Laki ni suka sebab kerja bagus gaaaji besar. Tapi rela biarkan mak sendiri susah suah kerja basuh toilet. Tergamam setaip kali abang baliiik kampung dia boleh cakap ruumah mak tak cantik.

Kehidupan

Assalamualaikum semua. Semalam saya ada baca pasal seorang brader yang ada saving sebanyak 6 angka. First of all brader, saya nak ucapkan tahniah. Semoga anda dimurahkan rezeki ye. Semoga simpanan anda itu betul2 membawa manfaat dan digunakan sebaiknya. Berbaktilah kepada ibubapa anda.

Saya tau anda anak yang baik. Pedulikan apa orang nak kata. Ok. Now saya nak kongsi pulak tentang diri saya. Nama saya Wina. Umur saya 23 tahun. Saya lepasan SKM yang tersilap memilih bidang namun berusaha menamatkan pengajian meskipun selepas tamat belajar tiadalah mendapat pekerjaan dalam bidang yang dipelajari.

Masa saya study, mak saya keje jaga tandas je kat satu kedai makan ni. Mak saya dah tua tau. 60 lebih dah. Masa mak saya lahirkan saya, umur dia 40 lebih gitulah. Saya anak bongsu daripada 4 adik beradik dan jarak usia antara saya dan adik beradik yang lain amatlah jauh.

Saya dengan kakak atas saya pun beza 15 tahun. Kiranya mak cakap saya ni by kebetulan lah. Tapi mak cakap ni lah kebetulan yang paling membahagiakan. Sebabnya di usia senja mak, mak ada peneman. Saya lah tu. Ayah dah lama takde. Masa tu saya sekolah rendah lagi.

Masa saya study dulu, saya rasa kesian sangat dekat mak saya. Sebabnya walaupun dah tua dia korbankan tulang empat kerat dia untuk saya supaya saya dapat belajar dengan selesa. Mak kerja kuli. Kadang2 bila balik bercuti saya tolong dia. Bila saya dekat kolej, saya selalu menangis rindukan dia, risaukan dia. Plus dia ada sakit thyroid. Malam2 dia pasti tersedak. Saya risau kalau dia terbatuk, takda sapa nak hulurkan air.

Bila solat, saya doakan dia sampai menangis. Saya minta Allah panjangkan umur dia dan berikan dia kesihatan yang baik. Abang-abang saya kerja kerajaan. Sorang navy, sorang airforce. Diorang jarang balik. Dua2 dah kawin. Kakak saya pulak suri rumahtangga.

Saya faham diorang jauh, sibuk kerja. Plus komitmen kepada keluarga pulak kan dengan anak bini lagi. Tapi saya kekadang terasa jugak. Bila balik, mesti komplen rumah mak ni semak, rumah mak ni buruk lah, kotor lah.

Kecik hati mak dengar macam tu. Bila bercakap selalu yang pedas2. I feel her. Kerja keras untuk besarkan anak bongsu. Sedangkan anak2 keje goverment, sembang kencang gaji ribu2. Kereta brand tempatan tak main lah. Tapi mak? Mak kerja jaga tandas.

Habis je belajar saya terus balik kampung dan cari kerja dekat2 dengan rumah. Alhamdulillah. Harini saya pergi mintak keje. Petang tu jugak dia call bagitau esok boleh masuk keje. Saya hepi sangat masa tu. Saya terus peluk mak walaupun dapat keje kedai hardware je.

Hahaha. Basic pun adalah dalam rm1200. Teringat masa dapat gaji pertama sebab baru kerja 10 hari je. Pastu hari gaji kan. Saya pergi cek ada rm600. Saya seronok masa tu. Budak baru pegang duit. Masa tu umur 20. Hahaha. Bila teringat mengalir air mata. Sedih ada, seronok pun ada.

Saya teringat opah kata. Kalau dapat gaji pertama, bagi dekat mak sikit. Saya siap beli angpau raya. Excited punya pasal. Saya bagi dekat mak rm250. “Mak, Wina dah dapat gaji ni. Ni Wina belanja mak”. Saya taktau kenapa rasa nak nangis bila teringat benda ni.

