Kecoh pasal status hubungan Neelofa dengan Pu Riz. Kali ni tersebar pulak gambar lama . Mengejutkan bila tengok Pu Riz ada komen macam ni kat gambar tu.

Artis

Tak perlu dihuraikan lagi, pasti ramai sudah mengetahui tentang hubungan antara pengacara Noor Neelofa dan tunangnya, iaitu PU Riz yang kini seperti sedang dilanda bdai semenjak kisah mereka tular di media sosial mulai 26 Disember.

Secara tiba-tiba, nama Neelofa dan PU Riz trending di aplikasi Twitter selepas ramai warganet membuat ‘siasatan’ berkenaan Instagram story yang dimuat naik oleh adik-beradik Neelofa iaitu Noor Nabila, Athisha Khan dan juga Ameera Khan.

Permulaan kisah ini berlaku apabila mereka bertiga memuat naik satu Instagram story yang sama, disusuli memadam semua foto ketika majlis pertunangan Neelofa dan PU Riz serta tidak lagi mengikuti pendakwah tersebut di laman Instagram. Kemudian, ibu kepada Neelofa iaitu Noor Kartini turut memadam foto bersama Neelofa ketika majlis tersebut yang diadakan pada 1 November lalu.

Warganet mula membuat spkulasi sendiri berkenaan hubungan mereka yang mengatakan kononnya PU Riz merupakan seorang yang judgemntal apabila kebanyakan adik-beradik Neelofa tidak memakai tudung. Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang terlalu rajin sehingga mend3dahkan semula tentang kehidupan lama PU Riz ketika belajar di sebuah universiti tempatan.

Adik Kandung Pu Rizz

Dalam masa yang sama, warganet menjumpai beberapa komen yang ditinggalkan di satu akaun Instagram milik seorang gadis dikenali sebagai Shafira Ismail Norbat. Komen yang ditinggalkan oleh PU Riz berbunyi teguran kepada gadis tersebut dan itu membuatkan warganet berasa musykil tentang maksud yang tersirat.

Tetapi selepas disiasat oleh warganet, gadis tersebut merupakan adik kandung PU Riz sendiri. Kini, muncul semula beberapa keping gambar yang tidak sepatutnya dibincangkan di media sosial iaitu gambar tak elok yang dikatakan mirip seperti PU Riz.

Namun, ada beberapa warganet memberi pandangan tersendiri mengenai kisah yang melanda selebriti terhangat ini yang mana adik-beradik Neelofa tidak sepatutnya membuka ruang untuk warganet membawa mulut. Bagi mereka, ahli keluarga Neelofa sendiri yang membuka pekung apabila ada masalah yang melanda dan ia membuatkan warganet berasa tertanya-tanya tentang apa yang sedang berlaku.

Apa pun, kita sebagai orang luar jangan terlalu mudah membuat spekulasi sendiri dan menduh sana sini. Biar la pihak Neelofa dan PU Riz sendiri yang menyelesaikan masalah mereka ini, kita tidak perlu masuk campur dalam urusan mereka.

Berikut beberapa fakta menarik tentang Pu RIZZ  yang tidak semua tahu.

1. PU Rizz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail merupakan peserta program realiti Pencetus Ummah Musim 4 pada 2016. 2. Berumur 24 tahun, PU Rizz lahir pada tahun 1995 di Selangor, Malaysia. 3. PU Rizz sebelum ini pernah menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir pada tahun 2002 namun hanya sempat belajar selama setahun saja dek pergolakan yang berlaku di negara itu.

4. PU Rizz kini memiliki Diploma Pengajian Islam dalam bidang undang-undang. 5. Dek kerana memiliki raut wajah yang tampan, PU Rizz kini bergelar pelakon apabila pernah menghiasi beberapa drama seperti Selafaz Cinta Ustaz, Air Mata Di Bumi Matador dan Lelaki Kiriman Tuhan.

6. PU Rizz bakal muncul dalam filem pertamanya yang berjudul Ada Apa Dengan Dosa tahun ini berganding dengan penyanyi, Wanna Ali. 7. PU Rizz juga pernah tercalon dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH).

Fakta Menarik

Pelajar jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA). Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir, meskipun hanya bertahan selama setahun kerana terpaksa pulang ke Malaysia selepas perang yang berlaku di sana.

Sering diundang Neelofa sebagai pendakwah dalam majlis ilmu anjuran pengacara dan usahawan terkenal itu. Gemar bermain futsal. Instagram miliknya yang menggunakan nama @pu_rizz sehingga kini mengumpul lebih 90 ribu pengikut.

“Bagi Anak Lelaki, Ibu Adalah Nombor Satu.” PU Riz Akui Banyak Hal Ikut Kehendak Ibu Menjadi, Tak Kisah Dilabel ‘Anak Mak’

Isu anak mak bukanlah benda baru dalam masyarakat kita. Baik orang biasa mahupun selebriti turut mengalami situasi tersebut. Ada yang kurang gemar dilabel sedemikian, tak kurang yang bangga. Demikian juga dengan selebriti bernama PU Riz ini. Dia mengakui tidak kisah andai dilabel sebagai ‘anak emak’. Menurut Riz, sepanjang dia menuruti kesemua kehendak ibunya, hampir semua perkara yang dlakukan berjalan lancar.

“Banyak benda yang saya ikut kehendak ibu saya, ia menjadi. Bukan diberi rezeki yang sedikit tetapi melimpah ruah. Dalam hal sambung belajar ini pun, saya mahu penuhi permintaan ibu. “Saya masuk dunia seni pun atas restunya. Jadi apa salahnya saya penuhi hasratnya yang mahu saya berjaya dalam akademik.

menegaskan akan tetap mendahulukan pendapat dan pandangan ibunya membabitkan soal jodoh, walaupun dalam waktu sama dia sudah mempunyai kekasih hati kelak. Dia juga tidak kisah andai kenyataan diberikan itu akan menyebabkan ada pihak mengajuknya ‘anak mak’ selepas ini.

