Lebih setahun senyap di ruangan IG. Azhar Osman kembali dengan berkongsi sakit yang dialaminya dan mahu warganet untuk mengurangkan pengambilan makanan ini yang membuatkan dia alami satu sakit

Artis

Lebih setahun menyepi daripada sebarang posting di IG,penyanyi Azhar Osman akhirnya muncul kembali dengan perkembangan terbaru darinya. Bagaimanapun,dalam perkongsian terbarunya itu,Azhar yang juga merupakan bekas duo Azhael memaklumkan bahawa sepanjang tempoh itu juga sebenarnya sedang menghidap sakit gatroesophageal reflux atau GERD.

GERD merupakan sakit pencernaan teruk yang berlaku apabila as1d perut mengalir masuk ke dalam saluran esofagus.Katanya, permasalahan itu kemungkinan daripada tabiat gemar pemakanan pedas yang diamalkannya.“Sepanjang tahun menghdiap dengan sakit GERD bukanlah sesuatu yang mudah, namun keadaan saya semakin baik dan masih lagi proses untuk pulih.

“Paling kecewa bila hilang nikmat makan,” katanya menerusi satu entri di Instagram.Hantaran tersebut dimuat naik Azhar selepas kali terakhir posting di Instagram dibuat pada 20 Ogos 2019.Pada masa sama, kata Azhar dia turut menasihati agar orang ramai mengurangkan pengambilan makanan pedas.

“Jadi, nasihat aku, jangan kuat sangat makan pedas melampau-lampaus. Anda tidak pernah akan tahu apa yang akan berlaku kemudian hari. Jagalah usus anda,” katanya.Sementara itu, di ruangan komen rata-rata mendoakan agar Azhar kembali segera pulih.“Tu laa.. lama tak nampak awak. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya.. huhu same la kita geng makan pedas.

“Saya juga pesakit GERD. Adakalanya saya deg1l makan yang pedas dan masam, lepas tu merana sendiri,” komen sebahagian pengikutnya. Sementara itu, sehingga artikel ini ditulis, Gempak masih lagi cuba mendapatkan komen lanjut daripada Azhar sendiri.Azhar merupakan bekas bintang kelahiran Akademi Fantasia Musim ke-10 bergandingan dengan penyanyi Hael Husaini.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook SimpleHijab

Foto gadis yang dimuatnaik Azhar di laman instgramnya dengan kapsyen bersimbol hati (love) mengundang pertanyaan peminat.

ALAHAI… Nampaknya makan hati habislah awek-awek ‘semalaya’ lepas ni apabila penyanyi Azhar Osman memuatnaik sekeping gambar bersama seorang gadis cun di akaun Instagramnya.Foto yang dimuatnaik pada Ahad mengundang pertanyaan warganet adakah gadis tersebut teman istimewa Azhar?

Lebih menjelaskan perkara tersebut, Azhar turut meletakkan kapsyen bersimbol cinta pada posting yang dimuatnaik itu yang sekali gus mengundang ucapan tahniah peminat dan rakan-rakan terdekatnya.Lucunya, ramai yang mula mengusik nakal sambil berharap bekas penyanyi duo Azhael ini segera menjamu peminat-peminatnya dengan ‘nasi minyak’.

“Ya, saya baru mengenali dia dua bulan lalu ketika dia menemani kakaknya di sebuah gelanggang badminton.”Nama dia Norsyuhada tapi saya panggil Syu je dan dia kini sedang menuntut di Kolej Universiti SEGI, di Damansara,” katanya kepada mStar Online.Kata Azhar, dia mengenali Norsyuhada dua bulan lalu di gelanggang badminton.“InsyaAllah akan diusahakan agar ada jodoh (ketawa),” katanya yang merancang untuk menamatkan zaman bujang pada usia 31 tahun di saat kedua-dua belah pihak sudah betul-betul bersedia.

Dalam perkembangan lain, kata pemuda berusia 29 tahun ini dia akan cuba memperlahankan aktiviti seninya kerana ingin memberi fokus untuk menyambung pengajiannya di peringkat sarjana.Dalam waktu yang sama dia kini harus menyelesaikan beberapa urusan seni antaranya menjalani penggambaran drama selain mencari material dan demo sesuai untuk single terbarunya bersama Warner Music.

