Laki biawak hidup pun tak tahan. Lepas tular kisah Zarina Anjoulie berpisah Fara Mendoza tampil buka mulut tentang isu perpisahan Zarina. Tak sangka sampai macam ni sekali Fara cakap.

Artis

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan selebriti tempatan pasti sudah mengetahui bahawa pelakon Fara Mendoza pernah ‘brblah mulut’ di media sosial bersama dengan pelakon Zarina Anjoulie. Bermacam-macam isu yang menjadi punca mereka berdua brblah sehingga membuatkan Fara berjaya dalam kes samn malu terhadap Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju.

Kini, mereka berdua sekali lagi bercakaran apabila Fara mula memuat naik beberapa foto perlian di Instagram story berkenaan isu perpisahan Anju. “Laki biawak hidup pun tak tahan dengan hang! Jangan kata lelaki keje bagus, yang tak keje pun cabut lari. Hang laki bini kenal pun sebab tubuhkan Telegram ftnah aku. Hang fikir bila hang kawin hang akan bahagia ke?”

Instagram story berkenaan seakan-akan tepat ditujukan kepada Anju memandangkan ketika ini sedang hangat diperkatakan tentang kes perpisahanya yang mengejutkan itu. Tak mahu terus mendiamkan diri, Anju turut menyelar kenyataan tersebut mengatakan Fara sanggup berlakon kononnya majlis hari lahirnya yang diadakan di Pulau Pinang itu dirancang oleh teman lelakinya.

Namun dalam masa yang sama, Anju ada memuat naik satu IGTV menjelaskan sebab utama mengapa beliau mengambil keputusan untuk memberitahu kepada umum mengenai kisah rumah tangganya walaupun ada yang mempersoalkan tindakannya itu.

“First of all, warganet tak bdh. Aku bukan orang biasa yang tak ada siapa kenal, aku Zarina Anjoulie yang orang kenal. It’s part of my life untuk share semua benda dengan korang (followers) aku semua. End of the day orang tahu jugak aku berpisah! Untuk aku lagi malu kalau aku fake kebahagiaan hidup aku. Ini hidup dan perasaan aku, lantak la orang nak cakap apa pun.”

Bila agaknya isu antara Fara dan Anju ini akan selesai ya? Harap-harap isu bercakar kali ini hanya akan terjadi di dalam laman sosial sahaja dan tidak dibawa ke luar sehingga menjadi kes saman seperti sebelum ini. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: HOTFM

Ramai Yang Desak Suruh Kahwin Sampai Pu Pun Ada Yang Desak. Akhirnya Zarina Anjoulie Dedahkan Kahwin Terlalu Cepat Jadi Punca Dia Berpisah.

Status perkahwinan pelakon Zarina Anjoulie terus menjadi persoalan ramai selepas dia memuat naik satu posting di laman Instagram miliknya memberitahu bahawa dia sudah berpisah. Terbaru, dia mengesahkan perkara itu adalah benar. Menurutnya perpisahan ini merupakan pilihannya sendiri dan akui perkara ini adalah terbaik buat kedua-dua belah pihak.

Ye, Anju dah pisah. Bukan aku sibuk nak kecoh, tapi sebab ramai yang tanya. Bukan apa-apa pun, bukan teruk sangat. I just rasa we’re just not in the same page anymore. Its by choice. Ini adalah yang terbaik untuk saya. Saya cuma mahu fokus kepada keluarga dan anak saya.

Menurut Anju, dia dan suaminya sudah berpisah dengan cara baik memandangkan dia merasakan mereka sudah tidak serasi. Tambahnya lagi, dia ingin lebih memberi fokus kepada kerja, keluarga dan anak lelaki. Dia akui turut ingin menghabiskan lebih banyak masa terluang bersama keluarganya.

Zarina Anjoulie turut berterima kasih kepada semua yang prihatin dan mendoakan yang terbaik buat dirinya. Rata-rata warganet tumpang sedih dengan perkhabaran tersebut. Malah Zarina Anjoulie juga dilihat sebak ketika menuturkan kata-katanya. Aku rasa aku kahwin terlampau cepat. Sekarang aku tengok ramai orang paksa suruh kahwin. Dengan PU semua sibuk suruh aku kahwin! Kau ni semua mengelabah si**

Menerusi Instagram Story, Zarina merasakan punca perpisahan ini adalah kerana dirinya terlalu cepat berkahwin. Malah dia turut akui tertekan akibat desakan orang ramai termasuk desakan Pencetus Ummah (PU). Dia turut menasihati agar wanita di luar sana buat pilihan bijak dan ikut kemahuan sendiri. Jangan pernah membuat kesilapan yang sama seperti dirinya.

