Kahwin dengan janda yang lebih berusia. Isteri kat rumah selalu marah marah. Dalam tak sedar ini yang jadi kat suami bila jumpa ank dara cun dekat pejabat.

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Musim-musim aura ke 19 ni, saya sebagai seorang lelaki juga nak turut serta hadir di laman ini meluahkan definisi aura ke 19 saya. Confession ini agak panjang kerana ia menceritakan kisah hidup saya yang kelam dan menyedihkan. Saya cukup kriitik tindakan Dai’ tersebut yang bak kata wanita-wanita Malaysia kini “menjandakan isteri sendiri untuk menghalalkan janda lain”. Sungguhpun begitu, apa yang dirasakan oleh Dai’ tersebut, sedang dirasakan oleh diri saya sendiri. Aura wanita lain yang menggusarkan iman saya.

Saya bekerja di Ibu Kota, umur dah nak masuk 3 series tapi jiwa masih muda (memang muda pun). Isteri saya tua lebih kurang 5 tahun daripada saya (jarak umur sebenar dirahsiakan). Kami berkahwin atas dasar suka sama suka dan untuk pengetahuan semua, beliau merupakan seorang janda ketika pertama kali saya menemui dia.

Isteri saya sangat baik, banyak membantu saya sewaktu kami awal-awal kenal dulu. Maklum lah ketika saya baru habis universiti merangkak nak cari kerja, isteri saya dah stable dari segi duit dan pengalaman. Anak dia pun sudah 3 orang (kini anak tiri saya). Perkahwinan kami bahagia dan kami telah pun dikurniakan seorang anak hasil bersama yang lagi beberapa tahun nak masuk tadika. Saya bekerja makan gaji di sebuah syarikat swasta. Gaji saya lumayan lah juga, nafkah tak pernah tinggal untuk isteri,

anak sendiri dan anak-anak tiri yang saya dah anggap seperti daging sendiri. Kalau saya bawa isteri vacation, saya tak pernah tinggal anak-anak tiri. Saya siap bagi duit poket untuk mereka belanja. Dari segi luaran, perkahwinan kami nampak aman. Tapi dari segi dalaman, saya tak bahagia bahkan serabut. Isteri saya seorang yang sangat garang. Mungkin sebab jarak umur kami yang jauh. Kadang-kadang cara dia berfikir dan bercakap macam anggap saya ni budak.

Ya betul, saya masih muda. Belum 3 series pun. Jiwa saya masih nak perngi konvoi, lepak dengan kawan sampai tengah malam, main kereta dan gaming. Itu yang saya mahukan. Tapi semua ini saya tinggalkan demi isteri saya. Kawan ajak lepak, konvoi, gaming memang saya tolak awal-awal. Tengok kawan solek kereta, berkobar jiwa ni rasa tapi saya hanya mampu tengok. Fikiran saya lebih kepada baik saya simpan duit daripada membazir kat kereta.

Jujur saya kata memang saya takut bini. Kalau isteri saya dapat tahu saya buat semua ni, dia punya marah tu…….. macam mak marah anak lelaki bujang. Kadang-kadang saya sebagai lelaki adakala nya tersasar juga bila lepak lebih-lebih lagi waktu musim bola. Nak lepak tengok bola kat mamak kena minta izin satu hal, lepas dah minta izin kena janji dengan dia balik rumah pukul sekian sekian pula tu.

Contohnya saya janji balik pukul 11 malam, kalau terlebih sampai 12 malam memang kaw-kaw dia marah dan merajuk level memekak sampai sengaja nak bagi jiran dengar. Penat kadang-kadang explain bola tu ada masa tambahan 15/30 minit atau penalti (mungkin lelaki lebih faham bab bola). Dia sebagai wanita lanjut usia, sepatah haram dia tak terima alasan saya.

Mana lah saya tahu bola tu dua-dua team tak dapat skor dalam 90 minit sampai nak kena bawa ke masa tambahan. Lagipun, 5 bulan sekali pun payah saya nak keluar tengok bola kat mamak dengan kawan sebab isteri saya tak bagi. Salah ke kalau sesekali? Saya memang sentap bila kena marah macam budak oleh isteri saya sendiri.

Dia sound saya depan anak-anak tiri saya yang tengah meningkat bujang. Bukan itu je, lepas dia marah depan-depan, dia up pula status kat Facebook yang ayatnya umpama suami abaikan isteri, suami tak boleh harap dan sebagainya. Jatuh air muka saya. Itu lah kerja dia. Main facebook. Kerja hakiki saya kat luar saya buat, kerja rumah pun saya tak miss.

