Kakak krja nurse bila kerja malam suami lari tidur bilik adk ipar. Terkedu bila tiba tiba ini yang terjadi dekat adik ipar. Rupa rupanya bila kakak kerja malam ini yang suami buat dengan adik ipar.

Kisah Rumah Tangga

Asalamualaikum admin dan warga krt, disini saya nak kongsikan kisah saya tapi tolong jgn kritik kerana saya sudah bertaubat dan saya yakin Allah akan mengampunkan umatnya yang benar2 bertaubat. Disini saya nak bercerita tentang kisah hidup saya untuk dijadikan pengajaran kepada semua warga krt, semoga anda semua mengambil ikhtibar daripada kisah hidup saya.

Nama saya linda dan kakak saya Ana. Umur saya dan Ana beza setahun je, saya 25 dan ana 26 tahun. Ana sudah berkahwin 2 tahun lepas namun masih belum dikurniakan anak, masa Ana nikah saya memang sudah ada teman lelaki, tetapi teman lelaki saya tidak setisdibelakang saya dan kami putus begitu sahaja sedangkan kami sudah merancang untuk bernikah tapi saya tidak boleh terima lelaki seteruk dia. Dan saya ambil keputusan tidak mahu kembali kepada dia.

Selepas peristiwa itu, saya ambil keputusan untuk tinggal dirumah Ana, Ana layan saya baik, suaminya juga baik, Ana bekerja sebagai misi, seja bulan 1 Ana mula busy kerana negara kita dilanda covid 19 jadi anak sudah mula kurang memberi layanan kepada suaminya.

Kadang2 Ana kerja lebih masa, bila balik rumah, Ana jarang layan suaminya sebab katanya dia selalu bercampur dengan ramai pesakit, jadi dia risau untuk menyentuh suaminya, itupun suaminya yang cerita pada saya, Ana juga kerap balik lewat, suaminya kadang2 letih tunggu Ana.

Saya sebenarnya bekerja, tapi ofis terpaksa ditutup kerana arahan pkp. Jadi sejak pkp saya hanya dirumah bersama abang ipar. Kisah bermula, bila saya seharian dirumah bersama abang ipar, kami selalu berkongsi cerita dan abang ipar banyak meluah dengan saya tentang Ana, abang ipar kata, bukan sekarang je ana kurang melayan,

tapi memang dari dulu, bila diminta baru ana kasih, kalau tidak, ana tidak reti melayan dan bila bersama, ana tidak pandai mainkan peranan, ana hanya berdiam dan rela apa saja dilakukan padanya tanpa sebarang responde dan abang ipar sepertinya syok sendiri.

Saya mendengarkan semua luahan abang ipar dan saya sangat simpati padanya, saya sedih sebab kakak Ana layan abang ipar sangat buruk, Ana jenis pandai masak, saya pun pandai masak, sebab mak dikampung memang biasa ajar kami masak, cuma ana jarang masak, kalau masa off day je dia masak, kalau tak, abang ipar memang makan luar tapi sejak saya ada disini saya, saya yang masak makanan untuk abang ipar saya dan dia selalu memuji masakan saya.

Dan awal tahun ini, abang ipar meluahkan perasaannya pada saya, dia sebenarnya suka pada saya sejak dulu, masa awal2 kenal, dia memang sukakan saya tapi oleh kerana saya ada bf masa tu, jadi dia memilih kakak saya, kami kenal d kenduri kawin di kampung.

Kalaulah saya tahun abang ipar saya syok pada saya, saya sanggup putuskan hubungan saya dengan bf saya masa tu. Tapi kenapa dia tak terus terang? Saya marah pada dia, kenapa dia tak terus terang. Dia terus minta maaf dan peluk saya.

Saya sedih, menangis, tapi dia tak habis2 minta maaf, dia cakap kalau lah masa boleh diputar semula, dia akan menikahi saya sebab hanya saya dihatinya dari dlu, lama kelamaan, kami makin bahagia dirumah. Bila ada kak Ana, kami seperti tiada apa2 tapi bila kak ana kerja, kami seperti pasangan suami isteri,

semuanya kami lakukan tanpa batasan, kami bebas kemana2 melalukan apa sahaja dirumah, Bila kak Anna syiff malam suaminya akan tidur dibilik saya dan saya tidak dapat menolak kerana saya terlalu sayangkan dia dan dia pun terlalu sayangkan saya.

Baru2 ni, saya saya tidak datang period, dan saya rasa mual2. Bila saya cek rupanya saya hamil. Ya saya hamil anak abang ipar saya, saya pun terus terang pada dia kalau saya hamilkan anak dia, bila nampak raut waja dia, seperti terkejut, takut dan tidak gembira, dan disini baru tahu rupanya kakak saya yang mandul sebab bila suaminya bersama saya, saya boleh hamil.

