Lebih kurang 600 murid sekolah di satu sekolah ini terpaksa menjalani ujian selepas seorang guru mereka disahkan positif COVID19. Warganet sakit hati bila tengok semua ratusan pelajar kena buat sesuatu ini

Berita

Kira-kira 600 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga, Pulau Pinang terpaksa menjalani ujian selepas terdapat seorang guru wanita disahkan positif Covid-19.Berita itu ternyata menimbulkan kemarahan warganet apabila mereka mendapat tahu kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi sasaran akibat sikap tidak bertanggungjawab pihak lain.

Malah menerusi pemerhatian di laman sosial Twitter, warganet meluahkan rasa geram dan tidak senang melihat foto murid-murid menjalani ujian saringan Covid-19.Rata-rata ciapan menyatakan mereka tidak dapat membayangkan bagaimana anak-anak kecil itu berdepan dengan prosedur yang menyakitkan.Selain itu, beberapa foto yang merakamkan murid-murid sekolah menahan per1t sewaktu menjalani saringan Covid-19 itu juga mula tular dan masih menjadi perbualan di media sosial sehingga kini.Marah, geram, sakit hati, itulah antara respon warganet yang tidak diungkapkan dengan kata-kata sebaliknya dilahirkan dalam bentuk coretan bernada kecewa.

Terdahulu, seorang guru wanita berusia 40-an disahkan positif Covid-19. Guru wanita itu dilaporkan tidak sihat ketika di sekolah sebelum pergi mendapatkan rawatan di hospital Kedah.Dalam perkembangan terbaharu, dianggarkan lebih 50 murid Tahun Satu dan Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kemunting, di sini, bersama ibu bapa diarah menjalani ujian saringan Covid-19, semalam (2 Oktober 2020).

Arahan itu dibuat susulan seorang guru sekolah terbabit dikatakan mempunyai kontak rapat dengan suami yang menjalani kuarantin di rumah sebelum disahkan positif Covid-19 sebaik pulang dari Sabah.Setakat 2 Oktober 2020, sebanyak 287 kes baharu positif COVID-19 direkodkan sekali gus merupakan jumlah tertinggi pernah dicatatkan di negara ini.Menurut Dr Noor Hisham, negeri Kedah merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 129 kes diikuti Sabah, 113 kes dan Selangor dengan 31 kes.Foto: Dzul Afti

Reaksi Tunku Hajah Azizah Aminah Dan Anakandanya Meraih Perhatian Orang Ramai Selepas Melakukan Swab Test. Ini Reaksinya Sehingga Membuatkan Ramai Terhibur.

Pandemik Covid-19 di Malaysia kembali menunjukkan peningkatan sejak beberapa minggu lalu. Hal tersebut pasti membimbangkan semua pihak kerana hampir kesemua sektor sudah mula beroperasi. Oleh itu, ramai yang mulai menyedari kegawatan tersebut dengan mengambil inisiatif untuk melakukan swab test atau ujian saringan bagi memastikan diri bebas daripada wabak tersebut.

Lakukan ujian saringan Covid-19. Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut tidak ketinggalan melakukan swab test dan perkara itu dikongsikan baginda di laman Instagram miliknya. Selain Tunku Azizah, anakanda baginda iaitu Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah turut sama melakukan proses ujian saringan berkenaan. Namun begitu, kapsyen comel daripada Raja Permaisuri Agong telah berjaya meraih perhatian warganet kerana berseloroh dengan reaksi anakandanya semasa melakukan proses tersebut.

