Laki ni bosan dapat isteri duduk jauh. Bila tengah malam pula isteri jenis tidur awal. Satu hari tu suami nekad nak mesej perempuan lain setiap malam. Awalnya ingat nak test market je tapi ini yang terjadi.

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku Tina duduk di KL. Berumur lewat 20an. Terima kasih sudi share confession aku ni. Aku harap apa yang aku share ni mendapat manfaat hendakNya. Aku mulakan dengan background aku dulu. Aku wanita bekerjaya dan alhamdulillah rezeki sentiasa Allah beri walaupun aku start daripada bawah. Aku baru je putus tunang tahun lepas. Sebab ex tunang aku tak suka aku keje.

Dia nak aku benti keje. Tapi dia tak mampu nak tanggung aku. Malah aku masih ada keluarga yang aku kena hulurkan duit membalas jasa. Lalu, dia putuskan pertunangan dan dah jumpa orang lain dah nak kahwin hujung tahun ni. Hampir 7 bulan aku single. Aku memang doa hari hari supaya Allah tutupkan pintu hati aku dan juga orang lain yang bukan jodoh aku.

Tapi bukakanlah hati aku dan hanya jodohku untuk kami bersama. Sebab tak nak dah jumpa jodoh orang. Dan aku pun tak nak dah reject orang. Aku nak fokus pada diri aku, kerjaya dan keluarga dulu. Kemudian, ada sorang lelaki ni merupakan kawan sekolah asrama lama aku ada DM aku di Instagram.

Aku tak pernah bercakap dengan dia pun kat sekolah dlu. Dia pun tak perasan akan kewujudan aku. Aku check Instagram dia, terang tang tang dia letak di profile “husband to (nama isteri dia)”. Okay aku cakap dalam hati, alamak husband orang ni.

Mula mula dia tanya pasal aku study mana, asal mana, keje mana, tinggal mana, and aku rasa benda tu macam tak normal kut laki orang tetiba nak buat background check macam tu. Tapi aku pikir dia kawan sekolah kut. Mungkin lama tak dengar khabar. Aku pun reply seperti biasa.

Sampai dia tanya soalan yang agak peribadi, lalu aku rasa macam janggal. Dah lah tak kenal sangat kat sekolah. Pastu tak pernah bercakap. Suami orang pulak tu. Dah kenapa dia ni. Aku tak sedap hati. Pastu aku cakap jela straight to the point. Aku single baru lepas putus tunang dah tak payah nak tanya aku lebih lebih. Aku pun start borak pasal isteri dia pulak. Aku rasa tak best la reply DM laki orang.

Kalau tanya benda benda penting okay lagi. Ni macam kau nak berkenalan pulak dah kenapa. Untuk pengetahuan korang, dia keje sebagai engineer di Pengerang. Hmmm so duduk jauh la dengan isteri. Pastu aku tanya isteri dia macam mane waktu PKP ni. Dia cakap duduk rumah mak mertua dia.

Aku macam okay dah la kan. Try untuk end kan conversation. Pastu dia tetiba cakap “Takkan la orang cantik macam kau ni takde sape nak”. Aku amik tu sebagai gurauan. Dia macam cuba sedaya upaya untuk korek kenapa aku putus. Berapa ex aku. Allahuakbar.

Dalam hati aku, aku kata ni kalau laki aku lah pegi DM perempuan malam hari bukan main lagi macam nak berkenalan pulak. Sumpah aku sedih. Aku cakap aku busy ada keje. Pastu dia macam sedih la aku malas nak layan DM dia tu. Dia akan start conversation dengan soalan2 lain. Aku cakap straight, “Aku ada keje la weh, pastu aku tak nak kacau laki orang malam2 ni.”

Confession yang dia buat kat aku ni sangat membuka biji mata aku tentang lelaki yang keje jauh dengan isteri ni, lagi lagi kalau keje offshore ke apa. Tak nak prejudis. Tapi aku faham. Sebab aku pernah kena. Dia kata kat aku, “Aku bosan weh duduk jauh dengan isteri, malam je isteri aku dah tidur”.