Saya faham dia sibuk dengan perniagaan online selalu balik malam jadi saya yang terperap kat rumah ni banyak buat kerja rumah. Namun tak diharangai. Ada je yang tak kena. Saya salah masukkan baju anak dalam almari, habis dia ungkit semua dan kata saya tak ambil peduli pasal anak sebab tu cuma anak tiri.

Maaf, terlebih luah pula tentang isteri saya. Dah lama peram punya pasal. Nak mengadu kat mak sendiri, siap lah kalau isteri dapat tahu. Sedangkan saya up gambar ibu dan ayah pun isteri saya peerli kenapa tak up gambar isteri dan anak. Mula lah nak kata saya tak sayang mereka. Itu pun jadi isu? BAru baru ini saya ditemukan dengan seorang awek muda. Cantiknya `Masya Allah’ bak kata Dai’ viral. 18 kali saya cuba tolak aura tu, 19 kali aura tu datang balik. Umur dalam 25-27. Company saya dan dia JV dalam satu business.

Kami banyak berhubung melalui telefon dan dari awal kami berhubung, saya dah usha gambar dia. Memang cantik dan suaranya lunak. Saya sampai tanda di kalendar berapa hari lagi saya akan bertemu dia. Pada hari kami nak face to face, berdegup jantung saya. Kali pertama saya jumpa dia, tertangkap aura tersebut. Saya terus lupa anak isteri. Orangnya baik. Murah hati.

Waktu makan saya nak bayarkan, dia berlari ke kaunter dulu sebab dia nak belanja saya atas alasan saya banyak bantu dia. Siap bawakan saya dan staff-staff saya strawberry & pelbagai makanan (dia baru balik dari outstation di cameron). Dalam kami berwhatsapp sewaktu dia di cameron, teringat juga dia kat saya walaupun kami baru kenal. Siap ada strawberry lebih dia packing khas untuk saya seorang. Katanya mana tahu saya tak nak share dengan staff lain. Terbuai mimpi saya.

Bila malam saya balik rumah, hilang stress sebab dapat tengok awek ni satu hari. Isteri tengah main facebook ke, rumah tengah tunggng-langgng ke baju dalam mesin dah basuh 4 jam belum sidai ke, anak tengah brbalah ke, saya dah tak kisah. Yang penting hati saya lega dapat tatap muka awek ni. Setiap saat kat rumah saya tak sabar nak jumpa hari esok, saya tak sabar nak pergi kerja jumpa dia.

Kalau boleh saya tak nak JV business kami selesai. Saya nak jumpa dia hari-hari. Awek ni bad mood atau tegur staff dia pun dia masih kelihatan sangat cantik. Awek ni marah saya sebab saya buat kerja tak serious pun saya terpana dengan kegarangannya. Bagi saya cara dia marah saya tu masih buat saya cair, bukan dengan cara annoying yang isteri saya buat. Puas saya selidik, staff dia kata memang dia baik.

Bukan jenis marah tak bertempat. Kalau awek ni termarah atau tertinggi suara sebab staff ada buat salah besar pun, awek ni akan nangis sorok-sorok balik semula kat dalam bilik. Tak sengaja termarah staff katanya. Comelnya… Hari-hari saya rindukan awek ni. Saya tahu dia masih bujang, tapi saya tak bagitahu dia yang saya ni suami orang, mungkin disebabkan itu awek ni masih setuju untuk keluar lunch dengan saya hampir setiap hari.

Saya selalu luah masalah kerja saya kat dia dan dia akan mendengar dengan teliti diiringi dengan jawapan dan nasihat yang memberangsangkan, disusuli dengan lawaknya yang menghiburkan. Kalau saya luah kat isteri saya, isteri saya lebih kepada membantah atau menjawab. Atau lebih teruk lagi isteri saya tak layan langsung sebab tengah main facebook atau main make up.

Ini lagi satu, 6 jam main make up nonstop sampai baju pun nak kena saya basuh. Tapi saya tengok isteri saya tak cantik-cantik pun. Awek ni steady je survive dengan gincu. Tak make up pun cantik sangat. Perbualan antara saya dengan awek ni lebih kepada apa yang jiwa kami minat. Bola, game, kereta dan apa-apa lagi lah yang buat saya masuk air.

