Lelaki ni boss pada satu syarikat ni. Satu hari ada sorang gadis baru masuk kerja sabagai staff baru. Dia bagi kerja yang banyak kat gadis tu supaya gadis tu boleh stay lama dekat office. Rancangannya hampir menjadi tapi tiba tiba gadis tu datang bagi dia sesuatu yang membuatkan dia terkejut dan tergamam.

Ceritanya begini.. aku seorang majikan yang ada syarikat pembinaan sendiri.. tahun lepas aku ada ambil seorang staf perempuan bekerja di syarikat aku..untuk jaga office aku, buat kerja2 admin atau kadang2 sebagai personal assistant aku.. dalam office aku, ada juga budak2 perempuan lain..tapi masa aku interview budak ni, aku terus suka untuk ambik dia bekerja..

Soalan yang aku tanya time interview, dia konfiden jawab walaupun jawapan dia tu langsung tak btul dengan jopscope kerja yang dia pohon.. aku jadi terhibur di situ. lalu aku ambk dia bekerja. aku namakan dia yana.. Aku letakkan gaji yang serendah2nya kat budak ni. sebab aku nak uji dia. tak sangka dia terima tawaran gaji aku. makin lama dia bekerja dengan aku, aku betul2 puas dengan hasil kerja dia. tiap kali aku tengok punch card, dia orang yang paling awal datang dan paling lambat balik. kampung aku di johor, office aku di KL. tiap kali aku balik johor, aku selalu call office luar wakatu pejabat, untuk tahu yana ni masih stayback atau tak.

Dan dia memang stayback sampai malam sebab workload kerja yang terlalu banyak. apa yang aku suka kat yana ni. dia bukan jenis yang gedk2. aku tengok dia style sempoi2 je. makeup pun tak pakai. jenis bercakap dengan aku pun kalau ada hal kerja sajaja. nak bandingkan dengan staf perempuan yang lain, diorang memang jenis gedk nak menempel dengan aku..

Partner bisnes construction aku ni, kawan baik aku sndiri. aku namakan dia zam. Zam ni selalu datang office aku lepak2. Sejak yana ni kerja, makin kerap pula zam ni datang office aku. yang aku peliknya, yana ni boleh pulak bergurau dengan zam ni.

Tapi dengan aku, yana cuma akan bercakap benda yang penting saja. Aku dapat rasa yang yana ni jenis malu dengan aku. Aku kat rumah pula, isteri aku slalu desak nak itu nk ini. Kadang2 aku rasa tertekan bila isteri nak macam2 dan kuat bising suka tuduh aku macam2. Aku syangkan isteri dan anak2 aku. cuma aku stress kalau aku selalu kena tuduh benda yang aku tak buat. Paling buat aku serabut, bila isteri aku bawak adik lelaki dia tinggal dengan kami tanpa persetujuan aku.

Adik dia umur 25, tidak berkerja dan sudah menetap di rumah aku 5 bulan. Aku yang menanggung kesemuanya. Isteri aku juga suri rumah. Dan adiknya tidak berkerja. Hal2 macam ni, bila aku ajak isteri aku berbincang, dia akan mengamuk cakap aku berkira.

Aku bukan berkira, tapi aku rasa tak adil untuk aku tanggung orang yang ada kudrat untuk mencari rezeki. Aku ada adik perempuan yang berumur 21 thun, adik aku yang perempuan ni pun sanggup buat partime di stesyen minyak untuk mencari rezeki, walaupun tahu aku dan ibu bapaku mampu untuk tanggungnya, bayangkan adik ipar aku yang lelaki, boleh bermalasan di rumah aku berbulan2 lamanya.

Hari demi hari, aku makin bosan di rumah. Aku akan lepak di pejabat habiskn kerja2 aku. Pada 1 malam tu, aku lepak dengan zam kat ofis. Zam banyak masukkan cerita pasal yana kat aku. Cara zam cerita, dia macam dah suka pada yana.entah kenapa aku tiba2 rasa cemburu. Yelah sebab yana ni staf aku. Personal assistant aku.