Tak Boleh Nyanyi Solo Puncanya – Azhar

PENYANYI Azhar memberitahu perasaan kekok mengadakan persembahan solo pada pertandingan AF Megastar Ahad lalu menjadi punca dia gagal memberikan persembahan seperti diharapkan.Azhar atau Mohd Azhar Osman, 29, berkata, bergelar penyanyi solo bukan mudah kerana jiwanya lebih sesuai beraksi bersama kumpulan atau pasangan duo.

“Rasanya saya gagal menyembunyikan perasaan kekok dan tidak selesa membuat persembahan secara solo dan masih dalam peringkat membiasakan diri.”Ia jelas terpancar pada persembahan saya dan menyanyi seorang diri di atas pentas bukan jiwa saya kerana sudah terbiasa bersama pasangan duo sebelum ini,” katanya.

Tinggal kenangan… Azhar bersama Hael Hussaini.Bekas anggota kumpulan Azhael yang bergandingan dengan Hael Hussaini itu menjadi peserta pertama tersingkir pada konsert minggu pertama.Selain Azhar, penyanyi Adira Suhaimi juga turut mengalami nasib serupa.Sebelum ini Azhar bersama Hael pernah menyertai Akademi Fantasia 2013 dan berjaya bergelar naib juara musim tersebut.

Dalam pada itu, Azhar berkata, dia merancang untuk menubuhkan sebuah kumpulan atau mencari pasangan duo baharu bagi meneruskan karier nyanyiannya pada masa hadapan.Pun begitu, Azhar tidak mahu terburu-buru kerana dia sedar bukan mudah mencari pasangan sesuai kerana memerlukan harmoni dalam vokal mereka.

Azhar terkilan tidak dapat menyanyikan lagu tradisional.“Rasanya saya ingin tubuhkan kumpulan kerana di situ jiwa saya dan bukannya sebagai penyanyi solo namun bukanlah mudah mencari ahli atau pasangan duo sesuai.”Insya-Allah suatu hari nanti saya akan laksanakan impian itu,” jelasnya.

Mengulas persembahan pada AF Megastar, Azhar berkata sejak awal dia sudah menjangkakan akan tersingkir kerana melakukan beberapa kesilapan termasuk pemilihan lagu.”Saya dah duga dan ia kesilapan saya sendiri. Saya rela melangkah keluar daripada melihat rakan-rakan lain yang lebih berbakat tersingkir.”Cuma saya kecewa tak dapat menyanyikan lagu tradisional pada konsert itu,” katanya yang menyampaikan lagu berjudul Dalam Gerimis yang pernah dipopularkan kumpulan Visa.

Adakah Azhar Cemburu Kejayaan Hael Hussaini?

SEMENJAK pasangan duo Azhael berpech salah seorang anggotanya iaitu Azhar dilihat sepi daripada dunia hiburan berbanding rakan duetnya Hael Hussaini yang popular menerusi lagu Jampi.Mengakui namanya agak tenggelam namun pemilik nama sebenar Mohd Azhar Osman, 29, ini tidak pernah berasa cemburu dengan kejayaan Hael sebaliknya sudah menjangkakan sahabatnya itu akan berjaya dengan karier solo.

“Sebelum lagu Jampi dilancarkan saya sudah beritahu kepada Hael lagu itu akan menjadi popular dan dia akan bejaya sebagai artis solo.”Tidak timbul isu cemburu kerana saya memang sudah menjangkakan Hael akan lebih menyerlah dan itu adalah rezekinya dan paling penting dia lakukan apa yang disukainya.”Malah saya juga tidak ada masalah dia lebih popular kerana dia layak mendapatnya atas usaha dilakukan selama ini,” katanya kepada mStar Online.

Azhar dan Hael Hussaini (kanan) mula dikenali menerusi kumpulan duo Azhael.Penyanyi itu ditemui pada majlis pelancaran program AF Megastar yang diadakan pada Selasa lalu.Azhar bersama 23 lagi bekas peserta Akademi Fantasia bakal berentap bagi merebut gelaran juara pada pertandingan yang bakal bermula pada 3 September depan.