Awek ni masih muda, jadi kami borak “bahasa” yang sama. Dia muda, saya muda. Kalau saya borak topik bola, dia boleh jawab balik dengan pengetahuan yang dia ada. Impressive. Bila saya dan dia masuk air, saya ketawa sampai berair mata. Rasa macam dah lama tak gelak macam ni. Kalau dengan isteri saya memang serious je. Ketawa besar pun 2 bulan sekali.

Buat masa ini, saya tak pernah tersasul topik rumahtangga dengan awek ni takut kantoi pula. Lagak saya berbual dengan awek ni pun memang lagak bujang. Saya tahu saya berdosa. Ya, saya taknak jandakan isteri saya sebab anak kami masih kecil. Anak saya perlukan saya. Dalam masa yang sama, saya taknak kehilangan awek ni yang memahami jiwa saya.

Kalau dia tahu saya ni suami orang, sah dia akan jauhkan diri dia sebab dia ada bagitahu dia paling benci kat suami-suami orang yang pernah tackle dia. Semalam bini saya bagitahu yang dia dah listkan keperluan sekolah anak-anak tiri saya untuk tahun depan dan dia taknak keluarkan 1 sen pun sebab saya lelaki jadi saya kena bertanggungjawab atas semua perbelanjaan rumah.

Dia nak saya sponsor mcm tahun-tahun biasa. Panjang lebar juga list nya, barang branded semua yang dia minta saya beli. Baru sekolah rendah, nak kasut Converse tiap tahun. Hebat. Saya masih hormat lagi, kalau hilang hormat nak je saya tanya bapak kandung budak-budak tu tak bagi nafkah ke? Kalau saya dah hilang sabar, patuntukah saya mulakan hidup baru dengan awek yang membawa aura ni?

Saya memang dah tak tahan. Saya bertahan sebab anak saya je. Kalau masa boleh diundur, saya nak setia jadi bujang. Tunggu sampai awek ni sampai dalam hidup saya sekarang. Tapi saya juga yang gelabah nak kahwin cepat dulu. Tanpa mengenali isteri saya lama-lama. Menyesal tak guna.

Pernah sampai satu tahap sebelum saya ditemukan dengan awek ni saya terfikir apa salah saya sebagai seorang suami kat isteri saya sampai dia tak hormat saya, layan saya macam budak. Tiap kali saya serabut, anak saya lah yang hiburkan hati saya. Sekarang bila saya dah jumpa awek ni, gelak ketawa dia lah yang beri saya hidup. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan lupa like page Apam Pink Media di Facebook.

Suami Tak Tido Malam Sebab Layan Janda. Chat Sampai Pukul 4 Pagi Lepastu Bila Bini Tanya Suami Akan Jawab Macam Ni. Satu Malam Bini Terkedu Sampai Macam Ni Sekali Yang Jadi.

Sepatutnya seorang wanita akan lebih memahami perasaan kaumnya sendiri, namun lain pula yang terjadi kepada seorang wanita malang ini.
Cubalah memahami perasaan sesama kaum sendiri, hukum karma itu pasti akan berpatah balik kepada kita andai kata kita menyakiti insan lain satu hari nanti pasti ianya terjadi semula pada kita dan kalau tak kena pada kita balik pun nanti mana tahu ahli keluarga kita sendiri yang terkena balik.

Ikuti kisah seorang janda yang mempunyai dua orang anak yang baru sahaja ingin memulakan hidup baru, berkahwin dengan seorang duda pada beberapa bulan yang lalu dan rumah tangga mereka amat bahagia.
Namun sejak seminggu yang lalu seorang kawan lama suami saya yang telah beberapa lama terpisah bertemu kembali melalui laman media sosial facebook, kawan lamanya itu merupakan seorang janda beranak satu dan bermula dari pertemuan tersebut mereka selalu berchating melalui whatsapp.

Suami saya sampai tak tidur malam melayan janda itu, mereka berchating sampai pukul 4 pagi tapi bila saya tanya mulalah suami saya itu akan backup perempuan itu cakap itu cuma kawan lamanya sahaja, sampaikan kami bergaduh sebab perempuan tersebut, sekarang ini hidup kami dah tak sebahagia seperti dulu.

