Suami terjebak layan filem turki yang viral. Isteri sempat rakam suami sedih sampai menangis.

Viral

Baru-baru ini, ramai rakyat Malaysia terpengaruh bagi menonton sebuah filem dari Turki yang bertajuk ‘Su ve Ates’ atau ‘Water and Fire’ selepas ditularkan di platform TikTok. Apatah lagi dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, mereka meluangkan masa untuk duduk di rumah sahaja sekali gus menghayati setiap watak dan jalan cerita yang ditayangkan.

Disebabkan terlalu melayan perasaan, seorang wanita berkongsi kesedihan suaminya akibat penangan menonton filem bergenre ‘drama dan romantik’ tersebut. Menerusi sebuah video di TikTok, Aida Hassan merakam reaksi suaminya yang menangis hiba sehingga seolah-olah tidak mampu untuk terus menonton filem berdurasi hampir dua jam itu.

“Sedih sangat2 movie ni wehh sampai cik suami pun nangis tengok,” tulis Aida.

Rakaman video berdurasi 17 saat itu memaparkan suaminya menahan sebak sebelum mengesat air mata dengan baju dipakainya, meluahkan segala emosi yang terpendam di hati. Posting berkenaan dihujani lebih 3,000 komen warganet yang tertarik bagi mengetahui jalan cerita berikutan tahap kesedihan filem itu turut diakui oleh penonton lain. Malah, ada juga yang menyifatkan kaum lelaki amat jarang untuk mengalirkan air mata apabila menonton filem, justeru filem ‘Su ve Ates’ itu sudah pasti menarik untuk ditonton.

Filem itu mengisahkan seorang mfia, Hasmet yang bertemu tanpa sengaja dengan seorang gadis Yagmur di dalam kapal terbang sebelum menjalin hubungan cinta dan melalui pelbagai konflik sehingga meruntun jiwa.

Sumber: TikTok Aida Hassan