Video skamer kena main dengan lelaki ni bila tiba tiba dia tukar suara dan mimik seperti Dato Sri Ajib. Sekali ini respon skamer tu bila kena marah dengan Dato Sri Ajib.

Viral

Danial terima panggilan daripada skamer yang berlagak seperti sarjan. Sarjan itu memberitahu yang Anuar bin Ibrahim penghantar lapan kad atm dan ic dari kepong ker sabah. Danial membuat suara yang takut-takut, yang membuatkan skamer rasa yang di boleh makan Danial, skamer rasa sungguh bangga dapat menjadi sarjan.

Lalu Danial menukar suara seperti dato Sri Najib yg seakan-akan suara VVIP Malaysia. Danial berlagak seperti suara Dato Sri Najib dan mengajuk ajuk skamer dengan cerita cerita politik, ini membuatkan skamer tersebut rasa syak dengan Danial lalu Danial menukar balik cerita mengenai cerita berdasarkan nasihat dan taladan.

skamer tersebut terasa insaf dan rasa bersalah dengan tindakan dia untuk menipu rakyat dengan cerita – cerita yang tidak munasabah.
Danial pun menukar suara nya kepada yang asal dan menasihatkan skamer tersebut dan memohon ke atas caranya yang membuatkan skamer tersebut marah, skamer tersebut berasa bersalah dan memmohon maaf ke atas Daniel.

‘skamer’ menyamar jadi Adun

Jelebu: “Saya terkejut apabila ditanya mengenai hasrat mahu meminjam wang, padahal tidak ada berbuat demikian. “Mujur ada rakan prihatin bertanya kepada saya terlebih dahulu, jika tidak sudah pasti menjadi sasaran penipuan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pertang, Noor Azmi Yusof apabila nama dan gambarnya digunakan sskamer bagi meminjam duit daripada orang lain.

Beliau berkata, enam rakannya dihubungi ‘scammer’ terbabit menerusi aplikasi WhatsApp, malam tadi sebelum menyatakan hasrat meminjam duit. “skamer terbabit menyamar sebagai saya dan menggunakan nombor telefon 01135101315 sebelum menghantar WhatsApp menyatakan mahu meminjam wang berjumlah RM3,900 hingga RM7,000 bagi pembayaran buku dan peralatan asrama.

“Pada 1 tengah hari, hari ini saya dihubungi rakan mengenai perkara itu dan menafikan ada berbuat demikian iaitu meminjam wang. “Berikutan itu saya membuat laporan di Balai Polis Pertang pada 3.42 petang selepas gambar saya digunakan pihak tidak bertanggungjawab bagi menipu orang ramai,” katanya. Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu berkata, polis mengesahkan menerima laporan daripada Adun terbabit.