Lagi seminggu nak kahwin tiba tiba lelaki ini bagi tahu ada cikgu yang buat dia ragu ragu untuk teruskan perkahwinan. Rupa rupanya sampai macam ni sekali cikgu cakap pada bakal suami. Akhirnya ini yang terjadi buat lelaki itu menyesal.

Kisah Rumah Tangga

Aku kenal Ilyas (bukan nama sebenar) hampir 10 tahun (2009), sejak zaman sekolah lagi. Dia senior aku dan berkawan baik dengan sepupu aku, Maya (bukan nama sebenar). Ilyas selalu datang rumah Maya dengan kawan2 kelas yang lain untuk study group dan aku memang rapat dengan Maya sejak kecil and always lepak dekat rumah dia since rumah kitorang dekat je.

But one day ditakdirkan aku jumpa Ilyas di rumah Maya dan Ilyas mula berminat nak berkawan dengan aku. Aku anggap dia macam kawan biasa je sebab jarak umur kami agak jauh (dia 4 tahun lebih tua) dan aku agak kekok untuk berkawan. Tapi sebab Maya selalu cakap dia lelaki yang baik, so aku kawan je mcm biasa. Sampailah Ilyas confess yang dia sukakan aku. And aku selalu jumpa dia kat rumah je.

Bukan dekat luar and family aku pun dah kenal Ilyas. Family aku agak strict dalam bab berkawan dengan lelaki ni. Sampailah dia habis sekolah, kami jarang contact. And I know dia jumpa orang lain dah. Yelah. Bila dah sambung belajar, macam2 orang kau akan jumpakan. I admit it and aku biar je.

Benda dah boleh agak kan. Dan aku tak mengharapkan apa2 dalam hubungan ni. Aku masih muda dan jauh lagi perjalanan. Dipendekkan cerita, after about 9 years (tahun lepas, 2018), kami ditakdirkan bertemu semula. Ilyas menyatakan hasrat untuk memperisterikan aku.
Dia bekerja di Sarawak dan aku bekerja di Selangor.

Lepas dia confess untuk berkahwin, kami balik ke kampung (Johor) pada Disember 2018 dan dia bawa aku berjumpa dengan keluarganya. Everything went well. Keluarga dia sangat baik dan menerima kehadiran aku. Kami bertunang pada Februari 2019 dan merancang untuk bernikah pada Julai 2019. Semua berjalan dengan baik, sehinggalah sebulan sebelum majlis (Jun2019), Ilyas buat pengakuan yang dia bertemu dengan orang lain, Julia.

Aku memilih untuk bertenang dahulu, dan tidak membuat keputusan terburu-buru. Ilyas bercerita pada aku tentang Julia. Mereka berkenalan pada bulan April 2019. Yes, pada bulan puasa waktu itu. Ilyas beritahu bahawa Julia berasal dari Sarawak, bekerja sebagai seorang guru sekolah, dan dia merupakan bekas pelajar sekolah agama.

Aku tanya Ilyas, apa tujuan dia meluahkan semua ni pada aku? Dan dia mengaku yang dia tak dapat nak tinggalkan Julia dan pada masa yang sama dia tak nak lepaskan aku. Dan jawapannya as you expected, Julia mimpi Ilyas, dan Ilyas mimpi Julia. Setelah itu, aku bertanya pada Julia, jika itulah jawapannya, kenapa Ilyas masih tak nak lepaskan aku? Jawapannya, sebab KESIAN.

Kesimpulannya, aku kena terima bahawa ada orang lain dalam hati Ilyas dan kemungkinan besar Ilyas akan bernikah dengan Julia setelah dia menikahi aku. Aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan bertemu parents Ilyas yang aku panggil mama dan abah. Aku luahkan segalanya. Aku maklumkan pada keluarga aku juga. Dan mereka meminta aku untuk buat keputusan sebaiknya. Aku bersyukur, keluarga aku tidak memberi tekanan kepada aku.

Walau apa yang dilakukan Ilyas cukup menyakitkan hati, tetapi mereka tetap meminta aku doakan yang baik2 saja buat Ilyas. Mak usu meminta aku untuk istikharah dan sepanjang itu aku tidak berhubung dengan sesiapa untuk mendapatkan jawapan yang sewajarnya selain drpd berbincang dengan keluarga aku serta keluarga ilyas.

