Kakak punya perangai memang tak senonoh. Suka pakai seluar menjolok mata sampai nampak semua benda. Tapi masa dia nak kahwin ibu tak ambik tahu langsung. Akhirnya satu hari tu ini yang terjadi pada kakak.

Kisah Rumah Tangga

Firstly I minta maaf sebab cerita ni agak panjang. Kisah nya bila nak kata parents tak didik, tapi bila dah besar panjang perangai berubah jadi teruk. Kakak I salah sorang manusia mcm ni. Dari kecik kami adik beradik semua diajar jadi pembersih, tolong buat kerja rumah, bila dah besar berbakti kpd parents, n macam2 lagi didikan yang basic serta nilai2 murni.

Tapi bila umur dia mencecah 30, perangai dia byk berubah. I setuju Pn Melati ckp yang org mcm adik dia ni “dibenci dlm diam”. Sebab I memang ada rasa benci yang amat sangat pada perangai my sister. Ada satu masa dulu sebelum dia kahwin, dia buat my mom mcm maid dia. Baju dia semua my mom yang kena uruskan. Dia reti campak je dalam laundry basket and my mom la yang basuh, gosok, lipat and simpan semua baju dia. Dia balik rumah lepas kerja terus tidur.

Weekend pun tak lekat kat rumah. Rambut yang berkumpul atas lantai bilik and bilik air nak kutip buang dalam tong sampah pun dia tak boleh buat. Satu apa tak tolong. Acah ma’am besar dekat rumah parents sendiri. Lama2 my mom pun tak tahan la so dia biar je baju dia tak bergosok and berlipat. Padan muka.

Selalunya mak2 ni ada rasa excited + sedih sebab anak nak kahwin kan. Tapi my mom ckp dia tak rasa sedih langsung bila my sister nak kahwin. Dia rasa lega sebab my sister keluar drpd rumah dia. Skrg ni kakak I dah 40-an tapi perangai pengotor, pemalas, biadap tu masih ada. Dia bukan spesis melawan cakap tapi dia jenis suka buat muka and suka mengeluh. Sebelum kahwin my mom pernah tegur dia elok2 seluar dia ketat melampau sampai masuk celah tuu. Itu pun dia buat muka. Kalau dimarah cebik. Dia punya perangai mengada tu memang nak mintak penampar.

Ada skali tu my mom nak tegur dia pasal something yang penting. Memandangkan dia dah besar panjang and dah jadi mak dah, my mom tak nak la marah2. Nak ckp pun dengan husband dia skali. Lagipun marah2 ni penat, stress and mengeruhkan keadaan je.

So my mom tegur elok2 je dengan nada bercerita siap gelak2 lagi sebab nak make sure tak ada nada marah2. Sebagai seorang ibu, my mom yang ada perasaan nak jaga hati anak sendiri. Tapi my sister time tu la dia nak bangun duduk mengemas bag dia dengan menghempas2 barang and tak pandang langsung my mom. Depan anak and husband dia pulak tu dia buat perangai mcm tu. Elok sgt la tu. Esok lusa anak dia ikut perangai dia memang padan muka.

My mom ckp dia memang dari kecik lagi perangai dia tak boleh ditegur langsung. Acah perfect. Dulu sebelum dia kahwin masa dia nak tukar kereta baru, dia merungut2 sebab dia tak cukup duit. My parents bukannya org senang tapi atas dasar sayangkan anak and rasa kesian, my dad top up duit so that dia dapat beli kereta idaman dia.

Fast forward to 10 years later, dia boleh lupa pertolongan my dad. So korang boleh agak la yang dia belum bayar balik lagi my dad sebab dalam otak dia, apa yang dia ingat is dia beli kereta tu semua guna duit dia sendiri.

On top of duit beli kereta tu, dia jgk berhutang dengan my parents berpuluh2 ribu ringgit yang skrg ni dah masuk bertahun2 satu sen pun dia tak pernah bayar. Dia buat tatau je. Kalau tak mampu, duduk bincang la dengan parents, mintak maaf tak mampu bayar lagi. Ini sekali pun tak pernah. Bukannya kena bayar semua sekaligus. Bayar sikit2 setiap bulan pun tak apa. Kalau hutang dengan bank tau pulak bayar.

