Kakak selalu bantu keluarga sebelum kahwin. Lepas kahwin terus berubah bila suami kakak tergamak buat dengan keluarga kakak dia sampaikan satu hari terbongkar rahsia suami kakak dia

Kisah Rumah Tangga

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ini cerita tentang Kak Long aku. Kak Long anak yang baik, sayang mak ayah aku, sayang adik beradik. Sanggup buat apa saja. Kami keluarga susah, ayah aku penoreh getah, mak tak kerja adik beradik bawah Kak Long ada 6 orang. Kak Long tau tanggungjawab dia besar. Jadi dia akan tolong keluarga sejauh mana yang dia mampu. Kak Long berhijrah ke bandar besar Kuala Lumpur dan dapat kerja kerajaan jadi kerani sekolah. Ikut kata mak aku Kak Long sebenarnya bijak pandai tapi sebab faktor kewangan Kak Long tak masuk university.

Kak Long memang baik hati, dia akan bagi duit belanja tiap tiap bulan pada mak ayah aku. Dan kalau balik kampung dia akan beli banyak sangat buah tangan. Kami adik beradik akan melompat suka, dapat baju baru, permainan duit belanja sekolah pun dia bagi juga, dia cakap duit extra ni sambil tersenyum. Lagi Kak Long akan beli coklat, gula2 byk sangat, buah2an macam orange, apple, anggur.

Kami keluarga susah jadi memang jarang ayah beli benda2 begitu. Time raya keluarga kami biasa masak lemang dengan rendang je. Itu jelah makanan kami, kuih2 almond london ke, tart ke, memang takde. Kalau teruk sangat masak bihun je. Kak Long lah yang beria siapkan kelengkapan raya. Dengan kuih muihnya dan baju raya kami. Dia taknak kami takde baju raya. Mulia nya hati dia ikhlas nak sukakan hati adik2.

Macam tu lah sikap Kak Long dari aku kecik sampai lah melangkah remaja. Dan semuanya berubah bila dia kahwin. Hidup dia bertukar 360 degrees. Suami Kak Long mula2 tunjuk dia suka keluarga kami, senyum2, gurau2 kami oklah. Tapi sekejap je lepas 3 bulan dia terus tunjuk true colour. Kami adik beradik pernah pegi KL singgah rumah Kak Long, time kami sampai suami dia siap jel1ng lagi masuk bilik dan tak bercakap dengan mak ayah aku.

Kurang ajar kan? Tak kurang ajar lagi tu. Dia boleh ejek keluarga kami ni orang kampung, miskin papa kedana. Kami adik beradik ni orang kampung bodh, belajar pun tak guna menghabiskan beras je. Aku pernah dengar dia cakap kat Kak Long ‘orang kampung ni memang bodh kan’. Time tu dia tgk jiran kami drive tak betul. Simple je bukan benda besar pun tapi bagi dia orang kampung semua bdoh, hulu, jumvd, puak kelas ketiga.

Pernah susu anak sedara aku habis Kak Long mintak aku pi beli, aku pergi la kedai. Balik tu aku dengar dia marah Kak Long dia cakap, ‘kenapa susu boleh habis, beli susu dekat kg ni entah susu berulat yang nak bagi makan kat anak tu kenapa? Aku tgk Kak Long aku senyap je, serba salah dia. Time tu aku belajar sekolah menengah aku pelik la juga dia ni kenapa sebenarnya.

Patut susu habis kau bapak kau lah pi beli. Aku yang beli ni kena marah pulak. Nampak macam psych0path pun ada menatang tu. Geram aku weh. Mak ngan ayah aku pun langsung dia tak respect. Dia siap kritik lagi mak ngan ayah aku, orang tua menyusahkan hidup isteri dia. Tapi mak ayah aku sabar je, kesian kat Kak Long, nanti berbalah Kak Long yang susah.

Abang aku tgh cari kerja kat KL tumpang rumah Kak Long aku sekejap (Kak Long stay kat kuaters kerajaan so bukan rumah dia) hmm memang kena paggil, biawak hidup, berbalah diorang laki bini. Suami Kak Long kerja apa? Dia anak orang kaya ke? Tak sebenarnya dia tak kerja. Dia asal orang kampung kat selangor Dengkil kot. Mak pak dia dah lama tak ada. Dia duda anak 2. Anak2 dia memang dia dump gitu je.

