Kena kritik dengan warganet lepas kongsi foto pegang pelakon lelaki. Sekali ini jawapan Puteri Sarah bila disoal tentang suaminya

Artis

Setelah sekian lama Puteri Sarah tidak muncul d kaca televisyen. Terkini dia dilihat kembali aktif dalam bidang lakonan selepas dia menyepi daripada dunia seni apabila berkahwin dan mempunyai cahaya mata. Tak sangka penglibatan aktif semula Sarah mendapat sambutan baik daripada peminatnya.

Terkini, sekli lagi Puteri Sarah terima banyak krtikan daripada warganet selepas memuat naik sekeping foto dengan pelakon lelaki iaitu, Nazrief Nazri. Foto terbabit mengundang rasa kurang enak di kalangan wargnet berikutan statusnya sebagai seorang isteri dan bertudung.

Lagi dua episod ja nak habis dah #melastikkehatimu. Boleh dikatakan Sarah seronok bila buat comeback. Sarah berlakon drama komedi. Tapi korang jangan sed1h. My next apperance will be in another romantic comedy telemovie bersama Nazrief Nazri in Jangan Cvri Hati Saya directed by Fairuz Loy. Coming soon to you guys.Sarah memberitahu bahawa dia berasa sangat seronok untuk membuat penampilan semula dalam bidang lakonan. Tambahnya, dia bakal muncul dalam sebuah telemovie romantik komedi bersama Nazrief Nazri tidak lama lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet dan peminat Sarah meninggalkan komen berbentuk tegvran. Menurut mereka, foto yang dimuat naik itu didkwa tidak sesuai memandangkan Sarah sudah berkahwin dan berhijab. Namun begitu, Sarah turut menjawab komen seorang individu di mana suaminya tidak marh berhubung foto tersebut.

Kisah Rumahtangga Hangat Diperkatakan Oleh Warganet. Kali Ni Ira Kazar Pula Dikatakan Rampas Syamsul Yusuf. Sekali Ini Respon Mengejut Dari Puteri Sarah Buat Ramai Terkedu.

Nama wanita yang dikenali sebagai Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar tiba-tiba menjadi perbualan dalam kalangan pengikut Instagram pelakon, Puteri Sarah. Ia bermula selepas muncul komen seorang pengguna akaun @nur.afifah53 yang mempersoalkan penampilan Puteri Sarah meniru Ira Kazar.

Malah, menerusi tinjaun Harian Metro di Instagram Puteri Sarah atau mesra disapa Sarah, komen yang ditulis pengguna akaun itu membuat persoalan adakah Ira merampas suami Puteri Sarah iaitu pengarah, Syamsul Yusof.

Puteri Sarah atau mesra disapa Sarah ketika dihubungi berkata, dia sudah banyak kali mendapat komen dan mesej peribadi (DM) daripada individu tidak dikenali dengan menggunakan akaun berbeza. “Nama akaun berbeza-beza, cara dia komen dan gaya bahasa digunakan sama. Malah, seolah-olah tahu semua perkara yang terjadi antara saya dan Syamsul. Sedangkan saya tidak pernah kongsi kepada umum isu dalaman kami.

“Kami sekarang sudah tutup buku lama. Tahun ini adalah tahun baru untuk kami baiki hubungan. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. “Jika dengan cara ini individu di sebalik akaun itu mahu menjatuhkan saya, ia tidak akan berlaku,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Sarah tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis terhadap individu yang melakukan provokasi dan memanipulasi isu masalah rumah tangganya dengan suami, Syamsul Yusof. Sarah berkata, dia banyak menerima mesej sedemikian serta ugtan di Instagram tetapi enggan melayannya.

Dalam laporan sama, Sarah berkata, dia terkilan apabila masalah rumah tangganya terus diganggu pihak tidak bertanggungjawab dan dimanipulasikan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: Harian Metro via cari

Akui Syamsul Tahu Apa Punca Puteri Sarah Keluar Rumah. Lama Menyepi Akhirnya Puteri Sarah Mula Bongkarkan Apa Yang Sedang Terjadi Dengan Rumahtangganya.