Sumber : IG Zarina Anjoulie

Lepas Zarina Anjoulie Sahkan Dah Berpisah Dengan Suami. Sekali Azza Elite Selamba Je Boleh Komen Sesuatu Buat Ramai Tak Sangka.

” Ya, benar saya telah berpisah. Saya tiada niat pun hendak kecoh.” Itu pengakuan pelakon kntroversi Zarina Anjoulie yang tiba-tiba mengesahkan sudah berpisah dengan suaminya, Eilyas Azhar, hari ini yang hangat diperkatakan ramai.

Siapa sangka, Zarina dan suami hanya bertahan selama enam bulan melayari bahtera rumahtngga. Menurut Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju, rumah tangga yang dibina pada 17 Julai tahun lalu itu berakhir kerana sudah tiada persefahaman antara mereka.

” Sebenarnya tidak ada apa-apa perkara buruk pun yang berlaku, cuma saya rasa kami sudah tidak lagi sehaluan. ”Jadi, saya rasa itu (berpisah) adalah pilihan terbaik. Terima kasih pada sesiapa yang menghubungi saya tentang hal ini. Saya rasa sangat terharu,” katanya dalam video tersebut.

Anju bagaimanapun tidak memperincikan lebih lanjut tentang tarikh dan punca berlakunya perpisahan tersebut. Ujar pemilik nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul itu lagi, perpisahan merupakan keputusan terbaik untuk mereka. Kini, dia mahu lebih fokus terhadap keluarganya.

“Sekarang saya akan fokus terhadap kerja, keluarga dan anak saya. ” Sudah bertahun-tahun saya duduk seorang (ibu tunggal). Selepas ini saya akan gunakan masa yang ada untuk bersama keluarga,” katanya. Terdahulu Anju mencetuskan tanda tanya ramai apabila memberi bayangan tentang status perkahwinan dengan bekas suaminya selepas memuat naik satu hantaran menyatakan rasa syukur dan mengumumkan dirinya telah berpisah dengan lelaki tersebut.

Reaksi warganet dan rakan artis termasuk Azza Elite

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet dan pengikut Zarina di Instagram memberikan kata-kata semangat kepadanya meskipun berasa kecewa dengan perpisahan itu. Ini kerana ramai yang suka melihat hubungan Zarina dengan suaminya serta merasakan mereka pasangan yang saling melengkapi.

Selain warganet, rakan artis turut tinggalkan komen memberikan sokongan kepada Zarina, antaranya adalah penyanyi Azza Elite. ” Always untuk anjoue..” tulis Azza Elite. Reaksi Azza itu bagaimapun mendapat respon balas dari warganet lain yang seakan memperkecilkan sokongan Azza terhadap Zarina.

Ia mendorong Azza memberikan penjelasannya. ” Alhamdulillah Allah tau dik . Akak maafkan kamu. Aku tulis sebab Anjoue ni banyak tolong Aku .. takpe lah mungkin ko tak kenal aku .. tak mahu gado pun dengan ko . Tak dapat apa. So moh le kita asar.. Ayuh,” balas Azza.

Terdahulu, Zarina yang juga merupakan pelakon Anak Pontianak itu mengesahkan perpisahan tersebut menerusi sebuah hantaran video dalam Instagramnya selepas menerima banyak pertanyaan daripada pelbagai pihak berhubung status ‘berpisah’ yang dikongsikannya pagi tadi.

Sebelum ini, Anju pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berasal dari Brunei pada 2015 tetapi berpisah pada Disember 2016. Dalam perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra yang kini berusia lima tahun.

Sumber:k0smo dan IG Zarina via Asiakini

Perkahwinan Hanya Tahan Selama 6 Bulan Je. Lepas Jadi Perbualan Hangat Warganet Akhirnya Zarina Anjoulie Tampil Bongkarkan Punca Sebenar Dia Berpisah Dengan Suami.

SELEPAS enam bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Zarina Anjoulie mengumumkan bahawa perkahwinannya dengan Eilyas Azhar sudah berakhir. Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul mengesahkan perkara tersebut pada Rabu dan menganggap ia merupakan hari yang terbaik dalam hidupnya.

Malah, pelakon berusia 34 tahun ini juga meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Eilyas atau lebih dikenali sebagai Yas. “Alhamdulillah, yay aku dah pisah. Best day of my life… Alhamdullilah terima kasih Yas,” tulis Zarina.

Zarina berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagram miliknya namun tidak memberi maklumat lebih lanjut mengenai perpisahan mereka. Aktres tersebut juga memilih untuk menutup ruang komen di perkongsian tersebut.

ANJU TAMPIL JELASKAN SEBAB KENAPA DIA BERPISAH

Zarina Anjoulie telah memuat naik 1 video di laman instagram beliau untuk menjelaskan sebab kenapa dia telah berpisah dengan suami. Menurut Zarina, sebab utama adalah kerana mereka sudah tiada persefahaman lagi. Apa yang terjadi adalah persetujuan antara Zarina dan suami.