Comellah Tuanku & Tengku Ahmad. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan pelbagai komen selepas menonton video tersebut. Rata-rata memuji kecomelan Tunku Azizah dan Tengku Ahmad Ismail selain mendoakan agar baginda dan keluarga dilindungi Allah SWT. Kita jaga kita. Semoga Tuanku & anakanda diberi kesihatan yang baik

‘Susah Kalau Orang Sakit Jiwa!’-Tuanku Permaisuri Agong Jawab Komen tak baik warganet Di Instagram

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya terkenal dengan sikap ramah beliau bersama rakyat jelata terutamanya di media sosial. Sering berkongsi resipi masakan dan aktiviti menyulam yang dilakukan di akaun Instagramnya, beliau bagaimanapun tidak terlepas daripada perangai tak elok sesetengah warganet. Perkara itu dikongsikan sendiri beliau baru-baru ini menerusi satu hantaran dengan berkongsikan kembali tangkap layar komen buruk dari warganet yang di hantaran sebelumnya. ‘Apa masalah anda dengan saya’ Komen tersebut bukan sahaja tak sopan dengan memberitahu individu yang mengalami cirit birit agar hanya membuang air besar namun turut mengandungi kata-kata negatif seperti ‘si*l’ di penghujungnya.

Walaupun tidak dapat dipastikan daripada hantaran mana komen tersebut dibuat namun akaun @farisisbi**h merupakan akaun palsu berdasarkan nama dan gambar akaun yang digunakan warganet terbabit. Tidak mahu perkara tersebut terus berlaku, Tunku Azizah kemudiannya membalas kembali komen tersebut dengan bertanyakan ‘apa masalah anda dengan saya’ sebelum membuat hantaran berasingan dengan menyifatkan akaun tersebut mempunyai masalah sakit jiwa.

Rata-rata warganet kemudiannya yang melihat hantaran itu mengkritik perbuatan buruk itu dan mencadangkan agar beliau mengambil tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab memberikan komen itu. Raja Permaisuri Agong sebelum ini juga aktif di Twitter sebelum menutup akaunnya. Baca penjelasan penutupan akaun seperti yang kami kongsikan sebelum ini di pautan di bawah. Sumber: TheVocket

Raja Permaisuri Agong Jawab Isu Tutup Akaun Twitter

Selepas hampir dua hari menutup akaun Twitter, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kembali menghidupkan akaun Twitter rasminya pagi tadi. Baginda turut menzahirkan rasa kecewa berhubung tindakan polis menahan beberapa individu yang didakwa berkata negatif Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di media sosial. Menurut Tunku Azizah, walaupun sebelum ini baginda dan suami seringkali menerima kritikan namun tidak pernah membuat laporan polis. Baginda mengetahui isu penahanan individu tersebut daripada puterinya, Tengku Puteri Afzan Aminah Sultan Abdullah. Selain itu, Tunku Azizah berharap orang ramai bertenang dan sempat berseloroh dengan mengatakan ‘bertenang semua’ seperti yang selalu dipesan oleh puterinya setiap kali baginda bersedih.

Mendengar berita kembalinya Raja Permaisuri Agong di Twitter, rata-rata warganet berasa teruja dan gembira. Namun, akaun tersebut kembali ditutup selepas beberapa jam. Ini mungkin keputusan baginda untuk menutup akaun Twitter dan sebagai Rakyat, kita haruslah menghormati keputusan yang diambil oleh baginda. -TheVocket

Kerana warganet kurang sopan, Permaisuri Agong Tutup Akaun Twitter?

Sebagai rakyat biasa, adalah tidak mudah untuk kita dapat berinteraksi dengan keluarga DiRaja. Akan tetapi, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang aktif menggunakan Twitter rasmi miliknya @cheminahsayang membuatkan rakyat berasa mudah untuk berinteraksi. Raja Permaisuri Agong yang sering menggunakan medium tersebut untuk berinteraksi bersama rakyat dan berkongsi saat-saat indah baginda sebagai Permaisuri Agong selalu meraih perhatian warganet di Twitter.