Ibu nombor satu

Kata bekas peserta Pencetus Ummah itu, andai ibunya tidak bersetuju dengan pilihan hatinya dia akan akur. “Bagi anak lelaki ibu adalah nombor satu. Malah taraf seorang ibu sangat tinggi di sisi Allah. Al-Quran juga menyebut ibu lebih berbanding bapa.

“Bagi seorang isteri pula suami adalah nombor satu. Bagaimanapun andai bernikah nanti saya sedaya upaya mewujudkan keluarga yang hidup dalam suasana beragama,” katanya. Dia yang mula dikenali menerusi program realiti, Pencetus Ummah (PU) musim keempat ini juga mula berjinak-jinak dalam dunia bisnes apabila membuka restoran miliknya, Food Station yang beroperasi di Jalan Tun Sambanthan, KL (berhadapan dengan Nu Sentral) yang sudah sudah beroperasi sejak dua tahun lalu.

Mahu teruskan legasi ayah

Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail rupa-rupanya mahu meneruskan legasi bapanya yang lebih dahulu menceburi dunia perniagaan. “Bapa menjadi mentor saya dalam apa yang dilakukan termasuk selok belok dunia perniagaan. Saya percaya dalam hidup ini, kita perlu lakukan sesuatu yang dapat memberi jaminan masa depan. Ada juga pendapatan tetap saya setiap bulan.

“Dunia seni masih saya cintai dan berjalan macam biasa. Cuma saya melihat prospek perniagaan makanan ini khususnya boleh dikembangkan dengan baik. Kalau sebut fasal makan ini semua orang perlukan makanan. Pilihan makanan di luar sana memang macam-macam.

Anjur ceramah agama di restoran. Bercerita lanjut mengenai restoran miliknya, premis makanan itu menyediakan lebih 500 lauk pauk Melayu, Thailand dan Barat. “Sejak dari awal lagi, saya memang tak lepas tangan menguruskannya. Sibuk mana pun, saya akan cuba bahagi masa untuk restoran ini. Dari awal mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia hinggalah beroperasi sampai sekarang, saya akan ambil bahagian.

“Saya turut berusaha mencari tukang masak terbaik sampai pergi ke Kelantan. Banyak juga kos yang dilaburkan termasuk mengubah suai semula restoran ini kerana ia diambil dari sebuah kedai lama yang diuruskan pihak lain,” katanya.”Hidayah Itu Sesuatu Yang Perlu Di Cari”Pu Rizz. Malah Riz turut menganjurkan ceramah agama di premis berkenaan dalam menyuntik elemen kerohanian sambil menjamu selera.

PU Riz  batal rakaman program TV sepanjang Januari

“PU Riz sudah membatalkan semua rakaman program TV sepanjang bulan Januari. Beliau tidak dapat dihubungi,” kata sumber berkenaan. Neelofa akui sukar untuk fahami apa yang sebenarnya berlaku. Usaha Astro AWANI untuk mendapatkan kenyataan daripada bekas peserta program Pencetus Ummah itu juga tidak berjaya.

Sejak dua hari lalu, kami menghubungi telefon bimbitnya selain tinggalkan pesanan di aplikasi WhatsApp serta di akaun Instagram peribadinya yang diikuti oleh 589,000 pengikutnya. Bagaimanapun, tiada sebarang maklum balas yang diperoleh daripadanya. Pada Ahad, Neelofa mengeluarkan kenyataan media menafikan segala dakwaan tidak berasas yang dilemparkan ke atas dia dan PU Riz.

Neelofa menegaskan, keluarga dia dan PU Riz kini dalam proses membincangkan mengenai masa depan mereka berdua. Jelitawan berusia 31 tahun itu juga menafikan dakwaan terkena buatan minyak pengasih selain menyelar pihak-pihak yang membuat tudhan dia memindahkan sejumlah wang yang besar jumlahnya pasa PU Riz.

Astro AWANI pada 1 November lalu melaporkan, Neelofa menerima kunjungan keluarga PU Riz bagi menyempurnakan majlis merisik. Kedua-dua mereka difahamkan sudah merancang untuk berkahwin sekitar Mac 2021.

Sumber foto: Instagram Shakira, Twitter, Instagram Neelofa

Terkini Warganet Dedahkan Bukti Cinta Pu Riz Masih Bertaut. Rupa Rupanya Ini Yang Pu Riz Masih Lakukan Pada Neelofa Sampai Warganet Perasan.

PU Riz masih like foto Lofa yang latest” – Tiada Cincin Lagi Di Jari, Tapi Warganet Terkejut PU Riz Masih Like Foto Neelofa di Instagram! Kemelut perhubungan cinta antara pengacara dan usahawan, Neelofa dan Pencetus Ummah, PU Riz masih tiada noktahnya.

Di sana sini pelbagai berita palsu dan spekulasi yang menjadi buah mulut warganet, namun pasangan terbabit sehingga kini masih belum menjelaskan status sebenar hubungan mereka. Walau bagaimanapun, hari ini warganet agak terkejut apabila mendapat tahu PU Riz masih like posting terbaru daripada Neelofa di Instagram.

Waaa si dia masih like post Lofa, semoga jodoh sehingga ke Jannah, Neelofa” Komen tersebut kemudian disokong oleh warganet lain yang mengatakan PU Riz memang masih dan selalu memberi tanda suka kepada semua foto terbaru usahawan tersebut. Masih ada jodohkah?