Habis tu bini kau tidur, kau pegi DM perempuan lain la buat hilang bosan kau! Eh emosi pulak aku. Aku cakap dalam hati je. Aku dah sampai kemuncak rasa nak marah dah. Pastu masa awal2 conversation dia ada la cakap keje macam ni gaji RM5000 pun tak ckup weh dengan dunia hari ni. Hmmm pandai pancing awek2 yang kaki kikis agaknya.

Maaf la aku bukan yang begitu. Aku hormat isteri kau. Aku siap cakap lagi #TeamBiniSedunia kat dia. Aku end conversation elok elok. Sorry beb. Aku respect kau sebagai kawan aku. Cuma aku rasa sangat tak elok kau buat bini kau cemtu. Kalau kau ada masalah dengan isteri kau yang selalu tidur awal tu, please talk. Please bagi kesempatan pada wanita yang kau nikahi tu peluang.

Aku tak nak isteri kau sedih dapat tahu kau layan perempuan DM sana sini. Test market sana sini. Duit kau, kerjaya kau, aku tak pandang beb. Akhlak dan tingkahlaku kau beb yang orang pandang. Tak tahu la orang lain. Aku begitu.

Pastu tetiba selang berapa hari dia DM aku lagi tanya aku yang housemate aku serumah berapa orang. Kau tak betul ke? Laki orang sibuk tanya housemate aku dah kenapa. Aku ignore tak reply. Soalan kau tak kena la beb. Kau laki orang weh. Seyes aku agak bengang la jugak apa kau buat ni.

Pada aku sangat tak normal. Dia sedar dia ada isteri. Dia sedar dia yang kacau perempuan lain bila berjauhan dengan isteri. Ya Allah terima kasih tunjukkan aku satu contoh depan mata. Dulu tunang aku tinggalkan aku cakap aku ni takde masa untuk dia, masa tu aku tungkus lumus nak cari duit kahwin.

Agaknya macam ni la tunang aku buat. Tu yang 2 bulan putus tunang terus tunang dengan orang lain. Entah entah dah lama kenal. Aku yang tak pernah ada syak wasangka pada dia. Sebab character sama. Keje bagus. Nampak alim. Jaga solat. Tapi bila diuji dengan berjauhan atau masa. Dah mula cari sasaran sasaran test market.

Lupa terus orang yang terima kau seadanya masa bukan sesiapa dulu. Ahhh bukan jodoh. Aku dah move on dah. Just peristiwa tentang kawan lelaki sekolah aku ni buat aku lebih berhati hati dengan lelaki. Allah bagi lagi petunjuk demi pentunjuk. Seram aku dengan perangai manusia disebalik tabir ni. Aku bukan alim juga. Hanya insan biasa.

Aku tak putus doa agar diberikan jodoh yang baik, bukan yang berlakon baik seperti dlu. Aku juga sekarang sedang berubah kepada yang lebih baik. Inilah hikmah Allah nak utus hidayah buat aku lepas putus tunang. Allah tu tak jahat kan. Insya Allah lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Aku percaya tu.

Aku amik pedoman daripada pengalaman aku ni. Aku banyak banyak solat taubat agar dipermudahkan rezeki aku dalam pelbagai segi. Aku dah bahagia dengan diri aku, kerjaya dan keluarga aku. Aku harap jodohku ini penambah seri kebahagiaan bukan perampas bahagia aku. Sama sama usaha. Perkahwinan tak semua indah. Kita yang corakkan. Kalau jumpa pasangan yang betul, betullah rumahtangga tu. Kalau kita je nak betulkan sorang2, tak mampu. Allah Maha Mengetahui.

Kepada adik2 perempuan kat luar sana tu, yang digoda suami atau tunang orang. Jangan teruskan. Jangan sampai orang lain datang rosakkan rumahtangga kita pula. Jangan lah terima lelaki yang bawa cerita sedih pasal isteri ke, tunang dia ke. Tak payah. Lelaki matang selesaikan masalah dia dengan orang yang dia bermasalah.

Bukan cari orang lain untuk menyinggah tumpang keluh kesah. Lagi lagi yang baru putus tu. Tak payah la beriye terima. Istikharah dulu. Bagi masa tak payah gelojoh. Kalau dah jodoh, datang la macam mana pun cabaran kahwin juga. Takkan boleh diambil orang. Jodoh tak pernah salah alamat. “Kita jaga hak orang, Allah jaga hak kita.” Sekian.

