Kurang ajar dengan mak lepastu buat bini macam kuli. Mengejutkan Adlin Aman Ramlie dikutuk warganet gara gara benda ini. Sampai macam tu sekali yang dia buat.

Artis

Selepas bersiaran selama 7 episod, drama bersiri Bidadari Kiriman Tuhan tayangan Slot MegaDrama di Astro Ria mula menjadi perbualan warganet. Lebih-lebih lagi watak Ikram yang dipegang Adlin Aman Ramlie, seorang arkitek yang mengahwini Manis (Mira Filzah) kerana aturan keluarga.

Rata-rata meluahkan rasa ‘benci’ terhadap Ikram menerusi rungan komen di laman sosial Instagram(IG) Adlin dan Mira Filzah. Bagaimanapun penampilan Adlin dipuji warganet kerana lakonan berkualiti ditampilkan, nampak bersahaja.

“Ni yang tak suka ni kahwin bukan untuk apa buat kuli kat isteri pulak! Tapi suka watak Adlin simple je, tak nampak kaku…Berlakon tapi nampak macam betul-betul,” komen seorang pengikut. “Tambah-tambah melu4t tengok si Ikram ni! Padan dengan si Manis pon..Beria berjanji bagai dengan si Yusuf, akhirnya Ikram yang dipilih…Tak sabar nak tengok episode malam ni pulak,” tulis seorang lagi.

“Dh mula menyirap tengok Ikram ni. Kurang ajar dengan mak, lepas tu buat isteri macam kuli! Part dengan anak tu sayang semacam je…Hish! Macam manalah reaksi nenek Manis kalau tau si Ikram macam ni? (berlakon dgn mak sendiri pulak tu),” ulas seorang penonton.

Drama bersiri arahan Rashid Sibir ini turut dibintangi Zul Ariffin, Zarina Zainuddin, Dian P.Ramlee, Ruminah Sidek dan Ruzaidi Abdul Rahman. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama Astro Ria bermula 25 Ogos 2020 menggantikan Pelindung Seorang Puteri 1.

Bidadari Kiriman Tuhan mengisahkan tentang Manis seorang guru tadika yang berusia 25 tahun, memiliki kembar seiras Manja, yang agak lembab. Manis dan Manja hidup bersama ibu dan nenek mereka yang sakit dan kebanyakan tanggungjawab dipikul Manis.

Walaubagaimanapun, hati Manis kemudian mula terpaut dengan guru sekolah rendah bernama Yusuf dan akibatnya hubungannya dengan Manja mula tergvgat. K0nflik bermula apabila Manis berkahwin dengan Ikram duda yang memiliki seorang anak, kerana aturan keluarga. Apakah yang berlaku seterusnya?

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Beriya Bagi Tahu Ibu Nak Kahwin Dengan Emir. Akhirnya Setelah Sekian Lama Menyepi Mira Filzah Dedahkan Kisah Cinta Dia Dengan Emir. Rupa Rupanya Ibu Yang Jadi Punca Mira Filzah Terbuka Hati.

PELAKON Mira Filzah mengesahkan dia bakal disatukan dengan tunangnya iaitu Wan Emir Wan Astar di sebuah Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada malam, Khamis. Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, berkata mereka sepatutnya

bernikah pada Oktober depan namun ia terpaksa dipercepatkan berikutan kakak sulungnya yang menetap di New York, Amerika Syarikat (AS), pulang ke sini untuk majlis resepsi adik bongsu mereka. “Saya dan Emir sepatutnya disatukan pada Oktober depan tetapi disebabkan kakak tidak boleh berulang alik dengan kerap kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari,

jadi saya terpaksa mempercepatkan tarikh pernikahan. “Kakak hanya dapat bersama sehingga esok, selepas itu dia perlu pulang ke AS kerana anak saudara akan memulakan sesi persekolahan yang baharu,” katanya menerusi laporan BH.

Majlis pernikahan Mira dan Emir akan disiarkan secara langsung melalui program MBuzz TV3 pada 9 malam selama 10 minit dan turut boleh disaksikan di akaun YouTube TV3, mulai 8.30 malam. Pada Jumaat lalu, Mira mengadakan majlis khatam al-Quran bersama adiknya iaitu Aina Fadhilah di kediaman keluarganya di Bangi.

Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu.

“Apabila saya beritahu Emir mengenai rancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya, dia juga sebenarnya ada hasrat sama.” Dalam pada itu, Mira memberitahu Emir memulakan langkah untuk berkenalan dengannya dengan menghantar mesej langsung (DM) menerusi Instagram berunsur kerohanian pada Ramadan tahun lalu.

Meskipun Mira tidak membalas mesej tersebut namun anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid itu tidak berputus asa.