Pengarah filem Munfik, Syamsul Yusof, 36, mengakui dia kini memang sudah tidak tinggal sebumbung bersama isterinya, pelakon, Puteri Sarah Liyana. Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof dihubungi, bagaimanapun memaklumkan dia tidak pernah cuba menyembunyikan perkara itu sebelum ini.

“Bila dah tanya macam ini, saya jawablah memang kami sudah tidak tinggal sebumbung lagi. Bagi saya, tak ada apa yang nak disorokkan pun. “Saya pun sekarang beritahu apa yang saya rasa nak beritahu, asalkan pada saya ia tak ada masalah untuk dikongsikan,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya sejauh mana permasalahan rumah tangga yang berlaku itu akan berakhir di mahkamah, Syamsul berkata dia dan isterinya, masih dalam proses memperbaiki hubungan mereka. “Sekarang ini, saya dan Sarah masih lagi dalam proses cuba memperbaiki hubungan kami. Pada ketika ini, kami berdua perlukan masa.

“Lagipun, tak ada orang dalam dunia ini yang mahu bercerai. Termasuklah saya dan Sarah, tak mahu bercerai. Tapi, kami perlukan masa sebab kena fikirkan anak-anak juga. “Siapa yang tak sayang keluarga. Saya sangat sayangkan keluarga saya, anak- anak dan sudah tentulah isteri saya. Ya, saya sayang mereka,” katanya.

Syamsul berkata selain terus berdoa kepada Allah SWT untuk keharmonian semula rumah tangganya, dia juga berharap peminat dan rakan-rakan mendoakan yang baik-baik buat mereka. Kisah kemelut rumah tangga Syamsul dan isteri, mula jadi perhatian selepas Sarah didakwa sudah ke pejabat agama pada 20 September lalu.

Hasil perkongsian hidup Syamsul dan Sarah yang berkahwin pada 8 Mac 2014, dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1. Berikut pula reaksi dari wrganet selepas perkembangan terbaru ini

‘Dia tetap syurga saya’ – Puteri Sarah

Kuala Lumpur: “Dia (Syamsul) tahu sebab apa saya keluar rumah dan dia juga tahu sebab apa saya ‘dingin’.” Itu kata pelakon, Puteri Sarah, 35, sekali gus mengakui sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan suami yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Puteri Sarah berkata, tiada sebab untuk dia berbuat sedemikian sekiranya ‘masalah’ yang paling ditakuti dalam perhubungan rumah tangga tidak berlaku. Namun, Puteri Sarah atau mesra disapa Sarah enggan berkongsi lanjut ‘masalah’ dimaksudkannya itu.

“Apabila keluar cerita sebegini, saya percaya ada pihak lain yang suka. “Dalam perkara ini, saya tidak mahu dianggap punca terhadap apa yang berlaku sekarang. Tentu saja sebagai lelaki, suami dan ketua rumah tangga dia perlu bertanggungjawab di atas semuanya. Itu yang saya harapkan,” katanya.

Ditanya sejauh mana kebenaran perkongsian di Instagram Story baru-baru ini mengenai kisah cVrang dan orang ketiga dalam perkahwinan berlaku pada dirinya, Sarah juga enggan mengulas lanjut. “Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara ini, tapi cukup untuk saya katakan ada ‘masalah’ yang wujud dalam rumah tangga kami,” katanya.

Ditanya lagi sama ada ‘masalah’ itu membabitkan orang ketiga, ini jawab Sarah. “Soalan ini kena tanya pada dia,” katanya ringkas. Bagaimanapun, Sarah berkata walau apa pun yang terjadi sekarang dan selepas ini, dia masih menyayangi perkahwinan mereka yang sudah dibina sejak enam tahun lalu.

“Tiada siapa mahukan masalah dan perpisahan. Saya tetap berdiri di belakang dan menyayangi dirinya sebab dia adalah syurga saya,” katanya. Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, setahun lapan bulan.

“Tidak setia perlu kerja keras, kena pad4m semua mesej… lock phone” – Puteri Sarah kongsi petikan kata-kata cinta yang tak setia

Sebelum ini Puteri Sarah, 35, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memuat naik dua petikan kata berkaitan tidak setia. “Tidak setia adalah pilihan, bukan kesalahan. Puteri Sarah dan Syamsul bersama dua anak-anak mereka.

