Kakak sering pakai seluar yg ketat sendat sampai nampak celah celah. Tapi terkejut bila dia nk nikahhhhhhhh mama mmg tk kesah dan tk amek perduli lansung. Rupa rupanya ini punca.

Kisah Rumah Tangga

Firstly I minta maaf sebab cerita ni agak panjang. Kisah nya bila nak kata parents tak didik, tapi bila dah besar panjang perangai berubah jadi teruk. Kakak I salah sorang manusia mcm ni. Dari kecik kami adik beradik semua diajar jadi pembersih, tolong buat kerja rumah, bila dah besar berbakti kpd parents, n macam2 lagi didikan yang basic serta nilai2 murni.

Tapi bila umur dia mencecah 30, perangai dia byk berubah. I setuju Pn Melati ckp yang org mcm adik dia ni “dibenci dlm diam”. Sebab I memang ada rasa benci yang amat sangat pada perangai my sister. Ada satu masa dulu sebelum dia kahwin, dia buat my mom mcm maid dia. Baju dia semua my mom yang kena uruskan. Dia reti campak je dalam laundry basket and my mom la yang basuh, gosok, lipat and simpan semua baju dia. Dia balik rumah lepas kerja terus tidur.

Weekend pun tak lekat kat rumah. Rambut yang berkumpul atas lantai bilik and bilik air nak kutip buang dalam tong sampah pun dia tak boleh buat. Satu apa tak tolong. Acah ma’am besar dekat rumah parents sendiri. Lama2 my mom pun tak tahan la so dia biar je baju dia tak bergosok and berlipat. Padan muka.

Selalunya mak2 ni ada rasa excited + sedih sebab anak nak kahwin kan. Tapi my mom ckp dia tak rasa sedih langsung bila my sister nak kahwin. Dia rasa lega sebab my sister keluar drpd rumah dia. Skrg ni kakak I dah 40-an tapi perangai pengotor, pemalas, biadap tu masih ada. Dia bukan spesis mlwn cakap tapi dia jenis suka buat muka and suka mengeluh.

Sebelum kahwin my mom pernah tegur dia elok2 seluar dia ketat melampau sampai masuk celah p*p*t. Itu pun dia buat muka. Kalau dimarah cebik. Dia punya perangai mengada tu memang nak mintak penampar. Ada skali tu my mom nak tegur dia pasal something yang penting.

Memandangkan dia dah besar panjang and dah jadi mak dah, my mom tak nak la marah2. Nak ckp pun dengan husband dia skali. Lagipun marah2 ni penat, stress and mengeruhkan keadaan je. So my mom tegur elok2 je dengan nada bercerita siap gelak2 lagi sebab nak make sure tak ada nada marah2.

Sebagai seorang ibu, my mom yang ada perasaan nak jaga hati anak sendiri. Tapi my sister time tu la dia nak bangun duduk mengemas bag dia dengan menghempas2 barang and tak pandang langsung my mom. Depan anak and husband dia pulak tu dia buat perangai mcm tu. Elok sgt la tu. Esok lusa anak dia ikut perangai dia memang padan muka.

My mom ckp dia memang dari kecik lagi perangai dia tak boleh ditegur langsung. Acah perfect. Dulu sebelum dia kahwin masa dia nak tukar kereta baru, dia merungut2 sebab dia tak cukup duit. My parents bukannya org senang tapi atas dasar sayangkan anak and rasa kesian, my dad top up duit so that dia dapat beli kereta idaman dia.

Fast forward to 10 years later, dia boleh lupa pertolongan my dad. So korang boleh agak la yang dia belum bayar balik lagi my dad sebab dalam otak dia, apa yang dia ingat is dia beli kereta tu semua guna duit dia sendiri. On top of duit beli kereta tu, dia jgk berhutang dengan my parents berpuluh2 ribu ringgit yang skrg ni dah masuk bertahun2 satu sen pun dia tak pernah bayar.

Dia buat bodoh je. Kalau tak mampu, duduk bincang la dengan parents, mintak maaf tak mampu bayar lagi. Ini sekali pun tak pernah. Bukannya kena bayar semua sekaligus. Bayar sikit2 setiap bulan pun tak apa. Kalau hutang dengan bank tau pulak bayar. Tak cukup dengan berhutang, ambil duit my mom pun pernah.

Dah la tak balas jasa mak bapak, kenang budi dorang pun tidak. Parents kita kerja kuat siang malam simpan duit untuk keperluan anak2, utk bekalan hari tua, utk dorang enjoy duit sendiri setelah penat bekerja and supaya tak menyusahkan anak2. Tapi my sister boleh selamba buat perangai tak senonoh tak kisah and tak kesian langsung pada parents sendiri.

