Lepas dua tahun buka perniagaan Nadiyah Shahab dedahkan hanya ambil Rm1.5k je sebulan. Mengejutkan bila Nadiyah lagi sanggup bayar gaji pekerja 3 kali ganda.

Artis

Pelakon dan usahawan Nadiyah Shahab akhirnya mendedahkan dia hanya mengambil wang gaji bulanan sebanyak RM1,500 sebulan sahaja menerusi syarikat yang dibangunkan, Absolut Brands Sdn. Bhd. Bahkan, menurut Nadiyah, gaji tersebut juga hanya diambil selepas dua tahun mengusahakan perniagaan berkenaan bersama suami, pelakon Ben Ali.

“Selepas dua tahun baru saya ambil gaji RM1,500 sahaja. Staf kami ada yang saya gajikan RM5,000, ada yang RM4,500. “Runner kami pada satu tahap bawa balik rumah RM8,000 ke RM10,000 sebulan sebab banyak sangat penghantaran, tapi saya dan Ben hanya ambil RM1,500 untuk diri kami,” katanya.

Sebelum ini, Ben juga pernah mengakui mengambil gaji bulanan rendah, namun, tidak mendedahkan secara terperinci jumlah pendapatan bulanan yang diterimanya. Kata Nadiyah lagi, di awal dua tahun permulaan bisnes, dia juga tidak mengambil langsung pendapatan hasil perniagaannya.

Bahkan, dia terpaksa menggunakan wang hasil kerjaya seninya untuk menampung kos operasi perniagaannya. “Kalau kalian nak tahu, untuk dua tahun pertama, Absolut Chocolat wujud, saya tak ambil gaji langsung untuk diri saya. Tidak walau satu sen.

“Malah, saya tambah lagi untuk syarikat ada lah menggunakan pendapatan daripada penggambaran, reviu dan lain-lain,” katanya menerusi satu entri di Instagram Story. Jelasnya lagi, kesanggupan tersebut dilakukan kerana memikirkan keutamaan para pekerjanya.

“Kita fikir, kita pandai cari pendapatan lain. Baru tahun ini, apabila auditor kata sebagai Pengarah (syarikat) kami tak boleh dapat rendah daripada pekerja, baru kita ambil lebih sikit. “Keutamaan kami ialah para pekerja yang bekerja siang dan malam untuk membangunkan Absolut,” katanya.

Menerusi Absolut Brands, Sdn. Bhd. pasangan selebriti itu mengusahakan Absolut Chocolat, Absolut Festivaala dan Absolut Management. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Gempak

Ben Ali Bongkarkan Dia Dan Nadiyah Shahab Mula Ambil Gaji Lepas Setahun Mula Kan Perniagaan. Itupun Gaji Bulanan Rendah. Rupa Rupanya Ini Punca Buat Ramai Yang Terkejut.

Pelakon dan usahawan Ben Ali, 31, mendedahkan dia dan isteri, aktres Nadiyah Shahab mengambil bayaran gaji untuk diri selepas setahun Absolut Brands Sdn. Bhd. ditubuhkan. Mula ambil gaji pun lepas setahun. Ben atau nama sebenarnya Nur Ali Nadzwan, berkata gaji bulanan mereka tidak tinggi sekadar cukup untuk perbelanjaan tetap.

“Saya dengan Nadiyah ambil gaji bulanan, tapi gaji kami ambil rendah sahaja. Suatu masa tu, ada gaji staff yang lagi tinggi dari gaji kami. “Kami mula ambil gaji pun lepas setahun buat Sdn Bhd. Sebelum tu langsung tak ambil satu sen pun gaji.

“Bila dah ambil gaji pula, saya cakap saya taknak banyak. Cukup sekadar untuk buat belanja makan, pakaian dan keperluan asas. Kami sengaja praktikkan kehidupan yang sederhana dan tidak melebih-lebih. “Bila sampai tengah atau hujung bulan, kami juga sesak sama seperti orang lain juga yang makan gaji. Jadi dengan mempraktikkan amalan begini, kami dapat berjimat cermat,” tulisnya.

