Kahwin dengan lelaki staff nurse. Hairan masa malam pertama suami tak nak sentuh isteri dengan alasan masih tak sedia. Rupa rupanya dalam diam ini sebab suami tak nak sentuh isteri.

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua, nama aku Izzati (bukan nama sebenar). Aku berumur 27 tahun dan bekerja sebagai pembantu pensyarah di sebuah IPTS. Harini aku sangat bahagia kerana sudah genap 1 tahun 6 bulan aku ‘bebas’ dari dibelenggu hidup bersama lelaki dan keluarga mentua yang jahat.

Kehidupan aku mula terperangkap dalam kegelapan apabila aku dijodohkan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak aku kenali dengan lama dan aku tidak bercinta dengan dia. Kisah bermula pada tahun 2018, aku namakan bekas suami aku sebagai Ali (aku hanya tahu di sudah lama pergi dalam hidup aku).

Aku sangat menyukai mak Ali pada mulanya kerana sikap mak Ali yang sangat peramah. Namun sebenarnya tips untuk memilih mak mentua adalah cari yang tidak terlalu ramah kerana ramahnya itu sebenarnya mulut jahat. Malam pertama perkahwinan aku bersama sama Ali, aku tidak disentuh oleh Ali malah Ali siap memesan kepada aku agar aku sabar menunggu sehingga dia bersedia menerima aku.

Aku terkejut lalu terus menangis namun tidak berkata apa apa kerana aku akur dan aku sedang memikirkan sesuatu. Dipendekkan cerita, setelah 3 bulan kami berkahwin, dan dia masih belum menyentuh aku, Allah membuka suatu kebenaran buat aku.

Suatu petang selepas Ali pulang dari kerja, ya terlupa, Ali bekerja sebagai Staff Nurse di hospital swasta, jadinya kerja dia banyak shift. Pulang dari kerja, Ali tertido dan aku mengambil phone Ali untuk check Whatsapp sebab hati aku kuat mengatakan Ali ada perempuan lain.

Alangkah terkejutnya aku dan aku tidak mampu berkata apa apa selain menangis tidak henti apabila sangkkan aku betul tetapi Ali bukan ada perempuan lain TETAPI ‘PEREMPUAN’ LAIN. YESSS!!!! Ali SUKAKAN LELAKI, Ali seorang ‘songsang’ ! segala WhatsApp bersayang sayang, ber baby baby, serta yang tidak senonoh seperti, “i taktahan tengok u, i rindu u, lama i tak hi*** u”. A LOTS ! Subhanallah. Apa ujian Allah buat aku.

Aku akhirnya memutuskan untuk berpisah pada awal 3 bulan perkahwinan, tetapi Ali tidak mahu melepaskan aku dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Aku pula bdh sebab percaya dan memberi peluang kerana aku anggap manusia tidak lari dari membuat silap. KENAPA AKU BD*H?? SEBAB ALI BERKALI KALI TIPU AKU JUGA LEPAS PADA HARI ITU.

Setiap kali dia kantoi tipu aku, aku akan minta pisah dan dia tetap berkata dia tidak akan lepaskan aku. Selepas hari itu, aku dah terbiasa makan hati dan aku tidak menangis lagi. Aku berserah pada takdir Allah Bulan ke 4 , kami pindah ke Kuala Lumpur kerana Ali berjanji akan berubah dan dia telah pun mendapat kerja yang lebih bagus di sana. Aku hanya menurut dan waktu ni aku masih belum tahu betapa jahatnya ibu mertua aku.

2 hari aku baru sampai di KL, ibu mertua aku menyuruh adik ipar aku untuk datang ke KL dan teman aku untuk mencari kerja di sana. Tidak habis penat aku mengemas rumah lagi sebab Ali terus bekerja dan sepanjang aku hidup dengan Ali, Ali tidak tahu membuat apa apa kerja rumah dan hanya tahu bermain game Pubg dan ‘melayan’ kekasih dia.

Segala makan minum, beli lauk, masak, basuh baju, kemas rumah hanya aku yang akan buat even selepas aku dapat kerja, aku akan keluar kerja 6 pagi- 7.30 malam smpai rumah. Kalau hari Ali offday, dia hanya main game dan suka melaram. ‘Lelaki songsang’ NI RUPANYA SANGAT PENTING KAN PENAMPILAN DAN MULUT CEREWET SEPERTI PEREMPUAN.