“Thank u so much for your support guys but ini adalah yg terbaik Buat anju sekarang , takde apa2 yg buruk jadi pun it’s just what’s best for me” – Zarina Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/anjujelas11/

Baru Sahaja Akui Hamil Beberapa Bulan Yang Lalu. Zarina Anjoulie Dedahkan Dia Alami Kehilangan Kandungan Dan Ada Benda Yang Dia Kena Buang Di Bahagian Payudara

Sejak dari Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dahulu, nama pelakon Zarina Anjoulie Lavocah menjadi sebutan ramai susulan daripada kerja amal yang dilakukan. Walaupun bersuara lantang namun pelakon ini disenangi ramai kerana dikatakan tidak hipokrit dan baik hati.

Siapa ikuti beliau di laman Instagram pasti tahu pelakon yang lebih mesra di sapa Anju sering berkongsi segala aktiviti harian yang dilakukan sehariannya.Pelakon Zarina Anjoulie Lavocah mengakui hamil beberapa bulan lalu, namun mengalami kehilangan kandungan baru-baru ini.

Berita duka tersebut dikongsi Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju itu menerusi sebuah hantaran di laman sosial Instagram (IG)nya pada Rabu.Anju yang memuat naik hantaran untuk berkongsi kesedaran mengenai bahaya dan kesan sampingan melakukan suntikan ‘filler’ memberitahu tentang kandungannya secara tidak sengaja.

Bagaimanapun pelakon filem Ular ini kelihatan sangat tenang dan menerima takdir tersebut dengan hati yang terbuka.“Beberapa bulan lepas Anju mengandung tetapi kehilangna kandungan. Bukan nak cerita kesian kat video ini, cuma nak beritahu.“Tak ada rezeki kan, tapi Anju tengah cuba nak pregnant lagi,” katanya tenang.

Selain itu, apa yang menarik perhatian ialah Anju berkongsi pengalaman yang dilalui selepas menyuntik ‘filler’ di bahagian payu-daranya.“Anju share apa yang anju lalui sekarang ni ye…Please don’t judge dan diharap anda semua terbuka dengan perkongsian ini.“Tujuan Anju share bukan untuk nak jatuhkan orang, tetapi untuk create awareness. Anju sendiri tengah lalui benda ni, so Anju nak share with you guys.

“Now Anju tengah refer dengan to fix my problem dengan Doctor Chiam. Kalau dia tak boleh buat, dia akan referkan Anju kat pakar.“Tujuan Anju share sebab Anju tahu ramai yang dah buat atau nak buat tapi malu dan segan nak tanya or cari penyelesaian. I will share my journey with u,” katanya positif.

Menerusi video berdurasi hampir lima minit itu, Anju berkata dia mengambil keputusan untuk mengeluarkan semula ‘filler’ di bahagian payudaranya selepas berasa sakit pada bahagian tersebut.Tambahan lagi ketika mengalami kehamilan beberapa bulan lalu, payu-daranya membngkak (proses normal wanita hamil) dan sakit.

Perkara tersebut membuatkan dia mula terfikir akan kesan sampingan ‘filler’ sekiranya hamil lagi pada masa akan datang.“Saya akan pergi bertemu Doktor Chiam untuk rawatan mengeluarkan ‘filler’ di bahagian dada. Ini adalah plan sebelum saya hamil lagi nanti,” katanya.

Dalam pada itu Anju memohon kepada warganet agar tidak meny4lahkan mana-mana pihak kerana keputusan untuk memasukkan ‘filler’ adalah kemahuan dirinya.“It was my choice untuk letak barang terlarang dalam badan aku. Jangan salah anggap dengan video ini atau jangan salahkan tempat aku pergi buat ‘filler’ dulu ya.“Video ini dikongsi sebab sekurang-kurangnya korang semua tahu apa nak buat selepas ini,” katanya

Lebih Aktif Sebagai Ahli Perniagaan Dengan Menggunakan Platform Media. Warganet Ini Dedahkan Siapa Sebenarnya Ibu Zarina Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Siapa je kan yang tak kenal Zarina Anjoulie? Zarina Anjoulie atau nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul merupakan bekas pelakon dan model. Zarina Anjoulie mula dikenali setelah membintangi dalam Drama Anak Pontinak kesinambungan daripada Filem Pontinak Harum Sndal Malam. Zarina memegang watak utama sebagai Mia yang mewarisi kuasa luar biasa dari moyangnya.

Setelah beberapa tahun dalam industri hiburan, Zarina Anjoulie menghilangkan diri daripada media dan peminat setelah terpalit dengan kontrversi dan imej sksi. Dia telah berpindah ke Brunei ketika itu. Terkini, Zarina lebih aktif sebagai ahli perniagaan dengan menggunakan platform laman sosial untuk mempromisikan produknya.