Siasat Kisah Cinta ‘Sembunyi’ Neelofa & PU Riz, warganet Dedahkan Teka-Teki Perhubungan Mereka. Bongkar Kisah Cinta ‘Sembunyi’ Neelofa & PU Riz, warganet Dedahkan Teka-Teki Perhubungan Mereka. Sebelum ini, tercetus desas desus mengatakan selebriti dan usahawan popular, Neelofa menjalinkan hubungan cinta bersama pendakwah bebas, iaitu Haris Ismail atau PU Riz.

Ini kerana banyak ‘hint-hint‘ kecil yang diberikan oleh kakaknya, Noor Nabila Mohd Noor dan kawan baiknya, Rosix menerusi IG Story dan laman Youtube mereka. Bagaimanapun, Neelofa sekeras-kerasnya menafikan dirinya menjalinkan hubungan cinta bersama pendakwah bebas itu.

“Tiada apa-apa hubungan istimewa. Jika ada, saya akan beritahu dengan siapa saya berkawan,” jawab NeelofaSebagai seorang selebriti yang terkenal dan menjadi inspirasi kepada ramai orang di luar sana, sudah tentu peminat dan netizen tertanya-tanya mengenai perhubungan mereka berdua meskipun Neelofa menafikan perkara itu.

Tidak berdiam diri, salah seorang pengguna di laman sosial Twitter @NamiwaAbameed turut memberikan ‘kronologi’ bahawa dia yakin pengacara dan pendakwah bebas itu menjalinkan hubungan cinta. Itu ciapan yang dimuat naik oleh @NamiwaAbameed.

Bukan itu sahaja, pengguna Twitter ini juga turut mendedahkan ‘bukti-bukti’ yang mengukuhkan kenyataanya itu.Bukan itu sahaja, Neelofa dilihat baru sahaja memuat naik gambar di Instagramnya, bersama kelibat seorang jejaka disebelahnya yang memakai baju sedondon putih coklat bersama. Adakah itu PU Riz aka kekasih hati Neelofa? Jeng jeng jeng….

Demikian ‘kronologi’ kisah percintaan Neelofa yang tidak pasti kesahihanya, tapi yang pasti, mereka berdua dilihat sangat sepadan! Ibarat kata pepatah ‘bagai pinang dibelah dua’.Mari lah sama-sama kita nantikan berita gembira yang mungkin akan diumumkan Neelofa tidak lama lagi. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : http://limauais.pw/2020/12/30/bapa-pu-riz-bukan-calang2/

Lepas Neelofa Kalini Giliran Keluarga Neelofa Pula Kena Kritik Teruk Dengan Warganet. Mengejutkan Nama Fattah Pun Kena Petik Sekali. Rupa Rupanya Ini Punca Buat Warganet Terkedu.

KUALA LUMPUR: Susulan episod hubungan berantakan de­ngan Haris Ismail atau PU Riz, keluarga selebriti dan jutawan terkenal, Neelofa turut menjadi sasaran kritikan warganet dengan rata-ratanya seakan tidak puas hati dengan tindakan mereka.

Pemantauan Utusan Malaysia mendapati, ramai pengguna media sosial bengang dengan kenyataan Neelofa yang dikatakan menuding jari menyalahkan warganet membuat spekulasi mengenai hubungannya dengan PU Riz sedangkan isu itu pada asalnya dicetuskan oleh keluarganya sendiri.

Rata-ratanya menganggap tindakan menyalahkan warganet itu tidak wajar kerana perkara peribadi itu secara langsung atau tidak telah dikongsikan sendiri oleh ahli keluarganya dalam akaun Instagram masing-masing. Antara yang membuat per­kongsian berbaur petanda atau isyarat mengenai kontroversi yang berlaku ialah kakaknya, Noor Nabila dan adik-adiknya, Athisha Khan serta Ameera Khan.

Turut dikenal pasti tinggalkan spekulasi ketara ialah tindakan ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, yang telah memadam foto sekitar majlis merisik Neelofa dan Pu Riz selain dikesan tidak lagi mengikuti bakal menantunya itu dalam Instagram sejak awal bulan lalu.

Kelmarin, Neelofa tampil membuat penjelasan mengenai pelbagai tohmahan yang berlaku mengenai status hubu­ngannya dengan PU Riz selain menafikan telah berkahwin se­nyap-senyap di Kelantan.

Dalam rakaman video yang dimuat naik olehnya sekitar pukul 8 malam Ahad lalu, Neelofa turut menafikan telah membuat transaksi wang berjumlah RM100,000 kepada Pu Riz selain terkena minyak pengasih.Dalam pada itu, ramai juga yang melahirkan rasa kasihan terhadap Neelofa dan melihat dia seakan-akan menjadi sasaran pendedahan dan percaturan keluarganya sendiri

Selain itu, warganet juga dilihat cuba mengaitkan isu keluarga dengan kisah cinta tidak menjadinya dengan aktor Fattah Amin termasuk keruntuhan rumah tangga kakaknya, Nabila dengan pelakon Shaarnaz Ahmad sebelum ini.

Tidak cuma itu, ada yang juga yang melahirkan pandangan dengan mendkwa sikap gemar mendedahkan isu peribadi dalam media sosial ini bagaikan sudah menjadi kebiasaan keluarga tersebut. Dalam pada itu, setakat ini belum ada dalam kalangan ahli keluarga Neelofa yang mengeluarkan kenyataan balas me­ngenai isu yang timbul sekali gus tinggalkan warganet de­ngan seribu satu teka-teki.