Untuk rekod, Azhael pernah bergelar naib juara program Akademi Fantasia 2013.Dalam pada itu, Azhar berkata, dia tidak kisah terpaksa bermula dari bawah untuk membina nama sebagai artis solo dan menyifatkan penyertaannya dalam AF Megastar dapat menjadi platform terbaik kepadanya.

Indah dan Azhar antara 24 peserta yang bakal berentap dalam pertandingan AF Megastar.Kata Azhar menerusi pertandingan itu nanti dia perlu membuktikan dirinya mampu bersaing sebagai penyanyi solo namun tidak menafikan ada rasa gementar dalam dirinya.”Sebelum ini saya sudah terbiasa mengadakan persembahan dengan Hael malah ketika menyertai AF dahulu saya berdua dengannya.

“Ia satu cabaran buat saya tetapi inilah masanya untuk saya buktikan kemampuan diri dan mampu bersaing sebagai penyanyi solo,” ujarnya.Sedar dengan elemen kejutan dalam AF, Azhar memberitahu dia bersedia sekiranya dia perlu mendendangkan lagu milik Hael iaitu Jampi.Dalam perkembangan lain, Azhar berkata, dia sepatutnya tampil dengan single solo pertamanya namun perancangan itu terpaksa ditunda bagi memberikan tumpuan kepada AF Megastar.Tags/Kata Kunci:

Azhar & Hael (Azhael) Mengaku Sering Berselisih Pendapat

Azhael yang dianggotai oleh Azhar (kiri) dan Hael mengakui sering berselisih pendapat berhubung karier seni mereka. Foto AZHAR ARIFPETALING JAYA: Kumpulan duo Azhael yang dianggotai oleh Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Azmi mengakui mereka sering berbalah atau tidak sependapat apabila berkaitan karier seni.

Azhar, 28, berkata, ia perkara biasa kerana mereka ialah dua individu berbeza serta mempunyai pemikiran tersendiri selain menganggap ia membawa kebaikan dalam memperbaiki hubungan dan memahami antara satu sama lain.”Apabila ada dua ‘kepala’ untuk semua perkara perselisihan pendapat atau berbalah itu perkara biasa kerana masing-masing ada pendirian sendiri.

“Saya pula melihat, apabila kami tidak sependapat dalam soal karier ia adalah perkara positif kerana kita akan lebih kenal pasangan dan memperbaiki apa yang kurang,” katanya kepada mStar Online.
Terdahulu lagu nyanyian Azhael iaitu Mencinta ciptaan Omar K bakal berentap dalam separuh akhir Muzik-Muzik pada minggu pertama iaitu Jumaat ini bagi merebut 12 tempat di Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31).

Azhael  dianggotai oleh Azhar (kiri) dan Hael teruja dapat bertanding pada Muzik-Muzik 31 Separuh Akhir.Dalam pada itu, Hael pula menegaskan perselisihan faham yang berlaku tidak pernah melibatkan soal peribadi sehingga menjejaskan hubungan profesional mereka.”Kami tidak pernah mencampur-adukkan soal kerja dengan peribadi kerana pada akhirnya ia tidak mendatangkan sebarang kebaikkan.

“Satu perkara baik apabila kami tidak sependapat idea selalunya akan datang mencurah-curah,” katanya.Bercakap mengenai perkembangan terbaharu Hael berkata, mereka merancang untuk melancarkan single tetapi akan memberi fokus kepada pertandingan Muzik-Muzik 31 terlebih dahulu.Katanya, mereka teruja apabila lagu Mencinta layak bertanding di peringkat separuh akhir dan menyifatkan ia sebagai satu pengiktirafan.