Dari dulu sampai skrg kalau dia nak komplen pasal keadaan ekonomi dia, sepuluh jam tak habis komplen mcm dia je la laki bini dua org yang tak cukup duit. Orang kalau betul2 duit tak cukup, tak ada beli mainan untuk anak2 setiap minggu, selalu pergi tengok wayang dengan budak2, berdating laki bini pergi tempat yang my parents dengan I pun tak mampu pergi and tak ada nya nak masukkan anak dalam kelas menari yang bukannya penting mana pun.

Kelas memasak ke kelas taekwando ke ok la banyak faedah. Memang mainan yang dia beli tu bukan mahal tapi kalau setiap minggu beli sebulan total jadi 50 ringgit jgk. 50 ringgit tu boleh je tolak hutang kalau ikhlas nak bayar. And kalau betul2 tak mampu, tak mt pun budak2 tu tak dapat mainan, tak tengok wayang and tak belajar menari.

Benda2 mcm ni sebenarnya tak ada isu pun sebab itu duit dia, so apa dia buat, apa dia beli and kat mana dia makan dengan duit dia, itu hak dia. Tapi benda ni jadi isu besar sebab dia tak ada langsung rasa tanggungjawab nak berbincang pasal hutang, tak ada rasa peduli perihal kedudukan kewangan parents sendiri and tak ada rasa kasih pada parents sendiri memandangkan my dad dah pencen.

Hutang dia adalah hak my parents and HUTANG ADALAH WAJIB DIBAYAR. We all tak pasti dia ni sebenarnya acah sengkek sebab tak nak bayar hutang punya pasal, atau dia acah mewah sampai betul2 tak cukup duit. Tapi apa2 pun yang sebenarnya, laki bini ni dua2 tak reti malu. Kalau nak komplen pasal tak cukup duit and indirectly telling my parents dia tak mampu nak bayar hutang, jgn la cerita and tunjuk spend duit sana sini.

Kenapa nak tambahkan skit hati dorang? Jgn curah minyak ke dalam api. Logik kan? Akal mana? Hati perut mana? We all tau yang dia baru naik pangkat. Naik pangkat selalunya gaji pun naik kan. Happy news mcm ni org yang jujur and tak ada ulterior motive akan share dengan family. Tapi my sister tak share. We all suspek sebab dia nak terus acah sengkek sebab tak nak bayar hutang.

Bila my dad belikan makanan utk dia, dia bayar balik my dad tepat2 harga makanan dia je. Nak bagi duit lebih utk cover my dad punya share pun tak boleh. Punya la berkira. My dad yang dulu blur sikit pasal perangai dia makin lama makin nampak and adik I yang jenis cool pun dah bertambah2 rasa geram and meluat.

Kakak I ni la puncanya my mom dapat bp tinggi. My mom pernah ckp kat i, i love her no matter what because she is my daughter but i don’t like her. Bila dia dtg rumah my parents i memang rasa tak kuasa nak melayan cerita dia. Selalu nak mengata org mcm dia je yang pandai. So i selalu buat tak dengar and sibukkan diri main dengan budak2.

Kengkadang tu tengok muka dia and dengar dia bercakap pun rasa meluat yang tak boleh nak describe. Tak sedar diri. Muka tak malu. Self-absorbed nak sangat. I tak tau if my sister follow or tak follow page ni. Tapi harap2 dia akan terbaca somehow. To my sister, do something about your hutang to Mama Papa, NOW. Hutang jgn ambik ringan. It’s serious in Islam. Google it.

Also, sudah2 la kedekut and berkira dengan Mama Papa who have done so much for you. Cari keredhaan and keberkatan from them and from Allah. Apa2 yang you give to them, ganjaran yang Allah bagi to you will be berlipat ganda. The more you give, the more you gain.

If not in this world, in the hereafter inshaAllah dapat. Ni Mama Papa pernah ajar. Allah is still giving you a chance. Grab it and don’t waste it. We are lucky they are still around. Once they are gone, that’s it for us. Remember, Allah boleh balas to you dengan anak yang memperlakukan parents dia the way you buat dekat Mama Papa.

To all readers, jangan la kita selalu menyalahkan ibubapa bila seseorang itu berkelakuan jahat. Walaupun banyak kes kelakuan buruk manusia berpunca drpd tiada didikan sejak kecil, byk jgk kes yang didikan yang diberi hampir sempurna and sama rata tapi akhirnya anak2 yang dah dewasa berubah ke arah yang tidak baik.

Nama pun dah dewasa, dah besar panjang, so ada atau tak ada didikan kita semua dikurniakan dengan akal yang membezakan kita dengan haiwan. Kalau ada yang dapat tempias perangai my sister ni terdetik “mak bapak dia tak ajar ke?” I akan rasa teramat sedih.

– Your Sister

Tergamam Bile Kakak Kandung Sendiri Bagi Benda Nih Dekat Adik. Terkejut Bila Tetiba Je Perottttt Adik Jadi Bulat Mcm Mengandong Ank Kembarrrrr Sepulohhhhh. Haid Pulak Berbulan Dtg Tak Berhenti. Terkedu Rupanya Dalam Diam Ini Yg Kakak Kandung Dia Buat.

