Terkedu dan mengigil . Khairul Aming terkejut 10 ribu botol sambal nyet sold out dalam masa 3 minit.

Artis Hiburan inspirasi

Pensohor media sosial, Khairul Aming meluahkan rasa terharu apabila produk perniagaannya, Sambal Nyet berjaya dijual sebanyak 10 ribu botol pada Ahad bersempena dengan jualan 10/10.

10 Ribu Sambal Nyet ‘Sold Out’ Dalam Masa 3 Minit! 

Lebih membanggakan, kuantiti botol sambal tersebut habis dijual hanya dalam masa tiga minit di sebuah aplikasi jualan atas talian. Menurut Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman,29 kejayaan tersebut sekaligus memecah rekod jualannya pada Januari lalu dengan capaian 10 ribu botol sambal dalam masa 54 minit. Di kesempatan itu, Aming yang mempuyai 3.2 juta pengikut di laman Instagram turut mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan terhadap perniagaannya.

“Alhamdulillah sold out”

“10 bulan lepas bila Sambal Nyet @sambalnyet di lancarkan, kita berjaya jual 10,000 botol sambal dalam masa 54 minit. Hari ini (Ahad) 10,000 botol sambal terjual dalam masa 3 minit. Terima kasih sangat guys sebab masih support sampai ke hari ini” tulis Aming

Ada Yang Kecewa Tidak Dapat Beli

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen siapa sangka ada diantara pengikutnya meluahkan rasa kecewa kerana tidak berjaya membeli Sambal Nyet meskipun sudah berada di atas talian sejak awal lagi.Namun, begitu mereka memuji kemajuan perniagaan Aming selain berharap dapat mencontohi kejayaannya.

Untuk rekod, sepanjang jualan Sambal Nyet semuanya telah berjaya habis dijual hanya dalam masa beberapa minit. Selain menjalankan perniagaan tersebut, Aming juga aktif dalam mencipta video masakan yang kreatif sekaligus mempunyai peminatnya tersendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.