“Cu-rang ini perlu kerja keras, kena padam semua mesej, sentiasa lock phone, kena fikir ayat untuk tipu. “Terlalu susah untuk cu-rang. Lebih baik setia,” demikian petikan kata-kata seperti yang dikongsikan Puteri Sarah di Instastory.

Terdahulu menerusi posting berlainan di ruangan yang sama, Puteri Sarah menyatakan dia berharap agar kehidupannya bersama anak-anaknya bertambah baik. “Tiga bulan menjelang tahun 2021, semoga masa depan yang lebih baik dan bahagia bagi saya dan anak-anak.

Gambar kenangan keluarga ini menyambut hari raya bersama pada Mei lalu. “Menuju ke arah kehidupan yang lebih baik… InsyaAllah,” tulisnya sambil berkongsi lokasi kedudukannya di Ipoh, Perak. Dia juga turut memetik petikan kata-kata nukilan pakar motivasi Profesor Dr Muhaya Mohamad mengenai ego.

“Salah satu sifat ego ialah cepat marah dan payah memaafkan kerana merasakan diri besar. Muhasabah diri selalu. Cuba perhatikan apakah emosi kita apabila bangun dari tidur. Bersyukur atau merungut,” demikian petikan itu.

Dua paparan skrin daripada Instastory Puteri Sarah yang menyentuh mengenai isu tidak setia. Sebelum ini dunia hiburan kecoh apabila Puteri Sarah dilaporkan hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak ditemani seorang wanita yang dipercayai ibu mentuanya, Datin Fatimah Ismail.

Bagaimanapun, ditanya mengenai tujuan mereka mengunjungi pejabat agama tersebut, Puteri Sarah hanya memilih untuk tidak mengulas mengenainya. Menerusi laporan mStar pada 21 September lalu, bapa kepada Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam berkata dia enggan mencampuri urusan anak dan menantunya itu.

Yusof memberitahu dia tidak berhak memberi sebarang komen memandangkan pasangan itu tidak lagi tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu. Syamsul Mula Naik Ang-in Dgn Mereka Yang Tak Reti Hormat Orang

Setelah Sekian Lama Menyepi Akhirnya Syamsul Yusof Tampil Buka Mulut Bongkarkan Sesuatu Pasal Har Rumahtangga. Rupa Rupanya Ini Punca Sebenar.

SETELAH agak lama isu membabitkan rumah tangga Syamsul Yusof menjadi perbualan ramai, pengarah dan pelakon itu akhirnya tampil menjelaskan mengenai status sebenar. Mengakui bahtera yang dibina berhadapan masalah, Syamsul, 36, bagaimanapun berkata dia dan Puteri Sarah Liyana kini dalam proses memperbaiki hubungan dengan mendapatkan nasihat daripada pihak yang sepatutnya.

Malah jelas pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof ini, kehadiran Puteri Sarah di pejabat agama pada 18 September lalu tidak melibatkan isu perpisahan. “Semua orang pun tahu dia pergi ke pejabat agama tapi bukan sebab kami nak berpisah. Cuma tiada jalan lain, kami perlu mengambil nasihat daripada kaunseling.

“Kami masih dalam proses memperbaiki hubungan. Saya tidak boleh cakap lebih soal rumah tangga tapi apa yang boleh saya cakap… dia seorang isteri yang baik. “Yang penting sekarang ini anak-anak. Mungkin sebab saya terlalu obses dengan kerja saya. Jadi seperti penyaki1t… saya jadi tak senang dengan kerja saya.

“Sepatutnya apabila kerja dah siap, relaks la. Nak kata duit… Alhamdulillah, rezeki ada. Tapi kenapa saya selalu nak bekerja,” kata Syamsul kepada mStar. Pada 29 September lalu, Syamsul meluahkan rasa marah apabila kisah rumah tangganya dijadikan modal sensasi berbaur ftnah sebuah saluran YouTube.

Dalam pada itu pengarah dan pelakon filem mnafik ini mengakui berasa tertekan apabila berdepan dengan dugaan tersebut ketika dia sedang sibuk menyiapkan projek filem dan lagunya. Bagaimanapun dia percaya dan yakin apa yang berlaku tidak akan menjejaskan urusan dalam memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah.

