Lepas 4 bulan gosip tentang bercinta dengan suami orang tersebar. Ini keadaan terkini Alya Iman yang ramai tak tahu. Rupanya dalam dia ini keadaan terkini dia.

Artis

Beberapa bulan lalu, nama pelakon Alya Iman, 19, hangat diperkatakan warganet susulan tercetus kntroversi membabitkan dia dengan lelaki berstatus suami orang. Ia bermula apabila isteri lelaki berusia 30 tahun itu yang dikenali sebagai Penny Salman mendedahkan hubungan yang terjalin antara pelakon itu dengan suaminya selepas setahun bercinta.

Namun anak kepada pelakon lagenda, Azmil Mustapha ini tampil mengakui kesalahan yang dilakukan dan memohon maaf. Kini, ternyata keikhlasan Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil membuat permohonan maaf dan menyesali perbuatannya itu seakan membawa rahmat tersendiri.

Kerja di sebuah syarikat swasta sebagai Eksekutif Komunikasi Korporat

”Saya memahami situasi terkini di musim Cov1d-19, lagi-lagi sekarang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyebabkan ramai yang hilang pekerjaan. ”Alhamdulilah buat masa sekarang, saya bersyukur kerana diberikan rezeki untuk bekerja di sebuah syarikat swasta pada awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu.

”Jadi saya sekarang fokus terhadap kerja sebagai Eksekutif Komunikasi Korporat bersama mereka,” katanya. Bagaimanapun, seni yang mengalir dalam tubuhnya tidak dipersiakan apabila dia masih aktif berlakon dan sebagai model peragaan.

” Bagi saya 2020 adalah tahun yang berbeza kerana terpaksa melalui pndemik Covid-19 dan juga kntroversi yang menarik perhatian seluruh negara. ” Tapi ia tidak jadi penghalang untuk saya untuk saya meneruskan karier dalam bidang yang diminati ini.

” Cuma saya mengharapkan tahun 2021 akan menjadi tahun yang lebih baik dan bermakna untuk saya lebih aktif. ” Saya akan bangkit dan terus berusaha cari kejayaan dalam industri seni dan buat yang terbaik untuk menghiburkan peminat,” katanya.

Tidak lupa, dia turut meminta masyarakat mendoakan perjalanan hidupnya diberkati dan diredai Allah. ” Saya terima apa yang sudah terjadi dengan hati terbuka dan kita tak boleh kawal kata-kata warganet. Adatlah reaksi mereka akan begitu.

” Saya hormat pendapat masing-masing dan yang positif itu saya ambil untuk kuatkan diri dan yang negatif pun saya tetap ambil juga untuk membaiki diri menjadi lebih baik. ” Saya berusaha kuatkan diri dan ambil semua ini sebagai pengajaran hidup,” katanya.

Masih berlakon tapi kntroversi sedikit sebanyak beri kesan tawaran lakonan

Mengulas perkembangan terbaru kariernya, Alya gembira kerana baru sahaja tampil dengan drama Gaun Pengantin Ivory yang sudah menemui penonton menerusi saluran Unifi TV. ” Syukur ini adalah kali pertama saya bawa watak heroin dalam drama terbabit dan dapat respon yang baik daripada penonton.

” Tak dinafikan kntroversi yang berlaku sedikit bawa kesan terhadap tawaran berlakon tapi ia takkan menghalang saya untuk bangkit dan kerja lebih keras,” katanya. Tanpa segan Alya mengakui merindui bapanya yang sering menitipkan kata-kata nasihat dan semangat setiap kali dia berdepan masalah.

”Perasaan sedih memang takkan hilang. Saya seorang yang tak suka luahkan atau berkongsi kesedihan dengan orang lain. ” Saya hanya nak tampilkan diri saya sebagai seorang yang kuat untuk menghadapi segalanya. Jadi ada masanya saya mnangis sendirian,” katanya.

Bagaimanapun, kehadiran jejaka bernama Ridhwan Rosli, 31, menyuntik semangat untuknya terus kuat. ” Insya-Allah dia adalah ‘future partner’ saya dan saya kongsi semuanya dengan dia, kerana susah sebenarnya untuk orang memahami saya.