“Selepas gagal berhubung dengan saya, Emir tidak berputus asa dan menghantar DM kepada ibu saya pula. Saya tidak tahu apa yang Emir katakan pada ibu tapi ibu beritahu, dia kenal bapa Emir dan menceritakan mengenai latabelakang keluarganya kepada saya.

Mira terbuka hati untuk berkenalan dengan Emir setelah mendapatkan nasihat ibunya. “Saya mahu lepaskan adik bongsu terlebih dulu dan fokus kepada kerja sahaja. Saya juga malas hendak memulakan perhubungan selepas melalui beberapa kegagalan sebelum ini.

“Bagaimanapun, ibu meminta saya cuba mengenali Emir dan berjumpa dengannya. Punca saya terbuka hati semuanya disebabkan ibu bapa. Jadi, saya membalas DM daripada Emir dan hubungan itu berlanjutan ke aplikasi WhatsApp,” ujarnya.

Sementara itu, Mira mendedahkan dia sendiri yang meluahkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga kepada ibunya biarpun ketika itu Emir belum melamarnya. “Selepas lima hingga enam kali berjumpa, saya beritahu ibu mahu berkahwin dengan Emir, namun, dia masih belum melamar saya. Saya tidak tahu kenapa tetapi mungkin disebabkan gerak hati yang merasakan keputusan itu adalah tepat.

“Jadi, saya terus beritahu ibu hasrat hati untuk berkahwin. Apabila saya beritahu Emir mengenai rancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya, dia juga sebenarnya ada hasrat sama. “Tetapi dia bimbang jika saya anggap terburu-buru. Semua ini tidak akan terjadi tanpa restu kedua-dua ibu saya dan dia yang memudahkan lagi niat kami berdua,” kata Mira.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Kucing Media Online

Sumber : mStar

Baru Sahaja Usai Majlis Khatam Al Quran. Mira Filzah Nekad Dedahkan Sesuatu Tentang Majlis Perkahwinannya Pada Bulan Oktober Nanti

Selamat mengadakan majlis khatam Al-Quran bersama adik perempuannya semalam, Mira Filzah mengakui berdebar menantikan hari pernikahannya dengan Wan Emir Astar dijangka bakal berlangsung Oktober depan.

Menurut Mira, dia menyerahkan segala persiapan kepada perancang perkahwinan serta pengurusnya bagi memastikan hari bahagianya berjalan lancar memandangkan dia sibuk dengan jadual kerja yang padat. “Saya terikat dengan jadual kerja yang padat, jadi saya tidak begitu memikirkan sangat soal persiapan perkahwinan. Banyak kerja yang perlu disiapkan antaranya tugas pengacaraan untuk program Nona serta beberapa sesi fotografi sebagai duta produk.

“Walaupun urusan persiapan perkahwinan diserahkan kepada perancang perkahwinan, tetapi saya tetap hadiri perjumpaan yang diadakan. Apabila semua benda datang secara serentak, mulalah timbul perasaan berdebar. “Namun, saya bersyukur segala perancangan sudah hampir selesai dan semuanya berjalan mengikut seperti apa yang dirancangkan,” katanya kepada Harian Metro.

Masih merahsiakan mengenai tarikh pernikahannya, Mira berkata majlis itu akan diadakan secara sederhana susulan pandemik Cov1id-19 dan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan. “Majlis pernikahan dan resepsi akan diadakan secara kecil-kecilan saja. Saya tidak mahu mengadakan majlis yang besar kerana tidak berani menanggung ris1ko berikutan negara kita masih belum menang memeraangi Covi1d-19

“Hanya 250 tetamu yang akan diundang ke majlis saya nanti demi mengikut saranan kerajaan supaya mengamalkan langkah penjarakkan fizikal. Pada masa sama juga saya mahu mengelakkan daripada timbulnya sebarang k0ntr0versi,” katanya.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook.Sumber : Rotikaya

Berdebar Tunggu Hari Bahagia Dengan Wan Emir. Mira Filzah Kongsi Dia Sanggup Habiskan Membuat Sesuatu Ini Sementara Menanti Hari Yang Dinanti Kunjung Tiba

BAKAL menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat, pelakon popular Mira Filzah selamat melangsungkan majlis khatam al-Quran di kediamannya pada pagi Jumaat.Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Binti Badioezaman, 28, turut ditemani adiknya Aina Fadhilah dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri keluarga terdekat.

Mira mengayakan jubah berwarna pink dengan hiasan pelamin daripada Kayangan Gallery.Mira bersama ibu dan adik-beradiknya.Pada April lalu, Mira menerusi satu rakaman bual bicara santai bersama Ustazah Asma’ Harun mendedahkan sudah bertunang dengan seorang jejaka pilihan hatinya.