Satu hari Ali kantoi lagi dengan aku, rupanya dia bercinta dengan MA lelaki dekat tempat kerja baru. Aku tak terkejut pun, aku hanya berkata, “KALAU U BOLEH KAHWIN DENGAN LELAKI, I BAGI KAHWIN DAH, PAPA”. Sekali lagi aku mintak dia lepaskan aku supaya dia boleh hidup dengan lelaki tu. TAKKK JUGAK dia berkeras takkan lepaskan aku.

Jadi, apa aku buat, aku cari pasal dengan bekas adik ipar aku, perempuan, aku namakan MINAH. Minah ni dia punya jahat pun level tinggi macam mak dia. Dia suka peduli duit ringgit dan hal rumah tangga aku dengan Ali. Minah ni pun dah kahwin hari sama kami kahwin tapi Minah ni tak bahagia dengan suami dia sebab dia tak boleh mengandung.

Dan suami dia hari hari mintak anak tapi Minah tak bagi suami dia kahwin lain (aku ni kalau lah Ali nak kahwin lain, kahwin laa janji pasangan tu PEREMPUAN). Begitulah kisah Minah. Aku block Minah dan aku bagi tahu Ali aku tak suka Minah masuk campur rumah tangga kita. Pastu aku bagi tahu lagi, aku juga tak suka Mak mentua aku atur kehidupan aku.

Ali rapat dengan adik dan maknya sebab dia kan ‘songsang’, lembut lembut gitu. Dari kecil mak dia bawak Alipi zumba dengan perempuan perempuan. Jadi bila tengok perempuan, Ali jadi takda nafsu la. Tapi kalau tengok lelaki, hati Ali berbunga bunga. Jadi, satu hari mak Ali datang KL dan diaorang tempah motel murah (mak Ali tak bekerja dan bapak Ali kerja hari hari angkat ikan ja) sebab tak nak duduk rumah aku.

Kebetulan aku kena kerja dan Ali cuti, dia bagi tau aku nak pi tidur dengan mak dia. OK go lah, dia dah lah 2 malam tak jumpa aku, lepas tu dia nak tido dengan mak dia so total 3 malam dia tak jumpa aku. Balik dari jumpa parents dia, dia termenung muka macam marah aku. Rupa rupanya Mak dia SURUH DIA PIKIR BALIK SAMPAI BILA NAK SIMPAN AKU ! (Finally plan aku berjaya).

Aku dengan selambanya cakap, “BAGUSLAH, JOM PISAH SEBELUM I BAGITAU MAK U YANG U NI ‘LELAKI SONGSANG’. Menyirap drh dia tapi dia taknak jugakkk wehhh lepaskan aku lagi. (SEBAB YELAH , MANA ADA PEREMPUAN SANGGUP KAHWIN DENGAN LAKI SONGSANG. KO TAHU TAK RISIKO PENYAKIT BAHAYA?!!!) SO AKU NAK LARI LAA.

Tambahan, dia cakap aku bukan isteri baik sebab rumah tak reti kemas elok elok, tandas cuci tak bersih dan macam macam. ALAHHHH SO LETS PISAH JELAH aku jerit. 3 hari berlalu dia sakitkan aku. Aku drive pergi mahkamah nak tuntut fasakh tapi lama oiiii setahun tak settle. Aku balik dengan sedih hati lepas tu bertambah sedih aku dapat tahu ayah aku sakit then masuk perasi tak berjaya (Alhamdulillah sekarang dah sihat).

Pagi esok hari, aku nekad, aku mesti berpisah, Ya Allah bantulah aku. Finally, Ali lepaskan aku dengan talak 3. Tapi diluar mahkamah, jadi kena balik kampung halaman untuk ke mahkamah. Selepas lafaz, aku tolong hantarkan semua barang Ali dekat tempat baru dia sebab kereta tu milik aku, dia ada motor ja. Last aku pesan, JANGAN PERNAH CARI PEREMPUAN LAGI JIKA TAHU DIRI TAK MAMPU TINGGALKAN LELAKI. SELAMAT TINGGAL KENANGAN HITAM.

