Disebabkan kejadian yang tular baru baru ini. Jais tampil libatkan lebih banyak tanah pengurusan dan tambah petugas untuk ini.

Berita Dunia Fakta

Isu kelewatan urusan pengurusan pesakit Covid-19 di Lembah Klang dijangka dapat diatasi dengan melibatkan lebih banyak tanah pengurusan dan serta menambah lebih ramai petugas bagi menguruskan jnazh wabak itu. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata arahan telah dikeluarkan ke atas tanah-tanah pengurusan tertentu untuk menerima jnazh pesakit Covid-19.

“Kita telah mengarahkan semua pihak yang bertanggungjawab ke atas tanah-tanah pengurusan yang berhampiran dengan hospital-hospital tertentu untuk terima jnazh pesakit Covid-19 ini dan mereka kena sempurnakan sampai habis, maksudnya kita tak nak hanya gali sahaja lepas tu biarkan tempat tu tak ada orang nak kambus,” katanya ketika dihubungi. Mengulas mengenai kesukaran pihak pengurusan jnazh apabila urusan hanya dibenarkan pada waktu pejabat, Shahzihan berkata penglibatan lebih banyak tanah pengurusan ini dijangka membantu mengurangkan beban di sesebuah lokasi pengurusan.

“Bila mana tempat untuk tanam ini diperluaskan ia akan mengurangkan beban (pada satu-satu tanah pengurusan) seterusnya membolehkan urusan dilakukan pada waktu siang. Sebab urusan jnazh pesakit Covid-19 perlu dihadiri pegawai kesihatan jadi kita tidak mahu orang kata kita sengaja melambatkan urusan sehingga malam dan kita juga ingin menjaga pegawai kesihatan, barisan hadapan ini supaya tidak tertekan, jadi caranya kita perluaskan (penglibatan tanah pengurusan lain),” katanya. mStar baru-baru ini melaporkan isu kelewatan pengurusan jnazh pesakit Covid-19 di Lembah Klang yang berlaku disebabkan penetapan kuota harian bagi urusan di tanah pengurusan serta tindakan mengutamakan jnazh kariah.

Mohd Shahzihan berkata arahan telah dikeluarkan ke atas tanah-tanah perkuburan tertentu untuk menerima jenazah pesakit Covid-19. – Sumber Sinar Harian

Situasi ini menimbulkan kebimbangan terutama sekali berikutan peningkatan kes kematian harian akibat Covid-19 yang setakat ini sudahpun melebihi angka 3,000. Ini mengakibatkan beberapa hospital antaranya Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur terpaksa menempah kontena bagi menempatkan jnazh pesakit Covid-19 sementara menunggu urusan selesai.Bercakap kepada mStar, Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jnazh Malaysia (SPJM) Muhammad Rafieudin Zainal Rasid mendakwa sesetengah tanah pengurusan menghadkan hanya 10 jnazh untuk diuruskan setiap hari dan hanya tiga daripadanya melibatkan kes Covid-19. Ditanya mengenai perkara ini Shahzihan percaya arahan baharu yang dikeluarkan berupaya menyelesaikan isu yang timbul.

Kita telah mengarahkan semua pihak yang bertanggungjawab ke atas tanah-tanah pengurusan yang berhampiran dengan hospital-hospital tertentu untuk terima jnazh pesakit Covid-19 ini dan mereka kena sempurnakan sampai habis, maksudnya kita tak nak hanya gali sahaja lepas tu biarkan tempat tu tak ada orang nak kambus.

Rafieudin turut mendakwa bahawa pihak pengurusan juga terpaksa akur dengan prosedur operasi standard (SOP) sewaktu tempoh lockdown yang hanya membenarkan urusan pengebumian dilakukan sehingga pukul 5 petang. Sementara itu Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata pihaknya sentiasa bersedia untuk menambahbaik pengurusan jnazh di Wilayah Persekutuan dari masa ke semasa.

“Tiga Tanah Pengurusan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS) di bawah seliaan Jawi menjadi lokasi pengurusan jnazh yang dikaitkan dengan Covid-19 semenjak lebih setahun yang lalu iaitu TPIRS KL-Karak 2, TPIRS Bukit Kiara 1 dan TPIRS Kampung Melayu Kepong. “Jnazh diuruskan di sini tanpa tertakluk kepada lokaliti,” tegasnya.

Menurut Ajib penambahan petugas juga akan dilakukan mengikut keperluan dan keadaan semasa. Sehingga kini, Pasukan Petugas Khas Pengurusan Jnazh Covid-19 Jakim dan Jawi telah menguruskan 435 jnazh berkaitan Covid-19 bagi melunaskan tanggungjawab fardu kifayah ke atas umat Islam.

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.