Ia secara tidak langsung mengesahkan spekulasi percintaannya bersama seorang jejaka dikenali sebagai Wan Emir iaitu anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid.

Manakala, pada 16 Julai lalu ketika ditemui media, Mira mengakui kini tunangan orang dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.Pengacara Nona ini juga sudah mengedarkan kad jemputan perkahwinan kepada rakan-rakan terdekatnya.Majlis perkahwinan Mira dan Wan Emir berlangsung pada awal September ini.-mstar

Persiapan Kahwin Hampir Siap. Mira Filzah Nekad Kongsi Dia Akan Pakai Satu Busana Ini Dan Ternyata Ia Meraih Perhatian Warganet

“Alhamdulillah, persiapan berjalan dengan lancar.” Itu perkongsian daripada pelakon popular, Mira Filzah selepas ditanya mengenai perkembangan persiapan majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Meski tidak memberikan perkongsian secara terperinci mengenai majlis raja sehari yang akan dijalankan, bintang ini tetap terbuka berkongsi menjelang hari istimewanya itu.“Insya-Allah kami akan mengadakan beberapa majlis resepsi. Bagaimanapun, saya ingin beritahu awal-awal kepada semua, atas kekangan semasa yang tidak menentu, jadi kami hanya menjemput sekitar 200 hingga 250 sahaja bagi setiap majlis.

“Kami pun tidak mahu mengambil risiko meski sejujurnya ramai yang ingin kami jemput. Terpaksa dipecah-pecahkan senarai tetamu untuk beberapa majlis yang akan berlangsung nanti,” katanya kepada MH.Ditanya mengenai gaun perkahwinan serta tajaan perkahwinan, pelakon Sweet Dreams itu lebih selesa menguruskannya sendiri.

Apatah lagi, ia merupakan suatu fasa bermakna buat dirinya dan baka suami.“Soal persiapan tidak boleh saya kongsikan secara terperinci, cuma insya-Allah saya akan menggayakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini dan Fizi Woo.

“Saya juga memilih untuk menguruskan sendiri soal perkahwinan. Apa yang boleh saya cakap setakat ini, kira-kira 90 peratus menggunakan pembiayaan sendiri.“Momen indah ini insya-Allah akan berlaku sekali dalam hidup. Kalau boleh saya mahu ia berjalan sebagaimana yang saya impi dan rancangkan.

“Bagaimanapun, saya bersyukur dan berterima kasih kerana ada pihak yang sudi bertanya mengenai soal tajaan majlis perkahwinan kami.“Cuma rasanya setakat ini, saya rasa lebih puas andai diri sendiri yang memilih dan menentukan,” akuinya jujur.

Mira terdahulu ditemui pada majlis rakaman program realiti, Ratu Hijabista di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Jumaat.Sementara itu, Mira turut mengulas berhubung isu ‘cultural appropriation’ seperti yang did kwa.Jelasnya, dia tidak berniat menimbulkan sebarang isu menerusi penampilannya yang menyarung pakaian tradisional pengantin wanita masyarakat India, Lehenga.Tampil membuat permohohan maaf andai ada pihak yang kurang senang, hal tersebut juga tanpa sengaja mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet.-mediahiburan

Bukan Setakat Mak Calang Calang Orang. Rupanya Bakal Suami Mira Filzah Juga Sama Dan Ini Sebenarnya Keperibadian Pilihan Hati Mira

Mira bakal menjadi menantu kepada Datin Mastura Mohd Yazid. SELEPAS pelakon Mira Filzah membuat pengakuan sudah menjadi tunangan dan bakal berkahwin tidak lama lagi, ramai lelaki yang meluahkan rasa sedih dan kecewa.Nama tunang kepada Mira iaitu Wan Emir turut menjadi perbualan hangat warganet di laman sosial yang beranggapan jejaka itu sangat bertuah kerana bakal memiliki aktres kesayangan ramai tersebut.

Kali ini, mStar senaraikan fakta mengenai Wan Emir dan hubungannya dengan Mira Filzah! Wan Mohammad Khair-il Anuar iaitu bapa kepada Emir yang sudah pergi buat selamanya pada 2016. Nama sebenar Wan Emir iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar yang kini berusia 30 tahun. Anak sulung daripada empat orang adik-beradik dan kesemuanya lelaki.

Emir bekerja sebagai seorang arikitek dan mempunyai firma seni bina serta perusahaan perniagaan sendiri. Kalau korang stalk Instagram dia, boleh check out di @wanemirastar. Dia adalah anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) iaitu Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Ibu Emir mula bertanding sebagai wakil rakyat di kawasan itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Jun 2016 selepas pemergian suaminya yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Wan Mohammad Khair-il Anuar. Wan Emir mempunyai tiga orang adik lelaki.