Reaksi warganet

Mohd Fikri Abdullah – Faham perasaan tu. Kes kita lebih kurang sama, pasangan songsang, enggan dan langsung tak pernah disentuh, bawa perwatakan bertentangan. 1 tahun 3 bulan je bertahan. Perempuan dengan perempuan msj bersayang2, bermanja2 jangan dianggap biasa. Maha kuasa Allah dijumpakan bukti. Terjawab semua persoalan.

Azrinna Azan – Tapi takutnya kalau patient lelaki yang dia treat taktau dia songsang. Mesti beronok2 dia kan dapat pegang lelaki since dia staff nurse. Nauzubillah, semoga Allah tak uji kita macam tu. Semoga Allah beri petunjuk dan hidayah pada bekas suami tt dan semoga tt di beri kebahagiaan yang hakiki dunia dan akhirat serta rumahtangga yang bahagia hingga jannatul firdaus..

Dzarul Azfan Dasuki – Waduh. Jadi lelaki zaman sekarang ni pun scary lah pulak ada ‘peminat’ nanti. Kalau peminat tu perempuan, cun lah jugak. Kalau lelaki, errr.. Pape pun, thumbs up kak. U did a good job, amek langkah selamat. Better tak disentuh orang macamtu. Kang tak pasal kene penyakit bahaya lak. Cuma bengang r laki tu taknak lepaskan leklok. Amende laa.

Izfadiyah Ahmad – Bila bedepan kes begini, perkara pertama isteri wajar buat ialah kumpul bukti. Contoh snap la smua pic conversation tak senonoh tu, simpan elok elok. Bukan untuk aibkan dia tapi kalau suami degil taknak lepaskan at least boleh guna sebagai bukti. Maybe lebih mudah untuk dia lepaskan isteri untuk elak aibnya terbuka di mahkamah.

Aisyah Yaakob – Kesiannya. Memang pun benda ni berlaku in real life. ‪Sometimes pelik la jenis manusia songsang nie bila memang tau diri tu macam mana dan apa yang dia buat akan runtuhkan rumahtangga and tak akan bahagia. At the first place kenapa kahwin? Kahwin nie dorang buat macam try and error je ke? Atau memang kahwin sebab tak nak bahagia? Betul tak faham. Menyusahkan

Syakriah Ishak – JANDA BERHIAS istilah untuk isteri yang tidak pernah disentuh suami kemudian dilepaskan. Tt telah buat tindakan yang bijak. Doa saya, mudah2an Allah SWT gantikan jodoh yang lebih baik dan membahagiakan buat tt. Yang berlalu hanyalah ujian dalam kehidupan tt. Tahniah kerana hadapinya dengan bijaksana.

Aqief Ara – Im 32, dan “sekapal” dengan Ali. Penuh tekanan daripada orang keliling bila umur camni tapi masih tak kawen. Kadang i serabut, tapi i bukan sejenis Ali yang bukan saja tipu diri sendiri malah menyusahkan pasangan. For me, kalau tak ready jangan saja nak kawen sebab mak suruh, malu kat jiran, etc.

My advice to women di luar sana jangan percaya 100% bahawa lelaki lembut itu normal. I have a lots of kawan lembut include me. Tapi hampir semua mereke suka jantan and pernah lakukan hubungan sejenis. Ada yang pernah main jantan, dan alhamdulillah dah kahwin dan berubah. But mosty berpisah, tapi i tak pasti sebab apa. Jika u pilih laki lembut as husband, anggap saja u sedang nasib. Kalau nasib u baik, alhamdulillah. Kalau nasib tak baik, sila blah. Bukan nak menakutkan, but its fact.

Sumber – AKU BAHAGIA (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Lelaki Ini Nekad Untuk Kahwin Dengan Bekas Isteri Kawan Baik Sendiri Hanya Kerana Kesian. Mengejutkan Bila Satu Malam Kena Goda Dengan Kekasih Tiba Tiba Isteri Ada Depan Pintu. Akhirnya Isteri Nekad Untuk Buat Sesuatu Sampai Suami Menyesal.

