Lepas je benda ni jadi isteri terus letakkan syarat kalau nak bersama. Tapi layanan dia dekat suami sama je. Tak berubah. Rupa rupanya dalam diam sampai macam ni dia layan laki sendiri.

Kisah Rumah Tangga

Salam kepada semua pembaca. Saya seorang suami dan ayah kepada 3 orang anak, berkerja sebagai seorang pengurus kanan di sebuah institute kewangan yang terkenal di Malaysia dengan gaji bulanan 5 angka. Saya ingin berkongsi kisah rumahtangga dan masalah yang sedang saya hadapi. Harap pembaca2 terutamanya isteri2 di dalam dapat memberi petua2 dan nasihat yang berguna kepada saya.

Kisahnya bermula 6 tahun yang lepas. Saya tidak setia terhadap isteri saya dan perangai saya telah diketahui oleh isteri saya. Demi mempertahankan rumahtangga yg dibina sekian lama saya telah sedaya upaya memujuk isteri supaya memaafkan saya dan memberi saya peluang sekali lagi serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.

Setelah hampir sebulan saya merayu serta dengan campur tangga orang tua kedua-dua pihak, akhirnya isteri saya bersetuju memberi saya peluang sekali lagi tetapi dengan satu syarat. Syarat yang dikenakan oleh isteri saya ialah isteri akan berhenti kerja supaya mempunyai masa yang lebih untuk memantau segala gerakan dan pembuatan saya dan saya perlu membayar gaji diperolehinya setiap bulan sebagai nafkah, masa tu gaji akhir isteri adalah 3k sebulan.

Kerana tekad untuk menebus kesalahan saya dan saya telah setuju dengan syarat yang dikenakan. Ingatkan dengan menerima syarat yang dikenakan oleh isteri semuanya telah selesai dan kami sekeluarga akan kembali normal dan kami dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala. Tetapi ini cuma permulaan kepada masalah yang ingin saya ceritakan.

Semenjak dari kisah itu, saya telah kehilangan hormat dari seorang isteri. Isteri saya menjadi sangat tegas dan bercakap kasar terhadap saya, pantang ada kesilapan yang saya buat walaupun sekadar lupa membeli sesuatu yang disuruh, saya akan ditengking dan dimarahi serta akan mengungkit kisah lama saya terhadapnya. Tetapi saya bersyukur kerana Allah memberi saya keinsafan dan kekuatan yang sangat tinggi untuk saya menghadapi semua ini.

Setahun berlaku, keadaaan masih sama, dan tidak menampakkan perubahan sikap isteri pada saya, saya fikir mungkin kerana isteri saya juga penat menguruskan rumahtangga dan anak2, saya telah mengambil keputusan mengambil seorang pembantu rumah dari Indonesia untuk membantu isteri supaya meringankan bebanan kerja di rumah.

Saya juga sentiasa berusaha supaya isteri merasa bahagia dan tidak menyesal memberi peluang sekali lagi kepada saya. Oleh itu untuk tahun-tahun yang seterusnya, saya membelikan kereta dan rumah yang agak mewah untuk isteri, membawa isteri dan anak2 melancong ke dalam dan luar negara. Tetapi hasilnya tidaklah seperti yang saya inginkan. Tahun demi tahun, kini 6 tahun sudah berlalu, saya rasa saya telah melakukan yang terbaik atas kemampuan saya.

Di dalam tempoh 6 tahun ni, saya tidak pernah sekalipun meninggikan suara terhadapnya, segala yang dikehendaki saya akan turuti. Dan sepanjang 6 tahun ini juga lah saya tidak pernah menghabiskan masa untuk perkara yang tidak ada kaitan dengan keluarga selain dari kerja.

Dulu saya mempunya hobi bermain golf, kini telah 6 tahun kayu golf disimpan dalam bilik store. Saya juga tidak menghabiskan masa bersama kawan2 mahupun officemate di luar waktu kerja. Semua ini saya lakukan demi menjaga hati isteri dan mengembalikan kepercayaan dia terhadap saya.