Mak sebak sangat. Mak tolak, mak kata “simpanlah untuk Wina”. Saya tetap bagi jugak. Saya kerja pagi sampai malam, cuti sehari seminggu. Bila hari cuti saya bawak mak ronda naik motor, pergi pekan beli barang dapur. 3 bulan lepas saya kerja, saya pujuk mak berhenti kerja.

Saya nak dia rehat, tanam pokok kat rumah. She really loves planting. Dia pun dah tua, saya pun dah habis belajar. Saya dah kerja. Ya, mak berhenti kerja. Mak berehat saja. Seperti seharusnya. Saya pun gembira di tempat kerja. Kawan2 saya baik hati.

Kekadang ada jugak selisih faham. Alah. Biasalah. Saya kerja rajin2 sebab target nak beli kereta. Saya ambil lesen. Lepas tu lama jugak menyimpan, baru dapat beli kereta. Dalam 7 bulan kerja, saya beli kereta kancil. Saya nak tergelak sangat.

Sebabnya masa dapat tu kereta dengan cat terkopak. Tinted takde. Dah macam akuarium. Saya perbaikilah sikit2 yang mana mampu. Kereta tu saya beli cash. Yang penting mak lah orang yang paling hepi. Sebabnya lama dah berangan nak ada kereta.

Kadang2 cuaca hujan, bila naik motor basah kuyup kami berdua. Tapi masih mampu gelak lagi. Jadi bila dah ada kereta panjanglah sikit langkah kami. For me, mak lah bestfriend saya. Saya takda kawan sangat pun. Ada jugak diorang ajak lepak lah apa.

Tapi saya ni macam introvert. Tak reti nak sembang apa. Nak buka isu apa. Cuma hai2 bye2 gitu jelah. Ada kawan masa kolej, ex roomates. Haa yang tu betul ngam sekepala. Tapi lama dah tak jumpa. Saya tak kisah orang nak kata saya takde life ke apa.

For me, inilah life saya. Even orang kata duduk dengan mak tak pandai berdikari. Sewa rumah takyah bayar. Bil api air ditanggung beres. Err. Suka2 je kan. Mandai je. Buat dosa kering cukup mau. Hello saya bayar ye bil api air since bukan mahal pon. Saya dan mak saja.

Tak kata orang luar, adik beradik sendiri pun mengata. Mak tu manjakan sangat adik. Ahahaa. Kadang2 pedih rasa hati ni. Dan kadang2 rasa nak je tanya diorang balik. Sapa manja? Aku ke kau? Kau rasa kasih sayang abah sampai kau kahwin, kau ada anak. Aku? Aku sekolah rendah abah dah takde.

Kau pegi sekolah abah hantar abah ambil. Aku? Aku bawa motor sendiri. Hari aku SPM hujan. Aku bermotor tengah hujan. Aku jawab exam dengan menggigil sebab basah kuyup. Kau ambil lesen abah bayar. Aku? Aku kerja, aku kumpul duit sendiri.

Kau masuk kolej abah hantar abah ambil. Aku? Aku sendiri naik bas dengan bagasi selimut dan berbagai harta pusaka aku. Kau kerja goverment pun pakai kabel. Yang interview tu kawan abah. Aku? Aku pegi mintak kerja sendiri. Aku kerja cari rezeki yang halal untuk bahagiakan mak.

Yee. Itu kata hati saya. Yang saya pendam sekian lama. Tak mampu nak luahkan, telan jelah. Anak bongsu tak semestinya manja. Dan tak semua anak sulung tu berdikari. Jadi jangan perasan bagus sangat.

Duduk dengan mak tak payah bayar sewa rumah. Yaa itu bonus. Tapi selebihnya saya cuma nak spend masa banyak2 dengan mak. Saya cuma nak peluk dia setiap malam. Nak solat subuh bersama setiap pagi. Nak main kucing kami hari2. Bila hari cuti bawak mak berjalan. She loves shopping very much. Kami tengok wayang bersama. Especially horror movies. Dia suka cite hantu.