Foto sekadar hiasan. Kisah yang akan aku ceritakan ini adalah dari kisah benar dan perkongsian ini boleh dijadikan teladan bagi orang lain. Cerita ni agak panjang, sebab kalau nak aku ringkaskan, takut tak faham jalan ceritanya.

Nama aku Fasha (bukan nama sebenar) aku ni ade 5 orang adik beradik dan aku no.4 perempuan.. Atas aku semua kakak yang dah berkahwin. No.5 adik aku lelaki. Cuma aku dan adik aku sahaja belum berkahwin sehingga kini.

Kisah ini, terjadi masa umur aku 21 tahun. Umur aku tersangatlah muda waktu aku diberi ujian yang maha hebat ini oleh pencipta aku sendiri (ALLAH S.W.T) dan kisah ini juga masih berlarutan sehingga kini 8 tahun dah.

Aku sangat rapat dengan kakak aku No.1, No.2 serta adik aku No.5, Lagipun mana-mana pun aku pergi semua cakap kami macam kembar. Aku keturunan sheikh, Nak cakap cantik sangat tu mcm bidadari tak delah cantik sampai tahap macam tu. Cuma sedap la mata orang yang memandang aku.. Bapak aku pula berkahwin dengan orang kampung biasa. Mak aku orang kedah.

Ok berbalik cerita tadi, kami semua muka sama kecuali kakak aku yang No.3 dia banyak ikut keluarga sebelah mak aku lagi pun peragai/sikap dia lain dari kami adik beradik.

Masa aku meningkat remaja dia banyak buat hal dan susahkan mak bapak aku. Dia liar sikit, tak balik rumah sampai mak bapak aku tak tidur malam sebab risau takut apa-apa jadi dekat dia. Aku ni tak la rapat sangat dengan dia dari kecil asyik bergaduh kerja kami tapi aku pun tak jahat. Aku banyak tau rahsia dia tapi aku sikit pun tak pernah nak mengadu dekat mak bapak aku.

Kalau dia tak balik rumah bapak aku selalu tanya aku, bapak aku selalu cakap aku bersubahat dengan dia. Setiap kali dia tak balik aku lah orangnya yang menjadi sasaran rotan oleh bapak aku sendiri tapi aku tak pernah berdendam aku faham orang tua aku tengah risau pasal dia.

Aku shortkan cerita la yer.. Kisah aku ni terjadi masa kakak aku No.3 ni baru nak kahwin. Kakak aku yang 1st and 2nd dah selamat kahwin dah siap ada anak lagi dah masa tu. Perkahwinan dia, bapak dan mak aku sponsor sebab dia ni memang tak kerja. So, bapak aku suruh dia cari duit baju kahwin sahaja. Masa tu pulak dia kekurangkan duit, jadi dia call aku minta pinjam RM250.

Aku pulak masa tu baru habis belajar dan baru start kerja di TMpoint Ampang tapi tak lama aku kerja kat sana pun dalam 3 bulan macam tu. Aku dapat Offer lain. Aku ni minat sangat nak jadi pramugari dan aku dah lepas Stage-stage interview sehingga Mas Airlines suruh aku buat medical check up jer masa tu. Ok berbalik pada cerita tadi, aku baru start kerja so company bagi aku cheque dan suruh aku buka account bank yang company tu guna.

Aku memang nak bagi dia pinjam duit tapi masalah aku kena tunggu cheque clear 3 hari. Nak dijadikan cerita, aku pun call kakak aku yang No.2 minta tolong. Aku cakap kakak aku no.3 nak guna duit nanti aku dapat gaji aku terus bayar dekat kakak aku no.2 tu.

So, biarlah kakak aku no.3 tu berhutang dengan aku. Aku pun beritahu dekat dia tentang hal ini tapi dia marah aku macam-macam dia cakap aku ini tak boleh nak diharap dan tak nak bantu dia. Apa yang buat aku sedih bakal abang ipar aku yang nak kahwin dengan kakak aku no.3 ni pun turut marah2 aku..

Sepatutnya, aku yang kena marah sebab dia minta duit aku tapi sebaliknya pulak. Yang buat aku lebih terkilan bakal suami dia masuk campur hal kami adik beradik dan dia sikit pun tak backup aku malah marah aku bertubi-tubi.

Sepatutnya, aku yang jadi pengapit dia kahwin nanti tapi bila dia dah marah aku macam-macam sebagai adik aku merajuk lah, aku cakap yang aku tak nak jadi pengapit hang.. Bakal abang ipar aku dengar dia marah aku dalam telefon dia cakap ade aku jemput ko datang kenduri kahwin aku?? Aku pun balas lah balik dekat dia, aku cakap yang aku pun ada maruah kalau orang tak jemput aku pun tak ingin nak datang.