Mungkin lebih dikenali dengan perkara-perkara negatif kerana beliau seorang yang agak sosial dan lantang bersuara di media sosial. Namun ramai juga terima caranya kerana lebih jujur walaupun kasar atau pun sampai ada yang terguris dengan apa yang dia cakap.

Baru-baru ini, nama selebriti Zarina Anjoulie kembali meniti di mulut masyarakat apabila dia memuat naik video ‘menyekolahkan’ artis tempatan lain berikutan bantuan khas Covid-19. Memang puas hati lah tengok dia sound artis yang lain tu kan.Namun, kali ini admin nak kongsikan tentang ibu Zarina Anjoulie yang juga bukan calang-calang orang. Menurut perkongsian di Twitter, rupanya ibu Zarina Anjoulie, Norzaini Abdul Hamid merupakan wanita yang handal memasak.

Paling cool, Gordon Ramsay pernah belajar memasak rendang daripada Aunty Aini. Bukan biasa-biasa ni weh.I just found out that her mom is Aunty Aini the legendary woman who taught Gordon Ramsay to make beef rendang!!!!!!!!!!!!Selain itu, Aunty Aini juga memiliki restoran sendiri di Nilai, Negeri Sembilan yang diberi nama Aunty Aini’s Garden Café. Mesti orang Nogori tahu tempat ni kan?Lagi gempak, restoran miliknya juga pernah dikunjungi oleh cef terkenal, Anthony Bourdain dan Martin Yan.

Difahamkan, Aunty Aini juga pernah menjadi pengacara rancangan masakan, RASA Instafamous di Astro. Dalam rancangan tersebut, dia telah memasak bersama 13 personaliti yang terkenal di Instagram. Admin pernah tengok tapi tak tau pulak dia ialah ibu Zarina.Korang tengok lah sendiri video Aunty Aini ajar Gordon Ramsay ni.Patut Anju sejenis lantang, tengok mak dia Gordon pun takut .. eheheh..stay safe ok!Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Dikatakan Kahwin Dengan Biawak Hidup. Sekali Zarina Anjoulie Tampil Bagi Respon Padu Bila Fara Mendoza Selamba Je Boleh Cakap Macam Tu. Tergamam Sampai Macam Ni Sekali Respon Anju.

Fara Mendoza nama yang sedang popular ketika ini. Sebelum ini Fara Mendoa ada hadir ke SPRM untuk beri keterangan namun semuanya dah selesai. Fara berkata dia hanya hadir untuk beri kerjasama kepada pihak SPRM sahaja.Semalam, agak hangat di laman media sosial antara Fara Mendoza dan juga Zarina Anjoulie. Kedua-dua mereka ini ada berbalas kenyataan. Fara Mendoza telah membuat satu live yang mana dia ada menerima beberapa mesej dari warganet mengatakan Zarina ada cakap sesuatu di belakangnya.

Dari video itu, Zarina Anjoulie ada persoalkan tak ada orang nak kahwin dengan dia, dan di mana rumah dan juga jam Rolex milik Fara Mendoza. Lepas itu Zarina ada menyanyi mengatakan “kau tak kerja mana datangnya duit itu”.Ini pula respon dari Fara Mendoza melalui satu video yang berdurasi lebih kurang satu jam. “Kenapa bila buat live kena asyik nak sibuk, cakap tentang diri saya? Mengapa cakap tentang jam rolex saya, gelang, rantai, dah kenapa? Hati tak tenang ke, kesian”.

“Saya tak nak layan dia, tapi pelik, cakap saya tak kerja. Aku dah pun beli rumah, tetapi dia cakap aku tak kerja pulak, macam kelakar pula“. “Nak bangga dah kahwin, aku tak kisahlah. Kamu masa kahwin pun tak ada sape yang datang, pondn je datang. Sedar lah diri tu. Kawan pun tak ada”. “Kahwin dgn kau tu pun penganggur, biawk hidup. Sekarang kau bela biawk hidup, itu pun kau nak bangga. Kalau aku bela biawk dah lama aku kahwin sebab aku ada duit”.

Ini video dari Fara Mendoza. Boleh tengok sendiri.

Sementara itu, Zarina ada memberi respon tentang pekerjaan suaminya. Ada satu gambar menunjukkan suaminya sedang berniaga. Kata Zarina, dia tak kisah jika ada orang nak perlekeh suaminya cari rezeki seperti itu “Kalau orang mahu gelak suami aku berniaga macam gini tidak mengapalah. Kalau pakai BMW kena panjat pagar tak guna juga, proud wife”.Kisah antara Zarina Anjoulie dan Fara Mendoza ini mendapat perhatian para warganet di luar sana. Sebelum ini kes antara mereka pernah juga naik mahkamah.