Ben memberitahu perkara itu menerusi akaun Instagramnya sewaktu mengadakan sesi soal jawab di ruangan Insta Stories pada Khamis. Tegas pelakon drama Seindah Takdir Cinta, kebajikan pekerja lebih diutamakan dengan memastikan bayaran gaji dibayar tepat pada masanya.

Menurutnya, dia sering mengingatkan bahagian Pengurusan Sumber Manusia (HR) untuk segera menyelesaikan pembayaran. Yang penting aliran tunai syarikat sentiasa dalam keadaan baik. Dan keutamaan kami sebenarnya adalah untuk memastikan staff-staff kami dapat dibayar gaji dengan baik.

“Saya dan Nadiyah memang tak suka bayar gaji pekerja lambat. Kami selalu ingatkan HR untuk segera uruskan gaji pekerja,” tulisnya lagi. Untuk pengetahuan, Ben mengusahakan perniagaan jenama Absolut Chocolat, Absolut Food Festivaala dan Absolut Management di bawah syarikat Absolut Brands Sdn. Bhd. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: GEMPAK

Nak Cuba Lupakan Nadiyah. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Ben Ali Bongkarkan Kecewa Dengan Isteri. Siap Bawa Diri Sampai Ke London. Rupa Rupanya Ini Punca Buat Warganet Terkedu.

Pelakon dan usahawan Ben Ali mendedahkan kisah percintaannya dengan aktres Nadiyah Shahab tidak seindah seperti yang disangka. Menurut Ben, dia pernah berputus asa dengan Nadiyah sehingga membawa dirinya ke luar negara iaitu ke London dan Paris.

Pemergian Ben ke sana ditanggung oleh kawan baiknya, aktor Aedy Ashraf yang sanggup membayar harga tiket kapal terbang. “Ada sekali tu saya betul-betul dah pasrah dengan masalah hubungan kitorang dan kononnya nak bawa diri ke London sebab nak cuba lupakan Nadiyah.

“Kebetulan masa tu kawan baik Aedy Ashraf tengah ada penggambaran di London. Jadi dia cakap Ben dah-dah la tu, kau datang la sini dekat aku. Aku belanja kau tiket flight. “Jadi saya pun tempah la tiket flight one way, konon-konon macam nak duduk London terus tak nak balik Malaysia dah. Nak cari kerja dekat sana dan bawa diri kat sana.

“Maka selamat sampai lah di London dengan misi membawa diri. Tak cukup dengan tu, Aedy siap tolong rakam buat video tengah Jiwa kac4u lagi,” tulisnya di Instagram Stories. Walaubagaimanapun, pelakon drama Seindah Takdir Cinta itu membuat keputusan untuk meneruskan hubungan percintaan mereka selepas dua minggu berfikir.

“Duduk punya duduk, baru sedar yang tiket flight balik Malaysia belum ada pun lagi. Bila dekat London dan Paris, saya ada banyak sangat masa terluang untuk berfikir tentang masa depan hubungan dengan Nadiyah. “Lepas dua minggu dekat London dan Paris, saya terus buat keputusan tak jadi nak putuskan hubungan kami berdua yang dah dibina dua tahun lebih.

“Jadi kali ni saya pun nekad nak balik Malaysia semula. Sebetulnya dah rindu sangat dekat Nadiyah ni,” tulisnya lagi. Menerusi entri yang berbeza, pemilik nama Nur Ali Nadzwan ini turut berkongsi perjalanan serta liku-liku yang ditempuhi sebelum tercetusnya perniagaan, Absolut Chocolat.

