Kantoi suami dah banyak kali check in dengan ank murid isteri. Mengejutkan tiba tiba isteri tanya soalan ni pada pelajar sampai tertunduk meraung budak tu. Akhirnya ini yang terjadi buat suami menyesal.

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Tajuk yang aku sendiri keliru. Masih keliru. Bila difikir, apa yang terjadi mungkin ada hikmah, ataupun mungkin teguran dan ujian dalam mematangkan rumahtangga. Allahu. Kekadang rasa seperti membaca novel sedih, tapi kisah sendiri yang entah sekuat mana untuk kita sebagai hamba untuk redha.

Aku wanita bekerjaya, pensyarah di sebuah kolej swasta. Sudah berkahwin dan memiliki sepasang cahaya mata. Alhamdulilah. Suami pun seorang yang berkerjaya sebagai engineer di syarikat konsultan. It was a perfect marriage. 7 years of ups and down. Dari gaji sekadar cukup sehinggalah mampu untuk memiliki rumah sendiri, percutian dengan anak anak dan semua yang dihajati. Alhamdulillah.

Suami yang penyayang, yang melengkapi segala keperluan zahir dan batin. Ayah yang bertanggungjawab dan sentiasa melaksanakan kerja kerja rumah bersama. Namun, naluri isteri memang adalah kurniaan Allah yang ajaib. Wahai suami, bila mana kamu rasa kamu mampu, kewangan stabil, jangan pernah rasa hebat sendiri kerana itu semua adalah dari berkat doa isteri dan rezeki anak.

Naluri isteri, isteri akan tahu sekecil kecil perubahan bila kamu sudah mula khianat, tidak setia dibelakang. Hatta cara berpakaian, gerak muka, fesyen rambut, kesibukan yang dibuat buat. Isteri tahu. Mana tidak, sehebat mana kamu berlakon, meyakinkan isteri, kamu tidak akan mampu memadamkan naluri yang dianugerahi Allah ini.

Aku mulai ragu, tapi aku tidak mahu bertanya. Pasti bila ditanya, dia tidak akan mengaku. Walaupun ada rakan yang sudah memberi hint. Tapi aku hanya mampu berdoa. Ya Allah, hanya engkau yang maha mengetahui. Sekiranya apa yang aku ragui ini betul, Allah engkau tunjukkanlah kebenaran. Itulah doaku setiap sujud. Allah maha mengetahui.

Malam kejadian ketika aku dan suami sedang beristirehat dibilik tidur, entah macam mana, mata ku terlihat mesej whatsapp masuk yang dengan emotikon love love. Aku lantas merebut hp suami dan membaca mesej tersebut. Allahu.. terasa dunia gelap, seluruh badan mengigil. Nama yang terpampang adalah nama yang aku jumpa setiap hari dalam kelas. Yang aku percaya sangat naif dan tidak pernah terlintas dalam fikiran selama ini, anak murid ku sendiri sanggup buat macam ni pada gurunya sendiri.

Ujian apakah ini Ya Allah. Aku tidak sekuat ini. Namun aku berterima kasih Allah, engkau tunjukkan tanpa perlu aku mencari. Jangan ditanya macam mana mereka berkenal. Aku syak mungkin ketika pelajar ku menghadiri open house dirumah ku, atau pun di media sosial. Aku tidak mahu tahu.

Aku cuba untuk bertenang. Namun air mata aku tidak berhenti mengalir. Mengapa kamu, suami yang begitu baik, dan anak murid yang aku selalu bimbing, yang setiap hari datang ke meja ku, sanggup mengkhianatiku seolah aku ini bdoh dan tunggul?? Aku rasa seperti mahu berlari tinggalkan semua. Tapi aku perlu tenang. Aku perlu kawal emosi.

Setelah puas merintih menangis dengan soalan yang bertalu talu kepada suami, aku akhirnya diam. Permintaan ku pada suami, agar merahsiakan perkara ini dari anak murid ini. Aku malu. Aku perlu tenang. Aku tidak mahu pelajar ini tahu yang aku sudah kedapatan hubungan sulit diantara dia dan suamiku.

Suami ku? Dia malah menyalahkan aku. Dia kata aku selalu cemburu bta, aku tidak faham kerja dia, dan selalu marah marah. Dengan semua alasan itu, maka dia tidak setia. Aku tanya sejauh mana hubungan ini, suami hanya membalas, “sekadar chat suka suka saja”. Well played. I am not stupid. I know what should I do.