Masalah saya sekarang ialah, sungguhpun 6 tahun sudah berlaku, sungguhpun telah banyak yang saya lakukan demi dia, hati dia masih keras seperti batu, sikap dia terhadap saya masih seperti 6 tahun yang lepas. Masih tidak ada rasa hormatnya terhadap saya walaupun di depan anak2. Apabila saya membaca sesetengah post2 yang mana isteri sangat mengharapkan suaminya yang melakukan kesalahan insaf dan kembali ke pangkuan isteri, ia boleh membuatkan mata saya menjadi basah.

Secara jujurnya saya telah mula hilang semangat setelah sekian lama saya berusaha dengan jujur dan ikhlas tetapi masih tidak dapat memberi kesan yang positif terhadap isteri saya. Siang malam saya berdoa agar Allah bukakanlah hati isteri saya, sesungguhnya saya telah insaf akan kesalahan saya dan saya hanya mahukan semua kehidupan yang harmoni seperti kebanyakan suami2 di luar sana.

Wanita Ini Suka Dapat Kahwin Dengan Lelaki Yang Gaji Hampir 8 Ribu. Terkedu Bila Dapat Tahu Rupanya Dalam Diam Suami Selalu Minta Duit Dekat Mertua.

Gambar sekadar hiasan. Assalamualaikum. Ramadan 2019 kali ini, adalah Ramadan pertama buat saya dan suami tercinta. Namun, di ambang Ramadan, saya dan suami diuji dengan prbalahan demi prbalahan yang membuatkan saya tak senang duduk. I need to spill!

Oh by the way, usia perkahwinan kami baru je 5 bulan. Aah, memang baru sangat lagi. Time bercinta bagai nak rak.. bila dah kahwin baru tahu langit tinggi rendah.. Drama tv3 petang petang yang membongak je lpas kahwin duduk rumah cantik cantik boleh deco rumah.

Hampeh je saya rasa.. Ok tapi itu bukan main point saya.. tujuan saya tulis dapat dikongsikan bersama korang apa yang saya rasa sama tak apa yang korang rasa.. Suami saya bekerja dengan sebuah syarikat swasta dan saya pula baru je bekerja di sebuah kafe.

Walaupun umur kami berbeza 6 tahun, saya sangat senang dengan personaliti suami saya yang sangat tenang, penyabar dan matang orangnya. Keluarga dia pula memang menerima saya dengan penuh kasih sayang yang membuatkan saya rasa kadang-kala mak mertua saya ni sayang saya lebih dari mak saya sendiri.

Saya sendiri bersyukur sangat sangat dapat mak mertua macam tu. Saya selalu takut nak kawin sebab takut dapat keluarga mertua yang jahat jahat selalu dalam tv tu (lulz). Ni semua sebab banyak sangat layan drama Melayu yang tunjukkan karekter mak mertua jahat jahat

dan suka membawang tak pasal-pasal saya jadi cuak sendiri. Pendek cerita, semuanya memang nampak indah. Jap, perkahwinan saya masih lagi indah ok? Cuma beberapa perkara yang berlaku ni saya rasa saya nak luahkan, kot-kot ada yang mengalami perasaan yang sama macam

apa yang saya rasa ataupun nak ambil pengajaran dari kisah saya . Sebelum kahwin, saya dah sedia maklum yang suami saya ni memang ada masalah kewangan walaupun dia bergaji RM8k sebulan. Dulu, dia pernah tersilap langkah apply loan untuk buat bisnes emas tapi ada masalah

and orang atasan bawak lari duit. Dengan hati nak capat kaya, disamping pelaburan emas yang mereka buat tu. Tapi terkandas di separuh jalan. Saya tak salahkan dia.. sekurang kurang suami saya berusaha.. tapi bukan dengan cara ini.

Selain tu, dia pernah ambil kad kredit and dah banyak belanja macam-macam dulu dan kesannya sekarang nak kena bayar semula semua yang pernah dibelanjakan dulu. Nak kata sampai kena kejar ceti mintak hutang tu idokler, Cuma boleh kata kitorang ni cukup-cukup makan je.

