nanti bayarlah. Sementara nak cari kerja ni.

Kemudian esoknya, Azri cerita dia ke surau lagi selepas subuh. Habis solat, tiba-tiba ada seorang pakcik ni datang mendekati dia.” Assalamualaikum”” Waalaikumsalam” jawab Azri.“Kamu ni, pakcik tengok dah sebulan lebih tak tinggal subuh di surau ya. Hari-hari ada”Azri tersenyum saja.” Macamni. Pakcik ni ada kebun. Hasil jualan kebun tu pakcik memang tak ambil duitnya. Biasanya pakcik kumpul dan bagi pada sesiapa yang pakcik rasa nak bagi. Jadi, pakcik rasa nak bagi kamu lah. Boleh?

Kawan saya Azri ni cerita sambil menahan sebak. Bertakung air matanya.” Kau tahu bu. Aku ikut dia balik subuh tu, dan di tangan aku, pakcik tu bagi RM2,600. Dua bulan gaji aku yang bos aku tolak dan tak bayar sebulan lagi. Aku menangis sungguh. Aku terduduk kat situ juga”” Pakcik tu pesan kat aku, Gunalah duit ni untuk mulakan hidup baru. Selesaikan semua hutang-hutang. Jangan putus asa. Allah itu Maha besar dan Maha Kaya.”

Kalian, begitulah kasih sayang Allah pada kita. Biasanya, memang Tuhan akan buatkan kita menangis sungguh padaNya. Maka, sebelum kita nak marah-marah dengan ujian, nak menyalahkan keadaan, buntu di mana nak mulakan, nak selesaikan masalah dan lain-lain, kembalikan dahulu semuanya kepada Allah.

Mohon sedar diri yang kita ni tiada langsung modal untuk berdepan dengan dunia dan akhirat melainkan berharap belas kasihan Allah kepada hamba yang diciptakan penuh kegagalan!Kita semua sedar kalau gagal tandanya tak cukup menangis lagi! Nak berusaha sehabis mungkin guna kederat atau tulang empat kerat itu, sesungguhnya jauh lebih mudah daripada nak memberi airmata untuk Allah, menangisi dosa dan salah kita yang banyaknya.

Dia, iaitu Allah terlalu cinta kepada rayuan hamba yang memohon itu ini dariNya. Tuhan tunggu itu. Menunggu hambaNya datang merayu. Bersujud dan berlutut, hingga tersembam kerana mahukan Allah dahulu. Lalu, perlahan-lahan Allah ambil hati kita, dan Allah kembali berikan dunia semula.Untuk kalian yang diuji begini, panduannya ada di atas. Percayalah, keajaiban itu ada pada mereka yang percaya. Percaya yang pertama. Beriman kepada Allah.

Wanita Ini Terkejut Dah 6 Bulan Duit KWSP Kena Tolak Walaupun Tak Mohon I Lestari. Rupanya Ini Cerita Di Sebalik Semua Ini Berlaku

Seorang wanita kongsi pengalaman ditipu oleh scmmer yang berjaya memohon I-Lestari atas namanya sendiri. Pada awalnya, wanita ini tidak perasan wang ditolak setiap bulan sehinggalah dia memeriksa penyata KWSP untuk tahun 2020. Lebih licik, apabila taktik penipvan ini tidak berjaya dikesan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sendiri.

Duit KWSP ditolak Rm500 walau tak mohon.11/1/2021: Around 10.30am dapat email daripada HR berkenaan dengan PRS + investment. Memang dah lama plan nak apply, so terus login EPF i-Akaun utk download yearly statement. Lepas downloaded, terkejut sesangat tengok ada deduction for i-lestari since June 2020 sebanyak RM500 utk 6 bulan berturut-turut.

Wanita ini terkejut dan tak sedap hati apabila mengetahui bahawa ada penolakkan wang dari akaun KWSP walaupun tidak dimohon. Dia cuba hubungi pihak KWSP, namun panggilan tidak dijawab. Dia kemudian memeriksa kembali jika wang RM500 ada dimasukkan ke akaun bank miliknya, masih juga tiada.

Bila smpai kat EPF Branch A tengok panjangnya Q, macam ada warehouse sale… rupa-rupanya Q yang panjang tu untuk i-Sinar. So, terus jumpa officer yang bertugas & explained from A-Z. Paling tak bole blah, officer tu cakap, “Puan dah check dengan husband puan? Mana tau dia yang buat permohonan?”Eh boleh ke orang lain yang buatkan permohonan on behalf? Satu lagi, husband atau saya tak pernah bukak wallet pasangan sesuka hati tanpa izin, inikan pulak nak buat pengeluaran EPF!

Scmmer guna nama dan IC.Selepas menunggu beberapa kali, pegawai tersebut memaklumkan ada permohonan pengeluaran melalui laman sesawang mereka dan ianya telah diluluskan. Pemohon tersebut telah menggunakan nama dan kad pengenalan wanita tersebut namun maklumat bank, no telefon serta alamat tidak diketahui.

