Kehamilan kali ini agak teruk berbanding sebelum ini. Mengejutkan bila tiba tiba Awal Ashaari bongkarkan keadaan terkini Scha Alyahya. Rupa rupanya sepanjang kehamilan ini yang jadi pada Scha.

Artis

PENGACARA dan pelakon Awal Ashaari berkongsi keadaan isterinya iaitu pelakon Scha Alyahya yang masih mengalami alahan teruk biarpun sudah melepasi tiga bulan awal kehamilan. Menurut Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 39, kelakuan isterinya juga tidak seperti kebiasaan ketika sedang hamil.

“Kehamilan dia kali ini agak teruk berbanding sebelum ini. Kalau masa mengandungkan Lara, lepas tiga bulan dia dah okey. Tapi sekarang dia masih muntah, perut berangin dan lenguh-lenguh badan. Awal dan Scha bakal timang anak kedua pada Februari tahun depan.

“Tapi harap-harap tak berpanjangan sampai sembilan bulan sebab memang ada orang alami alahan sepanjang proses kehamilan. Scha ni kalau hamil memang dia berubah menjadi orang lain. Dia akan jadi lebih pendiam.

“Masa tiga bulan kehamilan, Scha memang langsung tak sentuh handphone dan apabila tengok TV pun, dia akan tutup suara. Sebab dia rasa macam rimas dan sensitif dengan bunyi,” kata Awal kepada mStar. Pengacara program Melodi itu ditemui ketika majlis pernikahan pelakon Mira Filzah dan Wan Emir Astar di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

“Kalau kami beli sesuatu untuk Lara, kami akan cakap barang itu hadiah daripada adik dia.” Menerusi laporan mStar pada 6 Ogos lalu, Awal mengumumkan dia bakal menimang cahaya mata kedua apabila isterinya Scha Alyahya hamil empat bulan.

Dalam pada itu, Awal mendedahkan anak sulungnya iaitu Lara Alana kini masih dalam proses untuk belajar menerima kehadiran adik baharu. “Lara sekarang dalam proses nak belajar untuk terima adik sebab dia tengah rasa takut nak berkongsi. Lara juga pernah tanya dekat saya, baby keluar nanti akan beli mainan dan ada bilik sendiri tak.

“Malah, nama adik pun dia tak bagi mula dengan huruf L atau guna nama Lara. Dia banyak tanya supaya semua benda itu tidak perlu kongsi. Tapi sekarang ini, saya dan Scha lebih manjakan dan sayang dia. “Kalau kami beli sesuatu untuk Lara, kami akan cakap barang itu hadiah daripada adik dia. Supaya dia rasa adik pun sayang dia,” ujarnya.

Awal mendirikan rumah tangga dengan Scha pada 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Lara Alana yang kini berusia enam tahun. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Apam Pink Media

Sumber : mSTar

Scha Alyahya belum tahu jantina anak

PELAKON popular, Scha Alyahya yang kini hamil empat bulan mengakui belum mengetahui jantina anak kedua yang bakal dilahirkan kelak. Scha berkongsi perkara itu di Instagram Stories selepas mendapat kad ucapan serta sejambak bunga kiriman pengacara popular, Neelofa.

Menerusi kad itu, Neelofa mengucapkan tahniah atas berita kehamilan Scha yang bakal memberikan adik lelaki kepada Lara Alana. “Tahniah atas berita yang luar biasa ini dan memberikan hadiah berharga kepada Lara, seorang adik lelaki,” tulis Neelofa.

Bagaimanapun, Scha yang juga isteri kepada pengacara, Awal Ashaari berkata, mereka belum mengetahui jantina bayi yang dijangka dilahirkan pada Februari tahun depan. “Lara buat hal la ni. Kami belum tahu lagi jantina bayi. Hanya doakan semoga bayi membesar dengan sihat. Terima kasih atas doanya,” tulisnya.