Reaksi warganet

Ngah Inei –Saya pun ada pengalaman yang hampir sama. Suami orang ajak jalan jalan di tempat pelancongan atas dasar belanja kawan2. No way man. Awal2 dah kene blok sebab wrong intention. Sebab we are woman actually can sense the niat. Bravo sis… 

Aisyah Nur –Masa 1st dah tahu dia suami orang patut tak payah layan, tak payah reply. Sebab biasa perempuan macam ni la. Kata tak nak reply, tak nak reply, sekali orang tu dm dia reply jugak. Last2 sangkut. Tapi nasib baik la tt ni bijak diakhirnya. So lepas ni dah nampak laki tu macam tu, better block terus.

Takut nanti iman tak kuat pi reply plak. Sebab perempuan ni memang kadang cepat perasan bila laki dah mula bagi perhatian. Kadang cakap tak nak, tak nak, tapi sebenarnya tertunggu2 jugak. So, better block terus. Itu saja yang bole membuktikan kita ni memang tak berniat jalin hubungan yang salah.

Nuzul Halimatun –Awak berkawan dengan engineer yang tak berapa buat kerja kot , kawan kawan engineeer saya yang lain bercinta pun takde masa. But syabas untuk anda, kalau rasa tak selesa please block please block. Syaiitan ni tak ccuk jarum hari ni, terus suka terus sayang. Take care

Ghazali Jaafar –Air dah naik kepala tu sebenarnya. Tu je. Aku husband orang. Ramai kawan perempuan. Semua cantik-cantik dan bijak seriuosly. Seronok berkawan dengan diorang ni. Sebab bijak. Boleh dapat banyak tips kecantikan dan psikologi perempuan. Boleh je kawan lain jantina ni. Tapi niat hati tu kena betullah. Tu je. Apa-apa terpulang pada niat.

Sumber – Tina (Bukan nama sebenar) via IIUMC, apampink

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Suami Tak Tido Malam Sebab Layan Janda. Chat Sampai Pukul 4 Pagi Lepastu Bila Bini Tanya Suami Akan Jawab Macam Ni. Satu Malam Bini Terkedu Sampai Macam Ni Sekali Yang Jadi.

Sepatutnya seorang wanita akan lebih memahami perasaan kaumnya sendiri, namun lain pula yang terjadi kepada seorang wanita malang ini.
Cubalah memahami perasaan sesama kaum sendiri, hukum karma itu pasti akan berpatah balik kepada kita andai kata kita menyakiti insan lain satu hari nanti pasti ianya terjadi semula pada kita dan kalau tak kena pada kita balik pun nanti mana tahu ahli keluarga kita sendiri yang terkena balik.

Ikuti kisah seorang janda yang mempunyai dua orang anak yang baru sahaja ingin memulakan hidup baru, berkahwin dengan seorang duda pada beberapa bulan yang lalu dan rumah tangga mereka amat bahagia.
Namun sejak seminggu yang lalu seorang kawan lama suami saya yang telah beberapa lama terpisah bertemu kembali melalui laman media sosial facebook, kawan lamanya itu merupakan seorang janda beranak satu dan bermula dari pertemuan tersebut mereka selalu berchating melalui whatsapp.

Suami saya sampai tak tidur malam melayan janda itu, mereka berchating sampai pukul 4 pagi tapi bila saya tanya mulalah suami saya itu akan backup perempuan itu cakap itu cuma kawan lamanya sahaja, sampaikan kami bergaduh sebab perempuan tersebut, sekarang ini hidup kami dah tak sebahagia seperti dulu.

Pada suatu malam selepas habis sahaja dia orang chating terus saya bangun untuk baca whatsapp suami saya bersama janda tersebut, Ya Allah alangkah terkejutnya saya yang perempuan itu mengajak suami saya berjumpa dan dia berkata lagi “nasib baik awak laki orang kalau tak dah lama saya rangkul, saya dah tak tahan saya selalu buat benda tu sorang-sorang, saya perlukan teman”.