Tapi dia suruh saya buang kandungan sebab dia taknak hubungan saya dan Ana berantakan. Saya ada pergi klinik gov untuk buang tapi klinik tidak buka sebab pkp. Saya risau jika pkp dilanjutkan, perut saya akan menjadi lebih besar, abang ipar paksa saya makan panadol dan coke tapi semua tidak berhasil, beli ubat online pun tidak berhasil, sejak dari itu, abang ipar berjanji akan bernikah

dengan saya secara senyap tapi dengan syarat kakak saya tidak boleh tahu tentang hal ini dan bila siapa2 tanya saya hamil anak siapa, saya tidak boleh bagi tahu itu adalah anak abang ipar saya, saya kena cakap itu anak bf saya.

Tapi masalahnya sejak pkp ni susah nak nikah sebab kami terpaksa nikah sebab pergerakkan terbatas lagi2 kami nak nikah diseberang. Saya risau takut semua ada, tapi abang ipar masih tenangkan saya dan berjanji akan menjaga saya dan anak saya tapi dengan syarat tak boleh siapa tahu itu anak dia, dan katanya bila anak lahir, dia ajak kakak saya untuk ambil anak saya sebagai anak angkat mereka.

Saya bersetuju min cuma masalahnya bila habis pkp, saya nak anak ni lahir berbinkan ayahnya. Saya tahu saya berdosa tapi saya dah bertaubat dan korang jangan kritik lebih2 sebab korang pun bukan sempurna, mesti pernah buat kesilapan kan? Doakan yang baik2 supaya korang pun akan dapat yang baik2. Doakan cepat2 habis pkp dan saya nikah dengan selamat. Terima kasih.

Sumber KRT

Nekad Untuk Berkahwin Masa Tengah Belajar. Lepas 5 Bulan Kahwin Isteri Disahkan Hamil Tapi Suami Pula Suruh Buang. Rupa Rupanya Ini Punca Sampai Suami Taknak Ank.

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Dah lama aku berniat nak luahkan kepada orang lain namun aku takut dengan orang pandang lain pada aku. Jadi Aku memilih untuk bercerita di sini hanya, luahan hati mahupun jikalau sudi kiranya warga IIUMC berkongsi nasihat buat aku. Genap 5 tahun perkahwinan ini, aku tidak tahu samaada perasaan aku melebih lebih atau aku hanya menipu diri sendiri. Kami berkahwin ketika masih dalam pengajian di IPTA.

Awal perkahwinan memang ujian kehidupan masyaAllah sangat meninggi. Dengan tiada pendapatan, urusan pengajian serta kuliah sangat menyulitkan kami. Aku ingin bekerja, sehingga sekarang dah 5 tahun, suami aku tak izinkan aku kerja melainkan kerja itu tahap professional sesuai dengan kelulusan. Jadi, suami pernah berkata,

“Kita, jangan ada anak dulu ye sebab kita kahwin tak complete apa pun, kahwin masih belajar. Kita relax relax dulu”. Aku iyakan aje, tapi 5 bulan kemudian aku mengandung. Aku sangkakan suami akan gembira, namun sangkaan aku meleset. Malah suami marah, macam mana boleh lekat.. nauzubillahminzalik.

Aku terkelu bila disoal begitu. Aku sedh. Suami ku suruh buang. Dia tak nak. Aku diam, menangis tak berhenti sehinggalah aku gvgur complete 8 minggu. Aku meroyan habis, aku hambur semua kata kata kesat pada suami aku. Dia diam, tapi dia menangis bila lihat aku meraung kesakitan bila turun cairan merah habis penuh pad aku. Dalam diam, suami berdoa,

“Ambillah anak ini tapi jangan Kau ambil isteriku sebab Aku tak mampu hidup tanpa isteriku”. Sepanjang berpantang aku marah pada suamiku. Sejak dari itu, kami kerap brbalah. Pertama, soal pekerjaan dan kewangan. Kedua, soal dia taknak anak dulu padahal aku nak anak.

Seusai tamat pengajian, Kami tidak ada rezeki kerja seperti graduan yang lain. Jadi suami ajak pulang ke rumah famili dia. Bermulalah kehidupan Kami bersama keluarga suami. Biasalah duduk di rumah orang, kena buatlah kerja jangan tunjuk pemalas. Suami tak bagi aku kerja jadi aku stay di rumah mertua tunggu suami balik.

Kadang kadang lepas dia balik kerja (kerja kerja biasa di kampung), dia hilang. Rupanya pergi main game di rumah kawan kawan, pergi lepak sampai 2-3 pagi. Yang paling sakit hati, mak mertua asyik tanya anak dia mana. Kenapa tak balik lagi. Kan dah kahwin buatlah cara dah kahwin. Mak mertua boleh bebel kat aku, bukan anak dia.