Dan dia main guna2 nak tundukkan Kak Long aku, supaya dengar cakap dia supaya Kak Long bela (tanggung) dia lah. Sebab tulah suami dia tak suka kami adik beradik sebab duit tu patut tanggung dia bukan tanggung mak ayah atau adik beradik kami. Aku pernah nampak dia buat Kak Long (time aku datang KL singgah sekejap rumah Kak Long), sebab dia mintak duit tapi Kak Long tak bagi.

So dia pang Kak Long aku banyak kali. Sampai duit rokk dia pun nak Kak Long yang bagi. Memang menyirap darh aku. Mula time dia kawin ngan Kak Long dia niaga tapi dia byk tidur dari kerja so kedai tutup. Keje itu ini last2 dia bawak teksi. Itu pun makan angin. Seronok2 je, sebab hari2 dia melepak dengan geng2 india mabk.

Kalau dapat duit, dia beli nombor ekor target dia nak dapat jacakapot yang 1 million tu tapi tak pernah dapat. Dan kalau dia stress dia akan minum ark sampai mabk. Nama dia dah blcklisted sebab hutang kredit tak bayar dan dia jugak ada pinjaman along. Itu pun Kak Long yang bayar. Nafkah Kak Long takde. Zero. Anak sekolah dia tak pernah ambil tahu.

Apa yang dia tahu dia ada cita2 tinggi dia nak duduk rumah banglow besar kawasan elite dan dia nak drive BMW atau Mercedez Benz. So dia boleh gain respect from everyone, dan dapat status hebat la. Dia kalau cakap semua datuk2 tan sri2 dia kenal. Me like Tan Sri kenal driver taxi? Meh? Whatever it is dia malas kerja, dia cuma suka tidur dan berangan.

Aku pernah dgr dia pujuk Kak Long beli BMW yang kastam rmpas so dia boleh arrange dengan kawan dia so dapat murah sikit. Dalam kepala otak dia cuma dia fikir status, dia try hard nak impress orang dengan dia.Kak Long aku yang sakit menanggung laki dia yang biawak hidup tu. Perbelanjaan byk. Rumah kuaters kena bayar juga, kereta 2 bijik, tv tak boleh yang biasa kena yang besar, bil2 utilities, astro laki dia nak yang pakcage semua ada tu movies, news , sports tak mahai tapi dia tak nak bayar, insuran Kak Long ngan anak lagi, belanja anak sekolah, hutang laki dia lagi macam2 lah.

Gaji kerani byk mana sangat. So Kak Long berniaga kecil2 utk tambah pendapatan. Semua benda dia jual, kerepek, kain baju, kuih2, supplement, top up pun dia jual. Lepas kerja biasa dia berniaga dan ambik barang nak jual. Dia angkut semua barang2 berat tu sorang2. Laki dia tidur atau minum kat mamak.

Kak Long memang kerja sehari2. Balik kerja balik niaga masak lagi utk laki dia. Rumah dia memang tak kemas sebab dia takde masa. Kesian sangat, aku sampai nangis tgk life Kak Long. Suami dia yang hidup free tu sibuk kucar kacirkan famili aku. Dia ftnh abang aku ambil duit niaga Kak Long aku, dia cucuk Kak Long supaya gaduh dengan kakak atas aku, dia ejek kakak aku andartu sebab tak kahwin lagi (now dah) dengan aku pun sama dia balah

So relationship kami adik beradik pernah jadi tak baik. Kak Long aku pun dah termakan hasutan suami dia, Kak Long banyak mengkritik mak aku. Mak macam byk menyusahkan dia la dia serabut, semua beban atas dia banyak la dia mengungkit sumbangan dia sebelum ni. Ayah ngan mak aku cakap lepas kawin Kak Long dah jarang2 bagi duit belanja tapi diorang tak kisah pun.

Biasa hari raya Kak Long tak balik kg dah, sian mak ngan ayah aku tunggu nak jumpa Kak Long nak jumpa cucu. Kalau Kak Long balik, dia balik sorang. Abang aku kahwin pun Kak Long tak balik. Sedih aku sedih sebab Kak Long bukan jenis macam tu dulu. Semua sebab suami dia. Kenapa la dia termakan kata2 suami dia. Dan aku terpikir kenapalah Kak Long tak mintak pisah je

Laki dia satu sen pun tak guna. Sikit demi sedikit, kami adik beradik jauhkan diri dari Kak Long. Rumah Kak Long lama dah kami tak jejak. After 20 years aku tgk dia dari aku kecik, remaja dan dewasa skrang ni aku tgk life Kak Long aku tetap sama. Sekarang dia dah pindah Sepang dah nak pencen dah 2-3 tahun lagi. Dia dah tua tapi life dia tetap macam tu, duit selalu tak cukup, ada je benda yang laki dia mintak.