“Ya Allah, sungguh tk malu engkau ye perempuan dan saya tengok berlambak perempuan itu send gambar tak senonoh dekat telefon suami saya pada hal dia tahu yang dia mesej itu suami orang, semalam pula pagi-pagi dah mesej suami saya, “awak tolong kahwin dengan saya, kita kahwin rahsia, lepas ini awak delete mesej ini tahu,” dia tak tahu saya yang baca mesej itu kerana suami saya tengah mandi.

Alangkah terkejutnya saya, masa itu badan saya dah menggeletar dan saya rasa seperti kaki ini tidak berpijak di bumi, rasa nak marah rasa sedih semua ada, air mata saya mengalir tanpa saya sedar. Kita orang baru nak mengecapi hari-hari bahagia tapi datang pula si perampas ini, sakitnya tak boleh nak cakap, sakit yang ini lagi sakit dari sakit nak melahirkan anak, saya sampai tak selera nak makan nak tidur pun tak boleh asyik teringatkan setiap kata-kata perempuan sial itu.

Mengapa kau datang ketika kami baru sahaja nak kecapi bahagia???? Kau pun perempuan tapi takkan kau tak rasa perasaan aku??? Sanggup kau nak rampas dia dari aku, sekarang ini air mata saja yang menjadi peneman saya siang dan malam, sedih sangat-sangat bila orang yang kita sayang dah mula sayang orang lain, saya dah tak tahu nak mengadu kat siapa.

Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan saya sekarang ini. Sedih sangat, hanya perempuan yang senasib dengan saya sahaja yang akan memahami masalah ini. Hidup ini ada hukum karmanya sendiri, one day kena dekat anak cucu kau pula, suka-suka saja kau nak rosakkan hubungan kita orang, apa jantan lain dah pupus ke??

Kau memang tak ada hati perut. Buat abang, saya dah korbankan macam-macam untuk abang, saya penat tahu tak, apa lagi yang abang nak?? Makan minum abang saya dah jaga, pakaian abang saya jaga, rumah abang saya kemas, tak cukup lagi ke??? Apa kurangnya saya??? Dan apa lebihnya dia???

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Malam Tu Bini Dan Ank Tunggu Suami Balik. Sekali Bukak Je Pintu Nampak Suami Tengah Dukung Janda Yang Bini Kenal. Terkejut Bini Tengok Janda Tu. Akhirnya Ini Yang Terjadi.

Assalammualaikum ..Maaf jika posting aku panjang. Nama aku Nani (seharusnya bukan nama sebenar). Sejujurnya, kisah hidup aku ni mungkin kisah biasa yang ada kat page alam perkahwinan yang ada kat mukabumi Malaysia. Cumanya aku harap post aku ni mampu membuang segala-gala kenangan hitam yang susah sangat nak dipadam dalam memori hidup aku selepas ni.

Aku kenal dengan Firdi dari zaman belajar lagi. Dia bukanlah kategori kacak tapi manis tu ada dan paling penting sifat ramah dia tu buat ramai orang selesa dengan dia. Aku selesa dengan family dia, mak dia memang best sporting. Setelah 5 tahun kenal akhirnya kami memilih untuk berkahwin. Masa awal perkahwinan, aku dan Firdi duduk berjauhan (pjj). Kat sini la bermula segala kisah kesenglikuhan yang disimpan kemas si Firdi yang aku tak tahu. Dia simpan kemas dan baru sebulan kahwin dah pon kantoi.

Naluri isteri jangan buat main ye.. Jaranglah sangkaan meleset kan, hehe. Hubungan dia dengan perempuan yg sama tempat kerja aku dapat hidu. Tapi tu lah jenis aku ni bukan bangsa suka menyerbu semua pihak. Aku perhati je. Kumpul semua maklumat sendiri tanpa bocorkan pada mana2 pihak famili.

Yelah, rumah tangga kita, kene la jaga sendiri. Kalau boleh settle sendiri tak perlu libatkan mak ayah. Sampailah satu hari aku ke sana (tempat Firdi tinggal dan kerja), aku slow talk dengan dia. Keluarkan semua bukti yang aku dah peram lama dan akhirnya dia mengaku sampai menangis keluar air mata jantan berjurai-jurai pasal takut kantoi dengan mak dia… erkkkk…. (bongoknya aku time tu). Dia mengaku pernah ada affair dengan this girl tapi putus dah.

padanlah, baru nikah sebulan asyik cakap nak kahwin lagi okey. Fullstop! Dia tanya aku, kalau terjadi lagi benda macam ni, aku maafkan dia tak? Aku dengan lurus dan yakinnya cakap ni peluang terakhir sebab rasa sangat confident yang dia tak akan ulang benda sama selepas melalak macam mak esah nak kena ketuk kepala.