Pada suatu malam selepas habis sahaja dia orang chating terus saya bangun untuk baca whatsapp suami saya bersama janda tersebut, Ya Allah alangkah terkejutnya saya yang perempuan itu mengajak suami saya berjumpa dan dia berkata lagi “nasib baik awak laki orang kalau tak dah lama saya rangkul, saya dah tak tahan saya selalu buat benda tu sorang-sorang, saya perlukan teman”.

“Ya Allah, sungguh tk malu engkau ye perempuan dan saya tengok berlambak perempuan itu send gambar tak senonoh dekat telefon suami saya pada hal dia tahu yang dia mesej itu suami orang, semalam pula pagi-pagi dah mesej suami saya, “awak tolong kahwin dengan saya, kita kahwin rahsia, lepas ini awak delete mesej ini tahu,” dia tak tahu saya yang baca mesej itu kerana suami saya tengah mandi.

Alangkah terkejutnya saya, masa itu badan saya dah menggeletar dan saya rasa seperti kaki ini tidak berpijak di bumi, rasa nak marah rasa sedih semua ada, air mata saya mengalir tanpa saya sedar. Kita orang baru nak mengecapi hari-hari bahagia tapi datang pula si perampas ini, sakitnya tak boleh nak cakap, sakit yang ini lagi sakit dari sakit nak melahirkan anak, saya sampai tak selera nak makan nak tidur pun tak boleh asyik teringatkan setiap kata-kata perempuan sial itu.

Mengapa kau datang ketika kami baru sahaja nak kecapi bahagia???? Kau pun perempuan tapi takkan kau tak rasa perasaan aku??? Sanggup kau nak rampas dia dari aku, sekarang ini air mata saja yang menjadi peneman saya siang dan malam, sedih sangat-sangat bila orang yang kita sayang dah mula sayang orang lain, saya dah tak tahu nak mengadu kat siapa.

Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan saya sekarang ini. Sedih sangat, hanya perempuan yang senasib dengan saya sahaja yang akan memahami masalah ini. Hidup ini ada hukum karmanya sendiri, one day kena dekat anak cucu kau pula, suka-suka saja kau nak rosakkan hubungan kita orang, apa jantan lain dah pupus ke??

Kau memang tak ada hati perut. Buat abang, saya dah korbankan macam-macam untuk abang, saya penat tahu tak, apa lagi yang abang nak?? Makan minum abang saya dah jaga, pakaian abang saya jaga, rumah abang saya kemas, tak cukup lagi ke??? Apa kurangnya saya??? Dan apa lebihnya dia???

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Malam Tu Bini Dan Ank Tunggu Suami Balik. Sekali Bukak Je Pintu Nampak Suami Tengah Dukung Janda Yang Bini Kenal. Terkejut Bini Tengok Janda Tu. Akhirnya Ini Yang Terjadi.

Assalammualaikum ..Maaf jika posting aku panjang. Nama aku Nani (seharusnya bukan nama sebenar). Sejujurnya, kisah hidup aku ni mungkin kisah biasa yang ada kat page alam perkahwinan yang ada kat mukabumi Malaysia. Cumanya aku harap post aku ni mampu membuang segala-gala kenangan hitam yang susah sangat nak dipadam dalam memori hidup aku selepas ni.

Aku kenal dengan Firdi dari zaman belajar lagi. Dia bukanlah kategori kacak tapi manis tu ada dan paling penting sifat ramah dia tu buat ramai orang selesa dengan dia. Aku selesa dengan family dia, mak dia memang best sporting. Setelah 5 tahun kenal akhirnya kami memilih untuk berkahwin. Masa awal perkahwinan, aku dan Firdi duduk berjauhan (pjj). Kat sini la bermula segala kisah kesenglikuhan yang disimpan kemas si Firdi yang aku tak tahu. Dia simpan kemas dan baru sebulan kahwin dah pon kantoi.

Naluri isteri jangan buat main ye.. Jaranglah sangkaan meleset kan, hehe. Hubungan dia dengan perempuan yg sama tempat kerja aku dapat hidu. Tapi tu lah jenis aku ni bukan bangsa suka menyerbu semua pihak. Aku perhati je. Kumpul semua maklumat sendiri tanpa bocorkan pada mana2 pihak famili.