Sementara itu di KOTA BHARU, bapa selebriti popular itu enggan memberi sebarang komen mengenai gosip terkini membabitkan anaknya dan pendakwah, PU Riz termasuk dakwaan dia sendiri menjadi wali kepada pernikahan mereka di Kelantan.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam, lelaki dikenali sebagai Mohd. Noor itu berkata, selepas khabar angin tersebut tersebar dalam media sosial, dia dihubungi pelbagai pihak termasuk media bertanyakan kesahihan cerita itu.

“Semalam, saya katakan kepada mereka yang bertanya bahawa saya tidak berhasrat memberi sebarang komen dan sama juga hari ini (semalam), saya tidak mahu cakap apa-apa. “Cukuplah dengan apa yang Neelofa dah sebut hari ini (semalam). Tidak perlu saya tambah apa-apa lagi,” katanya ringkas.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: via apaceritatv

Akhirnya Pembantu Peribadi Neelofa Dedahkan Dah Berjaya Kesan Gadis Yang Dikenali Sebagai Syamira Safiya. Terkejut Rupa Rupanya Ini Tindakan Yang Akan Dikenakan.

Kuala Lumpur: Pembantu peribadi (PA) kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin mengesahkan dirinya sudah berhubung dengan individu yang dipercayai memuat naik paparan skrin WhatsApp yang tular membabitkan Neelofa dan PU Riz baru-baru ini.

Nadiah berkata, dia sudah menyerahkan wanita dikenali Syamira Safiya itu kepada pihak peguam untuk tindakan lanjut. “Selepas saya memuat naik wajah serta memintanya untuk tampil, akhirnya wanita itu menghubungi saya secara peribadi di media sosial selepas tiga jam ia dimuat naik.

“Sebagai pembantu kepada Neelofa, saya sudah meminta dia untuk berurusan dengan wakil peguam saya. Ini kerana, menerusi paparan skrin terbabit dia secara tidak langsung sudah mengaitkan nama saya,” katanya. Menurut Nadiah, dia tidak mengenali wanita berkenaan, apatah lagi pernah bertemu.

“Kami tidak ada apa-apa kaitan. Dia bukan saudara atau kawan saya. “Cuma apa yang penting, saya hanya mahu membersihkan nama daripada terpalit dengan konflik membabitkan majikan dan PU Riz,” katanya. Terdahulu Nadiah mencari wanita menggunakan nama Syamira Safiya yang dipercayai melemparkan tudhan-tudhan tidak berasas di laman sosial sehingga menjejaskan nama baik Neelofa dan PU Riz.

Nadiah menerusi Instagram Story miliknya, memuat naik foto dan meminta info daripada orang ramai yang mengenali wanita berkenaan supaya tampil membantu pihaknya mengesan wanita itu. Sebelum ini ,sebuah akaun Twitter dengan nama Syamirasafiya02 memuat naik paparan skrin mesej perbualan menceritakan kononnya Neelofa terkena minyak pengasih dan kini berubat.

Menerusi perbualan itu juga, mendakwa bekas pengacara MeleTOP itu memasukkan sejumlah wang ke akaun PU Riz atas tujuan tertentu. Selain mendakwa pasangan itu sudah berkahwin di Kelantan. Bagaimanapun Neelofa tampil menerusi satu kenyataan menolak tudhan-tudhan yang dianggap sudah menjejaskan nama baik dan maruah keluarganya.

Kisah mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz hangat diperkatakan warganet selepas adik-beradik usahawan itu asyik berkongsi status berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada PU Riz. Terdahulu, Neelofa dirisik oleh PU Riz pada 1 November lalu di kediaman keluarganya di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Kuala Lumpur.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

sumber metro

Jangan Cakap Pu Riz Minta Duit Dari Neelofa. Sekali Indivdu Ni Bongkarkan Siapa Sebenarnta Bapa Pu Riz Buat Warganet Terkejut. Rupa Rupanya Keluarga Dia Bukan Calang Calang Orang.

KEMELUT hubungan selebriti terkenal Neelofa dengan Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail yang didakwa sudah berakhir dan dikaitkan dengan pelbagai tudhan buruk telah menarik perhatian penerbit Datuk Ayu Puteh untuk memberikan pendapatnya.

Ayu atau nama sebenarnya Normashayu Puteh, 44, berkata, dia mengenali ahli keluarga dan bapa pendakwah itu iaitu Datuk Seri Ismail sejak 15 tahun lalu kerana mereka berada dalam satu persatuan perniagaan yang sama.

Justeru itu, Ayu berkata, adalah agak mustahil tudhan mengatakan pendakwah itu dan keluarganya mempunyai niat buruk terhadap Neelofa yang melibatkan wang seperti tersebar di laman sosial. Malah, Ayu menegaskan PU Riz juga memiliki perniagaan makanan sendiri yang kini sudah mempunyai 10 cawangan di seluruh Malaysia.

“Saya kenal PU Riz sejak umur dia 10 tahun dan tak salah saya, ketika itu dia masih di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Besut, Terengganu. Walaupun tak rapat tapi saya tahu dia lelaki yang baik dan sesuai untuk dijadikan suami.

“PU Riz urus perniagaan bersama keluarga iaitu Food Station yang sudah ada lebih 10 outlet dalam Malaysia. Tapi masih ada segelintir pihak yang tuduh kata PU Riz kaya sebab ibu bapa dia. “Bapa dia sentiasa berikan yang terbaik untuk anak-anak, didikan agama yang cukup dan hantar sekolah agama yang terbaik. Takkan la Neelofa nak berkahwin dengan lelaki yang tak ada ilmu agama atau suami orang?