” Ridhwan seorang yang senang memahami kerana perangainya sama seperti saya. Malah zodiak kami pun sama iaitu Pisces. ” Saya hargai apa yang dilakukannya untuk saya. Insya-Allah kalau ada jodoh kami takkan ke mana,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : http://limauais.pw/2020/11/21/keadaan-terkini-alya-iman/

Akui Lebih Selesa Berbahasa Inggeris Sebab Pernah Tinggal Di Luar Negara. Alya Iman Dedahkan Sesuatu Tentang Kelab Bola Sepak Yang Dikatakan Miliknya Dan Ini Jawapan Dari Alya Sendiri

Ketika bertemu dengan pelakon yang sedang meningkat naik, Alya Iman dan meminta untuk ditemu bual, dia tersenyum mengangguk tetapi memberikan isyarat bahawa dia tidak mahu ditanya tentang hal-hal gosip yang melanda dirinya.Anak kepada bekas pelakon Azmil Mustapha, Nur Alya Iman mula dikenali ramai melalui lakonannya dalam Senafas Rindu yang disiarkan di saluran Astro Ria.

Ditanyakan tentang keselesaannya menulis dalam Bahasa Inggeris di Instagram miliknya, Alya tersenyum.”Pertamanya Alya mengaku Alya sangat teruk dalam Bahasa Melayu. Sebabnya adalah kerana Alya dulu tinggal di Syria dan di Syria, bahasa kedua mereka adalah Bahasa Perancis.

“Walaupun Alya ada ramai kawan-kawan Melayu di Syria, tapi hampir setiap masa Alya dengan Baba, Alya berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Dalam keluargapun kami lebih banyak bercakap dalam Bahasa Inggeris dan Alya pun dah terbiasa.”Bila balik daripada Syria pun Alya masuk Sekolah International, jadi kawan-kawan Alya kebanyakannya adalah bangsa asing dan kami bercakap dalam Bahasa Inggeris.

Tambahan lagi, di tempat kerja juga Alya berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Mungkin sebab itu Alya lebih mudah menulis dalam Bahasa Inggeris daripada Bahasa Melayu,” terangnya panjang lebar.Tambah Alya, itu sahaja sebabnya mengapa dia lebih selesa menulis dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu.”Kadang-kadang Alya cakap saja dalam Bahasa Melayu. Alya tak cakap yang Alya nak ke tepikan Bahasa Melayu. Ramai sahaja orang Melayu yang berbahasa Melayu mengikuti media sosial Alya. Mereka tanya soalan dalam Bahasa Melayu dan sebagainya.

“Dulu Alya memang nak tunjukkan apa yang orang nak tengok tentang Alya, tetapi sekarang Alya nak tunjukkan diri Alya yang sebenar. Alya tunjukkan apa yang Alya lakukan, Alya tunjukkan Alya bekerja, the reality of life.”Ada ketika Alya tengah sedih, Alya akan tuliskan rasa hati sedih Alya, bila rasa down atau tak ada motivasi, Alya akan kongsikan quotes, dan quotes ni bukan nak tunjukkan pada orang lain, tetapi untuk diri sendiri juga,” terangnya lagi.

Menurut Alya lagi, sekarang ini dia mencuba sebaik mungkin untuk menjadi dirinya kerana di luar sana terlalu ramai yang suka membnci.”Sekarang ni Alya rasa seperti kehidupan baru. Kat luar sana ramai sangat haters. Tak kira masa. Kita buat ini salah, kita buat itu salah. Jadi Alya pilih untuk memulakan hidup baru, untuk berkongsi apa yang sebenarnya, siapa Alya Iman, apa Alya Iman buat.”Kalau dulu sanggup nak OOTD setiap hari, nak pakai makeup setiap hari hanya nak tunjukkan pada orang yang kita ni Instafamous atau selebriti.