Saya terlalu sayangkan mak saya. Saya nak bahagiakan dia. Walaupun takdelah kaya tahap boleh travel 30 negara. Huhu. Tapi hidup saya bahagia. Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan. Tapi tak taulah pulak lepas travel merata ni jadi riak takbur. Makin sempit tengok otak.

Bahagia ni universal. Ada orang bahagia travel. Ada orang bahagia duit banyak. Ada orang bahagia ada rumah banyak boleh sewakan pada ramai orang. Saya? Saya bahagia dengan mak saya. Saya tau jasa dia melahirkan dan membesarkan saya takkan mampu saya balas. Tapi selagi dia hidup dan cergas ke sana sini ni,saya nak sangat berjalan dengan dia jauh2.

Jadi takyah la kita compare2 life kita. Nak kritik2 sana sini. Kalau betul bahagia, teruskan. Semoga kebahagiaan melimpah ruah. Kalau boleh saya pun nak jadi macam confessor 6 angka tu. Tapi maklumlah. Saya tak dapat kawal keinginan makan dan membeli belah saya. Hahaa. Saya kagum lah macam mana dia boleh sejimat itu.

Saya ada jugak saving. Kot ada emergency ke kan. Sediakan payung sebelum hujan. Tapi taklah se ekstrem beliau. Alhamdulillah, berkat doa mak. 3 tahun dah saya kerja. Saya bertahan dengan pelbagai dugaan. Saya dinaikkan gaji dan pangkat.

Saya renovate rumah mak ni sikit2. Pasang tiles, cat baru supaya mak selesa. Dan supaya abang2 saya tak kata rumah mak ni buruk lagi. Last but not least, saya doakan pembaca sekalian dimurahkan rezeki dan semoga anda doakan mak saya diberikan kesihatan yang baik selalu. Ingat ya. Life kita berbeza. !angan berani kata orang takde life. Tak travel, tak lepak dengan kawan. Bukan makna takda life. Tapi life kami lebih kepada ibu ayah kami. Sekian wasalam.

Lepas Dah Halal Waktu Mlm Pertama Bini Pergi Kt Suami Bisik Kat Telinga Suami Bagitau Nk Buat Sesuatu. Suami Terkejut Bini Mintak Benda Benda Mcm Tu Masa Mlm Pertama. Mak Bapak Dia Dgr Pun Mak Bapak Dia Tergamam.

Assalamualaikum. Sebenarnya luahan aku ni biasa je dalam kalangan masyarakat dalam dunia ni. Tapi aku nak cerita jugak supaya bg orang sedar the reality of life. Aku Ain (bukan nama sebenar) umur baru 27 tahun dan dah 2 tahun kahwin. And aku jugak degree students dekat UM , grad tahun 2012.

Dan pernah kerja di Petronas MTBE Gebeng, Kuantan selama 2 tahun masa bujang as a secretary. So lepas aku kahwin aku decide nak berhenti kerja and ikut suami aku balik Gombak sebab dia and family org Gombak. Bos aku tak bagi sbb dia cakap skrg peluang kerja payah. Besides, beliau suruh bakal suami aku waktu tu jadi weekend husband macam dia.

Tapi aku bertekad berhenti jugak. Sebab bagi aku apa guna kahwin kalau duduk jauh. Kedudukan isteri paling baik adalah di samping suami. Aku pikir kerja tu biarlah. Lepas kahwin nnt aku pun boleh cari. Kalau kerja jauh jauh pun sampai bila. Satu hari nnt still kena berhenti jugak sbb takkan suami aku kena kerja Kuantan pulak.

So kami kahwin dan aku officially jadi surirumah. Mulanya mak bapak mertua aku ada sound suami aku. “Taknak ke suruh Ain tu kerja?” “Tak susah ke kamu kerja sorang?” “Cukup ke duit belanja kamu hari hari?” “Ada degree sayang la x guna” and so onnn. Yes! Old people mindset. Jawapan suami aku mudah je. “Biarlah dia taknak kerja. Rezeki Allah tu tetap ada. Bukannya tak elok dia tak kerja.” (Huuuu i love you huband).