Bila gaji, terpaksa bayar hutang-hutang, bil air, bil api, bil astro dan macam-macam lagi. Belum lagi tolak duit kereta. Saya faham dan saya sedia nak hidup bersama dengan suami saya . Kebiasaannya, suami saya akan ketepikan rm300 untuk beli barangan dapur.

Yang lain-lain, dia ketepikan untuk duit minyak pergi kerja etc. Nasib baik rumah dah habis bayar since saya duduk rumah mak ayah mertua saya lepas dorang pindah balik ke kampung. Bila nak dekat hujung bulan tu sesak sangat-sangat. Terpaksa korek-korek mana yang ada.

Saya selalu senyap-senyap ambil tengok fon suami saya. Sebak sangat sangat bila tengok kadang-kadang dia whatsapp ibu dia, adik-beradik ke, kawan-kawan ke untuk pinjam duit. Just to make the end meets. Terkadang, bila saya duduk sorang-sorang mengenang nasib,

mesti saya terbayangkan semua angan-angan yang selalu saya impikan sebelum saya kahwin. Nak duduk rumah baru, deco rumah sendiri, deco bilik sendiri, deco ruang tamu sendiri, langsir pilih sendiri… haih macam-macam lagi lah. Tapi bila tengok keperitan sang suami cari rezeki nak bayar itu ini,

nak sediakan tempat tinggal, makan minum yang secukupnya saya terus jadi kesian. Sampaikan nafkah untuk saya sendiri sebagai isteri pun saya tak sampai hati nak mintak walaupun saya berhak. Bila hati saya terdetik yang saya sepatutnya tuntut hak saya ,

saya cepat-cepat padamkan sebab saya tak nak suami saya berdosa sebab tak bagi nafkah zahir pada saya. Sememangnya ni semua bukan mudah. Saya mengaku, keinginan dan kehendak saya teruji. Mana taknya, masa saya masih lagi dibawah tanggungjawab ayah saya ,

apa je yang saya nak inshaAllah saya pasti akan dapat… even ayah saya bukannya orang kaya. Masa diploma pun, ayah saya mampu tanggung pengajian saya tanpa amik PTPTN. Secara mudahnya, hidup saya sangat senang dan tak pernah rasa susah.

Bila terasa susah tu, saya asyik teringatkan ayah. Saya takut sangat saya tercompare antara suami dan ayah saya. Yang paling sebak sekali, hari tu saya balik kampung sorang tanpa suami saya sebab nak pergi mengundi. Masa otw ayah nak hantar ke terminal bas tu tiba-tiba ayah tanya

“How’s marriage life?” Automatik, mata saya dah bergenang air mata. Mungkin sebelum ni kalau orang lain tanya, saya akan jawab “Best!” dan senyum tanpa paksaan. Tapi dengan ayah, saya rasa saya tak dapat sembunyikan lagi.

saya cakap “Married life is fun…and tough” and being an ayah…biasalah, dia bagi nasihat pasal perkahwinan apa semua. Saya chill lagi. Entah macam mana, tiba-tiba meleleh lak air mata saya ni…So, terlepas jugaklaa cerita yang saya pendam selama ni dari siapa-siapa.

Ayah sangat memahami, dia suruh saya teruskan jadi isteri yang understanding, yang faham beban sang suami. Saya ada luahkan kat ayah, yang kadang kadang suami saya rasa down bila dia tak dapat provide apa yang saya nak. Tak dapat bagi kemewahan pada saya macam yang ayah saya bagi dulu.

Ayah saya pun pesan, kalau ayah ada belikan apa-apa barang untuk saya, better jangan cerita pada dia kalau benda tu boleh buat dia down. Bila nak sampai hujung bulan tu, ada jugak beberapa kali saya tebalkan muka pinjam duit dekat ayah.