Dalam kad ucapan sama, pengacara progam Next To Neelofa itu turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Scha sepanjang kehamilan. “Anda pasti gembira atas kehamilan kali kedua ini. Saya doakan anda selamat menjalani perjalanan ini,” katanya.

Terdahulu, berita kehamilan Scha dikongsi Awal menerusi video berdurasi 38 saat sempena hari jadi ke-39 pengacara Melodi itu. Dalam video itu memperlihatkan keterujaan Lara Alana yang berkongsi berita gembira mengenai kehamilan ibunya sambil memegang kit ujian kehamilan.

“Mummy sedang hamil. Saya bakal menjadi kakak kepada adik saya nanti, insya Allah. Saya akan menjaga adk lelaki saya nanti. Doakan keselamatan Mummy,” katanya. Bagaimanapun Awal mengusik Lara mengenai bagaimana dia mengetahui adik yang bakal dilahirkan nanti adalah lelaki. Secara spontan Lara menjawab, Awal yang memaklumkan perkara itu. Scha dan Awal yang berkahwin pada 2012 sudah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lara Alana yang kini berusia enam tahun.

PELAKON popular, Scha Alyahya yang kini hamil empat bulan mengakui belum mengetahui jantina anak kedua yang bakal dilahirkan kelak.

Scha berkongsi perkara itu di Instagram Stories selepas mendapat kad ucapan serta sejambak bunga kiriman pengacara popular, Neelofa.

Menerusi kad itu, Neelofa mengucapkan tahniah atas berita kehamilan Scha yang bakal memberikan adik lelaki kepada Lara Alana.

“Tahniah atas berita yang luar biasa ini dan memberikan hadiah berharga kepada Lara, seorang adik lelaki,” tulis Neelofa.

Bagaimanapun, Scha yang juga isteri kepada pengacara, Awal Ashaari berkata, mereka belum mengetahui jantina bayi yang dijangka dilahirkan pada Februari tahun depan.

“Lara buat hal la ni. Kami belum tahu lagi jantina bayi. Hanya doakan semoga bayi membesar dengan sihat. Terima kasih atas doanya,” tulisnya.

Dalam kad ucapan sama, pengacara progam Next To Neelofa itu turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Scha sepanjang kehamilan.

“Anda pasti gembira atas kehamilan kali kedua ini. Saya doakan anda selamat menjalani perjalanan ini,” katanya.

Terdahulu, berita kehamilan Scha dikongsi Awal menerusi video berdurasi 38 saat sempena hari jadi ke-39 pengacara Melodi itu.

Dalam video itu memperlihatkan keterujaan Lara Alana yang berkongsi berita gembira mengenai kehamilan ibunya sambil memegang kit ujian kehamilan.

“Mummy sedang hamil. Saya bakal menjadi kakak kepada adik saya nanti, insya Allah. Saya akan menjaga adik lelaki saya nanti. Doakan keselamatan Mummy,” katanya.

Bagaimanapun Awal mengusik Lara mengenai bagaimana dia mengetahui adik yang bakal dilahirkan nanti adalah lelaki. Secara spontan Lara menjawab, Awal yang memaklumkan perkara itu.

Scha dan Awal yang berkahwin pada 2012 sudah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lara Alana yang kini berusia enam tahun.

menimang cahaya mata kedua apabila Scha kini sedang hamil empat bulan. Berkongsi kegembiraannya, Awal yang juga pengacara program Melodi itu berkongsi pengalamannya menjaga isteri yang sedang hamil. “Kami mendapat tahu mengenai kehadiran bakal cahaya mata kedua ini sejak Mac lalu. Namun, kami memilih untuk merahsiakannya terlebih dahulu memandangkan ia masih dalam peringkat awal.

“Kalau nak diikutkan, usaha kami untuk mendapatkan anak kedua sudah bermula sejak Lara berusia tiga tahun lagi. Namun, pada waktu itu belum ada rezeki dan nampaknya, Allah memberi rezeki anak kepada kami dalam tahun ini,” katanya. Berkongsi mengenai pengalaman ketika membuat ujian kehamilan pada Mac lalu, Awal berkata, dia membeli pelbagai jenis alat ujian kehamilan dari farmasi.