Semua suami aku cerita lepas tu sbb dia taknak aku dengar. Masa tu rasa bersalah tuhan saja yg tahu. Rasa mcm time tu jugak aku nk pegi update resume mintak keje mana2. Haha. Tp suami aku bijak. Pandai pujuk hati aku yg sedih. Mak aku sendiri pun bising aku tak kerja. Aku tahu niat dia baik. Dia taknak anak dia ni menyusahkan orang. Asyik makan hak orang je. Tapi aku ckp kat mak aku, aku mmg takde hati nak kerja. Aku suka duduk rumah dan jd isteri yg baik. So what can they say.

Tapi masalah org sekeliling lah. Sepupu sepapat, kawan, aunty india sebelah rumah, tukang cuci toilet, masyarakat pribumi, ahli jkkk kampung, baik belah aku dan suami sama je semua. Sibuk sangat dok condemn aku jd housewife degree. Siap berubah riak muka lg. Serius aku tersentap dan terasa hati. Aku tak terfikir jd mcm ni masa nk berenti kerja dulu. Apa hina sangat ke aku tak kerja? Teruk sangat ke wanita sekarang duduk rumah aje?

Come on lah. Allah tak marah pun kau jadi housewife. Tu kerja mulia. Lepas tu n sampai la sekarang ni mak ayah mentua and mak aku takde dah nak mempersoalkan aku yg x kerja. Sebabnya sekarang aku jd tailor. Duduk rumah ada tempahan org jahit baju so aku jahit. Yes dari aku belajar kt UM lg aku dh pandai menjahit. Tapi aku la pulak, tengok kawan2 dlm FB semua berkerjaya ada jugak rasa iri hati.

Tapi seriously, bila dapat tengok wajah suami aku balik kerja n aku pulak dapat sambut dia, dia pun hari2 x pernah lupa peluk aku, pastu tengok makanan dah siap atas meja habis hilang perasaan iri hati tu. Ye betul tu semua kerja iblis setan la nk bg kita sedih, dengki bagai. Suami aku pulak paling aku tabik dalam dunia ni. Dia lagi la. Pegawai kerajaan. kawan keliling pinggang dok tanya wife kerja apa. And dia konfidennya jawab aku housewife.

Aku ada tanya dia tak menyesal ke kahwin dgn housewife. Dia cakap tak. Bagi dia buat apa kerja dgn gaji ciput, pastu kerja tah apa2. Ulang alik kerja jauh pulak. Pegi siang balik malam pastu kerja rumah terbengkalai. Dunia sekarang bukan macam dulu.

Hectic lain macam. Dia taknak macam tu. Aku salute dia. Dia hormat keputusan aku n at the same time dia tahu apa yg dia nak. And paling penting aku dengan suami sampai sekarang makan pakai cukup. Dia siap boleh belanja aku beli jubah jubah mahal. Yelaaa Gaji org keje gomen gred 41 berapa la sangat dgn cengkaman kos sara diri sekarang.

Aku tahu dalam hati dia pun mesti susah hati aku tak kerja. Susah hati aku dok sorang kt rumah. Cuma dia je yg x cakap. Anak pun takde lg nak buat teman. Suami cakap hari ke hari aku jd makin x suka keluar rumah. Aku pun sedar. Kawan2 masa uni pun aku tak contact.

Aku jd anti-sosial. Yes tu adalah kesan jd housewife ye. Pada korang yg sukakan kehidupan yg hectic, sibuk, mencabar penuh onak duri; housewife job is not for you. Kawan aku suami je. Ke hulu ke hilir dia je aku ada. Aku ada mintak kerja. Tp belum ada rezeki. Tp aku x kesah pun kalau x dapat sebab bagi aku serve suami lagi penting dari segalanya. Tu syurga aku lepas Allah. So moral of the story, nak cakap dekat semua, memang tak semua benda yg kita rancang kita akan dapat. Kun fayakun. Aku lepaskan career aku tapi aku dapat suami yg MasyaAllah sangat baik dan supportive.

Kami cuma bergantung pada rezeki Allah. Sebab tula aku rasa kewangan kami yela ada masa2 dia kering jugak. Tp most of the time rezeki kami tak pernah sempit. aku dulu ada impian nak kerja lagi best sbb yela kerja petronas gaji sedap. Berangan nak up lg kerja lain. Tup tup lain jadinya bila kahwin. Tapi takdir Allah tetapkan, sapa la kita nak tolak. Semuanya bersebab.