“Saya tertekan sebab sibuk dengan projek filem dan lagu dan dalam masa sama nak perbaiki hubungan kami lagi. Jadi, saya perlukan ketenangan. Syamsul membuat laporan polis terhadap individu yang menghantar mesej berbaur ugtan kepada dirinya dan keluarga.

“Tapi pada masa yang sama timbul isu YouTuber buat ftnah… ada yang hantar mesej ugtan la. Sekarang ini mood saya tengah sakit hati… nak selesaikan masalah kena tenang. “Tapi InsyaAllah apa yang berlaku ini tidak akan menjejaskan saya dan Sarah dalam urusan nak perbaiki hubungan kami.

“Sarah seorang yang sangat memahami dan apa yang terjadi, dia sentiasa beri sokongan,” ujarnya. Syamsul berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah yang kini berusia setahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: mStar/KL Menjerit Video

Tajuk Ke Arah Perkara Negatif. Syamsul Yusof Dedah Akan Saman Satu Saluran Youtube Ini Selepas Menyebarkan Berita Yang Tidak Sepatutnya Dibuat

Pelakon Syamsul Yusuf berang dengan sebuah saluran YouTube yang menggambil kesempatan menggunakan tajuk berbaur ftnah mengenai hal rumahtangganya.Dengan menggunakan nama Cabik Geronong Channel, saluran itu meletakkan tajuk berjudul ‘TAK SANGKA! Rupanya Syamsul Yusof Menduakan dengan Puteri Sarah’ untuk mendapatkan jumlah tontonan yang banyak menimbulkan rasa kurang senang Syamsul.

Syamsul menerusi video pendek di ruangan IG TV di Instagram miliknya memaklumkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap saluran berkenaan.“Anda semua nak main-mainkan saya kan? Berani tulis tajuk macam ini hanya untuk mendapatkan views di YouTube.

Saya dah semak dan saluran ini adalah dari Malaysia dan kita akan dapatkan dia punya id. “Too much brother. Jangan main-main dengan nama saya. Please stop playing aroung with my f******g name bro.“Sekarang ini dekat

saluran YouTube saya tahu anda semua nak dapatkan views apa semua, saya tahu itu kerja anda tapi tolong hormati orang dan juga artis.“Mereka ada keluarga juga, saya ada anak-anak. Saya dapat Cabik Geronong Channel, nama saluran pun macam apa tah dia tulis tajuk yang boleh membawa ftnah, boleh membawa kepada kepincangan keluarga saya lagi,” katanya.

Tegas Syamsul lagi, tindakan tidak bertanggungjawab pihak saluran itu boleh membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.“Seperti yang saya cakap, saya tidak akan berdiam diri lagi. Saya akan saman anda, saya jumpa anda di mahkamah.

“Ini bukan sebab duit, nak kasi ajar sikit. Kalau ada artis-artis lain sebelum ini pernah kena kalau diorang tak berani saman ke ha ni Syamsul saman kau sekarang ni.“Saya tak main-main dan tolonglah respek orang lain. Orang tengah ada masalah

sekarang ni dan korang nak fikir tentang korang punya views, kau tak fikir orang punya perasaan. Kau nak buat macam ni, okay see you in courtlah. “Saya akan dapatkan peguam terbaik. Seriously bro, too much! Orang pun ada perasaan juga, come onlah respek people.

“Saya hormat anda, anda hormat saya. Saling menghormati, jangan buat kami, artis Malaysia ni like sht man. Malas cakaplah, see you in court!” tegasnya. Malah, Puteri Sarah bersama ibu mentuanya dikatakan masuk ke bahagian undang-undang keluarga meskipun tidak dapat dipastikan tujuan sebenar kehadirannya itu.