Next day, semalaman berfikir apa yang perlu aku buat. Aku buat keputusan untuk berjumpa dengan pelajar ini. Aku namakan dia S (read:sun**l). Sebelum bertemu, aku berdoa lama dalam sujud subuh, permudahkan dan persiapkan hatiku Ya Allah.

Aku memanggil S berjumpaku selepas masa kuliah. Dengan alasan untuk mengambil kerja dan nota dimeja. Dia datang seperti biasa dengan ucapan ceria good morning. Aku? How well you played. Aku tutup pintu dan duduk disebelah dia. Aku tenang dan genggam tangan S. Dia mula mengigil.

My first question, “How long you have been with my husband?”. Dia tunduk dan nangis. Dan memejam mata. Dia jawab, dia pun tidak sangka jadi seperti ini. Well, you know, we are teachers and we are trained to ask questions. My second questions, “Tell me, how many times did you two checked in together? My husband told me everything. Everything”.

I did not expect this will come out from my mouth. It just came out. Allah is great. Guess what? S tunduk dan menangis, dan mengiyakan semua. Aku rasa seperti nak pergi. Muka dua anak aku terbayang bayang di kepala. Aku mula membayangkan aku terpaksa membesarkan mereka sendiri. Maafkan mama sayang. Benda ini terlalu berat untuk mama.

Okay, that’s it. Dengan semua rakaman pengakuan, I decided to end everything. I confronted my husband, he did not admit about the check in thingy. It was only lame chats and suka suka. Go to hll. When I showed him the recording, he became silent. Started to say sorry and asking for second chance. He cannot live without me and the kids. Oh how easy? That easy?

It happened week before the PKP order. Aku mengambil beberapa hari untuk berfikir sama ada untuk meneruskan atau tidak perkahwinan yang penuh penipuan ini. Aku tidak mampu. Kepada Allah aku berserah. Suami? Serupa orang tak betul, merayu siang malam, menyesal dan taubat.

Bila aku sudah buat keputusan untuk membawa ke pejabat agama dan mahkamah syariah, proses tertangguh dek kerana PKP. Tinggallah aku berdepan dengan suami dirumah setiap hari. Airmata peneman hati dan sejadah. Serius, sehingga ke saat ini, aku masih lagi melayan suami seperti biasa. Tapi, dalam hati Allah saja yang tahu. Aku tahu suami sungguh menyesali apa yang terjadi. mungkin apa yang terjadi adalah ujian untuk rumahtangga ini.

Namun, hati isteri hanya hamba yang lemah, parut dan kesan akan kekal sampai bila bila. the saddest thing about betrayal, it’s never comes from your enemies. Doakan aku kuat. Aku masih keliru. Aku memikirkan tentang anak anak. Aku tidak mahu mereka membesar tanpa ayah. Ayah yang sungguh rapat dengan anak dan penyayang. Tapi aku? Dengan semua perasaan yang ada, marah, keliru, tidak percaya…

Di setiap doa ku, aku tidak berhenti untuk meminta petunjuk, aku serahkan segalanya kepada Allah. Jika aku teruskan, apakah suami ku akan betul berubah? Sekiranya dia tidak setia lagi? Apa yang aku harus lakukan? Meneruskan atau tetapkan pendirian, sekali ditipu, damage done. Things will never be same again.

Kepada suami diluar sana, berusahalah elakkan perkara macam ni. Apa sahaja masalah dalam rumahtangga, isteri akan sentiasa boleh menerima dan berusaha untuk bertahan. Tapi tidak setia? Bukan semua isteri boleh menerima, tidak akan sama. Kepada isteri yang pernah menghadapi ini, aku doakan semoga kita semua diberikan kekuatan. Doakan aku. Semoga Allah tunjukkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk aku dan anak anak, sehingga akhir PKP ogos ini. Wassalam…

Reaksi warganet

Marina Ibrahim – Ada kalanya perampas hak orang ni kurang ajar. 3 sem aku duduk dengan roommate yang berbeza yang masing masing kaki himpit laki orang. Pernah duduk dengan roommate yang ada affair dengan suami seorang lecturer. Laki tu pun sama je lecturer juga. Muka tak malu siap nak pergi faculti isteri lecturer tu. Nak tengok antara dia dengan bini lecturer tu siapa lagi lawa.

