Kes mula meningkat saban hari. Terkini KKM sahkan enam kluster baharu melibatkan tiga negeri ini dan punca kluster berikut boleh dikenalpasti

Berita

Terbaru, semalam Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat enam kluster baharu dikesan melibatkan negeri Selangor, Sabah dan Sarawak.Melibatkan  4 kluster di Selangor iaitu Kluster Bah Manggis, Kluster Utama, Kluster Tasik dan Kluster Simera. Manakala di  Sabah pula melibatkan Kluster Highway dan di Sarawak melibatkan Kluster Putra.

Di bawah merupakan perincian bagi kluster-kluster tersebut.KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat enam (6) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu di negeri:Selangor – Empat (4) kluster;Sabah – Satu (1) kluster; danSarawak – Satu (1) kluster.

1)KLUSTER HIGHWAY, SABAH.Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Belud, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12205) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 3 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti 22 lagi kes positif COVID-19.Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana:23 kes dikesan positif COVID-19; dan36 individu negatif.

2) KLUSTER BAH MANGGIS, SELANGOR.Kluster baharu ini melibatkan daerah Tawau, Sabah dan daerah Kuala Langat, Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12866) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 5 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 107 individu telah disaring, di mana:Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19;26 individu negatif; dan73 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER UTAMA, SELANGOR.Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Gombak dan Petaling, Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12549) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 4 Oktober 2020. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti sembilan (9) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 114 individu telah disaring, di mana:10 kes dikesan positif COVID-19;15 individu negatif; dan 89 individu masih menunggu keputusan.

4) KLUSTER TASIK, SELANGOR.Kluster baharu ini melibatkan Miri, Sarawak dan daerah Petaling, Hulu Langat dan Klang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13489) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di pintu masuk ke negeri Sarawak pada 3 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Miri. Saringan kontak rapat telah mengesan sembilan (9) lagi kes positif COVID-19.Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 15 individu telah disaring, di mana:10 kes dikesan positif COVID-19;Satu (1) individu negatif; danEmpat (4) individu masih menunggu keputusan.

5) KLUSTER SIMERA, SELANGOR.Kluster baharu ini melibatkan daerah Besut di negeri Terengganu, daerah Kuantan di negeri Pahang, daerah Petaling, Klang dan Hulu Langat di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13991) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil individu bergejala pada 6 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. Saringan kontak rapat telah mengesan tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 126 individu telah disaring, di mana:Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19;88 individu negatif; dan30 individu masih menunggu keputusan.

6) KLUSTER PUTRA, SARAWAK.Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Bintulu, Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14696) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di pintu masuk ke negeri Sarawak pada 8 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Bintulu, Sarawak. Saringan kontak rapat telah mengesan empat (4) lagi kes positif COVID-19.Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana:Lima (5) kes dikesan positif COVID-19;Dua (2) individu negatif; dan 50 individu masih menunggu keputusan.

Terkini Kes Meningkat 374 Kes Baru Positif Covid 19. Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bongkarkan Puncanya Buat Warganet Terkedu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 374 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 374 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 15,096 kes secara keseluruhan.

Daripada 374 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 372 merupakan kes tempatan manakala 2 lagi adalah kes import. Terdapat 73 kes yang sedang dirawat di unit rawatan rapi dan daripada itu, 28 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, kes discaj baharu yang dilaporkan pada hari ini adalah 73 kes. Justeru, jumlah kumulatif kes discaj di Malaysia terus meningkat kepada 10,780 kes. KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 3 kes pemergian yang dicatatkan pada hari ini. Jumlah kumulatif kes pemergian pula meningkat kepada 155 kes atau bersamaan dengan 1.03%

Sumber: KKM

Mengejutkan Lagi Kes Positif Covid 19 Melibatkan Pusat Beli Belah. Kali Ini Di Palm Mall Seremban. Rupa Rupanya Ini Punca Buat Orang Ramai Tak Senang Duduk.

Virus Covid-19 masih ada di Malaysia. Dengan peningkatan kes saban hari, pusat tumpuan orang ramai seperti pusat membeli-belah tidak terkecuali dari terpalit dengan masalah ini. Terbaharu, satu lagi kes positif Covid-19 dilaporkan di Palm Mall, Seremban yang melibatkan seorang pekerja restoran, Nandos.