Terdahulu, Ben dan Nadiyah mendirikan rumah tangga pada 10 November 2018.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak

Tak guna ‘kabel’ pun- Nadiyah

TIDAK pernah menggunakan laluan mudah untuk berjaya termasuk bergelar artis, pelakon Nadiyah Shahab tidak sekali-kali menggunakan ‘kabel’ dalam mengusahakan perniagaannya. Mula membabitkan diri dengan perniagaan makanan berasaskan coklat, Nadiyah, 27, tidak terkilan apabila pada peringkat awal ramai yang mengkritiknya kerana dilihat berjaya menembusi pasaran walaupun masih baharu.

Nadiyah menjalankan perniagaan makanan berasaskan coklat menggunakan resipi keluarganya yang dijual di stesen minyak Petronas di sekitar Lembah Klang. “Saya tak kisah apabila ramai mengaitkan perniagaan saya menggunakan kabel atau orang dalam untuk laris. Saya anggap ini sebahagian asam garam dalam perniagaan. Walaupun pada awal bimbang, selepas isu ini saya lihat semakin ramai yang sokong dan beli,” katanya.

Nadiyah berkata, dia mengusahakan perniagaan coklat bersama suami yang juga pelakon, Ben Ali sama seperti peniaga lain iaitu bermula dari bawah. “Mereka tidak melihat susah payah suami berjumpa orang ramai untuk memastikan produk kami mendapat tempat. Apabila ia dijual di stesen minyak, ramai pula yang kecam dan menuduh bukan-bukan,” katanya.

Nadiyah berkata, jika benar dia menggunakan orang dalam sudah pasti produk itu berjaya menembusi pasaran seluruh Malaysia dan bukan di Lembah Klang saja

Asyik ketawa berlakon dengan Zizan

Nadiyah bakal muncul dalam supertele berjudul Saya Jual Ye Bang yang akan menemui penonton di saluran Astro First Ekslusif bermula hari ini. Saya Jual Ye Bang turut menyaksikan gandingan pertama Zizan Razak dan Uqasha Senrose dan pengalaman pertama Nadiyah berlakon dalam supertele.

Bercerita mengenai supertele itu, Nadiyah berkata, dia memperoleh pengalaman baru berlakon dengan Zizan. Katanya, Zizan seorang yang kelakar dan sering menukar dialog pada saat akhir membuatkan dia perlu sentiasa peka.

“Selain suka menukar dialog pada saat akhir, sikap lawak Zizan membuatkan saya hendak ketawa saja sepanjang penggambaran. “Kadang-kadang terasa seperti tidak profesional kerana lebih banyak ketawa. Namun, pengalaman bekerja dengan mereka semua memberi banyak ilmu untuk saya. “Begitu juga babak dengan Uqasha. Di luar kami adalah kawan baik dan menerusi cerita ini kami banyak bergaduh. Ia agak sukar tetapi kami cuba memberikan yang terbaik,” katanya.

Ben lega semua dah selesai

MELANGKAH ke fasa perkahwinan sememangnya cukup dinantikan pasangan pelakon Ben Ali dan Nadiyah Shahab selepas hampir empat tahun menjalin hubungan cinta. Ben, 28, dan Nadiyah, 27, selamat diijabkabulkan pada 10 November lalu di Singapura. Majlis persandingan di GlamHall, Damansara Perdana, Kuala Lumpur yang berlangsung Sabtu lalu pula begitu meriah.

Apa yang pasti, detik itu sangat bermakna buat kedua-dua mempelai, apatah lagi tentu pelbagai dugaan dihadapi ketika bercinta. Ben ketika ditemui berkata, dia bersyukur apabila majlisnya kini sudah selesai. “Saya boleh menarik nafas lega apabila akhirnya disatukan dengan Nadiyah. Kalau sudah jodoh dan bersedia, kami tidak mahu melengahkan niat untuk melangkah ke fasa rumah tangga pula.

“Memang ada juga cabaran sewaktu dalam proses persiapan menjelang perkahwinan kami. Kesibukan kami berganda apabila dalam pada membuat persiapan, dalam masa sama kami juga pindah ke rumah dan kedai perniagaan baru,” katanya.