Balik bilik siap gelak gelak cerita dia lagi lawa dari bini orang tu. Akhlak tak sepadan dengan pakaian. Siap tolong jadi babysitter anak orang tu lagi. Kesian isteri tak tahu. Yang sorang lagi pun macamtu, sampai lecturer perempuan ni panggil semua pelajar perempuan nasihat. Jangan menggatal sangat.

Ingat lagi sorang lecturer ni cakap “awak tak kawin lagi memang sedap sibuk nak kacau laki orang, dah kawin ada anak kerjaya lagi tak terlayan laki tu kadangkala” Yang sorang lagi praktikal, jatuh hati dengan engineer. Punya biadap si laki ni call tengah makan bini masak, boleh dia jerit, “i ni makan maggi je tau tak. U makan apa isteri u masak, jangan jumpa i lagi”

Para wanita. Stop jadi haiwan menyondol laki orang. Jangan cakap tak boleh elak, antara korang nak atau tidak. My mom adalah ibu tunggal akibat haiwan menyondol dan aku tak pernah jumpa ayah sendiri, sebab mak aku sendiri pun lahirkan aku naik bus.

Wan Izzaty – Kalau suami jahat ni lain. Kalau suami yang tak abai tanggungjawab, semua okay di rumah, tiba tiba caught cheating, Allahu remuk redam rasa hati. Ditipu hidup hidup. Yang perempuan pulak anak murid. Lari bawak diri, bawak anak. The price he has to pay for the rest for his life.

Nurul Shida Zulkifli – Semoga puan tabah. Kalau saya, memang tak nak dan tak mampu la nak terima balik sebab tidak setia sampai tahap atas katil memang kenyataan yang sangat pedih. Dosa tu dah tentu tentu. Kalau dapat terima balik, takkan rasa cinta yang sama macam sebelum itu sebab confirm akan teringat ingat macam mana lelaki yang kita trust boleh buat hubungan terkutuk dengan perempuan lain.

Suri Norifa Bt Saidin – Terluka hati si isteri yang diduakan, kesian lahai. Semoga Allah memberi petunjuk, ketenangan untuk si isteri. Pelaku, usah ditagih kepercayaan lagi. Sampai bila bila kau tidak akan dapat. Curiga dan was was akan sentiasa menemani sang isteri. Peringatan juga pada suami yang buat hal yang isteri tak tahu lagi. Bina mahligai di dunia, binalah juga mahligai di syurga Abadi.

Sayangkan rumahtangga, jangan la ikut sangat kebdhan yang bersarang dalam kepala otak, macam hilang kewarasan akal fikiran. Semoga Allah memberi kebahagiaan kepada pasangan suami isteri di dunia ini… Aamiinn..

Nur Ain Yasak – Husband menyesal sebab da kantoi check in. Sebelum tu takda rasa bersalah pun dalam diri dia. Husband menangis sebab dia tahu.. Semua harta dan kekayaan ni takkan ada tanpa si isteri. Once isteri tinggalkan dia. Dia takkan ada apa apa.. Dia buat perkara tak senonoh dengan student tu? Dia ada niat nak peristerikan student tu ke? Macam mana dengan maruah dengan masa depan budak tu?

Entahla. Kita ni bila dah jadi isteri, lebih lebih lagi da ada anak tu. Buruk busuk suami kita redha ja. Tapi suami tu, fikir keinginan ja. Macam budak baru dapat mainan. Seronok? Bila da rosak, buang.. Ha macam tu la perumpamaanya.. Papepun, saya harap confessor mampu menghadapi ujian ini dengan baik.

Zaitun Ujang – Tak nak mcurah cuka pada luka. Cuma satu je nak kita renung bersama sama. Tanya diri, kenapa Allah bongkar perkara ini. Petunjuk Allah bagi, keputusan pada kita. Nak teruskan boleh, tetapi bkorban rasa. Sampai bila bila, pemikiran mu membayangkan ketidaksetiaan dia. Kepercayaan is zero..

Nak berhenti? terpulang. Kalau anak dijadikan alasan tak kan putus sebuah ikatan. Yang putus ikatan suami isteri sahaja. Puan kena stabilkan prasaan dan fikiran. Istikharah, minta Allah beri lagi petunjuk. Apa yang perlu di putuskan. Ingat, orang yang baik, akan pulang pada yang baik. Yang pendosa bukan diharmkan masuk syurga kalau dia sempat bertaubat nasuha. Wallahuakhlam..Turut simpati..