“Memang Neelofa berkemampuan tapi PU Riz juga mampu nak tanggung bakal isteri ikut kemampuan dirinya. PU Riz seorang yang berpelajaran tinggi begitu juga dengan Neelofa,” katanya kepada mStar.Ayu diminta mengulas berhubung hal berkenaan kerana dia mengenali keluarga personaliti dakwah itu selain mahu menepis tuduhan kononnya PU Riz menerima habuan daripada Neelofa yang dipindahkan melalui akaun bank sebanyak RM100,000.

Dia yang juga pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa mempunyai perniagaan Food Station yang salah satunya terletak di Nu Sentral. Untuk rekod, dalam bidang pendidikan, pemilik nama Muhammad Haris Mohd Ismail ini merupakan graduan Universiti Al-Azhar, Mesir dan memiliki Diploma Pengajian Islam.

Dia kini meyambung pengajiannya peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Undnag-Undang.Sementara itu, Ayu turut mendedahkan bapa PU Riz merupakan ahli perniagaan yang sangat berjaya namun memiliki sikap yang sangat merendah diri serta tidak mahu dikenali.

“Saya memang kenal Datuk Seri Ismail sebab dalam satu persatuan perniagaan yang sama. Sudah 15 tahun kami kenal dan bapa dia seorang yang kaya-raya juga sebab mempunyai perniagaan yang berjaya. “Bapa dia memang ahli perniagaan yang berjaya tapi tidak mahu heboh dan beliau juga sangat merendah diri. Kami buat perniagaan agensi pembekal pekerja satu Malaysia. Beliau juga tak suka dunia glamor ni,” ujarnya.

Pihak mStar berjaya menghubungi PU Riz, namun pelakon itu meminta diberikan ruang untuk menyelesaikan masalahnya dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media. Pada Sabtu lalu, kisah mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz hangat diperkatakan warganet selepas adik-beradik usahawan itu berkongsi status berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada seseorang.

Selepas itu Neelofa tampil menerusi sebuah video menolak tuduhan-tuduhan yang dianggap telah menjejaskan nama baik dan maruah keluarganya pada malam Ahad lalu.nBekas pengacara program MeleTOP itu mengikat tali pertunangan dengan PU Riz pada 1 November lalu di kediamankeluarganya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur

Bapa Kandung Dikatakan Jadi Wali Neelofa Dan Pu Riz Nikah. Akhirnya Bapa Kandung Neelofa Tampil Bersuara Lantang Bongkarkan Benda Ni Buat Warganet Terkedu.

Malam tadi nama PU Riz dan Neelofa menjadi ‘trending’ di laman sosial Twitter gara-gara beberapa tangkap layar yang dimuat naik ibu adik-beradik bekas pengacara MeleTop itu menjadi viral. Rata-rata warganet memuat naik tangkap layar tersebut di dalam ciapan masing-masing dan berdebat mengenai status hubungan pasangan personaliti tersebut.

Tambahan lagi ibu dan adik beradik Neelofa dilihat berhenti mengikut PU Riz di laman sosial Instagram. Bagaimanapun tinjauan Gempak mendapati PU Riz dan Neelofa masih saling mengikuti di antara satu sama lain. Terdahulu, kecoh apabila kakak Neelofa iaitu Noor Nabila memuat naik beberapa kapsyen foto di Instagram Story, didakwa ditujukan kepada seseorang.

Selain Noor Nabila adik Neelofa iaitu Atisha Khan dan Ameera Khan serta sepupu-sepupu mereka turut memuat naik kata-kata sinis yang hampir sama di Instagram Story masing-masing. Menambah curiga apabila ibu Neelofa, Noor Kartini juga membuat perkongsian di ruangan sama dengan berkongsi sepotong ayat memohon perlindungan Allah SWT daripada perkara buruk.

Sehingga hari ini, usaha untuk mendapatkan Neelofa dan PU Riz masih menemui jalan buntu kerana kedua-duanya mendiamkan diri. Tiada apa-apa kemaskini terbaru di laman sosial kedua-dua personaliti sama cantik sama padan tersebut.

Bapa enggan komen dakwaan jadi wali Neelofa

KOTA BHARU – Bapa kepada pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa enggan memberi sebarang komen mengenai dakwaan yang mengatakan dia menjadi wali kepada pernikahan anaknya dan bekas peserta Pencetus Ummah, Muhammad Haris Mohd. Ismail, 25, di Kelantan.

Mohd. Noor berkata, dia mendapat banyak panggilan daripada pelbagai pihak termasuk media yang bertanyakan mengenai kesahihan dakwaan tersebut. “Saya sudah katakan semalam bahawa saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara itu. Saya juga tidak mahu bercakap apa-apa mengenai perkara itu hari ini.

“Cukup dengan apa yang Neelofa dah sebut semalam. Tidak perlu saya tambah apa-apa lagi,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 31 memaklumkan, keluarganya kini dalam proses perbincangan dengan keluarga Muhammad Haris atau PU Riz mengenai status hubungan mereka.

Neelofa berkata, setiap hubungan ada cerita-cerita yang tersendiri dan tidak manis untuknya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga. “Keluarga kami kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian. Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua- dua belah pihak.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan yang ada, memohon maaf kepada pihak keluarga saya dan Haris untuk segala perkara yang berlaku. “Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan sebegini, lebih-lebih lagi kami masih belum pun ada sebarang ikatan,”katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam

Bapa Kandung Neelofa Masih Hidup?

Baru- baru ini, telah berlangsungnya majlis perkahwinan kali ke-3 buat Saradina iaitu kakak sulung kepada pelakon cantik Neelofa. Yang menjadi perhatian dalam majlis tersebut adalah penampakan kelibat seorang lelaki berusia yang berada di sebelah Juru Nikah dan turut memegang borang nikah untuk ditandatangani. Adakah itu bapa kandung kepada Neelofa dan adik beradik beliau yang sekian lama menjadi tanda tanya peminat? Berdasarkan beberapa komen di ig dibawah, ada yang mengiakan lelaki itu adalah ayah kandung Neelofa.