Then masa tu, ayah cakap “Duit tu ayah bagi, bukan pinjam. Tak payah bayar balik.” Allahuuu, lagi macam air terjun air mata saya masa tu. Saya tanya ayah, mak ada cakap pape ke. Ayah kata mak tak tau apa-apa. Mak tak dapat tangkap bila saya jawab soalan mak

“Kucing yang lain semua mana?” “Ermm..terpaksa buang kat pasar. Kitorang sendiri tak cukup makan, lagi nak bela kucing” Ayah noticed it 🙁 Ayah pesan pada saya supaya banyak-banyak bersabar, jangan tinggal solat and jangan kecikkan hati suami saya. InshaAllah ayah 🙁

So bila orang tanya, “How’s married life treating you?” This is marriage to me. My version of story. Saya masih lagi bertatih nak uruskan rumahtangga dan nak bantu suami saya ringankan beban dia.

Bila kami duk brbalah tadi, saya cuba nak reflect diri saya, nak turunkan ego saya yang sememangnya tinggi ni. Jujur cakap, rasa nak memberontak, rasa nak marah, nak maki, semua ada. Tapi saya dalam proses nak lawan semua tu untuk jadi yang lebih baik.

Hal anak pulak, dah ramai yang bertanya. Siapa yang taknak anak kan? Saya pun tak sabar nak dapat anak, tapi dalam keadaan ekonomi sekarang, kehidupan yang financially challenged ni, saya serahkan semua pada Allah. Saya percaya, kalau dh smpai masanya Dia berikan saya zuriat,

masa tu adalah masa yang terbaik. Dan saya waktu tu saya dah bersedia untuk fasa seterusnya. Saya harap para pembaca yang sedang membaca ni doakan lah yang baik-baik untuk kami. Semoga urusan korang semua pun dipermudahkan. InshaAllah aminnn!

Hampir 3 Tahun Tunggu Tunang. Masa Ulangtahun Dia Kononnya Nak Bagi Kejutan Tapi Lain Pula Yang Jadi Sebaik Sahaja Pintu Rumah Dibuka

Assalamualaikum… Namaku Alin dan aku berusia 35 tahun. Kisah ni berlaku beberapa tahun lepas. Masa tu aku dah bertunang. Tunang aku Nik Faris bekerja di Kuala Lumpur sebagai seorang guru manakala aku pula di Kelantan. Aku juga seorang guru seperti dia. Masa tu kami dah bertunang hampir 3 tahun. Bila aku ajukan saja soal kahwin padanya, ada saja alasan yang aku terima. Alasan paling kerap aku terima, nak tunggu adik ke 3 dia habis sambung degree. Sebab nak tolong parents dia biaya adik belajar. Aku bukannya tak berhati perut atau tak baik tak nak dia bantu family, tapi bagi aku alasan tu agak tidak logik memandangkan ayahnya seorang pesara kerajaan berjawatan agak tinggi sebelum pencen. Adik dia pun ada dapat tajaan biasiswa. Adik beradiknya cuma 4 orang. Tapi aku tak nak persoalkan, sebab aku bimbang aku dicop nak kontrol hidup dia even belum ada apa-apa ikatan yang sah. So aku ikutkan walaupun aku malu dengan family aku.

Memandangkan kami bekerja di negeri yang berbeza. Kami jarang berjumpa. Kalau jumpa pun biasanya masa cuti sekolah dan dia balik jumpa family di Kelanntan. Itu pun aku agak pelik, dia balik selalunya paling lama dua hari. Cepat-cepat nak balik ke KL semula. Cuti akhir tahun pun dia cuma balik tiga hari. Pelik kan? Tahun ketiga usia pertunangan kami, aku mula perasan yang dia dah mula cuba jauhkan diri dari aku. Aku whatsapp paling banyak dibalas dua patah. Itupun selepas 3 jam. Kadang-kadang langsung tak dibalasnya. Apetah lagi call. Kalau dulu hari-hari dia call aku. Aku sebenarnya sedih kadang-kadang sampai tak lalu makan. Macam dah digntung tak bertali. Naluri aku dapat rasa yang aku bakal dit1nggalkan. Tapi aku tak nak berfikiran negatif memandangkan kata-kata juga satu doa.