“Yg kahwin dgn kau pun penganggur, biawak hidup.. kau bela biawak idup tu kau nak bangga?” – Fara Mendoza

” Kesian kan orang macam ni. Apa la masalah hati dia, lucu kan. Sebenarnya video ni ada orang sent kat saya di DM. Kenapa bila live nak kena cakap pasal saya?” Itu kata-kata pedas keluar dari mulut Fara Mendoza yang juga merupakan pelakon, model dan personaliti media sosial Malaysia.

Fara atau nama sebenarnya Norfaralinah binti Md Yunus mengeluarkan kata-kata itu terhadap bekas pelakon, Zarina Anjoulie sewaktu live di Instagram beliau. Sebelum itu Fara berkongsi video yang dihantar seseorang kepadanya yang menunjukkan Zarina mempersenda beliau ketika sedang membuat live.” Kenapa nak cakap pasal jam rolex saya, nak cakap pasal gelang saya, rantai saya..kenapa? Memang saya tak layan dia, cuma pelik..lepas tu cakap saya tak kerja. ” Haii dulu bukan main hna saya dulu jual kerepek tepi jalan, depan 7E.

” Lepas tu bila aku dah beli rumah, cakap aku tak kerja pulak? Tak ke mental orang macam ni..macam kelakar. ” Kau nak bangga sangat orang kahwin..aku tak kisah lah. ” Aku tak pernah kisah pasal kau kahwin ke, tak kahwin ke..kau kahwin pun takde siapa yang datang, pondn je yang datang. Sedar diri tu sikit.” Siapa ada kat sisi kau? Kawan pun takde, Bff pun takde.. Ya Allah kau boleh pertikaikan kenapa aku tak kahwin.. ” Yang kahwin dengan kau pun penganggur, biawak hidup.. kau bela biawak hidup tu kau nak bangga? ” Helloo kalau aku nak bela biawak hidup, dah lama aku kahwin.. aku dah seratus kali kahwin kemudian pisah, kalau aku nak. sebab aku ni berduit!

” Tapi aku tak macam tu, so cerita dia jangan nak bangga lah bela biawak hidup, bagi makan pakai semua. ” Eh aku tak faham lah dengan dia ni, tak habis-habis cakap pasal aku..padahal aku tak hingin cakap pasal dia ” Hey kau kahwin ke, terbongkang ke orang tak heran lah. Kau nak pindah mana-mana ke kbr ke, neka ke orang tak heran kat kau..

Video yang berdurasi 56:36 minit itu meraih lebih 64 ribu tontonan dan berpuluh komen dari pengikut Fara. Umum mengetahui Fara dan Zarina sering bertelagah di media sosial. Sementara Jun lalu, Fara juga telah menang saman malu ke atas Zarina yang difailkan peguamnya pada Januari lalu di Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan. Fara ketika itu berjuang untuk kes selepas terganggu dengan penyebaran gambar tidak senonoh dilakukan pihak berkenaan dan tudhan mengggekan ank.

Respon Zarina

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Instagram, Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju dilihat memuatnaik hantaran terbaru. Bagaimanapun Anju tidak menyatakan secara khusus kepada siapa entri tersebut ditujukan.” Orang nak gelakkan laki aku niaga camni takpe la kalau stakat pakai BMW tapi kena panjat pagar tak guna gak”, tulis Anju. Menerusi ruangan komen pula ada pengikut yang dapat mengagak hantaran itu adalah sebagai respon balas Anju terhadap Fara Mendoza.” Hahaahaa tak kisahla janji rejeki halal bak kata org kalau kaya jgn menunjuk, dalam Islam di panggil riak , dalam malaysia di panggil SPRM” tulis Nick. Sumber: IG Fara Mendoza dan Zarina Anjoulie

Tanpa Ragu Kongsi Foto Bibir Dengan Kesan Seperti Baru Lepas Operasi. Zarina Bertindak Untuk Membuat Sesuatu Ini Dan Sempat Berkongsi Lebih Lanjut Mengenai Proses Yang Dijalaninya

Pelakon Zarina Anjoulie menjadi bualan warganet dan pengikutnya sejak semalam apabila dia memuat naik foto dirinya dengan keadaan bibir seperti  baru melakukan operasi di sebuah klinik operasi kecantikan.Menerusi satu kiriman di Instagram miliknya, Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju memaklumkan dirinya sedang melakukan ‘sesuatu’ kepada bibirnya dan akan berkongsi lebih lanjut mengenai proses yang dijalaninya.

