Lelaki ni nekad bernaikan diri bawa kekasih check in hotel malam tu. Tiba tiba lepas kejadian malam tu ini yang jadi pada lelaki ini buat dia menyesal seumur hidup.

Kehidupan

Foto sekadar hiasan.

Masa zaman remaja, aku sering memberontak sebab selalu dikongkong. Di rumah ibu bapa kongkong. Di sekolah lagi teruk, asrama penuh. “Patutnya ada TV di asrama, barulah fikiran terbuka”, aku zahirkan rasa tidak puas hati aku kepada rakan aku.

Saat ditunggu tunggu akhirnya tiba, aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti yang terletak di pusat bandar. Aku amat teruja kerana akhirnya aku akan mendapat kebebasan mutlak. Ketika berada di bandar tanpa pengawasan ibu bapa dan guru, aku mencuba segala benda yang aku tak pernah cuba ketika berada di kampung. Tiga benda sahaja aku tak pernah cuba lagi iaitu rkok dan bahan terlarang.

Bila di universiti, mestilah kita nak cari kekasih. Dipendekkan cerita, aku berkenalan dengan seorang gadis. Cantik dan sopan orangnya. Aku membuka langkah berhubung dengan dia sampailah kami pun “couple”. Bila bergelar kekasih, aku sering membawa dia “dating”. Aku tak pernah fikir nak melakukan perkara terkutuk dengan dia masa itu. Maklumlah orang “baik”, solat 5 waktu, puasa sebulan penuh, dan macam macam lagilah. Jadi memang tak berniat langsung nak buat perkara terkutuk ketika itu.

Akan tetapi, tingkatan perhubungan kami mulai naik ke peringkat lebih tinggi. Bukan melangsungkan perkahwinan tetapi mula berani bersembang ‘nakal’ di Whatsapp. Wah, aku pun syoklah al maklumlah tak pernah dapat mesej macam tu. Jangankan mesej ‘nakal’, kantoi “couple” pun dipanggil ke bilik disiplin kalau di waktu sekolah aku dulu.

Dengan kebebasan yang aku miliki, tanpa ibu bapa yang melarang, guru guru yang menghalang, aku pun sering mengajak kekasihku itu menonton wayang di waktu malam. Pada suatu malam, aku memberanikan diri untuk mengajaknya buat perkara terkutuk di sebuah hotel bajet. Itulah hari malang buat diriku.

Pertama, proses tu secara haram yang aku lakukan memberi kesan negatif kepada kerohanian aku. Nak beribadah jadi malas. Nak berdoa tak mahu sebab anggap Tuhan dah tak pandang. Bila ada masalah, dah tak mencari Tuhan sebab rasa Tuhan tak layan. Stress seorang diri dan terasa lemas di lautan kegelisahan.

Kedua, dosa perkara tu tanpa nikah ini juga membuatkan rezeki aku bertambah sempit. Manakan tidak, duit poket yang diberikan ibu dan ayah disalahgunakan untuk check in hotel, belanja kekasih, dan berjoli sana sini. Selain rezeki berbentuk wang, rezeki masa juga ditarik serta merta. Sehari rasanya seperti seminit sehingga assignment tidak siap, waktu belajar tidak cukup, dan kelas banyak yang ponteng. Semua benda tak sempat.

Di samping itu, hidup aku juga jadi kelam kabut dan tak tentu hala. Walaupun dapat kerja berprestij selepas belajar, stress berpanjangan. Duit gaji yang diperolehi walaupun banyak tetap tidak cukup. Nak kahwin tapi tak dapat dapat. Di beri macam macam halangan. Banyak cita cita tergendala, impian tertunda, dan matlamat tak ke mana.

Banyak lagi kesan dan perasaan yang aku nak ceritakan tapi cukuplah ini sahaja. Moga menjadi pengajaran. Aku cerita berdasarkan pengalaman aku dan benda yang aku cakap tadi memang benar benar berlaku. Ada sebab kenapa Allah haramkan benda yang Dia haramkan. Janganlah persoalkan, ikut sahaja apa Dia suruh. Confirm kau selamat dunia dan akhirat. Aku berpengalaman ingkar perintahNya jadi aku tahulah. Doakan taubatku, doaku, dan ibadahku diterima Allah SWT.