Assalamualaikum semua. Aku tak pandai sangat nak bercerita, harap korang dapat something dari confession aku ni. Aku tak tahu cabang mana aku nak luah, memandangkan isteri aku pon suka baca cerita kat page ni (aku suka mengintai kalau nampak dia tengok fon sampai tak berkelip), aku harap dia ada terbaca la. Yang mana tahu kisah aku ni, jangan tag aku pulak ye.

So firstly nama aku Izat, umur 27 tahun dan baru berumah tangga 8 bulan lepas. Isteri aku, Nabila umur 29 tahun dan ada kerjaya sendiri. Walaupun umur dah 29 tapi Nabila Nampak muda dari aku. Kalau orang tak tahu dia ingat aku lagi tua. Huhu. Kitaorang tinggal asing walaupun rumah aku dengan dia dalam 40 minit perjalanan.

Dia tinggal rumah sewa dan aku masih tinggal dengan ayah, mak dan adik perempuan. Benda pertama aku nak cerita ialah macam mana aku boleh kahwin dengan dia. Kalau korang nak tahu dia ialah bekas isteri pemergian kawan baik aku, Hafiz. Hafiz pergi buat selamanya tahun lepas sebab penyakit (rahsia).

Masa tengah sakit teruk dia selalu pesan kat aku yang aku lah orang paling dia harapkan untuk tengokkan Nabila. Lupa aku bagitau Nabila anak yatim piatu. Masa tu kat hospital Hafiz cerita satu-satu pasal Nabila. Nabila jenis tak boleh bawak kereta jauh, dekat-dekat dia boleh la.

Kalau masuk kawasan Bandar ke memang dia fail. Lepas tu ape yang Nabila tak boleh makan, ape yang dia suka makan. Tengah baring lemah pon dia sempat cerita satu-satu kat aku. Aku tahu Hafiz betul-betul sayang kat Nabila.

Lastly, dia minta aku jaga Nabila atau dengan kata nabila mintak aku kahwin dengan dia. Aku hanya angguk je, tak tahu nk cakap ape masa tu. Hafiz dengan Nabila dah 2 tahun kahwin tapi takde rezeki anak. Masa Hafiz sihat dulu pon dia selalu bawa Nabila keluar lepak sekali, kiranya aku dan Nabila memang dah lama kenal. Long story short, lepas 6 bulan Hafiz pergi, aku kahwin jugak dengan si Nabila ni.

Family aku sangat ok dan terima dia sebagai menantu seadanya. Aku? Entah la susah nak cakap, sejujurnya aku terima dia masa tu sebab teringat janji pada Hafiz dan sememangnya aku dah lama single. Last aku sentuh dia (salam) masa lepas akad nikah. Tu pon aku tarik tangan cepat-cepat walaupun dia masih cium tangan aku.

Mak aku pulak terlebih excited bila anak sulung dia kahwin. Dia siap upah orang untuk hias bilik aku. Cantik jugak la dengan bunga-bunga pink + putih. Aku dah pesan dekat mak aku yang aku nak majlis ringkas je, tak nak pelamin. Alhamdulillah majlis semua berjalan lancar, walaupun ada mulut-mulut yang mengata Nabila, aku just pekakkan telinga je.

Malam tu aku tak tidur pun kat bilik tu, aku tidur kat luar je dengan alasan aku rimas dengan hiasan bunga-bunga. Keesokan lepas majlis tu Nabila terus mintak izin aku nak balik rumah sewa. Mak aku dengar, tak sempat aku nak angguk, mak aku halang. Mak aku mintak dia stay lagi dua tiga hari kat sini. Nabila hanya senyum je. Masa tu aku terus Tanya “kau ok tak?” dia hanya angguk.

Mak aku terus menyampuk, “cakap ngan bini , aku kau apa la along.” Terkedu jap aku. Dah sebelum ni pon memang bahasa diri aku kau memang susah nak ubah. Sejak dari tu kalau depan family aku, aku akan bahasakan diri saya awak, kalau dengan Nabila je aku kau. Nabila pandai ambil hati mak aku. Kadang-kadang aku tengok dia dah mcam adik perempuan bongsu aku, suka peluk mak aku, cium mak aku.

Dia memang jenis manja. Kalau Nabila tak balik hujung minggu, mak aku la yang beriya-iya call mintak balik. So boleh dikatakan setiap hujung minggu Nabila akan balik rumah family aku. Tapi setiap kali dia balik pon, kami memang tak kan tidur sekatil.