“Alhamdulillah impian kami untuk beraksi di pentas Muzik-Muzik akhirnya tercapai dan apa yang perlu kami lakukan kini adalah memberi persembahan terbaik pada separuh akhir nanti.”Siapa yang tidak mahu masuk AJL (Anugerah Juara Lagu) dan berharap kami dapat beraksi di pentas berprestij itu tetapi pada akhirnya ia terpulang pada rezeki,” katanya.Tags/Kata Kunci:

Azhar Tak Mahu Lagi Bercinta Dengan Artis

Kata Azhar, dengan pengalaman yang dimilikinya, dia kini mengubah haluan untuk memiliki cinta wanita yang tidak mempunyai kaitan dengan dunia hiburan.Ini kerana bekas penyanyi kumpulan Azhael itu tidak mahu topik perbualannya dengan pasangan kekasih nanti hanya tertumpu kepada bidang kerjaya sahaja.

Saya dalam fasa percintaan dengan gadis dikenali Syu, memang kalau boleh saya mahukan seorang teman wanita yang bukan dalam industri hiburan. Sejujurnya saya tak serik bercinta dengan artis, cumanya saya menggunakan pengalaman yang ada untuk kebaikan akan datang. Apabila bercinta dengan orang luar daripada bidang ini, banyak perkara yang boleh dibualkan dan tidaklah asyik bercerita mengenai kerja sahaja.

Terdahulu, Azhar dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan kepada Mstar Online pada 4 Julai lalu mendedahkan dirinya sedang mengenali hati budi seseorang.Mengulas lanjut mengenai perkahwinan, Azhar berkata, dia tidak mempunyai sebarang perancangan buat masa ini.Namun berharap hajatnya mengakhiri zaman solo dapat dilaksanakan sebelum usia 32 tahun.

Kalau boleh saya nak berkahwin dalam usia 31 tahun, kiranya umur begitu dah sesuai untuk saya memikirkan masa depan. Sebagai lelaki, pastinya kita mahu membina keluarga bahagia, namun semuanya bergantung kepada takdir dan jodoh.Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 29 tahun itu melahirkan perasaan terkejut kerana terpilih sebagai antara 12 peserta konsert mingguan AF Megastar.

Dengan peluang yang diperoleh, dia mahu membuktikan keupayaan yang ada, sekaligus menutup suara-suara sumbang yang mempertikaikan pemilihannya ke pentas pertandingan itu.Malah penyertaan tersebut turut meraih sokongan daripada orang terdekat termasuk keluarga, para peminat dan kekasih. Kredit foto: Instagram Azhar Osman.

Biarlah orang nak kata apa pun, saya akan cuba buat sehabis baik minggu ini dan buktikan kepada mereka di luar sana yang saya layak untuk berada di pentas ini. Saya tidak akan sia-siakan peluang ini dan berjanji untuk memberikan persembahan terbaik. Malah kekasih, keluarga dan peminat merupakan sumber kekuatan dan semangat untuk terus bersaing dalam program ini.

Menerusi persaingan AF Megastar, Azhar bakal dicabar oleh 11 lagi penyanyi lain iaitu Adira, Bob, Idayu, Indah Ruhaila, Syamel, Sufi, Ewal, Marsha, Shahir dan Amir.Konsert AF Megastar ke udara secara langsung di saluran Astro Ria, setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Azhar Dan Hael Kembali Bergabung?

Penyanyi Azhar Osman akui tidak mempunyai perancangan untuk berkolaborasi dengan bekas rakan duonya, Hael Husaini dalam tempoh terdekat ini.“Saya tidak menolak jika ada peluang bekerjasama dengan Hael pada masa depan. Bagaimanapun dalam masa terdekat saya tidak nampak ia akan berlaku memandangkan masing-masing sibuk.

“Saya sendiri sedang mempertimbangkan tawaran bernaung di bawah FMC Music,” katanya yang pernah bergabung dengan Hael membentuk kumpulan duo, Azhael.Dalam masa sama, Azhar meluahkan rasa rindu untuk kembali bersama Hael di pentas, lalu tidak mempunyai sebarang masalah jika ada yang sudi mengundang.

“Saya sentiasa mengalu-alukan tawaran menggabungkan kami di satu pentas. Apatah lagi, lagu Hujung Waktu masih ada permintaan hingga hari ini,” katanya.Sebelum ini, isu pembubaran Azhael mencetuskan persoalan di kalangan peminat, adakah pasangan ini bermasam muka hingga masing-masing mengambil haluan sebagai penyanyi solo.