Bila aku tanya dia dah tak sayang aku lagi ke? Dia marah cakap aku tak padan dengan usia 30an tapi nak clingy macam budak-budak. One day tu aku otw balik dari rumah kawan aku, aku terfikir nak singgah rumah family dia. Saja nak jumpa bakal in laws. Yang ada masa tu parents dia jela. Bila sampai sana, aku turun nak salam ibu dia, tapi ibu dia macam nak tak nak je layan aku. Tapi aku tak nak salah anggap. Mungkin perasaan aku je. Tapi agak obvious dia langsung tak pelawa aku masuk rumah. Aku pun tak lama-lama aku minta izin nak balik. Sedih Tuhan je tau. Sudah la anaknya buat aku macam terh3geh-h3geh. Ibunya pun sama macam tak suka kat aku. Padahal dulu dia ok je dengan aku.

Aku hari-hari nangis doa dengan Tuhan mintak ditunjukkan kat mana silap hubungan aku ni. Aku nak petunjuk kalau aku yang salah sampai aku tidak disuka1 . Dilayan macam bertunang paksa. Padahal atas dasar cinta. So nak dijadikan cerita, that day was his birthday. Aku ni walau dilayan macam kain buruk sekali pun, aku tetap ingat hari jadi dia. Walau dia dah tak mesej aku dah berminggu, aku tetap nak buat dia happy. So kebetulan kawan aku di KL ada buat servis suprise untuk birthday or hari-hari special untuk yang tersayang. Tanpa pengetahuan Nik, aku mintak kawan aku buat surprise delivery cake and chocolate kat rumah dia. Tak sabar aku nak tengok muka terharu dia. Kesian jadi aku, naif betul.

Aku pun tertunggu-tunggu mesej kawan aku, nak tengok macam mana reaksi Nik bila terima surprise dari aku. Tapi rupanya aku yang terkejot. Tiba-tiba kawan aku call aku, “Lin, aku tak sanggup nak bagitau ni kat kau, tapi aku tak sampai hati. Kau sabar tau Alin…” Masa tu aku blur lagi.. kawan aku sambung lagi. “Alin, aku tak jadi bagi kek dengan coklat tu kat Nik, masa aku pergi rumah dia tadi. Nik keluar, tapi bila aku bagi kek dengan coklat tu dia tak nak ambik and suruh aku cepat-cepat balik. Alin, dalam rumah dia ada perempuan Lin, aku rasa dia dah kahwin…” Masa tu aku rasa nak p1tam.

Aku call dia banyak kali, berkali-kali dia tak angkat. Dan last sekali dia off phone. Aku call mak dia, aku tanya betul ke apa aku dengar. Siapa perempuan tinggal dengan Nik tu? Korang tau apa jawapan aku dapat, “Macam ni jela.. malas dah nak buat panjang cerita, mak cik bagitahu jela kat awak, Nik dah kahwin tiga bulan lepas dengan orang KL. Dia dah suka, kami tak boleh nak buat apa la… dia sebenarnya dah lama nak cakap dia dah hilang perasaan kat awak, tapi kesian kat awak.

Tapi memandangkan awak dah tau, elok la terus terang…” Aku terus terjel3puk atas lantai meraung macam orang tak betul . Family aku semua tenangkan aku. Aku menangis macam orang tak betul. Tersedu sedan aku cerita apa berlaku. Abang aku dan naik cecair merah nak pergi mengejut family Nik, tapi ayah aku tak kasi. Esoknya family aku sendiri ke rumah Nik untuk tak teruskan pertunangan kami. Tak cukup dengan tu, malam lepas pertunangan kami tidak diteruskan secara rasmi, Nik ada mesej aku, “Harap awak faham, hati dan perasaan tak boleh dipaksa, dan saya rasa ini jalan terbaik yang Allah tetapkan untuk kita.”

Weh aku yang baru lepas berhenti menangis, terus meraung lagi. Tak sangka aku berpuluh-puluh mesej aku hantar itu balasan yang aku dapat. Seumpama selama ini kami bertunang bukan atas dasar cinta. Betapa hati manusia cepat berubah. Lupa pada janji. Lepas pvtus tunang, yang banyak tenangkan aku selain family aku adalah kawan aku. Kitaorang tinggal di daerah yang sama tapi berlainan kampung. Aku selalu ke rumah dia sebab aku tak nak berseorangan, aku tak nak teringat kat Nik. Teruk jugak aku pat4h hati. Kat rumah tu selain kawan aku Lisa.