Malamtu aku pergi ke meja yana dan aku duduk di kerusi dia. Meja dia tersusun rapi. Kemas. Aku buka pc dia. Aku selongkar apa yang patut. Aku jumpa facebook dia yang dia terlupa nak log out. Aku tengok semua gambar2 dia. Terkejut aku bila tengok P.A aku ni rupa2nya ada superbike. Memang jenis ride moto jauh2.

Patutla aku tengok yana ni macam tak pandai berhias macam perempuan lain. Dia jenis kasar. Tapi aku suka tengok dia. Sebab dalam kasar dia, aku nampk kelembutan dia sebab dia jenis malu nk borak dengan aku. Dia comel sangat.

Aku tengok satu persatu post yana. gambar2 dia banyak yang dia ride solo..dari gambar2 dia, aku dapat rasa macam dia ride untuk lepaskan kesedihan. Aku buka messenger fb dia. Ramai lelaki msg. Tapi dia tak layan. Ish.. Aku tak tahu kenapa hati aku berkobar terhadap yana isteri dan anak2 kat rumah aku layan macam biasa dan Bila isteri aku teruskan sikap membebel2 kat aku aku dah tak rasa apa2.

Aku tak rasa nak marah. Nak sentap..aku cuma rasa kosong. Oh ya, isteri aku dari sblum kawin suka tuduh aku selingkuh. Benda yang aku tak pernah buat dan aku paling tak suka kena tuduh. Aku tak pernah sembunyi apa2 dari isteri aku. Hidup aku cuma kerja dan family. Hp pun aku tak letak password. Isteri aku blh access anytime. Tapi jiwa aku lelaki.

Bila aku balik rumah, tak di sambut dengan keceriaan, aku rasa rumah aku sangat hambar. Setiap hari ahad, aku paling gembira untuk tunggu isnin. Sebab aku dapat rasakan sesuatu perasaan pada yana. Aku suka hari isnin smpai jumaat, sebab tu hari berkerja. Aku boleh tengok yana.

Oh ya, yana 12 tahun muda dari aku. Aku buat macam2 untuk bagi yana berkomunikasi dengan aku. sebab dia memang tak kan bercakap dengan aku kalau tak ade hal. Aku bagi dia kerja yang susah, supaya dia dapat masuk bilik aku untuk brtanya cara nak selesaikn kerja tersebut. Aku bagi dia kerja last minit supaya dia dapat stayback sorang2 so aku dapat tenung dia. Tapi lama2 yana dah makin perasan yang aku sukakan dia. Dia makin mengelak dari aku.

Tiap hari, tepat jam waktu pulang, dia akan kemas2 barang dan balik terus tanpa stayback. Sikap yana membuatkan ego aku sebagai lelaki semakin berkobar2 untuk rapat dengan dia. Terus terang aku cakap, aku jatuh cinta pada yana. Kadang2 hari hujung minggu, aku call yana untuk buat2 tanya hal kerja. Tapi dia reject call aku mentah2. Haha. Waktu birthday dia, aku pakat dengan staf2 yang lain untuk buat surprise.

Tapi bila tiba hari jadi dia, dia tak datang kerja. Ambik MC. Haha. Seperti tahu rancangan aku. aku tak putus asa sampai satu hari tu, aku paksa dia stayback, sebab memang ada kerja penting yang nak kena siapkan. Waktu dia tengah siapkan kerja, aku duduk depan meja dia. Aku tanya dia satu persatu hal peribadi dia. mungkin luck aku baik haritu. Yana layan borak aku. Dari situ baru aku tau dia tipu aku pasal kelulusan pendidikan dia..

masa interview, dia tipu aku dia cuma ada spm je..tapi sebenarnya, dia lepasan ijazah sarjana. Sarjana ok bukan sarjana muda. Patutla aku tengok dia sangat profesional walaupun baru berumur pnghujung 20 an. Aku cakap kat dia aku nak belanja 1 ofis makan sebagai tanda penghargaan dari syarikat aku. Dia setuju.

Tiba malam dinner tu, yana datang dengan staff2 lain. Aku tengok dia cantik sangat2. Aku memang nampak kelembutan sebenar yang dia sembunyikn dari dalam diri dia. Tu first time aku tengok yana makeup. Aku tengok cara dia respect wife aku. anak2 aku. Hati aku memberontak untuk dapatkan yana.