Bakal abang ipar aku cakap yang dia haramkan sebutir nasi kenduri kahwin dorang masuk dalam mulut aku. Dan aku balas aku cakap aku haramkan selangkah kaki aku jejak majlis dorang. Aku memang tak balik langsung kampung aku masa majlis dorang. Aku pun dah tak ambil tahu hal dorang..

Lepas dorang kahwin dalam 3 bulan macam tu kakak aku ni mengandung. Dia call aku minta maaf pasal kejadian tu dan aku pun sebagai adik maafkan lah kakak aku ni dan kami planning nak balik kampung sama-sama sebab sepupu aku nak berkahwin pulak. Aku pun cakap lah kita balik hari jumaat malam lah naik bas sebab abang ipar aku tu kerja jadi tak boleh nak balik sekali.

Sepatutnya hari jumaat kami balik tiba-tiba kakak aku call khamis tu cakap kena balik khamis malam juga sebab abang ipar aku ni kena kerja jumaat malam tu. Aku pun kelam kabut kemas bag baju terus pergi Klang naik bas kat sana.

Kakak aku ni agak kedekut sikit lah dalam kami adik beradik, tapi malam tu dia baik sangat dengan aku. Dia belikan aku tiket bas, dia cakap dengan aku jangan beli air mineral sebab dia dah sediakan untuk aku. Aku memang tak fikir apa-apa pun sebab kakak kandung sendiri kot..

Aku ni seorang yang takut pada kegemukkan dan aku memang jaga badan aku, pukul 7 malam ke atas aku tak akan sentuh apa-apa makanan pun. Aku cuma akan minum air masak sahaja. Tapi malam tu, kakak aku cakap lah yang abang ipar aku ni bekalkan roti sardin yang dia buat sendiri. Kakak aku pelawa aku makan tapi aku memang tak makan malam.

Kakak aku cakap tak baik tau kalau ibu mengandung teringin nak makan sama-sama dengan adik sendiri tapi aku menolak. Untuk nak jaga hati kakak aku yang tengah mengandung tu aku pun makan lah. Yang aku pelik, aku makan tak ingat dunia.

Sesampainya kami dekat kampung, aku macam biasa jer tapi keesokan harinya, Aku tengah tidur dengan kakak aku tu lah dalam bilik, tiba-tiba aku terjaga pukul 3 pagi tepat. Aku rasa ade orang tengah cucuk perut aku sampai pedih hulu hati. Aku pergi tandas aku mntah cairan merah. Aku mntah banyak tapi aku tak beritahu dekat mak bapak atau adik beradik aku langsung. Aku keluar tandas, kakak aku No.3 betul-betul ada depan pintu tandas aku dalam keadaan tegak berdiri sambil menunduk tapi tak cakap apa-apa pun.

Aku yang tengah sakit ni tak tegur dia langsung. Aku pun masuk dalam bilik ambil minyak panas sapu dekat perut aku, dia boleh selamba masuk bilik tak tanya atau bercakap dengan aku langsung terus main mesej dengan laki dia.

Aku dah start tak boleh tidur masa tu bila aku tidur mengiring sakitnya hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu. Jadinya, aku terpaksa tidur duduk. Keluarga aku tanya kenapa muka aku pucat?? Aku cuma bagi alasan aku gastrik.

Walaupun, keadaan aku tak berapa nak sehat aku tetap pergi kenduri sepupu aku tapi aku tak boleh nak menjamah walau sedikit pun makanan. Selepas kenduri, kami sekeluarga dengan auntie2 aku semua plan trip ke langkawi. Masa tu aku memang dah rasa badan aku lain sebab aku asyik mntah cairan merah tak berhenti-henti tapi aku ni bongok tak cakap dekat sesiapa pun!

Selepas balik dari langkawi, aku pun tidur lagi 2 malam dekat rumah keluarga aku masa tu aku tengah layan dengan kakak-kakak aku drama Tentang Dhia (Nora Danish dan Ady Putra berlakon TV3 pukul 7mlm). Dalam cerita tu mak Ady Putra buat buatan orang kat Ady Putra anak dia sendiri supaya berpisah dengan Nora Danish. Kakak aku no.1 tu emosi cakap lah anak kandung sendiri pun nak bomohkan apa punya mak la macam ni dasar syaitan!! Waktu tu pulak azan maghrib, tiba-tiba kakak aku no.3 ni menjerit macam orang tak betul..

Aku yang dengar azan ni tetiba rasa panas nak teruk dan secara spontan aku lempang muka kakak aku no.3 ni. Kecoh 1 rumah kami bergaduh teruk dan mak bapak aku masuk sebelah dia ni sebab dia mengandung. Aku yang tak pernah tinggi suara atau menjawab apa yang mak bapak aku marahkan ni secara spontan waktu maghrib tu aku hilang rasa hormat dekat mak dan bapak aku sendiri.