“Saya beli banyak alat ujian kehamilan daripada yang paling murah hinggalah yang mahal. Setiap hari, Scha akan buat ujian dan kalau nak diikutkan, lebih tujuh kali Scha jalankan ujian. “Ujian pertama, garisan penanda itu nampak samar-samar. Tapi, semakin hari, penandanya semakin jelas dan sampailah kami menjalani pemeriksaan dengan doktor,” katanya.

Berkongsi mengenai ‘perangai’ aneh isterinya, Awal berkata, Scha kini cepat rimas dengan bunyi-bunyian. “Ketika Scha mengandungkan Lara, dia memang tak suka memegang telefon dan tidak aktif di media sosial. Jadi, perkara sama berulang dan itu tidak terlalu mengejutkan saya.

“Yang menjadi kejutan buat saya adalah dia benar-benar tidak sukakan bunyi bising sehingga menonton TV pun dia akan tutupkan suara. “Kalau drama atau filem yang disediakan sarikata, tak jadi masalah. Tapi apabila yang tidak ada sarikata, saya sendiri pun hairan melihat kerenahnya,” katanya.

Scha juga pernah meluahkan hasratnya untuk menutup akaun media sosialnya tetapi Awal tidak membenarkannya. “Saya juga terpaksa letakkan telefon dalam ‘mood’ senyap kerana dia cepat terganggu. Kalau anda nak tahu, selama lebih tiga bulan ini sayalah yang menjaga akaun Instagram Scha dan sering memuat naik benda-benda berkaitan kerja memandangkan ada komitmen kerja yang harus dikongsikan,” katanya.

Ditanya mengenai Lara yang bakal bergelar kakak, dia kini mula menunjukkan sikap ‘cemburu’ dengan kehadiran adiknya yang dijangka dilahirkan pada Februari tahun depan. Awal berkata, Lara seperti merasakan dirinya kurang mendapat perhatian daripada ibunya yang juga pelakon dan pengacara itu.

“Pada peringkat awal, dia seronok. Dalam dua ke tiga minggu ini, dia cepat merengek dan nampaknya, seperti inginkan perhatian. Dia bertanya kepada saya, kenapa bila dia bercakap dengan ibunya, tapi ibunya tak layan. “Saya jelaskan kepadanya mengenai bayi dalam kandungan Scha dan dia mula faham. Tapi, pada masa sama, dia banyak bertanya, selepas ibunya bersalin adiknya akan tinggal dengan siapa dan siapa akan teman dia tidur,” katanya.

Menurutnya, dia dan Scha belum melihat ‘keakraban’ antara Lara dengan adiknya yang bakal lahir itu. “Apa yang saya nampak, hubungan ‘akrab’ antara Lara dengan adiknya itu belum ada. Saya sampai terpaksa mereka cerita, beritahu dia bahawa adiknya kirim salam dan adiknya suruh saya belikan mainan untuk Lara.

“Jadi, sedikit sebanyak, dapat sedapkan hatinya dan buatkan dia rasa bahawa adiknya itu sebenarnya baik dan sayangkannya,” katanya. Berkongsi mengenai cerita kehamilan isterinya, Awal berkata, Scha mula berubah dari segi selera makan. “Banyak makanan yang dia suka makan sebelum ini, dia tak pandang pun kalau saya beli. Kalau ada dia kempunan untuk makan apa-apa makanan, dia sendiri akan pesan secara online.

“Ada juga beberapa kali dia teringin untuk makan masakan saya seperti nasi goreng sardin dan juga bubur jagung. Jadi, saya sediakan untuknya,” katanya. Berkongsi mengenai cara dia dan Scha untuk membesarkan cahaya mata kedua ini, Awal berkata, ia bergantung kepada keputusan bersama.