Bapa Emir iaitu Wan Mohammad Khair-il Anuar pergi menghadap Ilahi dalam nahs helikopter di Sarawak pada 5 Mei 2016 dan mendapat liputan yang meluas. Emir juga mengikut jejak langkah ibu bapanya dengan bergiat aktif dalam bidang p0litik dengan membantu ibunya berkempen. Jejaka kacak hitam manis itu pernah berkawan dengan Mira sewaktu zaman pengajian namun hubungan itu terpvtus selepas Emir terbang ke luar negara bagi melanjutkan pelajarannya.

Khabar angin yang mengatakan Mira sudah dirisik Emir dan bakal berkahwin pada Oktober depan mula berterbangan sejak beberapa bulan lalu. Mira hadir bersama Wan Emir di majlis resepsi Farah Nabilah Lebih menguatkan spekvlasi mengenai hubungan itu apabila Mira dan Emir hadir buat kali pertama di khalayak umum ketika di majlis resepsi perkahwinan pelakon Farah Nabila pada Januari lalu.

Menerusi laporan mStar pada 16 Julai lalu, Mira akhirnya mengakui dia sudah bertunang dan merancang untuk berkahwin tidak lama lagi namun belum bersedia berkongsi info lanjut mengenai perkara itu. Kalau nak tahu, Mira Filzah juga bakal berbiras dengan pengacara Shalma Ainaa yang berkahwin dengan adik kepada Emir iaitu Wan Imar Izzat.

Akan terima menantu artis popular Mira Filzah. Mengejutkan ini kata kata Timbalan Menteri Datin Mastura bakal mak mertua Mira Filzah tentang bakal menantunya.

Dalam kesibukan menghadiri persidangan Dewan Rakyat selain menjalankan tugas penting sebagai Timbalan Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid sempat menjawab soalan wartawan berhubung hubungan anaknya dengan artis terkenal, Mira Filzah. Meskipun ringkas jawapan diberikan, namun sudah cukup untuk mengatakan hubungan pelakon popular itu dan tunangannya mendapat restu kedua orang tua.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), itu mengesahkan anaknya, Wan Emir Astar bakal melangsungkan pernikahan dengan Mira, tahun ini. Mastura yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar ketika ditemui turut meminta orang ramai mendoakan kebahagiaan anak dan bakal menantunya itu. ” Ya, kedua-dua keluarga sudah berjumpa. Semuanya berjalan lancar dan ia akan diumumkan nanti. Insya-Allah,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Mira ketika ditemui mengesahkan dia sudah bertunang dengan Wan Emir tetapi enggan mendedhkan secara terperinci mengenai pertunangannya itu. Mira juga tidak menafikan mengenai persiapan majlis perkahwinannya yang dikatakan bakal berlangsung Oktober ini. ” Saya dah bersedia (untuk berkahwin) dan kini sedang dalam fasa ‘on-going’ (persediaan).

” Kalau berapa peratus persediaan yang sudah dilakukan, saya tak dapat jawab kerana masih di peringkat awal,” katanya. Harian Metro sebelum ini melaporkan mengenai desas desus hubungan Mira dan Emir yang dikukuhkan lagi apabila adiknya, Aina Fadhilah memanggil Emir dengan gelaran BIL (brother in law) atau abang ipar. Mira Filzah juga sudah sahkan

Terdahulu pelakon popular Mira Filzah mengesahkan dia sudah bertunang dengan kekasihnya Wan Emir Astar yang juga anak kepada Datin Mastura Mohd Yazid. Bagaimanapun, Mira ketika ditemui enggan mended@hkan secara terperinci mengenai pertunangannya itu. ” Status sekarang dah bertunang,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran platform digital Nurflix di Bukit Jelutong, Shah Alam, hari ini.

Menurut pelakon filem Sangkar ini, dia akan maklumkan kepada media sekiranya semuanya berjalan dengan lancar. ” Insya-Allah, memandangkan kerajaan pun sudah membenarkan jumlah tetamu untuk majlis perkahwinan adalah 250 orang, tentunya saya akan sediakan tempat untuk rakan-rakan media. ” Apa-apa pun, saya akan maklumkan sekiranya semuanya sudah siap sedia,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan mengenai desas desus hubungan Mira dan Emir yang dikukuhkan lagi apabila adiknya, Aina Fadhilah memanggil Emir dengan gelaran BIL (brother in law) atau abang ipar. Terbaru, Mira bakal muncul dalam program terbaru Nurflix, berjudul Mira Mira On The Wall dan akan memulakan penggambaran tidak lama lagi. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!Sumber: Asia Kini