Azhar yang tidak selesa disapa spekulasi itu, meminta netizen agar menoktahkan dakwaan yang tersebar.Tidak hanya itu, dia turut menafikan perkhabaran kononnya iri hati dengan kejayaan dikecapi Hael dalam acara Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) minggu lalu.Azhar berkata, antara dirinya dan Hael masih lagi berhubung meskipun tidak sepakat dalam haluan muzik.

“Ketika masih bersama, saya pernah cakap Hael ada potensi cerah jika bergerak solo. Terbukti dia berjaya dan saya tumpang gembira.“Saya sendiri keliru macam mana boleh timbul cerita saya iri hati sedangkan selama ini sentiasa menyokong Hael. Kami kerap berbalas mesej memberikan kata-kata semangat.

“Orang kita suka cakap semberono. Mereka tidak tahu cerita sebenar dan sesuka hati buat andaian.“Saya dan Hael tak pernah canang persahabatan kami. Kami yakin peminat akan nampak dan tahu sendiri. Apa yang penting, jangan bermasam muka atau bergaduh. Kita buat baik dengan semua orang,” katanya.

Sementara itu, Azhar berkata, dia juga terbuka untuk menyanyikan lagu karya Hael sekiranya diberi peluang.“Saya tahu Hael boleh menghasilkan lagu. Bahkan ketika bergerak sebagai Azhael, saya pernah menyarankan dia buat lagu untuk kami, tetapi dia tidak berapa yakin.“Sekarang, dia bukan sahaja mencipta nama sebagai penyanyi, tetapi turut disegani sebagai komposer hebat. Pendek kata siapa yang tidak mahu menyanyikan lagu ciptaan dia?

“Saya pasti tidak tolak jika dia buat lagu untuk saya. Namun, saya kena kenal pasti genre terbaik untuk saya terlebih dahulu dan mungkin selepas itu akan berbincang mengenainya,” katanya.Azhar dan Hael membuat kemunculan menyanyikan lagu popular Azhael, Hujung Waktu, sewaktu majlis resepsi pasangan Fizi Ali dan Shakilla Koriri baru-baru ini.Azhael yang mula aktif sejak 2013 akhirnya ‘tidak aktif’ selepas Hael mengambil keputusan untuk bergerak secara solo.

Dikatakan ‘Lelaki Lembut’, Kritikan Paling Teruk Bagi Azhael

Kumpulan Azheal mengakui kritikan paling teruk yang pernah diterima mereka selepas keluar dari program Akademi Fantasia 2013 (AF2013) adalah dituduh sebagai lelaki lembut atau gay.Bagaimanapun, Azheal yang dianggotai oleh Mohd Azhar Osman, 25, dan Hal Husaini Razmi, 25, berkata, mereka tidak melenting sebaliknya menunjukkan sikap profesional seperti yang pernah diajar ketika berada di AF2013.

“Kami hanya gelak sahaja bila ada yang menuduh kami sebagai lelaki lembut atau g4y.“Pada saya tidak ada gunanya untuk kita melenting atau marah kerana itu lebih membuat mereka berkata gosip itu adalah benar,” kata Azhar kepada mStar Online.Mereka juga lebih senang untuk berdiam diri dan enggan melayan kenyataan yang tidak berasas berkenaan.

Sementara itu, Azhar berkata, sejak beberapa bulan bergelar anak seni, dia mengakui berasa janggal apabila segala pergerakannya diperhatikan masyarakat.Malah dia perlu sentiasa menjaga penampilan apabila keluar dari rumah.“Kami sedar bukan semua perkara manis sahaja apabila jadi popular ini, semua pergerakan ada sahaja mata yang memerhati.

“Kalau dulu boleh keluar rumah pergi kedai pakai baju selekeh dan seluar pendek, tapi sekarang kena jaga penampilan sentiasa,” katanya.Sementara itu, kata mereka, setiap kritikan yang membina daripada semua pihak dapat membantu mereka untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih bagus.-mStar