Tak cukup dengan berhutang, amekk duit my mom pun pernah. Dah la tak balas jasa mak bapak, kenang budi dorang pun tidak. Parents kita kerja kuat siang malam simpan duit untuk keperluan anak2, utk bekalan hari tua, utk dorang enjoy duit sendiri setelah penat bekerja and supaya tak menyusahkan anak2. Tapi my sister boleh selamba buat perangai celaka tak kisah and tak kesian langsung pada parents sendiri.

Dari dulu sampai skrg kalau dia nak komplen pasal keadaan ekonomi dia, sepuluh jam tak habis komplen mcm dia je la laki bini dua org yang tak cukup duit. Orang kalau betul2 duit tak cukup, tak ada beli mainan untuk anak2 setiap minggu, selalu pergi tengok wayang dengan budak2, berdating laki bini pergi tempat yang my parents dengan I pun tak mampu pergi and tak ada nya nak masukkan anak dalam kelas menari yang bukannya penting mana pun. Kelas memasak ke kelas taekwando ke ok la banyak faedah.

Memang mainan yang dia beli tu bukan mahal tapi kalau setiap minggu beli sebulan total jadi 50 ringgit jgk. 50 ringgit tu boleh je tolak hutang kalau ikhlas nak bayar. And kalau betul2 tak mampu, tak jadi apa pun budak2 tu tak dapat mainan, tak tengok wayang and tak belajar menari.

Benda2 mcm ni sebenarnya tak ada isu pun sebab itu duit dia, so apa dia buat, apa dia beli and kat mana dia makan dengan duit dia, itu hak dia. Tapi benda ni jadi isu besar sebab dia tak ada langsung rasa tanggungjawab nak berbincang pasal hutang, tak ada rasa peduli perihal kedudukan kewangan parents sendiri and tak ada rasa kasih pada parents sendiri memandangkan my dad dah pencen. Hutang dia adalah hak my parents and HUTANG ADALAH WAJIB DIBAYAR.

We all tak pasti dia ni sebenarnya acah sengkek sebab tak nak bayar hutang punya pasal, atau dia acah mewah sampai betul2 tak cukup duit. Tapi apa2 pun yang sebenarnya, laki bini ni dua2 tak reti malu. Kalau nak komplen pasal tak cukup duit and indirectly telling my parents dia tak mampu nak bayar hutang, jgn la cerita and tunjuk spend duit sana sini. Kenapa nak tambahkan skit hati dorang? Jgn curah minyak ke dalam api. Logik kan? Akal mana? Hati perut mana?

We all tau yang dia baru naik pangkat. Naik pangkat selalunya gaji pun naik kan. Happy news mcm ni org yang jujur and tak ada ulterior motive akan share dengan family. Tapi my sister tak share. We all suspek sebab dia nak terus acah sengkek sebab tak nak bayar hutang.

Bila my dad belikan makanan utk dia, dia bayar balik my dad tepat2 harga makanan dia je. Nak bagi duit lebih utk cover my dad punya share pun tak boleh. Punya la berkira. My dad yang dulu blur sikit pasal perangai dia makin lama makin nampak and adik I yang jenis cool pun dah bertambah2 rasa geram and meluat. Kakak I ni la puncanya my mom dapat bp tinggi. My mom pernah ckp kat i, i love her no matter what because she is my daughter but i don’t like her.

Bila dia dtg rumah my parents i memang rasa tak kuasa nak melayan cerita dia. Selalu nak mengata org mcm dia je yang pandai. So i selalu buat tak dengar and sibukkan diri main dengan budak2. Kengkadang tu tengok muka dia and dengar dia bercakap pun rasa meluat yang tak boleh nak describe. Tak sedar diri. Muka tak malu. Self-absorbed nak mam.

I tak tau if my sister follow or tak follow page ni. Tapi harap2 dia akan terbaca somehow. To my sister, do something about your hutang to Mama Papa, NOW. Hutang jgn ambik ringan. It’s serious in Islam. Google it. Also, sudah2 la kedekut and berkira dengan Mama Papa who have done so much for you. Cari keredhaan and keberkatan from them and from Allah. Apa2 yang you give to them, ganjaran yang Allah bagi to you will be berlipat ganda. The more you give, the more you gain.

If not in this world, in the hereafter inshaAllah dapat. Ni Mama Papa pernah ajar. Allah is still giving you a chance. Grab it and don’t waste it. We are lucky they are still around. Once they are gone, that’s it for us. Remember, Allah boleh balas to you dengan anak yang memperlakukan parents dia the way you buat dekat Mama Papa.

