Tular wartawan TV3 berkongsikan sesuatu ini sampai menarik perhatian warganet. Rupanya kali ini versi Mat Salleh.

Dunia Hiburan Viral

Adakah anda masih mengingati sekitar dua tahun lalu dimana telah tular video Jurukamera TV3, Haji Abd Aziz Abdullah terjatuh dari bot ketika membuat tinjauan banjir di Kg Merbau Menyusut, Terengganu. Kejadian itu tular berikutan reaksi wartawan TV3 Mohd Ishak Abdillah Ngah yang terkejut dengan kejadian tersebut dan secara sepontan bercakap dalam loghat Terengganu dan menjadikan video tersebut viral. https://www.youtube.com/embed/vLlpVkenTzw?feature=oembed Video Asal “Abe Azih Jatuh Bot” Yang Tular

Terkini, video yang masih diingati warganet sekali lagi dijadikan parodi. Tetapi apa yang menariknya kali ini video tersebut dihasilkan oleh seorang Mat Salleh.cGayanya yang bersahaja dan lucu sekaligus menarik perhatian wartawan Mohd Ishak Abdillah untuk berkongsi di laman Twitter beliau.

Menerusi perkongsian beliau di Twitter, para warganet nampaknya terhibur dengan parodi yang dibuat. Selain itu, para warganet juga turut mengucapkan selamat bersara buat jurukamera TV3, Haji Aziz Abdullah yang bakal bersara 18 Jun ini selepas 26 tahun berkhidmat.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Tindakan Yang Diambil Oleh Wanita Cina Ini. Tak Sangka Ini Sebabnya Mengapa Tidak Mahu Bayar Di Kaunter Gadis Melayu.

Kita sering mendengar pelbagai cerita perkauman yang disebarkan di media sosial sehingga menimbulkan situasi membimbangkan serta menyemakkan fikiran. Jarang kita terjumpa kisah yang menginsafkan dan memberi inspirasi kepada masyarakat berbilang bangsa dan kaum di negara ini.

Bagaimanapun kisah seorang “aunty” Cina yang enggan membayar barang di kaunter yang kosong, tetapi sanggup berbaris di kaunter lain kerana melihat gadis penjaga kaunter itu memakai tudung, tular di media sosial menyentuh perasaan saya. Sangat jarang kisah viral di media sosial menyiarkan kerana kami sentiasa menjaga integriti selaku portal berita arus perdana.

Bagaimanapun saya berasakan kisah ini perlu dikongsi supaya memberi kesedaran kepada semua. Di sini saya panjangkan kisah yang dikongsi oleh Abd Halim Benloo Hj Omar. Saja jalan Econsave hari ini, ada beli barang sedikit tapi bukan aku nak cerita pasal aku jalan-jalan di Econsave. Aku nak cerita pasal “aunty” ni sebenarnya.

Okay, masa beratur tadi aku ada terdengar aunty ni borak dengan suami dia. Macam nak menangis aku dengar, kau orang tahu apa perbualan dia? Aku translate Melayu okay, dulu aku sekolah Cina sebab itulah aku faham perbualan mereka.

Suami: Hey nasib baik you beratur barisan ini Aunty: Yalah, kita jangan buat orang susah. Pening juga aku fikir apa yang buat orang susah, bayar sahaja kot, akhirnya aku dengar lagi perbualan dia.

Suami: Wa pun ingat tadi suruh you beratur sini. Sebab dari jauh I sudah nampak barisan sana semua amoi Melayu pakai tudung. Akhir sekali aku tengok apa yang mereka beli. Rupanya dia orang ada beli bir, aku pun mulut gatal berborak dengan aunty tu.

Aku: Wah aunty sudah mahu raya beli banyak bir Aunty: Yalah beli sekarang nanti tak susah ma Aku: Kenapa tak bayar sebelah, sebelah sana kosong ma? Aunty: Tak mahulah, itu amoi Melayu Islam, tak mahu susahkan orang Islam angkat Ini bir, tak elok ma, sini amoi India boleh angkat. Aku: Okay I faham.

Lepas tu aku pun blah, dalam masa sama aku dok terfikir, Kenapa kat luar sana masih ramai yang ragu-ragu dengan bangsa ni padahal okey je. Sorry Aunty, i curi gambar you senyap-senyap.

Terima kasih aunty kerana dah selamatkan gadis-gadis bertudung tu dari dilaknat oleh Allah.

Sumber – https://www.milosuam.net via utusan malaysia

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.