So org luar tolong la jangan tanya kenapa kawan korang ada degree tp jd housewife. Benda tu menyedihkan. And sensetif. Kalau dengar ckp housewife please sokong cakap benda baik2. Suami cakap kawan dia berlambak wife dorang yg kerja best2 belajar tinggi2 pun akhirnya pilih jadi housewife jugak. Apa apa pun, majulah housewife untuk masa depan rumah tangga yang bahagia. Sekian.

Bini Aneh Keputihan Dia Makin Banyak. Masa Bini Tgh Nyenyakkkkkkk Tido Suami Tak Tido Lagi. Akhirnya Terbongkar Apa Yg Suami Buat Kat Bini Masa Bini Tgh Tido.

Gambar sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca. Nama aku Tia, aku da berkahwin. Mungkin cerita aku pernah dialami para isteri diluar sana. Aku pasti bukan aku sorang je yang alami situasi macam ni. Cuma bnyak isteri yg berdiam dan tak ambil kisah atau mungkin tuntut perpisahan.

Kisah nya bermula macam ni, tahun lepas kami pernah ke pejabat agama, selepas dia kantoi ada akaun dengan nama palsu, dan dia duk post video bukan bukan non-stop kat situ. Kantoi dengan saya, saya terus avoid dia. Saya mintak nak berpisah.

Sebab dah banyak kali kantoi banyak benda yang berdosa besar. Kalau hukum hudud ada kat negara ni dah kena dah dia, tak sempat nak bersama dengan banyak perempuan macam ni. sy malu ada pertalian suami dengan dia. Isteri sendiri ada tapi tak sentuh, duk tengok video bukan bukan.

Patutlah setiap malam tidur lewat. Yang tengok benda bukan bukan tu praktis kat mana? Tapi dia mintak untuk sesi kaunseling. Masa tu kaunseling tu, 1st time sy luah separuh daripada apa yg terbuku dihati, Sumpah, kalau kantoi dengan sy sebelum kawin,

saya takkan kawin dengan lelaki macam ni. Sebelum kawin memang saya ada syak macam-macam tapi kita bersangka baik. Mungkin saya je syak macam-macam. Tapi percayalah naluri wanita memang tepat. Lelaki cuma sweet talker, tu yang buat wanita tertipu.

Lepas kawin saya start ada keputihan yang terlalu banyak, dan itu petanda awal yang saya mula syak ada yang tak kena.. Saya beranikan diri bertanya sebab benda ni tak pernah jadi kepada saya. Dan memang ya. Dia bukan teruna. Dia pernah terlanjur.

Dia cerita hanya terlanjur dengan ex dia dulu, lebih 5 tahun dulu. Katanya ex dia memang ada keputihan. (Eh kau ingat keputihan ni keputihan je? penyakit kelamin yg lain pun keluar cecair kat situ, bukan sekadar lendiran biasa) sebelum kawin kata segar dari ladang, lepas kawin baru mengaku.

Dia salahkan ex dia dulu. Tapi hakikatnya lepas tu, sy berjaya bongkar banyak kisah dia bersama dengan btina-btina lain. Ya Allah penykit apa yang kau bagi kat aku ni suami? Aku jaga diri, tak pernah disentuh lelaki. Lepas kawin baru aku bagi kau sentuh, kau bagi penyakit kat aku?

Tapi, Kita isteri ni cepat lembut hati, maafkan walaupun tak boleh lupakan. Tapi keputihan yang keluar tu, warna pun dah pelik. Kuning pun ada. Berterusan sampai mengandung, doktor bagi antibiotik, sy terpaksa makan sebab takut kuman affect baby.

Tapi dalam masa yang sama saya takut jugak makan certain antibiotic masa mengandung, takut risiko kepada baby. Sebab masatu saya baru nak masuk trimester kedua. Alhamdulillah anak sy takde pape, tapi lahir terus kena tahan ward kerana jangkitan kuman.