Tapi sekarang Alya lebih senang menunjukkan siapa diri Alya yang sebenar.”Diri Alya yang sebenar adalah seorang yang bekerja separuh masa sebagai model, separuh masa sebagai pelakon yang merupakan hobi yang paling Alya minati serta mahu terus belajar mengenainya, dan sekarang Alya bekerja sepenuh masa, seperti orang lain juga.

Ditebak soalan mengenai ‘Rakyat United’, Alya terdiam seketika.”Ada orang mengatakan pasukan bola ‘Rakyat United’ tu kepunyaan Alya. Ramai yang bertanyakannya. Jadi Alya nak jelaskan di sini, pasukan bola tersebut dibeli oleh syarikat kepunyaan teman lelaki Alya, Ridhwan Rosli.”Ianya bukan kepunyaan Alya, tetapi kepunyaan syarikat kepunyaan Ridhwan. Itu yang Alya nak jelaskan di sini supaya tidak ada lagi spekulasi mengenainya,” jelas Alya mengahiri bicara.

Ekoran Isu Alya Iman Meraih Perhatian Warganet. Kekasih Baru Alya Iman Dedahkan Sesuatu Sekiranya Kesilapan Yang Sama Berlaku Dua Kali

Kekasih kepada pelakon Alya Iman, Ridhwan Rosli akui tidak memandang kepada kisah silam teman wanitanya itu.Menurut Ridhwan, dia dan Alya telah mengenali antara satu sama lain dengan baik sejak mula bercinta sekitar Jun lalu.”Kita semua ada masa silam, saya sendiri pun memiliki dua cahaya mata, kalau Alya mahu memandang pada kisah silam saya, mungkin ramai lagi pilihan di luar sana yang dia boleh pilih.

“Paling penting, kami mengenali antara satu sama lain dengan baik, pada mulanya saya mengenali dia atas dasar kerja, dan dia merupakan kawan rapat adik saya.”Jadi, dari situ proses perkenalan kami berdua menjadi cepat. Alhamdulillah, begitulah kami mengenali hati budi masing-masing sejak beberapa bulan sebelum ini,” katanya kepada Gempak.

Tambah Ridhwan, kontroversi yang melnda Alya sebelum ini hanyalah satu kesilapan dan terkandung hikmah disebaliknya. “Bagi saya, perkara yang dah berlaku semua ada hikmahnya, sebagai manusia biasa, kita pasti tak terlepas dari melakukan kesilapan.

“Tetapi kalau kita lakukan kesilapan yang sama dua kali, yang pasti silapnya itu kita lah yang bermasalah.”Saya percaya, semua kata-kata warganet terhadap Alya sebelum ini adalah berdasarkan persepsi, dan persepsi pula adalah satu perkara yang kita susah untuk kawal.

“Apapun, kalau kita yakin dengan apa yang dibuat itu betul, dan kita jalani kehidupan dengan cara yang betul, Insya-Allah, semua benda akan lebih diberkati dan diredhai oleh Allah SWT,” katanya lagi.Terdahulu, Alya mendkwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang. Kontroversi semakin paanas apabila isteri kepada ahli perniagaan itu tampil memberi kenyataan.Namun, Alya kini telah tinggalkan kisah silamnya itu dan meneruskan kehidupan dengan pengganti baru.-ctto

Lepas Heboh Tentang Ada Hubungan Dengan Suami Orang. Akhirnya Alya Iman Tampil Bersuara Lantang Bongkarkan Status Dirinya Buat Warganet Terkedu.

Pelakon baru Alya Iman, 19, akui selesa menjalin cinta dengan kekasihnya, Ridhwan Rosli. Malah, anak kepada pelakon lagenda Azmil Mustapha ini juga berharap agar hubungan mereka berpanjangan hingga ke alam perkahwinan.

“Kami mengenali antara satu sama lain dengan baik sejak bulan Jun lalu, tetapi saya sudah tahu kewujudan dia lama sebelum itu. “Ridhwan pun cakap kalau ada jodoh tak kemana, jadi, kita doa yang baik-baik, kalau boleh saya pun nak panjangkan hubungan kami ini hingga ke jenjang pelamin, Insya-Allah,” kata Alya kepada Gempak.