To all readers, jangan la kita selalu menyalahkan ibubapa bila seseorang itu berkelakuan jahat. Walaupun banyak kes kelakuan buruk manusia berpunca drpd tiada didikan sejak kecil, byk jgk kes yang didikan yang diberi hampir sempurna and sama rata tapi akhirnya anak2 yang dah dewasa berubah ke arah yang tidak baik.

Nama pun dah dewasa, dah besar panjang, so ada atau tak ada didikan kita semua dikurniakan dengan akal yang membezakan kita dengan haiwan. Kalau ada yang dapat tempias perangai my sister ni terdetik “mak bapak dia tak ajar ke?” I akan rasa teramat sedih.

– Your Sister

Lepas Je Abg Kahwin Mak Nekad Untuk Tidur Luar. Padahal Bilik Tidur Ada Dua. Terkedu Bila Malam Tu Bunyi Bising Smpai Kakak Tak Boleh Tidur. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Yang Abg Dengan Isteri Dia Buat Dlam Bilik Tu.

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin untuk perhatian yang sedikit ini. Kisah yang aku nak share ni, mungkin biasa2, tapi konflik ni selalu menganggu kehidupan para wanita sekalian. Jadi, jom mulakan penggembaraan ke dalam dunia aku.

Aku anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Aku ada Kakak, ada Abang, ada Adik. Lengkaplah kiranya hidup aku ni. Sepatutnya aku bersyukur, yes aku bersyukur sangat. Cuma kat sini aku nak ceritakan kisah akak aku. Yang aku rasa, kisah dia sangat tragis.

Kakak sulung aku tahun ni berusia 33 tahun, belum berumah tangga. Dulu Kakak aku sangat periang, dia rajin bawa kami jalan2 sebab dia takde kawan sangat untuk travel. Oh ya, Kakak aku misi, so nak cuti dengan kawan sama2 tu susah. So, aku dengan family lah yang untung. Sebab bila dia bawa jalan, dia sponsor semua.

Hidup dia macam tu je la, pergi kerja balik kerja, layankan family. Tapi aku masih tengok dia happy. Masa dia putus cinta pun barai, umur 25 tahun first time bercinta, and first time putus cinta. Memang separuh meroyan. Kesian dowhh dengan dia. Asal lah mamat tu. Okey lupakan. Dia banyak spend masa dengan Nenek untuk recover. And Alhamdulillah dia recover.

Dia mula berubah bila abang aku buat hal. Abang aku ni dia senyap tak banyak cakap sangat. Dia rapat juga dengan Kakak aku. Tapi one day, dia kata dia kena pergi kerja jauh. Which is keluar dari negeri yang kami duduk ni.

Mak Ayah puas larang, tapi since dia dah besar, Mak Ayah berat hati lepaskan dia pergi. Lepas dia pergi. Macam2 company pinjaman wang berlesen call. Ayah aku dah naik hantu, Mak aku berambu2 air mata hari2 menangis. Call dia tak angkat.

Jalan penyelesaiannya adalah bayar jugaklah. Kami keluarkan saving untuk bayar. Then Kakak aku paling banyak contribute walau dia marahh berbakul. Tapi sebab tak sanggup tengok Mak Ayah menangis, dia buat juga. Dia cuba ikhtiar cari abang aku, call tempat kerja kat sana tanya semua.

Dipendekkan cerita, dapat kesan abang aku. Kakak aku menangis teruk kot, aku tak pernah tengok dia menangis sebab dia hati kental, jiwa sado. Dapat tahu abang aku tidur pun tepi kaki lima jer kat sana. Dia usahakan bank in duit suruh abang aku balik rumah.

Sampai rumah, takde siapa persoalankan. Mak pun diam jer. Terima je la. Redha. Menanggung hutang jer lah lepas ni. Sebab tanya dia kenapa pinjam banyak sangat pun tak nak jawab. Dah malas nak layan. Lepas kes tu settle beberapa bulan jer, abang aku usulkan nak kahwin. Masa ni la Kakak aku naik meoyan dia. Perangai kau yang sudah orang belum lupa lagi, hutang pun belum settle, ni dah cakap nak kahwin.

Hari2 dia desak Mak aku untuk masuk merisik. Same goes to budak perempuan tu. Sampai Kakak aku rimas, suruh merisik cepat sebelum diaorang buat benda tak senonoh. Yang menaikkan lagi kemarahan Kakak aku bila abang aku belum ada kerja tetap. Dia kerja part time jer. Sedangkan hutang dia semua Ayah dengan Kakak aku yang cover. Kalau aku pun hangginn. Tiberr kau pulak nak kahwin.

