Lelaki sampai ikut balik ke rumah. Mengejutkan bila tiba tiba Ain Afini tampil bersuara dedahkan pengalaman masa mula berniqab. Rupa rupanya sampai macam ni sekali dia pernah kena.

Artis

Bekas isteri PU Abu, Ain Afini berkongsi pengalamannya ketika mula berniqab seawal usia 18 tahun. Ain berkongsi ceritanya itu selepas mendedahkan ramai yang bertanya bagaimana dia istiqamah dalam menjaga aurat dan memakai purdah.

Menurut Ain punca dia berniqab pada mulanya untuk melindungi dirinya dari diekori seorang lelaki hingga balik ke rumah. “Banyak sangat Ain terima DM (mesej peribadi) soalan macam ni, macam mana nak istiqomah. Macam mana nak kekal jaga aurat, macam mana nak pakai purdah tapi keluarga tak bagi? Ain kongsi pengalaman Ain ya.

“Gambar ni masa tahun 2014. Masa tu baru umur 18 tahun. Punca terdetik nak pakai niqab sebab selalu sangat keluar sorang pergi sana sini dan pernah kena ikut dengan lelaki sampai lah pintu belakang rumah. “Kebetulan masa tu tengah shoot short film untuk assignment. Korang search kat youtube ” Because Allah loves you (short film ).

Jadi nak dipendekkan cerita untuk keselamatan masa tu Ain pakai niqab. Kalau balik rumah dari UIA pun naik keretapi then naik bas. Jadi rasa selamat lah sikit. “Tapi lama- lama dah jadi kebiasaan sebab bila pakai niqab ni rasa bersalahnya nak buat benda bukan-bukan.

Bila kita cuba usaha nak jadi baik ni, memang kena paksa. Paksa sampai betul-betul jadi ikhalas. Dan ujian tu memang akan ada, lagi berat ujian tu tanda Allah lagi sayang kan?” katanya. Ain berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya mula memakai niqab pada tahun 2014. Pun begitu, kata Ain untuk berubah perlu perlahan-lahan dan lakukan yang wajib dahulu. “Nak berubah tak perlu pun terus pakai niqab, perlahan-lahan jaga mana yang wajib dulu lagi bagus.

Kalau parents tak bagi pakai tak perlu lah pakai sebab mana satu yang wajib? Kita jaga solat, perlahan-lahan longgarkan pakaian, jaga aurat lengan, pakai stokin. “Tak apa semua ambil masa asalkan kita usaha. Minta Allah tetapkan hati kita untuk sentiasa dijalanNya sebab hati ni sifatnya berbolak-balik. Allah baik Allah bantu.

“Dan bila kita dah slowly mampu istiqomah jangan pernah rasa diri kita ni baik dan orang lain jahat. Kita bukan orang baik tapi kita usaha jadi baik sebab Dia,” katanya lagi. Pada April tahun lalu Abu jadi perhatian warganet kerana berkahwin lain ketika bekas isteri sarat hamil.

Hana Azraa dikatakan punca sehingga konflik tercetus di antara Abu dan Ain selesai pada 16 Mei tahun lalu apabila berpisah talak kedua. Hasil perkahwinan hidup Abu dan Ain, mereka dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar yang lahir pada 7 Jun tahun lalu.

‘Saya okay saja’

“SAYA lega kerana semuanya sudah selesai, tumpuan kini kepada diri dan bayi yang bakal dilahirkan. Syukur berkat sokongan keluarga, emosi saya terkawal dan reda dengan ketentuan ini,” kata Ain ‘Afini Latif, 23, yang sah dilepaskan dengan talak dua semalam.

Dia sah dilepaskan bekas peserta Pencetus Ummah (PU), Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 25. Ain berkata, dia akan menuntut nafkah untuk anaknya selepas kelahiran bayi itu yang dijangka pada 10 Julai ini. Katanya, selepas perpisahan itu, PU Abu menyatakan kekesalan terhadap perbuatannya dan mahu mereka rujuk kembali sebagai suami isteri namun dia masih belum bersedia.