Sumber – Masih keliru (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Artikel Lain: Pelajar Cemerlang Ni Terpaksa Kahwin Dengan Cikgu Selepas Spm. Lepas Kahwin Tiba Tiba Suami Ada Bawa Perempuan Lain Balik Rumah. Tapi Apa Yang Jadi Lepas Memang Betul Betul Buat Wanita Ini Terduduk.

Gambar sekadar hiasan.

Assalamualaikum hai.. saya Linda… saya berasal dari kelantan… saya sedih dengan Takdir hidup saya… apa salah saya saya dibesarkan disebuah keluarga miskin. saya berkahwin kerana terpaksa… mak saya pergi buat selamanya kerana sakit sewaktu saya berusia 16 tahun.. saya anak tunggal..1 Tahun saya meratapi pemergian mak… ayah yang jaga saya.

Saya tak ada sapa2, makcik pakcik belah mak dan ayah saya tak suka kami… diusia saya 17 tahun ayah pula tinggalkan saya… ayah pergi kerana skit jntung.. masa tu gelap dunia saya … saya hampir jadi tak waras.. tapi saya kuat kann semangat walaupun berkali2 saya rebh… saya hilang arah… saya down.

saya tak semangat kesekolah tanpa mak dan ayah.. tapi kehidupan harus diteruskan.. perbelanjaan harian saya dibantu oleh guru2 sekolah ,biasiswa dan jiran2… saya mendapat keputusan cemerlang dalam spm 7A 3B.. saya mendapat tawaran asasi matrik dan diploma… namun saya sedh kerana tiada duit untuk saya pergi belajar…

lagi pun jiwa saya trsksa kerana hilangnya tempat mengadu, hidup saya penuh dengan trauma. Tiba2 pada suatu hari Allah kenalkan kepada saya seorang lelaki berusia 29 tahun bekerja seorang guru… dia ingin menikahi saya namun alasan saya belum bersedia dan dia terus melamar saya, saya berfikir panjang akhirnya saya menerima dia sebagai suami saya…

saya menerima dia kerana saya dah tiada ada sapa2 dah. Kalau ikutkan hati saya, Saya memang nak belajar kerana saya adalah murid cemerlang disekolah, pelajaran amat penting pada saya namun setelah mak dan ayah pergi menghadap illahi..semuanya berubah sekelip mata.

Akhirnya saya menjadi isteri dia yang sah diusia saya umur 18 tahun..sebulan kami bernikah suami saya tiba2 membnci saya.. saya pelik dan terus tertekan, dia menghna saya seawal sebulan bernikah.. saya tanya dia, dia tak jawab malah dia mengmuk..

saya sedar saya insan yang hin4 hadir dalam hidup dia.. hari demi hari perngai suami saya terus berubah, dia mudah panas dengan saya, dia selalu berkasar dengan saya sekiranya ada kesilapan yang saya lakukan seperti lambat bukak pintu bila dia pulang dari kerja.

5 bln kemudian kami nikah.. suami saya jarang pulang kerumah.. bila ditanya dia mengasari saya..Ya Allah sakitnya hidup saya…. apa yang Allah nak tunjukkan pada saya .. suami saya pulang lewat malam dan dia terus masuk tidur dalam bilik tamu bukan dalam bilik saya… dia berseorangan… saya cuba kemas2 beg dia… dan terjumpa sebiji handphone…hati saya rasa nervous tapi saya buka juga.

Dan saya melihat dalam handphone tu rakaman suami saya menidvri perempuan luar.. dan ada perbualan tak seonoh dengan perempuan tu …luluh hati saya ….namun saya terus memujuk hati saya bahawa saya hanyalah menumpang sahaja dlm hidup dia.. apa yang saya lihat malam tu saya tak bertanya pun kat suami saya, cukuplah biar saya yang mengenali siapa dia sebenar.

saya terus mejalani rutin2 yg memertkan dan kesedhan …walaupun muka saya terus senyum di depan dia..tapi hati saya hancr sehancurnya Allah yang tahu…apa yang lagi memertkan pada suatu malam… suami saya bawa perempuan lain masuk kedalam rumah saya.. dan wajah perempuan itu adalah perempuan yang ada dalam rakaman video yang saya lihat pada malam itu.