Lepas dah bergaduh malam tu jugak aku packing barang aku terus balik KL. Mak aku cakap, kalau aku balik malam tu juga jangan dah balik rumah ni lagi, aku dengan kurang ajarnya jawab “Hey orang tua, kalau ko dah takda pun tak ingin aku jejak ziarah ko”

Ya Allah, aku memang tak sedar apa yang aku cakap waktu tu dan malam tu juga aku balik Kl tanpa hiraukan mak bapak aku. Sesampainya, aku di KL aku baru tersedar yang aku dah jadi anak yang derhaka kepada dua orang tua aku tapi aku langsung tak telefon minta maaf walaupun aku bersalah.

Lepas 3 hari aku balik KL, aku bangun tidur perut aku besar macam orang mengandung lebih dari 9 bulan, baju aku semua tak muat. Aku pergi hospital Al-ISLAM buat check up dan scan perut, check cairan merah semua normal. Setiap malam pukul 3 pagi aku mntah cairan merah. Waktu siang aku kesejukkan dan waktu malam panas macam aku dibakar. Aku buka aircond dan kipas tapi masih terasa panas.

Housemate aku ni orang Sarawak, dia suruh aku pergi perubatan islam, jadi aku pergi Darul Syifa, dari pukul 10 pagi aku tunggu giliran aku sampai pukul 7 malam baru ustaz panggil aku. Ustaz tak nampak no aku ibarat dah ditutup nama aku dalam senarai menunggu.

Lepas rawatan ustaz cakap aku tak kena apa-apa gangguan pun! Aku dengan rasa kecewa otw balik rumah masa tu dalam kereta kawan aku drive dan aku tertidur aku mimpi gunting nak cucuk dahi aku, terkejut terus terjaga dan kereta yang kawan aku bawa hampir hilang kawalan.

Sesampai aku dirumah. Aku baru nak tidur, aku baru nak ambil bantal letak atas badan aku sebab aku terpaksa tidur terlentang sebab aku tak boleh tidur mengiring. Masa aku nak ambil bantal aku nampak lembaga hitam besar berbulu.

Dia terkam aku, mata aku bertentang dengan makhluk tu sampai aku tak boleh nak cakap apa pun, bila mata aku berkedip lembaga hitam tu hilang dan aku macam orang histeria lari keluar rumah dan kebetulan kawan aku yang orang Sarawak tu balik rumah jumpa aku dan cuba tenangkan aku!

Malam tu aku tidur dengan dia sebilik. Keesokkan harinya perut aku makin besar dan kaki aku bengkak tak boleh nak berjalan dah tapi aku gagahkan juga berjalan. Kawan aku pulak lagi 3 hari dia nak balik kampung dia jadi tinggal la aku seorang kat rumah. Masa ni, aku dengar bunyi macam-macam. Bunyi guli jatuh, bunyi orang main suis lampu dan bunyi perempuan menangis di luar bilik aku.

Walaupun keadaan aku sakit teruk yang teramat sangat, aku tetap gagahkan diri aku pergi berubat. Aku sanggup pergi ke johor seorang diri, semata-mata untuk berubat dalam keadaan aku yang tak boleh nak berjalan, perut besar macam orang mengandung serta kaki bengkak yang teramat-amat. Setiap tidur aku pasti tak lena sebab aku mimpi pelik-pelik..

Ular hitam, aku terjatuh dari bangunan yang tinggi, buaya nak baham aku, kepala aku hampir nak terputus kena kipas angin, binatang yang berduri kejar aku, aku makan dalam tandas dan banyak lagi mimpi-mimpi aku. Lagi aku berubat lagi teruk keadaan aku, dah berubat si setiap negeri tapi hasil tetap sama malah makin teruk dan orang yang berubat aku semua cakap yang dia tak mampu untuk ubatkan aku kerana orang ni guna bomoh orang asli untuk musnahkan hidup aku dan nak aku pergi buat selama lamanya! Benda yang dia hantar kepada aku adalah Santau Busung Angin!! Ya Allah, jahatnya hati manusia ni..

Aku tak tahu apa salah dan dosa aku. Ade yang boleh ubatkan aku orang Pahang tapi dengan syarat aku mesti pulangkan semula sihir tersebut andai aku ingkar, Kalau terjadi lagi sekali lagi dekat aku, dia dah tak boleh nak tolong aku.

Tapi aku cakap tak apa tolong ubatkan aku sahaja dan jangan sesekali pulangkan sihir tersebut kerana aku masih ada agama dan aku tak nak aku sama macam orang tu syirik. Selepas berubat aku memang sembuh, perut aku turun terus dan aku dah jadi normal.

Keesokan harinya, aku bangun tidur perut aku lagi membesar dan haid aku tak berhenti keluar selama 3 bulan berturut-turut. Keadaan aku masa tu, macam patung hidup. Masa tu jugak aku call mak bapak aku ceritakan perkara sebenar dan minta maaf dekat dorang.