Banyak kali sangat dah saya berlembut hati. Semuanya kerana fikirkan anak. Tapi sampai bila? Saya dah letih. Nafkah zahir batin dua-dua tak dapat. Nafkah zahir, biasanya dapat masa makan kat kedai je, dia bayar. Yang lain 90% sy bayar sendiri.

Loan rumah dan kereta pun kami share 50:50. Nafkah btin? Sy dapat nafkah btin kerap masa beberapa bulan lepas kahwin je, sebab sy agak lambat mengandung dan suami rasa tergugat bila kawan dia tanya bila nak dapat anak, kawan-kawan dia semua isteri mengandung terus lepas kawin.

Sedangkan saya dah lebih setengah tahun kawin tapi tak mengandung. Masatu jelah ada nafkah batin. Lepas konfem mengandung, tu titik permulaan kepada nafkah batin sekali dalam 2-3 bulan. Dan saya pregnant, mestilah tak period.

Walau diajak, tapi dia melengahkan (menolak tapi tak cakap, duk sibuk buat benda lain, main hp, etc), akhirnya saya tidur dalam air mata almost setiap malam. Sampai saya terfikir nak beli benda yang bukan bukan. Sehingga ke bersalin sy makan hati.

Dan 8 bulan lepas bersalin baru dia ajak bersama. Sebelum anak umur 8 bulan tu, banyak kali sy ajak, sy bagi hint tapi dia buat-buat sibuk. So agak-agak kat mana dia lepaskan kat mana? Lelaki-lelaki boleh jawab ke, suami ni jenis yg tak tahan keinginan selama ni, tiba-tiba tak sentuh bini lamaaa sangat.

Lepas keinginan kat mana? Sekarang, setiap kali bersama pun sekejap sangat. 10 minit tu paling lama dah. Dan Sebulan biasanya 1 kali, kadang-kadang 2kali. Sy ni ibarat kawin tanpa nafkah. Dan menanggung banyak perbelanjaan. Bil yg beratus sy bayar sebab dia kaki aircond, makan pakai pun saya bayar.

Keperluan anak pun byk yg sy bayar. Sebelum bersalin, barang keperluan baby semua sy tanggung sendiri. Dalam kepala sy, akulah suami akulah isteri. Lagi dasyat dari orang yg tak kawin sebab utk certain benda, sy tanggung suami.

Bulu Mata Bini Lebat Melentik Cantek. Terkejut Tetibaa Jam Tiga Pagi Dia Nanges Sambil Meraung Dan Meneran. Suami Jadi Pelik Sangat Mlm Tu. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi.

Salam, saya umur 20, isteri pun 20, kiranya kami berkahwin awal umur 18, sebab saya sudah jatuh cinta. Kami kenal since dari zaman sekolah tetapi sekolah berbeza. Saya sekolah lelaki, dia campur perempuan lelaki. Saya pernah berjanji, umur kami 18 saya hendak kahwin dengan dia. Alhamdulillah saya tunaikan janji saya.

Hantaran isteri rm5k tapi sebenarnya dia cakap rm3k tetapi emak saya bagi lebih sikit. Isteri saya ini tinggi cecah bahu saya, orangnya putih2, bulu matanya melentik, ada tahi lalat di bawah mata kiri. Kami belajar setakat form5. Tetapi dia kreatif, pelamin mini hasil tangannya sendiri. Lepas itu buat kenduri, siap. Tidak ada grand sangat.

Lepas saja berkahwin saya terus cari kerja, isteri di rumah buat apa yang patut, rumah hadiah dari emak saya. Namanya juga ujian kan, 2 bulan saya tidak dapat kerja. Tapi isteri saya selalu dengan saya. Malam itu jam 3 pagi saya terdengar ada orang menangis, saya nampak isteri saya berdoa, saya dengar setiap kata2nya, saya sebak, tidak tahu cakap apa. Dia doa supaya kami di beri rezeki, dia doa saya dapat kerja, yang penting halal.

Belum dia aminkan, saya sempat doa dalam hati hendak zuriat. Hehee . Pagi itu selepas solat, saya terus semangat hendak cari kerja balik. Tiba2 ada call, saya di terima kerja. Kerja biasa saja, . Tidak semena-mena saya syukur sujud terima kasih kepada allah pemberi rezeki. Saya pergi dapur cari isteri, saya peluk dia dari belakang cakap saya di terima kerja. Kerja market.