Ya, dia masih membela laki biawak hidup tu. Kak Long masih pegi kerja dan masih berniaga. Mak ayah aku pun dah takde, Kak Long aku dah tak sihat, selalu sakit2. Sbb dia kerja kuat sangat, angkat barang niaga dia tu dari dia muda sampai ke tua. Effect sekarang la, time dah uzur ni macam2 pnyakit datang. Jantung, drah tinggi, diabetes tahlah aku sedih sangat tgk Kak Long.

Dia byk merungut juga pasal laki dia, dia sakit laki dia buat tak tau je. Anak dia belajar jauh jadi apa2 dia harap kat adik2 dia juga. Dia macam redha dengan apa yang jadi ,nampak dia sedih. Kadang dia termenung mungkin rindu ayah mak. Rindu time kami adik beradik kecik2. Laki dia pun dah tua, sakit2 juga.

Aku cerita ni sebab aku sedih, hidup Kak Long macam tu, dan Kak Long pun kadang solat kadang tak. Ya Allah aku sentiasa doa supaya ada kesudahan yang baik untuk Kak Long, semoga dia solat tak tinggal dan dapat gi haji insha Allah. Utk laki dia pun sama, aku doa ada hidayah untuk laki Kak Long tu. Sedih rasa, malam tahlil mak aku dia cabut lari balik KL. Sbb dia tak boleh dgr orang mengaji berzikir. Astagfirullah.

Ya hidup dia dari muda memang tak berubah tak solat, tak puasa, nauzubillah. Ya Allah moga ada hidayah utk mereka, mudahkan syurga mereka Ya Allah. Cukuplah laki dia sksa hidup Kak Long. Masya Allah.Akhir sekali nak cakap adik beradik aku semua menjadi, ada peguam, pegawai kerajaan, pegawai bank, cikgu, paling teruk pun kerani governnment. Aku pun baru balik UK buat master inshaa Allah lepas ni buat PHD. Bukan nak show off, tapi orang kg ke orang bandar ke, rezeki Allah yang bagi.

Kita rajin Allah bagi. Kita ada dream, apa2 je, make it realise, first mintak dengan Allah, cakap dengan Dia Yang Satu then usaha inshaa Allah, Allah tunjuk jalan. Apa2 Allah bagi syukur paling penting siapa pun kita di dunia ni CEO ke cleaner ke, makcik kantin ke, siapa kita bila di hisb di depan Allah tu yang paling penting, it all matters.Bawa Ferrari ke Bugati ke, viva ke, duduk banglow ke, PPRT ke, rumah kg siapa yang imannya tinggi kepada Allah itulah dia yang tehebat, inshaa Allah, may Allah bless us all.

Dari Kecil Kehidupan Aku Dikongkong, Kini Bila Dah Dewasa Aku Hidup Aku Susah. Aku Hanya Pandai Sekadar Diatas Kertas

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tujuan aku menulis di sini adalah untuk mendapatkan nasihat pembaca yang pernah melalui pengalaman yang sama.Aku seorang perempuan berumur 24 tahun, dibesarkan oleh ibu bapa yang over protective. Dari bangku sekolah lagi aku sering berada di kelas pertama dan dikelilingi oleh insan-insan yang berpersonaliti seperti aku i.e ulat buku, ‘nerd’, pendiam, cemerlang akademik. Disebabkan kami semua dikategorikan sebagai pelajar harapan sekolah, guru hanya menyuruh kami fokus kepada akademik.

Kami tidak perlu aktif dalam sukan, kelab dan persatuan. Kami diberi ‘A’ secara automatik bg aktiviti kokurikulum walaupun pada hakikatnya kami langsung tidak aktif. Itulah apa yang aku lalui selama 7 tahun aku di sekolah menengah (SPM + STPM).Aku tidak pernah bekerja sambilan semasa cuti sekolah. Ada pelbagai “alasan” mengapa aku tidak berbuat demikian antaranya ialah ibubapa melarng, aku tiada kenderaan hatta motor sekali pun, stesen bas agak jauh dan fizikal aku yg kecil (tinggi 145cm) menyebabkan aku rasa takut kerana kwsn perumahan aku dipenuhi warga asing.