Part 2 akan menyusul.

Mak aku pun cakap dia pun rasa aku lain sebab aku bukan jenis anak yang melawan cakap orang tua. Sesampai aku di kampung, keluarga aku terkejut tengok keadaan aku dan bapak aku antara percaya dan tak yang aku terkena buatan orang. Bapak aku bawa aku buat lagi sekali full medical checkup tapi hasil tetap sama tiada sebarang penyakit.

Bapak aku bawa berubat, masa berubat aku pengamal tu cakap depan bapak aku sendiri. Yang buat aku ni adalah sedaging yang tengah mengandung anak perempuan dan secara automatik aku terus tersebut nama kakak aku no.3 ni.

Bapak aku hanya mampu beristifar dan pengamal tu cakap suami isteri yang buat aku!! Yang suami (abang ipar) dah lama menaruh hati dekat aku tapi tak berani nak luahkan sebab dia tahu aku akan menolak. Yang perempuan pulak (kakak kandung aku sendiri No.3) memang tak puas hati dengan kecantikkan serta kelebihan yang aku ada. Jahat dan tersangatlah jahat!!!

Selepas berubat, aku terasa badan ringan sangat sampaikan aku jalan rasa nak terjatuh. Yerlakan selama ni berat jer aku bawa badan aku ni, tapi perut aku tak turun-turun dan aku boleh gelakkan pengamal tu lagi. Aku cakap, “Engkau bukan tandingan aku!!”

Selepas aku berubat, aku makin teruk dan duduk rumah keluarga aku sendiri, aku jadi panas dan aku hilang pertimbangan. Hari-hari aku makan seperiuk nasi dan 10 biji telur rebus. Aku makin teruk dan teruk. Bapak aku selalu akan baca Al-Quran sampai aku tertidur. Aku dah lama tak tidur malam sebab panas, lepas subuh baru aku akan tertido tapi hanya 3 jam. Mata aku dah hitam teruk macam panda dah.

Setiap kali bapak aku baca Al-Quran sebelah aku, akan menangis suruh hentikan baca Al-Quran. Aku pernah nak cucuk bapak aku dengan pisau. Seluruh negeri aku berubat hinggakan tahun berganti tahun aku tetap tak sembuh malah makin hari makin hebat dugaan hidup aku dan makin sakit.

Aku hampir nak bahayakan nyawa sendiri kerana aku dah takda akal, aku telan pil Jamu 30 biji sampai biru bibir aku. Bapak aku perasan perubahan aku dan nampak botol pil tu atas katil lalu aku ditampar oleh bapak aku sendiri dan bapak aku jolok tekak aku. Ya Allah ampunkan lah dosa-dosa aku kerana aku betul-betul hilang kawalan!!

Aku berubat lagi tapi makin teruk. Aku call kakak aku no.3 minta ampun maaf dan aku sanggup sujud dikaki dia 7 hari 7 malam andai aku pernah sakitkan hati dia tapi dia marah aku. Dia tak mengaku langsung malah dia beritahu semua kenalan dan kawan-kawan aku, mengandung anak luar nikah.. Malunya aku hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu!

Sudahlah dibomohkan malah difitnah pulak aku ni. Start dari hari tu juga kesabaran aku dah sampai puncak, aku berdoa sedalam dalam hati aku masa dia nak beranak nanti akan ada masalah. Itu doa orang yang teranaiya oleh aku.

Sepatutnya, dia beranak normal tapi dia terpaksa operate. Anak dia sehingga kini tak boleh bercakap langsung. Setiap kali aku berubat dia pasti akan tambah dan tambah buatan dia dan apa yang menyedihkan aku, makin kurang ajar dengan orang tua aku dan rumah tu makin hari makin panas. Hingga aku buat keputusan untuk balik ke KL. Biarlah aku sakit seorang diri dari aku jadi anak yang derhaka!

Walaupun, aku dah balik Kl gangguan tetap ade dan hari-hari aku penuh dengan gangguan aneh. Pernah aku tengah sikat rambut dekat cermin, benda tu dah berani tunjuk diri dia. Dia boleh jalan selamba belakang aku! Benda tu perempuan, hitam rambut panjang sampai lantai bila aku toleh dia tak ade.

Aku ni dulu penakut teramat-amat tapi bila dah bertahun benda ni asyik menghantui aku, dah jadi biasa dan hijab aku dah terbuka sehingga kini. Keadaan aku makin hari makin teruk dan aku dah redha andai masa aku dah tiba. Aku pun ade call mak bapak aku minta halalkan semuanya dan minta ampun maaf andai selama aku hidup ni banyak aku sakitkan hati dorang.

Mak bapak aku cakap andai ni takdir hidup aku dorang redha. Oh lupa aku nak cerita, masa bapak dan mak aku tahu yang buat aku kakak aku sendiri, mak aku tanya kakak aku tapi dia tak mengaku!! Mak aku sampai tak hiraukan dia tapi aku cakap dengan mak aku jangan disebabkan aku, mak berdosa sebab bahagikan kasih sayang.