Tapi aku silap menilai, selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak Allah uji kerukunan rumahtangga kami. Kali ni amat dasyat dan paling dahsyat dalam sejarah hidup aku. Aku dijandakan demi menghalalkan janda lain.

Owhhh, indah bukan hehe… Sangat tak sangka, aku anggap Nora macam adik aku sendiri. Bantu dia dalam bisnes tapi aku ditipu bertubi-tubi oleh dua insan ni. Oh ye, masa awal kahwin kitaorang memang struggle. Sampailah dah hampir complete punya segala bisnes, kerjaya, kenderaan, rumah dan anak setelah beberapa tahun kahwin baru dikurniakan anak. Finally Allah tarik segala-galanya apa yang kami dah ada macam tu aje.

Wahai pembaca, besar taw efek kesenglihan dan perpisahan ni. Mungkin Nora tertarik dengan segala yang dimiliki Firdi. Tapi dia mungkin juga tak perasan sebalik kejayaan Firdi ada aku kat belakang tu. Sampai hampir separuh gaji aku terhumban pada hutang-hutang jangka panjang demi nak bina kehidupan yang lebih baik.

Aku tak lupa ayat Nora pada aku “tak pandai jaga laki” katanya. Depan aku,dua-dua buat macam takda apa terjadi.Berlagak macam kawan bisnes aja,tapi rupanya ada hubungan lain. Firdi dah start balik rumah lewat pagi hari-hari.

Aku kat rumah dengan anak dibiar macam tu aja. Pandailah nak makan apa nak pergi mana. Sebab dia banyak urusan bisnes katanya. Setiap hari aku tak boleh tidur sebab tunggu sang suami balik. Sampai tahap aku boleh basuh baju pagi-pagi buta bagi isi masa lapang tunggu laki balik. Bongoknya masa nih. Lama-lama hampir dua bulan perkara ni terus berlaku dan dia terus tak selera nak sentuh aku.

Pernah satu hari tu aku mintak hak aku sebagai isteri untuk dilayan, dia janji dia nak balik rumah malam tu. Tapi dia tak balik. Aku dengan harapan tinggi tunggu dia dari malam membawa ke subuh pon tak balik dan akhirnya dekat tengahari baru muncul.

Memang dia layan aku tapi lepas tu dia cakap macam ni “puas dah nak sangat kan” muka dia memang tak happy langsung. Masa tu aku rasa aku macam seorang perempuan murahan paling murahan dalam dunia nih. Itulah lah trauma yang aku tak dapat nak hilangkan sampai sekarang. Sejak itu dia terus tak berminat nak sentuh si halal nih.

Setelah berbulan aku tanggung derita ni tanpa sesiapa pon tahu. Aku hanya luah atas sejadah dan peluk erat anak aku yang waktu tu baru umur setahun lebih. Tiap kali aku menangis, dia datang tepuk bahu aku. Anak aku kekuatan aku. Cerita aku bukan saja diselingkuhi tapi turut terkena buatan dari Nora. Aku skit,mungkin juga efek dari stress lagi mudah aku jatuh skit.

Lepas asar aku jadi makin murung. Takut nak keluar rumah. Muka aku memang dah tiada seri langsung. Muka hampir senget sebelah. Aku dah macam mak esah. Anak aku selalu jadi sasaran marah aku. Aku menyesal sangat-sangat pada anak aku. Tapi apakan daya aku lemah yang amat. Mujur keluarga dan kawan-kawan banyak bagi sokongan.

Masa ni aku dah bagitahu famili selepas dia kantoi bawak balik Nora tidur rumah kami hanya mereka berdua dalam tu depan mata aku dan anak. Dapat bayangkan hancur ntah tahap ke berapa dah hati aku lagi dan lagi. Tak lama tu dia ajak aku berpisah. Aku cakap bagi aku masa sebulan baiki keadaan.. Dia setuju. Teruskan kata dia. Dalam tempoh sebulan lagi kuat dia tak balik rumah dan aku amik ruang yang ada tu untuk ubat diri aku yang ‘skit’.