“Fixing my lips at @my_gorgeous_clinic , nanti Anju buat video ok,” tulisnya ringkas.Anju turut berkongsi fotonya dengan kesan garisan darh di bibir bahagian atas tanpa menjelaskan apa yang telah terjadi terhadap bibirnya.Entri tersebut mendapat pelbagai riaksi warganet termasuk yang mempertikaikan tindakannya itu yang dianggap mengubah ciptaan Tuhan.

Namun ada juga yang berpendapat mungkin Anju mempunyai masalah dengan bibirnya yang menyebabkan dia perlu melakukan operasi itu.Meski demikian, mengikut tinjauan Gempak, semua komen yang ditinggalkan warganet sudah tiada pada awal pagi ini kerana Anju telah menutup ruangan komennya.Tak apalah kita tunggu saja video dari Anju ya dan jangan buat spekulasi sebelum tuan punya badan memberi pencerahan apa sebenarnya yang cuba dilakukan terhadap bibirnya.-gmpk

Ramai DM Nak Pinjam Duit. Zarina Anjoulie Luah Satu Perasaan Ini Dan Dia Dedahkan Kebanyakan Daripada Mereka Tergolong Dalam Kalangan Ini

Tampil menmpelak tindakan segelintir pengguna media sosial yang menghubunginya untuk meminjam wang dikala saat terpaksa menempuh kesulitan hidup, pelakon sensasi Zarina Anjoulie dedah perkara itu kepada umum di laman Instagramnya.

Ujarnya, beliau amat terkilan apabila wujud dalam kalangan pengikutnya yang mahu meminjam wang ekoran terjebak dengan pinjaman wang haram Ah Long.“Stoplah minta aku duit macam aku ni ban kau. Ada kaki, ada tangan pergi cari kerja, ingat aku ni babu ke kena kerja untuk kasi orang aku tak kenal duit. Dah lah nak minta beribu-ribu. 90 peratus kat DM aku semua nak pinjam duit sebab terjebak dengan Ah Long. Padan muka tu je aku boleh cakap.”

Lebih mengecewakan, Zarina mendedahkan ada antara pengguna media sosial yang gah menayang kemewahan namun hakikatnya tidak seperti apa yang ditonjolkan kerana dihmpit masalah kewangan dan hidup susah.“Bila tengok profile wah hidup gah. Wahai Melayu tolonglah sedar diri kalau dah miskin buat cara miskin.Gambar bukan main nak bawa 5 Series tapi nak pinjam duit aku yang bawa Satria buruk ni. Itu pilihan kau yang nak hidup macam have-have tapi akaun bank 30 sen.

Menurutnya lagi, ia kelihatan sangat menjengkelkan kerana ramai lagi insan yang wajar diberi pertolongan berbanding golongan seperti ini.“Meluatnya masing-masing nak berangan. Yang menjengkelkan kenapa orang yang minta ni tak ada malu langsung dan apa yang mereka fikir aku akan beri? Baik aku bagi anak-anak yatim makan daripada aku kasi kau.”

Terdahulu, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Zarina merupakan antara selebriti tempatan yang tidak lekang menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Malah namanya juga sekali lagi menjadi perhatian selepas dirinya tampil menyelar tindakan selebriti tanah air yang menyeru kerajaan supaya tidak meminggirkan golongan artis yang khabarnya “layak” mendapat bantuan “khas” atas sumbangan mereka dalam industri hiburan tempatan.

Dikatakan Zarina Anjoulie Tak Hormat Satu Golongan Ini. Ternyata Satu Perkongsian Zarina Terus Meraih Perhatian Warganet

Kini meniti kebahagiaan sebagai isteri sekali lagi, pelakon Zarina Anjoulie dilihat ada berkongsi foto kemesraan bersama suaminya, Eilyas Azhar di laman media sosial Instagram. Menerusi salah satu foto terkini yang dikongsikan, Zarina kelihatan gembira dan bahagia selepas mendirikan rumah tangga bersama Eilyas pada Julai lalu.

Lantas, perkongsian bintang drama Anak Pontiaanak itu telah menjadi perhatian sesetengah warganet . Rata-rata mereka secara seloroh berpendapat perkongsian Zarina seolah-olah tidak menghormati individu yang masih bujang atau belum mendirikan rumah tangga.“Kesian kami yg single ni… Hahahaha,” tulis warganet menerusi ruangan komen.

Sekadar informasi, Zarina mendirikan rumah tangga bersama Eilyas Azhar pada 17 Julai lalu/.Sebelum ini, Zarina pernah berkahwin jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan dikuniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Awangku Gabriel Martin Ezra.Bagaimanapun, rumah tangga tersebut berakhir pada Disember 2016.Foto: Instagram Zarina Anjoulie

Pakaian Yang Dibeli Tidak Seperti Yang Diminta. Zarina Anjoulie Luah Rasa Kesal Dengan Sikap Pekerja Di Sebuah Butik Pakaian Terkenal Ini

Menerusi entri terkini di Instagram milik pelakon dan usahawan, Zarina Anjoulie meluahkan rasa berang terhadap sikap sambilewa pekerja di sebuah butik pakaian terkenal. Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkongsi cerita apabila berlaku satu kejadian salah faham bersama pekerja di butik berkenaan.