Ikuti laporan ringkat @redzuanNewsMPB dibawah bersama pengumuman rasmi oleh pihak pengurusan pusat membeli-belah terbabit dan Nandos sendiri. Pihak Nandos sendiri telah memberi arahan untuk semua kakitangannya menjalani kuarantin kendiri  di rumah dan usaha sanitasi sedang giat dijalankan di outlet tersebut. Usaha pengesanan kontak juga sedang giat dijalankan bagi membendung penularan virus ini. Segala update mengenai status operasi mall terbabit boleh didapati di akaun Facebook mereka, Palm Mall Seremban.

Semalam Kes Masih Kekal 3 Angka. Mengejutkan Ini 2 Lagi Pusat Beli Belah Yang Dikesan Ada Kes Covid 19. Rupa Rupanya Ini Punca Buat Orang Ramai Tak Senang Duduk.

Sebanyak 375 kes baharu Covid-19 lagi dicatatkan semalam. Dukacitanya juga lima pemergian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pemergian bertambah 146 kes.

Sabah pula kembali sebagai negeri yang masih mencatatkan peningkatan kes tertinggi iaitu sebanyak 271 kes. Ia diikuti dengan Selangor (36 kes), Kedah (16 ), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan (masing-masing 10), Sarawak (6), Johor, Perak dan Terengganu (masing-masing 5), dan Putrajaya (masing-masing 2) manakala satu kes di Melaka dan Pulau Pinang. Jumlah kes keseluruhan kini sebanyak 14,368. Dalam pada itu, hari ini dua pusat beli belah turut mempunyai kes Covid-19 dikesan.

Setia City Mall

Menerusi sebuah kenyataan, pihak Setia City Mall Shah Alam berkata salah satu penyewa mereka iaitu Fitness First telah memaklumkan terdapat ahli kelab disahkan positif wabak COVID-19. Susulan daripada itu, kakitangan pusat kecergasan berkenaan yang telah bertugas telah menjalani ujian pemeriksaan COVID dan akan menjalankan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Parkson Elite 1 Utama

Seorang perunding kecantikan dekat Parkson Elite di pusat membeli belah One Utama, Petaling Jaya disahkan positif COVID-19 selepas keputusan saringan pada Rabu. Menurut Parkson Malaysia menerusi entri terbaharu di facebook memaklumkan, perunding kecantikan berkenaan bertugas di bahagian kosmetik dan wangian di tingkat G premis membeli belah itu.

Penularan wabak Covid-19 di pusat membeli belah sudah berlesuasa sejak seminggu lalu di beberapa lokasi. Gempak nasihatkan agar anda elak untuk ke pusat membeli belah buat masa ini untuk menjaga keselamatan dan kesihatan diri.

Kredit Foto: HRM Asia

Terkini Kes Positif Covid 19 Masih Kekal Tiga Angka. Mengejutkan Hari Ini 375 Kes Positif Covid 19 Disahkan Hari Ini. Rupa Rupanya Ini Punca Buat Orang Ramai Terkedu.

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 375 kes baru telah dilaporkan hari ini (8 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 14,368 kes. Daripada 375 kes iniadalah 371 kes tempatandan 4kes import. 

Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 3703 kes. Manakala 60 pesakit berada di Unit Rawatan rapi dan 20 kes memerlukan bantuan pernafasan. 5 kes pemrgian baru menjadikan jumlah pemergian sebanyak 146 kes. 18 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 10,519 kes.

PM Akui Covid 19 Naik Mendadak Gara Gara Kempen PRN Sabah. Akhirnya Perdana Menteri Tampil Bongkarkan Sesuatu Yang Tak Dapat Dielakkan Lepas Dun Dibubarkan.

PENINGKATAN kes Covid-19 yang ketara sejak beberapa hari lalu di negara ini turut berpunca daripada kurangnya kepatuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) sewaktu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, akhir September lalu.

Perkara itu diakui sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Saya akui kempen pilihan raya di negeri Sabah juga menjadi antara punca peningkatan kes Covid-19. PRN Sabah terpaksa diadakan apabila Tuan Yang Terutama Yang di- Pertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 30 Julai yang lalu.

“Ini sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana kita tertakluk kepada peruntukan di dalam Perlembagaan. Pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Ia tidak boleh ditangguh,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas mengenai situasi semasa Covid-19 pada petang Selasa.