Reaksi warganet

Norizan Manaf – Nasihat yang baik. Dia sedar sebab hati dia masih bersih. Masih terbuka pintu keampunan, bertaubat lah dengan bersungguh. Berusaha lah u halalkan kekasih awak tu. Kesian dia, aku sedih bila melibatkan maruah seorang wanita. Sedih bila fikirkan perasaan mak ayah perempuan tu.

Noor Afidah Alias – Yaaaa. Tepukan gemuruh untuk confessor lelaki kita. Bukan nak perli, sindir tak de maknanya. Aku duk terpikir mana la confessor lelaki ni. Lelaki tak de masalah ke, tak de kisah silam yang boleh dikongsi ke, alahai bahagianya hidup. Haaa… Rupanya macam ni.. Alhamdulillah Allah masih sayang, masih diberi kesempatan untuk bertaubat. Semoga semua yang berlaku menjadi jalan anda menuju ke syurga. Jangan putus asa, terus berusaha raih keampunan Allah. Amin.

Ainie Fauzai – Cukuplah. Bayangkanlah kekasih awak tu adalah orang yang terdekat awak. Adik perempuan awak ke. Walaupun kekasih awak tu rela menyerah tapi itu bukan lesen untuk terus buat perkara terkutuk. Bayangkan anak perempuan awak dibuat perbuatan yang sama macam awak buat kat kekasih awak.

Nazieha Li – Cerita yang ringkas tapi mesejnya sampai. Walau kau tak cerita details cara kau berubah tapi syukurlah kerana Allah bagi peluang taubat. InsyaAllah keampunan dan kasih sayang Allah melangit luas. Allah sediakan syurga untuk hamba hamba Nya. Jadi usahalah sehabis daya menempah tiket ke sana.

Adam Rao – Masa aku keja kilang dulu, senior atas aku balun budak praktikal dalam bilik rework. Zaman keja kilang nie budaya balun pompuan nie satu kewajipan nak kata dia tu champion berapa power dia boleh dapat. Nasib baik aku bukan jenis jahat main anak orang. Jahat belah lain. Karma dengan balasan tu akan mari. Ada salah sorang kaki balun kilang aku, berakhir semua anak dia dapat pompuan. Takda jantan. Mula lah nak teringat dosa silam dia balun anak orang.

Noradila Ismail – Taubat dan kawenlah dengan kekasih awak. Dah kawen baiki diri dengan buat kebaikan. Bimbing diri dan pasangan. Dosa takle padam tapi boleh taubat. Mungkin kena buang rasa malu dan mula berdoa kat Allah supaya pimpin hati ke pangkal jalan. Susah tapi kena terus jalan ke depan.

Syafina Zul – Pada orang yang redah sebelum masa ni, acik selalu ingatkan, 1. Bertaubat, moga Allah terima taubat kamu. 2. Ingat benda terkutuk itu hutang. 3. Suka atau tidak adik perempuan kamu Di buat oleh orang lain 4. Mohon maaf kepada bapa perempuan tersebut, kerana telah cemarkan maruah keluarga mereka.

Nak marah pun tak guna, benda dah berlaku. Tapi ingat, kita jaga maruah orang, Allah jaga maruah kita. Andai ada benih yang hidup jangan tambah dosa dengan membuangnya. Berani buat, berani tanggung. Anak tu tetap suci, yang haram perbuatan bapa kandung Dan ibunya.

Sumber – X (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Tiga syarat taubat nasuha


MANUSIA memang tidak lepas daripada dosa, tetapi persoalannya sejauh mana kita mencuba menghindarinya dan tekad untuk bertaubat serta tidak mengulangi semula. Ada dalam kalangan umat Islam yang bersikap sambil lewa dalam hal itu, malah ada menyedari dosa yang dilakukan, tetapi mengambil sikap gemar menangguhkan hasrat bertaubat dengan memberikan pelbagai alasan.

