Ramai tak senang duduk bila kerajaan umumkan larangan rentas daerah di seluruh negeri. Sekali ini penjelasan dari Menteri Keselamatan dan Dr Noor Hisham.

Berita

KUALA LUMPUR: Semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara adalah tidak dibenarkan mulai 10 Mei sehingga 6 Jun 2021, umum Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, selain itu terdapat beberapa aktiviti lain yang tidak dibenarkan dalam tempoh tersebut dalam usaha kerajaan mengawal penvlaran C0VlD-19 di seluruh negara.

DG Noor Hisham Bersiaran langsung

Sudah lama rasanya tidak melihat Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bersiaran secara langsung bagi melaporkan keadaan terkini perkembangan C0vid-19 di Malaysia. Namun, menerusi laporan dari Astro Awani, satu sidang media berkenaan perkembangan pandemik dalam negara akan diadakan selepas 64 hari tidak bersiaran secara langsung di kaca televisyen.

Seperti sebelum ini, sidang media akan berlangsung jam 5.30 petang di semua sebahagian besar rangkaian televisyen dan turut dipancarkan di Facebook live Kementerian Kesihatan Malaysia serta laman sosial yang lain Selain itu, sidang media Kementerian Keselamatan Negara pula bersiaran secara langsung di hujung minggu. Hal ini sedikit membingungkan kerana sudah lama MKN tidak mengadakan siaran langsung pada hari Sabtu atau Ahad. Untuk rekod, pada 7 Mei 2021 (Jumaat) jumlah kes positif yang direkodkan kembali meningkat menjadi 4,498 dengan 22 kes pemergian dinyatakan.

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap, KKM, Astro Awani

Semalam Beberapa Kawasan Lagi Diumumkan Pkp. Sekali Ini Penjelasan Dari Ismail Sabri Buat Ramai Yang Tak Senang Duduk.

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula 7 hingga 20 Mei ini. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan keputusan melaksanakan PKP di Kuala Lumpur setelah meneliti pembentangan serta cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ismail Sabri memaklumkan KKM mengesahkan sebanyak 17 kluster baru telah direkodkan di seluruh WP Kuala Lumpur dengan jumlah kes harian yang semakin meningkat. “Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP di Kuala Lumpur sama seperti diumumkan sebelum ini antaranya tidak boleh merentas negeri kecuali atas urusan kerja dan kecemasan.

“Premis makanan seperti restoran, food truck, penjaja dan kiosk dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 12.00 malam sahaja dan tidak dibenarkan dine-in. “Kedai runcit, serbaneka dan keperluan harian serta farmasi juga dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 10.00 malam,” katanya dalam satu kenyataan berhubung pelaksanaan PKP pada Rabu.

Stesen minyak dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 10.00 malam bagaimanapun stesen minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam.

Selain itu, hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi seperti biasa. Untuk operasi pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang. Bazar Ramadan di kawasan PKP masih dibenarkan beroperasi mengikut SOP ketat. Walau bagaimanapun, keputusan untuk meneruskan ataupun menutup operasi bazar adalah tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Antara Tempat Lain

Kredit : AstroArena

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Yang Sedih Bila Kerajaan Umumkan Pkp Di Negeri Selangor. Sekali Tiba Tiba Khairy Jamaluddin Dedahkan Golongan Ini Boleh Rentas Negeri Tanpa Perlu Minta Surat Dari Pihak Polis.

Kuala Lumpur: Individu yang ingin merentas negeri bagi tujuan janji temu penerimaan vaksin Covid-19 tidak perlu surat kebenaran polis. Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, penerima vaksin hanya perlu menunjukkan janji temu dalam MySejahtera atau laman web dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau berkata, perkara itu baru saja beliau jelaskan kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Penerima vaksin tidak perlu surat polis. Cukup sekadar menunjuk janji temu dalam MySejahtera atau laman web atau SMS,” katanya dalam ciapan Twitter, malam ini. Sebelum ini, dibangkitkan dalam sidang media harian Covid-19 oleh Ismail Sabri mengenai kebenaran rentas daerah oleh penerima vaksin berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah di Selangor.

Berikutan pelaksanaan PKP itu, pergerakan daerah dan negeri tidak dibenarkan kecuali untuk kes kecemasan, pemergian dan mereka yang bekerja. Pada 15 April lalu, kerajaan memberi kebenaran merentas negeri kepada mereka yang ingin membawa ahli keluarga atau tanggungan bagi tujuan janji temu penerimaan vaksin Covid-19.