Puteri Sarah juga sempat menimbulkan tanda tanya saat memuat naik kenyataan berkaitan menduakan di InstaStorynya baru baru ini. Selain itu, di Instagram Syamsul juga kali terakhir dia memuat naik foto bersama isteri dan anak-anak pada Mei lalu,

manakala, foto bersama Puteri Sarah pula kali terakhir pada November tahun lalu. Pasangan Syamsul dan  Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.Kredit Foto: Instagram @syamsulyusoffilm-gmpk

Sudah Dua Tahun Tidak Tinggal Bersama Keluarga. Yusof Haslam Ulas Isu Hubungan Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Susulan Keadaan Rumah Tangga Pasangan Tersebut Bermasalah

Yusof dan isterinya sentiasa mendoakan yang terbaik buat Syamsul serta Puteri Sarah. SUSULAN keadan rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang didkwa berntakan selepas kedua-duanya dilihat muncul di Pejabat Agama, bapa pengarah filem itu Datuk Yusof Haslam enggan mencampuri urusan peribadi anak dan menantunya itu.

Yusof ketika dihubungi mStar memberitahu dia tidak berhak memberi sebarang komen memandangkan pasangan itu tidak lagi tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.Bagaimanapun Yusof berkata, dia dan isterinya iaitu Datin Fatimah Ismail sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak dan menantunya itu.

Puteri Sarah enggan mengulas dkwaan rumah tangganya dengan Syamsul kini berdepan dengan masalah.“Saya tak tahu apa-apa mengenai rumah tangga mereka. Biarlah Syamsul dan Puteri Sarah sendiri yang beri kenyataan sebab saya tak boleh nak beri komen.”Benda ini terlalu peribadi sebab melibatkan hal rumah tangga mereka.

Lagipun, mereka berdua dah tidak tinggal bersama dengan saya sejak dua tahun lalu sebab mereka ada rumah sendiri.”Sebagai bapa, sudah tentu saya mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua. Apa saja kemelut yang berlaku, saya dan isteri mendoakan agar mereka dapat selesaikan dengan baik,” kata Yusof kepada mStar.

Benda ini terlalu peribadi sebab melibatkan hal rumah tangga mereka.

Yusof diminta mengulas mengenai dkwaan Puteri Sarah Liyana dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada Jumaat lalu.Puteri Sarah dilihat mengenakan jubah dan bertudung hitam memasuki bahagian undang-undang keluarga ditemani seorang wanita yang dipercayai ibu mentuannya, Fatimah.

Bagaimanapun, ditanya mengenai tujuan mereka mengunjungi pejabat agama tersebut, Puteri Sarah hanya memilih untuk tidak mengulas mengenainya. Puteri Sarah dan Syamsul dikurniakan sepasang anak. Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Syamsul yang juga seorang pengarah filem hebat gagal apabila panggilan telefon tidak dijawab.

Menerusi laporan mStar pada Ahad, tinjauan mendapati Puteri Sarah juga sudah berhenti mengikuti atau sudah ‘unfollow’ akaun Instagram suaminya, namun Syamsul masih lagi mengikuti IG aktres itu. Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, serta Summayah yang kini berusia setahun.-mstar

Unfollow Syamsul Yusof Di Instagram. Puteri Sarah Dikatakan Baru Hadir Ke Pejabat Agama Baru Baru Ini Dan Perkongsian Dari Puteri Sarah Ternyata Meraih Perhatian Ramai

Puteri Sarah enggan ulas dkwaan dia hadir ke pejabat agama, baru-baru ini. DKWAAN kononnya pelakon Puteri Sarah Liyana hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada Jumaat lalu menimbulkan spekulasi tentang hubungan rumah tangganya dengan pengarah filem Syamsul Yusof sedang dilanda masalah.

Menerusi laporan Harian Metro, Puteri Sarah dilihat mengenakan jubah dan bertudung hitam memasuki bahagian undang-undang keluarga. Puteri Sarah dikatakan hadir ke pejabat berkenaan ditemani seorang wanita dipercayai ibu mertuanya iaitu Datin Fatimah Ismail.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tujuan sebenar Puteri Sarah mengunjungi pejabat agama itu.Ditanya mengenai dkwaan tersebut, Puteri Sarah memilih untuk tidak mengulas lanjut. Salah satu perkongsian Puteri Sarah di Instastory.

“Maaf, tiada apa yang ingin saya kongsikan buat masa ini,” katanya. Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan Syamsul tidak berjaya apabila panggilan tidak dijawab. Tinjauan mendapati Puteri Sarah juga sudah berhenti mengikuti atau ’unfollow’ akaun Instagram suaminya, bagaimanapun Syamsul masih lagi mengikuti akaun wanita itu.