Antara dalih yang sering digunakan ialah usia masih muda, tanggapan pintu taubat sentiasa terbuka luas dan berpandangan belum tiba waktu sesuai untuk kembali kepada jalan diredai Allah SWT. Ketua Imam, Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, Mohd Radhi Abdul Ghani, berkata tidak dapat dinafikan setiap manusia itu tidak lari atau sunyi daripada

melakukan kesilapan, termasuk perkara yang menjerumuskan kepada dosa. Bagaimanapun, kata Mohd Radhi, apa yang membezakan setiap Mukmin adalah kesanggupan untuk bertaubat kepada Allah SWT. “Allah SWT berfirman pada akhir ayat 31, Surah An-Nur: “Orang yang bertaubat ialah mereka yang akan beroleh kejayaan.”

Taubat nasuha

“Mesti diingat, perkara terkutuk atau dosa yang tidak dibasuh dengan taubat, akan tinggalkan kesan karat pada hati. “Janganlah berlengah sehingga seluruh hati diselaputi karat dosa kerana pada waktu itu, kalbu tidak lagi menerima limpahan nur dari Allah SWT,” katanya. Mohd Radhi berkata, Allah SWT memerintahkan setiap hamba supaya bertaubat dengan selengkapnya, dengan melakukan taubat nasuha.

“Ada tiga syarat dalam melaksanakan taubat nasuha, ia termasuk individu itu mestilah mempunyai perasaan bersalah lalu terus tinggalkan perbuatan dosa berkenaan. “Kemudian, individu berkenaan perlu menyesalinya dan berazam tidak akan mengulanginya lagi, barulah ia akan diterima oleh Allah SWT,” katanya.

Tambahnya, perbuatan dosa pula terbahagi kepada dua, iaitu dosa kecil dan besar. Dosa kecil akan diampuni oleh Allah dengan segala amal kebaikan yang dilaksanakan seperti solat fardu, membaca al-Quran dan beristighfar. Bagaimanapun bagi dosa besar, ia hanya akan diampuni dengan melakukan taubat nasuha, sekali gus setiap Muslim bertanggungjawab mengetahui perkara yang dikategorikan sebagai dosa besar.

“Imam al-Zahabi dalam kitab al-Kaba’ir menyenaraikan lebih 70 perkara sebagai dosa besar. Justeru, tiada istilah kita melakukan perkara terkutuk dengan alasan tidak tahu,” katanya. Katanya, sebaiknya setiap umat Islam perlu sedar setiap dosa dilakukan kerana kesedaran itu jalan kepada penyesalan dan seterusnya memohon taubat kepada Allah SWT.

“Usah tunggu sehingga kita tiada rasa bersalah lagi apabila melakukan perkara berdosa. “Antara tanda taubat kita diterima, hati semakin lembut dan terbuka untuk melakukan ibadat, selain mudah tersentuh apabila berbuat perkara terkutuk dan menyesalinya,” katanya.

Tiga cara taubat diterima

MENGAPA kita memilih jalan untuk bertaubat? Kerana ia jalan ke syurga. Sebab jalan ke nrk itu adalah dosa. Taubat secara sederhana melepaskan diri daripada dosa yang pernah dilakukan. Taubat ertinya menyesal seperti menyakiti teman kita, lalu kita menyesal atas perbuatan itu. Itu termasuk taubat.

Kerana itu orang yang dianggap bertaubat adalah bila mana dia menyesal dan tidak mengulangi perbuatannya. Hadis Nabi SAW menyatakan: “Penyesalan itu adalah taubat.” Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hiban. Namun tentu saja tidak cukup dengan menyesal, kita juga mesti berazam tidak mengulangi kesalahan itu.

Bagaimanakah agar taubat kita diterima Allah SWT? Seperti kita menanam padi, bagaimana ia boleh menghasilkan beras yang baik, dapat dijual dan dimakan? Atau bagaimana kita pandai atau kaya? Jawapannya mesti ada cara atau syarat dan langkah sesuai dengan tujuan yang kita maksud.