Hanya Neelofa dan keluarganya sahaja yang tahu siapakah lelaki itu. Namun andai benar, tiada salahnya pun . Kelihatan lelaki berusia itu mirip seperti Noor Nabila kakak Neelofa. Apa-apa pun, kami  mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada kakak Neelofa iaitu Saradina serta pasangannya.

Sebelum ini, status Noor Kartini bagaikan mengesahkan anak kesayangannya itu sudah disunting PU Riz. Bagaimanapun, hingga hari ini, Neelofa mahupun PU Riz masih mengunci mulut, tidak sepatah pun keluar mengenai majlis merisik yang berlangsung di kediaman keluarganya di Petaling Jaya pada 1 November lalu.

Pasangan itu dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta selepas menjayakan beberapa program kebajikan bersama, selain PU Riz dilihat sering bersama keluarga Neelofa memberikan kuliah agama. Baru-baru ini, Neelofa dikatakan tiga kali tersasul memanggil PU Riz dengan gelaran ‘sayang’ dalam satu video yang dimuat naik menerusi laman YouTube.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : http://trendingsangat.pw/wali-bapa-kandung-neelofa/

Titip Doa Menyentuh Hati, Ibu Neelofa Yakin PU Riz Dapat Membahagiakan Anaknya

Menurut tinjauan kami di IG Story ibu Neelofa, Datin Noor Kartini telah berkongsi foto dia bersama Neelofa dan menitip ucapan menyentuh hati kepada Neelofa. “Bismilahhirohmannirohim, Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…Syukurku padamu Yarab… Saat yangku tunggu-tunggu dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayanganku.”

“Aku yakin dengan ketentuanmu , yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya, yangakan menyokong setiap apa sahaja urusannya.. Ya Allah, jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu di syurgamu nanti… Amin @neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku, setiap detik dan setiap saat Mama mendoakan yang terbaik untukmu sayang..Mama love you very much”- tulisnya di foto tersebut.

Di laman media sosial, ucapan tahniah kepada Neelofa telah menjadi trending nombor 1 di twitter. Seperti mana yang kita ketahui, sebelum ini pasangan ini sering dilihat bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan. Tahniah buat Neelofa dan Riz, semoga hubungan mereka sampai ke jinjang pelamin.

Kecoh Pasal Neelofa Dirisik Oleh Pu Riz Tiba Tiba Terbongkar Jumlah Kekayaan Neelofa Pulak. Jumlahnya Memang Buat Orang Ramai Terbeliak Biji Mata.

Nama Neelofa sememangnya tidak asing lagi di Malaysia, terutama dalam industri hiburan, yang dikenali sebagai salah satu selebriti paling berjaya walaupun menghadapi pelbagai kontroversi. Beliau adalah selebriti tempatan yang sangat terkenal dengan kerja pengacaraannya, model dan lakonannya.

Neelofa juga pernah memegang trofi Bintang Paling Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian edisi ke-29 yang menunjukkan namanya dikenali oleh semua lapisan masyarakat. Selebriti berusia 31 tahun itu telah menempa nama untuk dirinya sebagai pengacara dan telah mengambil langkah untuk menjadi seorang ahli perniagaan.

Terkini, beliau mengenakan hijab menandakan penghijrahan terbaru yang berlaku dalam diri beliau. Kalau nak tahu, nama penuh beliau adalah Noor Neelofa binti Mohd Noor dan dilahirkan pada 10 Februari 1989 di Pasir Mas, Kelantan. Wanita cantik jelita ini adalah merupakan anak ke-3 daripada 9 adik-beradik.

Kejayaan Perniagaan Neelofa

Neelofa mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan melancarkan produk kesihatan BellaVita dengan ibunya. Beliau juga memiliki jenama produknya yang tersendiri. Di antaranya adalah Lofalens (contact lens), Beautea Slim dan Naelofar Hijab.

Faktor kejayaan Neelofa dalam perniagaan adalah beliau sentiasa mengambil peluang di pasaran pada waktu yang tepat. Ditambah pula dengan strategi pemasarannya di media sosial, Neelofa mempunyai 8 juta pengikut di Instagram, menjadikan sasaran perniagaannya lebih mudah dicapai.

Seorang Multi-Millionaire

Menurut laporan Celebs Trending, nilai aset Neelofa berjumlah USD67 juta berdasarkan penilaian kepada pendapatan, aset dan hartanah beliau. Kejayaan beliau seharusnya menjadi inspirasi bagi kita untuk terus berjaya dalam apa jua bidang yang kita inginkan.

Walaupun sering dihimpit dengan kontroversi yang menjadi kebiasaan dalam industri hiburan, Neelofa tidak mempedulikan itu semua dan terus mencari peluang untuk meraih kejayaan demi kejayaan. Berfikiran yang kreatif dan pandai merebut peluang, menjadikan Neelofa seorang wanita yang patut dijadikan seorang idola untuk kita semua!

Dengarnya beliau bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi, semoga dipermudahkan semua urusan. Jom kita lihat biodata Neelofa. Nama Neelofa sudah tidak asing lagi di Malaysia terutamanya dalam industri hiburan, terkenal sebagai antara selebriti paling berjaya meskipun berdepan dengan pelbagai kontroversi.

Beliau merupakan selebriti tempatan yang sangat terkenal dengan kerja-kerja pengacaraan, peragaan dan lakonan. Pernah menggenggam trofi Bintang Paling Popular bagi edisi Anugerah Bintang Popular Berita Harian anjuran ke-29, menunjukkan nama beliau yang dikenali oleh segenap lapisan masyarakat.