Menerusi kelonggaran itu mereka hanya perlu menunjukkan surat janji temu itu kepada pihak berkuasa di sempadan negeri. Mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara hari ini menetapkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas 6 daripada 9 daerah di Selangor. Enam daerah tersebut termasuk Hulu Langat, Petaling, Gombak, Kelang, Kuala Langat, serta Sepang berkuatkuasa 6 Mei hingga 17 Mei. Tiga daerah lain yang tidak terlibat iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam, dan Hulu Selangor masih dalam PKP bersyarat (PKPB).

Tiada rumah terbuka Aidilfitri tahun ini – Ismail Sabri

Penganjuran rumah terbuka Aidilfitri tidak dibenarkan di seluruh negara tahun ini, maklum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob. Aktiviti ziarah kbr juga tidak dibenarkan di kawasan perinatah kawalan pergerakan (PKP) dan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD). Ziarah hari raya bagi kawasan PKPD tidak dibenarkan. Bagaimanapun, ziarah hari raya di kawasan PKP dibenarkan pada 1 Syawal, dengan sekatan 15 pengunjung saja yang dibenarkan pada satu-satu mata.

Amalan takbir raya dari rumah ke rumah sempena Aidilfitri tidak dibenarkan di seluruh negara. Jamuan selepas solat hari raya di masjid dan surau pula tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKPD. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Trendingsangat.pw

Terkini Dr Noor Hisham Dedahkan Pkp Akan Dilaksanakan Selama 4 Minggu Je Kalau Rakyat Terus Buat Benda Ni. Rupanya Tak Susah Pun Syarat Yang Ditetapkan.

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perintah kawalan pergerakan (PKP) selama dua minggu yang bermula hari ini akan dilaksanakan sekurang-kurangnya empat minggu. Beliau berkata, kerajaan sedar kesan ekonomi susulan pelaksanaan kawalan pergerakan itu namun penularan virus berkenaan hanya dapat dikawal jika semua individu kekal di rumah untuk tempoh dua minggu PKP.

“Kita sudah laksanakan PKP bersyarat bermula 14 Okt hingga kini tetapi kita rasa ia tidak sesuai dan perlu gunakan kaedah yang lebih drastik. “Oleh itu, kita nasihatkan untuk laksanakan PKP bagi tempoh dua minggu atau jika perlu selama empat minggu,” katanya pada sidang media

Penguatkuasaan semula PKP melibatkan Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan), Melaka, Johor dan Sabah untuk tempoh 14 hari hingga 26 Januari ini, Susulan peningkatan kes positif setiap hari terutama di enam negeri PKP, beliau berkata,

KKM kini sedang dalam perbincangan dengan pihak hospital swasta untuk bekerjasama membendung penularan Covid-19 menerusi penggunaan kapasiti dan kemudahan hospital berkenaan sebagai usaha menampung kekurangan petugas kesihatan dan kemudahan di hospital kerajaan.

“Penggunaan unit rawatan rapi dan ventilator kini dua kali ganda berbanding bulan sebelumnya. Kita juga kekurangan petugas untuk menjaga wad unit rawatan rapi yang semakin hari bertambah jumlah pesakit,” katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, pelaksanaan PKP diharap mampu menurunkan kes positif harian kurang dari 500 dalam tempoh empat hingga lima minggu dari sekarang.

“Berdasarkan unjuran KKM, kita boleh landaikan kes Covid-19 seawal Mei ini jika semua rakyat patuh SOP dan duduk di rumah selama dua minggu ini,” katanya. Mengimbas permulaan gelombang ketiga hujung Sept lalu, Hisham berkata, jangkitan tinggi ketika itu melibatkan 63% warga asing manakala hanya 37% dikesan dalam kalangan warganegara.

“Namun, sekarang sudah berubah apabila 71% warganegara dijangklti virus itu manakala bakinya adalah warga asing,” katanya sambil menambah program saringan bersasar yang giat dijalankan terhadap pekerja warga asing antara penyumbang utama penurunan penularandalam kalangan mereka.

Sehingga kini, seramai 142,009 pekerja warga asing sudah menjalani ujian saringan Covid-19 dan daripada jumlah itu hanya 2,086 kes positif. “Angka itu menunjukkan hanya 2% mereka yang dijangkiti dan jangkitan dalam kalangan mereka masih terkawal,” katanya. – FMT

SUMBER/KREDIT:Tun Carlos/jirancakap

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum tinggalkan komen anda disini. Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Wanita Terbang Dari Johor Dikenalpasti Sebagai Super Spreader Lepas Menjangkiti 37 Orang Dikesan Positif Covid 19 Di Rumah Panjang Di Sibu. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Punca.