Bila suami aku balik, aku ajukan pada dia, sebaliknya dia marah Aku, biarlah nak keluar. Kat rumah bukan buat apa. Terkapai kapai aku nak jawab dengan mak dia. Kemudian, rezeki suami aku dapat kerja bagus, tapi di luar negeri. Ekoran dengan pekerjaan dia, dia tak boleh nak bawa Aku sekali. Entah, macam macam alasan dia.

Dia sewakan rumah yang berdekatan dengan rumah mak mertua. Dia sediakan kereta untuk aku ulangalik jumpa dia, dan semua bil bil utiliti dia uruskan. Dia amanahkan aku duduk di rumah sewa ini. Ye, seorang diri. Sebatang kara di negeri orang. Aku jarang jumpa suami. Boleh jadi 2 bulan sekali, 3 bulan sekali. Itupun aku yang drive ke tempat suami.

Aku pernah ajukan biarlah aku duduk dengan famili aku, balik kampung sendiri. Dia tak bagi. Dia cakap nanti susahkan famili buat apa. Masalahnya aku sorang sorang kat sini, nak makan minum sorang sorang. Bergerak beli barang dapur semua sorang. Famili mertua aku pun ada cakap tak takut ke duduk sorang sorang, kalau kerja kat sini takpelah.

Tapi macam biasa suami aku kata tak payah nak balik kampung, duduk je situ. Free dah semua. Tinggal duduk je. Terasa macam Cinderella pulak, tak pun puteri impian ala yang Amy Mastura berlakon tu. Hahaaa.. Dah 5 tahun macam ni, aku tak kerja, nak kerja biasa biasa pun nak hiburkan hati pun suami tak bagi. Aku nak balik kampung, suami kata nantilah balik.

Ramai tanya, even famili mertua tanya bila nak Ada anak. Aku tak tahu nak cakap apa kalau kami jumpa, suami pun tak bersama sangat. Bila jumpa boleh jadi bukan waktu subur aku. Aku keliru sekarang nak buat apa. Dia pun tak ada bila Aku perlukan dia. Aku rasa macam bujang. Even waktu PKP 3 bulan, 3 bulanlah Aku tak jumpa dia. Padahal dia boleh je balik sini, sebab dia dicutikan sementara, tapi dia nak stay jugak di luar negeri.

Sempat je dia balik masa tu sebelum perintah tak boleh rentas negeri dikuatkuasakan tapi dia tak nak. Sekarang dia dah start kerja semula, lagi susah nak jumpa. Kitaorang dah pisah sebelum ni sebab aku luahkan perasaan pasal nak anak. Tapi dia cakap kalau nak anak, pergilah carik orang lain. Nak bersama pun boleh kira dengan jari dalam setahun. Tapi aku takut kalau jadi janda.

Mungkin sebab pada aku dia okay soal lain, dah sediakan rumah untuk Aku berlindung walaupun rumah sewa, kereta tapi bukan atas nama aku, duit belanja 100-200 sebulan (duit untuk aku belanja sukahati), boleh masak, pandai uruskan diri, basuh baju, cuci pinggan dan kuali sendiri.

Cuma soal anak je dia melenting. Jadinya aku rujuk balik. Tapi sampai sekaranglah tak ada perubahan. Sampai aku rasa aku ke yang problem tak lekat lekat. Tapi nak lekat macam mana kalau sebulan sekali je bersama, dua bulan sekali bersama..

Bila aku ajak pergi jumpa doktor, dia tak nak. Dia kata kalau ada rezeki ada lah. Kalau takde, tak pe. Kita berdua je kan dah cukup. Hmm. Tolong aku. Bantu aku. Aku sunyi sorang sorang. Kalau ada anak, aku tak kisah duduk sini di tempat orang bersama anak buat teman tidur, teman makan. Korang rasa apa patut aku buat?

Reaksi warganet

Nur Asha Bella – Tak salah kawin time study atau time muda kalau jodoh dah smpai. Tapi tu lah silap kalau kawin tapi still nk enjoy tak ingat rumahtangga baik tak payah kawen la. Pastu kau suruh pulak gvgurkan anak kau yang takberdosa. Eh jantan, orang lain tak de anak, nak anak tau. Aku tak faham la ape ade dalam kepala otak kau. Macam mane hidup kau nak berkat and berjaya kalau hati isteri sendri taknak jaga..

Nur Alwani – Awat takot dengan title J. Better than duduk berdua tapi rasa seorang. Your husbnd is a total crap. Anak takmau, balik jumpa bini pun takmau.Hang nak apa sebenarnya laki oi. Hes not ready mentally physically so whats worth waiting for.

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !

Sumber : MB