Pada tahun 2020, selebriti berusia 31 tahun ini sudah menempa nama sebagai pengacara dan sudah mengorak langkah menjadi ahli perniagaan. Artikel ini akan menghuraikan latar belakang Neelofa yang sangat sesuai dijadikan sebagai inspirasi ikon selebriti perniagaan. Jom baca!

Pengenalan/Latar Belakang

Pemilik nama penuh Noor Neelofa binti Mohd Noor ini dilahirkan pada 10 Februari 1989, 31 tahun lepas di Pasir Mas, Kelantan. Turut mesra disapa dengan panggilan Lofa, beliau merupakan anak ke-3 daripada 9 adik beradik.

Beliau memperoleh keputusan cemerlang 5A dalam UPSR dan kemudian sambung belajar di sekolah menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi dan mengekalkan momentum keputusan cemerlang dalam kedua-dua peperiksaan besar iaitu 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM. Kini, beliau merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Kolej Universiti Sunway.

Kerjaya Seni

Kerjaya Seni Lofa bermula apabila beliau memenangi pertandingan Dewi Remaja (satu batch dengan Anzalna, Azar Azmi, Izara Aishah) pada tahun 2010. Dari situ, banyak tawaran lakonan, peragaan, duta, jurucakap produk dan pengacaraan diterima. Pada tahun 2014, Neelofa mula mengenakan penampilan bertudung dan mengehadkan aktiviti seni kepada fokus bidang pengacaraan (rancangan Meletop di Astro).

Perniagaan Awal

Neelofa mula menceburi bidang perniagaan dengan melancarkan produk kesihatan BellaVita bersama ibunya dan memiliki jenama produknya sendiri. Antara perniagaan lain yang diceburinya ialah Contact lens Lofalens, Produk pil penjagaan kesihatan Beautea Slim, Jenama pakaian Muslimah, Naelofar Hijab.

BellaVita Healthcare

Pada Mei 2012, Neelofa menerusi syarikat miliknya, BellaVita Healthcare International Sdn Bhd telah menghasilkan suplemen kesihatan dan kecantikan yang mengabungkan unsur-unsur  dari dunia moden dan tradisional. Pengambilan makanan seimbang serta buah-buahan dan sayuran setiap hari akan memberikan kesan yang sangat positif kepada kesihatan dan kecantikan, menerusi pembuatan produk suplemen ini.

Perniagaan Tudung Naelofar

Antara faktor kejayaan Neelofa dalam penjualan tudung Naelofar ialah berada di pasaran pada masa yang betul. Laporan Reuters menganggarkan bahawa pengguna Muslim di peringkat global membelanjakan hampir $266 bilion untuk pakaian dan penampilan pada tahun 2013 dan terus meningkat sebanyak 14% pada tahun 2019.

Dengan adanya permintaan, tentulah bekalan akan mendapat sambutan. Ditambah dengan strategi pemasaran media sosial; Neelofa mempunyai 6.8 juta pengikut di Instagram, menjadikan sasaran perniagaannya lebih mudah dicapai. Sehingga kini, tudung Naelofar telah terjual di 38 negara termasuklah di kawasan elit di daerah Chelsea, London.

Pencapaian Cemerlang

Pada April 2017, Neelofa telah terpilih sebagai salah seorang daripada 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 bagi kategori E-Dagangan dan Peruncitan oleh majalah perniagaan antarabangsa Forbes. Ini merupakan pengiktirafan yang cukup membanggakan biarpun usianya dalam dunia perniagaan masih baru.

Beliau juga merupakan antara 10 individu utama yang tampil dalam versi majalah tersebut bersama-sama nama mogul perniagaan yang lain seperti Vivy Yusof, Sasha Tan, Edmund Ooi, Victor Chua dan lain-lain lagi. Selain itu, Neelofa terpilih untuk mewakili Malaysia bagi Program Delegasi Belia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) (UNDP) dan dijemput untuk menjadi panel penceramah di Forum Belia Misk-UNDP 2017, yang diadakan di New York, US.

Beliau diumumkan sebagai wanita berhijab pertama yang menghiasi papan iklan jenama aksesori perhiasan popular, Swarovski di Malaysia pada 14 Mei 2019. Neelofa turut menerima pencalonan dalam kategori usahawan pada anugerah

berprestij antarabangsa, Influencer Awards 2019 di Monaco yang dianggap sebagai platform terbaik untuk mengukuhkan empayarnya. Beliau turut diberi penghormatan sebagai tetamu penting dalam majlis Swarovski Crystal Wonderland Party sempena Minggu Fesyen Milan yang diadakan di Milan pada 21 September.

Lantikan sebagai Pengarah Air Asia

Pada 08 Disember 2017, syarikat penerbangan tambang murah Air Asia telah melantik Neelofa sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya yang baru. Tony Fernandes selaku ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia menyifatkan Neelofa sebagai “seorang yang cerdik dan berdikari” yang merupakan calon yang ideal bagi jawatan tersebut.

Duta Kad Muslimah bank Rakyat

Pada November 2016, Neelofa telah dilantik oleh Bank Rakyat sebagai duta Kad Muslimah. Neelofa merupakan antara 10 individu telah dilantik sebagai kumpulan kedua duta besar bagi Transformasi Nasional 2050 (TN50),

termasuklah wakil presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Arthur Joseph Kurup, pemuzik Gabriel Fairuz Louis, pakar Fatwa Datuk Izhar Afiff, pegawai eksekutif ABIM Jufitri Joha, pengasas JuaraGym Ben Uzair, artis seni rupa Anniketyni Madian, usahawan Juliana Lim dan Esther Michael, dan aktivis marin Nadhirah Mohd Rifai.

