Lama menyepi sekali tiba tiba Yatt Hamzah dedahkan dirinya tengah hamil pada usia 40 tahun buat ramai yang teruja.

Artis

SELEPAS mengalami keggran cahaya mata kelima pada September tahun lalu, pelakon Yatt Hamzah mengesahkan dia kini sedang hamil lima bulan. Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah berharap keadaan dirinya terus kuat biarpun kadangkala berasa lemah serta berdepa masalah sakit pinggang.

Bersyukur atas kurniaan Allah, Yatt memberitahu dia, suami dan anak-anak berasa teruja menantikan kehadiran ahli keluarga baharu yang dijangka lahir pada Julai depan. “Alhamdulillah kehamilan ke-6 pada usia 40 tahun. Alhamdulillah… Allah bagi sihat, kuat dan cergas walaupun kadang-kadang tak larat dan asyik sakit pinggang saja.

“Hello lil baby, Insya-Allah bonda, abah and all your sisters will see you in July ya, stay strong and healthy, Amin,” kata Yatt. Ruang komen di perkongsian foto Yatt itu dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada warganet dan rakan selebriti yang turut mendoakan agar segala urusan aktres itu dipermudahkan.

Menerusi laporan mStar pada 16 September tahun lalu, Yatt berkongsi berita sedih apabila mengalami keggran selepas keracnan makanan. Menurut Yatt, pada awalnya dia munth-munth dan cirit-b1rit selepas menikmati makan malam di sebuah restoran ikan bakar di Melaka, sehari sebelum kejadian itu berlaku.

Dalam pada itu, biarpun masih belum mengetahui jantina bayi yang dikandungnya itu, Yatt berkata, dia menerima dengan reda sama ada lelaki atau perempuan. “Perut makin besar, pipi makin bulat, mata makin kecil. Pada usia kandungan 20 minggu (lima bulan) patutnya dah boleh tahu jantina baby kan?

“Rasa-rasanya baby girl lagi atau baby boy kali ini? Apa-apa pun Allah bagi bonda okay saja… Alhamdulillah, tak tahulah abahnya,” tulis Yatt di laman Instagram miliknya. Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo, Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Medina, 3 serta Suci Hawa Zulaikha yang kini berusia setahun.

Pelakon berusia 40 tahun ini juga mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinan sebelum ini dengan Abdul Mutalib Shukor. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MSTAR

Yatt Hamzah kini berpurdah

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah kini dalam proses untuk berhijrah dari segi penampilan dengan memakai purdah. Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah ketika dihubungi berkata, dia sudah mula memakai purdah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

“Saya dah mula pakai purdah sejak PKP lagi dan ketika PKPP, saya pakai hampir setiap hari ketika menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Sebelum ini, saya pakai pelitup mulut dan hidung. Tapi, apabila fikirkan semula, baik saya berpurdah saja sebab lebih selesa. Jadi, saya mula perlahan-lahan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia juga mendapat sokongan daripada suami untuk memakai purdah. “Saya ada luahkan hasrat untuk berpurdah kepada suami dan dia pun sokong. Bukan sebab saya terlalu cantik atau wajib, tapi sebab memakai purdah, banyak perkara seperti ftnh boleh dielakkan. Dengan memakai purdah juga, saya dapat mengawal diri saya sebab ramai tahu, saya jenis periang dan suka ketawa. Apabila pakai purdah, dapatlah kawal diri kita,” katanya.

Yatt juga mengharapkan supaya orang ramai mendoakan dirinya terus istiqomah. “Saya pun masih belajar dan perlu banyak beristiqomah. Saya tak tahu sama ada saya kuat atau tidak untuk terus memakai purdah. Saya kongsikan gambar di Instagram sebelum ini bukan untuk menunjuk, sebaliknya mengharapkan doa daripada keluarga, rakan-rakan dan pengikut Instagram saya,” katanya.