Siapalah kita untuk membalas dia biar Allah S.W.T sahaja yang membalas. Sebagai mak dan bapak jalanilah tanggungjawab seperti biasa sebab aku tak nak mak aku kena jawab di atas sana nanti. Aku cakap biarlah ni antara aku dan dia sahaja.

Tahun ke 5 aku masih sakit, kakak aku no.2 call katanya ada ustaz nak ubatkan aku dan suruh aku balik kampung secepat mungkin sebab nyawa aku dihujung tanduk. Ustaz tu suruh kakak no.2 tanya aku, betul ke ade gagak dekat balcony rumah aku?

Memang gagak hitam tu ade kat situ dah 2 hari asyik memekak jer dan ustaz suruh aku balik sekarang juga dia akan buat dari jauh supaya gagak tu hilang dan ustaz pesan dengan aku andai gagak tu patuk kepala aku nyawa aku akan melayang!

Dalam keadaan aku yang lemah, kaki aku bengkak macam gajah dan perut aku membesar macam orang mengandung kembar 8 anak, aku gagahkan juga naik LRT ke stesen bas dan balik ke kampung. Ustaz ade berpesan jangan sesekali tidur dalam bas tapi aku memang dah tak larat. Masa aku dalam perjalanan balik ke kampung, aku tertidur dan bermimpi bas yang aku naik terbalik.

Bas tu terbelah dua dekat seat yang aku duduk tu. Kiri kanan aku lori yang bawa besi macam terowong tu. Besi terowong tu nak cucuk jantung aku tapi Allah masih sayangkan aku, kakak aku no.2 call. Bila aku tersedar aku tahu tu bukan mimpi malah betul-betul hampir terjadi. kiri dan kanan aku lori yang sama dalam mimpi aku. Bagi aku, itu petunjuk kecil dari Allah S.W.T

Driver bas tu macam tahu ade yang tak kena dekat aku. Sepanjang perjalanan driver bas buka surah2 Al-Quran sekuat-kuatnya sehingga sampai kampung aku. Mungkin driver bas tu kena ganggu kot kan? Sampai aku kat kampung terus kakak no.2 aku bawa jumpa ustaz, cakap kalau ikutkan aku dah lama tak ada tapi disebabkan aku ade penjaga keturunan sebelah bapak aku yang dah lama jaga aku tu yang aku masih hidup sehingga kini.

Ustaz cakap, benda diia cuba hantar dari jauh tapi tak boleh masuk sebab aku ada orang jaga cuma aku ni biasalah jiwa muda solat tak solat. Kadang cukup 5 waktu, kadang tak cukup. Benda yang jaga aku ni pulak kena solat, mengaji baru dia boleh dekat dengan aku!

Disebabkan tak boleh nak buat aku dari jauh sebab tu dia gunakan makanan supaya jadi daging dan tanam benda dalam perut aku! Selepas beberapa rawatan dengan ustaz ni, Alhamdulillah aku makin pulih dan sembuh cuma perut aku tak turun sepenuhnya lagi hingga kini.

Aku ada bertanya dengan ustaz siapa yang buat aku untuk kepastian sebab antara orang yang cuba bantu aku, dengan ustaz ni seorang aku percaya apa yang dia cakap.. Tapi ustaz tak nak beritahu aku, dia cakap cukuplah dia seorang sahaja yang tahu. Kalau aku betul nak tahu, aku kena amalkan 7x Al-Fatihah, 7x Ayat Kursi, 3 Qul dan doa sedalam-dalam hati aku nak tahu siapa yang buat aku dengan niat nak mengelak dari jumpa or rapat dengan orang yang buat aku ni.

Akhirnya, 3 malam aku bermimpi kakak dan abang ipar aku no.3 ni. Aku mimpi dia baik sangat dengan aku, tapi aku pulak yang jahat dalam mimpi tu. Dia dan abang ipar aku bagi aku makan ayam seekor dekat rumah peremouan lorong, bagi aku makan dekat dalam tandas dan belikan aku macam-macam.

Setiap apa yang aku mimpi semua berkaitan dengan dorang. Untuk pengetahuan, aku dah 8 tahun tak balik raya di kampung sebab setiap tahun mesti kakak aku no.2 tu akan balik rumah mak bapak aku. Selama 8 tahun juga aku beraya seorang diri. Raya ke 4 baru aku balik kampung itu pun kakak aku no.2 tu dah balik Klang.

Selepas aku sihat sikit, bapak aku pun buka cerita. Masa aku dalam perut mak aku lagi ade orang tua minta izin dekat bapak aku nak jaga aku tapi bapak aku tak izinkan. Setiap malam, aku pasti akan jalan dalam tidur seolah olah ade orang panggil aku tapi bapak aku akan tidur depan pintu bilik supaya dia sedar kalau aku berjalan keluar.