“Memang ustaz ada cakap nak rujuk semula tetapi buat masa ini saya tak mahu. Saya nak bersalin dengan tenang dan saya okay saja. “Alhamdulillah, segalanya sudah selesai dan saya sedang membuat persediaan untuk bersalin. Kandungan saya sudah berusia lapan bulan dan insya-Allah ia adalah bayi lelaki.

“Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan saya akui mungkin ada kesilapan daripada saya juga,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Ain masih belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Sains Kemanusiaan.Pasangan itu pernah berpisah pada Januari lalu dan rujuk semula sebulan kemudian.

Pada 13 Mac, PU Abu melafazkan cerai kali kedua menerusi aplikasi Whatsapp dan Ain melaporkan pada mahkamah pada 2 Mei. Kes mereka dibicarakan semalam. “Pada awal kes ini dibicarakan, saya terkejut apabila hakim putuskan hubungan suami isteri kami masih sah memandang saya tahu lafaz talak yang dibuat itu memang dengan niat.

“Namun saya akur dengan keputusan itu sehinggalah ustaz menghubungi saya dan minta datang semula ke mahkamah pada petang semalam kerana ustaz baru teringat ada beberapa perkara yang dia tidak kemukakan kepada pihak mahkamah.

“Dengan maklumat tambahan itu maka terjatuhlah talak dan saya merelakan perpisahan ini serta menerimanya kerana benda dah nak jadi. Tak apalah, saya reda.

“Saya tidak mahu lagi berada dalam tekanan, keluarga juga bersetuju dengan keputusan saya ini,” katanya. Kisah PU Abu tular apabila melepaskan isteri yang sedang hamil untuk berkahwin dengan seorang janda yang juga usahawan kosmetik. Semalam, mahkamah memutuskan bahawa hubungan mereka masih kekal sebagai suami isteri namun keputusan itu ditukar selepas PU Abu mengemukakan maklumat tambahan pada sebelah petang.

Hubungan baik demi anak – Hana Azraa

WALAUPUN hubungan rumah tangganya dengan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Abu sudah terlerai, Hana Azraa tetap terus dikaitkan dengan pendakwah kontroversi itu. Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir ketika dihubungi berkata, dia ligat berniaga untuk mencari rezeki buat anak-anaknya dan tiada kaitan dengan nafkah tidak dibayar.

“Sejak berpisah, hingga kini Abu masih memberi nafkah untuk anak kami, Muhammad Uwais Al- Mateeen yang berusia tiga bulan kerana menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa. “Cuma, saya perlu bangkit berdikari mencari rezeki sendiri untuk anak-anak.

Sebagai ibu tunggal, saya tidak boleh terus bergantung sepenuhnya pada nafkah diberikan itu. Memandangkan, saya pun sudah berniaga sebelum berkahwin dengan Abu, jadi adalah lebih baik saya fokus semula kepada perniagaan yang diusahakan selama ini,” katanya kepada Harian Metro.

Hana berkata, dia dan Abu pun masih berhubung kerana anak. Walaupun jodoh mereka tidak lama tetapi tiada sebab untuk dia bermusuh dengan bekas suami. “Saya anggap, apa yang berlaku dengan Abu itu adalah takdir dan kami berpisah kerana sudah tiada jodoh. Bagaimanapun, kami harus kekal baik demi anak.

“Perkara ini (hubungan baik) saya buat bukan dengan Abu sahaja, tetapi bersama bekas suami pertama dahulu pun masih baik juga. Saya selesa melihat ke arah positif dan tiada dendam di hati,” katanya. Mengulas perniagaan produk kecantikan dan kesihatan itu, Hana berkata, perniagaan itu dibuat secara atas talian dan segala maklumat dikongsi melalui platform media sosial.

 “Saya tidak mahu menjadi ibu tunggal yang lemah. Demi anak-anak, saya perlu kuat untuk meneruskan kehidupan kami. Saya kena usaha cari rezeki sendiri. Lagi pun, saya minta jangan terus dikaitkan dengan Abu. Kami sudah berpisah dan kini membawa haluan masing-masing,” katanya kini menetap bersama keluarga di Kedah.

Menurut Hana, dia sangat mengharapkan sokongan dan semangat untuk memantapkan perniagaannya. Hana dan Abu mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki pada 1 Februari lalu.