Sehinggalah aku membuat keputusan untuk menangguhkan majlis yang hanya tinggal beberapa minggu saja lagi. Keluarga aku memaklumkan pada keluarga ilyas. Dan mereka menerima keputusan aku dengan baik walau kami semua terluka dan kecewa. Betapa hancurnya hati mama dan abah atas apa yang terjadi.

Ya. Kenapa terlalu lama masa yang aku ambil untuk buat keputusan? Kerana banyak maruah yang terlibat. Aku perlu fikir apa kesannya jika aku buat keputusan terlalu cepat since kesihatan mama kurang baik sehingga kini. Dan demi kebaikan aku serta yang lain, aku tangguhkan majlis. Dalam erti kata lain, aku batalkan majlis.

Alhamdulillah, sehingga kini, hubungan keluarga aku dan keluarga Ilyas dalam keadaan baik. Aku masih menziarahi mama dan abah jika aku pulang ke kampung. Aku sudah anggap mereka seperti ibu bapaku sendiri. Ilyas, sejak abah memberitahu dia yang aku batalkan majlis, dia tak dapat terima keputusan aku dan bertindak mendiamkan diri sehingga kini dan tidak pulang walau untuk bertemu mama dan abah.

Dia menghna aku perempuan yang tidak baik dan tidak menerima semua yang terjadi. Dan menyatakan aku pentingkan diri sendiri. Sampai satu hari Ilyas memberitahu pada aku bahawa dia hanya perlukan masa untuk tinggalkan Julia. Tetapi bukan itu yang dia nyatakan pada awalnya kepada aku. Untuk Julia, jika awak baca confession ini, saya sudah lepaskan dia. Saya tidak akan berjuang untuk orang yang tidak mahu berjuang.

Dia selalu kata awk perempuan yang baik, jadi terimalah dia sebaiknya. Walau mama abah tidak merestui kalian, itu bukan atas kuasa saya.
Saya tidak pernah menyrang awak, instead awak menyrang saya dengan mengatakan saya tak pandai jaga tunang saya.

Saya masih simpan semua mesej awak, semua penghinaan yang kalian lemparkan ke atas saya walau pada hakikatnya, maruah saya yang tercalar
Bukan saya jika awak anggap saya akan menyrang awak. Saya bukan begitu. Jika dia berpaling, saya akan tinggalkan. Keputusan ni berat. Sangat berat, tetapi saya tidak mahu menanggung risiko ditinggalkan suatu hari nnti.

Jodoh itu rahsia Allah. Dan Allah sudah menyelamatkan saya daripada hubungan toxic ini. Saya sayangkan dia. Tak pernah saya tinggalkan namanya dalam setiap doa saya. Tapi bukan dia yang terbaik. Semoga kalian bahagia dunia akhirat. Dan semoga mama dan abah merestui kalian. Buat orang ketiga di luar sana, kalian bukan hanya menghancurkan satu hati,

bukan hanya mencalarkan maruah seorang manusia, tetapi kalian telah menghancurkan hati serta mencalarkan maruah setiap insan yang menantikan penyatuan ini. Sekarang aku dalam process untuk melanjutkan pelajaran. Mohon kalian doakan segala urusan dipermudahkan. Aku yakin dengan hikmah Allah yang indah. Ada yang lebih baik yang Allah persiapkan untuk aku.

Buat kalian yang sedang kecewa, yakinlah dengan rahmat Allah. Jika bukan dia yang terbaik, lepaskanlah. Jangan bersedih terlalu lama, Allah itu ada. Dia maha Melindungi. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca luahan ini. Moga Allah merahmati kita semua.

Artikel Lain : Gadis Ni Selamba Je Selak Baju Dan Seluar Dia Depan Pakwe Sebab Nak Tunjuk Keadaan Dia Yang Sekarang Macam Mana. Takut Pakwe Dia Tak Boleh Terima. Terkejut Pakwe Dia Dan Ini Reaksi Pakwe.