SEBANYAK 37 kes baharu positif Covid-19 dikesan di sebuah rumah panjang di Sibu, Sarawak selepas seorang wanita pulang dari Johor untuk menghadiri pengkbmn bapanya di Pasai Siong dan menjadi ‘super spreader’ dalam kalangan penghuni di penempatan berkenaan.

“Mereka dikesan melalui hasil saringan ke atas kes seorang wanita yang kembali dari Johor (kes 1,175) pada 29 Disember 2020. Kes tersebut telah diumumkan oleh JPBNS pada 7 Januari 2021 melalui Kenyataan Media pada 7 Januari 2021,” katanya.

Siaw berkata wanita itu kini dirawat di Hospital Sibu. Menurutnya, wanita itu berlepas dari Johor Bahru melalui Kuala Lumpur dengan penerbangan Firefly FY1335 pada pukul 8 pagi. Dia kemudian mengambil penerbangan transit Malaysia Airlines MH2536 dari Kuala Lumpur ke Kuching pada pukul 1.35 petang pada hari yang sama.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, dia telah menjalani ujian calitan (swab) pertama kali dan hasilnya negatif. “Dia kemudian berlepas ke Sibu dengan penerbangan AirAsia AK6466 dari Kuching dan tiba pada pukul 8.50 malam. Dia diperintahkan untuk menjalani kuarantin di rumah panjangnya, Rumah Langi di Pasai Siong.

“Dia kemudian menghadiri pemkman bapanya di sebuah perkbran kira-kira 15km dari simpang Jalan Teku Pasai Siong,”katanya. Tambahnya, wanita itu kemudian menjalani ujian calitan kedua pada 5 Januari di Klinik Kesihatan Jalan Lanang dan disahkan positif pada 6 Januari.

Siaw berkata, keesokannya Kementerian Kesihatan menyaring 74 penduduk Rumah Langi dan keputusan pada 8 Januari mendapati seramai 37 individu dikesan positif Covid-19. Ujian saringan akan dilakukan di tujuh lagi rumah panjang lain di Pasai Siong pada Sabtu dan Ahad.

Ujarnya, polis telah membuat sekatan di simpang jalan masuk ke Rumah Langi, Pasai Siong, mulai jam 11.30 malam pada 8 Januari, dan kesemua penghuni lapan rumah panjang itu kini dikuarantin dan tidak dibenarkan keluar.

“Kemudahan makanan dan kesihatan akan diberikan kepada penduduk rumah panjang yang terjejas,” katanya lagi. Rumah panjang yang terlibat adalah Rumah Langi Ambau, Rumah Jelian Nayor, Rumah Ringgit Unchu, Rumah Pom Maja, Rumah Jeram Empin, Rumah Kely Chundau dan Rumah Nyambong Ajon.

Siaw juga menggesa sesiapa yang telah menghadiri upacara itu di Rumah Langi, Pasai Siong pada 29 Disember hingga 31 Disember untuk tampil membuat pemeriksaan dan saringan di Klinik Kesihatan Jalan Lanang atau Klinik Kesihatan Sibu Jaya. – THE STAR

Kes Naik Mendadak. Terkini Kkm Sarankan Pergerakan Rentas Daerah Dan Negeri Akan Diperketatkan Kalau Kes Covid 19 Terus Meningkat.

JOHOR BAHRU, 9 Jan – Kementerian Kesihatan (KKM) telah menyarankan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memperketat kawalan pergerakan rentas daerah dan negeri, sekiranya kes COVID-19 dalam negara terus meningkat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata langkah itu perlu berikutan peningkatan kes COVID-19 akhir-akhir ini dipercayai berpunca daripada kebenaran merentas daerah dan negeri sejak Disember lepas. Selain itu, beliau berkata peningkatan kes turut disebabkan tindakan aktif untuk melaksanakan ujian saringan kesihatan ke atas semua pekerja asing di sektor perkilangan dan pembinaan bermula Januari.

“Sejak 1 Jan lepas, kerajaan telah mewajibkan majikan di sektor industri dan pembinaan membuat saringan kepada warga asing. Jadi, apabila banyak ujian dibuat maksudnya kita akan mendapat banyak kes positif tetapi kita tidak sangka peningkatan kes yang mendadak ini berlaku begitu pantas.

