Kes masih kekal 4 angka. Terkini Menteri Kesihatan tampil bersuara bongkarkan pendaftaran untuk suntikan vaksin rakyat malaysia akan dibuka dalam tiga fasa.

Berita

Putrajaya: Pendaftaran untuk orang ramai menerima vaksin Covid 19 akan dibuka tidak lama lagi dan ia akan dilaksanakan dalam tiga fasa. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pemberian vaksin itu bagi membentuk imunisasi berkelompok dalam negara.

“Fasa pertama akan diberikan kepada petugas barisan hadapan, fasa kedua untuk kumpulan berisiko tinggi atau berpenyakit kronik serta warga emas berumur 60 tahun ke atas dan fasa terakhir kepada orang awam berusia 18 tahun dan ke atas.

“Sehingga 13 Januari, kira-kira 32 jvta orang di seluruh dunia sudah disuntik vaksin C0vid 19. Ini menunjukkan vaksin ini diterima masyarakat dunia. “Namun, vaksin bukanlah penyelesaian. Selepas disuntik, kita masih perlu mengamalkan norma baharu,” katanya.

Dr Adham berkata, terdapat empat matlamat imunisasi Covid 19 iaitu untuk melindungi barisan hadapan, mengurangkan kematlsn, membentuk imuniti berkelompok dan memutuskan rantaian jangkitan. Sementara itu, mengenai penerimaan rakyat terhadap vakn Covid-19, Dr Adham berkata tinjauan oleh KKM secara dalam talian pada 21 hingga 28 Disember lalu mendapati sebahagian besarnya bersetuju.

“Tinjauan dalam talian ini disertai 212,000 responden dan daripada jumlah itu 67 peratus bersetuju, 17 peratus tidak pasti dan 16 peratus tidak bersetuju. “Peratusan yang tidak pasti itu kerana mereka risau akan keberkesanan vaksin terbabit. KKM akan membuat tinjauan dan kaji selidik dari masa ke semasa untuk mengetahui penerimaan rakyat,” katanya.

Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata kerajaan mensasarkan 70 peratus atau 23 jvta rakyat Malaysia akan diberikan vaksln. Turut dilaporkan ialah vaksln Pflzer-BloNTech yang akan diterima Malaysia akhir Februari ini sudah diberi kelulusan bersyarat oleh Bahagian Regulatorl Farmasl Negara (NPRA) Kementerian Keslhatan (KKM).

Selain Malaysia, 49 negara lain turut memberi kelulusan dan ada sebahagian daripada negara itu sudah mula menggunakan vaksin berkenaan. Untuk rekod, vaksln Pflzer juga menjadi vaksln C0vid-19 yang pertama mendapat perakuan Pertubuhan Keslhatan Sedunia (WH0) untuk kegunaan kecemasan.

Kredit : HMetro