Parents dia pun selalu bagi kata-kata semangat kat aku. Diaorang pun tau kisah aku yang pvtus tunang. Dah jadi macam parents aku sendiri pulak. Dari aku panggil Mak Nah, dah panggil Mama, dari Pak Latiff dah tukar jadi Abah. One day tu, lepas balik sekolah, aku ke rumah Lisa sebab aku dengar dia MC sebab demam. Sampai kat sana, aku bagi salam, tapi yang keluar bukan mama atau abah. Tapi seorang lelaki muda lebih kurang sebaya aku. Yes, dia abang si Lisa.Abang Ariff. Yang aku tau dia doktor di Terengganu. Itu baru kali kedua aku bertemu abang Ariff. Dia jemput aku masuk. Lisa ada je tercongok depan tv. Katanya demam dah elok.

Mama pulak ajak aku makan kat rumah dulu sebelum balik. Masa makan, baru aku tau Abang Ariff rupanya seorang yang kelakar. Banyak cakap pulak tu. Terhibur juga hati aku. Seminggu lepas pertemuan aku dengan Abang Ariff kat rumah Lisa, malam tu tiba-tiba aku terima satu mesej dari nombor yang tak dikenali “Assalamualaikum… cikgu tidur dah ke tu?”Aku pun balas “Waalaikumussalam… belum, siapa ni ya?” Tapi sampai ke sudah takde reply. Tertidur ke apa. Entah siapa la yang mesej. So aku buat tak tau jela. Bukan penting pun. Aku pun teruskan buat kerja aku, marking kertas exam.

Selang setengah jam kemudian, aku terima mesej dari Lisa “Alin, esoķ mama dengan abah cakap nak pergi rumah kau… boleh ke? aku pun nak ikut sekali.. mungkin petang sikit..” Mesti la aku suka mama dengan abah nak datang, walaupun rumah dalam daerah yang sama, that was their first time nak datang rumah aku. Aku cepat-cepat bagitau mak aku. Esoknya, hajat hati aku nak mintak mak aku masak sedap sikit sebab yela tetamu nak datang. Selalu aku je makan sedap-sedap rumah mama dengan abah. Tapi terkejut juga aku balik dari sekolah tengok mak aku bukan main lagi dengan nasi minyak dia.Eh excited betul. Tu kawan aku ke kawan dia? Dalam pukul 4.00 petang macam tu keluarga Lisa sampai. Eh terkejut lagi aku, Abang Ariff pun ada. Aku jemput family Lisa masuk, parents dia bukan main baik lagi dengan parents aku. Macam kawan la pulak. So kat ruang tamu masa tengah bersembang, terjadi la peristiwa yang buat jantung aku rasa nak meletup sebab terkejut bila Abah Lisa cakap,“Alin, abah dengan mama datang ni, sebenarnya ada hajat lain jugak. Jangan terkejut, kami tak paksa, kami dah bincang dulu dengan mak ayah Alin sebelum datang. Macam Alin sedia maklum, abah dengan mama tau apa yang jadi kat Alin sebelum ni. Tau lukanya hati Alin.

Abah dengan mama nak minta izin Alin, nak jadikan Alin menantu, sekali lagi abah ulang abah tak paksa. Kami bagi Alin masa untuk fikir, Alin budak baik, InsyaaAllah Ariff tak kan sia-siakan Alin. Kalau dia buat jugak, abah sendiri yang akan tiba1 dia.” Orang lain semua gelak, paling kuat si Lisa. Aku je yang terkedu sambil pandang Abang Ariff yang tengah senyum. Masa tu aku tak boleh buat keputusan, aku mintak dengan family Lisa untuk bagi aku masa untuk fikir.Sekali lagi malam tu aku terima mesej dari nombor yang sama pernah mesej aku tapi tak berbalas dulu.