Muhyiddin juga sedar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan SOP tertentu bagi memastikan wabak Covid-19 tidak merebak akibat kempen pilihan raya diadakan tetapi malangnya ada SOP yang tidak dipatuhi.

“Misalnya penjarakkan sosial. Ketika saya turun berkempen di banyak tempat, saya lihat SOP mengenai penjarakkan sosial agak kurang dipatuhi. Walaupun hampir keseluruhan memakai pelitup muka, tetapi masih ramai yang duduk dekat-dekat dalam keadaan yang agak sesak,” katanya.

Menurut Muhyiddin selain PRN Sabah, kes Covid-19 naik mendadak di negara ini juga sebahagian besarnya berpunca daripada pendatang tanpa izin dari negara jiran. “Di negeri Sabah, sebahagian besarnya berpunca daripada pendatang tanpa izin dari negara jiran. Mereka ini sebahagiannya positif Covid 19. Apabila ditahan di pusat tahanan, mereka menjangkiti tahanan lain.

“Virus ini juga telah menjangkiti kakitangan pusat tahanan, ahli keluarga mereka dan komuniti setempat. “Begitu juga di negeri Kedah. Virus ini sebahagian besarnya merebak dalam kalangan tahanan pagar besi selain terdapat kluster-kluster baharu dalam komuniti. “Kerana itu bilangan mereka yang positif Covid-19 meningkat secara mendadak sejak beberapa minggu yang lalu,” katanya.

Pertama Kali Buat Sidang Media Dalam Keadaan Macam Ni. Dengar Suara Dr Noor Hisham Macam Sebak Masa Buat Sidang Media. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi Pada Dr Noor Hisham.

Hari ini berbeza seperti hari hari sebelum ini di mana Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Malaysia, Tan Sri DG Noor Hisham Abdullah telah membuat pengumuman terkini C0V1d19 di rumah secara siaran langsung melalui media seperti Facebook dan Youtube.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan turut menjalani kuarantin kendiri di kediamannya sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya beliau turut dijangki1ti COV1ID-19.

Perkara itu dimaklumkan seorang pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada media, susulan Dr Noor Hisham antara yang hadir dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 3 Oktober lepas.

Pegawai tersebut memaklumkan, sepanjang tempoh kuarantin 14 hari yang bermula 3 Oktober lalu, Dr Noor Hisham akan mengadakan sidang media berjadual secara langsung dari kediamannya, tanpa kehadiran wakil media.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media Covid-19 memaklumkan bahawa terdapat pertambahan kes positif Covid-19 kepada 691 kes setakat hari ini, 6 Oktober 2020. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 13504 kes. Daripada jumlah tersebut, terdapat 2,936 kes aktif.

Sehingga setakat hari ini, terdapat 87 kes sembuh. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh beralih angka kepada 10427 kes . Duka cita dimaklumkan empat kes pemergian direkodkan hari ini Pada siapa yang mengikuti siaran langsung perkembangan terkini C0VlD19 daripada Kementerian Kesihatan Malaysia pasti perasan apa yang terjadi.

Ketika DG Noor Hisham sedang memberi maklumat jelas kedengaran suara beliau sedih dan sebak. Apa yang terjadi hari ini sudah sememangnya membuat beliau kecewa. Rata rata warganet tetap memberi sokongan kepada DG Noor Hisham.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : AwatttSyeikhhh Network

Kecoh Tentang Tweet Dr Noor Hisham Seakan Beri Bayang Pkpk Akan Dilaksanakan. Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bersuara Lantang Bongkarkan Cerita Sebenar Pasal Tweet Tersebut.

HANYA mahu beri peringatan! Demikian tegas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai tweet balas beliau yang mencetuskan spekulasi sebentar tadi. “Perkara tu bukan perkara baru… dari hari pertama lagi saya tweet, saya ingatkan semua rakyat Malaysia yang tiada urusan penting, dinasihatkan duduk di rumah.

“Kalau mahu keluar rumah kerana ada urusan penting, patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). Itulah tujuan utama saya tweet, hanya memperingatkan untuk duduk rumah kalau tiada urusan penting. “Kalau ada urusan penting, amalkan 3W dan elakkan 3C,” katanya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada petang Khamis.