Selain itu, Hana juga memiliki seorang anak perempuan, Afifah Aisyah, 4, dari perkahwinan pertamanya. Kemelut rumah tangga Hana dan Abu yang dikata berada di hujung tanduk sudah diperkatakan sejak pertengahan Februari lalu dan Hana tampil menjelaskan mereka sudah berpisah sekitar April lalu.

Dah penat layan isu PU Abu

BEKAS isteri Pencetus Ummah Abu Sufyan atau PU Abu iaitu Hana Azraa ada alasan tersendiri kenapa dia mendedahkan perihal peribadi penceramah berkenaan yang sudah rujuk dengan isterinya, Ain Afini. Hana ketika dihubungi berkata, dia sudah penat asyik berhadapan isu berkaitan Abu. Pendedahan yang dibuat baru-baru ini supaya warganet faham dengan situasi sebenar.

“Saya tak nak ulas lagi hal mereka. Cukuplah dengan apa yang didedahkan baru- baru ini. Saya harap warganet faham dan tidak akan kaitkan saya dengan Abu lagi, kecuali urusan anak sahaja. “Apapun, saya turut kecewa apabila ada sesetengah media masih lagi nak putar-putar cerita itu dan mereka langsung tak nak beriitahu pun sebab kenapa saya dedahkannya,” katanya.

Hana yang menetap bersama ibu bapanya di Kedah kini sibuk mengurus semula perniagaan kosmetik diusahakan. Fokusnya sekarang ialah kepada perniagaan dan anak. “Saya sudah mulakan hidup baru dengan anak-anak. Hubungan baik bersama bekas suami pun di atas urusan anak sahaja. Jadi, janganlah terus kaitkan kami lagi.

 “Hingga kini, apa sahaja kaitan cerita dengan Abu, pasti saya dan anak dikritik. Sebagai ibu, saya sedih apabila anak turut dikritik karana dia masih kecil dan tidak tahu apa-apa,” katanya. Pada Ahad lalu, menerusi hantaran perkongsian di media sosialnya, Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir mendedahkan bekas suaminya, Abu sudah rujuk dengan Ain Afini selepas dua minggu mereka bernikah.

Hana yang bernikah dengan Abu pada Mei tahun lalu dikurniakan anak lelaki, Muhammad Uwais Al- Mateen yang kini berusia empat bulan. Hana dan Abu sah berpisah pada April lalu. Selain Mateen, Hana juga memiliki seorang anak perempuan, Afifah Aisyah, 4, hasil perkahwinan pertamanya.

Hana dan PU Abu sudah berpisah

TEKA-teki krisis rumah tangga bekas peserta program Pencetus Ummah (PU), Abu Sufyan dengan Hana Azraa akhirnya terungkai apabila Hana tampil mendedahkan mereka sudah berpisah. Hana menerusi Instagram miliknya tampil membuat penjelasan dan menjawab segala spekulasi mengenai status hubungannya dengan Abu. 

“Di sini, saya perjelaskan untuk semua supaya tiada lagi tanda tanya dan sebarang spekulasi serta manipulasi daripada mana-mana pihak. “Pertama sekali, benar saya dan Abu Sufyan sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan. Kami tidak lagi tinggal sebumbung dan kami bukan lagi suami isteri.

“Andai keluar dari mulut dia bahawa kami masih suami isteri, saya tak tahu kenapa kerana apa yang pasti dia tahu apa yang berlaku dan setiap perkataan yang diucap keluar daripada mulutnya,” katanya. Menurut Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir, dia juga memohon supaya segala isu berkaitan Abu ditanyakan terus kepada empunya badan termasuk  hubungan bekas suaminya itu dengan mana-mana wanita lain.

“Berhenti bertanyakan kepada saya soal hubungan Abu dengan mana-mana wanita. Sama ada wanita itu berstatus isteri beliau ataupun tidak, sila bertanyakan terus kepada tuan empunya badan,” katanya. Dalam masa sama, Hana enggan membuka mulut mengenai punca utama perpisahan mereka sebaliknya menganggap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

“Kenapa, mengapa, bila, bagaimana mengenai berakhirnya urusan rumah tangga kami, saya tidak akan bercerita. Cukup semua tahu dan harapnya sesetengah pihak berhenti membuat provokasi di mesej peribadi. “Apapun yang terjadi, semoga ada hikmah yang terbaik untuk kita semua. Insya-Allah, saya yakin ada hikmah buat saya dan anak-anak terutamanya,” katanya.

