Kes baru masih dua angka dan ada satu kes pemergian. Datuk Dr Noor Hisham faktor utama kes ini berlaku

Berita

JANGKITAN baharu Covid-19 dalam negara merekodkan 12 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 8,976 kes. Satu pemergian turut direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif pemergian akibat Covid-19 di negara ini adalah seramai 125 individu.Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada keseluruhan kes baharu itu lima adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitkan dua warganegara Malaysia dan tiga bukan warganegara.

“Lima kes import itu dari Indonesia, Qatar dan United Kingdom manakala tiga kes dilaporkan di Kuala Lumpur, satu kes di Johor dan satu kes di Sarawak. “Tujuh kes penularan dalam negara membabitkan lima dalam kalangan warganegara dan dua bukan warganegara.”Dua kes saringan pra operasi di Johor, Kluster PUI Sivagangga di Kedah (2), saringan pra operasi di sebuah pusat perubatan di Selangor (1), saringan di tirai besi (1) dan satu kes pemergian dikesan positif Covid-19 selepas dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.

Menurut Dr Noor Hisham, sehingga kini terdapat tiga kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana satu kes memerlukan bantuan pernafasan.Selain itu, beliau berkata, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) mencatatkan 27 kes yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar wad, dengan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 8,644.

Mengenai kes pemergian ke-125, katanya, lelaki yang terlibat adalah lelaki warga Filipina berusia 64 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung.”Beliau mempunyai gejala demam, batuk dan ssak nafas pada 25 Julai namun tidak mendapatkan rawatan.”Pada 29 Julai, beliau ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kemudiannya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah serta disahkan sudah pergi buat selamanya. Ujian saringan menunjukkan beliau positif Covid-19,” katanya.

Kluster PUI Sivagangga Bertambah. KKM Jelaskan Punca Utama Kluster Ini Meningkat Hari Demi Hari

PUTRAJAYA: Dua lagi individu didapati positif COVID-19 dalam Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif bagi kluster itu seramai lapan orang setakat ini. Pada masa sama, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menjalankan saringan terhadap seramai 262 individu yang berkaitan dengan Kluster PUI Sivagangga, di Napoh, Kedah, setakat tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah berkenaan, seramai lapan individu dikesan positif COVID-19, 251 negatif; dan tiga lagi masih menunggu keputusan ujian saringan. “Daripada lapan kes positif, lima adalah bukan warganegara Malaysia. “Aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

BH sebelum ini melaporkan, Dr Noor Hisham berkata, kes indeks Kluster PUI Sivagangga membabitkan seorang pemastautin tetap yang pulang ke Malaysia dari India pada 13 Julai lalu. Individu itu dilaporkan menjalani saringan di Pintu Masuk Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dan pada mulanya didapati negatif.”Individu ini menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO), namun tidak mematuhi syarat perintah itu dan kini dalam tindakan pihak berkuasa,” katanya-BH

Ekoran Khabar Angin Kluster Sekolah Di Sabah. Dr Noor Hisham Dedahkan Cerita Sebenar Berkait Dengan Kluster Ini

PUTRAJAYA: Tiada kluster wabak COVID-19 berlaku di sekolah Sabah, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Sebaliknya, beliau berkata, seorang kanak-kanak yang tidak hadir ke sekolah di negeri itu, disaring kerana demam sebelum didapati positif COVID-19. “Satu lagi kes dikesan membabitkan seorang kanak-kanak yang mempunyai komplkasi kebkran dan dimasukkan ke hospital.

“Pensampelan telah dijalankan ke atas pelajar lain serta guru di sekolah terbabit dan tiada yang didapati positif COVID-19, manakala kedua-dua kanak-kanak itu pula sudah dimasukkan ke hospital serta dirawat. “Yakinlah, tiada kluster yang berpunca dari sekolah membabitkan dua kanak-kanak itu,” katanya pada sidang media COVID-19, di sini, hari ini.

Semalam, Jabatan Kesihatan Sabah mengesahkan satu kes positif COVID-19 dikesan membabitkan seorang murid sekolah rendah di negeri ini, Isnin lalu. Sebelum itu, tular mesej dalam media sosial mendkwa seorang murid sekolah di Inanam dikesan positif COVID-19.Mengulas laporan mengenai 73 Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Kubang Pasu, Kedah, ditutup mulai semalam pula, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya sudah menjalankan saringan terhadap 143 individu berkaitan Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga, India, di Napoh, Kedah.

Daripada jumlah itu, beliau berkata, enam dikesan positif COVID-19 dan 67 negatif, manakala 70 masih menunggu keputusan ujian saringan serta diletakkan bawah perintah kuarantin di rumah.”Kita sudah mengenal pasti kluster itu tetapi tidak mencadangkan sekolah atau TADIKA (Taman Didikan Kanak-kanak) ditutup.”Apa yang perlu dilakukan ialah membersihkan sekolah dan nyhkuman kawasan digunakan bersama.”Kita sudah menjalankan saringan hingga jam 12 tengah hari tadi,” katanya sambil menjelaskan bahawa Kementerian Kesihatan sudah melaksanakan tindakan kesihatan awam di Kedah dan Sabah-beritaharian

73 TABIKA, 3 TASKA di Kubang Pasu ditutup susulan kluster ini berlaku

ALOR SETAR: Bagi mencegah penularan COVID-19, sebanyak 73 Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) dan tiga Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Kubang Pasu ditutup bermula, hari ini. Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Yasid Bidin, berkata tindakan itu diambil berdasarkan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini.

“Proses nyh kuman di semua premis terbabit akan dilakukan segera. Sehingga kini, tiada kakitangan KEMAS, TABIKA dan TASKA yang terbabit disahkan positif COVID-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.Dalam perkembangan sama, Pengarah KEMAS Kedah, Noor Azman Abd Rahman, berkata penutupan itu dilakukan berikutan kluster baru PUI Sivagangga yang berlaku di daerah itu.

“Daripada jumlah itu, seramai 1,605 murid TABIKA dan 62 murid TASKA KEMAS terbabit dengan penutupan ini.”Semua premis akan ditutup selama 14 hari sehingga kami menerima arahan dan nasihat selanjutnya daripada Pejabat Kesihatan,” katanya.Noor Azman berkata, murid yang hadir ke TABIKA dan TASKA semalam dibenarkan pulang awal ke rumah masing-masing.

“Antara TABIKA yang ditutup termasuklah TABIKA KEMAS Kampung Natoi, Pekan Jitra, Kampung Bemban dan Kampung Tebing yang dikhuatiri mempunyai rekod kontak rapat dengan Kluster Sivagangga.”Kontak rapat itu membabitkan waris murid yang disaring berhubung kluster berkenaan iaitu dari sebuah kedai makan di Napoh dalam tempoh 13 Julai hingga 24 Julai lalu,” katanya.

Noor Azman berkata, TABIKA KEMAS Kampung Tebing terletak paling hampir dengan kedai makan berkenaan iaitu hanya kira-kira 500 meter.Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat kluster baharu dikenal pasti di Kedah iaitu Kluster PUI Sivagangga, India.Kes indeks berkenaan membabitkan seorang pemilik kedai makan dan empat kes positif dalam kluster terbabit ialah pekerja kedai itu.Premis kedai makan nasi kandar itu sudah ditutup untuk menjalani proses pembersihan dan nyh kuman.-bharian