Menurutnya, pakaian yang dibeli tidak seperti yang dimintanya selain alat penggera pada pakaian tersebut juga tidak ditanggal. “Aku sumpaah hangin gileer dgn budak perkerja cotton on kat AEON shah alam ni kau kasi aku satu je aku mintak 2 colour tu pun bod00h sebab sekali minta first time dah salah bila aku check.

“Aku tak sangka budak anjing to bod00h sampai salah kali kedua so i assumed all is ok. “Balik lepas dah hooray buang resit segala baru aku sedar anjing ni kasi aku satu helai je pastu tag alarm bod00h ni ada lagi!“Dah la jauh nk mari dari rumah aku AEON shah alam ni im so blo0dy Angry aku sumpah rasa nk pergi sana mak1 h4mun dia aku ni dah la banyak kerja kau tambah beban kat aku lagi aku harap kau habis siap kau kejap lagi !,” tulis bintang berusia 32 tahun itu.

Pada masa yang sama, rata-rata peminat turut memberi reaksi di ruang komen entri berkenaan. Diharapkan permasalahan yang berlaku pada masa depan dan moga ia dapat diselesaikan secara baik dan berhemah. Video: Instagram Zarina Anjoulie

Terbaru Penampilan Manis Zarina Anjoulie Bertudung Serta Pasangan Dalam Suatu Majlis Rahsia Yang Diadakan Kekal Misteri

Pelakon Zarina Anjoulie selamat bersanding dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Eilyas Azhar atau Yas, hari ini. Zarina kelihatan manis bertudung dan memakai gaun merah jambu sedondon dengan suaminya yang berbaju Melayu moden serta bertanjak. Majlis itu difahamkan diadakan di rumah mertuanya.

Foto dan video sepanjang majlis itu dikongsi Zarina menerusi akaun Instagram miliknya. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang ratarata mengucapkan tahniah serta memuji seri wajah Zarina di hari persandingannya. Sebelum ini, Zarina dan Yas difahamkan sudah bernikah pada 17 Julai lalu di sebuah pejabat agama yang turut dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.

Zarina Anjoulie tamat zaman janda, dipercayai sudah berkahwin dengan jejaka pilihan pada Jumaat

Empat tahun bergelar ibu tunggal, pelakon sensasi Zarina Anjoulie memberi bayangan sudah bergelar isteri dan selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya dikenali sebagai Eilyas Azhar pada Jumaat. Menerusi rakaman pendek yang dimuat naik di Instastory, Zarina dilihat cantik berbusana pengantin serba putih bersama kekasihnya di perkarangan Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Pasangan ini dipercayai bernikah di lokasi berkenaan dan kehadiran bapa Zarina dalam rakaman video tersebut mengukuhkan lagi khabar itu. Bagaimanapun, Zarina tidak menyatakan butiran lanjut mengenai majlis pernikahannya itu. Zarina lakukan persiapan sebelum pernikahan sejak beberapa hari lalu. Sementara itu, menerusi Instagram jurusolek Aizat Abdul Razak, Zarina memberitahu dia dan kekasih berkahwin pada Jumaat. “Jangan lupa esok (Jumaat) Anju kahwin,” kata Zarina. Usaha mStar untuk mendapatkan maklumat lanjut tidak berjaya apabila dia tak dapat dihubungi.

Zarina bersama kekasihnya dikenali Yas. Sebelum ini, Zarina pernah dedahkan yang dia dan teman lelakinya hampir menjalani kursus perkahwinan. Namun hasrat mereka itu terpaksa ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan berpisah pada Disember 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.

Dikutuk Gara Gara English Terabur Masa Temubual. Akhirnya Turn Anju Pula Tampil Bagi Respon Win Bila Ada Warganet Kutuk Safawi. Sampai Macam Ni Sekali Respon Anju.

Baru baru ini tular di media sosial ada segelintir yang perli bahasa english safawi rasid ketika sidang media antarabangsa. Pemain sayap Harimau Malaya Muhammad Safawi Rasid telah diperkenalkan secara rasmi bersama pasukan kelab Portugal, Portimonense SC di Stadium Perbandaran Portimao, Portugal pada Rabu.

Dalam sesi temuramah yang diadakan dalam bahasa English, Safawi kelihatan seperti kekok sedikit, namun masih boleh jawab semua soalan dengan baik.