Ustaz pun ade beritahu aku yang aku ni orang teristimewa yang orang lain tak ada tapi aku ada. Ustaz cakap dekat aku selama ni ade orang yang sentiasa jaga aku tapi disebabkan aku dah termakan benda yang dia hantar kat aku, orang yang jaga aku tak boleh buat apa pun dah. Lagi pun, masa period aku 3 bulan non stop aku dah was-was nak solat.

Selepas aku sembuh sedikit, aku dapat petunjuk sendiri cara orang yang buat aku. Dia guna patung dan kata. Dekat badan patung tu penuh dengan jarum, setiap kali bomoh orang asli tu cucuk patung tu aku yang akan sakit!! Katak pulak siang dia rendam dalam tempurung, malam dia salai sebab tu aku panas.

Untuk pergetahuan semua, aku dilahirkan dalam perjalanan ke hospital betul-betul depan masjid. Masa aku lahir azan berkumandang dan orang yang minta izin bapak aku untuk nak jaga aku adalah orang bunian. Lepas aku sembuh sikit dari sakit, aku mimpi aku pakai baju kurung warna putih dan kain baju kurung tu macam orang-orang lama dan kain kurung tu jenis putih bersih.

Sejak Aku mimpi aku terima kain kurung tu, aku mimpi dekat kepala aku sebelah kiri setiap helaian rambut aku di tanam benda macam serbuk buluh sebab tu kepala aku asyik gatal dan rambut aku yang lebat makin nipis disebabkan gugur.

Aku dah boleh ubatkan diri aku sendiri tapi aku tak tahu macam mana nak pecahkan angin-angin dekat perut aku. Ustaz pun ade cakap yang dia dah sedaya upaya ubatkan aku cuma dekat kemaluan aku ade sekor jin ni duduk.

Ustaz tak boleh buang, andai dia buang juga ibarat dia dah bersetubuh dengan aku. Sehingga kini, perut aku masih buncit tapi tak dah macam dulu sekarang macam orang mgandung 3 bulan macam tu. Ade masa perut aku akan cegang macam nak pecah tapj ada masa dia normal. Aku tak lah sehat sepenuhnya tapi ni pun aku dah bersyukur.

Aku bawa diri aku jauh dari Malaysia sebab bila aku dekat sini (luar negara) kesihatan aku makin baik dan tiada guna aku balik Malaysia lagi sebab bila tiba hari raya aku tetap raya seorang diri! Biarlah aku bawa diri dan jauh dari keluarga aku sendiri andai kakak aku no.3 tu puas hati dan aku tak nak jadi anak yang derhaka dengan orang tua aku.

Sebab sampai sekarang balik rumah tu aku jadi panas walaupun aku tak seteruk dahulu. Aku dah redha dengan takdir hidup
aku dan aku pun dah redha andai aku tak diberi kesempatan untuk menjaga kedua-dua orang tua aku.

Tapi setiap bulan, aku tak lupa tanggungjawab aku sebagai anak dengan memberi nafkah untuk kedua-dua orang tua aku walaupun aku tahu kedua orang tua aku punyai duit sendiri. Aku tahu aku tak boleh nak balas budi dorang yang mengandungkan, melahirkan, menyusukan, mendidik aku menjadi insan yang berguna tapi dengan cara ni sahaja mampu aku membalas semuanya walaupun aku tahu, tak akan terbalas dengan apa yang dorang korbankan untuk aku sehingga kini.

Bagi aku ujian Allah S.W.T ini untuk hapuskan dosa-dosa yang aku buat tanpa aku sedar. Mungkin dekat atas muka bumi ni aku menderita tapi aku percaya pasti suatu hari nanti aku lah orang yang paling bahagia. Setiap pagi aku selalu doakan supaya Allah S.W.T masukkan iman dalam diri orang yang buat aku.

Susah untuk aku maafkan apatah lagi untuk aku lupakan semuanya tapi jauh dari sudut hati aku, kesian sebab dekat dunia mungkin akan terlepas tapi dekat akhirat kelak pasti akan merangkak cari aku!! Aku beralah bukan bererti aku kalah tapi aku beralah dengan membawa diri jauh supaya dia bertaubat dan kembali kepangkal jalan. Sungguh berat ujian ini Ya Allah. Biarlah masa dan waktu yang menentukan segala-galanya.

Aku minta maaf andai cerita aku ni buat pembaca kurang faham sebab aku pun baru pertama kali luah dekat FS ini. Yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari diri kita sendiri. Aku mohon doa pembaca semua tolong doakan aku sehat seperti dahulu dan tolong doakan perut aku keluar angin-angin jahat. Terima kasih semoga Allah sahaja yang mampu balas budi baik kalian.. Allahuakbar(3x). Hamba Allah yang teranaiya

Sumber : Fiksyen Shasha