“Kalau perempuan, mungkin cara membesarkannya tak jauh beza dengan Lara. Kalau lelaki, ada sedikit perbezaan memandangkan tanggungjawab anak lelaki lebih besar. “Dari segi pendedahan anak-anak kepada umum, mungkin kami akan berbincang sama ada akan diberikan pendedahan atau bagaimana. Yang pasti, kami ingin membesarkan anak kami seperti ibu bapa lain di luar sana walaupun ia sedikit mustahil,” katanya. Terbaru, Awal kini sedang bekerja keras untuk menyelesaikan pelbagai cabang kerja seni dalam norma baharu selepas banyak berdepan kerugian ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Jadi diri sendiri

TIDAK dinafikan, gelaran pasangan popular masih kekal relevan menjadi milik Awal Ashaari dan Scha Alyahya. Ditambah pula selepas kelahiran anak sulung mereka, Lara Alana, ia melengkapkan lagi jenama keluarga ini menjadi keluarga selebriti popular.

Bagaimanapun, ramai tidak tahu apa yang dipamerkan baik di alam nyata mahupun di media sosial, Awal dan Scha atau mesra disapa Schawal ini sentiasa menjadi diri sendiri. Scha, 36, atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya berkata, dia sekeluarga lebih selesa menjalani kehidupan seperti biasa tanpa cuba memalsukan kehidupan sedia ada.

“Sejujurnya, kami tidak merancang soal jenama pasangan popular ini, malah bukan satu keutamaan untuk mengekalkan gelaran ini. “Apa yang kami ada ini mengambil masa, bukanlah datang dalam tempoh yang singkat. Jadi apa yang dilakukan sekarang adalah menjadi diri sendiri dan menjalani kehidupan seperti biasa.

“Jika diikutkan, saya dan Awal memiliki karakter berbeza. Awal lebih kepada penguasaan maklumat dan komunikasi. Saya pula fokus kepada fesyen dan penggayaan. Jadi, kami saling melengkapi dan memperbaiki semua kelemahan untuk menjadi lebih baik,” katanya.

Malah disebabkan itu, Awal dan Scha kerap mendapat jemputan untuk digandingkan sebagai pasangan pengacara. Namun menurut Awal, gandingannya dengan Scha sebagai pengacara mungkin sukar meraih keserasian. “Walaupun kami sudah berkahwin hampir tujuh tahun, bab kerja ada bezanya.

Ada ketika, cara kami bercakap dan berfikir berbeza. Walaupun orang kata suami isteri banyak berkongsi perkara, tapi apabila kami di pentas ada saja kelemahannya dan tak serasi,” katanya. Menurut Awal yang juga bekas pengacara program Melodi, dia perlu mencari keserasian itu jika mahu melihat gandingannya bersama isteri dalam satu program TV.

“Selama ini kami tak pernah terfikir untuk bekerjasama sebagai pengacara sebab lebih selesa secara solo. Kalau sudah ada permintaan, kami perlulah berikan yang terbaik. “Susah memang susah. Bagi saya, Scha lebih dominan ketika di pentas. Sebab itu saya sering digandingkan dengan pasangan pengacara yang tidak dominan. “Tapi kami okey saja. Kebimbangan itu lebih pada dia bukan saya. Paling penting sebenarnya, setiap pasangan pengacara perlu bijak memberi dan menerima,” katanya.

Tambah anak

Berkongsi mengenai cahaya mata, Awal dan Scha mengakui tak pernah berhenti berusaha untuk menambah ahli keluarga. Pun begitu pasangan itu belum terfikir menggunakan kaedah dan rawatan alternatif. “Lara sudah berusia lima tahun. Sudah lama kami mahu tambah anak, apatah lagi usia kami bukan muda lagi. Memang itu yang kami sekeluarga mahukan. Saya memang mahu mengandung. “Namun buat masa ini belum ada rezeki dan tidak terfikir untuk mencari alternatif lain,” katanya.