Isteri saya pun apa lagi gembiranya , siap masak sedap2 makanan kesukaan saya nasi pattaya sebab hendak bagi tenaga esok saya mula kerja. Dipendekkan cerita, lepas beberapa bulan kahwin dan bekerja, kehidupan macam biasa, balik kerja isteri tunggu depan pintu sambil main dengan kucing, makanan sudah sedia, kadang2 dia menyorok dilangsir sebab hendak kejutkan saya.

Selalu dia buatkan minum petang, hilang penat bekerja saya serta merta. Tapi saya sedih sebab kadang2 saya bagi isteri rm100 untuk shopping, kadang2 tidak dapat bagi isteri nafkah, tapi dia tidak pernah merungut. Allah, betapa syukurnya saya dapat isteri macam dia. Isteri saya ni suka mekap, so saya izinkan dia buka bisnes mekap, tapi online saja. Adalah tambah side income.

So ada 1 hari ini, isteri saya lain macam, dia mula tengok gambar baby, saya tidak syak apa2 lagi. Sebab peluang hendak ada zuriat memang tipis memandangkan dia jenis tidak suka budak. Saya perasan bila ada budak menangis dia akan jauhkan diri, dia macam ada tension sikit, marah2 tanpa sebab. Jadi saya tidak kisah lagi pun baru 18.

Ada 1 hari itu saya tidak dapat bagi isteri saya nafkah, tidak tahu lah hendak cakap apa malu pun ada tapi dia hendak rm1 saja, bayangkan rm1? Hendak beli apa? . Rupanya dia beli coki2 alahai happynya dia sambil tunjuk 10 batang coki2 itu dekat saya.

Dia cakap tiba2 hendak makan. Tiba malam, dia berubah. Tidak tahu apa salah saya, dia tidak suka saya, tahu marah2, tidak kena itu ini tidak suka bau saya . Padahal tiap malam ini hah, ketiak masam saya ni dia hendak hidu.

Hilangkan stress katanya. Isteri saya jenis happy go lucky tahu, benda kecil saja pun dia boleh ketawa. Dia kalau hendak marah, asal dia tengok saya tiba2 dia ketawa. Tidak boleh hendak marah. Kalau saya hendak marah, ada saja dia buat supaya sejukkan hati saya . Tapi entahlah malam itu kenapa, so malas hendak cakap banyak jadi saya pun tidur diruang tamu guna toto.

Pagi saya bangun ada pula dia diketiak saya, hahahah. Sebelum pergi kerja macam biasa dia masakkan saya. Tetapi mood tidak okey, saya tanya kenapa. Dia cakap ‘ sayang mengandung’. Apa ! Dalam hati ini, Allah saja tahu betapa happynya saya sebab hendak ada zuriat. Tetapi muka dia tidak happy. saya cakap dengan dia ‘ b happy, rasa hendak jerit 1 dunia kata sudah ada baby ‘ tetapi dia diam.

Saya cakap lagi ‘ b tahu sayang tidak suka budak. Tetapi tolonglah b, b teringin ada zuriat kita. 1 pun cukup , b janji kerja sungguh2 untuk family kecil kita . Baru dia lega, baru dia boleh senyum2. tiba2 dia cakap ‘ b janji jangan tinggalkan sayang ‘ . Boleh pula dia fikir macam itu. Dipendekkan cerita, janji allah itu betul, lepas kahwin kita diberi lebih banyak rezeki, lagi2 tuah baby dalam perut isteri.

Alhamdullah, saya dinaikkan pangkat assistan manager, jadi saya up lagi nafkah isteri saya. Syukurlah saya boleh beli barang baby, untuk rumah, saya tidak lupa beri emak duit di sabah, saya dengan isteri orang sabah, tapi kerja di kl. Isteri mengandung macam biasa, ada morning sick, ada mengidam pelik2 hendak makan disana disini.