Puteri Sarah bersama suami, Syamsul Yusof dan dua anak mereka. Foto terakhir dimuat naik pasangan itu ialah pada Hari Raya Aidilfitri sekitar Mei lalu. Menerusi Instastory, Puteri Sarah turut berkongsi paparan skrin kata-kata semangat yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

“Ahad… ini bukan tentang hubungan sempurna, ini tentang mencari seseorang yang sesuai dengan kamu dan akan melalui segalanya tanpa putus asa, ” kongsinya.Pelakon drama Cinta Antara Kita ini berkahwin dengan Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, setahun.-mstar

Warganet Tergamam Puteri Sarah Tiba Tiba Muatnaik Status Baru Di IG Nya Yang Menjadi Tanda Tanya. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi Antara Dia Dengan Syamsul Yusof.

Baru-baru ini dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita kelib4t isteri kepada pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana kelihatan berada di pejabat agama. Namun masing-masing menutup mulut dan tidak mahu memberikan sebarang kenyataan perihal tersebut kecuali meminta peminat mendoakan kebahagiaan mereka.

Terbaru di entri Instagram milik Puteri Sarah, dia berkongsi satu rasa pada kapsyen gambar yang dimuat naiknya itu. Tidak dapat dipastikan sama ada ianya hasil tulisannya sendiri atau dipetik daripada sumber lain kerana ayat-ayat tersebut lebih kepada Bahasa Indonesia.

“Kamu sedang tidak bersaing dengan siapa-siapa.. Jangan terus bandingkan kehidupanmu dengan kehidupan orang lain. Kita sudah punya porsi masing-masing yang mana semuanya sudah Allah atur. Kamu hebat dengan tetap mensyukuri segala bentuk pemberian Allah. Kamu istimewa dengan apa yang ada pada dirimu. Nikmatilah apa yang Allah anugerahkan. Karena sampai kapanpun, tak ada gunanya jika hidup hanya sekadar untuk membanding,” tulis Puteri Sarah.

Tambah Puteri Sarah lagi, cukuplah untuk kita menjadi lebih baik daripada diri kita yang sebelumnya dan bersyukur dengan apa yang telah diberikan kepada kita. “Cukuplah kamu jadi baik dari kelmarin, dari diri kamu yang terdahulu. Cukuplah kamu menjadi dirimu sendiri dengan versi terbaikmu. Lalu bersyukur atas semua itu,” tulisnya lagi.

Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam pada 19 April 2017 dan Sumayyah pada 16 Mac 2019. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

SUMBER : Pisang Daily

Lepas Puteri Sarah Bongkarkan Apa Yang Terjadi Dengan Hubungan Dia Dan Syamsul Yusof Kini Mawi Pulak Tiba Tiba Tampil Bongkarkan Apa Sebenarnya Yang Berlaku.

Rakan kepada sutradara dan pelakon Syamsul Yusof, Mawi berharap agar kisah yang tular di media sosial mengenai keretakan rumah tangga pasangan sahabatnya itu tidak benar. Kata Mawi, dia ada berhubung dengan Syamsul beberapa hari lalu namun tidak berbincang mengenai kisah peribadinya.

“Cerita ini saya tahu dari media dan Instagram. Beberapa hari lepas saya ada berhubung dengannya melalui voice note tapi tak ada bertanya apa-apa berkaitan dengan masalah peribadinya. Daripada perbualan pun semuanya okey dan dia tak ada menunjukkan sedang bermasalah. Saya harapkan cerita ini tak betul… Kita doakanlah,” katanya kepada Gempak.

Mawi ditemui pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Nurflix, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Iskandar Malaysia Studios (IMS) dan Amazon Web Services (AWS) di Acapella Suite Hotel, Shah Alam pada Rabu.

Terdahulu, isteri kepada Syamsul, Puteri Sarah dilaporkan berada di pejabat agama dan enggan mengulas mengenai tindakannya itu. Tinjauan di Instagram juga mendapati Syamsul dan Puteri Sarah sudah tidak mengikuti akaun masing-masing. Kali terakhir mereka berkongsi foto bersama ketika sambutan Aidilfitri pada Mei lalu.