Terus tanya balik officer tu,1. Kenapa saya tak dapat sebarang sms/email/surat verification sewaktu permohonan dibuat?2. Kenapa saya tak dapat sebarang sms/email/surat berkenaan permohonan yang telah diluluskan?3. Kenapa system tak buat verification maklumat² lain yang telah diisi dlm application form (no tel & alamat)?

Menurut pegawai terbabit, pengeluar i-lestari dibuat dalam tempoh singkat untuk memudahkan rakyat mengeluarkan duit mereka. Segala proses adalah sangat mudah demi rakyat. Namun perkara ini mengejutkan wanita ini yang terkena t1pu daya ‘scmmer’ menggunakan nama beliau. Kemudian wanita ini terus membuat pembatalan permohonan i-lestari.

Then, officer tu bagi tau yang pada mulanya EPF cuba creditkan RM500 tu melalui bank transfer, tapi transaction was failed & EPF terus hantar cheques ke alamat pemohon.Lepas tu sempat lagi officer tu cakap knapa puan baru realised after 6 months? YaAllah. akaun kwsp ni bukan mcm CASA. Saya cuma download statement tengah tahun ngan awal tahun jer.

Tambah wanita ini, akaun KWSP bukanlah sering dibukanya memandangkan ianya bukan bank akaun yang ada pengeluaran bila-bila masa. Wanita ini meminta segala wang i-lestari yang ditolak pihak KWSP dikembalikan semula memandangkan ini merupakan kesalahan dari pihak KWSP.

Officer tu bagi tau yang fraudster tu tak bole buat apa-apa pun dengan cheques tu. Amount akan dimasukkan semula ke akaun bila cheque dah tamat tempoh. Bila saya tanya smpi bila saya kene tggu, dia cuma cakap few months. Ya Allah… saya tak nak tunggu few months, tapi saya mahu immediately sebab duit tu duit saya & duit tu sepatutnya dok diam diam dalam akaun saya.

Wanita ini membuat laporan polis selepas tidak berpuas hati denganjJawapan pihak pegawai KWSP itu. Ketika di balai polis, berlaku sedikit masalah apabila pihak polis bertanyakan mengenai duit RM500 yang dimasukkan ke dalam akaun scmmer tersebut. Namun pihak bank masih tidak mahu mendedahkan maklumat terperinci mengenai perkara itu.To cut a long story short, received another called from another police officer suh kami ke IPD Wangsa Maju bahagian jenayah komersial di Jalan Pudu dgn SEGERA. Time tu memang dah physically & mentally exhausted.

Jam dah pukul 5 & we haven’t had our lunch yet. Tapi, gagahkan diri jgk redah traffic ke sana. Alhamdulillah sarjan yg menguruskan investigation sgt profesional. Report selesai within an hour. Thank you, puan sarjan.

Pada 12.1.2021 dapat panggilan daripada balai polis mengenai aduan ini. Namun selepas berpenat dan mengisi pelbagai borang, jawapannya tetap hampa. Wang akan dikembalikan hanya selepas 21 hari. Wanita ini turut meminta orang ramai agar memeriksa bagi KWSP mereka kerana bimbang kejadian ini berlaku ke atas orang lain juga.

Ini Yang Rakyat Tunggu Tunggu. Kwsp Beritahu Dokumen Dan Cara Sebenarnya Untuk Rakyat Bagi Untuk I Sinar Kategori Dua. Rupanya Ini Je Dokumen Yang Diperlukan.

SEMUA maklum, i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis Covid 19 bagi membantu mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup. Bagi mereka yang mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas sejak 1 Mac 2020 atau tiada caruman KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan, anda boleh memohon pengeluaran i-Sinar Kategori 2 yang telah dibuka bermula hari ini.

Kategori 2 ini adalah untuk ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (ini termasuklah jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Dokumen sokongan sebagai bukti pengurangan pendapatan keseluruhan

Slip/ Penyata gaji SEBELUM pengurangan pendapatan keseluruhan (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh permohonan.Slip/ Penyata gaji SELEPAS pengurangan pendapatan keseluruhan (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus antara bulan April 2020 sehingga bulan permohonan.

Notis Pengesahan Majikan berkenaan pem0tongan gaji dan/atau elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ ATAU Dokumen sokongan lain yang membuktlkan pengurangan pendapatan seperti penyata bank. Anda perlu ingat, TANPA d0kumen sokongan, permohonan anda tidak dapat diproses sepenuhnya.

Dokumen ini perlu anda muat naik sebelum 30 Jun 2021 bagi memudahkan proses seterusnya.

Tarikh semakan kelulusan dan bayaran

Bagi Kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda. Bayaran akan dibuat mengikut kaedah bayaran pilihan anda sama ada secara Pengkreditan Terus (DC) ke akaun bank atau Arahan Bayaran (PO) yang perlu diambil di cawangan KWSP pilihan anda setiap kali menerima bayaran. PO ini hanya boleh ditunaikan di Bank RHB.

Bagi melancarkan urusan permohonan, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Kredit : SinarHarian

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.