Lagi hendak makan buah tarap yang boleh dijumpa disabah, tetapi saya ikhtiar juga, saya bawa balik sabah kebetulan memang musim nya di sabah. Bawa jumpa emak sekali, perangai dia kalah budak tetapi saya makin seronok tengok dia. Tengok baby bump makin besar, isteri sihat, anak sihat. saya tidak pernah bosan layan karenahnya. Makin sayang terhadap isteri.

Dipendekkan cerita, 9 bulan sudah usia baby, tunggu hari. Saya diberi cuti 7 hari sebab hendak jaga isteri sebab dia tunggu hari saja, hari dinantikan tiba, isteri pecah ketuban masa dalam kereta, pinjam kawan punya. Sebab belum ada kereta. Dia punya jerit nauzubillah, saya pun panik tapi saya dapat kawal sampai ke hospital. Di hospital, masa hendak bersalin dia berpesan kepada saya, dia hendak saya ada temankan dia dalam labour room.

Jujur saya cakap saya tidak boleh tengok cairan merah, saya tidak kuat. Tetapi dia berkeras juga, saya terpaksa ikutkan. Dalam hati ini semua perasaan ada. Takut, gembira macam2 lagi. Putus doa saya berikan buat isteri dan baby. Dalam labour baru saya tahu macam mana perit seorang isteri kita hendak lahirkan anak, skitnya, terkoyaknya rahimnya hanya untuk melahirkan zuriat suaminya.

Dia jerit dia teran, dia genggam tangan saya, saya menangis saya tidak sanggup tengok dia tersiksa, Allah selamatkan isteri dan anakku, saya lihat dia sudah bermaya, peluh di dahi makin banyak. Terus saya cakap’ sayang tolong b, jangan tinggalkan b, b tidak kuat tanpa sayang. Allah selamatkan mereka’ doktor nurse pun banyak bagi kata semangat, terima kasih pada mereka. Lutut saya sudah tidak kuat masa itu.

Saya menangis tidak peduli semuanya. Yang penting mereka berdua selamat. Tiba2 saya rasa pening semacam, apa yang saya ingat saya bangun saja, saya di sebelah katil isteri saya, ada kerusi disitu. Saya sedar saja, saya nampak isteri kesayangan saya dengan baby boy yang diberi nama muhammad alzikry .

Alzikry gabungan nama saya dengan ayah isteri saya. Betapa syukurnya saya, tengok isteri sudah boleh senyum. Saya azankan dia. Kehidupan saya sekarang lebih baik. Pekerjaan tetap, ada kereta sudah. Dahulu awal berkahwin saya pakai motor saja, tetapi alhamdulillah rezeki luas. Ini semua atas doa isteri saya.

Apa yang isteri doa, tidak pernah tidak makbul, betullah isteri itu pembawa rezeki. Terima kasih sayang atas doa2 mu, terima kasih untuk baby kita, terima kasih atas setia kamu disamping aku, susah senang ada dengan b. Terima kasih sayang isteri dunia akhirat aku. Apa yang saya perasan, lepas ada baby ini, isteri sudah suka dengan baby, dia sudah pandai jaga baby, dia yang uruskan segalanya pasal baby, saya pun ada bantu dia.

You all tahu apa dia cakap dengan saya baru2’ini?’ . Dia hendak minta tambah baby. Kali ini kalau ada rezeki mahu baby girl, boleh main mekap2 nanti besar. Dia hendak 6 orang anak kalau boleh. Saya pula yang tidak sanggup memandangkan saya ada masa dia melahirkan .

tapi doktor cakap saya pengsan masa baby sudah hendak keluar, tidak sempat saya potong tali pusat. Doktor cakap, ada rezeki jangan pengsan lagi, Hehehe malu juga saya. Sekarang 2018, dimana saya menulis cerita saya, umur 20.

Alhamdulillah isteri saya pregnant lagi, kemungkinan besar twin ! Abang zikry excited tengok baby bump ibunya, tidak sabar tengok adik kembarnya keluar. Sampai sini saja cerita saya. InshaAllah ada masa saya sambung cerita saya. Maaf terlalu andai panjang . Doakan saya tidak pengsan lagi masa isteri beranak twin kami nanti. Amin.