Yelah, rumah tangga kita, kene la jaga sendiri. Kalau boleh settle sendiri tak perlu libatkan mak ayah. Sampailah satu hari aku ke sana (tempat Firdi tinggal dan kerja), aku slow talk dengan dia. Keluarkan semua bukti yang aku dah peram lama dan akhirnya dia mengaku sampai menangis keluar air mata jantan berjurai-jurai pasal takut kantoi dengan mak dia… erkkkk…. (bongoknya aku time tu). Dia mengaku pernah ada affair dengan this girl tapi putus dah.

padanlah, baru nikah sebulan asyik cakap nak kahwin lagi okey. Fullstop! Dia tanya aku, kalau terjadi lagi benda macam ni, aku maafkan dia tak? Aku dengan lurus dan yakinnya cakap ni peluang terakhir sebab rasa sangat confident yang dia tak akan ulang benda sama selepas melalak macam mak esah nak kena ketuk kepala.

Tapi aku silap menilai, selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak Allah uji kerukunan rumahtangga kami. Kali ni amat dasyat dan paling dahsyat dalam sejarah hidup aku. Aku dijandakan demi menghalalkan janda lain.

Owhhh, indah bukan hehe… Sangat tak sangka, aku anggap Nora macam adik aku sendiri. Bantu dia dalam bisnes tapi aku ditipu bertubi-tubi oleh dua insan ni. Oh ye, masa awal kahwin kitaorang memang struggle. Sampailah dah hampir complete punya segala bisnes, kerjaya, kenderaan, rumah dan anak setelah beberapa tahun kahwin baru dikurniakan anak. Finally Allah tarik segala-galanya apa yang kami dah ada macam tu aje.

Wahai pembaca, besar taw efek kesenglihan dan perpisahan ni. Mungkin Nora tertarik dengan segala yang dimiliki Firdi. Tapi dia mungkin juga tak perasan sebalik kejayaan Firdi ada aku kat belakang tu. Sampai hampir separuh gaji aku terhumban pada hutang-hutang jangka panjang demi nak bina kehidupan yang lebih baik.

Aku tak lupa ayat Nora pada aku “tak pandai jaga laki” katanya. Depan aku,dua-dua buat macam takda apa terjadi.Berlagak macam kawan bisnes aja,tapi rupanya ada hubungan lain. Firdi dah start balik rumah lewat pagi hari-hari.

Aku kat rumah dengan anak dibiar macam tu aja. Pandailah nak makan apa nak pergi mana. Sebab dia banyak urusan bisnes katanya. Setiap hari aku tak boleh tidur sebab tunggu sang suami balik. Sampai tahap aku boleh basuh baju pagi-pagi buta bagi isi masa lapang tunggu laki balik. Bongoknya masa nih. Lama-lama hampir dua bulan perkara ni terus berlaku dan dia terus tak selera nak sentuh aku.

Pernah satu hari tu aku mintak hak aku sebagai isteri untuk dilayan, dia janji dia nak balik rumah malam tu. Tapi dia tak balik. Aku dengan harapan tinggi tunggu dia dari malam membawa ke subuh pon tak balik dan akhirnya dekat tengahari baru muncul.

Memang dia layan aku tapi lepas tu dia cakap macam ni “puas dah nak sangat kan” muka dia memang tak happy langsung. Masa tu aku rasa aku macam seorang perempuan murahan paling murahan dalam dunia nih. Itulah lah trauma yang aku tak dapat nak hilangkan sampai sekarang. Sejak itu dia terus tak berminat nak sentuh si halal nih.

Setelah berbulan aku tanggung derita ni tanpa sesiapa pon tahu. Aku hanya luah atas sejadah dan peluk erat anak aku yang waktu tu baru umur setahun lebih. Tiap kali aku menangis, dia datang tepuk bahu aku. Anak aku kekuatan aku. Cerita aku bukan saja diselingkuhi tapi turut terkena buatan dari Nora. Aku skit,mungkin juga efek dari stress lagi mudah aku jatuh skit.

Lepas asar aku jadi makin murung. Takut nak keluar rumah. Muka aku memang dah tiada seri langsung. Muka hampir senget sebelah. Aku dah macam mak esah. Anak aku selalu jadi sasaran marah aku. Aku menyesal sangat-sangat pada anak aku. Tapi apakan daya aku lemah yang amat. Mujur keluarga dan kawan-kawan banyak bagi sokongan.