Gambar sekadar hiasan.Salam semua. saya, wanita yang telah 5 tahun berkahwin dan masih belum mempunyai zuriat. Siapa kahwin tak nak anak kan?? Begitu jugak saya dan suami. saya kesian kat suami saya yang sangat ingin zuriat. Tapi dia tak pernah bersuara hal zuriat sebab tak nak saya tertekan. saya tahu semuanya berpunca daripada saya.

saya tak mampu memberikan zuriat pada suami sebab peny@kit yang saya deritai iaitu SLE. Terasa tidak sempurna diri ini, bukan saja mempunyai peny@kit yang tiada ubat penyembuh,terpaksa bergantung pada ubat dan lebih menyedihkan saya masih tak mampu memberikan zuriat pada suami saya. SLE adalah peny@kit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri.

Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.Untuk kes saya, autoimmune saya serbu cairan merah, hati dan kulit saya. Cairan merah dalam badan saya sentiasa berkurang, dan penah hb saya lebih rendah dari 5. Tahun pertama kena peny@kit ni, setiap 2 minggu atau sebulan saya mesti masuk warded dan setiap kali warded mesti kena masuk 2 pain cairan merah. saya kena peny@kit ni ketika saya baru berusia 23tahun, baru mula berkerja selepas menamatkan pengajian. Waktu tu saya belum berkahwin.

saya kerap keluar masuk hospital dan sebab tu jugak saya dibuang kerja. saya pun paham la, company mane boleh tahan kalau staff asyik mc je. MC plak bukan sekejap.Kereta saya tertunggak lebih 3 bulan dan hampir kena tarik. Badan saya pun mengembang sebab ubat-ubatan yang saya terpaksa saya makan esp steroid. Badan saya naik dari 45kg to 65kg. Time tu saya strss teruk, saya baru nak mula hidup, saya dah di uji dengan ujian yang berat camni.saya mula mempersoalkan apa salah saya sampai kena uji camni.

Kenapa saya yang diberi peny@kit ni, kena tak orang lain. Mula2 sakit dulu, saya pikir S@kit ni satu musibah untuk saya. Dunia ni dah berakhir dan saya pikir nak pergi buat selamanya je.saya pernah ditahan di zone merah di bahagian kecemasan. Dipasangkan oksigen, X-tray & ECG semua dibuat diatas katil, saya dah macam orang yang tak bernyawa pasrah atas semua tindakan nurse dan doktor. Melihat nurse membuka pakaian saya utk jalani semua prosedur yg dijalankan sebab saya tak mampu menggerakkan tubuh badan saya sendiri.

Betapa lemahnya sya ketika tu.Alhamdulillah, nywa saya masih panjang keadaan saya kembali stabil dan dipindahkan ke wad. Lepas beberapa hari saya dalam wad, anggota badan saya mula naik ruam. Seluruh badan saya merah dengan bebiji air memenuhi tubuh saya.saya jadi rendah diri, malu nak jumpe dengan orang. saya tak bagi kawan2 dan saudara mara melawat saya. Tapi Bf (suami saya sekarang) tetap datang melawat saya.

Ubat yang diberikan hanya untuk mengurangkan tindakan balas autoimmune dan saya perlu bergantung pada ubat-ubatan selamanya. Awak dah tengok sendiri keadaan saya, andai awak nak tinggalkan saya, saya redha dan saya terima.” Apa jawapan yang saya dapat dari dia. “Apa awak ni! saya akan tetap sayang dan saya takkan tinggalkan awak” Allahu Akbar terkedu saya, terharu.

saya pikirkan dia akan tinggalkan saya. Tak ade manusia yang sanggup terima orang yang s@kit. Lepas beberapa ketika, saya kena transfer ke hospital untuk dapatkan rawatan daripada pakar SLE. Alhamdulillah lepas refer to pakar, saya tak perlu lagi warded dan tak payah masuk cairan merah la. Tapi saya masih kena follow up setiap bulan. Nampak menyusahkan kena jumpa doktor setiap bulan tapi saya bersyukur sebab saya semakin sihat dan paling penting saya tak payah tido kat ward lagi.Bila keadaan semakin ok, saya mula bekerja balik, Alhamdulillah ade company yang sudi terima pes@kit macam saya.