Bila dah lepas kahwin aku tak rasa hidup aku berubah. Yela, Aku jumpa Nabila pon bila hujung minggu. Mak aku pernah Tanya aku kenapa aku tak stay je dengan Nabila kat rumah sewa, aku bagi alasan yang tempat kerja aku dekat dengan rumah mak.

Kalau aku stay dengan Nabila amik masa sejam jugak nak sampai tempat kerja. Selepas 2 bulan kahwin, Allah nak uji aku. Kalau korang nak tahu sebenarnya aku ada simpan hati kat sorang perempuan ni nama dia Akma sebelum aku kahwin lagi. Akma ni staf kontrak baru masuk kerja sebelum aku kahwin.

Dia boleh dikatakan hot masa tu, mana tak nya wajah yang manis, peramah. Sape yang tengok pon mesti terpikat dengan senyuman manis dia. Tambahan pula Akma single masa tu, ramai la yang nak try. Masa mula-mula kami kenal, kami agak rapat tapi lepas dia tahu aku dah nak kahwin masa tu, dia perlahan-lahan jauhkan diri.

Aku dah cerita sepenuhnya pada dia dan siapa Nabila sebebenarnya. Masa ni aku dan Akma masih berkawan biasa. Dan Akma ni perempuan freehair. Kat tempat kerja ramai yang usik aku ngan Akma ni sepadan macam pinang dibelah dua gitu.

Lepas aku kahwin, kami masih berhubung dalam Whatsapp. Masa tu la baru dia nak bagitau yang dia suka aku. Dia cakap kalau dia bagitau awal nanti dia takut aku akan batalkan perkahwinan. Aku happy masa dia bagitau tu. Lepas beberapa bulan couple dengan Akma, aku berterus-terang dengan Nabila yang aku ada hubungan dengan staf tempat kerja aku.

Nabila hanya pandang aku, aku ingat dia nak marah aku dah tapi boleh dia cakap “Baguslah” sambil sambung makan. Aku tanya balik dia “Kau tak marah ke?” dia balas “kalau aku couple dengan laki lain agak-agak kau marah tak?” lebih kurang macam tu la ayat dia.

Time tu jugak la si Akma call aku, aku cakap la tengah makan dengan Nabila, aku minta dia call balik kejap lagi. Suara dia macam merajuk plus marah. Tengah rancak aku ngan Nabila borak sambil gelak (Nabila suka buat lawak), Akma call lagi. Kali ni dia betul marah sebab aku tak reply whatsapp dia.

Ayat dia aku ingat sampai sekarang, “kau makan ke kau tengah main dengan bini kau ?!” aku betul hilang sabar masa tu sebab aku dah bagitau elok-elok tadi tengah makan. Aku jawab “haah, tengah main !” aku off call hempas atas meja, pecah jugak la skrin fon masa tu. Bukan Nabila je terkejut, mak aku yang kat dalam bilik pun boleh keluar tanya kenapa.

Mak aku dah faham perangai aku bila dah marah memang teruk. Aku tak boleh terima bila orang cakap kasar macam tu bila aku dah cakap elok-elok. Lepas dari kejadian tu, aku baik balik dengan Akma tapi kami still asyik brbalah. Disebabkan perangai dia yang suka sangat control aku. Dia macam cemburu bila Nabila ada kat rumah mak aku. Padahal hujung minggu je Nabila datang.

Dan aku pon mengaku dengan Akma yang aku tak pernah sentuh Nabila. Apa-apa yang aku hadapi, aku akan call atau Whatsapp cerita kat Nabila. Dia dah jadi pendengar setia aku pulak. Dia jenis happy go lucky, kadang boleh jadi serius, kadang boleh jadi budak-budak. Nasihat dan kata semangat dia macam kaunselor.

Kalau kau murung ke baik kau jumpa Nabila, terus jadi happy. Hehe. Lama kelamaan aku jadi makin rapat dengan Nabila, sebab apa-ape je aku akan cerita kat dia. Dia dah jadi macam bestfriend aku bukan macam suami isteri. Kemuncak segalanya, beberapa minggu lepas Akma ajak aku keluar makan, masa tu dah agak lewat malam.