Aku ada pengalaman diikuti oleh warga asing semasa berjalan berseorangan ketika pulang dari sekolah. Aku asal daripada keluarga susah. Aku kerap menangis sebelum tidur dan bertekad utk bekerja sambilan, tetapi aku tak mampu. Terlalu takt.Akhirnya aku hanya belajar bersungguh-sungguh kerana memikirkan itu sahaja yg mampu aku buat dengan baik. Setelah tamat STPM aku melanjutkan pelajar ke IPTA. Aku menjejakkan kaki di universiti dengan harapan utk mengatasi sifat takut utk keluar dari comfort zone. Tetapi satu pun harapan aku tak menjadi. Aku sekali lagi dikelilingi oleh insan-insan yang lebih cemerlang. Yang hanya study 24/7.

Kekuatan aku ialah study. Berjumpa dengan orang yg sama menyebabkan aku rasa selesa, dan tidak berbuat apa selain study. Aku menjadi mahasiswa 3K di universiti. Lebih malang kursus yang aku ambil bersifat teori dan kurang praktikal. Jarang sekali ada presentation atau perbincangan yang bersifat spontan. Pergi kuliah semuanya krik-krik sahaja membaca nota masing-masing sambil menunggu lecturer.

Selepas tamat belajar, aku mula bekerja dengan jawatan setaraf pegawai. Semasa bekerja barulah aku sedar betapa teruknya masalah aku. Aku kurang skills. Aku tak boleh berkomunikasi dengan baik. Apabila berhadapan dengan orang atasan yang berpangkat aku jadi speechless dan cepat gelabah. Aku jadi selective mutism. Tak boleh keluar perkataan dari mulut aku. Tersekat.

Tak cukup dengan itu, aku turut mengalami tremor hand menyebabkan aku dipandang seperti ada masalah. Rakan setugas fikir aku mengalami mntal breakdwn kerana tak mampu bercakap dan terketar-ketar. Selepas dua minggu, aku resign serta merta daripada company tersebut kerana perasaan aku yg meronta-ronta ingin keluar daripada situasi yg aku rasakan tak selesa dan memalukan.

Aku sudah berjumpa psikiatri, dan psikiatri mengatakan yang aku tidak punya masalah besar kecuali mild anxiety termasuk performance anxiety dan kurang keyakinan diri yang berpunca daripada ketiadaan skills penting utk hidup dan tiada kekuatan utk keluar drpd comfort zone. Psikiatri mencadangkan aku menjalani kaunseling dengan kos Rm 1** utk satu sesi tetapi aku tolak kerana keluarga aku susah.

Aku sedar yang masalah ini hanya aku sendiri yang boleh atasi. Aku sedar yg aku jadi begini kerana telah skip bahagian2 kehidupan yang penting. Jadi aku memerlukan bantuan dan nasihat pembaca sekalian utk mengatasi masalah yg aku kenalpasti di bawah sebagai penting utk aku mula bekerja kembali.

Apabila kita menjadi org atasan yg perlu bercakap, memberi arahan dengan anak buah yg ramai. Bagaimana kita hendak mengawal rasa cuak, rasa seolah dinilai, senyuman atau ketawa sinis anak buah yg mematikan keyakinan kita apabila bercakap. Bagaimana kita hendak hentikan fikiran dan perasaan negatif yg timbul semasa berada dlm situasi di atas dan selepas situasi berlaku (misalnya teringat kembali situasi tersebut sehingga terbawa-bawa di rumah)

Apabila bos menekan kita melakukan sesuatu di luar kebiasaan kita tetapi rakan sekerja atau pembantu kita sendiri tidak mahu memberi tunjuk ajar, menyebabkan kita terkontang kanting dan akhirnya dimarahi bos, diungkit status degree oleh bos. Bagaimana kita hendak menghalang diri daripada lari (resign) apabila perlu melalui situasi tertekan dan tidak selesa seperti ini, bagaimana untuk bertahan dan menjadi immune dengan tekanan?