Aku buat plan baru. Bawa staf pergi bercuti dia pulau. Wife aku tak nak ikut. So aku bawak anak2 je. Kat pulau tu, aku ambik 1 chalet dengan zam. Anak perempuan aku umur 7 tahun, merengek nak tido dengan yana. Pukul 2 pagi, anak aku call. “Daddy bawakkn stokin,adik sejuk”.

Anak aku jenis tak tahan dengan aircond. Aku pergi hantar stokin kat chalet dia. Aku tekan loceng, anak aku bukakan pintu. Yana, tidur tak sedar2. Siap berdengkur lagi. Suhu bilik, ya Allah. Punyala sejuk. Patut anak aku tak tahan sejuk.

Aku cakap kat anak aku, pergi kejutkan aunty cakap daddy panggil. Anak aku pergi kejut yana. Dia bangun, pastu tido balik. Mgkin yana ni letih sangat jadi dia macam awang-awangan. Staf lain aku sumbat je duk bertiga, cuma yana sahaja aku letakkan dia sebilik dengan anak aku.

Aku masuk chalet tu berdiri tepi tempat tido yana. Dia memang tido tak sedar apa. Iman aku btul2 diuji bila tengok yana. Tu kali pertama aku tengok dia tak bertudung. Dengan pakai seluar pendeknya. Aku sentuh tangan yana. Aku kejut dia perlahan2. Terkejut dia aku buat macam tu. Aku bagitau dia aku nak slowkan aircond sebab anak aku tak tahan sejuk.

Dia cakap ok. Muka merah padam sebab terkejut aku dalam tu. Lepas aku slowkn aircond, aku terus keluar. Aku smpai bilik, aku tetakat yana untuk mintak maaf. Aku bagi alasan masuk bilik dia sebab anak aku kejut tapi dia tak sedar. Dia just balas ok.

Sepanjang mlmtu aku tak boleh tidur sebab pikirkan yana. Patutlah orang selalu cakap, orang yang tak suka makeup, jenis sempoi2 ni, sebenarnya cantik sangat. Dalam fikiran aku sntiasa terbayang2 wajah yana yang tengah tido sebentar tadi. Stan betul perasaan yang aku cipta sendiri.

Lepas balik dari family day, yana tak datang kerja. Dia ambk cuti tambahan untuk balik kampung. Aku jadi susah hati. Aku whatsapp naik 1 line saja.. lepas 2 hari, yana datang kerja balik. Hati aku lega. tapi dia hulurkn aku 1 kad.

Hati aku berdebar2. Bila aku buka kad tu, rupa2nya jemputan perkahwinan yana. Hancur hati aku. Aku cakap pada dia, masa bila brcinta, diam2 dah nak kahwin. Yana jawab, dia tak kenal. family yang aturkan. Dah 5 bulan family dah aturkan..

Hati aku btul2 hancur beb.. lagi 2 bulan yana akan mendirikan rumah tangga. apa korang patut aku buat. Aku betul2 rasa kecewa sekarang.. tolng bantu aku..macamana aku nak dapatkan yana.. aku macam dah jatuh cinta dengan dia.. aku pun dapat rasa yana macam dah selesa dengan aku.

bila tengok kad tu, aku rasa yana bersedih dengan perkahwinan dia. sebab tu dia banyak ride solo. mendiamkan diri. korang rasa macam mana? Yana tinggal dengan mak tiri dan ayah kandung. Aku betul2 sanggup jaga dan taggung yana. patut ke aku cantas je perkahwinan yana..

Kredit : cerita ohsem.

Diharapkan pengkongsian ini memberi dapat manfaat dan dijadikan tauladan buat semua pembaca semua. Diharap pembaca juga dapat mengambil yg baik- baik yang tak elok jangan ikut pula.

About ApamPink 1312 Articles
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah-ertikan, kami tidak akan bertanggungjawab. JIKA ANDA SUKAKAN SALAH SATU ARTIKEL, JANGAN LUPA SHARE...