Lepas dah bekerja, Bf saya ajak kahwin. Kahwin?? Biar betul? boleh ke saya?? saya tak percaya dengan kemampuan diri saya. Ye sekarang saya nampak sihat tapi bila2 masa saya boleh sakit balik. saya bagitaw doktor dan doktor mintak jumpa bf saya.BF saya pergi jumpa doktor. Doktor explaint semua keadaan saya, risiko yang mungkin akan terjadi dan ciri2 kalau autoimmune mula datang. Yang paling doktor tekankan adalah zuriat. Jangan melakkan harapan yang tinggi untuk mempunyai zuriat.Pes@kit SLE mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami keguguran dan kehamilan boleh membhayakan diri pes@kit.

P3sakit hanya dibenarkan hamil setelah kedaan pes@kit benar2 stabil. Alhamdulillah BF boleh terima semua tu.Akhirnya kami berkahwin,dari awal perkahwinan saya kena amek perancang kehamilan iaitu cucuk depo setiap 3 bulan. family member suami tahun keadaan saya. Sekarang dah 5 tahun perkahwinan, pernah 2 kali warded tapi Alhamdulillah suami menjaga saya dengan baik.Kami Masih seperti dulu masih belum mempunyai zuriat. Masih berdua dan sentiasa dalam fasa honeymoon.

Sehingga ke hari ni, sakit saya tak penah stabil, sentiasa turun dan naik dan masih tak dibenarkan hamil.saya pernah ingkar arahan doktor, Tahun ke4 perkahwinan saya stop ambik pencegah kehamilan dan saya tak bagitaw suami saya dan saya berjaya hamil. Mula2 dapat tahu saya hamil, kami terkejut, gembira, tsayat semua ada tapi bila doktor bagitaw r1siko yang bakal terjadi pada baby, suami mula risau. Baby berisiko untuk mengalami sumbang disebabkan ibu makan steroid.

Banyak cairan merah yang doktor amek untuk check untuk pastikan dan berharap antibodi negatif (Anti-Ro dan Anti-La) yang boleh menggangu jantung bayi yang boleh menghentikan jantung baby. Tapi berita gembira kehamilan tu hanya bertahan seminggu dan saya mengalami kegguran. Antara sebab berlsayanya kegguran adalah disebabkan cairan merah saya membeku dan tak sampai ke janin (disebabkan peny@kit saya).

Teruk saya kena marah dengan doktor.Bukan doktor sengaja tak bagi tapi dalam keadaan hamil, lebih mudah autoimmune terkena buah pinggan saya. Sebab tu doktor kena mengawal dan memastikan semuanya selamat sebelum membenarkan pesakit hamil. Sedih, memang la saya sedih tapi saya tak pernah menyesal, sekurang2nya kami pernah diberi peluang untuk merasai kehamilan walaupun sekejap. Semua orang marah saya termasuk keluarga saya, dan suami. Dorang marah sebab dorang sayangkan saya.

Masih saya ingat macam mana menggelabahnya semua saya bila menangis sebab s@kit perut dan cairan merah berketul-ketul keluar. Terus kami ke hopital dan doktor check saya dah total miscarriage. Sedih, menangis suami. “Saya boleh terima kehilangan baby tapi saya tsayat kehilangan awak.” Ya Allah Nikmat apa lagi yang saya dustai. Seorang suami sanggup ketepikan keinginan dia untuk memiliki zuriat kerana sayangnya pada isteri.

Lepas keguguran, Suami saya upah orang utk urut, tungku dan sauna cam orang berpantang cumanye takde baby.Alhamdulillah suami saya angat membantu saya. Setiap Pagi saya bangun sediakan breakfast je, yang lain semua suami saya buat. Mungkin disebabkan saya s@kit, saya dapat kelebihan tu. Suami saya terima saya seadanya. Badan saya penuh dengan parut, selulit disebabkan steroid. saya tengok diri sendiri pun saya jijik. Muka saya jadi gelap dan moonface.

Tapi suami saya tak pernah pertikaikan semua tu. Disebabkan ujian s@kit ni, MIL saya tak pernah bertanyakan saya soal zuriat, tak pernah bagi saya tekanan dan sangat2 membantu saya. Masa saya keguguran, MIL boleh cakap, “Jangan dipikirkan pasal anak. Tak salah kalau kita tak ada anak, jaga kesihatan diri. Jangan korbankan diri sendiri untuk memenuhi kehendak/puaskan hati orang. Mulut orang takkan berhenti bercakap, abaikan.