Tapi aku ikutkan je. Aku nak jemput dia kat rumah. Akma tinggal rumah sewa dengan kawan-kawan dia. Bila aku sampai je rumah dia, aku pelik kenapa sunyi sangat, mungkin dah lewat malam. Aku call Akma, dia cakap dia tengah bersiap, dia suruh aku masuk je dalam rumah, sebab rumah tak berkunci. Aku padamkan enjin terus jalan masuk. Masa tu tak fikir ape-ape yang pelik.

Aku masuk rumah dia kosong takde sape-sape, pintu aku biarkan terbuka. Aku duduk atas kerusi kat ruang tamu. Aku perhatikan je dalam rumah tu sebab ni first time aku masuk rumah dia. Boleh tahan bersepah rumah anak darra, aku cakap dalam hati je. Hehe. Tak sampai 2 minit Akma keluar bilik. Terbeliak biji mata aku. Tak pernah aku tengok Akma pakai baju hot macam tu, aku tunduk segan.

Terus dia datang dekat dengan aku paut lengan aku. Aku macam tolak sikit tangan dia, aku tanya la kenapa tak bersiap lagi. Dia cakap dia tak lapar pon, dia nak aku temankan dia malam ni sebab kawan-kawan dia takde. Aku macam tak sedap hati, aku tolak dia. aku cakap la aku nak balik la sebab esok kerja.

Masa aku nak jalan keluar, dia peluk aku dari belakang, masa tu jugak Nabila muncul kat depan pintu. Aku cuba tolak Akma tp dia peluk kuat sangat. Sampai aku jerkah dia, baru dia lepaskan. Nabila dah terpaku kat pintu pandang aku. Aku panggil Nabila tapi dia jalan laju-laju masuk kereta, aku tak sempat nak bagitau ape-ape pon.

Masa tu aku rasa macam nak menangis pon ada. Aku tanya Akma kenapa dia buat aku macam ni. Akma cakap dia terlampau sayang aku. Dia cemburu bila baca conversation Whatsapp aku dengan Nabila. Dia nak aku sorang je. Dan dia rancang nak buat Nabila benci dengan aku.

Dia ambil nombor Nabila dari fon aku. Aku terus terang dengan dia, aku dah tawar hati bila dia buat aku macam ni. Nabila masih jadi keutamaan aku sebab dia isteri aku yang sah. Masa perjalanan balik ke rumah, aku cuba call Nabila memang dah tak dapat. Dia dah off fon. Aku jadi buntu masa tu.

Aku cuba fikir balik apa yang dah aku buat selama ni kat Nabila. Sepatutnya aku kena jaga Nabila, bukan sibuk bercinta dengan Akma. Aku betul tak sangka Akma boleh buat aku macam tu. Tapi aku tak salahkan sepenuhnya pada Akma. Aku jugak yang bersalah sebenarnya. Sejak dari kejadian beberapa minggu lepas, sampai ke hari ni aku tak dapat contact Nabila, dia pon dah tak datang rumah mak aku.

Malam-malam memang aku tak dapat tidur, makan pon dah kurang selera sekarang. Sampai mak aku perasan, siap usik rindu bini la tu. Aku senyap je. Kalau la Nabila terbaca confession ni, aku nak kau tahu Mak rindu kau, hari-hari tunggu kau call, konon kau bagitau mak yang kau outstation luar Negara kan. Tapi aku tahu kau ada kat sini je. Aku dah pergi rumah sewa kau tapi sunyi je, banyak kali aku pergi.

Aku betul-betul nak berjumpa, nak cerita hal sebenar. Aku dah clash dengan Akma. Dia cakap nak bomoh aku, aku tak kisah dah sebab aku ada Allah, aku ada kau. Harap bila kau baca ni contact aku balik. Aku betul rindu kau. Rindu nak dengar kau gelak. Maafkan suami mu. Aku janji aku akan jaga kau baik-baik. Berikan aku peluang kedua please Nabila. Aku merayu sangat. Hargai siapa pon dia yang selalu ada masa kau sedih atau gembira. Maafkan aku jika ada penggunaan bahasa yang kasar. Aku perlukan kata semangat dan jalan keluar bukan kritikan. Terima kasih

Sumber KRT