Jurucakap Produk

Neelofa mencipta sejarah apabila beliau telah dipilih sebagai duta jenama kosmetik mewah antarabangsa Lancôme, sekaligus menjadikan beliau sebagai wanita muslimah pertama yang dilantik sebagai duta bagi jenama antarabangsa tersebut.

Beliau bersama penyanyi Taiwan Hebe Tian dilantik sebagai wajah baharu telefon pintar OPPO F7. Pada 16 April, Neelofa bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuklah Hans Isaac, Scha, Awal, Maya Karin, Nora Danish, Joe Flizzow, dan Kavita Sidhu telah bersama-sama menjayakan kempen menentang siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.

Nilai Kekayaan

Menurut laporan Celebstrending, nilai pemilikan aset Neelofa dijangkakan berjumlah $67 juta, berdasarkan penilaian pendapatan, aset kereta, hartanah, gaya hidup dan lain-lain.

Kesimpulan

Kejayaan Neelofa boleh dijadikan inspirasi untuk kita terus memajukan diri. Biarpun sering dihimpit kontroversi yang merupakan resam industri hiburan, Neelofa tidak ambil pusing dan terus mencari peluang untuk mencapai kejayaan demi kejayaan. Pemikiran yang kreatif dan pandai merebut peluang, menjadikan Neelofa selesa menguruskan perniagaan dan kerjaya sebagai jurucakap produk beliau.

Sumber : http://transformasi.pw/

Lepas Je Tular Tentang Neelofa Dan Pu Riz Ramai Yang Ucapkan Tahniah Bila Neelofa Muat Naik Gambar Terbaru. Tapi Bila Zizan Masuk Komen Macam Ni Pulak Warganet Balas.

Kuala Lumpur: Akaun rasmi Instagram pelakon dan pengacara popular Neelofa terus dihujani ucapan tahniah oleh ramai selebriti tempatan susulan berita dirinya sudah dirisik pelakon dan pendakwah,  PU Riz, semalam. 

Neelofa yang memuat naik foto terbaharu bersama ibu tercintanya, Datin Noor Kartini menerima lebih 500,000 tanda suka dan hampir 12,000 komen daripada peminat serta selebriti.  Antara selebriti popular yang tinggalkan komen pada foto terbaharu yang dimuat naik Neelofa adalah Siti Elizad, Mawar Rashid, Zizan Razak, Mira Filzah, Siti Sarah, Mila Jirin, Nora Danish, Sari Yanti dan Fara Fauzana. 

Tidak hanya itu, Azira De Fam, Nabila Razali, Diana Amir, Hannah Delisha, Datin Seri Umie Aida, Kilafairy, Ramona Zam Zam, serta Yatt Hamzah turut tinggalkan komen pada foto terbabit.  Menerusi komen yang ditinggalkan, rata-rata selebriti menzahirkan rasa syukur dan tahniah terhadap ahli perniagaan itu. 

“Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan segalanya,” tulis Zizan.  “Alhamdulillah. Tahniah Lofa. Tak sabar menanti hari bahagia anda,” tulis Ramona.  “Alhamdulillah. Tahniah kak Lofa,” tulis Hannah.  “Akhirnya, saya cinta awak mek,” tulis kilafairy. “MashaAllah. Tahniah daripada saya dan keluarga. Semoga Allah permudahkan segalanya dan semoga ikatan perkahwinan kalian mendapat restu dan kebahagiaan,” tulis Yatt Hamzah. 

Menerusi pemerhatian, ramai selebriti mengucapkan salam tahniah pada neelofa dan status pada komen tersebut terima tanda sukaan terhadap apa yang mereka komen. Berbeza dengan komen dari zizan razak, komen beliau telah menerima lebih 2000 sukaan serta 41 komen diberi oleh warganet kepada beliau dan rata rata komen sekadar bergurau pada beliau serta mendoakan zizan agar dipertemukan jodoh.

Semalam,turut melaporkan Neelofa dikatakan sudah dirisik oleh pelakon dan pendakwah, Hariz Ismail atau PU Riz dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga selebriti dan ahli perniagaan itu.  Terdahulu, tular di media sosial apabila ramai warganet membuat perkongsian gambar Neelofa dan PU Riz berpakaian warna sedondon termasuk ucapan tahniah buat pasangan sejoli berkenaan.

Sumber : HMetro/OM

Dijangka Disatukan Sebagai Suami Isteri Pada Penghujung Mac 2021. Terkini Neelofa Sah Dirisik Oleh PU Riz

Selebriti dan usahawan ternama, Neelofa hari ini menerima kunjungan keluarga PU Riz pada Ahad.Astro AWANI difahamkan, kunjungan itu adalah bagi menyempurnakan acara merisik.Majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan berkenaan.Sumber keluarga pasangan berkenaan memberitahu, Neelofa yang baru-baru ini membuat keputusan untuk berniqab menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting.Neelofa dan PU Riz juga difahamkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.Sebelum majlis merisik diadakan di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail, di sini itu, seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan terlebih dahulu menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh PU Riz.

Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.Hubungan akrab Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, dihidu oleh media sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Neelofa yang juga pengasas syarikat Naelofar Hijab dan Nilofa Group dan PU Riz tidak pernah mengiaya atau menafikan hubungan akrab mereka.Kedua-dua mereka sering dilihat bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa yang diasaskan selebriti wanita yang mempunyai lapan juta pengikut di akaun Instagram.PU Riz merupakan salah seorang peserta program Pencetus Ummah pada 2016 dan merupakan seorang pendakwah bebas serta pelakon.Astro AWANI sedang berusaha menghubungi pengurusan Neelofa dan PU Riz bagi mendapatkan maklum balas mereka.