“Ia terjadi kerana kita dapati ada unsur ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan semasa pembukaan semula sektor ekonomi,” katanya dalam sidang media sempena Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Pusat Pengumpulan Darah Fasa Dua di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini.

Ahli Parlimen Tenggara itu berkata kes positif COVID-19 yang direkodkan ketika ini membabitkan kes sporadik (kes berlaku dalam komuniti) dan kes bukan warganegara. “Nisbah peratusan antara kedua-dua kes ini adalah 50-50. Kes sporadik dijangkiti melalui  pergerakan rentas negeri dan juga kerana tindakan berkumpul atau berhimpun di sesuatu tempat,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media memberitahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas pada Isnin mengenai tindakan bakal dilaksanakan kerajaan berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 yang menunjukkan trend peningkatan akhir-akhir ini.

Ismail berkata  kerajaan juga sedang memperhalusi dan menilai tindakan yang perlu diambil segera bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19 termasuk mempertimbangkan SOP lebih ketat melibatkan sektor sosial bagi mengurangkan pergerakan dan risiko penularan COVID-19.

Kes Naik Kepada 3k Sehari. Dr Noor Hisham Nak Lakukan Pkp Semula Tapi Dengan Cari Lain. Mengejutkan Ini Cara Yang Dimaksudkan Oleh Dr Noor Hisham.

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bersasar bagi mengatasi tekanan pada sistem penjagaan kesihatan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negara kini berdepan dengan situasi yang sukar dan memerlukan solusi ‘pemutus litar’ dalam menurunkan jumlah kes Covid-19.

Menurutnya, perancangan tersebut perlu dilaksana mengikut keadaan dan situasi di sesetengah kawasan. “Ini pendekatan yang lebih bersasar. Daripada (melibatkan) seluruh negara seperti apa yang kita lakukan untuk PKP pada 18 Mac tahun lalu.

“Sekarang saya rasa strategi kita akan berubah, kita akan lebih (melihat keadaan) setempat dan disasarkan daripada segi pelaksanaan. “Perbincangan sedang berlangsung dan mungkin kita akan membuat beberapa keputusan secepat mungkin,” katanya dalam sidang akhbar pada Rabu.

Beliau berkata, sistem penjagaan kesihatan kini berada di tahap genting dan berhadapan dengan penambahan jumlah pesakit yang tinggi. “(Ini) kerana kes meningkat setiap hari. Kami mungkin tidak dapat menampung pesakit di kemudahan kami.

“Kami melihat bagaimana kami dapat meningkatkan sistem penjagaan kesihatan kita. Tetapi yang terbaik adalah bukan hanya meningkatkan sistem penjagaan kesihatan kita tetapi untuk mengurangkan beban,” katanya.

Selain itu, Noor Hisham menjelaskan strategi baharu itu melibatkan peraturan berbeza untuk setiap negeri.

“Kami sedang melihat keadaan di negeri hijau dan kuning untuk melihat bagaimana kami dapat melindungi mereka dan mengawal kes daripada meningkat. Ini sangat penting.

“Bagi negeri zon merah, tindakan lebih drastik akan diambil. Kita mungkin melaksanakan tindakan yang lebih disasarkan di negeri-negeri tersebut dengan melihat kluster-kluster di negeri itu.

“Kami juga akan memperketat kawalan sempadan dengan mel.arang orang melakukan perjalanan merentas negeri dan daerah berdasarkan perkembangan (kes) terbaharu,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: sinar harian via rentasasia

Gelombang Ketiga Pandemik Covid 19 Ni Membuatkan Jangkitan Positif Dalam Kalangan Petugas Kesihatan Naik Mendadak. Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bersuara Bongkarkan Sesuatu.

Ketua Kemnterian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebook memaklumkan jangkitan positif Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan yang telah berjuang untuk memutuskan rantaian virus itu. Terdapat sebanyak 1,771 kes positif dalam kalangan petugas kesihatan yang

sah dijngkiti penyakit itu sepanjang mereka melaksanakan tanggungjawab. Tambah Dr Hisham, menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP sepertimana ditetapkan sebelum ini dan menghadkan Iawatan orang ramai ke hospital yang berisiko tinggi dijngkiti virus berkenaan.

Kemnterian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sehingga 18 Disember 2020, secara kumulatif terdapat 1,771 kes jangkitan C0VID-19 dalam kalangan petugas kesihatan. Sebanyak 1,359 (76.7 peratus) kes-kes tersebut berIaku semasa geIombang ketiga pandemik C0VID-19, termasuk 43 kes baharu yang dilap0rkan pada hari ini.