“when i found out our Permaisuri Agong had deactivated her account, i am really devastated and i know all of us will miss her cute, cheerful tweets so here is some tweets that i ss-ed and haven’t deleted yet. just in case some of you want to reminisce the glory of @cheminahsayang ” Akan tetapi, semalam kecoh di media sosial Twitter apabila ada seorang pengguna Twitter yang telah berkongsi dengan bangganya telah block akaun Twitter Permaisuri Agong. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang menyokong tindakan pengguna tersebut dan melemparkan kata-kata yang tidak sopan. Setelah itu, rata-rata warganet mengkritik tindakan yang dilakukan oleh pengguna Twitter tersebut. “Saya sudah memaklumkan perkara ini kepada JSJ Bukit Aman, semua punca komen dr awal, komen yg kurang enak sudah sy serahkan bukti serta account profile yg menulis.”

Kemudian, ada yang mencadangkan untuk block dan report akaun pengguna Twitter yang bersikap tidak sopan itu. Malah, ada juga yang telah membuat laporan polis untuk menangkap pengguna tersebut. Setelah kekecohan berlaku, warganet terkejut apabila akaun Twitter Permaisuri Agong tiada lagi kerana telah ditutup. Berikutan itu, warganet menzahirkan rasa sedih mereka dan berharap agar baginda akan membuka akaun Twitter semula.”Tuanku permaisuri agong is the one that cheered my twitter. She was like a caring mother who is trying to get closer to her children.”

Akibat Penularan Wabak Covid 19 Tular Isu Mengatakan Akan Dikenakan Kuarantin Di Selangor. Ini Jawapan Dr Noor Hisham Bagi Kenyataan Tersebut.

MASIH belum ada perbincangan untuk mengenakan ‘l0ckdown‘ di Selangor, demikian tegas Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Ketua Pengarah Kesihatan berkata, kawalan kesihatan awam telah dijalankan dengan cara membendung kes dan kluster di negeri itu. “Jadi, kita harap kita dapat membendung penularan jangkitan dalam kalangan kes-kes yang telah dikesan dan juga kluster-kluster sedia ada.

“Kalau kita dapat laksanakan sebagaimana kita jalankan di negeri Kedah, kita boleh kurang Rt (kadar kebolehjangkitan) kepada kurang daripada 1. “Jadi, tindakan sedang aktif dijalankan di kawasan-kawasan tersebut. Kalau kita dapat jalankan tindakan tersebut, masih belum lagi kita bincang sama ada kita perlu l0ckdown atau tidak di Selangor,” katanya pada sidang media, petang Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengenakan ‘lckdown’ di Selangor berikutan negeri itu mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) lebih tinggi iaitu 1.95. Media sosial sebelum ini heboh dengan khabar angin bahawa terdapat cadangan untuk mengenakan l0ckdown di Selangor tidak lama lagi.

Dilaporkan bahawa Selangor mencatatkan kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi berbanding Sabah iaitu 1.95, di mana Rt menunjukkan kadar secepat mana penularan Covid-19 merebak. Ia berikutan peningkatan dalam jumlah kes harian baharu di Selangor sebelum ini daripada dua hingga tiga kes kepada 10 ke 15 kes.Sumber: Mstar

Covid-19: Kadar kebolehjangkitan di Selangor lebih tinggi berbanding Sabah

WALAUPUN peningkatan kes Covid-19 dicatatkan di Sabah, tetapi Selangor mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) yang lebih tinggi iaitu 1.95. Ia berikutan peningkatan dalam jumlah kes harian baharu di Selangor daripada dua hingga tiga kes kepada 10 ke 15 kes. RT menunjukkan kadar secepat mana penularan Covid-19 merebak. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia mengambil kira magnitud perubahan dan menunjukkan peningkatan risiko wabak yang lebih besar di negeri itu, sekiranya langkah-langkah pencegahan kesihatan awam tidak diambil.

“Nilai Rt di Sabah telah stabil walaupun masih berada pada tahap 1.26 semalam (29 September). Keadaan ini masih merisaukan kerana ia melibatkan bilang kes-kes baharu yang tinggi. “Nilai Rt mungkin akan meningkat, jika kita tidak mengambil langkah-langkah intervensi kesihatan awam yang optima,” katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebook pada Rabu.