Ye la, dah rezeki dia. Jodoh dia. Siapa kita nak menidakkan. Lepas abang aku kahwin, bertambah satu oktaf kemurungan Kakak aku. Mak Ayah aku kena la tidur ruang tamu sebab kat rumah ni ada dua bilik jer. Bilik pertama aku dengan Kakak aku. Bilik kedua dia laki bini. Bil rumah semua Kakak aku bayar, dia laki bini hulur duit kat mak je la. Yang mak taknak cerita berapa jumlahnya.

Segala macam nak repair kat rumah ni Kakak aku hulur duit, memang dia bayar. Mak aku boleh tahan dia demand, tengok Kakak aku dapat gaji lebih sikit dia minat langsir, sofa baru, kabinet la. Hurmm sabo la yeopp. Kakak ipar aku ni baik jer, cuma dia terlampau nak mengambil hati mak mertua, sampai nampak silap banyak kat Kakak aku. Kadang2 Kakak aku baru balik kerja malam, of course nak tidur. Dia dah ketung ketang kat dapur buat sarapan. Mulalah Mak aku bersuara.

“Anak dara tidur jer lah kerjanya.” Eeeii, kang aku jawab nampak berdosa. Mak memang jenis back up menantu. Sebab bagi dia, kena jaga hati diorg. Kakak aku terpisat bangun tolong buat kerja dulu baru tidur. Aku dah pergi kerja, memang mengelat la.

Kakak aku tak melawan, dia banyak diam sekarang. Kalau dia rasa semak, dia drive pergi rumah nenek aku. Lepak sana, kadang2 tidur sana. Takde sape kacau dia. Paling teruk kalau Kakak aku teringin nak makan something yang mak aku masak, Mak aku masak sedap tau. Ye la, kita punya craving tu kan semacam. Tapi dia tak dapat, nanti Mak aku marah

“Kena la belajar masak. Macam mana org nak ambik jadi bini mcm ni. ” Dan Kakak aku pun terus berlalu pergi dengan sepi. Kadang2 aku nampak dia terus keluar. Sebab nak nangis dalam bilik nanti aku keluar masuk mengacau. Aku tak reti comfort orang. Kesian dia.

Aku rasa macam nak bawa Kakak aku jumpa psychiatric jer sebab dia dah murung tahap melampau. Dia senyum tapi kosong. Dia tengok maharajalawak, tapi dia diam jer. Takde reaction weii. Apa jadi dengan deria dia? Aku ajak dia pergi cameron, cakap nanti aku belanja. Dia kata simpanlah duit kau nanti untuk kau honeymoon.

Selalu dia cakap, rumah orang tua2 boleh booking awal? Aku nak booking dulu la untuk aku. Aku pernah suggest, Kak, jomlah kita pergi kerja kat kl. Boleh enjoy. Release stress. Kau boleh ada ‘me time’. Dia jawab ‘Tak boleh, appoitment mak, appoitment nenek nanti siapa nak bawa pergi hospital. Ubat diorg sape nak tengokkan.’

Aku doakan dia jumpa lelaki yang sempurna untuk dia. Kakak aku baik sangat. Cuma dia terlampau menghambakan dia untuk keluarga. Pahala untuk dia tu banyak. Dia tak tau cari bahagia untuk diri dia. Bagi dia bahagia tu dtg bila kita bersyukur. Tapi aku kesian kat dia.

Oo btw Kakak aku ada mild epile psy tau. Dia kena bila stre ssed overload. Tapi so far tak menganggu kerja dia. Sebab stress tu macam dah resistant kat otak dia. Doktor pun cakap mcm tu, emosi dia celaru. Korang doakan Kakak aku tau. Semoga dia jumpa jodoh dia tahun ni. Dia memang garang sikit dengan lelaki. Sebab dia sangat overprotective. Doakan juga emosi dia sembuh dan emosi dia kembali stabil.

P/s: Aku tukar sikit2 dalam cerita ni. Sebab nanti dia baca. Aku tahu dia baca. Sebab dia selalu layan kat sini. Aku sayang kau Kak, aku hold dulu nak kawin, sebab aku nak kita kawin sama2. Aku nak misi aku bagi kau senyum bahagia dulu tercapai. Untuk pakwe aku, kau tunggu dulu.

Sumber – Bulan via iium