Berikut adalah lima kumpulan petugas kesihatan yang melap0rkan kes jangkitan C0VID-19 tertinggi sejak bermulanya pandemik C0VID-19 di negara kita. Jururawat 690 ks, Pgawai Perubatan 211 k3s, Pembantu Perawatan Kesihatan 146 k3s, Pembantu Pgawai Perubatan 144 k3s dan Pgawai Perubatan Siswazah sebanyak 84 k3s.

Berdasarkan siasatan yang telah dilakukan sebanyak 587 (33.1%) petugas mendapat jangkitan dari komuniti, 565 (31.9%) berlaku di antara petugas-petugas kesihatan, 152 (8.6%) jangkitan berkaitan dengan pesakit-pesakit yang masih belum disahkan mendapat jangk!tan C0VID-19, sebanyak 58 (3.3%) tidak diketahui pvnca dan 409 (23.1%) lagi pvnca jangk!tan masih dalam sias@tan.

Peningkatan kes mendadak.

Pada 18 Disember 2020, seramai 280 petugas sedang menerima rawatan di h0spital dan berada dalam keadaan stabiI dengan kadar sembuh sebanyak 84.2%. Manakala seramai 1,697 petugas kesihatan di seluruh negara sedang menjalani Perintah Pemerhatian dan Pengawasan (Home Surveillance Order – HSO) sama ada di tempat kediaman atau di stesen kuar@ntin.

HospitaI-hospitaI di Lembah Klang yang melap0rkan kes jangkitan COVlD-19 tertinggi adalah daripada HospitaI Tuanku Ampuan Rahimah, Klang (54 k3s), HospitaI Serdang (29 k3s), H0spital Sungai Buloh (15 k3s), HospitaI Kuala Lumpur (10 k3s), H0spital Ampang (5 k3s) dan H0spital Selayang (4 k3s).

Peningkatan kes yang mendadak dalam kalangan petugas kesihatan di negeri-negeri Lembah Klang adalah dipercayai berkait rapat dengan peningkatan kes dalam kalangan komuniti. Situasi seumpama ini, iaitu peningkatan kes COVlD-19 dalam kalangan petugas kesihatan pernah diaIami oleh negeri Sabah ketika peningkatan penuIaran jangkitan COVlD-19 dalam kalangan komuniti berIaku di sana. Walau bagaimanapun, kes-kes di kesemua hospitaI yang terlibat masih dalam keadaan terkawal dan perkhidmatan kesihatan masih lagi diteruskan.

Patoh kepada SOP.

KKM ingin menegaskan kepada semua petugas kesihatan sektor Kerajaan mahu pun swasta agar sentiasa patuh kepada Prosedur 0perasi Standard (SOP) yang telah digariskan. Pematuhan kepada SOP ini perlulah sentiasa diamalkan sama ada di tempat kerja dan juga di tempat-tempat lain.

Kepatuhan ini adalah sangat penting diamalkan khususnya bagi para petugas kesihatan yang berkhidmat di zon-zon merah, di mana kebarangkalian untuk mendapat jangkitan daripada komuniti adalah tinggi. Pemantauan amalan norma baharu secara berkala serta penguatku@saan di setiap fasiIiti kesihatan akan meningkatkan lagi kepatuhan di kalangan petugas kesihatan.

Hadkan lawatan ke hospital.

Selain itu, orang awam juga dinasihatkan untuk menghadkan lawatan ke hospital-hospital. Ini bukan sahaja dapat memberi ruang kepada petugas kesihatan untuk menjalankan tugas mereka, malah dapat melindungi golongan berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak dan para pesakit kronik lain daripada jangkitan C0VID-19.

KKM sangat prihatin terhadap peningkatan kes COViD-19 dalam kalangan petugas kesihatan ini dan akan sentiasa memantau perkembangan jangkitan kes C0VID-19 dalam kalangan petugas kesihatan dari semasa ke semasa. KKM juga ingin menasihatkan orang ramai tidak perlu bimbang untuk mendapatkan rawatan dan perkhidmatan kesihatan di fasiIiti-fasiIiti kesihatan kerana situasi ini adalah dalam keadaan yang terkawal. Teruskan amalan norma baharu bagi melindungi diri, keluarga dan k0muniti daripada jangk!tan C0VID-19.