InsyaAllah anak mak redha dan dia terima kamu seadanya dan mak pun tak kisah. Yang penting kamu sihat dan bahagia.”Allah tu Maha Pengasih, bila saya redha dan terima dengan ujian Dia, Dia bukakan pintu2 rahmah untuk saya. Allah kurniakan saya seorang suami yang sangat2 memahami dan yang paling penting terima saya seadanya dalam sakit dan sihat. Allah kurniakan keluarga dan mertua yang penyayang.

Terima saya dan tak pernah persoalkan hal zuriat. Mereka sangat menjaga. Mertua saya sanggup carikan ubat2 tradisional utk merawat sakit saya especially yang melibatkan kulit saya. Kulit saya berbekas dan penuh dengan parut. Macam2 daun/herba dia cari dan sapukan kat badan saya. Orang2 disekeliling saya, jiran2 dan sedara mara ada bertanyakan saya soal zuriat tapi mereka bertanya dan mereka sendiri yang menjawab “Mungkin ko tak dapat lg anak sebab ko sakit”.

Alhamdulillah disebabkan Peny@kit itu jugak saya tak terus disoal dan ditekan.saya diberikan rezeki, peluang pekerjaan. Alhamdullillah.. Apa lagi yang saya mahukan. Allah bagi saya ujian hanya sedikit tapi rahmah dan nikmat lebih besar Dia berikan pada saya.saya sentiasa berdoa, “Ya Allah sesungguhnya terima dan redha dengan ujian-Mu. Kau berikanlah saya kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. Kau adalah sebaik-baik perancang dan perancangan Kau adalah yang terbaik buat kami hamba yang naif lagi tidak mengetahui ini. saya bersyukur ke atas segala nikmat yang Kau berikan kepada saya.”

– Lupus Warrior (Bukan nama sebenar) via iium

Antara komen warganet :

Salju Kencana : Confessor. Kakak aku sama macam kau. SLE. doktor detect dia ada SLE selepas melahirkan anak kedua. Lepas tu dia merancang.. Sampailah ketika dia rindu nak ada baby.. Alhamdulillah dia dapat anak ketiga. Tapi tu la.. Masa mengandung mcm2 ubat dan appointment dia kena pegi. Oh ye. Sejak mengandung pertama lagi, hb dia mmg tak stabil walaupun belum lg detect SLE.

Macam mana kakak aku boleh bertahan? Selain berubat moden, kakak aku berubat tradisional, ruqyah dan perubatan alternatif. Kalau kau berminat nak tahu… Boleh pm aku. Nanti aku share dengan kau. Moga2 keadaan kau bertambah baik dan stabil macam akak aku.

Hanis Masyarah : kuat sis kuat! saya pun one of the lupus fighter. skrg sy dah kena buat dialisis sbb SLE dah attack tissue kidney sy and both dah rosak so terpaksalah dialsis but at the same time, lupus still lagi attack saraf2. sakit sangat tapi perancangan Allah yang terbaik kan. positive jelah.

Marosidah Mior : Dear confessor, Rezeki u, dapat suami dan keluarga mertua yang memahami, bukan semua orang boleh dapat, Allah knows best, Allah tahu apa yang terbaik untuk awak, jadi hargailah dan sentiasalah bersyukur.

Norfadzilah Idris : Dulu saya ada kwn satu wad y SLE.. dari die pregnent smpai bersalin duduk di hospital.. raya pun di hospital..puasa pun sehari aja.. bila janin makin membesar doktor pasang stand pd rahim utk elak bersalin sblum waktu.. dan hanya dibenarkan utk baring rehat shj.. x bleh berjalan2 sgt.. kalau berjalan lebih skit akan turun cairan merah.. kesian betul..die punya doktor pakar shj ada 4 org berlainan bahagian.. dn baby lahir 36w6hari.. ceasor..alhamdulillah.. dpt baby gurl y sihat.. masa tgh operatr doktor ckp rahim die berbentuk sebiji mcm hati.. dan amik gmbr tunjuk kt die.. mmg kuat semangat org2 SLE ni.. moga TT pun tabah dah kuat ye.