Layankan kehendak anak sampai tarik perhatian ramai. Gara gara jumpa port cantik anak terpaksa ajar ibu guna smart phone.

Viral

Ayie memuat naik video hasil ‘sentuhan’ ibunya di TikTok dan tidak menyangka ia meraih perhatian ramai. Memang sudah menjadi satu kemestian bagi sesiapa sahaja untuk merakamkan foto atau video sebagai kenang-kenangan apatah lagi jika mengunjungi lokasi yang cantik dan menarik. Begitu juga dengan remaja ini yang tidak mahu melepaskan peluang merakam video ketika mengunjungi sebuah lokasi menarik dengan gunung dan tasik sebagai latar belakang.

Apa yang lucu, remaja ini meminta bantuan ibunya untuk merakam video mengikut kehendaknya, agar ‘angle’ yang diambil kelihatan menarik. Video asal tanpa suntingan hasil ‘sentuhan’ ibunya sebagai juruvideo ‘bidan terjun’ yang dimuat naik di TikTok meraih sehingga 459,000 jumlah tontonan selain dibanjiri dengan komen lucu warganet. “Sebiji macam mak aku, melayan je kerenah anak. Pandainya siap zoom. Mak aku, kalau tak bergegar, terlupa tekan rekod,” demikian antara komen yang dilontarkan warganet.

Berkongsi cerita, Muhammad Anwari Che Mola berkata video tersebut sebenarnya video lama yang mana ia dirakam pada awal tahun ini ketika dia bersama ibu dan bapanya pulang ke kampung halaman di Timah Tasoh, Perlis. “Kami balik bertiga sahaja kerana ibu saya ada urusan di kampungnya. Ibu memang berasal dari Tasoh, Perlis. Kebetulan lalu dekat tempat yang lawa sangat, jadi memandangkan tiada kawan, saya minta mak tolong rakam video. Mula-mula tu terpaksa buat ‘demo’ juga ‘angle’ mana yang nak dirakam dan ajar cara-cara merekod sebab ibu tak biasa dengan smartphone. Dia membebel jugalah tapi sebenarnya okay saja.

Menurut Ayie, ibu dan bapanya turut mempunyai akaun TikTok masing-masing.

“Akhirnya selepas dua tiga kali ‘take’ baru menjadi,” ujar remaja berusia 18 tahun ini yang senang disapa Ayie. Dia turut memuat naik hasil suntingan daripada video asal yang dirakam oleh ibunya, Asmah Abdul, 50, di TikTok sebagaimana permintaan ramai. Bercerita lebih lanjut, Ayie yang menetap di Setapak, Kuala Lumpur bersama keluarga berkata, dia turut gemar merakam video spontan bersama ibunya dan memuat naik di TikTok untuk diabadikan sebagai kenangan.

Video Ayie dan ibunya ketika bersama-sama menunggu keputusan SPM yang pernah viral sebelum ini.



“Selain video dengan rakan-rakan, saya muat naik juga video-video gelagat spontan ibu di TikTok. Mula-mula dia membebel dan segan, tapi selepas video dia sama-sama check keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan saya jadi viral, penerimaan dan reaksinya dah okay. Dia seronok bila baca komen-komen warganet. Selepas daripada itu, dia okay je layankan saya kalau muat naik videonya. Dekat dalam video dia membebel, macam itu jugalah dia dekat rumah.

Doakan ibu saya yang akan jalani operasi jantung Oktober ni. Tak ada yang saya harapkan melainkan operasi ibu berjaya dan ibu sihat seperti sedia kala.

“Tapi kalau nak tahu, mak pun dah ada satu akaun TikTok sejak lima bulan lalu selepas termakan ‘racun’ saya. Tapi konten mak lebih kepada video cucu-cucu dia. Dua minggu lepas, ayah saya pula buat akaun TikTok,” ujarnya yang bakal melanjutkan pelajaran ke Universiti Sultan Azlan Shah, Perak. Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Ayie yang kini bekerja sebagai rider penghantar makanan dan merupakan anak bongsu daripada empat adik beradik ini turut meluahkan rasa terharunya dengan komen-komen positif daripada warganet.

Ayie bakal melanjutkan pelajaran ke Universiti Sultan Azlan Shah, Perak.

“Kebanyakannya terhibur dengan gelagat spontan ibu. Tapi ada satu komen ni benar-benar menyentuh hati saya. Katanya, arwah ibunya pun macam ibu saya juga, suka layan kerenahnya tolong rakam gambar. Saya pula ikut sedih sekali. Saya nak ambil kesempatan ini minta ramai-ramai doakan ibu saya yang akan jalani operasi jantung Oktober ni. Tak ada yang saya harapkan melainkan operasi ibu berjaya dan ibu sihat seperti sedia kala. Sayangilah ibu bapa kita, hargai mereka selagi ada, patuhlah setiap nasihat serta suruhan mereka. Nanti bila mereka dah tiada, dah tak dengar dah suara yang nak membebel atau nasihatkan kita,” katanya lagi. Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.