Dalam majlis persandingan itu, Ben gembira apabila ramai rakan selebriti hadir meraikan dan memeriahkan majlis itu. Dia tidak sangka sokongan rakan selebriti begitu padu sehinggakan mereka sanggup tunggu sehingga ke penghujung majlis.

Antaranya ialah Rozita Che Wan dan suami, Zain Saidin, Puteri Aisyah, Wak Doyok, Yaya Zahir, Shima Anuar, Izreen Azminda, Nadia Brian, Datuk Farid Kamil, Fouziah Ghous, Aedy Ashraf, Uqasha Senrose, Aeril Zafrel, Wawa Zainal dan ramai lagi.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. “Saya amat terkejut apabila semua rakan artis yang dijemput meluangkan masa untuk menghadiri majlis kami. Saya amat-amat terharu dengan sokongan mereka.

“Bukan itu saja, mereka sanggup tunggu untuk bergambar dengan kami pada majlis itu. Bahkan, ada rakan selebriti yang tidak kisah duduk lama dan menunggu sampai majlis tamat,” katanya yang juga Exco Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bercerita mengenai destinasi bulan madunya, Ben berkata, mereka akan ke Milan dan Rom di Itali yang disifatkannya sebagai bandar raya yang romantik. Bagaimanapun, mereka hanya akan ke sana pada Januari tahun depan Nadiyah perlu kembali ke lokasi penggambaran manakala dia ada urusan penting yang lain.

“Kami memilih untuk berbulan madu di Milan dan Rome, Itali. Lokasi itu dipilih kerana Itali adalah antara lokasi yang cukup terkenal dengan seni bina hebat selain suasana kotanya begitu sempurna untuk pasangan romantik,” katanya.

Berkongsi mengenai karier lakonan, Ben yang kini aktif dalam politik tidak berhajat kembali berlakon sepenuh masa. Dia juga tidak akan menghalang Nadiyah untuk terus berlakon. “Selepas tinggalkan dunia lakonan tahun lalu, saya sebenarnya masih ada keinginan untuk berlakon. Bagaimanapun, saya cuma akan memilih tawaran yang tempoh penggambarannya singkat.

“Memandangkan saya kini menguruskan kerjaya Nadiyah, saya memberi kebebasan kepadanya untuk terus aktif berlakon. Saya tidak mahu menghalang mahupun menetapkan syarat apa-apa kepadanya,” katanya. Pasangan ini bernikah berwalikan bapa Nadiyah iaitu Syed Fuad Syed Ahmad di The Ballroom @ East Coast, Singapura, pada 10 November lalu.

Nadiyah menerima wang hantaran berjumlah RM45,000 manakala mas kahwin pula berupa sebentuk cincin berlian. Nadiyah menyerahkan lima dulang hantaran berbalas jumlah sama daripada pengantin lelaki.

Pencapaian ibarat mimpi

Sebelum ini, wajah Nadiyah Syed Fuad Shahab menghiasi video muzik Mewangi nyanyian Akim & The Majistret dan kemudian mengacara program Lost At SEA yang pernah disiarkan menerusi saluran Go Asean di Astro (737). Pelakon kelahiran Singapura ini mula menjadi perhatian peminat apabila membintangi drama Encik Suami Mat Salleh Celup dan Hikayat Cinta Si Pematah Hati yang menjadi trending baru-baru ini.

Berbekalkan bakat, Nadiyah, 26, terus dihujani pelbagai tawaran berlakon dan terbaru membintangi drama Kelip Kelip Kota London arahan Murali Abdullah. Nadiyah yang aktif dalam dunia peragaan di Kota Singa berkata apa yang dikecapi hari ini ibarat mimpi malah tidak pernah terfikir mencanai bakat seni di Malaysia.

“Alhamdulillah, kerjaya saya berkembang baik di sini. Penggambaran Kelip Kelip Kota London pun sudah tamat yang saya bawakan watak orang tidak siuman. “Kini saya terikat dengan penggambaran drama Lafazkan Kalimah Cintamu,” katanya.