Amalan 3W merujuk kepada saranan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (Wear) dan amaran (Warn) yang lebih berkonsep peringatan seperti elakkan bersalaman dan lain-lain lagi. Sementara itu 3S pula bermaksud elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak bersembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

Terdahulu, tweet balas Dr Noor Hisham kepada seorang pengguna Twitter menimbulkan teka-teki susulan beliau seakan-akan memberi bayangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula. Beliau menulis: “Bagaimana jika semua kembali kekal berada di rumah seketika waktu?” Tweet tersebut mengundang reaksi balas beberapa pengguna Twitter lain yang merasakan ia seperti memberi petunjuk PKP akan dilaksanakan semula.

Artikel Terdahulu : KENYATAAN  DR NOOR HISHAM SEAKAN-AKAN PKP AKAN DILAKSANAKAN SEKALI LAGI

KUALA LUMPUR – “How about all stay at home for a while again?”.Ciapan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter hari ini menimbbuIkan pelbagai persoaIan dan tnda tanya kepada semua. Ia seolah-olah memberi byangan Perintah KawaIan Pergerrakan (PKP) akan diIaksanakan semula.Menerusi ciapan itu, Noor Hisham seperti mencdangkan agar semua kekkaI berada di rumah seketika waktu.

Ia mungkin ada kaitan dengan penuIaran C0vi1d 19 yang semakin bertmbah semula sejak kebeIakangan ini terutama di Sabah. Bagaimanapun , segalanya mungkin terjwab dalam sidang medla Noor Hisham petang ini.Apapun sama-sama kita doakan yang terbaik buat semua dan negara kita.

Jika benar PKP diIaksanakan kembali , sudah pasti akan ada kebaikan dan kebrukkannya yang sndiri.Diharapkan agar pihak kerajjaan dapat mencari soIusi yang terbaik dalam menyeIesaikan masaIah wbak yang sedang meIandda negara kita ini.

16 DAERAH DALAM SELANGOR INI TELAH MASUK DALAM ZON MER4H

SHAH ALAM – Sebanyak 16 daerah di enam mukim di Selangor dikategorikan sebagai zon merah sehingga semalam.Pasukan Khas Cov1id-19 Selangor (STFC) dalam kenyataan di laman Facebook rasminya memaklumkan kesemua daerah itu melibatkan Kapar, Klang, Ampang, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Semenyih, Bukit Raja, Damansara, Petaling dan Sungai Buloh.Katanya, lima lagi kawasan adalah Batu, Hulu Klang, Dengkil, Labu dan satu kawasan di Kuala Langat.

“Setakat pukul 12 tengah hari semalam sebanyak 10 kes baharu melibatkan 10 kes tempatan dicatatkan di negeri ini.Secara keseluruhan sebanyak 2,271 kes Covi1d-19 dicatatkan di seluruh Selangor dengan 24 pemergian direkodkan setakat ini,” katanya di sini.

STFC menjelaskan negeri ini merekodkan 53 kes aktif iaitu individu yang boleh menjangkiti orang lain dan 39 kes melibatkan individu yang mendapatkan jangki1tan di negeri lain.Ujarnya, kadar kebolehjangk1itan Covi1d-19 atau R-Naught (RO) bagi Selangor juga lebih tinggi daripada Sabah setakat ini.

“Hal ini sangat memerlukan kepatuhan standard prosedur operasi ( SOP) pada tahap tinggi bagi menurunkan semula jangk1itan di Selangor termasuk penj4rakan fizikal, memakai pelitup muka dan kerap membasuh tangan,” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah semalam dipetik berkata, RO bagi negeri Selangor meningkat ke angka 1.95 berbanding 0.8 pada 15 September lalu, paling tinggi dalam tempoh dua minggu ini

Sumber : MalaysiaGazette/Kosmo Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Mstar

Naik Mendadak. Mengejutkan Kes Positif Covid 19 Naik Lagi 3 Angka. Akhirnya Kkm Tampil Bongkarkan Dari Mana Datang Punca Kes Positif Covid 19 Tiba Tiba Naik Mendadak.

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 260 kes baru telah dilaporkan hari ini (1 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 11,484 kes. Daripada 260 kes ini, 159 adalah kes tempatan dan 1kes import.

Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 1124 kes. Manakala 20 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi dan 3 kes memerlukan bantuan pernafasan. Tiada kes pemergian baru menjadikan jumlah pemergian kekal sebanyak 136 kes. 87 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 10,014 kes.