Terdapat beberapa mulut orang ramai yang persoalkan bahasa English Safawi mengatakan dia harus menguasai bahasa antarbangsa itu. Seorang individu tampil pertahankan Safawi Rasid dan ini kata-katanya, “Temubual pertama Safawi di Portugal. Yang mana niat nak kutuk english Pawi yang berterabur tu, pergi google video Valentino Rossi kena interview.

Dah 20 tahun main MotoGP round keliling dunia, dia punya english steady je baral.Yang penting kompiden @safawi37”. Sememangnya penguasaan bahasa English bukanlah terlalu penting buat Safawi kerana dia pemain bola sepak bukannya ahli perniagaan antarabangsa.

Menerusi video yang dimuat naik semalam oleh zarina anjoulie, beliau persoalkan segelintir mulut mulut yang menyindlr safawi dan beritahu sepatutnya rasa bangga dengan beliau. “Satu video pasal sapawi. Spain ke spanyol ke lantak lah.

Siapa kacau sapawi aku nak ludah. Atleast dia cuba cakap english bukan cakap melayu kt sana. Camne nak maju melayu sikit sikit nk sindir sikit sikit nak bahan, biar la dia belajar. Power lah juga dia dapat main utk club sana international drpd korang yang terperap je kt rumah takde buat apa apa. Sampah punya orang siapa yg duk sindir sindir dia.”

Komen Dari Warganet

“Org yg bahankan dia tu….dpt ke 62k sebulan. Silap2 takde hasil. Pasal kerjanya membahankan org aje.”” Yes anju…pemikiran anju sama dgn apa yg aku nilaikan…warganet yg kritik safawi tu jangan nak acaha acah kau pandai english la…cucuk duit dekat ATM pun pakai bahasa melayu….phuiiiii.”

“Christiano Ronaldo pun English berterabur juga dulu sebelum dengan MU. Siapa tau IG sapawi? Nak bagi dia moral support lah… Bagi kata² semangat. Jom.” “Biarla bha dia xpandai English. Lagipun dia tu pemain bole . BuKan cikgu English pun mau jugak d pertikalkan. Jgn Kasi down dia bha. Kita patut support dia. Dia p sna demi kerja nya. Jgn la Kasi down . Kesian Family dia baca komen2 ngative warganet.”

Mengejutkan Sekali Lagi Anju Tampil Bersuara. Ada Kaki Ada Tangan Cari Kerja. Dah Miskin Buat Cara Miskin. Tk Sangka Dia Cakap Macam Ni Dekat Individu Ini.

Sebut sahaja pasal Zarina Anjoulie, pasti orang ramai akan terbayang imej sksi dan ayat pedas yang sering keluar dari mulut bekas pelakon ini. Lahir pada 9 September 1987, pemilik nama penuh Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul ini merupakan seorang bekas pelakon dan model.

Selepas beberapa tahun kemunculan dalam dunia hiburan, beliau menghilangkan diri daripada media dan peminat sejurus berpindah ke Brunei. Kini beliau yang lebih dikenali sebagai Anju lebih aktif berinteraksi dengan para pengikut di media sosial yang mana kirimannya banyak berkaitan dengan pemasaran perniagaan yang dijalankan.

Anju yang pernah membintangi drama Anak Pontia1ak selamat bernikah kali kedua dengan jejaka pilihan dikenali Eliyas Azhar di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan pada 17 Julai lalu. Meskipun kini tidak berlakon lagi, populariti Anju dilihat tidak berkurang. Malah nama Anju beberapa hari lalu juga tular selepas dia mengulas isu membabitkan influencer bernama Eiira Aziera.

Terbaru, Anju sekali lagi menarik tumpuan apabila menulis hantaran di Instagram beliau yang membid4s seorang indvidu. Difahamkan individu terbabit cuba meminta duitnya dengannya. ” Stop lah minta duit dengan aku macam aku ni bank..kau ada kaki ada tangan pergi la cari kerja.

” Ingat aku ni babu ke kena kerja untuk beri kat orang-orang yang aku tak kenal. Duit dah la minta beribu, 90% DM aku semua nak pinjam duit aku sebab terjebak dengan sana sini. Padan muka tu jer aku boleh cakap. Bila tengok prifile wahh hidup gah. Wahai Melayu tolong sedar diri, kalau dah miskin buat cara miskin.

” Gambar bukan main bawak BMW 5 Series tapi nak pinjam duit aku yang bawa Satria buruk ni. Itu pilihan kau yang nak hidup macam ‘have2’ tapi dalam akaun bank ada 30 sen. Meluat nya lahaii masing-masing nak berangan. Yang ‘annoyed’ nya kenapa orang yang minta ni takde perasaan malu langsung dan apa yang membuatkan mereka fikir aku akan beri? Baik aku beri anak-anak yatim makan dari aku bagi kat kau!” tulis Anju