Lebih 500 individu status merah tapi Check in MySejahtera. Sekali ini yang KJ dapat kesan sampai beri pesanan kepada penjaga pintu depan.

Berita

Sudah menjadi kemestian bagi mana-mana individu yang nak check in MySejahtera di mana-mana tempat, status mereka mestilah bukan berstatus merah dan sudah dua dos vaksinasi lengkap. Namun Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa terdapat 523 check in ke pelbagai premis yang didapati berstatus merah atau berisiko tinggi dijangkiti CVDI9 pada minggu ini. Alamak… 

Menurut mStar, 18 peratus daripada jumlah itu berlaku di pasar raya yang mana merangkumi mereka yang positif CVDI19 ataupun yang sudah mendapat perintah kuarantin di rumah. Oleh itu, Menteri Kesihatan kini menggesa pemilik-pemilik premis supaya melakukan pengawasan yang lebih ketat dalam kemasukan ke premis. Ini bermaksud pengawal atau jaga di situ tidak jaga betul-betul dan melepaskan sahaja.

“Jadi, kita minta supaya pasar raya, kedai runcit dan di mana-mana sahaja supaya mereka melihat betul-betul status MySejahtera sebelum mereka dibenarkan masuk. Ini juga bermaksud ada ketidak patuhan kepada perintah kawalan kuarantin di rumah bagi mereka yang positif ataupun kontak rapat,” katanya semalam.

Tambah Khairy lagi, dia juga memerlukan kerjasama daripada pemimpin masyarakat dan pegawai daerah untuk memastikan mereka yang enggan divksinasi ini akan tampil menerima vaksin. Kemasukan ke masjid dan kawasan-kawasan lain juga perlu diperiksa betul-betul untuk mengelakkan perkara tak diingini berlaku.

“Kita perlu kerjasama dari pemimpin-pemimpin masyarakat, pegawai-pegawai daerah untuk memastikan mereka yang enggan divksinasi akan tampil menerima vksin termasuk penguatkuasaan SOP (prosedur operasi standard) vksinasi. Jadi, kemasukan ke masjid dan sebagainya mesti check betul-betul. Saya minta jawatankuasa masjid pastikan sama ada mereka yang datang ke masjid betul-betul telah lengkap terima vaksinasi. Ini adalah cara untuk pastikan mereka yang belum divksinasi akan divksinasi, untuk pastikan bahawa kita menguatkuasakan check kepada vaksinasi ini,” katanya lagi. Uish kalau macam ni bahaya lah. Harap guard yang bertugas check betul-betul MySejahtera mereka yang nak masuk premis. Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.