Apabila kita perlu menegur atau menyapa orang terlebih dahulu. Bagaimana hendak membuang perasaan malu untuk menegur kerana bimbang teguran tidak dibalas atau dipandang sepi oleh orang lain? Tidak mahu orang lain memandang kita pelik kerana selama ini org melihat kita sebagai reserved, cold.

Apabila fizikal dan kelakuan kita tidak standard seperti org lain. Bagaimana utk merasa yakin dengan fizikal kita? Disebabkan aku rendah, aku merasa rendah, tidak profesional, tidak meyakinkan dan merasakan org susah respect aku sbb aku mcm kanak-kanak.

Apabila bercakap dalam bahasa inggeris. Aku boleh menulis dengan baik dlm bahasa inggeris. Tetapi apabila berkomunikasi aku tak boleh langsung. Aku tak boleh respon kalau people ask in english and aku jd all over the place. Nak cakap english rojak rasa tak sesuai dengan pegawai atasan. Nak cakap bahasa malaysia takut dipandang lekeh sbb rakan selevel yg lain semua speak english.

Entahlah, cakap Bi ke Bm ke pengakhirannya akan memalukan diri juga. See? Aku ni negatif orangnya. Last but not least. How to get rid of negative thought and live life positively?Pada segelintir orang, masalah aku mungkin tak besar, tetapi utk aku sendiri, aku rasa diri sgt tak berguna, rasa gagal dlm hidup. Kadang-kadang rasa tak nak hidup drpd menyusahkan ibubapa. Korang bayangkanlah, keluarga aku susah tetapi aku still tak mampu keluar drpd comfort zone skrg. Kalau org lain mesti dah angkut kain baju berhijrah dari hidup susah ke bandar besar.

Tapi aku? Walaupun peluang dh terhidang depan mata (ada tawaran kerja) tetapi masih gagal. Masih di takuk lama. Hati dan badan ingin keluar, tapi fikiran stuck. Boleh bayang tak? Perasaan tu hanya Tuhan je yang tahu.Terima kasih kerana sudi membaca. Korang tak perlu komen utk semua pertanyaan. Cukup utk pertanyaan yg korang tahu or pernah alami sahaja.

Dikala Dilanda Musibah, Kembalilah Ke Jalan Allah Dan Percayalah Pasti Ada Ganjarannya. Inilah Yg Terjadi Dalam Hidup Aku

Terletak elok duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan pula pada malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang.

“Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini?” kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sngsara.Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.

Teringat pula sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif.“Jika ada duit, adik nak makan apa?” tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita si kecil itu jika punya cukup belanja.
“Roti canai” jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.

Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah. Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini. Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi.

“Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih,” kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu, hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma. Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.

Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit. Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti ‘Ah Long’, menjadi pengawal keselamatan dan ‘house-keeping’ di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.

Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera. Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan ‘kerja’, namun saya tolak kerana menjadi ‘pusher’ dan jual paket-paket gnja, jadi ‘bouncer’ di kelb malam dan upah ‘menarik’ kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.

Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita. Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.

Saya bekerja di bahagian ‘script processing’ dan ‘data entry’. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari. Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda marah saya dengan tidak semena-mena.

“Kenapa baru balik? Pergi mana?” jerkahnya.“Sembahyang. Hari inikan Jumaat,” saya jelaskan dengan santun.“Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!”katanya tidak puas hati.Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan ‘solat’ di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim ‘bersidai’.

“Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!” kata saya melawan sambil tinggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang.Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang “Remiser” mengambil saya berkerja sebagai “Asistant” di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza – bukan di bawah telunjukknya lagi.

Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya.Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.Suatu malam, saya sudah tenggelm punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada. Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka.

Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan guru saya.“Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat,” ingat mereka kepada saya.Teresak-esak saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!

Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya…“Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka.”Ya, begitulah juga dengan saya, hanya pada Allah saya berharap. Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah.

Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka…Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga.

Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia, itulah Allah, yang amat menyayangi hmba-Nya.Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hmba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya. Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: “Aku berada di atas sangkaan hmba-hmbaKu.”

Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena.Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah ‘menyelamatkan’ saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang. Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.

Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu.Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya. Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya. Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.

Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya…Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjrit kelaparan. Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya.

Saya bersabar menunggu detik itu…Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata :” Mmm…sedap..”Dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk ‘mencarik-carikkan’ nurani saya. Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena.

Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “innalillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali).” (Al-Baqarah: 155-156).