Hana dan Abu mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari. Sebelum itu, Abu pernah mendirikan rumah tangga bersama Ain ‘Afini namun hubungan mereka terlerai pada 16 Mei 2019 apabila dilepaskan dengan talak dua. Hana juga pernah mendirikan rumah tangga sebelum perkahwinan bersama Abu. Menerusi perkahwinan pertamanya itu, dia dikurniakan seorang anak perempuan, Afifah Aisyah yang kini berusia empat tahun.

PU Abu nak baiki diri

PENDAKWAH bebas yang juga bekas peserta program Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, 26, mahu membuka fasa baru dengan bertekad untuk fokus memperbaiki kehidupannya selepas ini. Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi berkata, dia mahu memperbaiki hubungannya dengan Allah dan sesama manusia.

Dia juga berharap warganet atau masyarakat boleh memberinya peluang untuk menjadi insan yang lebih baik. “Semua manusia tak terlepas dari membuat silap dan saya pun manusia. Saya masih ada keluarga serta bapa dan akan hidup bersama mereka selepas ini,” katanya yang masih aktif mengadakan sesi ceramah.

Bagaimanapun, Abu enggan mengulas mengenai penceraian dengan bekas isterinya Hana Azraa. Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir sebelum ini tampil membuat penjelasan dan mengesahkan berita perpisahan mereka menerusi Instagram.

Abu dan Hana mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari. Sebelumnya, dia pernah mendirikan rumah tangga bersama Ain ‘Afini namun hubungan mereka terlerai pada 16 Mei 2019 apabila diceraikan dengan talak dua. Hana juga pernah mendirikan rumah tangga sebelum perkahwinan bersama Abu. Menerusi perkahwinan pertamanya itu, dia dikurniakan seorang anak perempuan, Afifah Aisyah yang kini berusia empat tahun.

PU Abu tak nak komen

“NO komen.Tak nak!” kata bekas peserta Pencetus Ummah (PU) Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 25, atau PU Abu ketika diminta mengulas mengenai tindakannya dikatakan melepaskan isterinya yang dikenali sebagai Ain Afini yang hamil tujuh bulan dengan talak satu menerusi aplikasi WhatsApp untuk bernikah dengan janda seperti yang tular semalam.

Abu yang juga pendakwah bebas ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp berkata, dia enggan mengulas lebih lanjut kerana tidak mahu kenyataannya disalah erti. “Tak nak. Saya sudah serik. Kenyataan saya disalah erti,” katanya yang kini berada di Makkah.

Bagaimanapun, Abu memaklumkan dia akan membuat kenyataan rasmi pada 24 atau 25 April ini. “Saya minta maaf. Saya akan buat kenyataan pada 24 atau 25 April. Buat masa ini, saya nak fokus untuk kerja di Makkah. Maafkan saya ya,” katanya.

Terdahulu, dalam perkongsian menerusi Instagram, Ain berkata, talak itu dilafazkan suaminya pada 13 Mac menerusi WhatsApp kerana dia tidak bersetuju dengan permintaan suaminya untuk berpoligami. “Pada 13.3.2019 saya telah dilepaskan dan ditinggalkan oleh bekas suami saya Pencetus Ummah Abu Sufyan kerana beliau memilih untuk bernikah dengan seorang janda bernama Hana Azraa.

“PU Abu meminta saya bersetuju untuk berpoligami selepas dua bulan bernikah tetapi saya menolak kerana perkahwinan kami masih terlalu awal. “Saya meminta dia memilih sama ada isteri dan anak atau wanita tersebut. Jadi dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini,” tulisnya.

Ain berkata, dia cuba untuk merahsiakan perkara itu, namun Abu secara terbuka memuat naik foto bersama pasangan barunya di Instagram. Ain juga memohon supaya tiada pihak yang akan mengganggu emosinya dengan pertanyaan berkaitan rumah tangganya memandangkan dia kini sedang hamil tujuh bulan. Dia juga mahukan tempoh bertenang untuk bersalin dan berpantang. Selain itu, wanita itu juga akan membawa kes itu ke mahkamah sebaik habis berpantang kelak.