Nadiyah berkata dia turut ditawarkan menjayakan watak doktor dalam drama Cinta Buta Hati dan ia satu pengalaman yang berbeza. “Syukur berkat kerja keras, bakat saya semakin mendapat perhatian peminat. “Dalam Lafazkan Kalimah Cintamu, saya sekali lagi bergandingan dengan Nelydia dan kami semakin rapat.

“Saya bawa watak antagonis sebagai Tengku Natasya, kakak kepada Nelydia,” katanya. Nadiyah yang mengikuti pengajian Diploma Perundangan di Universiti Of London, Singapura mengakui keputusannya berhijrah ke Kuala Lumpur satu tindakan tepat.

“Pada mulanya orang tua sukar terima keputusan saya. Apatah lagi ramai ibu saudara saya bekerja sebagai guru dan sangat mementingkan pelajaran. “Saya nekad belajar secara jarak jauh. Biarpun susah, saya guna teknik dengar rakaman suara pensyarah. Bagi saya kaedah ini lebih bagus daripada masuk kelas,” katanya.

Melakukan dua perkara dalam satu masa menjadikannya lebih bersungguh-sungguh sehingga meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan. “Saya gembira kerana dapat berdikari dan membuktikan kepada semua apabila boleh bayar sendiri yuran pengajian. “Syukur akhirnya keluarga merestui pilihan saya,” kata gadis kacukan Arab dan Jawa yang akan tamat pengajian tahun hadapan ini.

Nadiyah tak lepas tiada permit

PELAKON, Nadiyah Shahab terkejut apabila dilarang memasuki Malaysia kerana tidak memiliki permit bekerja. Nadiyah berkata, dia ditahan di pusat pemeriksaan imigresen Johor, malam tadi sejurus tiba dari Singapura.

“Ketika saya melalui pemeriksaan imigresen, saya ditahan pegawai yang mengenali saya sebagai pelakon. “Meskipun tujuan saya ke Malaysia bukan atas urusan kerja, tapi pihak imigresen meminta saya menunjukkan permit bekerja,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nadiyah yang juga pelakon Kelip Kelip Kota London, dia terpaksa berpatah semula dan membiarkan tunangnya, Ben Ali pulang sendiri. Pada masa sama, Nadiyah kini masih menunggu permit untuk meneruskan penggambaran di sini (Malaysia).

“Saya perlu berurusan dengan pihak produksi yang menawarkan saya berlakon dengan sekurangnya-kurangnya bekerja selama enam bulan untuk mendapatkan permit ini. “Saya akan selesaikan permohonan permit itu secepat mungkin bagi memudahkan urusan kerja dan ulang alik ke Malaysia,” katanya.

Awak baik, saya terima awak….

PELAKON kelahiran Singapura, Nadiyah Shahab mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya Ben Ali pada 24 November depan. Nadiyah berkata, majlis pernikahannya akan diadakan di Singapura dan disusuli dengan majlis persandingan sebelah lelaki di Kuala Lumpur.

“InsyaAllah majlis pernikahan akan berlangsung pada 24 November depan di Singapura. Namun sehingga kini saya masih mencari lokasi yang sesuai. “Kami juga merancang untuk mengadakan majlis persandingan sebelah lelaki di Kuala Lumpur memandangkan keluarga Ben menetap di Perlis. Jadi ia lebih adil dan menyenangkan,” katanya.

Menurut Nadiyah, meskipun sibuk dengan persiapan perkahwinannya, dia akui beruntung kerana Ben bijak menyusun jadual seninya. “Ben adalah kawan pertama ketika saya berhijrah ke Kuala Lumpur dua tahun lalu. “Dia yang banyak membantu dan menguruskan jadual seni saya sehingga ke hari ini. Saya percaya, selepas berkahwin proses ini akan lebih mudah dan teratur,” katanya. Terdahulu pelakon drama Lafazkan Kalimah Cintamu itu mengikat tali pertunangan dengan Ben yang juga seorang pelakon pada 13 Januari lalu.