“Assalamualaikum… Alin, abang ni… abang harap Alin tak strss tiba-tiba kena lamar, tiba-tiba nak kena terima orang Alin tak cinta, tapi kalau Alin bagi abang peluang, InsyaaAllah abang tak akan sia-siakan sebab abang tak nak kena tiba1 dengan abah… yela menantu pilihan”Entah kenapa lepas dapat mesej tu hati aku macam sedikit terbuka hati. Aku buat keputusan nak istikharah, sebab aku takut risiko kahwin dengan orang yang aku baru kenal. Aku agak travma, sedangkan yang dah bercinta lama pun aku masih tak boleh nilai hati budinya. Lepas buat istikharah selama dua minggu, akhirnya aku ambik keputusan untuk terima abang Ariff. Kami tak bertunang, sebab aku tak nak. Kami terus kahwin je lepas beberapa bulan.Alhamdulillah, aku bahagia sangat-sangat dengan suami aku. Yang paling buat aku syukur atas nikmat Allah ialah Tuhan bagi aku hilang lelaki tak setia, tapi dia ganti lelaki yang baik pakej sekali dengan mentua yang baik dan adik ipar yang baik. Yang sayang aku dan terima aku seadanya.Rupanya si Lisa dengan mama yang punya plan nak jodohkan kami. Ternyata di luh mahfuz sana, jodoh aku bukan dengan Nik Faris… tapi dengan Nik Mohd Ariff. Dan aku sangat-sangat bahagia dengan takdir Allah.

Reaksi warganet. Nurul Huda – Nak komen jugak la..ni 1st time komen..hehe. Tahniah awak dh smpai jodoh terbaik! Sy pon 35 jugk tpi masih single lg..huhu. Doakan sy jmpa jodoh yg baik2 ya. Fati Azizan – Tersengih sorang sorang baca cerita ni. Alhamdullillah happy for you! Sy pun heart br0ken teruk dulu, sampai rasa tak boleh move on sebab kena tinggal camtu je. At last Allah bagi sy jodoh yg helok berjuta lemon dari ex sy. Dari rupa sampai la agama semuanya terjaga. Perancangan dari Allah itulah yg terbaik untuk kita. Kadang rasa ahh ruginya nangis teruk waktu heart br0ken dulu.

Zi Sakura – Alhamdulillah,Allah beri apa yg terbaik cepat atau lambat.kita la yg bersabar. Cerita lebih kurang mcm kwn sy..pvtus tunang dgn someone yg x setia,tp xlama lps tu nikah ngan doktor yg tetibe je masuk meminang. Bertunang hari yg sama,beberapa jam sebelum akad nikah. Haha.jodoh dia alhamdulillah. 3 dh anak.tp bukan Nik la pangkal nama husband dia tp wan.. kwn sy tu pensyarah. Muhammad Nazim – Happy ending..alhamdulillah Tumpang gembira.Allah maha mengetahui,sedang Kita tidak mengetahui.Allah tarik 1 nikmat,Dan Allah gantikan yg lebih baik.. sentiasa letak sangka baik kpdNYA.

Bayzura Basron – Alhamdulillah..seronok baca cerita sis..saya pun pernah lalui benda macam sis, saya tahu dia nak kahwin dengan orang lain lagi 4 hari majlis dia..susah nak lupa sakit tu..apa-apa pun doakan saya pun ada ending yang bahagia macam sis. Amelia Zainuddin – Kalau nik faris tu ttibe x bahagia, dia datang balik cari kau lempor je ngan selipar tat sing tu tau.. Jaga rumah tangga baik2.Rizal Rodzuan – “Lepas kahwin, tiba2 aku dapat mesej dari nik faris. Dia mengadu tak bahagia dengan rumahtangga dia, rupanya gadis KL tu ada kisah silam yg masih jadi kisah masa sekarang. Lalu nik merayu nak kembali kepada ku. Lalu ku balas, lebih baik awak kembali ke r4hmatullah saja, saya dah bahagia dgn perkahwinan sekarang. “Sambungan yg ku fikir sendiri.

– Alin (Bukan nama sebenar) via IIUMC.