Duit habis untuk berubat. Alhamdulillah aku makin pulih dan makin kuat untuk anak aku… perempuan sekali kalau dia dah move on, habis lah kau wahai kaum adam. Sampai tahap aku dah bosan, pujuk nak berdamai makin mengada-ngada tak nak balik. Jadi aku ambil keputusan undur diri demi kebaikan dan kebebasan yang Firdi mahukan.

Segar diingatan aku kata-kata dia ni hingga aku terpaksa bawa diri dan taknak terhegeh-hegeh lagi. “Dari dulu lagi rasa cinta pada aku hanya lah on off semata.” “Dah lama nak lepaskan aku masa bertahun tak ada zuriat tapi tak jadi bila taw aku dah mengandungkan anak dia. (Padan macam tak happy bila aku cakap aku pregnant).

Nak mulakan hidup dia dari zero semula (lawak sejenis apakah ini). Akhirnya kami berpisah dan Allah sangat permudahkan segala urusan perpisahan secara baik kami walaupon dalam tempoh eddah dia macam orang meroyan.

Ucapan pertama selepas berpisah yang aku terima dari salah insan yang sangat rapat dengan aku dulu “tahniah apa yang dihajati tercapai”… aku???… hajat aku???… Remuk lagi hati aku ntah berapa ratus kali. Dalam tempoh eddah aku perhatikan juga perangai dia, tapi walaupon cara dia macam orang meroyan tapi dia hanya berani pujuk aku dalam phone sahaja.

Tak berani datang jumpa famili. Di saat itu aku yakin sangat memang cukup sampai sini jodoh aku. Aku memang tak mampu jadi isteri yang terbaik buat Firdi. Aku tak mampu bahagiakan hati dia. Selama ini aku redha siapa pon Firdi, segala kekurangan Firdi tapi tidak pada Firdi.

Aku memilih berlalu sepi dengan syarat tolong lepaskan anak bersama aku. Dia kekuatan disaat aku lemah, kalau tak fikirkan aku ada anak,mungkin aku rela terlantar sakit perlahan-lahan pergi buat selamanya tinggalkan dunia yang fana ni. Tapi Allah lah sebaik-baik perancang. Setelah beberapa tahun berpisah Dia temukan aku dengan lelaki berhati mulia walaupun sikap jauh beza dengan yang lama.

Segalanya-galanya memang berbeza sangat. Mungkin Allah mahu aku lupakan segala kenangan lalu tanpa ada sedikit persamaan walaupon pada mula aku kekok. Tapi demi anak yang kurangnya kasih seorang bapa, aku belajar untuk terima kehadiran teman baru dan ya, aku perlukan teman untuk buang segala lara aku yang lalu.

Jadi ibu tunggal bukan lah perkara yang menyeronokkan untuk aku. Tapi aku tak boleh cerita dalam ni. Memang lelah korang nak baca. Maybe next confession (kalau ada yang berminat nak taw lah..perasan aih). Pengajarannya, Kawan-kawan, hidup nih jangan terlalu bermegah dan menunjuk segala yang kita ada. Tak semua orang suka lihat kejayaan kita. Jadi, tak usahlah tunjuk. Cukup kau dan orang terdekat kau saja yang tahu. Manusia jahat dimana-mana. Kadang paling rapat tu la paling jahat dengan kita kan. Jadi,hati-hatilah. Sekali Allah nak tarik nikmat, Dia memang tak bagi signal. Terduduk terus kau masa tu.

Itulah yang pernah jadi pada aku. Jangan pernah percayakan orang luar sampai tahap anggap dia macam famili kau.. no!! orang luar tetap orang luar & tak wujud pun sahabat baik dari lain jantina. Tu bukan sahabat. Tu boleh jadi nafsu serakah kelak.

Last, doakan aku dapat melupakan segala kedukaan tanpa simpan dendam pada sesiapa yang pernah aniaya aku (Nora & Firdi). Doakan juga kebahagian aku dengan famili baru kami.. Thanks, sudi baca sampai habis. Sekian!!

– Nanie