Kes Dato Aliff Syukri apa apakan anak angkatnya Ameenah. Akhirnya terbongkar keputusan sebenar mahkamah

Artis

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan kes buat anak angkatnya, Aminah Alip Syah sudah selesai apabila mahkamah memutuskan dia tidak bersalah. Aliff mendedahkan mengenai perkara itu menerusi kapsyen yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada malam Khamis.

“Budak lasak jatuh motosikal, Ibraheem Adham… dia akan kembangkan hidung tanda dia bersalah. “Kalau Ameenah kena mahu kes polis. By the way, kes Ameenah mahkamah dah putuskan yang saya tak bersalah hanya berunsur f1tn4h!” tulisnya.

Aliff maklumkan mengenai kes itu dalam muat naik di Instagram. Bersama kapsyen tersebut dia turut berkongsi foto anak ketiganya itu yang mengalami kelukaan pada wajah selepas terjatuh daripada motosikal. Pada Mac lalu, Aliff didakwa telah lakukan sesuatu pada anak angkatnya berusia dua tahun dalam satu kejadian yang berlaku di kediamannya yang terletak di Petaling Jaya pada 28 Februari lalu.

Difahamkan pembantu rumah kepada pengasas produk Dherbs itu sendiri yang melaporkan kepada pihak polis sehari selepas kejadian tersebut. Aliff ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil. Sebelum itu, tular video dan salinan laporan polis yang yang turut tertera nama Datuk Seri Aliff Syukri dan anak angkatnya Aminah Alip Shah.

Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikut turut gembira dengan perkhabaran tersebut dan berharap penyanyi lagu Cuba Bahagia ini akan terus menyayangi Aminah seperti anak kandungnya sendiri.

Sumber: Mstar 

Selepas 13 tahun bersama DS Shahida, DS Aliff Syukri dedah hal rumah tangga sendiri yg tidak diketahui umum

SEPANJANG 13 tahun perkahwinan dengan Datin Seri Nur Shahidah, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berkata dia lebih matang dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang suami. Menurut Aliff, 33, dalam melayari hubungan itu pasti akan ada kekurangan dan proses memperbaiki diri itu berlaku setiap hari.

“Berkahwin itu amat mudah tetapi untuk menjadikan perkahwinan bahagia ini kekal lama dan sempurna serta saling melengkapi bukan sesuatu perkara yang mudah. “Lebih daripada 13 tahun perkahwinan kami, banyak asam garam yang ditempuhi. Setiap tahun adalah tahun pembelajaran kami untuk memperbetulkan kelemahan masing-masing.

“Syukur Alhamdulillah, 13 tahun itu mematangkan saya untuk menjadi seorang suami, abah dan usahawan yang terbaik,” katanya. Aliff sedar isteri menjadi tulang belakang dalam hidupnya. Penyanyi lagu Cuba Bahagia ini berkongsi luahan hatinya untuk isteri tercinta menerusi laman Instagram.

Pada Mac lalu, pasangan ini menjadi perbualan hangat warganet apabila rumah tangga mereka dikatakan bergolak. Bagaimanapun, setelah empat bulan tinggal berjauhan dengan isteri dan anak-anak, Aliff mula menyedari kekurangan diri dan memilih untuk kembali semula bersama keluarga.

Sementara itu, Alif berkata kebahagian paling utama dalam kehidupan adalah apabila dapat bersama keluarga di sisi. Perkongsian Aliff menerima komen positif pengikut. “Tetapi benda yang paling penting sekali adalah kebahagian yang hakiki iaitu bersama dengan keluarga dan ibu bapa kita.

“Semoga semua rakan-rakan saya di laman sosial, pekerja… anda adalah orang yang hadir dalam hidup saya adalah yang terbaik. “InsyaAllah saya doakan! Semoga kita sama-sama mendoakan untuk kebahagian orang lain juga,” ujarnya.

Aliff Syukri dan Nur Shahida berkahwin pada tahun 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat.

Sebelum ini, Aliff terpalit dengan beberapa kontr0versi sehingga menerima kritikkan teruk daripada banyak pihak termasuklah daripada ahli keluarga sendiri. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar/applehijau

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.