Taubat pun sedemikian supaya ia boleh diterima, ada langkah yang perlu dilakukan. Menurut Imam al-Nawawi, seorang ulama ahli hadis dan fiqh dalam kitab Riyadhus Salihin, ada tiga cara taubat kita diterima Allah SWT. Pertama, hendaklah kita menjauhi dosa atau perkara terkutuk dilakukan. Kedua, menyesal atas dosa yang kita lakukan. Ketiga, berazam tidak mengulangi lagi kesalahan yang dilakukan.

Jika itu berupa tuduhan, maka kita perlu memberinya kesempatan melakukannya atau meminta maaf kepadanya. Jika berupa ‘ghibah’ iaitu menceritakan keburukan orang lain, maka kita harus meminta maaf. Contoh dosa kemanusiaan ialah seperti bila kita ambilkasut orang, maka caranya selain bertaubat dengan tiga syarat berkenaan, kita juga mesti memulangkan kasut terbabit.

Jika kita tidak melakukan itu, maka seperti ingatan Rasulullah SAW bermaksud: “Orang yang pergi, tapi masih punya tanggungan berupa hutang kepada orang lain, maka orangnya akan menggantung di antara langit dan bumi sebelum dia membayarnya.” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Sa’id dari Sa’ad bin Malik bin Sinan al-Khudri, diceritakan kisah taubat seorang yang bnh 100 orang. Rasulullah bersabda bermaksud: “Dulu sebelum kalian, ada seseorang lelaki bnh 99 orang, kemudian ia mencari seorang yang paling alim di muka bumi ini, maka ia ditunjukkan kepada seorang pendeta (rahib).

Maka ia pun datang kepadanya dan mengatakan bahawa ia sudah buat 99 orang, apakah ia masih boleh diterima taubatnya? Jawab pendeta: “Tidak.” Maka dia mengasari pendeta itu sehingga sempurnalah ia mengasari 100 orang. Kemudian ia mencari lagi seorang paling alim di muka bumi ini, maka ia ditunjukkan kepada seorang alim dan berkata bahawa ia mengasari 100 orang, apakah masih bisa diterima taubatnya?

Jawab orang alim itu: “Ya, siapakah yang dapat menghalangi taubat seseorang. Berangkatlah ke sebuah desa di sana. Sesungguhnya di desa itu penduduknya menyembah kepada Allah. Sembahlah kepada Allah bersama mereka dan jangan kembali ke kampungmu. Sesungguhnya kampungmu itu tempat yang buruk.”

Maka berangkatlah orang itu. Ketika sampai di tengah perjalanan, dia pergi. Maka berselisih Malaikat Rahmat dan Malaikat Azb. Malaikat Rahmat berkata: “Ia datang bertaubat kepada Allah dengan hati ikhlas.” Kata Malaikat Azb: “Ia belum pernah berbuat kebajikan sedikitpun.”

Akhirnya datanglah malaikat lain dengan bentuk manusia, lalu mereka menjadikannya sebagai hakim. Kata hakim: “Ukurlah antara dua tempat, manakah yang lebih dekat bererti itu untuknya.” Maka mereka mengukurnya, ternyata lebih dekat kepada tempat yang ia tuju, maka dia diterima oleh Malaikat Rahmat.” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Begitu besar ampunan Allah SWT, bahkan untuk seseorang yang menasari 100 orang sekalipun. Jadi, siapakah yang dapat menghalangi taubat seseorang? Jawabnya, tidak seorang pun. Kerana Allah SWT Maha Pemurah dan Maha Pengampun, sehingga Dia tidak akan menutup pintu keampunan-Nya, seorang hamba mengalirkan air mata dan memohon belas kasih Rabb-Nya.

Dalam satu hadis lain dikatakan: “Sesungguhnya Allah menerima taubat hamba-Nya selama nyawanya masih belum sampai ke kerongkong,” Hadis Riwayat Ahmad. Penulis adalah pensyarah Pengajian Islam Program Pendidikan Tinggi Malaysia Jepun (MJHEP)