Sementara itu, nilai Rt di Kedah menurun daripada lebih besar daripada satu (> 1) kepada 0.65 dan ia sejajar dengan kadar penurunan kes di negeri itu yang merekodkan hanya dua kes dalam tempoh empat hari. Noor Hisham berkata, keadaan itu menggambarkan pematuhan terhadap prosedur operasi standad yang ditetapkan. Sehubungan itu beliau mengingatkan adalah penting untuk semua rakyat Malaysia terus mematuhi SOP serta langkah-langkah yang telah ditetapkan kerajaan sebelum ini. – Bernama

Kes naik mendadak lagi. Terkini 287 kes positif disahkan hari ni. Mengejutkan KKM bongkarkan puncanya buat orang ramai tak senang duduk.

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 287 kes baru telah dilaporkan hari ini (2 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 11,771 kes. Daripada 287 kes kesemuaadalah kes tempatandan tiada kes import.

Tertinggi, Kedah (129), Sabah (113), Selangor (31). Dua kluster baharu di Selangor, Seri Anggerik (Hulu Selangor) dan Seri Setia (Gombak). Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 1540 kes. Manakala 22 pesakit berada di unit rawatan rapi dan 4 kes memerlukan bantuan pernafasan. Tiada kes pemergian baru menjadikan jumlah pemergian kekal sebanyak 136 kes. 81 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 10,095 kes.

Kes makin meningkat. Khairy Jamaluddin dedahkan harga vaksin covid 19 bagi setiap sorang rakyat Malaysia. Terkedu sampai macam ni sekali harga vaksin tu.

Kerajaan sedang meninaju harga indikatif pemerolehan bagi vaksin Covid-19 yang dianggarkan berharga antara AS$5 hingga AS$20 (RM21 hingga RM83) seorang bagi rkyat negara ini, menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bkar. Memetik laporan Astro Awani, beberapa vaksln ditawarkan kepada negara ketika ini dengan harga berbeza dan ker4jaan perlu mengkaji setiap vaskln terlebih dahulu. “Mengenai harga, kita sedang meninjau sekitar antara AS$5 (RM21) hingga AS$20 (RM83) bagi setiap orang. Ia adalah harga indikatif buat masa ini dan ia bergantvng kepada rundingan.

“Ada beberapa vaksln ditawarkan kepada kita dengan harga AS$5 dan ada juga lebih AS$20. Kita belum tahu lagi kerana ada beberapa vaksln mempunyai dos yang pelbagai dan kita perlu mengkajinya,” katanya seperti memetik laporan Astro Awani. Tambah Khairy, langkah itu belum pernah dilakukan oleh ker4jaan sebelum ini iaitu membeli produk yang belum dibuat dan diluluskan lagi. Bagaimanapun jelas beliau, kerajaan juga sedang mengkaji dari sudut perundangan mengenai pembelian awal vaksln itu.Sumber: Astro AwaniApa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Dikatakan Halau Pelajar Untuk Mendaftar. UITM Beri Kenyataan Berkaitan Isu Tersebut Dan Ini Keadaan Yang Sebenarnya Yang Berlaku Dan Harap Pelajar Semua Maklum

KUALA LUMPUR, 2 Okt — Universiti Teknologi MARA (UiTM) menafikan kenyataan yang mendkwa institusi pengajian tinggi awam itu telah menghalau pelajar susulan penangguhan pendaftaran secara fizikal yang berkuat kuasa hari ini. Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan kekeliruan yang berlaku adalah disebabkan salah faham berikutan sumber yang tidak tepat diperoleh para pelajar.