Masa ni aku dah bagitahu famili selepas dia kantoi bawak balik Nora tidur rumah kami hanya mereka berdua dalam tu depan mata aku dan anak. Dapat bayangkan hancur ntah tahap ke berapa dah hati aku lagi dan lagi. Tak lama tu dia ajak aku berpisah. Aku cakap bagi aku masa sebulan baiki keadaan.. Dia setuju. Teruskan kata dia. Dalam tempoh sebulan lagi kuat dia tak balik rumah dan aku amik ruang yang ada tu untuk ubat diri aku yang ‘skit’.

Duit habis untuk berubat. Alhamdulillah aku makin pulih dan makin kuat untuk anak aku… perempuan sekali kalau dia dah move on, habis lah kau wahai kaum adam. Sampai tahap aku dah bosan, pujuk nak berdamai makin mengada-ngada tak nak balik. Jadi aku ambil keputusan undur diri demi kebaikan dan kebebasan yang Firdi mahukan.

Segar diingatan aku kata-kata dia ni hingga aku terpaksa bawa diri dan taknak terhegeh-hegeh lagi. “Dari dulu lagi rasa cinta pada aku hanya lah on off semata.” “Dah lama nak lepaskan aku masa bertahun tak ada zuriat tapi tak jadi bila taw aku dah mengandungkan anak dia. (Padan macam tak happy bila aku cakap aku pregnant).

Nak mulakan hidup dia dari zero semula (lawak sejenis apakah ini). Akhirnya kami berpisah dan Allah sangat permudahkan segala urusan perpisahan secara baik kami walaupon dalam tempoh eddah dia macam orang meroyan.

Ucapan pertama selepas berpisah yang aku terima dari salah insan yang sangat rapat dengan aku dulu “tahniah apa yang dihajati tercapai”… aku???… hajat aku???… Remuk lagi hati aku ntah berapa ratus kali. Dalam tempoh eddah aku perhatikan juga perangai dia, tapi walaupon cara dia macam orang meroyan tapi dia hanya berani pujuk aku dalam phone sahaja.

Tak berani datang jumpa famili. Di saat itu aku yakin sangat memang cukup sampai sini jodoh aku. Aku memang tak mampu jadi isteri yang terbaik buat Firdi. Aku tak mampu bahagiakan hati dia. Selama ini aku redha siapa pon Firdi, segala kekurangan Firdi tapi tidak pada Firdi.

Aku memilih berlalu sepi dengan syarat tolong lepaskan anak bersama aku. Dia kekuatan disaat aku lemah, kalau tak fikirkan aku ada anak,mungkin aku rela terlantar sakit perlahan-lahan pergi buat selamanya tinggalkan dunia yang fana ni. Tapi Allah lah sebaik-baik perancang. Setelah beberapa tahun berpisah Dia temukan aku dengan lelaki berhati mulia walaupun sikap jauh beza dengan yang lama.

Segalanya-galanya memang berbeza sangat. Mungkin Allah mahu aku lupakan segala kenangan lalu tanpa ada sedikit persamaan walaupon pada mula aku kekok. Tapi demi anak yang kurangnya kasih seorang bapa, aku belajar untuk terima kehadiran teman baru dan ya, aku perlukan teman untuk buang segala lara aku yang lalu.

Jadi ibu tunggal bukan lah perkara yang menyeronokkan untuk aku. Tapi aku tak boleh cerita dalam ni. Memang lelah korang nak baca. Maybe next confession (kalau ada yang berminat nak taw lah..perasan aih). Pengajarannya, Kawan-kawan, hidup nih jangan terlalu bermegah dan menunjuk segala yang kita ada. Tak semua orang suka lihat kejayaan kita. Jadi, tak usahlah tunjuk. Cukup kau dan orang terdekat kau saja yang tahu. Manusia jahat dimana-mana. Kadang paling rapat tu la paling jahat dengan kita kan. Jadi,hati-hatilah. Sekali Allah nak tarik nikmat, Dia memang tak bagi signal. Terduduk terus kau masa tu.

Itulah yang pernah jadi pada aku. Jangan pernah percayakan orang luar sampai tahap anggap dia macam famili kau.. no!! orang luar tetap orang luar & tak wujud pun sahabat baik dari lain jantina. Tu bukan sahabat. Tu boleh jadi nafsu serakah kelak.

Last, doakan aku dapat melupakan segala kedukaan tanpa simpan dendam pada sesiapa yang pernah aniaya aku (Nora & Firdi). Doakan juga kebahagian aku dengan famili baru kami.. Thanks, sudi baca sampai habis. Sekian!!

– Nanie