Alya berkata demikian ketika ditemui di Laun-Jink Party di Black Box MAPKL, Publika baru-baru ini. Bercakap mengenai kontrversi mengaitkan seorang ahli perniagaan yang juga suami orang sebelum ini, Alya mengatakan dia sudah ‘move on’ dan tidak akan mengulangi kesilapan sebegitu lagi.

“Bagi saya, bila perkara sudah jadi sekali, orang akan cari keburukan atau kesalahan, apa yang saya buat betul pun orang boleh cakap salah. “Jadi, saya pun terima sahaja, saya tak mampu kawal keadaan sebegini, yang penting saya sudah beri penjelasan kepada orang-orang yang saya rasa penting dan saya sudah ‘move on’.

” Saya dah buat silap dan tak akan ulang semula kesilapan itu, bab komen ataupun kritikan dari warganet, saya tak mahu ambil hati sangat,” katanya lagi. Terdahulu, Alya mendakwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.

Kontroversi semakin panas apabila isteri kepada ahli perniagaan itu tampil memberi kenyataan. Namun, Alya kini telah tinggalkan kisah silamnya itu dan meneruskan kehidupan dengan pengganti baru. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di FacebookSumber : GEMPAK/ Berita Harian

Skrin Telefon Retak Pun Dia Masih Guna. Mengejutkan Baru Sebulan Kenal Kekasih Alya Iman Dah Dapat Hidu Perangai Sebenar Alya. Rupa Rupanya Dalam Diam Ini Perangai Sebenar Dia.

SUSULAN kontroversi Alya Iman dikatakan gold digger dan perampas suami orang, teman lelakinya Ridhwan Rosli tampil mempertahankan pelakon dan model muslimah itu. Tidak setuju dengan tdhan kesat yang dilemparkan warganet, Ridhwan ketika dihubungi mStar menyifatkan Alya seorang gadis yang sentiasa bersederhana dalam kehidupan seharian.

“Bukan, dia bukan seorang gold digger. Dia seorang yang sangat sederhana. “Skrin telefon dia retak pun dia masih guna. Kedua-dua telefon bimbit dia retak sebenarnya tapi dia masih gunakannya. Model telefon tu pun bukan model terkini.

“Tapi, sudah semestinya di media sosial, dia perlu tunjukkan perkara yang baik-baik dan cantik-cantik,” katanya. Menurut Ridhwan, dia mengenali Alya selepas pelakon itu mula bekerja di sebuah syarikat swasta pada Jun lalu.

Kata Rosli, dia tidak nampak teman wanitanya itu seorang yang menggunakan lelaki untuk kemewahan hidup sebaliknya bekerja demi menampung kehidupannya sendiri. “Kami mula berkawan rapat sejak dia bekerja di sini pada Jun lalu. Kami berdua pernah ada pengalaman burk dalam hubungan cinta. RIDHWAN ROSLI TEMAN LELAKI ALYA IMAN

“Dia bekerja di sini untuk menampung dirinya,” ujarnya. Ridhwan dan bekas isterinya berpisah secara rasmi pada 8 Oktober 2019 selepas enam tahun perkahwinan. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raina, 5, dan Rafael yang kini berusia tiga tahun.

Ridhwan berkata dia dan Alya belum merancang untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya. Katanya, dia tidak mahu terburu-buru memandangkan mereka berdua pernah melalui masa silam dengan hubungan masing-masing.

Bagaimanapun, Ridhwan mengakui dua anak-anaknya rapat dan menerima Alya dengan baik. “Bab kahwin tu, kami tak mahu terburu-buru. Anak-anak saya sayangkan dia, itu yang penting. InsyaAllah kalau ada jodoh, tak ke mana. “Lagipun, kami berdua pernah ada pengalaman buruk dalam hubungan cinta,” jelasnya.

Berikut reaksi dari warganet:

Sebelum ini, nama Alya hangat diperkatakan selepas seorang wanita dikenali sebagai Penny mendakwa suaminya menjalinkan hubungan dengan pelakon itu sejak tahun lalu. Bukan setakat itu, seorang lagi individu yang mengaku sebagai bekas kekasih Alya mendakwa berhabis sebanyak RM2.3 juta untuk perbelanjaan peribadi pelakon berkenaan.