Sekali lagi saya down tapi saya buat 2 tak tahu apa2 dan saya cuba tanya suami saya dengan nada yang lemah siapa perempuan ni.. dan suami kata perempuan tu adalah bakal isteri dia.. saya hanya mengalir airmata dan saya menjert sekuat hati. Kenapa buat mcm ni pada saya..saya menjrit hingga hampir nak pitm …suami terus menolak saya hingga jath dihadapan perempuan tu.. dan pada malam itu juga.

Suami meluahkan kepada saya sebenarnya dia tidak bernfsu melihat saya pada malam pertama lagi kerana fizikal saya masih lagi seperti budak2 bawah umur…dan dia bagitau saya juga dia tak akan berbuat baik kepada saya kerana bimbang sekiranya saya ingin mengikis hartanya..mugkin dia berfikira saya orang miskin.

Akhirnya suami saya bgtau saya untuk menfailkan perpishan.. selepas suami saya membuat permohonan perpishan dimakhamah saya disahkan berpish talak 2… dan diusia 20 tahun saya bergelar janda… saya kembali semula ke kampung saya… saya redha degan takdir hidup saya….1 bulan dari tarikh berpisah… saya mengalami keletihan, muntah2…saya tak ada sapa2 untuk minta tolong, hidup saya sebatang kara dah.

Hari demi hari saya terus mntah dan saya ke hspital.. Doktor mengesahkan saya mengandung dan kandungan saya berusia 7minggu.. saya bersyukur dengan penuh dengan linangan air mata… dan masuk kandungan saya 6 bulan..

Doktor mengesahkan saya skit otak tahap 2… sampai sekarang bekas suami tidak tahu bahawasanya saya sedang hmil anak dia.. dan saya juga janji selepas bersalin saya akan serahkan anak ini pada bapanya. Nanti saya dah tak ada kudrat lagi nak jaga anak ini… saya tak nak bagi anak ini susah sama2 dengan saya..orang kampung yang banyak bantu saya.. Doakan saya sahabat2 semua semoga Allah kuatkan saya..amin.

Komen warganet.

Jgn beri anak tu pd ex suami yg jhat nanti teranya lg teruk bb tu. dtg r tinggal kat rmh makwan. selagi hayat ade kite besarkan anak tu.Bykan Doa. Allah ubah nasib kite Doa yg yg teranya tiada Hijab. Allahu akbar, betapa besarnya ujian yg adik hadapi, banyakkan bersabar dan dktkan diri banyak2 kpd Allah, inshaa Allah, ganjaran pahala yg besar Allah sediakan utk adik. Semoga dpermudahkan Allah dlm urusan.

Allahuakbar…bertimpa2 masalah kau dik. Semoga Allah ringankn beban adik. Tp ank tu…jgnlh beri pd ayahnya…takvt diapa2kan pulak ank tu nt. Cma beritahu die sj….ank yg adik kandungkn tu. Serahkan ank tu pd keluarga angkat…

tp beritahu jglh pd keluarga angkat tu nt.siapa ayah kandungnya. Itu penting sbb nk mnjaga nasab. Takvt bila bby tu bertemu jodoh dgn ank yg lain dr zuriat ayah kandungnya…takvt terkahwin adik beradik pulak nt…walaupn berlainan ibu.

allah sedhnya ujian demi ujian sis lalui. di dokan moga kuat. & bersabar mengandungkan bby. & di permudahkan melahirksan zuriat. di ampuni d0sa2. mudah_mudahan suami sis terima snk yg sis kandung. Allahu…sedhnya perjalanan hidup adik…kak doakan semoga adik tabah dan byk bersabar…semoga dipermudahkan Allah segala urusan adik.

Semoga allah mempermudahkan urusan awk..ya allah..adik klau suami awk tk nk ank dia, awk cari la ibu angkat utk ank awk..jgn biarkan ank awk mendrita seperti awk skrg.. .bagus lagi ada keluarga angkat..kerana bapa kandong nya belum tentu,akan jadi yg terbaik utk nya.

Allahuakbar sebk kak baca dik. Semoga kuat dan tabah hingga melahirkan anak nanti. Adik.. Carikan keluarga angkat untuk anak atau serahkan kepada pusat penjagaan yang sah dan baik2. In syaa allah allah akan membalas cash kepada orang yang menganiayai anak yatim piatu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : menujukebenaran