Menurutnya, UiTM telah mengeluarkan surat pekeliling berhubung arahan penangguhan pendaftaran para pelajar yang jelas menyatakan bahawa penangguhan itu dibuat semata-mata untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan para pelajar terpelihara.“Meskipun penangguhan pendaftaran secara fizikal dikuatkuasakan, ini tidak bermakna para pelajar yang mendaftar akan dihalau malah para pelajar diberi pilihan sama ada untuk pulang atau tinggal di kolej.

Jadi, saya tegas menafikan kenyataan yang mengatakan bahawa kita menghalau para pelajar seperti yang didkwa. Malahan kita mendekati para pelajar yang telah mendaftar lebih awal untuk membantu mereka susulan arahan penangguhan ini,” katanya.Bagaimanapun, Mohd Azraai berkata pihak universiti akan menjalankan siasatan terperinci berhubung aduan dan rungutn pelajar yang tular di media sosial bagi memastikan perkara itu tidak berlaku.

“UiTM tidak akan mengambil mudah dengan sebarang isu yang dibangkitkan kerana dalam suasana semasa, kita amat memahami sebarang kemungkinan, kesulitan dan kekeliruan yang timbul,” katanya.Sehubungan itu, beliau menyeru pelajar yang berhadapan dengan masalah seperti yang telah berada di kampus yang ingin pulang dan tidak pasti apa yang hendak dibuat supaya berhubung dengan bilik gerakan di kampus masing-masing bagi mendapat bantuan sewajarnya.Menyentuh isu yang mendkwa UiTM tidak menanggung segala kos penginapan para pelajar sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, beliau berkata kenyataan tersebut bukan kenyataan rasmi UiTM.— BERNAMA

Malaysia Dijangka Memasuki Gelombang Ketiga COVID-19, Kata KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 2 Okt (Bernama) — Malaysia dijangka memasuki gelombang ketiga COVID-19 selari dengan trend peningkatan jumlah kes di seluruh dunia kebelakangan ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.“Sekarang ini kita lihat pada peringkat permulaan untuk gelombang ketiga, jadi kes-kes telah dikesan bukan hanya negara kita tetapi juga negara-negara lain menghadapi peningkatan kes,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Ditanya mengenai unjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi kes COVID-19, Dr Noor Hisham berkata ia bergantung kepada tindakan KKM, pelbagai agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta seluruh rakyat Malaysia.“Kalau kita bersama dapat mengamalkan tindakan masing-masing iaitu patuhi SOP manakala KKM akan melaksanakan tindakan kesihatan awam, (sebagai contoh) PDRM akan melaksanakan sekatan jalan raya serta ATM mempertingkat kawalan sempadan, jalan-jalan tikus dan sebagainya.

“Kementerian juga akan mengambil tindakan untuk melindungi tempat-tempat seperti pusat jagaan warga emas dan depoh tahanan Imigresen, pnjara dan tempat tahanan yang lain,” katanya. Dr Noor Hisham berkata persiapan dan kesiapsiagaan KKM kali ini adalah lebih tinggi berbanding pada peringkat permulaan wabak iaitu dari segi persediaan mobilisasi petugas, jumlah Peralatan Perlindungan Diri (PPE) dan mesin ventilator.

“KKM telah menjalankan tindakan mobilisasi pasukan bantuan kesihatan, sebelum 27 Sept kami telah menghantar petugas-petugas kesihatan KKM ke Sabah di daerah tertentu (Tawau, Lahad Datu dan Semporna).“Kita akan melihat keperluan, kalau ada kita akan hantar lebih ramai lagi pakar-pakar (pakar pediatrik, pakar bius, pegawai perubatan dan jururawat) kita,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kluster Tembok di Kedah, beliau berkata jangkitan COVID-19 bagi kluster ini masih terkawal kerana ia adalah dalam kawasan tertutup iaitu di pnjara.“Ia tidak berada dalam komuniti dan Kluster Tembok ini sama seperti kluster di Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil,” katanya.Kluster Tembok hari ini mencatatkan 128 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 220.— BERNAMA