Bekas teman lelaki Alya Iman munculkan diri, mengaku silap – “Cukuplah komen negatif kepada saya dan isteri, hormatilah kami” Menerusi posting bersama gambar anaknya, Mahathir mengakui kesilapan yang dilakukan dan mengucapkan terima kasih kepada warganet kerana mengambil berat tentang isu rumah tangganya.

“Setelah dua hari saya membenarkan anda semua komen di ruangan yang disediakan, cukuplah segala nasihat, tomahan, ftnah dan kata-kata hina yang anda semua tuliskan. “Saya bersyukur atas ke keprihatinan anda semua terhadap keluarga saya. Jadi cukuplah komen yang negatif di media sosial saya dan juga isteri. Hormatilah kami.

“Setiap manusia pernah lakukan kesilapan. Sekali lagi, terima kasih kepada semua warganet dan rakyat Malaysia yang prihatin,” tulis Mahathir menerusi Instagram. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : TrendingSangat/ Berita Semasa

Selepas 2 Hari Mendiam Kan Diri Akhirnya Bekas Teman Lelaki Alya Iman Munculkan Diri Bongkarkan Sesuatu. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Cerita Sebenar.

SEJAK minggu lalu, dunia hiburan kecoh dengan kisah pelakon baharu Alya Iman didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan ahli perniagaan berstatus suami orang dengan tujuan untuk mengikis harta lelaki tersebut. Sepanjang isu tersebut diperkatakan, ahli perniagaan itu yang dikenali sebagai Mahathir Mohd hanya ‘mengunci mulut’ dan membiarkan sahaja warganet laman sosial miliknya. Bagaimanapun, setelah beberapa hari mendiamkan diri akhirnya Mahathir tampil bersuara dan berharap orang ramai berhenti tinggalkan komen negatif kepada dia dan isteri, dikenali dengan nama Penny Salman.

Mahathir berkongsi perkara itu di Instagram miliknya.

Menerusi posting bersama gambar anaknya, Mahathir mengakui kesilapan yang dilakukan dan mengucapkan terima kasih kepada warganet kerana mengambil berat tentang isu rumah tangganya. “Setelah dua hari saya membenarkan anda semua komen di ruangan yang disediakan, cukuplah segala nasihat, tomahan, ftnah dan kata-kata hina yang anda semua tuliskan.

“Saya bersyukur atas ke keprihatinan anda semua terhadap keluarga saya. Jadi cukuplah komen yang negatif di media sosial saya dan juga isteri. Hormatilah kami. “Setiap manusia pernah lakukan kesilapan. Sekali lagi, terima kasih kepada semua warganet dan rakyat Malaysia yang prihatin,” tulis Mahathir menerusi Instagram.

Mahathir memilih untuk menutup ruang komen di setiap posting di laman Instagram setelah menerima pelbagai kritikan dan kritikan. Pada Jumaat lalu, isteri kepada Mahathir iaitu Penny Salman melalui Instagram mendakwa Alya merampas dan mengikis harta suaminya selama setahun. Menerusi laporan mStar pada Sabtu, Alya tampil menjelaskan perkara itu dan mengakui dia dan lelaki tersebut sudah mengikat tali pertunangan namun memutuskan hubungan tersebut pada Mac.

Isteri kepada Mahathir iaitu Penny mendedahkan Alya pernah menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya.

Alya yang juga anak kepada pelakon legenda Azmil Mustapha turut memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tersinggung dengan perbuatannya. “Dulu saya muda dan naif, saya minta maaf kepada semua yang saya pernah sakiti. Saya terima semua nasihat, kritikan, sindiran dan ftnah sebagai sesuatu yang mematangkan saya. “Saya akui pernah melakukan kesilapan di masa lalu, tapi saya yakin Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa. Saya berdoa dan berusaha agar kehidupan saya menjadi kehidupan yang diberkati dan diredai Allah,” katanya.